Salam, otak sy kurang berfungsi minggu ini. Maka bab 23 pun cam wishy washy jer. Juga ada sedikit bab 24.
tlg komen ye, bab 23 ni banyak boleh dibaiki. tqvm
Bab 23
“Mana Fayqa?”
tanya Dzariff, tangan menyuap nasi ke mulut. Balik lewat dari
pejabat, tidak sempat makan malam bersama keluarga, makan di dapur
sahaja.
“Ambil angin,”
jawab Dzalia, tangan membilas pinggan di sinki.
“Di mana?”
Tangan dilap,
Dzalia berpusing dan merenung tepat-tepat wajah abangnya, “Abang,
sometimes a girl just need some space.”
“PMS?” tanya si
abang.
Mata menjuling ke
atas, selagi tak diberitahu, tak habis-habis soalannya, “Siang tadi
dia pergi makan tengahari di rumah Datin Raudhah.”
“Datin who?”
“Isteri Dato
Ishaq.”
Terhenti suapan
nasi, Dzalia has his full attention now, “Why?”
“Datin Raudhah
nak pujuk Pekah suruh berbaik dengan mamanya.”
“Nak suruh Fayqa
duduk di rumah mereka?” nada suara tu, cuakkah?
“Itu yang
terbaik,” tenang jawab si adik.
“Kau pula tu
kenapa? Sejak bila menyibuk jadi jaksa pendamai?” mata mencerun
memandang si adik.
“Apa pulak, dah
abang dia minta tolong, Yaya tolonglah,” jengkel bunyi suara
Dzalia.
“Abang? Abang
macam mana tu? Mak lain-lain, bapa asing-asing.”
“If you want to
get technical, Abang, dia orang tu, orang Melayu sebut adik beradik
anjing, tahu. Mak Pekah kahwin dengan bapa Abang Iz, tapi kalau nak
manja-manja macam kucing, apa salahnya,” sengaja si adik membakar
si abang. Seronok hendak melihat reaksi abang, kasi kocak-kocak
telaga hatinya, supaya timbul apa yang ada di dasar.
“Oooo Khairul
Izwan.... dreamy....., untung Pekah dapat 'abang' handsome macam tu,”
celah Dzureen yang masih mengelap pinggan.
Kening Dzalia
terjungkit sekali, mata masih tertancap ke arap si abang, yang
kononnya maintain macho. Tapi bagi Dzalia yang berpuluh tahun
membesar bersama si abang, sudah perasan sesuatu! Oooo...geli hati
sungguh mengusik Abang!
“Hmm... esok
diaorang ada lunch date. Suatu perkembangan yang memberangsangkan,”
mencerun mata Dzalia memandang wajah abangnya yang tekun menghabiskan
nasi di pinggan.
Pinggan kosong
diletakkan ke dalam sinki, tangan dibasuh. Dzariff naik ke biliknya
di atas tanpa sebarang komen.
“Pinggan sebiji
pun tak reti basuh,” cemuh Dzureen.
Selesai mandi dan
solat, Dzariff terus merebahkan badannya ke katil. Tidak sampai lima
minit dia menikmati tilam empuknya, telefonnya berbunyi
berdenting-denting. Dalam hati marah juga dengan Mushrifah,
malam-malam gemar sangat berbincang tentang business. Tapi bila
ditelek skrin telefon, bukan Mushrifah yang menghantar mesej melalui
Whatsapp tetapi Dzahim! Terkejut Dzariff dibuatnya sebab Dzahim tidak
pernah menghantar Whatsapp kepadanya.
“Abang, tolong
pergi ajak Apek balik. Dia ada di Tmn Metropolitan.”
Fayqa di Taman
Metropolitan? Malam-malam begini? Buat apa? Beri makan nyamuk?
“Kepong?” balas
Dzariff.
“Yup, atas
menara.”
“Dia buat apa di
situ?”
“Abang, tolong
bawa dia balik dulu, questions later. Kena cekup dgn mat rempit nanti
kang!”
Berdesup Dzariff
menukar pakaian, kain pelekat ditukar kepada jeans. Kunci kereta
dicapai, pintu bilik Dzalia diketuk.
“Abang keluar
cari Fayqa. Kalau nak tanya apa-apa, Whatsapp Jim,” laju Dzariff
meninggalkan pesan.
“Abang, Yaya
ikut!”
“Tak payah, Abang
nak cepat.”
Macam kilat kereta
Dzariff menuju ke Taman Metropolitan. Pintu utama sudah ditutup.
Mesej dihantar kepada Dzahim, masuk ikut pintu sisi, jawab si adik,
dekat dengan FRIM. Pintu sisi dicari, dalam hati menyumpah-nyumpah
juga dengan anak dara yang merayau malam-malam di tempat yang sunyi
begini. Sengaja cari nahas. Tak sanggup Dzariff nak bayangkan jika
Fayqa terserempak dengan mat-mat Rempit. Nauzubillah!
Dek kerana hendak
cepat, tercungap-cungap juga Dzariff bila tiba di menara yang disebut
oleh Dzahim. Walawei, nak memanjat menara pula! The things that I do
for this girl! Nafas ditarik, kemudia anak-anak tangga dipanjat
laju-laju tanpa membuat sebarang bunyi. Manalah tahu kut-kut ada
Mat-mat Gian di atas sana.
Tiba di puncak
menara, dilihat Fayqa sedang duduk di atas lantai, memeluk lutut,
merenung gelap malam. Dzariff menggeleng-gelengkan kepala sambil
mencari mengingatkan dirinya untuk bersabar. Jika ini adiknya
sendiri, sudah tentu dia akan tarik tangan balik ke rumah tanpa
berkata apa-apa.
“Nak jadi
penunggu menara?” perli Dzariff dengan nada perlahan.
“Hah!! Kus
semangat!” berputar tubuh Fayqa, mata terbuntang, tangan di dada.
“Tahu pun
terkejut. Nasib baik saya yang seru, kalau Mat Rempit, Mat Gian macam
mana?” tanpa disedari tangannya bercekak di pinggang.
“Jim suruh awak
datang? Huh! Best friend apa ni?!” rengus Fayqa, dalam hati
menyesal menjawab panggilan Skype Dzahim tadi.
“Best friend yang
bimbangkan awak, duduk dalam gelap, di tempat sunyi, macam menjemput
Mat Rempit datang mencekup,” suara mendatar bagai 'ada-aku-kisah.'
Mata dipejam, nafas
ditarik dalam-dalam, “Pleaselah....I just need to sort out my
thoughts.”
“Which you can
do, at home, safely and comfortably,” tiada kompromi!
Nafas ditarik
sekali lagi dan dilepaskan kasar, “Saya boleh jaga diri sendiri,
awak tak perlu sibuk!”
Sibuk? Sibuk?!!
Budak seekor ni memang nak kena! Giliran Dzariff pula untuk menarik
nafas dalam-dalam, mencari sisa-sisa kesabaran.
“Saya pilih untuk
menyibukkan diri merayau malam-malam dalam taman ni, panjat menara
ni, datang cari awak dari sibuk nak ke balai polis buat laporan awak
kena rogol,” mendatar suara Dzarif, sambil berdiri berpeluk tubuh
bersandarkan tiang menara.
Berdesing telinga
Fayqa mendengar, “Awak ni kan mulut tak de insuran!”
“Biar mulut tak
de insuran dari perangai tak de insuran,” selamba jawapan diberi.
Mata dipejamkan,
bibir diketap. Lebih baik tutup mulut, bercakap dengan si sengal ni,
takkan pernah menang. Sudahlah kepala masih lagi berserabut
memikirkan Mama, Auntie Raudhah dan Uncle Shaq. Datang pula si
sengal! Oh! Where can a girl go to find a peace of mind?
“After you, my
lady,” perli Dzarif, membongkokkan badan sambil tangan kiri
menunjukkan ke arah tangga. Berlakon menjadi lelaki budiman ala-ala
kisah Inggeris zaman dulu kala.
Beg sandang
dicapai, Fayqa bangun dan berdetum detam melangkah menuruni tangga.
Dzariff pula yang memejam mata, menahan sabar sekali lagi dengan
karenah kebudak-budakkan si Fayqa. Kemudian cepat-cepat dia menuruti
langkah gadis itu. Silap-silap, entah ke mana pula halanya awek
brutal seorang tu. Bukan boleh diharap, entah apa di dalam kepalanya.
Sambil menuruni tangga menara yang tinggi itu, terfikir-fikir dia apa
yang berlaku semasa di rumah ibu tiri Fayqa sehingga gadis itu perlu
membawa diri, bersunyi-sunyi di tempat yang gelap?
Tiba di bawah
menara, Fayqa sudah jauh ke depan, jalan menonong-nonong, jelas
sangat marah. Dzariff memperlajukan langkahnya, mengejar si gadis
kepala angin. Apabila dia menghampiri Fayqa, jauh di depan kelihatan
sekumpulan lelaki sedang berbual-bual di dalam gelap. Tanpa banyak
fikir, tangan Fayqa digenggam dan tubuh gadis itu ditarik ke arah
sebatang pokok.
Terkejut Fayqa
dibuatnya, tiba-tiba si sengal menghenyakkan tubuhnya ke pokok! Sah
sengal tahap petala! Baru sahaja dia membuka mulut hendak memprotes,
tangan Dzariff terlebih dahulu mencekup. Makin terkejut jadinya
Fayqa! Apa kena mamat ni?!
“Shh. Diam,
jangan buka mulut,” bisik Dzariff, mukanya hanya tiga inci dari
muka Fayqa.
Mata Dzariff
mencerun memandang ke arah kumpulan lelaki tadi. Telinga Fayqa
sendiri mula menangkap butiran percakapan mereka.
“Kalau nak
berbincang, tak bolehkah cari tempat yang terang. Kalau dah
berdua-duaan dalam gelap, tentulah timbul fitnah....”
Tangan Dzariff
masih dimulut Fayqa, perlahan-lahan dia berbisik, “Pencegah
maksiat.”
Terbuntang mata
Fayqa, Astaghafirullahilazim....janganlah aku kena tangkap basah
dengan mamat sengal ini. Tak dapat nak dibayangkan kalau terpaksa
jadi isteri dia!! Dan kalau mereka ditangkap sekarang, dalam keadaan
bertindih badan di belakang pokok begini, sah akan dipaksa menikah.
Lalu dengan sepenuh tenaganya, kedua-dua belah tangan Fayqa menolak
badan Dzariff. Namun tenaga perempuannya mana mampu mengalahkan
tenaga jantan si jeneral. Tangan Fayqa digenggam dan tubuhnya semakin
kuat ditindih si jeneral.
“Awak ni gilakah?
Kalau diaorang nampak kita begini, masak kita,” walaupun berbisik,
jelas nada marah Fayqa.
“Shh, jangan
bergerak, nanti diaorang nampak. Pelan-pelan kita lari,” jawab
Dzariff, matanya tertinjau-tinjau menjari jalan 'selamat.'
Sabar sajalah,
Fayqa! Diri sendiri dipujuk dalam hati. Sempat juga otaknya
mengira-ngira, sudah berapa kali aku dan si sengal ini dalam keadaan
'rapat' begini. Giginya diketap, sumpah! Ini kali yang terakhir.
Tidak akan ada peluang lagi bagi si sengal buat aku begini.
“Okey, saya kira
sampai tiga, kita gerak ke arah sana,” arah Dzariff, menunding arah
dengan gerak kepala.
“Satu, dua,
tiga...”
Lekas pantas
Dzariff dan Fayqa bergerak, mengambil jalan yang lebih jauh tetapi
selamat dari disergah pasukan pencegah maksiat. Tangan Fayqa masih
dalam genggaman Dzariff, hendak ditarik pun, kuat sangat
genggamannya. Tiba di luar pagar taman, tercungap-cungap mereka
berdua, penat dek berlari laju. Bila agak reda lelah nafasnya, Fayqa
mula mengangkat kaki, mahu bergerak ke Kancilnya. Sekali lagi
tangannya digenggam Dzariff.
Matanya
menjuling ke atas, Fayqa berpusing mengadap Dzariff, “Apa lagi?!!”
“Balik
naik kereta saya,” perlahan sahaja tapi jelas ketegasannya.
“Why?”
naik suara Fayqa satu oktaf.
“Terus
balik ke rumah, tak ada melencong,” jawapan diberi dengan muka yang
selamba.
“Siapa
kata saya nak melencong,” cabar Fayqa.
“I'm
not taking any chances,” mata Dzariff melekap ke wajah Fayqa, tidak
berkelip langsung.
“Kancil?”
“Ambil
esok, on the way nak pergi kerja.”
Tangan
direntap bebas, Fayqa melangkah ke arah CRV Dzariff, mulutnya
membebel-bebel. Tiba di depan pintu penumpang, Fayqa menunggu Dzariff
untuk membuka kunci kereta. Bila tidak dibuka juga kuncinya, sekali
lagi Fayqa berpusing mengadap Dzarif, ibu jari dituding ke arah
pintu, tanda isyarat minta pintu dibuka.
“Apa
awak kata?” tanya Dzariff.
Jelas
sangat pintu tidak akan dibuka jika tiada jawapan dari Fayqa.
Sebutir-sebutir
Fayqa menjawab, “Saya kata, kalau begini, baik saya duduk di rumah
bapa tiri saya sahaja.”
Mencerun mata
Dzariff, wajah Fayqa ditenung tajam. Sekali lagi ibu jari Fayqa
menuding ke arah pintu kereta. Punat alat pengunci kereta dipicit.
Bab 24
Jam enam pagi, pintu
bilik Fayqa diketuk. Fayqa membuka pintu dengan telekung masih di
tubuh.
“Cepat siap,
pergi ambil Kancil,” arah si jeneral.
Awalnya mamat ni
hendak ke pejabat, hairan Fayqa, “Sarapan tak siap lagi,”
jawabnya.
“Yaya, Yin ada.
Sekali sekala biar diaorang yang masak. Lima minit.”
Pintu ditutup
dengan dengusan. Kalau semalam Kancil itu dipandu balik kan senang.
Ini subuh-subuh buta kena pergi ambil, hati yang panas dipujuk supaya
bersabar. Serius Fayqa menimbang-nimbang untuk berpindah ke rumah
bapa tirinya.
Masuk ke dalam CRV
Dzariff, tidak sampai sepuluh minit, Fayqa sudah terlena. Dazriff
pula sambil memandu, wajah gadis disebelahnya dijeling-jeling. Jelas
nampak letih, tidak dapat tidur semalam agaknya. Selepas pulang dari
'menjemputnya' semalam, sempat Dzariff bersoal jawab dengan Dzalia.
Mendengar cerita Dzalia, Dzariff berasa hairan. Budak ni tidak faham
soal jodohkah? Apa salah Mamanya berkahwin lagi kalau dapat
berlindung dengan suami barunya? Tambahan pula Mamanya sebatang kara
di semenanjung. Dasar budak keras kepala!!
Semasa CRV Dzariff
mendaki kawasan tanah tinggi melalui jalan yang berliku-liku, sedikit
pun Fayqa tidak sedar. Siap berdengkur lagi. Perut Dzariff sudah
berkeriut-keriut, sudah hampir tiga jam CRVnya meninggalkan kotaraya.
Kena kidnap pergi genting Ke cameron Nina?? I like...
ReplyDeleteWaahhhhh...rinduu yaaa...akhirnya ada gak new n3...tq sis nina...
ReplyDeleteSukaaaaaa!
ReplyDeleteamboi dzengal...jauhnya drive nak ambil kancil ye? heheheh
ReplyDeletesi general risau pekah nak pindah... en jntung &en hati dia x aman.. hihi
Deleteeyh... pegi mana? jauh bebenor kete kancilnya.....ahahahahha... :)
ReplyDelete-Syira Azmi-
Haaa.. Lega ade entry.. Leh cuci mate.. Tade nk washy2 la kak nina ok je ni..
ReplyDeletehemm...sikit sgt la nina...x puas..ahaks.. :P
ReplyDeleteahah!!! ke mana pulak diorang pegi??? kate nak amek kancil..tp ni dah 3jam plak meninggalkan kota raya...jeng jeng jeng!!!
ReplyDeleteA'ah jauh plak rupanya kota metropolitan qkt pg smpi 3 jam pjlnn hehehe thanx nina
ReplyDeleteAdoii...3 jam dah.... Gi mana plak ni...
ReplyDeletekarak kah??nk blk kuantan ye jmpe mak pekah...
ReplyDeletefuhhhh!!! naseb baek xkene cekup dgn pencegah maksiat...
ReplyDeletePendek sgtlaa... Dr lps mkn... Tup2 dah lari kluo si jeneral pegitaman... Br sampai jumpa pencegah maksiat plak.. Pastu terus balik... Kejap sgt laaa
ReplyDeletewah si jeneral bwk peqah dating ktmana tu? hehe
ReplyDeleteEmm.. Suka.
ReplyDeletePhew hilang rindu jiwa karat kat Dzariff dan Apek...
ReplyDeleteIsyy.... nak bawak Apek ke mana tu, Dzariff? Tulah, ah tangkap cintan leleh, masih tak ngaku lagi... Hihihi....
Hanina, okey jer ku baca entry ni. Sedap secukup rasa. Cuma nak lagi.... Kehkehkeh.....
love it. just too cute too sweet.... almost facing with diabetec
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTakada cacat celanya.. Suka sangat!
ReplyDeleteC Jeneral 'culik' Faye pg Cameron ke Nina? Nk bg Faye tenangkan fikiran....so sweeeettttt!!!! Smua crita Nina best2! Ayat memang slumber & mmg mengocak2 dasar hati nk tau next n3 ;)
ReplyDeletejeneral ni..klau nk si pekah tu bersuara je la...
ReplyDeleteSalam. Satu pembetulan- adik beradik anjing ialah istilah utk mereka yg berkongsi i u kandung, ertinya sama rahim yg mengandung. Mereka tidak halal menikah. Kalau ibu dan bapa beza, itu sekadar adik beradik tirin yg halal nikah.
ReplyDeleteWah! Jauhnya Taman Metropolitan....3 jam tak sampai2 lagi. Thanks Nina.
ReplyDeleteBEST...CINTA YG SUKAR DI UNGKAP OLEH GENERAL CUMA MELALUI PERBUATAN...
ReplyDeleteScene nak melarikan diri daripada pencegah maksiat tu macam kabur sikitlah. Boleh tak kalau penglihatan minda tu dijelaskan sikit, hehehehehe. Macam, masa Jeneral ternampak beberapa lelaki tu, tambah sikt berkopiah dan songkok, memegang fail dan lampu suluh ka aerah sepasang manusia.. Contoohhhh jer.... Maaf yer. Saya menyahut panggilan Nina untuk komen. Hehehehehe
ReplyDeleteP/S : Kisah Nasz dan Khaalish is perfect! Bravo.
Hahaha...macam mau bawa lari pergi kawen kat selatan Thai je.
ReplyDeletealamak...jeneral sengal nak bawak apek g mana nie???
ReplyDeletebest x sabar ni.
ReplyDeletewowwwww...teruja bc smua cerita kak nina.. (",)
ReplyDeleteThe things that I do for this girl! - saya suka.
ReplyDeletetiap kali baca bab Jeneral & Pekah hati saya pasti dag dig dug
Saya suka cara jeneral, dalam marah yang berapi2 + mulut yang tak insuran + jerit pekik + muka garang (tp hensem kot) + sengal = ada rasa kasih, sayang, cinta dalam hati yg terdalam (hope) kakakakaka.. - bile hati dah suka mulut longkang pn tak kesah..huhuhuhu
Sabar.........mmg berbaloi
ReplyDeleteNina dearest, 10q 4 the n3. Jenuh menahan diri nak baca n3 ni masa waktu kerja siang td.
ReplyDeleteRasanye ok je n3 ni...suka ngan writing style u. Bersahaja n santai, x skema.
Suka juga ngan jeneral sengal yg ala2 jeles kat hero baru cite u ni. Next n3 hopefully x terlalu lama nak tgu
uish..jauhnya kancil tu 'berjalan' smlm ada kat kepong..kejap je dh ble sampai..cameron highland maybe?..general2
ReplyDeletehmmmmm.....jeneral dah tambah tekanan kat fayqa neh...jgn nanti fayqa tetapkan pendirian dia nak dok umah bapak tiri dia 2 sudah...meroyan nanti hangpa general haiiihhhh....x leyh nak salahkan fayqa jugak kan kalo dia x leyh nak terima hakikat yang ibu dia kahwin len setelah ayah kandung dia meninggalkan sbb mungkin masa 2 fayqa masih lagi teringat akan ayah dia n dia juga x tau yg ibu dia diganggu oleh dak2 nakal n sewaktu dengannya sbb ibu dia x bg tau ape pon dekat dia kan...so masing2 ade masalah n konflik sendiri...jgn nak menjatuhkan hukuman dengan mudah jeneral oiii....abang tiri yg bukan seayah seibu fayqa 1 agak mengancam jugak la hehehhe....general sengal u tergugat meyh hahhaa....banyak lagi neh cabaran idup yg perlu fayqa tempuh kan...bertabah la...general jgn nak pandang anak dara owang lama2 tau hahaha
ReplyDeletealaa sikitnya.....xpuas baca nih.....
ReplyDeletesambungannya?
ReplyDeleteMoga dgn mase yg lmesis x update nie akn ade kisah yg lg mggemparkn..dup dap dup dap dh hati nie nk tau..
ReplyDeleteMoga dgn mase yg lmesis x update nie akn ade kisah yg lg mggemparkn..dup dap dup dap dh hati nie nk tau..
ReplyDeleteMoga dgn mase yg lmesis x update nie akn ade kisah yg lg mggemparkn..dup dap dup dap dh hati nie nk tau..
ReplyDeleteMoga dgn mase yg lmesis x update nie akn ade kisah yg lg mggemparkn..dup dap dup dap dh hati nie nk tau..
ReplyDeletekereeen teh menyentuh hati :D
ReplyDeletekalo boleh folbek blog ya teh :D
Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
ReplyDeleteBergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).
Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :
- SBOBET BOLA
- SBOBET CASINO
- ION CASINO
- MAXBET
- TANGKAS 365
- 368bet
- SABUNG AYAM
- CBO855
Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )
PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
-Bonus Depo Bola 50%
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman
Costumer Service 24 Jam Online :
Pin BBM : 7B2EC260
Pin BBM khusus : mgmcash8
Whatsapp atau nomor sms :
+66615620266
YM : mgmcash88