Sunday, 7 April 2013

Seteguh Fayqa Bab 17 & separuh Bab 18


Gigih siapkan juga bab 17, sebab tahu minggu depan sibuk, tiada entri baru.

Kepada geng Scroll Baby Scroll, hot enough?

p/s: maaf tak sempat balas komen2 di blog ini, cuma sempat baca. much appreciated!



Bab 17




Tidak sampai sebulan semester bermula, sibuk Fayqa berganda-ganda. Dzalia dijemput untuk menyertai sebuah pertunjukan fesyen yang hanya terbuka kepada pereka-pereka fesyen terkenal tempatan. Maka tidak cukup dengan kerja di butik, Fayqa perlu membantu Dzalia membuat persediaan untuk pertunjukan fesyen itu. Model-model dan koreografer dipilih, kemudian jurusolek ditempah untuk merias model. Perbincangan tiga pihak antara Dzalia, jurusolek dan koreografer diadakan untuk membincangkan butiran persembahan. Hendak memilih muzik latar belakang pun mengambil masa lebih sejam.

Fayqa ditugaskan untuk menjadi floor manager. Tanpa diarah oleh Dzalia, dia mengambil gambar semua busana yang sudah dipilih untuk pertunjukan itu dengan menggunakan Ipad barunya. Gambar-gambar dicetak dan dilekatkan ke dinding. Bila team pertunjukan mahu berbincang tentang busana yang akan diperagakan, Fayqa menunjukkan kepada mereka gambar-gambar di dinding.

“Smart girl, Pekah. Tengok staff I, tak payah suruh, boleh fikir sendiri,” kata Dzalia kepada koreografer dan jurusolek.

Lalu mereka bertiga berkumpul di hadapan dinding itu untuk meneruskan perbincangan. Gambar-gambar di dinding disusun-susun mengikut turutan peragaan nanti.

“Eee, laparlah. Makan dulu, kalau tidak aku pengsan nanti,” keluh Hazim, sang koreografer.

“Saya dah tempah piza, sekejap lagi sampai. Kalau nak keluar makan, nanti tak sempat siap pula perbincangan,” Fayqa memaklumkan.

“See, what did I say? I have the best ever assistant,” puji Dzalia. Ahli mesyuarat mengangguk-angguk bersetuju.

Melihat Dzalia dan Fayqa bekerja sehinggakan tidak berhenti rehat, Dzariff dan Dzureen turut turun ke padang pada hari pertunjukan fesyen. Dzariff membantu dari segi logistik, mengangkut barang-barang dari butik ke hotel, memastikan model-model tiba tepat pada waktu dan memandu staf Dzalia yang perlu ke sana sini untuk mendapatkan apa-apa barang pada saat-saat terakhir. Dzureen pula diberikan tugas yang paling mudah, menjaga busana dan aksesori agar tiada yang hilang. Fayqa pula bekerja bagai tidak cukup tanah. Dzalia perlu kelihatan cantik bergaya untuk bertemu dengan wartawan, bakal pelanggan dan penonton pertunjukan. Maka, di belakang tabir, Fayqalah yang perlu menguruskan segalanya. Dzariff melihat Fayqa yang bekerja bersungguh-sungguh, terbit rasa kasihan dan juga rasa kagum. Kagum dengan keikhlasan Fayqa bekerja dan kagum dengan kecekapannya.

Akhirnya pertunjukan fesyen tiba ke penamatnya. Lega sungguh hati Fayqa. Dzalia tidak habis-habis dikerumuni wartawan dan orang-orang kenamaan yang berminat dengan busana rekaannya. Maka, tugas terakhir Fayqa adalah memastikan yang semua pakaian dan aksesori dikumpulkan untuk dihantar balik ke butik. Ini bukan kerja yang mudah! Dzureen menjaga rak pakaian, manakala Fayqa pula terpaksa mencari seorang demi seorang model yang belum memulangkan busana dan aksesori. Jenuh Dzalia mencari mereka. Bukannya tidak dipesan awal-awal yang mereka perlu memulangkan busana dan aksesori sebaik sahaja selepas pertunjukan. Tetapi banyak sekali permintaan dari para wartawan untuk mengambil gambar busana-busana Dzalia. Terpaksalah Fayqa bersabar dan menunggu sehingga selesai model-model Dzalia melayan permintaan para wartawan.

Apabila semua busana dan aksesori berjaya dikumpulkan, cepat-cepat Dzureen mengangkat kaki, lapar katanya. Tinggallah Fayqa seorang diri terkontang-kanting dengan rak-rak pakaian dan kotak-kotak besar berisi aksesori.

“Jom saya tolong,” tiba-tiba muncul Dzariff.

Ini bukannya masa untuk tunjuk sombong, Fayqa! Nasihat untuk diri sendiri. “Terima kasih,” balas Fayqa.

Perlahan-lahan mereka menolak rak-rak pakaian dan troli yang berisi kotak-kotak besar ke foyer hotel. Dzariff pergi mengambil van di basement hotel sementara Fayqa menjaga barang-barang mereka. Hendak memandu van dari basement ke foyer hotel agak mengambil masa juga kerana ramai sekali para tetamu yang mahu pulang.

Apabila van yang dipandu Dzariff menghampiri foyer hotel, Dzariff melihat seorang lelaki sedang bercakap dengan Fayqa. Agak tua, lewat lima puluhan begitu tapi segak dari segi pemakaiannya.... dinner suit potongan terkini. Tiba-tiba lelaki tua itu mengeluarkan dompetnya dan menghulurkan wang kepada Fayqa. Berkerut dahi Dzariff!! Siapa lelaki tua itu? Kenapa dia nak bagi duit kepada Fayqa?!! Huluran wang ditolak Fayqa, nampak sangat dia sedang marah. Dzariff rasa bagai hendak terjun van dan bersemuka dengan lelaki itu. Kurang ajar! Tetapi kereta-kereta sedang berbaris menghala ke foyer. Jika Dzariff keluar dari van, tentu ia akan menghalang pergerakan trafik. Dia hanya dapat memandang drama sumbang itu dengan hati yang membara.

Beria-ia lelaki itu menghulurkan wang kepada Fayqa dan bersungguh-sungguh pula Fayqa menolak. Dari jauh Dzariff dapat melihat air muka Fayqa yang sedang bersabar dengan karenah lelaki itu. Van yang dipandu Dzariff bergerak inci demi seinci menghampiri Fayqa. Lelaki tua itu menarik tangan Fayqa untuk mengambil duit yang dihulurnya. Sepantas kilat Fayqa mengangkat kedua belah tangannya. Van sudah menghampiri Fayqa dan lelaki itu, Dzariff bersiap sedia untuk terjun keluar. Pintu van dibuka.

“Lara! Jangan begini Lara. Tak payahlah degil sangat,” lembut lelaki tua itu memujuk.

Memujuk rayu? Tanya hati Dzariff. Lara? Bukan Fayqa? Baru Dzariff hendak menegur, tiba-tiba muncul seorang gadis muda yang cantik bergaya, tangannya di pinggang dan kakinya dihentak-hentak beberapa kali. Mulutnya muncung sedepa. Kelihatannya dia bagai memarahi lelaki tua itu.
Takkanlah girlfriend lelaki tua itu? Dzariff tertanya-tanya dalam hati. Tapi kalau bukan girlfriend, siapa lagi? Gadis muda itu berpaling dan meninggalkan lelaki itu. Cepat-cepat lelaki itu mengejar. Ceh! Tua-tua ada hati simpan girlfriend muda. Dan ada hati pula nak mengurat Fayqa?

“Siapa tadi tu?” tanya Dzariff dengan hati yang geram, tidak sempat bersemuka dengan lelaki tua miang tadi..

“None of your business!” salak Fayqa.

Terkedu Dzariff seketika dengan jawapan kasar Fayqa. Mahu membuka mulut, bertikam lidah dengan Fayqa, kereta di belakang sudah membunyikan hon. Cepat-cepat mereka berdua memasukkan busana, rak pakaian dan kotak-kotak besar ke dalam van.

Sebelum bertolak, sempat Dzariff bertanya, “kunci butik awak ada?”

“Ada,” pendek jawab Fayqa.

“Dzalia tahu kita hantar barang-barang ke butik?”
“Tahu,” jawab Fayqa tanpa memandang muka Dzariff. Kelat hati Dzariff sekelat wajah Fayqa. Ini bukan masa untuk menyiasat, selesaikan kerja dulu.

Tiba di butik Dzalia, mereka menurunkan barang-barang. Tak perlu kemas, esok boleh minta mana-mana pekerja tolong kemaskan, badan sudah sangat letih. Di kepala Fayqa sudah terbayang-bayang katil dan bantal. Van dibiarkan terparkir depan butik Dzalia, Dzariff memandu CRVnya yang ditinggalkan di butik itu petang tadi. Fayqa di tempat duduk penumpang diam tidak berkutik. Dari butik Dzalia ke rumah, eh boleh pula Dzariff membelok masuk ke sebuah restoran makanan segera.

“Awak... saya letih sangat, boleh tak kita balik terus saja?” Fayqa memprotes lembut.

“Saya lapar, dah tak tahan. Kita berhenti makan sekejap.”

“Dua puluh minit lagi kan dah sampai rumah,” suara Fayqa sedikit meninggi.

“Saya malas nak cari benda makan kat dapur. Singgah makan sekejap, nanti balik terus tidur,” Dzariff tetap berkeras.

Masuk ke restoran, beli makanan, makan tanpa sepatah kata dan kembali ke CRV Dzariff. Lega juga Fayqa dapat mengisi perut. Siang tadi dia makan tengahari terkejar-kejar sebab terlalu sibuk.

Beberapa tapak dari kereta, Dzariff menekan butang kunci kawalan jauh keretanya. Tapi bila Fayqa membuka pintu di sebelah penumpang, laju tangan Dzariff menahan. Dengan terkejut, Fayqa menoleh ke arah Dzariff. Mistake! Wajag Dzariff hanya enam inci dari wajahnya sendiri.

“Awak kenal lelaki yang nak bagi awak duit di depan hotel itu tadi?” Dzariff bertanya dengan perlahan dan tenang.

Tenang ada makna! Setelah berbulan duduk di bawah satu bumbung dengan jejaka ini, Fayqa sedar yang si jeneral sengal sudah memulakan sesi penyiasatannya.

Nafas ditarik dan Fayqa menjawab dengan suara yang tenang dan perlahan seperti suara Dzariff, “Saya rasa hal ini tidak ada kena mengena dengan awak.”

“Kalau tidak ada kena mengena dengan saya, saya tak akan bertanya,” balas Dzariff, suaranya masih tenang bagaikan sedang bercerita tentang cuaca atau keadaan jalan raya.

“Control freak,” dengus Fayqa, tak dapat nak kawal perasaannya lagi. Marah kepada lelaki tua tadi meruap kepada si jeneral sengal di sebelah.

“Freak ... I am not. Control... well, because I care,” balas Dzariff sedikit pun tidak terkesan dengan celaan Fayqa.

“If you care, jom balik, saya letih,” kata Fayqa sambil cuba membuka pintu sekali lagi. Seinci pun pintu itu tidak bergerak, tangan si jeneral kuat menahannya dari terbuka.

“Saya lagi letih bertanya. Awak jawab, kita balik.” Fayqa mengadap pintu kereta, Dzriff di sebelahnya, bercakap perlahan begitu bagaikan bercakap dalam kelambu.

Bila si gadis berdegil tidak menjawab, Dzariff membuka mulut, “Datuk Ishaq Mohamed Noh.”

Hah! Terkejut besar Fayqa, kuat bunyi nafas yang ditariknya. Dia berpaling mengadap Dzariff, betul-betul berhadapan dengan jejaka itu. Wajah yang hanya enam inci dari wajahnya direnung dalam-dalam. Si sengal ini sudah tahu rahsia aku?

“Tauke balak, kontraktor kelas A,” sambung Dzariff. Jenuh dia cuba mengingati lelaki tua itu sepanjang jalan dari hotel ke butik Dzalia. Sesama dalam bidang perniagaan, akhirnya dapat juga dia mengingati nama lelaki tadi.

Wajah Fayqa sudah pucat lesi. Kenapa? Apa yang disorokkan? Fikir Dzariff.

“Anak tak tahu berapa.... isteri …... tiga....”

Semakin pucat wajah Fayqa, toreh tidak berdarah! Tapi mulutnya masih berkunci, membuatkan darah Dzariff naik perlahan-lahan.

“Kenapa dia panggil awak Lara?” terlopong mulut Fayqa, cepat-cepat digumamnya.

“Nama manja? Dia nak ajak awak....... jadi nombor empat?” Cubaan rambang untuk melihat reaksi Fayqa.

Gajah segera naik minyak! Dada bidang dan sasa ditolak Fayqa dengan kasar.

“Damn you! Awak ingat saya ini siapa? Ikut suka awak nak hina!” Dada bidang itu sedikit pun tidak bergerak.

Bibir Dzariff tersenyum kecil. Buka juga mulut dia akhirnya, kata dia dalam hati. Melihat senyuman sinis itu, Fayqa semakin rasa terhina.

“Damn you! Damn you! Damn you!” jerit Fayqa sambil menolak-nolak dada Dzariff.

Tolakan Fayqa menjadi semakin kuat. Untuk menstabilkan dirinya, kedua belah tapak tangannya ditekapkan ke pintu kereta. Belakang Fayqa turut terhenyak ke dinding kereta, terperangkan gadis itu, terkepung dek tangan jeneral sengal.

Penat menjerit dan menolak, Fayqa tercungap-cungap. Meremang bulu roma di tengkok Dzariff. Tubuh mereka terlalu rapat bagaikan sepasang kasih sedang memadu asmara. Bukan dia tidak ingat halal haram, tetapi untuk melepaskan Fayqa, dia tidak pasti apa yang akan dilakukan oleh gadis yang sedang dikuasai amarah itu.

Pertama, tenangkan Fayqa. “Calm down, Faye!”

Terlopong mulut Fayqa! Calm down! Calm down? Dia hina aku sekarang dia nak suruh aku bertenang? Mari kita lihat selepas ini si sengal ini bertenang atau tidak. Laju lutut kanannya diangkat tinggi, mencari titik paling sensitif buat seorang lelaki.

Sudah tiga kali Fayqa menyerangnya di situ, maka Dzariff sudah bersedia. Badannya yang jauh lebih besar dihimpitkan ke tubuh Fayqa. Sudahnya lutut kanan Fayqa tidak dapat bergerak. Dari dada hingga ke lutut, tubuh Dzariff melekap ke tubuh Fayqa. Kedua-duanya tercungap-cungap. Panas nafas Dzariff hinggap ke dahi Fayqa. Dada Fayqa yang deras naik turun meruntun-runtun dada si jejaka.

“Faye, Faye, Faye,” sebut Dzariff berkali-kali. Mantra sebenarnya.... untuk mengingatkan diri supaya jangan membiarkan bibirnya hinggap ke dahi gadis manis ini..... supaya tangannya jangan bergerak merangkul lebih erat tubuh comel dalam dakapannya.

Faye? Faye? Faye? Tubuh si jejaka menyesakkan dada, tapi sempat si gadis tertanya. Faye?






Bab 18



Sejak peristiwa malam itu, semakin Fayqa mengelak dari si jeneral sengal. Dzariff balik dari kerja, tiada lagi Fayqa melepak di laman dengan adik-adiknya. Bila Dzariff ke dapur, ada saja alasan Fayqa, mahu menghantar bakul pakaian bersih ke ataslah, mahu seterika baju di bilik. Tiada lagi Farhan dan Daeng datang belajar bersama di meja makan.

Semakin giat Fayqa mengelak, semakin Dzariff teringin melihat gadis itu. Adik yang pergi jauh pun tidak teringat-ingat. Yang di bawah satu bumbung pula yang melekat di minda. Tanpa disedari jadual Fayqa dihafal, pukul berapa gadis itu bangun, masuk ke dapur, berhidang, bersiap dan bertolak ke kolej atau ke butik Dzalia. Petangnya pukul berapa Fayqa pulang, masuk ke dapur lagi dan tidur.

Jadi memang dia hairan besar bila Fayqa bergegas meninggalkan meja makan bila menelek skrin telefonnya yang berdering semasa makan malam. Jika Farhan atau Daeng yang menelefon, tentu akan dimatikan telefon yang berdering. Selepas selesai makan malam, barulah dia akan menelefon mereka semula.

Usai menjawap panggilan telefon di dapur, Fayqa duduk semula di kerusinya. Keruh air mukanya, itu jelas di mata Dzariff. Ahli keluarganya yang lain pula tidak sedar, sibuk makan dan berbual.

“Siapa telefon Fayqa?” tanya Hajjah Azimah, sudah terbiasa dengan sikap prihatin.

“Farhan, Achik,” senyuman di bibir, senyuman terpaksa.

“Dia nak apa?”

“Dia tanyakan pasal assignment, Achik.”

Tiada lagi soalan, ahli keluarga Haji Dzulqarnain enak menjamu selera. Dzariff di hujung meja ligat berfikir. Naluri hatinya yakin bukan Farhan yang menelefon tadi. Selalunya Fayqa kalau selepas bercakap dengan Farhan, lebar senyumannya. Siapa yang telefon sehingga sebegitu keruh muka gadis itu? Dato' gatal itukah? Dato' itu mencari Fayqa? Sakit hati Dzariff memikirkan kemungkinan itu.

Usai makan malam, laju Fayqa mengemas dan masuk ke bilik tidur. Dzariff masih di meja makan mengadap lap top, cuba menyelesaikan beberapa kerja tapi sebenarnya menunggu kalau-kalau Fayqa keluar ke ruang tamu. Sehingga tengah malam, bayang Fayqa pun tidak kelihatan. Dzariff naik ke biliknya di tingkat atas, tidak pula rasa mengantuk, lalu dia mengadap laptopnya lagi, membaca artikel-artikel tentang dunia perniagaan di dalam dan luar negara.

Tiba-tiba terdengar bunyi besi berkeriut. Macam bunyi pintu pagar depan. Dari kerusi meja tulis, lehernya dipanjangkan, menjenguk ke luar tingkap. Dalam kelam cahaya lampu laman hadapan, kelihatan kelibat orang membuka pintu kecil di sisi pintu pagar gelongsor automatik. Orang itu melangkah keluar, bukan melangkah masuk. Sudah tentu bukan pencuri, tapi gaya terhendap-hendapnya macam pencuri.

Laju otak Dzariff memproses, terhendap-hendap keluar, tengah-tengah malam. Siapa lagi jika bukan ….. Fayqa!!

Selaju otaknya memproses, selaju itu jugalah kakinya berlari turun ke tingkat bawah. Kunci rumah yang digantung di dinding diambil, pintu depan dibuka, selipar disarung, lalu Dzariff berlari ke arah pintu pagar sisi. Cepat-cepat dia membuka kunci pintu itu dan berlari ke arah jalan. Sudah terlambat! Tiba di jalan, yang sempat dia nampak hanyalah sebuah kereta hitam meluncur laju ke hujung jalan.

Betulkah Fayqa yang terhendap-hendap keluar? Satu sahaja cara untuk pastikan. Dzariff melangkah semula ke laman rumah, pintu pagar sisi dikunci. Masuk ke rumah, dia terus ke dapur. Tanpa ragu-ragu, pintu bilik tidur Fayqa dibuka, suis lampu ditekan. Seperti yang dijangkakan, bilik itu kosong!

84 comments:

  1. Wah boleh tahan si jeneral skrg. More physical than words! But still kenot make Fayqa talks. Well done Niña!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he my attempt at u know what... entah jadi entah tidak... eh hot mama, lewatnya tidur....

      Delete
    2. Whatever it is I like these chaps. Fayqa is so secretive. And this making jeneral so curious. Me too very eager to know what t in the next chaps.

      P/s: so hot kenot sleep dear...

      Delete
    3. oh yes...Nina dah keluar tanduk! hehehe...
      dan saya suka 'tenang ada makna' si jeneral.

      Delete
    4. he he tenang ada makna..... the calm before the storm gitu :)
      oh btw Farah dear, bab 18 tanduk saya err...lebih panjang! lol

      Delete
    5. wow.. x sabar nak tunggu hasil tanduk nina yg semakin memanjang.. hihi

      Delete
    6. suprise ni.. cerita ni.. welldone..

      Delete
  2. faye faye faye/.. hahahah. comel la dzariff ni. dzahim ja xdak.. :( kenapa fayqa lari? ni tentu sbb laki tua tu. sy rasa, laki tua tu ayah kandunng fayqa. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he teka jgn tak teka!

      Delete
    2. Ehh,bukan ayah kandunglah, kan dah arwah ayahnya masa dia tingkatan satu. mungkin suami baru emaknya kut...

      Delete
    3. i pun teka mcm u hamidah ...bapak tiri pekah kot ...betol x nina?
      kalo beto; dpt hadiah tau ...hehehe

      Delete
    4. ah, mungkin jugak... tak pun, ada kaitan dengan dzahim ka. tapi takkan la kut... haiss.!

      Delete
  3. Datuk Ishaq Mohamed Noh. Hurm mungkin ayah Fayqa.
    Erk, malam2 macam tu Faye g mane? Ok, kena tunggu utk next chapt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye..Faye ke mana dan apa si Dzengal akan buat? dzeng dzeng dzeng!

      Delete
    2. omg...cannot wait!!! kak hanina please give more chapter please....

      Delete
  4. huhuhuhu x sbr nak tau pa jd lepas ne >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh plg awal pun sy boleh sambung citer Ahad depan :)

      Delete
  5. Apek lari rumah ke ?

    Bunga cinta hampir mekar

    ReplyDelete
  6. waaaaaa......Faye????? best jugak nama yg si sengal 2 bagi hahahaha....ni mesti bapak tiri faye kan...abes la dia sat gi...mesti kene soal siat kaw2 nye ngan general ...kalo soal saja xpe la jugak ni mesti dengan hipotesis x berasas dia lagi hadoyyyyy....masak fayqa pasni masak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. maya...bukan soal siasat sj lagi...tp skandal lagi! buntang mata Hjh Azimah :)

      Delete
    2. Wah ye ke nina??? Ni yg lg x sbr nk tunggu skandal ni hehehehe

      Delete
  7. Hanina darling akak lurveeee you for this...mussh muah...

    ReplyDelete
  8. Fayqa ni ank datok ishak kut..klau btul, knape dia lari dr umah? X setuju sbb datok ishak kawen byk ke..

    ReplyDelete
  9. Jeneral makin curious nampaknya..

    ReplyDelete
  10. Hmmm now i am eager to know dear.... Bukan general jer curious. .. I pun... Hehehe... Fayqa lari rumah because Bapak dia carik erk?

    ReplyDelete
  11. rasa2nya dato' tu ayah pekah kot; kalau saja nak mengorat, takkan guna taktik hulur duit dulu... apa2pun, nasib baik baca ni pepagi, kalau mlm sah2 takpat tidur...

    ReplyDelete
  12. aduhhhh, this week takde bab baru. tak boleh tahan... tak mampu nak tunggu lamaaaaa lah cik nina...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy akan cuba...7 hari sajaaa...

      Delete
    2. :'( sedih! lamanya 7 hari itu wahai cik nina...

      Delete
  13. Faye?hihii...manja je bunyik :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah...panggilan yg mengaru-garu juwa kannnnn....pergh! kalahlah panggilan Apek dek Dzahim tu...

      Delete
  14. aduhhh baca sambil tersenyum sendiri..hehehe....general ohhh general...hati dh nakal ekk....waahhh.. lama nya nk tunggu minggu dpn...huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah nnt dia insof sebab hatinya yg nakal tu...dzeng dzeng dzeng...apa dia akan buat?

      Delete
  15. best best......siap boleh bayang lagi cam mana gaya si general tu curious dengan apek....ahak.....:)

    ReplyDelete
  16. wah general..you're deep...hahahah

    ReplyDelete
  17. Faye, Faye, Faye

    and I say yeay, yeay, yeay, hati jeneral sudah berbunga-bunga

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha pandainyanya Kak Yang...faye, faye, faye....yeay, yeay, yeay..... ha ha

      Delete
  18. haa...baru rasa nak baca lagi. Memang dah agak bosan dengan routines dalam bab 14-16..mcm...errr...bila nak best ni. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah ada graf naik turun. klu graf naik all the time, hyperventilate pula readers....klu turun all the time ...tertidur plak....so kita naik turun, naik turun :)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. hahaha...exactly...hampir nak tertdo...bab ni mula membaca dgn mata kuyu...lepas tu ada adrenaline rush... :D terus terbeliak mata...hyperventilated a bit.. ;p

      Delete
  19. Hahahaha tak leh belah jeneral sengal ni! Ohhh dia dah mula syok dekat fayqa lah. Hehe

    ReplyDelete
  20. Argh mental torture.. sudah ku kata jgn dibaca dulu entry ini.. you ninaaa.. haip! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. lerr kalau tak baca....nak tunggu sampai buku kuar? entah bila2 lah tu. sy belum commit tarikh pun lagi. hmm maybe hujung tahun kut :)

      Delete
    2. Nina,
      Janganlah hujung tahun, kasi awal sikit. Akak dah tak sabor nunggu,bc kat blog, jantung dup dap dup dap je tunggu n3 baru. 'Fayka' memang best. Pasni awk buat sambungan cerita Nazrahana Ilyani pulak ya. Hati akak ni tertanya-tanya, apalah ending dia dengan suami dia tu.

      Delete
    3. Pn Mawar...tak berani janji lorr sebab saya agak jadual saya gila2 sibuk tgh thn ini. tqvm krn kata Fayqa best :) Lepas Fayqa, teringin nak buat cerita Ar Habibah Jantan, arkitek wanita yg usia 31 thn belum kawin. Lps tu...samada cerita Nazrahana Ilyani atau Emmalyn kawan si Nawwal Husna yg super pendiam dengan Tareq yg juga super pendiam...he he he masalah tu bila hero heroine super pendiam...dialog nak tulis apa ha ha. utk Kak Yani, macam gatal jarije nak kasi dia love interest mamat Syed-Syed kat Spore tu...ooo super hot, kulit putih bibir merah cam Arab, padang muka si Ayman, yang tak ada tulang belakang tu!! Amboi panjang pula cerita saya di sini heh

      Delete
    4. Ar Habibah Jantan - 1 pbharuan nih! heroin2 tdahulu gadis remaja yg bru hbis/masih blaja..ni wanita bkerjaya plak, x sabar nk baca kisah ni...

      Nazrahana Ilyani - pbuatan Ayman yg mninggalkan Ilyani yg btarung nyawa bsalin adlh 1 pbuatan yg sukar dimaafkn..kalau x jd dgn Ayman pn x pe..so kalo Ilyani nk tsangkut dgn Sheikh Johor or Syed Spore pn x pe..rata2 glgn Sheikh ni hati keras n mulut laser x hingat..tp skali dh jtuh cintan, ayat2 puitis kuar n romantik hbis!
      just my 2 cents...

      Delete
  21. Wah jeneral kasi nama baru 'faye'. Bagus gak tu, ala-2 manja gitu. Nampaknya di jeneral akan korek rahsia faye sampai dpt, kalu x bkn jeneral namanya x? Cik Nina, 2nd book for this year k...

    ReplyDelete
    Replies
    1. just imagine, balik si Dzahim nnt, awek yg dia panggil Apek, abg nya panggil Faye! terbeliak biji mata dia... aik aku pegi UK, Apek jadi Faye?

      Delete
    2. Itu tandanyer betapa besar impak Fayqa terhadap jeneral sengal tuh! Jgn adik n abg berebut nak Fayqa sudah lah, x terlayan Fayqa nnt.

      Delete
  22. Hehehe mmg betul2 menguji kesabaran nk nunggu 7 hari mendatang mcm 7 purnama lagaknya hehehehe

    ReplyDelete
  23. nama penuh si fayqa apa ye??? i guess dato' tu ayh dia.. :)

    ReplyDelete
  24. Pergh!!! Brani tol dok himpit2 anak dara owg...weekends upload n3 br ya? X sabar nak tau nape fayqa lari

    ReplyDelete
  25. rasa macam dah letak komen.loh berangan ke mimpi. adoi... Lara? erm... naper panggil lara ye? Fayqa ni sekali menghangin boleh tahan terkedu jugak jeneral tu. tetiba kesian kat jeneral tu. adoi...

    ReplyDelete
  26. Nina...berhari2 tak sempat nak jenguk laman nina nih, bukak aje hari ni, nah! amik ko! Mengalahkan FBI lah gaya dzengal ni, tergezut fifi! adui lah....tak sabar nak tunggu next entry, meruap2 rasa nak tahu apa yang jadi sebenarnya. nina, kasihan lah kat kami ni, cepat2 lah naikkan entry baru.
    thank you...muah muah muah....

    ReplyDelete
  27. tenkiu nina coz seru2 daku kat fb...dan dan tu bukak blog ...
    terkezut.. ada dato plak interframe ..papa tiri dia ke nina...jeng..jeng..jeng..

    ReplyDelete
  28. pergh..perubahan yg ketara pada sijeneral tu akan kehadiran minah tu dalam kehidupannya sehingga semua jadual schedule minah tu hari hari dia tahu..sedangkan adiknya pun dia tak ambik peduli..adakah..kini..minah tu dah duk diam diam dalam hati dia..tu pasal bila dia ternampak org usik lain usik minah tu..cepatnya dia melatah ..
    Terujanya nak tahu ..adakah itu ayahnya fayqa yg cuba minah tu avoid utk berjumpa ..dan adakah panggilan itu dari ibunya yg ingin berjumpa dengan dirinya..dan adakah akan terungkai misteri hidup minah tu..bila minah tu balik dari outingnya mlm tu..dan apa sebenarnya yg terjadi ya..rasa tak sabar pulak nak tahu..siapakah yg menaliponnya dan siapakah yg mengambilnya dan apa tujuan minah tu keluar rumah pada waktu begitu tanpa memberitau tujuan dia keluar dari rumah itu..mmg minah ni betul betul misteri orgnya..dn apa yg cuba disembunyikan oleh minah dari pengetahuan keluarga angkatnya ..ya...musykil ..ni...

    ReplyDelete
  29. Suke sgt bila Dzariff de dzengal ni jaga tepi kain si Faye ni. Smentara tgu next n3, ulang bab2 awal konon2 byk n3..hehehe... Nina, plis sambung hujung bab 16 & 17...tak bestlah bila baca mcm sangkut jer babak diaorang.

    ReplyDelete
  30. twinkling eyes (*>_<*). sangat sangat suka.. mintak sanggggat Nina sentiasa bertwitching fingers so tak lama kami menunggu hehehe.
    Faye, nak jugak abg sengal tu bagi nama manja..

    ReplyDelete
  31. Good job nina..good job caiyokkk..Idont want to predict anything let's nina spill out with her own creative idea...

    ReplyDelete
  32. Nina: the Sengal general is falling in love for the first time, so he does not know his own feelings! At times protective, and at other time he felt jealous, must see his girl in front of his eyes all the times...

    ReplyDelete
  33. makin x sabar menunggu n3 baru.....

    ReplyDelete
  34. eeee sengalnya si Jeneral, rasa nak lempang. selalu bebenor dia fikir buruk2 tentang fayqa.

    ReplyDelete
  35. Need more and more.....hehehe...general oh general....

    ReplyDelete
  36. misteri, misteri, misteri...makin dlm mistei SF ni...KNK dah pos cik nina?

    ReplyDelete
  37. mst lelaki tu ade kaitan ngn fayqa... ane la dia p malam2 tu... jumpe ngn laki tu kot...

    ReplyDelete
  38. dari novel yg pertama sampi la yang ketiga cik nina pandai bikin saya teruja....

    ReplyDelete
  39. hi nina cik writer nakal..ai like bab 17 so...hahahha...i guest that dato' is her father..apapn xsbr nk tgu novel la beb..

    ReplyDelete
  40. hi nina cik writer nakal..ai like bab 17 so...hahahha...i guest that dato' is her father..apapn xsbr nk tgu novel la beb..

    ReplyDelete
  41. hah dato tu bapak pekah ke? mst dato tu yg dlm kete itam tu kan..ke drver die ke..ape le agknye hal yg die nk jmpe pekah tu...owhh igt c general nk polo c pekah dgn kete...tp die tgu kt umh ek..nt mst tgu kt dapur dok dlm gelap tgu pekah balik..hehe

    ReplyDelete
  42. sorang perahsia, sorang lg sgt curious..mmg melekat la..hendak seribu daya (berusaha merungkai rahsia)

    ReplyDelete
  43. smlm bru hbis bca KNK..spt PMS, KNK juga sgt best :D ..tu yg terpnggil nk menjenguk blog si pengarang...
    rupa2nya ada novel in d making..ralit la mbaca SF dr smlm...sgt best,skang x sabar pula mnunggu smbungan SF...

    ReplyDelete
  44. jom visit blog saya :) saya tulis cerpen-Andai in takdirku

    ReplyDelete
  45. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2EC260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete