Ahhh....after quite a long hiatus, susah juga nak menulis semula. Bab ini memperkenalkan K.I. lelaki kacak bergaya lagi gentleman.... (ehem ehem kepada seorang penulis tu LOL)
Skrg sudah bab 22, sy rasa SF di blog sehingga bab 27 kut. Lepas itu saya rasa mungkin berbulan-bulan baru SF boleh siap. Memang tak boleh cepatkan sebab kerja di ofis memang menimbun.
Hmmm.... si jeneral akan semakin sengal dalam bab 23 :)
Bab 21
Tangan yang menolak
pintu kaca terhenti, begitu juga langkah kakinya. Matanya tertancap
ke arah lelaki kacak bergaya yang sedang berbual-bual dengan Dzalia
di sofa butik.
“Dia lagi!!
Hari-hari datang... tak perlu kerjakah? Dasar anak orang kaya! Bapa
sakit terlentang pun, dia boleh curi tulang,” cemuh Fayqa dalam
hati.
Nafas ditarik
dalam-dalam, kaki dihayunkan semula, laju menuju ke arah bilik stok.
Malas hendak menegur, biarlah mereka berbual.
“Pekah! Sini!”
panggil Dzalia.
Tanpa memandang ke
arah bosnya, Fayqa menjawab, “Saya banyak kerja nak setel dalam
bilik stoklah, Kak Yaya.”
“Fayqa... sinilah
dulu. Abang Iz dah lama tunggu ni,” suara Dzalia semakin lembut,
bikin Fayqa malu untuk membantah.
Perlahan-lahan kaki
melangkah ke arah sofa, kepalanya berputar-putar, “Abang Iz? Abang?
Sejak bila?”
Tiba di sofa, Fayqa
hanya diam berdiri. Lelaki kacak itu tidak ditegur.
“Lara sihat?”
pembuka kata.
“Sihat,” jawab
di mulut, di hati pula, “Hari-hari tanya... macam iya-iyalah
kisahkan aku.”
“Dah makan?”
lembut pertanyaan.
“Dah,” mulut
menjawab, mata merenung rak baju di belakang sofa.
“Abang ingat nak
ajak Lara pergi minum,” setiap hari mengajak, tidak jemu-jemu walau
pun sudah masuk minggu kedua.
Dan setiap hari ada
saja alasan yang diberi, “Saya baru masuk kerja, lagi pun saya
kenyang lagi.”
Kasihan melihat
pelawaan Khairul Izwan ditolak lagi, Dzalia mula membuat rancangan,
“Pekah, hari ni kita balik awal! Ummi masak pengat pisang. Kalau
kita lambat balik, habis nanti dibelasah dek Abang dan Yin.”
Hah! Dah bos ajak
balik, bodohlah kalau ditolak. Tapi untuk memaniskan mulut, Fayqa
bertanya juga, “Butik tutup awal ke Kak Yaya?”
“Tak, Tasha dan
Mila ada. Nanti Kak Yaya suruh derang jaga,” jawab Dzalia sambil
mengemaskan barang-barangnya.
Tidak sampai tiga
minit sudah siap, “Dah, jom balik,” ajak Dzalia.
Baru sahaja Fayqa
mahu membuka langkah mengikut bosnya, si bos mempelawa si kacak
bergaya, “Jom, Abang Iz. Pengat pisang Ummi is out of this
world, okay.”
Terbeliak mata
Fayqa, anak orang kaya ini nak ikut mereka balik sama?
“Out of this
world?” soal Khairul Izwan dalam nada bersenda, “Interesting,
lead on!”
Tiba di rumah, Haji
Dzulqarnain dan Hajjah Azimah sedang berehat-rehat mengambil angin
petang di beranda di sisi rumah. Khairul Izwan si kacak bergaya
rupanya juga seorang yang bersopan santun. Tangan tuan rumah disalam
dan dicium. Mulutnya manis bertanyakan khabar.
“Alhamdulillah,
sihat. Mama dan Papa kamu apa khabar?” Hajjah Azimah berbalas
bertanyakan khabar.
“Alhamdulillah.
Papa sudah mula buat fisioterapi. Mama macam selalu perlu buat
dialisis,” tenang jawapannya walaupun maha hebat dugaan yang
melanda keluarganya.
“Banyakkan
bersabar, Izwan. Dalam keadaan macam ini, Izwanlah yang menjadi ketua
keluarga,” nasihat Haji Dzulqarnain.
“InsyaAllah, Pak
Cik,” mulut masih tersenyum walaupun ada pilu di mata.
Diajak minum
bersama, Khairul Izwan memohon izin untuk menunaikan solat asar
dahulu. Lalu disuruh naik ke tingkat atas, menumpang solat di dalam
bilik Dzahim. Dzalia yang juga perlu bersolat menjadi tukang tunjuk
bilik.
Fayqa yang sedang
“bercuti” meminta diri ke dapur untuk mengambil cawan dan
mangkuk. Melangkah semula ke beranda dengan cawan dan mangkuk di atas
talam, dilihatnya si sengal sudah duduk tercotok di meja taman
bersama ibu bapanya. Mencebik bibir Fayqa, kalau boleh dia memang
tidak mahu dekat langsung dengan si sengal itu.
“Fayqa duduklah
sekali, rasa pengat Achik ni,” pelawa Hajjah Azimah.
“Kejap Achik,
cawan dan mangkuk tak cukup lagi,” alasan Fayqa.
Masuk ke dapur,
Fayqa ke pintu belakang. Berdiri di situ, mata dipejam, nafas ditarik
dalam-dalam. Sudahlah ada si Khairul Izwan, abang tirinya, ditambah
pula dengan si sengal. Bukan aku yang makan pengat, tapi jadi aku
yang jadi pengat, keluh Fayqa.
“Ambil cawan dan
mangkuk ke, buat cawan dengan mangkuk?”
Fayqa memusingkan
badan, si sengal bersandar di jenang pintu dapur sambil berpeluk
tubuh. Nafas ditarik dalam-dalam sekali lagi kemudian dilepaskan.
Malas hendak menjawab, sebab akan pasti ada serangan balas. Kaki
melangkah ke arah kabinet dapur, pintu kabinet dibuka, cawan, piring
dan mangkuk diambil. Kemudian Fayqa melangkah ke arah ruang depan.
Melintasi Dzarif,
tangan jejaka itu tiba-tiba merintangi jalannya. Terhenti langkah
Fayqa, matanya lurus ke hadapan. Sudah masak dengan perangai si
sengal, jika dipandang wajahnya, kosong selamba sahaja. Baik jangan
dipandang, buat sakit hati.
“Something
bothering you?” tanya jeneral.
“Yes, you,”
mendatar jawapan Fayqa, tanpa perasaan.
Tangan jeneral
jatuh ke bawah. Tanpa ucapan terima kasih Fayqa melangkah. Mata si
jeneral mengikut susuk tubuh Fayqa, keningnya berkerut.
Tiba di meja taman
di beranda sisi, Khairul Izwan sudah enak bersantai di kerusi empuk.
Dzalia menjalankan tugas bagaikan perempuan Melayu terakhir,
menuangkan teh panas ke dalam cawan dan mencedok pengat ke dalam
mangkuk.
Topik utama
perbualan petang itu tentulah hal keluarga Khairul Izwan. Papanya
sudah pulang ke rumah selepas hampir tiga minggu di hospital.
Sekarang ini pelbagai rawatan yang dijalankan di rumah termasuklah
fisioterapi dan urut tradisional. Manakala Mamanya pula sudah lama
mengalami penyakit buah pinggang yang memerlukan rawatan dialisis.
Mama Fayqa pula sudah berpindah dari rumahnya di Kuantan ke Kuala
Lumpur untuk menjaga bapa tirinya.
Merah padam wajah
Fayqa bila mendengar Khairul Izwan bercerita tentang Mamanya yang
sekarang tinggal sebumbung dengan madunya. Walau pun perlu menjaga
suami yang sakit tak bolehkah tinggal di rumah yang berasingan? Malu
sungguh rasanya. Sedari tadi dia berdiam diri, kini makin terkunci
lidahnya. Matanya tertancap ke arah mangkuk pengat di tangan.
“Fayqa tak
melawat Uncle di rumah?” tanya Hajjah Azimah lembut.
“Tak, Achik,
Fayqa sibuk dengan kelas dan kerja,” jawab Fayqa perlahan, matanya
masih melekat ke mangkuk pengat.
“Hujung minggu
kan boleh pergi melawat, Fayqa. Elok kita melawat orang sakit ni,
dapat pahala,” nasihat Hajjah Azimah.
“Ya, Achik,”
mulut menjawab ya, tapi entah apa yang tersemat dalam hati.
Semua mata
memandang ke arah Fayqa, anak yang rasa terpinggir. Timbul rasa
simpati pada si gadis muda. Sekali lagi berkerut dahi Dzariff.
“Kalau Fayqa nak,
Kak Yaya boleh temankan,” pelawa Dzalia.
Fayqa hanya
mengangguk lemah.
“Lara di tahun
akhir ya?” tanya si abang tiri.
“Ya.”
“Kursus
pengurusan perniagaan?”
“Ya.”
“Praktikum nanti
boleh buat di syarikat Papa.”
“Tengoklah.”
“Atau di syarikat
Pak Cik pun boleh,” celah Haji Dzulqarnain.
Barulah Fayqa
mengangkat muka, memandang tuan rumah baik hati tempat dia menumpang,
“Terima kasih, Pak Cik.”
Perbualan beralih
kepada dunia perniagaan. Lega rasa Fayqa, lebih lama hal Mamanya
disebut, lebih tidak selesa rasanya. Dia hanya berdiam diri,
menghabiskan pengat pisang lalu meneguk teh di dalam cawan. Mangkuk
dan cawannya dikumpul, lalu dia bangun.
“Dah sudah
Fayqa?” tanya Dzalia.
“Dah.”
“Duduklah dulu,
berbual dengan Abang Iz.”
“Nak ke dapur
kak, nak tengokkan makan malam.”
“Izwan, Fayqa ni
rajin sangat menolong. Ada dia, senang banyak Achik di rumah. Air
tangan dia pun sedap. Izwan makan malam di sini ye,” pelawa Hajjah
Azimah.
Berubah air muka
Fayqa. Malas hendak mendengar jawapan Khairul Izwan, dia melangkah ke
bilik tidurnya, mandi, kemudian masuk ke dapur untuk membantu Hajjah
Azimah menyediakan makan malam. Terperuk dia di dapur sementara
mereka yang lain menunaikan solat Maghrib. Usai solat Hajjah Azimah
dan anak-anak daranya tolong menghidangkan makanan.
“Makanlah Izwan,
masak lemak ini Fayqa yang masak,” pelawa Hajjah Azimah. Dzariff di
hujung meja merenung tajam.
“Hmm, sedap macam
masakan Auntie Fiza,” puji Khairul Izwan.
Bergenang air mata
Fayqa. Mamanya masakkan untuk anak orang lain, anak sendiri menumpang
di rumah orang. Malu jika yang lain melihat air matanya, cepat-cepat
dia bangun.
“Fayqa terlupa
nak ambil ulam, Achik,” laju kakinya dihayun ke dapur.
Semua mata
memandang hingga Fayqa masuk ke dapur, kemudian tanpa dirancang mata
mereka semua beralih ke piring berisi ulam pucuk gajus dan ulam raja
di atas meja. Buat seketika mereka semua hilang selera untuk
menyambung makan.
“Sabarlah, Izwan,
nanti lama-lama lembutlah hati adik kamu itu. Makanlah Izwan,”
seperti biasa dengan lembut Hajjah Azimah memberikan nasihat.
Adik? Fikir
Dzariff. Adikkah kalau mak lain-lain, bapa asing-asing?
Bab 22
“Pekah, kita lunch
sekali nanti,” khabar Dzalia. Hari Khamis, Fayqa tiada kuliah,
seharian dia di butik Dzalia.
“Nak suruh Mila
beli nasi bungkus ke Kak?”
“Tak kita makan
kat luar,” jawab si bos.
No problem, kalau
makan di luar selalunya Dzalia yang belanja. Haji Dzulqarnain
sekeluarga memang pemurah, agaknya itu yang Allah murahkan rezeki
mereka. Perniagaan mereka anak beranak memang maju. Butik Dzalia
tidak pernah putus-putus dengan pelanggan. Hairan juga Fayqa sebab
harga pakaian di butik Dzalia harganya ribu riban.
Tiba waktu rehat,
mereka keluar menaiki Suzuki Swift kepunyaan Dzalia.
“Kita makan kat
mana Kak?” hairan Fayqa bila melihat Swift Dzalia membelok ke
lebuhraya.
“Adalah...sabar!”
Itu sahaja jawapan Dzalia.
Selepas hampir dua
puluh minit, kereta Dzalia membelok masuk ke halaman sebuah rumah
agam yg indah tersergam.
“Rumah siapa ni
Kak?” tanya Fayqa kehairanan, hatinya rasa tidak sedap.
Dzalia hanya
melemparkan senyuman sebagai jawapan. Dan bila kereta Dzalia
menghampiri anjung rumah itu, semakin lebar senyuman Dzalia. Di pintu
depan rumah itu, Khairul Izwan sudah sedia menanti. Terlopong mulut
Fayqa, matanya tajam merenung wajah Dzalia. Tetapi lidahnya tidak
mampu berkata apa-apa, tidak sampai hati nak marah Dzalia. Wanita
anggun itu bukan sahaja bosnya, malah lebih kepada seorang kakak.
“Selamat datang
ke rumah Abang,” kata Khairul Izwan selepas dia dan Dzalia
berbalas-balas ucapan salam, “jemputlah masuk.”
Kalau ikutkan hati
Fayqa, mahu saja dia menghentak-hentakkan kaki, memprotes tidak mahu
menjejakkan kaki ke rumah bapa tirinya. Bukan sahaja dia tidak
selesa, malah dia juga rasa marah kepada Dzalia, menipu dia
hidup-hidup. Lunch di luar konon!
“Auntie Fiza tak
ada, dia bawa Papa ke hospital. Papa ada temujanji dengan doktor hari
ini,” jelas Khairul Izwan.
So? Mama tak ada,
si bapa tiri pun tak ada. Buat apa mereka bawa aku ke sini? Hidung
Fayqa terhidu, ada helah antara si bos dan si abang tiri. Cuma dia
tidak tahu apa helah mereka.
Khairul Izwan
membawa mereka ke ruang makan. Di meja makan, Datin Raudhah sudah
sedia menunggu. Isteri pertama Dato Ishak dan ibu Khairul Izwan!
“Dah sampai Lara,
Dzalia,” sambut wanita pertengahan lima puluhan itu dengan senyuman
manis di bibir, “Meh duduk, temankan Auntie makan.”
Di atas meja
pelbagai lauk pauk sedia terhidang, bagai menyambut tetamu istimewa.
Layanan yang diberikan juga sangat mesra. Namun selera Fayqa sudah
mati. Nasi yang dimakan terasa bagai pasir. Tingkahnya juga beku
bagai salju. Bagaimana mahu mesra, Datin Raudhah dan Khairul Izwan
bukan ada apa-apa ikatan kekeluargaan dengannya. Dzalia, Khairul
Izwan dan Datin Raudhah pula rancak berbual mesra.
Sejak bila Kak Yaya
rapat dengan madu Mama dan anaknya? Hairan sungguh Fayqa.
“Amboi sedapnya
makan hari ini sebab makan berteman. Jika tidak tu Auntie makan
sorang-sorang saya, Mama Lara sibuk kena suapkan Uncle. Izwan dan
Izzati bekerja. Lara dan Dzalia selalu-selalulah datang ya,” komen
Datin Raudah selepas selesai makan tengahari.
Mendengar Mamanya
disebut, air muka Fayqa berubah. Dia sendiri tidak tahu apa yang
dirasakan. Malu dengan Mama sendiri yang merampas suami orang? Marah
dengan Mama kerana sewenang-wenang mahu menumpang kesenangan orang
lain? Marah dengan Mama kerana melupakan Papa begitu sahaja? Entah,
kerana isu Mamanya bukanlah sesuatu yang Fayqa suka fikirkan, kerana
ianya hanya menyakitkan hati.
Fayqa yang bangun
untuk membantu mengemas meja dihalang ibu tirinya, “Lara tolong
tolakkan Auntie ke beranda. Lepas makan Auntie suka ambil angin di
situ. Jemu asyik terperap dalam rumah.”
Bagaimana mahu
mengatakan tidak kepada wanita sebaik Datin Raudhah. Tiba di beranda,
terpegun Fayqa memandang taman mini ala Inggeris di situ. Indah dan
mendamaikan, penuh dengan bunga-bungaan berwarna warni.
“Lara suka?”
tanya Datin Raudhah, “Uncle upah syarikat lanskap bina taman mini
ini kerana kasihan Auntie asyik terperap di rumah. Jadi terapi minda
bagi Auntie.”
Mata mereka bertemu
buat seketika. Kelu lidah Fayqa, timbul rasa simpati kepada wanita
cekal di hadapannya. Timbul juga rasa bersalah kerana bahagia wanita
ini dirampas ibunya sendiri. Matanya dilarikan ke lain.
“Duduk, sayang,”
jemput tuan rumah, Fayqa hanya menurut.
“Auntie suruh
Abang Izwan jemput Lara datang makan di sini. Dah lama Auntie nak
berjumpa dengan Lara, sejak Uncle berkahwin dengan Mama Lara.”
Mendengar Mamanya
disebut, Fayqa tunduk memandang lantai.
“Jumpa di
hospital hari itu pun kelam kabut kan. Kita semua bimbangkan Uncle,
tak sempat nak berbual panjang.”
Apa yang hendak
dibualkan? Fikir Fayqa. Nak bual pasal Mama kacau rumah tangga dia?
Fayqa menelan liur, tekaknya terasa kering. Waktu itu jugalah seorang
pembantu datang menatang dulang berisi teko. Air teh dituang ke dalam
cawan dan dihulurkan kepada Fayqa. Untuk Datin Raudhah pula,
dihulurkan sebiji muk berisi minuman panas.
“Teh hijau,”
maklum Datin Raudhah bila terlihat Fayqa merenung muk yang
dipegangnya, “Auntie tak boleh ambil gula banyak-banyak.”
Mereka
masing-masing meneguk air, mata melekap ke arah taman yang indah.
Teringat pula Fayqa kepada Dzalia dan Khairul Izwan. Ke mana mereka?
Berdating di dalamkah?
“Lara, Auntie
sangat terhutang budi dengan Mama Lara,” tajam renungan Fayqa bila
mendengar kata-kata Datin Raudhah, tanpa disedari keningnya berkerut.
“Ya, sayang.
Kalau Lara tengok betapa teruk Mama Lara menjaga Uncle, Lara akan
tahu dia memang isteri yang baik. Bukan tak boleh dia lepaskan
tangan, biarkan jururawat Uncle yang buatkan semua, mandikan uncle,
suapkan makan.... tapi dia tahu Uncle lebih selesa jika dia yang
buatkan. Auntie sendiri pun banyak yang dia tolong. Penat Mama Lara
menjaga dua orang sakit di rumah ini.”
Mata Fayqa direnung
sayu oleh wanita lemah lembut itu, “Auntie tak tahu macam mana nak
balas budi baik Mama kamu.”
Dua pasang mata
yang mula bergenang air mata bertemu. Cepat-cepat Fayqa melarikan
matanya ke lain.
Selepas jeda
seketika, Datin Raudhah mula berbicara semula, “Mama Lara selalu
bercerita tentang Lara. Dia kata Lara anak yang bijak, ikut Papa Lara
yang belajar hingga ke universiti. Tak ikut dia, SPM pun cukup-cukup
makan saja. Wajah Lara pun lebih banyak ikut wajah Papa Lara. Katanya
bila dia pandang wajah Lara, hilang sedikit rindunya pada Papa Lara.”
Mata Fayqa yang
berlinangan tertancap ke wajah Datin Raudhah sekali lagi. Bagai tidak
percaya Mamanya akan bercerita tentang Papa dengan madu sendiri.
“Dengan siapa
lagi Mama Lara nak bersembang, jika bukan dengan Auntie. Dalam rumah
ini, hanya kami bertiga dengan Uncle. Izwan dan Izzati malam baru
balik. Takkan nak kongsi perasaan dengan jururawat, dengan pembantu
rumah?”
Datin Raudhah
menolak kerusi rodanya menghampiri Fayqa. Tangan gadis itu dielus
lembut, “Rindu Mama Lara pada Lara sebesar gunung. Anaknya hanya
seorang, takkan dia tidak sayang. Walau pun depan kami dia tunjuk
wajah yang ceria, Auntie dan Uncle tahu dia sedih. Uncle pun selalu
sebut nama Lara. Dia minta Abang Izwan pujuk Lara supaya berbaik
semula dengan Mama Lara. Uncle, sejak dia sakit ini, semakin kusut
fikirannya bila memikirkan hal anak-anak. Kasihan dia, Izzati buat
perangai. Fauzan, anak Auntie Nita pun buat hal....”
Lara, anak Fiza pun
buat perangai.... Fayqa menyambung ayat Datin Raudhah dalam hati.
Fauzan, anak Auntie Nita? Oh, anak isteri nombor dua Dato Ishaq yang
sudah dia ceraikan. Timbul bisikan syaitan di telinga Fayqa....
itulah siapa suruh gatal nikah sampai tiga. Dah sakit, baru nak sedar
betapa susahnya menjalankan tanggung jawab?
“Uncle kahwin
tiga bukan kerana kemahuannya....”
Tersentak Fayqa!
Ah, Datin Raudhah ini boleh baca fikiran akukah?
“Auntie sakit
sudah berpuluh tahun. Kasihan Auntie tengok Uncle, berhempas pulas
membangunkan perniagaan, sambil menjaga Auntie dan anak-anak. Walhal
Auntie sendiri tidak boleh menjalankan tanggung jawab sebagai seorang
isteri....”
Renungan Fayqa
dilempar ke arah buang-bungaan berwarna-warni di taman, segan
mendengar rahsia rumah tanggan orang.
“Auntie yang
minta Uncle kahwin lain sebab Auntie nak hilangkan rasa bersalah
Auntie yang tidak dapat membahagiakan suami. Auntie Nita tu, kawan
Uncle yang perkenalkan. Janda beranak satu. Auntie fikir apa salahnya
berkongsi kasih bila Auntie sendiri dalam keadaan begini.”
Datin Raudhah
menarik nafas panjang, “Rupanya Auntie Nita tidak betah berkongsi
suami. Selepas beberapa bulan berkahwin, dia minta Uncle ceraikan
Auntie. Bila Uncle tidak ikut cakap dia, dia mula memberontak.
Semakin teruk keadaan Uncle. Kahwin dengan Auntie Nita bukan dapat
meringankan bebannya, makin menambahkan beban. Itu pun sempat juga
rumah rumah tangga mereka bertahan selama empat tahun.”
“Selepas setahun
dua mereka bercerai, Uncle beritahu Auntie, ada janda beranak satu
yang bekerja sebagai tea lady di pejabatnya di Kuantan. Orangnya
sangat cantik, sehingga menjadi usikan pekerja-pekerja lain. Bila
dirisik-risik, rupanya teruk keadaan janda ini. Pukul tiga, empat
pagi ada sahaja lelaki jahat yang mengetuk-ngetuk pintu rumahnya.
Sehingga dia ketakutan tidak dapat tidur. Di Kuantan, dia tiada
saudara mara. Dia anak yatim dari Tawau, yang merantau ke Kuantan
mengikut suami.”
Pada tika itu, mata
Fayqa sudah tidak dapat lepas dari memandang wajah Datin Raudhah.
Mama kena kacau? Dia sendiri tidak pernah tahu. Agaknya Mama tidak
mahu dia bimbang lalu hal ini dirahsiakan
“Auntie ke
Kuantan bertemu janda ini, bertanyakan khabar dia dan Auntie sendiri
yang meminang dia untuk suami Auntie.”
Terasa bagai ada
seketul batu dalam tekak Fayqa. Terasa sakit, setiap kali dia menelan
liur.
“Auntie boleh
lihat sendiri, betapa berbezanya perkahwinan Uncle dengan Mama Lara
jika dibandingkan semasa dia bersama Auntie Nita. Tidak lagi murung,
tidak lagi diam berkerut dahi. Pulang dari Kuantan, Uncle nampak
ceria, nampak bahagia. Auntie pun tumpang bahagia bila Uncle bahagia.
Mama Lara pun tidak pernah meminta yang tidak-tidak dari Uncle.
Hujung minggu Uncle lebih kerap di Kuala Lumpur kerana Mama Lara tahu
Izwan dan Izzati perlukan Papa mereka.”
Tangan Fayqa
digenggam erat, “Lara, Auntie berterima kasih sangat dengan Mama
Lara kerana dia dapat bahagiakan Uncle. Dan pada masa yang sama dia
hormatkan perasaan Auntie. Cuma yang Uncle dan Auntie sedihkan,
kerana kami menumpang kasih Mama Lara, Lara pula yang menjauhkan
diri.”
Kepala Fayqa diusap
lembut, “Lara, macam mana kami menumpang kasih dengan Mama Lara,
boleh tak kami menumpang kasih dengan Lara juga? Uncle tu tentu
hilang bebanan di dadanya kalau Lara mahu menjenguk Mama Lara di
sini. Boleh ye, sayang?”
Dah ada new entry. Hilang sikit rindu....
ReplyDeleteitulah.........dah lama menunggu
DeleteDear Nina,
ReplyDeleteTQ for the new entry :)
tenkiu for the new entry. sedih plak baca bab ni :)
ReplyDeleteSedih..sedih..sedihhhhh..huhuhu menitis air mata baca bab nie...dan K.I mungkin de hati ngan Kak Yaya..owhhh so sweettt...hihihi thanks Hanina Abdullah
ReplyDeleteTima kaseh utk n3 ini...rasa syahdu...berbaloi2 tunggu!!! Nina, jgn la lama2 sgt..tak sabor teman nk tau endingnya...
ReplyDeleteterbaek la nina...mcm2 perasaan bila baca N3 kali nie...sob..sob..sob...terungkailah cerita sebenar mcm mana mak pekah kahwin lg ...harap2, hati pekah lembut lah selepas nie kan .. :P
ReplyDeleteNina dearest, THANK YOU (x1.5juta kali) 4 the new n3.....rindu tahap petala kt cite nih. Hmmm....Dzariff bakal emo n jeles kah kt Izwan ??? he he he
ReplyDeleteSalam, wah berderai air mata baca entri kali ni...harap Fyqa dapat menerima takdir yang tersurat dan tersirat. Kak Yaya dan Abg Iz tu macam ada apa2 jer...heheh
ReplyDeleteya Allah. nak menangis baca. bila dpt tahu kisah sebenar.. kesian lara a.k.a pekah. :(
ReplyDeletesedih plak bila tawu citer yg sbnr...n trtnya2 watak K.I ni nt pengacau daunkah @ mmg sbg abg pn..hehe
ReplyDeletethanks HA utk double n3... :)
Yg ni pon best w/pn x gila2 cm selalu
ReplyDeletehhmmmmmm...haila lara, degil remaja yg bepanjangan...fayqa fikirla apa yg mama iz luah kan ya...hhmmmmmm thanks babe, for n3, walu pon bercelaru emosi dibuatnya tapi puas lepas menghitung hari!
ReplyDeleteHarapannya pekah cepatlah tersedar..sian kat mama pekah..mula2 ingatkan abg Iz tu bakal gugat si jeneral sengal..nampaknya lain org yg jatuh chenta..baguslah takde pesaing si jeneral sengal nk cuba pikat pekah kan cik nina
ReplyDeleteoowhhh...begituu kisahnye..terungkai segale persoalan...hehe =) pasni berganda2 rasa bersalah pekah kt mama die n bapa tiri die...
ReplyDeletePhew...episod sedih hidup mama Fayqa terungkai. Lepas ni apa yea si Fayqa tu akan lakukan. Hmmmm...terfikir jugak mungkin Fayqa dh boleh maafkan mama dia. Thanks to the fisrt wife sbb dh baik hati ceritakan hal sebenar kat Fayqa.
ReplyDeleteDzalia n KI ada apa-2 ke? hmmm?
huhuhu syahdu rasa hati....tqvm sis
ReplyDeleteThanks 4 the new n3 Nina! Tertanya-tanya stakat maner kesengalan si Jeneral dlm n3 sterusnya.
ReplyDeletesedihnyaaaa........tak sedar bergenang airmata part akhir tu.
ReplyDeletecepat2 sambung ya.
semoga berjaya dalam semua lapangan dan dipermudahkan urusan.
aminn....
Sedihnya kisah ibu Pekah. Harap Pekah dapat terima penjelasan yg diberikan oleh ibu tirinya. Jeneral dah mula cemburu dgn abg Iz. Biarlah abg Iz ngan kak yaya aje.
ReplyDeleteTq nina...membaca dgn penuh perasaan hingga mengalir air mata...Nina,please tulis kat blog smpai bab 30, huhu 2 minggu ni pun seksa menunggu entri ni,boleh lah ye.
ReplyDeleteTq nina...membaca dgn penuh perasaan hingga mengalir air mata...Nina,please tulis kat blog smpai bab 30, huhu 2 minggu ni pun seksa menunggu entri ni,boleh lah ye.
ReplyDeletedatin..jgn sampai mntk lara jd menantu sudah.. berduka lara lah jawabnya si jeneral nnt
ReplyDeleteWow... Nina.. This story is much different then usual... Two thumbs up Nina
ReplyDeletesedih plak n3 kali ..terasa syahdu sekejap!
ReplyDeletenina.... n3 ni baca siap dgn tisu segala tau. x de la ayat3 sedih or sadis gila.. tp betul2 menyentuh jauh nun di lubuk hati tau.. oh nina, u r great. sayang nina.. :)
ReplyDeletesedih la pula .. begitu kisahnya .. auww tak sangka
ReplyDeleteok .. biarlah dzalian dgn KI
pekah dgn dzahim yer
jeneral biar dgn awex gedik dia tuh j!!!!
x mao jeneral dgn pekah tau
baiknya datin raudhah ni....tp nak salahkan Fayqa pon x bolehkan...st x dok kat tempat dia sbb kalo kite dok kat tempat dia mesti kite pon akan rasa apa yang dia buat 2 x salah sbb tetiba je mama dia kahwen n kahwin plak dengan owang kaya n jadi bini no 2 plak 2..mesti rasa x selesa kan..lagi pun ayah dia baru je meninggal mestilah fayqa masih lagi terlalu sayangkan ayahnye sendiri n x dpt terima hakikat dia terpaksa berkongsi kasih sayang ibunye dengan orang lain...errr general sengal ni jeles ke tak pon rasa tergugat dengan si hensem macho 2 hahahha
ReplyDeleteowh sedihnya!!
ReplyDeletePengorbanan seorang ibu tiada tandingan....
Walau seribu cubaan mendatang,si ibu tetap menyayangi
dan melindungi anaknya dengan cara yg mungkin tdk difhmi
oleh seorg anak...
Harap citer nih dapat tunjukkan sisi lain hidup bermadu...
ReplyDeleteBukan asyik mcm yang biasa, merampas tak sudah2...
Tapi berkongsi kebahagiaan yang dinikmati dengan insan yang lain...
Pekah watak yang biasa dijumpai, takut sangat dengan poligami...
Asyik pandang hina jer dengan kaum sendiri yang berkongsi kasih seorang lelaki...
Hinanya poligami, sampai emak sendiri disisihkan...
Jeneral sengan tuh apasal tergugat dengan abg si pekah tu...
Sapa cepat bertindak, dialah yang dapat hati pekah tu...
Alamak... syahdu ler pulok....
ReplyDeletesedihnyaaa.....sedih...sedih....
ReplyDeletesedih..sedih..keluar air mata ni ha..fayqa..bukalah hati ya..sume org sayang..sisengal pun sayangggg..ngeee
ReplyDeleteOh mmg sedih.. marilah sama2 berdoa supaya cik nina kita tak byk keje ofis, makanya bolehlah beliau menghabiskan SF secepat mungkin dan kita boleh berbondong2 pegi membeli hihi...
ReplyDeletesedih giler x tahan nak tahan pun tetap keluar.
ReplyDeleteWah sedih plak...
ReplyDeletesedih...sedih...sedih...tp best sebab ada entry baru setelah berhari2 mengintai
ReplyDeleteE3 yg meruntun perasaan sesiapa sahaja yg membaca kisah disebalik perkawenan yg berlaku diantara mamanya dan papa tirinya..mamanya bukanlah apa yg difikirkannya selama beberapa tahun ini...adakah dia berasa kejamnya dia pada ibunya sendiri yg melahirkan dan membesarkan nya dan terpaksa menghadapi segala kerenahnya....yg tanpa mendengar isi luahan hati mamanya mengapa mamanya mengahwini ayah tirinya dan dia dengan kejamnya telah menghukum tindakan mamanya mengahwini bapa tirinya...dengan semua tuduhan tuduhan yg dilontarkan kepada mamanya selama ini...
ReplyDeleteAdakah dengan mengetahui rahsia yg tersimpan kemas ini akan menyebabkan Fayqa menginsafi dirinya dan akan akur dengan permintaan Datin Raudhah yg merupakan ibu tirinya dan adakah dia akan menukar semua persepsi bapa tirinya dengan mamanya kerana mamanya juga berhak untuk mencari kebahgian selepas ayahnya meninggal dunia..takdir yg telah membawa mamanya dan dirinya pada keluarga yg sebaik ini...dan apa yg akan Fayqa buat selepas ini..adakah dia akan tinggal bersama dengan mamanya dan ibu tiri.. ayah tirinya dan abang tirinya yg dia tidak pernah iktirafkan akan kehadiran dan kewujudannya..adakah marahnya telah reda dan dia ikhlas menerima mereka dalam hidupnya dan adakah ini bermakna yg dia akan meninggalkan keluarga si jeneral sengal itu untuk hidup dirumah agam ini dan bagaimana pula dengan reaksi si jeneral sengal tu pula bila fayqa pula mengambil keputusan untuk tinggal bersama dengan ibunya dan bagaimana pula reaksi org org yg ada didalam rumah agam itu..esp..abang tirinya..dan adakah abang tirinya ada hati kepada fayqa atau pada akak Zalia...rasa tak sabar nak tahu kesinambungan citer ini dan arah tuju hidup fayqa ni...
I really love the moment when the truth were revealed. Though it can be bitter at times, but it was the reason why things happened all this while :)
ReplyDeleteawat sedih niiii... huhuhuhu
ReplyDeleteBest.... #^_^
ReplyDeleteSedih la kak nina.. Bergenang mate kite...
ReplyDeleteOh...mcm tu ke kisah sbnr..lara salah sangka rupa nyer..
ReplyDeleteSedihlah pulak entry kali ni. But at least Fayqa tahu yang mamanya tidak pernah melupakan arwah papa dia.
ReplyDeleteNina:missing your new entries ........
ReplyDeletealhamdulillah....terubat rindu kat pekah n jeneral sengal
ReplyDeleteNina, dh 8 days since last u update n3...x de lg ke? Windu kt jeneral la
ReplyDeleteNina:pls appear n make my day....
ReplyDeleteNina bila nak update next chap..sibuk election ker nina..hihi
ReplyDeletesedeynye bace bab ni... baik betul mama izwan tu... sanggup bermadu...
ReplyDeleteDah naik bab 23 u olls, sorry ye lambat....so many things happening...
ReplyDeleteAgen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
ReplyDeleteBergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).
Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :
- SBOBET BOLA
- SBOBET CASINO
- ION CASINO
- MAXBET
- TANGKAS 365
- 368bet
- SABUNG AYAM
- CBO855
Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )
PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
-Bonus Depo Bola 50%
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman
Costumer Service 24 Jam Online :
Pin BBM : 7B2EC260
Pin BBM khusus : mgmcash8
Whatsapp atau nomor sms :
+66615620266
YM : mgmcash88