Terungkailah rahsia Fayqa....well, part of it. Maaf tak post semalam, balik ke rumah pengsan sebab pergi zumba petang tu.
Minggu depan tricky you all, sebab saya out station...so agaknya 2 minggu baru ada bab baru...
Bab 18
Sejak
peristiwa malam itu, semakin Fayqa mengelak dari si jeneral
sengal. Dzariff balik dari kerja, tiada lagi Fayqa melepak di laman
dengan adik-adiknya. Bila Dzariff ke dapur, ada saja alasan Fayqa,
mahu menghantar bakul pakaian bersih ke ataslah, mahu seterika baju
di bilik. Tiada lagi Farhan dan Daeng datang belajar bersama di meja
makan.
Semakin giat Fayqa
mengelak, semakin Dzariff teringin melihat gadis itu. Adik yang pergi
jauh pun tidak teringat-ingat. Yang di bawah satu bumbung pula yang
melekat di minda. Tanpa disedari jadual Fayqa dihafal, pukul berapa
gadis itu bangun, masuk ke dapur, berhidang, bersiap dan bertolak ke
kolej atau ke butik Dzalia. Petangnya pukul berapa Fayqa pulang,
masuk ke dapur lagi dan tidur.
Jadi memang dia
hairan besar bila Fayqa bergegas meninggalkan meja makan bila menelek
skrin telefonnya yang berdering semasa makan malam. Jika Farhan atau
Daeng yang menelefon, tentu akan dimatikan telefon yang berdering.
Selepas selesai makan malam, barulah dia akan menelefon mereka
semula.
Usai menjawap
panggilan telefon di dapur, Fayqa duduk semula di kerusinya. Keruh
air mukanya, itu jelas di mata Dzariff. Ahli keluarganya yang lain
pula tidak sedar, sibuk makan dan berbual.
“Siapa telefon
Fayqa?” tanya Hajjah Azimah, sudah terbiasa dengan sikap prihatin.
“Farhan, Achik,”
senyuman di bibir, senyuman terpaksa.
“Dia nak apa?”
“Dia tanyakan
pasal assignment, Achik.”
Tiada lagi soalan,
ahli keluarga Haji Dzulqarnain enak menjamu selera. Dzariff di hujung
meja ligat berfikir. Naluri hatinya yakin bukan Farhan yang menelefon
tadi. Selalunya Fayqa kalau selepas bercakap dengan Farhan, lebar
senyumannya. Siapa yang telefon sehingga sebegitu keruh muka gadis
itu? Dato' gatal itukah? Dato' itu mencari Fayqa? Sakit hati Dzariff
memikirkan kemungkinan itu.
Usai makan malam,
laju Fayqa mengemas dan masuk ke bilik tidur. Dzariff masih di meja
makan mengadap lap top, cuba menyelesaikan beberapa kerja tapi
sebenarnya menunggu kalau-kalau Fayqa keluar ke ruang tamu. Sehingga
tengah malam, bayang Fayqa pun tidak kelihatan. Dzariff naik ke
biliknya di tingkat atas, tidak pula rasa mengantuk, lalu dia
mengadap laptopnya lagi, membaca artikel-artikel tentang dunia
perniagaan di dalam dan luar negara.
Tiba-tiba terdengar
bunyi besi berkeriut. Macam bunyi pintu pagar depan. Dari kerusi meja
tulis, lehernya dipanjangkan, menjenguk ke luar tingkap. Dalam kelam
cahaya lampu laman hadapan, kelihatan kelibat orang membuka pintu
kecil di sisi pintu pagar gelongsor automatik. Orang itu melangkah
keluar, bukan melangkah masuk. Sudah tentu bukan pencuri, tapi gaya
terhendap-hendapnya macam pencuri.
Laju otak Dzariff
memproses, terhendap-hendap keluar, tengah-tengah malam. Siapa lagi
jika bukan ….. Fayqa!!
Selaju otaknya
memproses, selaju itu jugalah kakinya berlari turun ke tingkat bawah.
Kunci rumah yang digantung di dinding diambil, pintu depan dibuka,
selipar disarung, lalu Dzariff berlari ke arah pintu pagar sisi.
Cepat-cepat dia membuka kunci pintu itu dan berlari ke arah jalan.
Sudah terlambat! Tiba di jalan, yang sempat dia nampak hanyalah
sebuah kereta hitam meluncur laju ke hujung jalan.
Betulkah Fayqa yang
terhendap-hendap keluar? Satu sahaja cara untuk pastikan. Dzariff
melangkah semula ke laman rumah, pintu pagar sisi dikunci. Masuk ke
rumah, dia terus ke dapur. Tanpa ragu-ragu, pintu bilik tidur Fayqa
dibuka, suis lampu ditekan. Seperti yang dijangkakan, bilik itu
kosong!
Subuh
keesokannya...... Fayqa menyusup pulang ke rumah Haji Dzulqarnain.
Badannya letih, kepalanya berdengung-dengung akibat tidak tidur dan
penat memikirkan masalahnya yang belum selesai. Tangannya
perlahan-lahan, berhati-hati memutarkan kunci membuka pintu dapur.
Dia masih lagi berfikir-fikir bagaimana mahu mencari jalan untuk ….
“Pergi mana?!!”
“Hah!” terkejut
besar Fayqa, kunci di tangan terlepas ke lantai.
Di kerusi meja
makan dapur, jeneral sengal duduk berpeluk tubuh, matanya tajam
merenung wajah Fayqa. Kecil, besar, kecil, besar, anak dara orang itu
dipandang. Jika gadis itu adiknya, tahulah dia apa dia akan buat.
Tapi untuk sentuh, waima jentik sekali pun, hukumnya haram!
Hilang terkejut,
Fayqa menarik nafas dalam-dalam sambil matanya dipejam. This is the
last thing I need right now, keluhnya dalam hati. Sah! Memang betul
si jeneral ini ada membela jin, tahu saja segala gerak langkah orang.
“Saya letih
sangat, saya nak solat dan tidur, please,” itu sahaja yang mampu
dikatakan.
“Letih? Keluar
malam sampai ke pagi, letih... Apa yang awak buat hingga letih
sangat?” sinis suara si sengal. Sudah bangun dia dan kini berada
betul-betul berhadapan dengan Fayqa.
“I said
please.... please, boleh tak saya nak rehat sekejap saja?” memang
Fayqa tiada mood hendak bertekak. Kalau perlu rayu, rayu sajalah.
“Saya tanya, awak
tak jawab. Jawab sajalah, apa susahnya. Awak pergi mana?” soalan
yang sama ditanyakan sekali lagi.
Tangan kanan
memicit-micit pelipis, “Walau pun saya menumpang di sini, saya pun
ada hak untuk privacy sendiri kan?”
“Privacy, yes.
Merayau malam-malam, no, never as long as you're under this roof,”
tegas Dzariff, tidak mahu berganjak walau seinci.
“Kita cakap hal
ni lain kali boleh tak?” gumam Fayqa, menghayun langkah ke
biliknya.
Serentak Dzariff
bergerak selangkah ke kanan, menghalang langkah Fayqa. Denyutan di
kepala Fayqa semakin kuat, sakit di hati boleh tahan juga.
“Saya nak solat
dan tidur, please...”
“Soalan saya
mudah saja, awak pergi mana? Kenapa tak mahu jawab? Apa yang awak
sorokkan,” geram dengan kedegilan Fayqa yang berahsia membuatkan
suara Dzariff semakin meninggi.
“Kalau saya nak
sorok apa-apa pun, itu saya punya pasal!” suara Fayqa juga sudah
naik.
Sabar Dzariff sudah
entah ke mana, digenggamnya bahu Fayqa, digoncang-goncang, “Pasal
awak sudah jadi pasal kami sebab awak tanggung jawab kami!”
“Eh! Lepaslah,
lepaskan saya, lepaskan tanggung jawab tu. Tak siapa suruh awak
bertanggung jawab pun,” tangannya cuba menolak tanggan Dzariff yang
kuat mencengkam bahunya.
“Fayqa? Abang?
Eh! Apa hal ni?”
Oh no!! Achik Zee!
Awalnya dia turun ke dapur pagi ini? Habis! Habis semua cerita aku.
Jenuh aku rahsiakan selama ini. Gelabah Fayqa bukan kepalang. Apa aku
nak buat ni? Matanya laju memandang wajah Dzariff yang garang. Selagi
dia tak dapat jawapan, dia takkan lepaskan, Fayqa pasti! No way out!
Agaknya sebab panik
atau sebab pendek akal, tubuh Dzariff yang berada betul-betul
dihadapannya didakap erat, erat seeratnya! Dalam hati sempat Fayqa
berbisik.... maafkan Fayqa, Achik!
Terkejut,
terperanjat, tergamam! Tapi kedua belah tangan Dzariff automatik
melingkari tubuh Fayqa bagai itulah perkara yang paling natural
baginya. Yes, she belongs in my arms, melekat dalam benaknya.
“FAYQA!! ABANG!!
Astaghafirullahilazim......” tangan Hajjah Azimah di dada, mulutnya
melopong. Bila Hajjah Azimah yang tidak pernah meninggikan suara
sudah terpekik, baru terlompat si anak sulung.
Tubuh Fayqa
dilepaskan, jari jemarinya menguak rambut di kepala dan terus melekap
di situ. What have I done? Dzariff menyumpah-nyumpah diri sendiri.
Kemudian matanya menyorot ke arah gadis di sebelah... Apa rancangan
dia ni?
“Astaghafirullahilazim....,”
Hajjah Azimah mengucap sekali lagi, “Apa ni Abang? Tanggung jawab
apa yang Fayqa sebut tu? Abang dah buat apa pada Fayqa?”
Dalam kepala Hajjah
Azimah macam-macam perkara yang menerjah masuk... takkanlah Dzariff
sudah apa-apakan Fayqa? Ish..tak mungkin... Dzariff anak yang baik.
Tapi dah jadi depan mata kepala sendiri.... Dahlah bapanya pun tak
ada, out station lagi. Ya Allah, balik suami aku nanti, apa aku nak
cakap? Terduduk Hajjah Azimah di kerusi meja makan dapur.
“Ummi, Abang
boleh jelaskan....”
Belum sempat
Dzariff habis bercakap, Fayqa sudah memotong, “Achik Zee, Fayqa
minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Fayqa dah buat benda
tak senonoh di rumah Achik...”
Hampir terjojol
mata Dzariff memandang muka Fayqa! “Apa awak cakap ni, Fayqa?!”
Marah Dzariff tidak
dipedulikan, “Fayqa rasa elok Fayqa pindah keluar dari sini. Lagi
lama Fayqa di sini, nanti entah apa pula yang terjadi...”
“Astaghafirullahilazim....,”
itu sahaja yang boleh Hajjah Azimah ucapkan, tangannya
mengurut-ngurut dada.
“Fayqa! Could you
please stop your game?!” suara Dzariff sudah meninggi.
“Yes, we should
stop OUR game...now,” Fayqa memotong lagi.
Our game? OUR game?
Licik betul budak perempuan ini, amarah Dzariff membuak-buak.
“Achik, biar
Fayqa keluar dari rumah ini. Fayqa minta maaf, Achik,” belum sempat
Dzariff atau Hajjah Azimah berkata apa-apa, Fayqa meluru ke dalam
biliknya dan mengunci pintu.
Telefon bimbitnya
dikeluarkan dan jari jemari laju mendial nombor, “Boleh datang
ambil saya sekarang tak? Saya tunggu di depan rumah. Kalau boleh
secepat mungkin ya. Saya nak elakkan masalah dengan tuan rumah.”
Di luar bilik
kedengaran suara Hajjah Azimah dan anaknya bercakap-cakap. Tanpa
memperdulikan mereka, laju tangan Fayqa mencampakkan pakaian dan
buku-bukunya ke dalam beg. Ambil yang mana sempat sajalah, yang
penting dia perlu keluar dari rumah ini sebelum rahsianya pecah. Tak
sampai lima minit Fayqa sudah siap berkemas, barang-barangnya pun
bukannya banyak. Pintu bilik dibuka.
Terbuntang mata
Hajjah Azimah melihat beg yang dijinjit oleh Fayqa. “Fayqa, apa-apa
pun, tunggu dulu. Jangan terburu-buru nak pindah. Fayqa nak ke mana?
Achik susah hati kalau Fayqa keluar dari rumah ni.”
Tubir mata Fayqa
mula panas, tersentuh hatinya dengan kebaikan hati Hajjah Azimah.
Walaupun dia berbuat tidak senonoh, tiada maki hamun dari wanita itu.
Malah, masih bimbangkan keselamatan dirinya.
“Achik, biarlah
Fayqa pindah. Ini yang terbaik, Achik.”
“Abang, minta
maaf dengan Fayqa. Janji dengan dia yang Abang takkan buat
benda-benda tak senonoh pada dia lagi,” arah Hajjah Azimah kepada
anak sulungnya.
“Ummi! Kan Abang
dah kata, Abang tak buat apa-apa kat dia. Yang Ummi nampak tu...”
Lagi cepat cabut,
lagi baik, fikir Fayqa. Tangan Hajjah Azimah dicium, “Fayqa pergi
dulu, Achik.”
“Fayqa! Fayqa!
Nanti dulu....,” seru Hajjah Azimah kepada gadis yang sedang
melangkah keluar melalui pintu dapur.
“Abang! Takkan
nak dibiarkan Fayqa pergi entah ke mana tu?” Kata-kata Hajjah
Azimah membuat Dzariff cepat-cepat mengekori Fayqa.
“Ummi, ada apa
kecoh pagi-pagi ni?” dari ruang makan, muncul Dzalia dan Dzureen
yang masih terpisat-pisat baru bangun tidur.
Dzariff di luar
membuka langkah berlari mengejar Fayqa yang sudah berada di pagar
depan, “Fayqa! Fayqa! Jangan pergi!”
Hajjah Azimah dan
anak-anaknya bergegas keluar dari pintu dapur, terkocoh-kocoh
berjalan ke lama depan mengikut sisi rumah.
Laju tangan Fayqa
membuka pintu sisi pagar depan. Matanya meliar memandang ke arah
jalan. Mana dia? Kenapa tak sampai lagi? Elok tiba sahaja kakinya ke
tepi jalan sebiji BMW hitam berhenti betul-betul di hadapannya. Tanpa
melengah masa, pintu hadapan dibuka, Fayqa masuk ke dalam dan kereta
mewah itu meluncur laju meninggalkan rumah Haji Dzulqarnain.
Dzariff yang hanya
terlewat beberapa saat, menjerit, “Fayqa! Fayqa!”
Hajjah Azimah yang
masih menapak ke pagar tidak berhenti-henti berastaghfar. Dzalia dan
Dzureen mengekori dari belakang.
Dzureen mencuit
bahu Dzalia, “Kak Yaya, macam shooting drama.”
Bab 19
Terhenti langkah
Hajjah Azimah bila melihat kereta hitam itu meluncur pergi membawa
Fayqa, “Abang! Siapa yang datang ambil Fayqa tu?”
“Abang tak tahu
Ummi,” mulut menjawab, dahi berkerut. Marah ada, bimbang pun ada di
hati.
Tak boleh jadi ni,
tak boleh dibiarkan sahaja. Laju Dzariff berlari masuk ke rumah,
kunci motosikal adiknya dan alat kawalan jauh pagar dicapai. Pintu
depan dibuka. Sambil melangkah ke arah motosikal Dzahim, topi keledar
dipasang. Enjin motosikal mengaum. Pintu pagar dibuka.
Sambil menunggang
motosikal keluar dari laman depan, alat kawalan pagar dicampakkan ke
arah Dzalia, “Abang pergi cari Fayqa!” dan motosikal berkuasa
tinggi itu menderum pergi.
Sudah bertahun
tinggal di kawasan perumahan itu, Dzariff tahu jalan-jalan pintas ke
jalan besar yang menghala ke lebuhraya. Tiba di sana, dia ternampak
BMW hitam yang dinaikki Fayqa sedang membelok memasuki lebuh raya.
“Yes!” bisik
Dzariff, “nak lari? Jom kita tengok ke mana kau nak lari.”
Tidak sampai 20
minit Dzariff mengekori BMW hitam itu, ia memasuki parkir bawah tanah
sebuah hotel lima bintang. Dzariff memberhentikan motorsikal di luar
hotel. Ketat dadanya, susah hendak bernafas bila memikirkan Fayqa
mengikut lelaki ke hotel. Fayqa yang tidak tinggal sembahyang, yang
sentiasa hormatkan orang tua.... dia jenis yang ikut jantan ke
hotelkah? Kalau pemandu BMW itu saudaranya, kenapa dia tidak
perkenalkan kepada kami sekeluarga? Memang gadis ini ada rahsia hitam
yang nak disorokkan. Dzahim tahukah? Dzahim bersekongkol dengan Fayqa
tentang rahsia ini?
Buat beberapa
minit, Dzariff masih berdiri di hadapan hotel. Solat subuh belum,
sekejap lagi habis waktu. Nak ke masjid, nanti entah ke mana pula
gadis yang diekori. Apa-apa pun solat dululah, putus Dzariff. Takkan
tak solat disebabkan budak perempuan sorang ni.
Usai solat Dzariff
terconggok di hadapan hotel. Masuk ke hotel tadi mencari Fayqa, kata
receptionist tiada gadis bernama Fayqa atau Lara yang menyewa bilik
di situ. Takkan dia hendak ketuk pintu bilik satu per satu. Akhirnya,
di situlah dia menunggu, berharap Fayqa atau BMW hitam itu akan
keluar semula. Perut lapar belum bersarapan tetapi Dzariff tidak mahu
ke mana lagi selagi Fayqa belum ditemui.
Hampir tiga jam
menahan lapar dan geram, akhirnya tersembul BMW hitam itu keluar dari
parkir bawah tanah. Tidak salah kereta sebab Dzariff cam nombor
platnya. Cepat-cepat Dzariff memakai topi keledar dan mengekori BMW
itu. Rupanya kereta itu menghala ke hospital. Hospital yang sama di
mana Dzahim di rawat dahulu.
Dzariff
memberhentikan motosikal agak jauh dari kereta hitam yang berhenti di
foyer hospital. Pintu pemandu dibuka, seorang lelaki separuh umur
keluar dan membukakan pintu belakang. Yang keluar dari pintu belakang
adalah Fayqa. Segera timbul rasa lega di hati Dzariff.
“Lelaki itu
pemandu? Pemandu siapa?” tanya Dzariff dalam hati.
Selepas
bercakap-cakap sebentar, Fayqa menapak ke pintu masuk hospital. Di
pintu masuk seorang lelaki muda sudah menunggu Fayqa. Mata jantan
Dzariff pun tak boleh menafikan lelaki itu sungguh kacak bergaya.
“Abang dia?”
teka Dzariff.
Setelah Fayqa dan
lelaki muda itu beredar ke dalam, dengan cepat Dzariff memarkir
motosikalnya dan mengekori mereka dari belakang. Mereka menaiki lif
ke tingkat atas. Selepas pintu lif tutup, laju Dzariff melangkah ke
lif, matanya tidak bekelip memandang nombor-nombor di atas pintu.
Satu, dua, tiga, empat. Lif berhenti di tingkat empat. Butang lif
ditekan dan selepas beberapa minit, pintu lif terbuka. Dzariff
melangkah ke dalam dan menekan butang nombor empat. Sambil menunggu
life naik ke tingkat empat, berkerut dahi Dzariff memikirkan apa yang
akan dibuatnya bila bersemuka dengan Fayqa dan lelaki itu. Atau dia
hanya memandang dari jauh?
Tiba di tingkat
empat, pintu lif terbuka, Dzariff melangkah keluar. Tanpa perlu
membaca papan tanda di hadapan lif, Dzariff melangkah ke kiri ke
sebuah pintu yang bertulis “Intensive Care Unit.” Di sinilah
Dzahim dirawat beberapa bulan dahulu. Ahli keluarga Fayqa kemalangan?
Pintu ruang menunggu
ditolak, tersentak Dzariff seketika, ada seorang wanita berusia empat
puluhan sedang marah-marah.
“Sampai jantan
tua tu nak mati pun kau nak kawal dia. Alah, jangan nak nafikan. Kau
nak pastikan bila dia mati, semua harta dia dapat kat engkau. Aku
bukan bodoh macam bini tua dia, aku boleh fikir!” Kedua belah
tangan di pinggang, nampaknya dia sedang memarahi seorang wanita yang
sedang duduk menangis teresak-esak di kerusi ruang menunggu.
“Mak cik, di sini
tak boleh bising-bising, Mak Cik. Kalau Mak Cik nak bincang, kita
turun ke bawah,” lelaki kacak yang menaiki lif dengan Fayqa cuba
menenangkan wanita itu.
“Ah! Kau pun sama
dengan bapa kau. Asyik nak menangkan betina sundal ini. Kalau kau tak
jaga-jaga, satu sen harta bapa kaun pun kau takkan dapat, kau tahu!”
“Mak Cik, tentang
duit ringgit tu kita bincang kemudian Mak Cik. Sekarang ni lebih baik
kita bacakan Yassin, bacakan doa untuk Papa. Nanti bila Papa dah
sihat, kita uruskan hal duit biaya Mak Cik dan Adik.”
“Nanti? Kau pun
sama bodoh macam emak kau! Nanti, nanti. Kau tak tahu betina sundal
tu dah sapu semua untuk diri dia.”
Fayqa yang sedari
tadi berdiam diri di sebelah lelaki kacak itu sudah tidak dapat
menahan sabar, “Puan, Puan nak cakap apa pun, itu hak Puan. Tapi
tolong jangan panggil emak saya betina sundal. Mak saya isteri sah
Uncle Shaq.”
Amaran gadis muda
itu tidak dihiraukan, amarah sudah marak di dada, “Ah! Kau dengan
mak kau pun sama-sama sundal....”
Pang!! Buat sedetik
terdiam semua orang. Tiada siapa yang menyangka Fayqa akan menampar
wanita itu.
“Lara! Mama tak
pernah ajar Lara angkat tangan dengan orang yang lebih tua,” marah
emak Fayqa.
Wanita yang
ditampar Fayqa juga bagai sudah tersedar, “Hei, anak sundal, mak
kau tak ajar, mari aku ajarkan..”
Tangannya sudah
diangkat, mahu membalas tamparan Fayqa. Cepat-cepat tangan dan
badannya ditahan oleh lelaki kacak tadi, “Mak Cik, jangan buat
kecoh, Mak Cik. Ini hospital.”
Fayqa pula bagai
tidak puas dengan sekali tamparan, tangannya diangkat sekali lagi.
Biar hari ini dia ajar wanita angkuh ini puas-puas. Belum sempat
tangannya mendarat ke pipi wanita itu, ada tangan yang menahan dari
belakang. Sementara sebelah tangan lagi melingkar di pinggang Fayqa,
menahan Fayqa dari mendekati wanita mulut celupar tadi.
Terkejut dipeluk
dari belakang, Fayqa menoleh. Makin terkejut jadinya bila dia melihat
yang memeluknya dari belakang adalah si jeneral sengal! Bukan sahaja
Fayqa yang terkejut, emaknya, lelaki kacak dan wanita itu turut sama
terkejut.
“Hoi sengal!
Lepaslah!” jerit Fayqa sambil cuba melepaskan diri.
Sedar yang semua
mata sedang memandangnya, Dzariff segera melepaskan Fayqa.
“Awak ini siapa?”
tanya emak Fayqa.
“Awak buat apa di
sini?” tanya Fayqa serentak.
“Nak pastikan
awak selamat,” jawab Dzariff perlahan.
Suatu jawapan yang
amat menghairankan emak Fayqa, “Lara, siapa lelaki ini?”
Fayqa menjeling ke
atas. Bala! Bala!!
“Tak ada
siapa-siapa, Mama,” jawab Fayqa.
Tangan kanan
Dzariff direntap, Fayqa menarik si jeneral sengal keluar dari ruang
menunggu Unit Jagaan Rapi. Tidak mahu menunggu lif, Dzariff ditarik
menuruni tangga. Tiba di tingkat tiga, tangan Dzariff dilepaskan,
bahu Dzariff ditolak kasar.
“Boleh tak awak
pergi dari sini?” halau Fayqa sambil mengetap gigi.
“Kenapa? Kalau
ahli keluarga awak sakit, tak bolehkah saya melawat?” tenang
jawapan Dzariff.
“Pergilah!
Pergilah! Pergilah!” sambil menghalau, bahu Dzariff ditolak-tolak,
“Hidup saya dah cukup complicated, tak perlu awak nak buat makin
rumit.”
Dengan wajah yang
tidak beriak, dengan suara yang tenang, Dzariff menjawab, “Siapa
kata saya nak rumitkan hidup awak?”
“Aaaarrggghhhh!!”
jerit Fayqa, kedua tangannya digenggam geram. Si sengal ini tak kan
mengalah, tak kan mengalah.
Mukanya ditekup
dengan kedua belah tangan. Tidak rumit katanya? Uncle Shaq kena
serangan jantung. Mama pula kena serangan bekas madunya. Bekas madu
mama pula kena serangan aku. Tidak rumit kata si sengal?
Bahu
terhinggut-hinggut, dia menangis teresak-esak. Lututnya terasa tidak
mampu lagi berdiri. Fayqa duduk di atas tangga, menangis
semahu-mahunya. Tidak apa lagi yang mampu Fayqa buat, hanya menangis.
Pertama kali
melihat gadis tabah dan kuat bernama Fayqa menangis teresak-esak,
bukan tidak tersentuh hati Dzariff. Kalau diikutkan hatinya, ingin
dia menarik gadis itu ke dalam pelukannya. Bagai subuh tadi. Tetapi
subuh tadi, entah apa yang merasuknya, membuatkan dia terleka
seketika, terlupa halal haram. Pagi ini, dia tidak akan mengulangi
kesilapan yang sama. Maka, Dzariff turut melabuhkan punggungnya di
atas tangga, selang beberapa anak tangga dari Fayqa. Mulutnya tidak
berkata apa-apa. Bukankah dia sudah kata tadi, dia tidak akan
rumitkan hidup Fayqa.
Di tingkat empat,
ada ibu yang menjenguk ke bawah. Melihat anak gadisnya menangis,
hatinya sayu. Jika tidak kerana perkahwinannya dengan Datuk Ishaq,
Fayqa tidak akan jadi begini. Matanya turut memandang ke arah lelaki
yang duduk menemani anak gadisnya di atas tangga. Siapa lelaki ini,
yang begitu sabar menemani anaknya menangis?
Bab 20
“Lara tidak setuju
saya kahwin lain. Dia memang anak manja Papanya. Sejak saya berkahwin
dengan suami saya sekarang, Lara menjauhi diri,” air mata yang
mengalir di pipi dikesat, “Tingkatan empat dia masuk asrama,
selepas itu masuk kolej, kemudian universiti. Balik menjenguk saya
sekali dua setahun. Duit belanja yang papa tirinya beri pun tidak
disentuh. Dia bekerja menanggung diri sendiri. Tanda dia memprotes
mamanya kahwin lain.”
Terdiam Dzariff dan
ibu bapanya, tidak tahu mahu komen apa. Rupanya ini rahsia Fayqa Lara Lyana Abdul Rahim selama ini. Emak dan bapanya memang berasal dari Tawau tapi sudah
berhijrah ke Kuantan sejak Fayqa berusia setahun setengah. Dan
semenjak bapa Fayqa meninggal sepuluh tahun yang lalu, emak Fayqa
masih lagi tinggal di Kuantan sebab suami keduanya mempunyai
perniagaan di sana. Isteri tua suaminya pula tinggal di Kuala Lumpur.
Untuk menyedapkan
hati emak Fayqa, Hajjah Azimah memuji anaknya, “Fayqa rajin
budaknya, Fizah. Ringan tulang, kerja rumah dia yang banyak membantu.
Solat tak tinggal. Budi bahasa pun elok.”
“Alhamdulillah,
Kak Zee. Hati saya bimbang bukan main bila dia hidup sorang-sorang di
Kuala Lumpur ini. Nak suruh dia duduk dengan keluarga suami saya,
bukannya dia mahu. Keras hati tak boleh nak dikata apa,” kata Puan
Hafizah tanpa berselindung.
“Tak apalah,
Fizah. Sekarang ni kan Fizah pun sibuk menjaga Datuk Ishaq. Biarlah
Fayqa tinggal dengan kami buat sementara waktu. Nanti bila Datuk dah
sihat, kita bincang lain,” cadang Haji Dzulqarnain.
“Tak menyusahkan
Haji sekeluargakah? Dari dia tinggal sorang-sorang, lebih baik dia
tinggal dengan Haji. Tapi itulah saya malu sebab menyusahkan Haji
sekeluarga,” balas emak Fayqa.
“Eh, apa pula
menyusahkan, saya pula yang malu sebab sejak Fayqa duduk dengan kami,
anak-anak saya mengada-ngada, semua jadi berat tulang. Fayqa tu
dengan anak-anak saya dah jadi macam adik-beradik. Dengan Dzalia dan
Dzureen, rapat bukan main,” jawab Hajjah Azimah, Dzariff di
sebelahnya dijeling-jeling. Peristiwa subuh tadi sudah dijelaskan
oleh Dzariff tapi Hajjah Azimah sudah sedar, ada gadis bukan mahram
di rumahnya, dia perlu pantau tingkah laku anak lelakinya dengan
lebih berhati-hati.
Sedar makna
jelingan ibunya, Dzariff membuat riak selamba. Khilaf, walaupun
sesaat, tetap khilaf.
“Kak Zee tolong
saya pujuk Lara ya. Dia beria-ia hendak cari bilik sewa. Kalau dia
tinggal dengan Kak Zee, tak adalah saya bimbang sangat. Sudahlah papa
tirinya sakit teruk begini,” kata Puan Hafizah sebelum melangkah ke
dalam ruang menunggu Unit Jagaan Rapi untuk memanggil Fayqa yang
sedang membacakan Yassin untuk bapa tirinya.
Fayqa mengikut
emaknya bertemu Haji Dzulqarnain suami isteri serta Dzariff dengan
wajah yang merah padam. Kalau boleh, memang dia tidak mahu berjumpa
dengan keluarga Dzahim lagi. Malu dengan perangai tidak senonohnya
subuh tadi, malu dengan Dzariff tentang peristiwa menampar bekas madu
Mamanya, malu dengan status Mamanya sebagai isteri nombor tiga, malu
segala-galanya.
“Fayqa, Mama
Fayqa sudah berbincang dengan Achik, dengan Pak Cik Nain, dengan
Abang. Mama Fayqa bersetuju biar Fayqa duduk dengan keluarga Achik
sementara Mama Fayqa menjaga Uncle Fayqa,” lemah lembut Hajjah
Azimah memujuk anak gadis yang sudah dianggap bagai anak sendiri.
Makin tebal rasanya
muka Fayqa. Malu sungguh dengan Achik Zee, macam-macam yang Fayqa
buat, tapi Achik Zee masih lagi melayan Fayqa dengan penuh kasih
sayang.
“Tak apalah Achik
Zee. Biarlah Fayqa duduk di bilik sewa macam dulu, bukan Fayqa tidak
biasa. Dah cukuplah Fayqa menyusahkan Achik sekeluarga,” Fayqa cuba
mengelak.
“Siapa kata awak
menyusahkan kami? Awak yang kata hidup awak cukup complicated dan
awak tak nak rumitkan lagi. Bukankah duduk di bilik sewa itu rumit?
Jadi awak sendiri yang buat hidup awak semakin rumit,” tajam komen
Dzariff, terkejut emak Fayqa yang tidak biasa dengan caranya. Haji
Dzulqarnain suami isteri pula sudah biasa dengan cara Dzariff menegur
adik-adik.
“Saya rasa lebih
mudah kalau saya hidup sendiri...”
Belum siap ayat
Fayqa, Dzariff sudah memotong, “Mudah untuk siapa? Mudah untuk awak
saja. Awak ada fikirkan emak awak? Mudahkah dia melepaskan anak
gadisnya hidup sorang-sorang di Kuala Lumpur ini? Don't be selfish,
Fayqa.”
Fayqa yang tadi
tertunduk-tunduk malu, mengangkat muka merenung tajam wajah Dzariff,
“Itu antara emak saya dan saya. Awak jangan masuk campur.”
“Salah, ini bukan
hak awak untuk buat keputusan. You are not given a choice, Fayqa.
Emak awak hendak awak tinggal dengan kami sementara bapa tiri awak
tidak sihat. Tanggung jawab anak mengikut kata ibu. End of the story.
Nanti bawa beg awak balik ke rumah.”
Berombak-ombak dada
Fayqa menahan marah. Si jeneral sengal buat hal lagi! Emak Fayqa di
sebelahnya hampir terlongo melihat cara Dzariff “menangani”
keras kepala anaknya. Sudah bertahun-tahun Fayqa melayan keras
kepalanya, kini buku sudah bertemu ruas. Perlahan-lahan terukir
senyuman di bibir Puan Hafizah.
sukaaaaaaa......... :)
ReplyDeleteahhh...i smell something.......fishy :)
ReplyDeleteI like..
ReplyDeleteBuku bertemu ruas..
Mesti best..haha
Oh la la.. Jeneral sengal ada talent jadi PI. Haha. Rebellious juga si Pekah ni ya?
ReplyDeleteSuker.. Suker.. Suker... Sgt suke.. Hahaha... Good job nina..
ReplyDeletesusah2 sgt nk bwk fayqa blk, kawenkan je trus dgn jeneral tu..
ReplyDeletebtw, thanks 4 d n3
alolo.. best Dzariff bekeras xnk Fayqa pindah.. Luv Dzariff..
ReplyDeleteBuku Bertemu Ruas??
ReplyDeleteNampaknya, Mak Fayqa dah jumpe calon menantu yang sesuai utk Fayqa yg keras kepala.
Amboi amboi, sempat lagi Dzariff ambil kesempatan peluk Fayqa dari belakang. Memang dia dah ketagih ya Hanina. Hmm Dzariff dah dapat approval dari mak Fayqa tu.
ReplyDeleteOmg....cik penulis...bila nk keluar novel ni....seksa batin cek....
ReplyDeleteomg...tulis pun br takat ni. tulis upload, tulis upload. bila dah sampai bab 25 berenti upload sebab nak siapkan manuskrip, agak2 3 bulan tu...
Delete3 bln pun 3 bln lah.....lg cpt lg bgs....hehe cik penulis yg sweet.....klu blh selitkan sikit tentang budaya or tempat2 yg menarik mcm novel sebelum ni...informasi yg menarik n olahan yg sempoi dr. Cik nina memang meletops...pe pun best of luck yaaa....(waiting 4 new novel)
DeleteTHANK YOU...THANK YOU...THANK YOU, NINA !!!!!! For the superb n3...amek ko Faye...dh jumpa yg sama padan. Anyway, jgn la ugut readers yg 2 wks lg br ada n3 lg....cdeh + busan la kita org nnti. Upload teasers for next n3 pn ok
ReplyDeleteuiks! mana ada ugut. hujung minggu dpn out stn. so nxt wiken tak de entry. awal minggu ni tak brani janji ler, mtg sana sini..
DeleteThanks Hanina for d beautiful E3..
Deleteakak faham akan kerja awak..tapi akak tabik dalam kesibukan awak ..awak tidak pernah menghampakan kami dengan E3 baru.
E3 ini membawa kita mengenali diri Fayqa..perjalanan hidupnya ..yg selama ini yg ingin dia sembunyikan..rupanya dia amat terkilan dengan keputusan ibunya mengahwini ayah tirinya dan sekali gus meletakkan ibunya sebagai madu yg selalu disalah ertikan oleh madu madunya yg lain yg selalu menuduh ibunya ingin membolot harta ayah tirinya sedangkan apa yg ibunya mahu adalah untuk menjadi peneman dan mengisi jiwanya yg kosong kerana kematian suami dan mahu anaknya fayqa ada seorg ayah untuk mengantikan arwah suaminya tetapi tidak disangkanya anaknya itu telah menolak figura seorg ayah yg ada pada diri ayah tirinya itu.
cik nina oiiii...sik boh update sampei 25...tulis jak manuskrip ya...kak ya antar terus ke publisher...dpt kamek org peluk-cium...haaaa tu dia dialek swak i dah kluar...hehehehe...sori daa...cuaca panas-sejuk-panas-sejuk buat kepala i weng cikit minggu ni....
DeleteOh Nina! Best sgt crita nih. Kebetulan ramalan ku benar belaka Faye peluk Dzariff sbb nk kluar dr rmh tu. Jgn seksa batin kami ni yg dok tgu n3 baru...huhuhu...
ReplyDeleteerghhhhhh......seske hati je si general 2 nak arah2 fayqa wat cenggitu....walaupun betul cam yg dia ckp 2 t/jwb anak ikut setiap ckp mak kan tp...geram tetap ada kat mamat 2 haishhhh
ReplyDeletewah!! suke2.. sanggup dzariff duk spy si fayqa sampai pagi.. ishishish
ReplyDeletepergh..complicated juga hidup seorg gadis yg bernama fayqa ini..barulah kita tahu ..kehilangannya malam itu adalah untuk melihat ayah tirinya yg dimasukki ICU kerana diserang sakit jantung dan ibunya pula merupakan isteri no. 3 kepada seorg yg bergelar Dato' yg memang mempunyai kedudukan dan kaya orangnya. Mungkin begitu sukar untuk diri gadis ini menerima akan kehadiran bapa tirinya dan keputusan ibunya berkawen. Perjalan hidup Fayqa rupanya tak seindah mana..selalu disalah ertikan hubungan emaknya
ReplyDeletedengan madu madunya kerana harta yg ada pada ayah tirinya. Tak sangka betulkan sigadis bernama fayqa ini dalam tenangnya ada garangnya bile dia dengan selambanya menampar bekas madu ayah tirinya kerana menuduh dan melemparkan kata kata yg melampau pada ibunya.
Adakah setelah penjelasan yg diberikan kepada keluarga angkatnya oleh ibunya akan membuatkan keluarga ini merasa lebih simpati keatas fayqa dan treat her well dan adakah mamat sengal itu akan menaik taraf gadis itu dan menjadikan dirinya halal kerana hatinya telah tertawan dan terpikat dengan gadis ini yg tidak ada cacat celanya sehingga dia tidak sanggup untuk kehilangan dan apatah lagi jauh dari pandangan matanya sedang apa yg berlaku pagi tadi seperti telah memberikan dirinya sebuah keyakinan yg dia hendak memilikki gadis yg tabah ini dan mahu melindunginya dari disakiti oleh sesiapa sahaja..Apa yg akan jeneral sengal ini akan lakukan ya..dan adakah gadis ini akan mengikut arahan dari sijeneral agar kembali tinggal bersama dengan mereka. Tidakkah gadis ini Fayqa tahu yg ibunya sedih dan berkecil hati dengan layanan yg diberikan oleh gadis ini kepada dirinya dan tidak adakah kemaafan dalam diri gadis ini untuk dirinya kerana sebagai wanita dia memerlukan seorg suami untuk dirinya berlindung dan dia perlu seorang lelaki untuk menyayangi dirinya untuk memenuhi kekosongan dalam dirinya setelah ayah fayqa tiada ..dan kenapa anaknya tidak boleh menerima akan kehadiran seorg ayah tiri yg sebaik suaminya sekarang..
lurve yr views cik ida...life is complicated...no matter how many twists & turns unfold itself in front of us, if we r not careful & INGAT YG SATU tu...mcm2 blh jadi...suka mcm mana cik nina rungkaikan misteri hidup si fayqa ni...there's so many reasons dat culd make fayqa b more 'brutal' than she is now - tak solat, idup liar, etc, etc, etc, rebel without a cause - wuld like to knw wat makes her pillar so strong...just like nama citer ni...seteguh fayqa...olahan yg cukup sempoi-santai-dgn-kesengalan-yg-terserlah but brings in quite a heavy message...hhhmmmmmm sunyi lerrr lam 2 minggu ni...
Deletelove yr comment zoora..agreed with u 100%..love d plot written by d writer...
Deletewaduh..waduh..waduh.. memang sesuwaiiii la derang ni..nina.. besttttt sgttt
ReplyDeleteoh yes, mama fayqa dah jumpa bakal.menantu yg boleh handle anak yang memberontak. Achik zee pun rasanya dah jumpa penyelesaian masalah bukan mahram kat rumah dia kan? win win situation for the parents, but not for them kan nina?
ReplyDeleteamat amat berterima kasih pada NIna.... tq tq tq....n3 kali SUKA GILER TRILER YG AMAT X SABO TUNGGU....N3NEXT WEEK....MINTAK MINTAK IDEA NINA TERGOLEK GOLEK DATANG....
ReplyDeleteAt the end setelah setiap satu jam jengok blog nina...akhirnya ada juga new entry....saya suka :)
ReplyDeleteDear Nina sila siapkan cerita ini N terbitkan buku, seksa u nak tunggu entry baru setiap minggu.
Oh tidak...bila terbit buku ni.....nak lagi..dan lagi...best...
ReplyDeleteSuka, suka, suka dan terus suka. Ini yg buat x sabar nak bc full story in printed version mcm PMS dan KNK.
ReplyDeleteOk... Now i get it.... Love it... Thanks Nina... Huggs
ReplyDeleteNina:life is complicated, but that's life!!!....beginning of a new journey for all characters in this storyline, now that all main players were reveal...
ReplyDeleteekekekekeke...terbaek ah jeneral!!
ReplyDeletehr tu pekah train dzahim.. acik zee lega..
kali ni turn jeneral lak train pekah.. acik fizah lak yg lega.. ekkekekee..
haha.. a'ah kan. tapi sapa lak nak train si jeneral sengal??? hihihi..
Deletehahaha... suka komen ni. 'Sapa lak nak train Si Jeneral Sengal????' buat sy tersengih manjang. Yg sebenarnya, dah tahu Cik Nina kita sibuk, tak sempat nak update, tp sb terlalu rindu sama Si Faye n Jeneralnya, buka blog ni dan baca aje komen2 korang buat melepas rindu,huhuhu...
DeleteTq nina..br tau kisah disebalik nyer...
ReplyDeleteDah trjawab sapa diri fayqa....wah...amik berat tol jeneral ni ...dah syg ke ktpekah.....apapun best arr nina...salute sehhhhhhh...
ReplyDeleteKakak nina sgt hebat.. !! Lg 2 mggu kuarkan 3 bab full version eh.. Sonok bace panjang2 nih... Hehehe..
ReplyDeletehuhuhu...mmg mengena tebak i nina ooiii...papa tiri pekah ...2 minggu lg nak tunggu...adoi...lama tu ...hbsla kita org rindu kat blog nie... :p
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesy ikut sama senyum....betul2 buku dgn ruas....alahai lama tu 2 minggu...mau nya khatam berkali2 chapter nih...
ReplyDeleteDapat rasa mak ngn mak nanti buat pakatan...
ReplyDeleteSuka... Achik zee kawenkan ajer abg ngan fayqa tu so xde apa nk pikir....
ReplyDeletesetuju3
Delete
ReplyDeleteSuke3x ...sabar ya hati yg can't wait til nx chapter. Thanks Hanina dgn buah tangan yg menjadi therapist di kala jiwa kacau.
Xoxo Aza
Haha buku bertemu ruas !!! Sukanya !!!
ReplyDeletetp jgn lupe si sengal ni ader awek
ReplyDeleteTak mo la minqh cerewet tu jd awek si jeneral .lgpun x de tulis kt mana2 pun si Mush tu awek si jeneral...Nina tulis dorang tu keje kt ofis yg sama je
DeleteI will keep this as my collection once publish he he :)
ReplyDeleteSorry ms. Nina, pasal ugut x de n3 tuh...gurau jer. Tau u ada tanggungjawab lain. X per, biar lmbt tp berbaloi bila u upload n3 br. Cuma, mesti kitaorg readers u ni rindu giler kt couple ni...hu hu hu
ReplyDeleteI like....
ReplyDeleteMesti mak Fayqa duk kenen dgn Si Jeneral. Bole wat menantu
ala...nk fayqa ngn dzahim..
ReplyDeletexmau zhariff....
plezzzz
Uiks....,janganla Si Dzahim, 'budak' sangat tu, lagipun bukan dia yg pimpin Si Pekah, Si Pekah yg pimpin dia. Pekah ni seorang perempuan yg perlukan seorang lelaki yg kuat personalitinya, tegas, berani, penyayang, yg boleh jadi pemimpin dia dunia akhirat, tak gitu Cik Nina?
DeleteSetuju sesangat...Dzariff jer boleh kontrol Pekah
Delete" perlahan-lahan terukir senyuman dibibir saya..."
ReplyDeleteNina, terima kaseh utk n3 yg pjg, pengubat utk yg nk kena tunggu lepas ni...apa2 pun..silalah siapkan man cepat2...nk buat koleksi :-))
errrr dzahim tu ade gf eh.. gf yg terlarang ke ape? huhuhu.. sorry off topic sket
ReplyDeletesukanya.
ReplyDeletengak sabaq nunggu buk nina...kasi kluar novelnya terus pasti akan ku serbu kedai bukunya...
ReplyDeletengak sabaq nunggu buk nina...kasi kluar novelnya terus pasti akan ku serbu kedai bukunya...
ReplyDeletesgt menarik dan trskan usaha anda hingga terhasil buku ketiga. dua2 bku cik writer sy dh baca dan terhbur
ReplyDeleteOwh mcm tu rupenye kisah hidup fayqa...
ReplyDeletedah mcm keKETAGIH..ARI ARI BUKAK BLOG NINA WALAUPUN DAH GTAU NEXT WEEK BR Ada....parah la nina....cepat cepat nina sayng
ReplyDeletesama la...
DeleteSib baik lh sy bz minggu ni...tk terasa sgt rendu ni...
Deletesame jugak (O.O) oh dah jadi 'habit' untuk klik link ke blog ni TIAP kali online (>,<') KLIK!
ReplyDeleteSama lah kita ni ye, ahhhh....Nina, rinduku kian parah. hehehe...
ReplyDeletelama ag ke nina..
ReplyDeleteAdoi...lama nyer 2 wks tuh..rindu tahap petala kat Faye n Dzariff. X sabar nak baca kerenah 2 karekter ni
ReplyDeleteKak nina...hati nie dh terseksa mnunggu kpulangan kak..cpt la blik sis...
ReplyDeleteKak nina...hati nie dh terseksa mnunggu kpulangan kak..cpt la blik sis...
ReplyDeleteChak!!! Dh tau takde..tp tetap jenguk..
ReplyDeleteMacam mana nina buat novel..dh ada jln cerita dulu baru buat ayat ke..mmg suka sgt dgn karakter naz,una dan faye ni..salam follower baru
ReplyDeleteMenghitung hari
ReplyDeleteDetik demi detik
Masa ku nanti apa kan ada
Jalan cerita kisah yang panjang
Menghitung hari...
Zoora
hope fayqa mengaku silap dia... kesian dzengal... tak pasal2 mak dia pikir bukan2 walhal fayqa yang start dulu. humph! nak baca lagi je rase.. :(
ReplyDeleteSalam singgah sini. Saya baru sahaja habis baca novel, Projek Memikat Suami. Terpesona dengan novel yang sangat best, nak pulalah tengok blog tuannya :) studioous.blogspot.com
ReplyDeleteAgen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
ReplyDeleteBergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).
Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :
- SBOBET BOLA
- SBOBET CASINO
- ION CASINO
- MAXBET
- TANGKAS 365
- 368bet
- SABUNG AYAM
- CBO855
Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )
PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
-Bonus Depo Bola 50%
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman
Costumer Service 24 Jam Online :
Pin BBM : 7B2EC260
Pin BBM khusus : mgmcash8
Whatsapp atau nomor sms :
+66615620266
YM : mgmcash88