Saturday, 11 May 2013

Seteguh Fayqa Bab 24


Maaf ye, ramai yang ngadu SF bab 24 ini lambat sangat dinaikkan. Begitulah keadaannya penulis separuh masa...hope you all will understand.

Rasanya SF tinggal lagi dua bab sahaja lagi di blog. Lepas tu saya perlu siapkan manuskripnya. Bila nak terbit? Tak tau, belum bincang apa-apa pun. Bila nak siap manuskripnya? Ooo rasanya lambat. Apa2 pun saya akan cuba siapkan sebelum hujung tahun ini ye.

Dan kali ini ada lagi...er.... krim! Apa boleh buat krim dan penulisan saya macam tak boleh dipisahkan. Nasib baik di alam realiti tak ada pula krim2 ni :)




Bab 24



Jam enam pagi, pintu bilik Fayqa diketuk. Fayqa membuka pintu dengan telekung masih di tubuh.

“Cepat siap, pergi ambil Kancil,” arah si jeneral.

Awalnya mamat ni hendak ke pejabat, hairan Fayqa, “Sarapan tak siap lagi,” jawabnya.

“Yaya, Yin ada. Sekali sekala biar diaorang yang masak. Lima minit.”

Pintu ditutup dengan dengusan. Kalau semalam Kancil itu dipandu balik kan senang. Ini subuh-subuh buta kena pergi ambil, hati yang panas dipujuk supaya bersabar. Serius Fayqa menimbang-nimbang untuk berpindah ke rumah bapa tirinya.

Masuk ke dalam CRV Dzariff, tidak sampai sepuluh minit, Fayqa sudah terlena. Dzariff pula sambil memandu, wajah gadis disebelahnya dijeling-jeling. Jelas nampak letih, tidak dapat tidur semalam agaknya. Selepas pulang dari 'menjemputnya' semalam, sempat Dzariff bersoal jawab dengan Dzalia. Mendengar cerita Dzalia, Dzariff berasa hairan. Budak ni tidak faham soal jodohkah? Apa salah Mamanya berkahwin lagi kalau dapat berlindung dengan suami barunya? Tambahan pula Mamanya sebatang kara di Semenanjung. Dasar budak keras kepala!!

Semasa CRV Dzariff mendaki kawasan tanah tinggi melalui jalan yang berliku-liku, sedikit pun Fayqa tidak sedar. Siap berdengkur lagi. Perut Dzariff sudah berkeriut-keriut, sudah hampir tiga jam CRVnya meninggalkan kotaraya. Melihat gerai makan di pekan Tanah Rata, keretanya dihentikan. Berjalan secara impromtu begini, hentam sajalah. Untung sabut, makanannya sedap. Enjin kereta dimatikan, wajah letih Fayqa direnung. Melihatkan wajah letih gadis itu, nak dikejutkan pun rasa kasihan. Tapi kalau perut tidak diisi bagaimana gadis itu mahu 'sort out her thoughts'?

“Fayqa,” bahu Fayqa dicuit.

Langsung tiada respon.

“Fayqa,” bahu gadis itu ditepuk pula.

Tersentak Fayqa dari tidur yang lena. Biliknya disebelah dapur Hajjah Azimah mana ada alat penghawa dingin. Maka tidur dalam kereta Dzariff enak sekali. Eh!.....Dzariff? Si sengal? Aku tidur dalam kereta si sengal?!! Kelam kabut Fayqa bangun, baru dia tersedar yang kerusi penumpang yang dia duduk sudah ditolak sehingga hampir menjadi horizontal. Tangannya meraba-raba tudung di kepala, entah macam mana rupa aku, fikirnya. Cermin di visor kereta di turunkan, mukanya ditelek. Astaghafirullahilazim, siap ada air liur basi. Matanya laju beralih ke tempat duduk penumpang, tempat di mana dia merebahkan kepalanya tadi. Euww... ada tompokan air...

Mata Fayqa dan Dzariff bertembung, cepat-cepat Fayqa larikan ke luar. Ya Allah!! malunya, tertidur dalam kereta dia sampai meleleh air liur! Mata masih tertancap ke luar, tangan kanan mengelap air liur di bibir, tangan kiri mengelap air liur di tempat duduk dengan lengan baju. Dzariff di sebelah menelan senyum.

Beberapa detik memandang ke luar baru Fayqa tersedar, eh! kat mana aku ni? Ini bukan Taman Metropolitan!

“Ini mana ni? Kata nak ambil Kancil kat Taman Metropolitan?” mata terbeliak memandang Dzariff.

“Tanah Rata.”

“Yelah, tanah di sini rata. Tapi di mana kita ni?” nada suara sudah hilang sabar dengan si sengal.

“Tanah Rata, Cameron Highlands.”

“Ca...ca...ca...,” tergagap-gagap mulut Fayqa. Ish, pening! “Bila... macam mana...?”

“Awak tidur macam batang kayu, mana nak sedar. Dah, jom sarapan, saya lapar sangat,” sehelai jaket dicampakkan ke riba Fayqa, pintu kereta dibuka dan Dzariff melangkah keluar.

Dengan kepala yang masih bingung, Fayqa terkebil-kebil memandang Dzariff yang sudah duduk di kerusi gerai makan. Dia sengal, aku pun ikut jadi sengal! Belum habis terkebil-kebil, perut pulak berkeriut. Baru Fayqa tersedar, semalam dia tidak makan apa-apa pun dek kerana kepalanya yang berserabut. Cepat-cepat tisu dikeluarkan dari beg sandang, dilap muka, dikeluarkan bedak dan lip gloss, mukanya disolek nipis seperti biasa. Jaket Dzariff disarungkan ke badan lalu Fayqa turut melangkah keluar.

Tiba di meja, si jeneral sengal sudah pun mula makan. Ish, tak tunggu orang, memang tak gentleman langsung.

“Duduklah, saya lapar, belum sarapan,” kata Dzariff tanpa mengangkat muka.

Nasi lemak yang dipesan Dzariff nampak enak sekali, perutnya pun tidak henti-henti berkeroncong. Tanpa komen, Fayqa duduk dan makan. Dzariff yang habis makan dulu, merenung gadis yang duduk dihadapannya makan begitu bersemangat sekali. Laparlah tu, entah makan, entah tidak semalam.

Licin nasi lemak sepinggan, baru Fayqa mengangkat muka, “Tambah?” tanya Dzariff.

Melihat Fayqa mengangguk, Dzariff memesan sepinggan nasi lemak lagi. Pun dibelasah licin oleh Fayqa.

Sambil memerhatikan Fayqa makan, terlintas di hati Dzariff, “Dia ni memang tak reti control cun. Hmmm.... elok juga, tak hipokrit.”

Habis pinggan kedua nasi lemak dan kopi secawan, barulah Fayqa membuka mulut, “Kita buat apa datang ke Cameron Highlands ni?” Matanya tepat merenung mata Dzariff.

“Semalam kan awak kata awak nak “sort out your thoughts”? Tempat tenang macam ni, barulah sesuai nak “sort out your thoughts.” Ini pergi berfikir kat tempat gelap, sunyi, berbahaya. Bukan dapat menyelesaikan masalah, lagi menjemput masalah sebenarnya,” panjang khutbah si jeneral.

Ringan lidah Fayqa nak menjawab, awak apa peduli? Tapi bila difikirkan sekali lagi, sudah sampai pun ke sini. Takkan nak marah-marah suruh si sengal bawa balik ke KL. Tiga jam tu!! Alang-alang ada di sini, bak kata si jeneral... gunakan peluang ini untuk fikir habis-habisan.

“Saya kerja hari ni...” lemah saja alasan diberi.

“Telefon saja bos awak, minta cuti. Kalau awak nak, biar saya yang telefon.”

“Eh, tak pe, tak pe, saya boleh telefon sendiri,” kelam kabut Fayqa menghalang.

Ish, kalau abang bos telefon bos, nanti tentu bos tanya, apa abang buat dengan Fayqa kat Cameron Highlands tu? Malu Fayqa dengan Hajjah Azimah sekeluarga pasal dia peluk Dzariff hari tu pun belum habis lagi. Nanti dia sendiri sahaja yang telefon Dzalia, cakap sajalah nak cuti. Sejak bekerja dengan Dzalia, Fayqa mana pernah bercuti. Takkan cuti sehari pun tak boleh.

“Tapi... semalam saya dah janji nak jumpa Abang Iz...” nak bawa orang pergi entah mana-mana, tak bagi tau dulu, kan dah susah?

Abang Iz? Oh, panggil Abang sekarang ya, fikir Dzarif. Hati macam terkilan, tapi diri sendiri pun tak jelas kenapa.

“Habis, awak nak balik sekarang? Pukul sembilan lebih ni, kalau kita bertolak sekarang, sempat lagi awak nak keluar makan dengan 'abang' awak tu.” Ajak betul ke perli ni?

Sedetik dua terdiam juga Fayqa, bagai menimbang-nimbang keputusan, akhirnya, “Tak apalah, nanti saya hantar mesej, lunch esok saja.”

“Jom!” kata Dzariff, terus bangun dan pergi membayar duit sarapan kepada tauke gerai.

“Nak ke mana?” tanya Fayqa yang mengikut dari belakang.

Soalan Fayqa tidak dijawab, Dzariff masuk ke dalam kereta, Fayqa mengikut sahaja. Kereta dipandu mendaki jalan yang curam dan sempit. Fayqa yang sudah lama tidak berjalan ke mana-mana, mengambil peluang mencuci mata dengan pemandangan yang indah. Terbuai perasaan dibuatnya. Ini kali kedua dia ke Cameron Highlands. Kali pertama dulu dengan Papa dan Mama, masa itu dia kecil lagi. Seronoknya Papa bawa jalan-jalan, ke ladang strawberi, ladang teh dan ladang bunga. Tanpa disedari setitis air mata berlinangan di pipi.

“Papa! Sampai bila-bila pun, Papa tetap dalam hati Fayqa!” rintih Fayqa.

Fayqa masih lagi berulit dengan kenangan Papanya bila kereta Dzariff berhenti di parkir sebuah kafe. Oh! Kafe di ladang teh rupanya. Menjejak kaki ke tanah, redup mata Fayqa memandang ladang teh yang hijau terbentang beralun-alun berbukit-bukit. Nafas di tarik dalam-dalam, oh! oksigen segar! Kepala pun terasa ringan. Hm, bagus juga rancangan si sengal ini, datang ke Cameron Highlands untuk merungkaikan kekusutan di minda.

Sebut si sengal, mana dia? Entah ke mana menghilang mamat tu. Memang patut dipanggil sengal pun. Nak ajak berjalan, tak bagi tau orang. Makan, tak tunggu orang. Lesap entah ke mana, bukan peduli orang. Kaw-kaw Fayqa mengutuk Dzariff dalam hati.

“Lantaklah dia, kalau dia tinggalkan aku di sini pun, aku reti cari jalan balik,” dengus si awek brutal, lalu terus merayau ke ladang teh.

Kaki dilangkah di celah-celah rimbunan pokok teh yang tumbuh merenek. Penat berjalan, punggung dilabuhkan ke atas seketul batu besar yang licin. Telefonnya dikeluarkan. Oh! Nasib baik ada signal. Sebuah sms dihantar kepada bos, minta cuti satu hari. Juga meminta bos memaklumkan kepada abang tiri meminta temu janji hari ini ditangguhkan ke esok.

Siap hantar sms, pandangan mata ditebarkan ke seluruh ladang. Masa untuk berfikir. Patutkah dia menerima Dato Ishaq sebagai pengganti Papa? Perlukah dia berpindah ke rumah bapa tirinya? Berabangkan Khairul Izwan, berkakakkan Khairul Izzati? Urrgh!! Mission impossible.... Tinggal di rumah bapa tirinya, dia akan terasa seperti orang asing. Dia lebih mesra dengan Dzalia dan Dzureen jika dibandingkan dengan Izzati. Dua pilihan sahaja yang ada, terus menumpang di rumah keluarga Dzahim atau tinggal di rumah sewa. Serius! Dia tidak akan selesa tinggal di rumah Dato Ishaq.

Nak anggap Dato Ishaq sebagai bapa? Mission most impossible.... itu yang sejujur-jujurnya. Akan terasa bagai dia belot kepada Papanya, tiada siapa yang dapat menggantikan tempat Papa! Habis? Back to square one juga? Status quo? Fayqa lebih selesa hidup seperti biasa....tapi...dia teringat pula permintaan Auntie Raudhah: anggap keluarga Dato Ishaq seperti keluarganya sendiri. Dan Mama …. dengan matanya yang bagai merayu-rayu mahukan hubungan mereka berdua balik seperti dahulu kala, sebelum Papa pergi.... Air matanya berlinangan lagi.....

Berbolak-balik perasaan Fayqa, terasa ingin korbankan perasaannya demi kebahagiaan Mama, juga terasa ingin menjadi dirinya sendiri yang tidak betah untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Dato Ishaq.

Fayqa sendiri tidak sedar berapa lama dia termenung di tengah-tengah ladang teh itu. Tahu-tahu sahaja, muncul si sengal! Fikirannya masih kusut, lalu jeneral sengal di hadapan tidak dihiraukan.

“Jom makan,” perintah sudah keluar.

“Tadikan baru saja makan,” bibirnya sudah muncung, kacau betul si sengal ini.

“Cik Fayqa, sekarang sudah pukul dua belas lebih, tahu?”

Hah? Dua jam lebih termenung di tengah ladang ini? Masalah tidak juga selesai. Nafas dilepaskan seakan mengeluh.

“Kenapa? Belum habis “sorting out your thoughts”?

Bukan main berlagak soalan mamat ni, dengus Fayqa dalam hati. Si mamat berlagak dijeling tajam. Timbul sengih kecil di bibir Dzariff, comel betul awek brutal ni bila dia menjeling.

“Awak jangan nak persendakan masalah saya,” balas Fayqa dengan nada orang berjauh hati, “memanglah masalah saya tak melibatkan untung rugi ribu riban macam masalah awak. Tapi cukup perit bagi saya tahu.”

“Dan awak pula jangan nak tuduh saya,” tiada pula nada orang berjauh hati, hanya nada mendatar biasa si sengal, “bila pula saya persendakan masalah awak.”

“Tak payah awak guna kata-kata, nada suara awak tu pun dah jelas,” masalah yang ada belum selesai, nak cari pasal dengan si sengal pula.

“Nada suara apa?” lembut suara Dzariff kali ini.

“Tu..tu...cara awak cakap tu...,” sambil menyebut 'tu', bibir semakin muncung.

Mulut ditutup, bahu diangkat, tangan menadah langit, Dzariff bagai bertanya, “Apa?”

“Tu...tu...cara awak senyum tu....,” sekali lagi bibir menjadi muncung bila menyebut 'tu.'

Sengihan Dzariff semakin lebar melihat tuan bibir muncung yang comel.

“Hai, senyum pun salah?”

“Senyum perli!”

“Mana ada?”

“Awak tu selalu ingat awak lebih bagus dari semua orang, sindrom anak sulung!”

“Awak tu selalu ingat awaklah yang paling penting, masalah awaklah yang paling besar, sindrom anak tunggal!”

Tangan berpeluk tubuh, kening berkerut, bibir muncung, tajam Fayqa merenung Dzariff. Hampir terburai ketawa Dzariff, cepat-cepat ditahan kerana dia tahu tawanya bakal mengundang amarah si gadis. Akhirnya yang tinggal adalah senyuman yang meleret-leret. Gatal saja tangan Dzariff ingin mengambil gambar gadis comel di hadapannya.

Fayqa pula, kening berkerut kini terjungkit ke atas, dari bibir yang muncung kini dagunya terjatuh ke bawah, terlongo...... melihat lesung pipit di kiri kanan pipi sang jejaka di hadapannya. Whoa! Si sengal ada lesung pipit?!

Dzariff yang sedang menahan ketawa menjadi kehairanan. Apa kena si awek brutal ini? Rupa macam orang nampak makhluk asing pula? Pelik sungguh perangai orang perempuan. Sah PMS ini!

“Hello! Are you okay?” tanya Dzariff, tangan digawang-gawang di hadapan muka Fayqa.

Terkebil-kebil Fayqa jadinya. Dia ada lesung pipit? Kiri kanan? Macam mana aku tak pernah perasan pun? Dan bila muncul lesung pipit yang sepasang itu, mukanya jadi lain sungguh! Jadi....manis! Bukan manis macam aww! manis, tapi manis yang …. macho.

Tanpa dari jari telunjuknya menggaru-garu kening kiri. Otak pula berfikir ada ke konsep manis macho? Atau... macho manis?

Snap! Snap! Jari dipetik di hadapan muka Fayqa. “Earth to Fayqa.... calling Fayqa!”

“Earth to Fayqa?” ungkapan Dzariff diulangi penuh kehairanan.

“Awak ni kenapa?” hairan sungguh Dzariff.

“Awak kata 'Earth to Fayqa'........”

“So?”

“Awak tahu buat lawak?” sehabis punya polos soalan dari si gadis.

“Cik Fayqa Lara Lyana, in case if you don't know, macam-macam benda yang saya tahu buat,” sudah keluar nada suara mendatar, bagai orang kebosanan.

Sambil bercakap, tangan dimasukkan ke dalam poket belakang jeans, menonjolkan dadanya yang bidang bersalutkan T-shirt berlengan pendek nipis. Dagu Fayqa jatuh sekali lagi! Dada dia yang tough ini pun aku tak pernah perasan....

Snap! Snap! “Awak ni dah sampai ke bulan ke?”

Tersedar si gadis yang dia merenung dada anak teruna orang, liur ditelan, “Err... awak pakai T-shirt nipis macam ni, tak sejukkah?” Bagus punya cover line!

“Ah, sejuk Cameron Highlands, tak adalah sesejuk mana,” sekali lagi keluar suara mendatarnya, “Dah! Jom makan!” Lalu si jeneral terus menapak ke arah kafe.

“Drop dead dimples, biceps to die for, tapi sengal tetap sengal. Tak gentleman langsung, ditinggalnya aku kat belakang. Nak ikut ke tidak, nasib engkaulah!” membebel-bebel mulut Fayqa.

Tiba di kaunter kafe, Dzariff mengambil sandwic, manakala Fayqa mengambil pai ayam. Seteko teh pic dipesan dan Dzariff membuat bayaran. Talam berisi makanan ditatang Fayqa, talam berisi teko teh panas dan cawan ditatang Dzariff ke arah meja di tepi anjung yang menyajikan panorama indah ladang teh yang menghijau. Juadah dinikmati tanpa apa kata-kata. Mulut mengunyah, mata ralit memandang panorama indah di luar. Habis pai ayam seketul dan teh pic secawan, Fayqa melepaskan nafas yang panjang.

“Tak baik mengeluh,” si jeneral yang tidak bosan-bosan memberikan nasihat.

“Bukan mengeluh. Di sini damai sungguh, sayang nak tinggalkan.”

“Boleh datang lagi....” bagai memujuk.

“Dengan awak?” terlintas di hati tapi tidak tertanya di mulut. Hisy, macam perempuan gatal nak ajak datang lagi.

“Kejap,” kata Dzariff lalu pergi entah ke mana.

Macam ni lah, ikut suka selamba badak dia, bukan nak cakap nak ke mana, bebel Fayqa dalam hati.

Tidak lama pun, Dzariff kembali menatang sebuah lagi dulang kecil lalu diletakkan di atas meja. Skon dan krim.

“Dah kenyang....” protes Fayqa.

“Cubalah sikit,” kata Dzariff.

Wah macam pujuk buah hati je ni, terlintas di minda Fayqa. Mata memandang Dzariff yang mengambil sebiji skon, lalu dibelah dua secara melintang, disapu jem strawberi dan diletakkan krim menimbun-nimbun di atasnya. Skon bersapu jem dan krim disuakan kepada Fayqa. Bagai dipukau, skon disambut dan disuakan ke mulut, gigit sedikit dan kunyah. Setiap aksi Fayqa diperhatikan Dzariff.

“Sedapkan?” tanya sang jejaka sambil tersenyum.

Whoa! Those dimples! Terhenti jantung Fayqa sedetik, tekak tiba-tiba terasa kering. Liur ditelan, terlupa skon dalam mulut, tersedak-sedak jadinya. Cepat-cepat Dzariff tuangkan teh ke dalam cawan Fayqa dan dihulurkan kepadanya.

“Sedap sangatkah sampai tersedak-sedak?” tanya Dzariff sambil tersengih, lucu pula awek brutal sorang ni.

“Manis,” jawab Fayqa, kemudian baru tersedar. Cepat-cepat bibinya digigit, takut terlajak cakap lagi, haish!

“Manis? Iyelah ada jem tu. Jap saya cuba.”

Skon dalam piringnya dibelah dua melintang, disapu jem dan dilunggokkan krim. Dzariff menggigit skon di tangan, giliran Fayqa pula memandang tanpa berkelip mata.

“Hmm, manis...lemak..., not bad, huh?”

“Hmm,” Fayqa mengangguk, “not bad at all.”

Habis makan, mereka melangkah ke kereta. Dalam hati, Fayqa membebel kepada diri sendiri. Datang ke sini, kononnya nak “sort out my thoughts” …. tapi sibuk mengusyar anak teruna orang! Lesung pipitlah! Dada dialah! Fayqa, Fayqa, apa nak jadi dengan engkau ni? Itu si jeneral sengallah! Yang kau usyar dia buat apa? Dan sejak bila pula pandai angau semacam dengan lelaki ni? Bertahun berkawan dengan Jim, Paan dan Deng, steady saja.... tak ada rasa apa-apa pun?

Rupanya Dzariff sudah lama masuk ke dalam kereta dan menunggu Fayqa yang masih tercegat di luar kereta untuk masuk. Cermin penumpang hadapan diturunkan, “Tak nak masuk?”

Hah Fayqa! Melayang lagi otak kau! Apa nak jadi ni? Muka didongakkan memandang Dzariff. Jejaka itu memberikan isyarat dengan tangan supaya dia masuk. Pintu dibuka dan Fayqa masuk ke dalam. Dalam otak masih lagi bertazkirah supaya jangan melayan perasaan pelik yang melanda hatinya.

“Tak habis lagi?”

“Hah?!” Terkejut Fayqa, dia tahukah aku ni fikirkan tentang dia?

“Tak habis lagi fikir pasal Mama dan bapa tiri awak?”

Oooo.... lain yang dia maksudkan, menyelinap sedikit rasa lega di hati.

“Perkara mudah jangan disusahkan.”

Tersentak Fayqa! Aiyo! Baru saja aku ni terbuai perasaan dengan dia, sekarang dah balik macam perangai asalnya. Dzariff di sebelah dilemparkan jelingan tajam.

Hailah....dah mula dia menjeling-jeling. Cakap sikit, jeling. Cakap sikit, jeling. Dia tak tahu kah? She looks so adorable, jeling-jeling gitu!

“Fikir secara objektif, bukan dengan perasaan. Bapa awak dah tak ada. Di dunia ini, awak cuma ada Mama awak sahaja. Allah masih berikan awak masa untuk berkasih sayang dengan Mama awak, kenapa awak nak sia-siakan? Marah sebab Mama awak kahwin lain? Come on, Fayqa, fikir. Mama awak sorang-sorang di Kuantan, nak membesarkan anak sendiri, tanpa bantuan siapa pun. Apa salahnya kalau dia mencari pelindung, orang yang dapat membantunya? Walaupun kita tidak suka, poligami tu halal dalam Islam tau. Kita ni hanya hamba yang serba kekurangan. Hanya Allah yang maha mengetahui kenapa Dia halalkan poligami. Lebih-lebih lagi isteri pertama pun setuju....”

Laju Fayqa memotong, “Habis tu, awak pun minat nak berpoligami?!!”

Aik? Ke situ pula dia? Terdiam Dzariff seketika dek terkejut kena sergah dengan soalan Fayqa.

“Eh! Saya ni sorang pun belum ada lagi... macam mana nak cari nombor dua pula?” perlahan sahaja jawab Dzariff.

Astaghafirullah... apa yang aku dah cakap ni? Fayqa sudah menggelabah. Rasa macam nak tampar mulut sendiri! Entah apa-apalah aku ni! Muka ditundukkan, malu!

“Faye....,” Dzariff memulakan bicara sekali lagi selepas kedua-duanya terdiam seketika, “kalau awak tak berbaik semula dengan Mama awak, saya bimbang nanti satu hari awak akan menyesal. Cukuplah sepuluh tahun awak membawa diri. Awak sedih, Mama awak pun sedih.... apa gunanya?”

Dada Fayqa sudah berombak-ombak. Apa yang Dzariff katakan bukan tidak terfikir oleh diri sendiri. Tapi...

“It's not easy, you know....” keluar juga apa yang nak dikatakan walaupun tersekat-sekat.

“Sorry dear, I don't know. Sebab saya tak lalui apa yang awak lalui. Tapi dia kan ibu awak, yang lahirkan awak, yang besarkan awak...”

“Saya tak boleh terima suami dia sebagai Papa saya...”

“Then, don't.”

Mukanya didongakkan, matanya merenung wajah Dzariff, meminta pencerahan.

“Itu sebab semua jadi kusut dalam kepala awak, semuanya awak campur adukkan,” jelas Dzariff lembut, bimbang jika Fayqa terasa hati, “cuba asingkan masalah awak satu-satu.”

“Mula-mula Mama awak. Saya rasa awak pun rindukan dia, rindukan kasih sayangnya. Kenapa awak nak hukum dia hanya kerana dia kahwin lain? Tak semua perempuan kuat untuk hidup sendiri. Saya rasa elok awak pulihkan hubungan awak dengannya. Syurgakan di bawah telapak kaki ibu?”

“Kemudian bapa tiri awak. Siapa kata awak perlu terima dia sebagai bapa sendiri? Kalau terbuka hati awak, baguslah. Kalau tidak, terima dia sebagai lelaki yang menjadi pemindung kepada ibu awak, yang membantu ibu awak selama ini. Kalau tak mampu nak berikan kasih sayang awak kepadanya, cukuplah hormati dia sebagai orang yang lebih tua dari awak.”

“Lagi... ibu tiri awak, abang dan kakak tiri awak. Sama juga macam bapa tiri awak. Hormati mereka sebagaimana awak hormati orang disekeliling awak. Tapi pada pendapat saya, jika orang hendak berikan kita kasih sayang, kenapa pula nak tolak?”

Terdiam Fayqa, minda mencerna apa yang dikatakan Dzariff. Hati pula memang sudah tersentuh! Oh tidak sangka si jeneral yang asyik terjerit-jerit memerintah semua orang di rumah, boleh menjadi begitu..... bijaksana....

Akhirnya Fayqa membuka mulut, “Saya tak biasa dengan mereka.....”

“Dengan Dzalia dan Dzureen pun awak tak biasa kan? Tapi sekarang saya tengok dah macam adik beradik.... Orang nak berikan kasih sayang, apa kata awak berikan mereka peluang?”

Wajah Dzariff direnung dalam-dalam, “Orang nak berikan kasih sayang?” kata-kata Dzariff diulang.

“Hmm hmm, kasih sayang........,” balas Dzariff, bibirnya tersenyum lembut.

Oh no! Those dimples!! Matanya dipejam rapat-rapat. Fayqa! Fokus kepada isu Mama! Ada pulak lesung pipit si sengal tu pula yang kau fikirkan. Tazkirah diri sendiri satu round lagi!

Fikir sampai pejam mata macam tu? Si gadis memejamkan mata, sang jejaka menjamu mata.
Ish! Bahaya duduk berdua dengan budak ini, Dzariff oi!! Kunci kereta dipulas, enjin pun mengaum.

Buntang semula mata Fayqa, “Nak ke mana kita?”

“Kalau dah sampai Cameron Highlands, tak sah kalau tak cari strawberikan?”

Cepat-cepat Fayqa mengalihkan pandangan ke luar, tiap kali si sengal tersenyum, tiap kali jantungnya terlompat-lompat mengedik-ngedik. Bahaya, bahaya!

Mereka ke ladang strawberi dan buat semua benda yang dibuat oleh pelancong yang datang ke tanah tinggi itu. Petik strawberi, ambil gambar dengan strawberi, makan strawberi.

“Oh! No wonderlah ada artis yang hantaran kahwinnya strawberi bersalut coklat, sedap rupanya,” komen Fayqa, bercakap dengan mulut penuh dengan strawberi coklat.

“Kenapa? Awak pun nak hantaran strawberi bersalut coklat?” tanya Dzariff sambil tersenyum mengusik.

Kau senyumlah macam tu, Inche Dzariff! Nanti aku jawab, “Kalau awak nak beri, apa salahnya!” Pengsan awak, nanti kang. Ish! Bahaya, bahaya.....

Dari ladang strawberi, mereka ke ladang bunga. Ambil gambar dengan bunga, tentunya. Tergegun Fayqa melihat kecantikan bunya yang pelbagai jenis, pelbagai warna.

“Nak beli bunga? Bawa balik ke KL?” pelawa Dzariff.

“Tak payahlah, nanti kalau Kak Yaya atau Kak Yin tanya mana dapat bunga, segan pula saya nak cakap,” perlahan Fayqa menjawab, segan pun sama.

“Okey, ini jadi kita punya 'secret outing,' set?” tanya Dzariff, sengihnya semakin lebar.

Cepat-cepat Fayqa pandang ke lain, mulut menjawab, “Set.”

Puas mengambil angin di ladang bunga, mereka bertolak pulang. Bukan main laju Dzariff memandu, malas Fayqa hendak menegur. Kereta dia, lantak dialah. Mereka berhenti solat jama' di hentian R n R. Tiba di Taman Metropolitan, Kepong, Fayqa diturunkan hampir dengan Kancil yang masih terparkir di situ. Nasib baik masih selamat Kancil ini, semalaman, seharian kena tinggal di sini, lega rasa hati Fayqa.

“Balik terus ke rumah!” arah Dzariff dari dalam kereta.

Mula berdongkol hati Fayqa, mamat ni turun sahaja ke tanah rendah, bertukar jadi jeneral sengal!

“Iyelah, nak ke mana lagi? Kan dah nak maghrib ni,” melawan juga si gadis.

“Saya tunggu di rumah,” kata Dzariff.

Astaga! Dia tak percaya sampai macam tu sekali? Tengoklah tu, bukannya dia hendak bergerak. Nak tunggu aku bergerak dulu baru dia nak bergerak? Makin berdongkol hati Fayqa.

Sang jejaka dalam CRV menunggu si gadis bergerak dulu. Bimbang kalau Kancil yang dibiarkan semalaman seharian di luar ini tidak dapat dihidupkan. Almaklumlah kereta tua. Selepas Kancil Fayqa berlalu pergi, barulah dia mengikut dari belakang.

Fayqa tiba di rumah dahulu. Tadi kata nak tunggu orang di rumah, kita pula yang sampai dulu? Azan maghrib baru sahaja dialunkan. Laju Fayqa masuk ke bilik, mandi dan solat maghrib. Kemudian dia ke dapur, mahu membantu apa yang patut. Di dapur, hanya ada Dzalia yang sibuk memanaskan makanan malam.

“Hai, Pekah. Tak bawa balik strawberi coklat?”

46 comments:

  1. Ohhh no! She knows? Kantoii!

    ReplyDelete
  2. orang rumah tahu ke?...haha jawab ler pekah

    ReplyDelete
  3. Haha Dzalia tahu?? Tak sabar nak tau reaksi Fayqa..hehe..

    ReplyDelete
  4. Miahahahahaahaa cmne dzalia leh tau nii.
    Kang pekah mesti kata jeneral bocor rahsia

    ReplyDelete
  5. kantoi! kehkehkeh

    hatiku berbunga2 bagai diawan-awangan #lelebih ko jah




    ReplyDelete
  6. Baca perlahan2 dengan harapan entri ni takkan habis! amboii si awek brutal dah mula usha2 si general sengal... Comel je gi jejalan cameron sesama walaupun bengang kat si genaral.
    Adoii tinggal lagi 2 entri. Mati kutulah nak tunggu buku keluar! Apa-apa pun all the best cik hanina! Tak sabar nak peluk cium next book! Pms & knk dah lunyai dahh! Muehehehehe

    ReplyDelete
  7. Ocopot..!!! Hahha.. Cmne leh bocor rahsia lak.. Bdan pekah ade bau strawberry ke?

    ReplyDelete
  8. best sgt kak nina..sy makin ketagih ngan citer ni..
    semoga cepat2 dibukukan ;)

    ReplyDelete
  9. aiyork! yaya tahu??? habislah......dan habis jugak bila lara dah mula angau dgn si lesung pipit yang gagah perkasa tu ya..... nina....hujung tahun lama sangatlah.

    ReplyDelete
  10. Bunga bunga chenta telah mula memekar.ihiks .

    ReplyDelete
  11. hokk alohhh... hat sebenornya dua2 tuh dah ada rasa 'gedik2' dlm hati... kaka ni plak dah rasa gedik2 plak bila dah baca... so mari kita menggedik berjemaah...ekekekee

    ReplyDelete
  12. Kantoi! Sape lah agaknya yg pecah lobang? He..he...

    ReplyDelete
  13. Nina. . Awwwww best nye.. Kantoi lagi they all.. Hahah.. Sweet... Love ur entry as usual... Thanks dear.. XOXO

    ReplyDelete
  14. Nina. . Awwwww best nye.. Kantoi lagi they all.. Hahah.. Sweet... Love ur entry as usual... Thanks dear.. XOXO

    ReplyDelete
  15. Can't stop smiling while reading this n3 !!!! Terasa syg nak abiskan baca...wow! Fayqa gedik??? X leh nak imagine n Dzariff turned out to be so caring n sweet ??? Lagi x leh nak imagine...anyway looks like ada taman dlm hati lak plak diaorg nih...suke suke suke sesangat!!!

    ReplyDelete
  16. Cik nina...harap2 la SF ni dpt diterbitkan pd thn ni...huhuhu....tak sabar di hati nk tahu kisah selanjutnya...setiap kali bc mesti hati terlalu excited n berdebar2....OMG si genaral ada lesung pipit...bukan satu..tp dua...kiri kanan...wauuuuu i cant imagine...patut la si general jarang senyum...rupanya2 senyuman dia mahal...kihkih...aduhhhh jatuh cinta plak kat si general...so sweet n caring.. hati faye dh mula goyah la tu ..terpukau dgn lesung pipit si general...

    ReplyDelete
  17. aduhai cik nina oooiiii...S.E.X.Y tul bab ni...(wink,wink,wink)...

    ReplyDelete
  18. woooshh!!!! fayqa jaga mata .... hahahhah :) sempat lg dlm serabot2 tu nk usha general :P eik.... mna yaya tau?? nie mesti si abg da gtau awal2 bkn bleh caya si Dzarif nir :)
    -Syira Azmi-

    ReplyDelete
  19. skon tu apa..buah sukon ke? tak tahu pula sukon sedap makan dng krim dan jem. Mak teh terliur ni..nasib baik dah jadi ayam pencen klu tak meleleh air liur anak bila lahir nanti..

    ReplyDelete
  20. hahaha....kantoii...pekah igt org len xtau die g mne..ni msti si jeneral dzengal punye keje!!! hahaha...ape2p0n so sweetttt memori kat cameron walaup0n DZENGAAALLL...... =p

    ReplyDelete
  21. Makin sengal dua2..ala nina hujung tahun ker baru leh kuar novel....waa lmbtnye...cepatkan lah ekk

    ReplyDelete
  22. nina...serious best gile..x sabar nak tunggu printed copy..lol

    ReplyDelete
  23. "Tanpa dari jari telunjuknya menggaru-garu kening kiri. Otak pula berfikir ada ke konsep manis macho? Atau... macho manis?"
    Imaginasi mcm tak ckp plk nk membayangkan keadaan ni..leh betulkan tak ayat dia.nina ni mmg feveret western food.mmg same la kte.nina suka travel kan?jomla kte travel semua gugurl leh bg2 idea nk menulis hehe

    ReplyDelete
  24. cair lagi berkrimm......dah jatuh cinta ngan Dzarif......tak sabar nak tambah koleksi dari cik nina......

    ReplyDelete
  25. Bunga cinta mula memekar . Thumbs up CikWriter :)

    ReplyDelete
  26. ahahhahahha...secret dating kantoi la weyhhh....masak la faye kene ulam ngan dzalia nanti hahhaha

    ReplyDelete
  27. Pekah dah jatuh cinta yea..apa pun best..best

    ReplyDelete
  28. ahhhh dia dah bawa kluar krim...hahahahha teringat PMS...adoiii cepatlah novel ni diterbitkan...kena baca entry ni slow2 takut cepat habis hahahhaa...

    ReplyDelete
  29. pandai gak si jeneral ni memujuk fayqa ni rupayer..
    aiks..kantoi la plak..

    ReplyDelete
  30. oh sweettttttt........jatuh chenta dah ngan sengal .....oppss general sengal....wahhhh makin seronok nie....aduhai...semakin membuai, semakin terbuai perasaan....aduhhh fayqa....tuk cik hanina...good job...best tersangat entry kali nie...x sabar tunggu entry yang baru (novel nye apatah lagi...)

    ReplyDelete
  31. Aduhaii...sweetnyaaaaa...

    ReplyDelete
  32. pulak...kan dah kantoi...macam mana ek budah tu boleh tahu..pelik giler ni..

    adakah apa yg dilontarkan oleh sijeneral sengal tu akan membuat minah fayqa ni menerima akan takdirnya yg selama ini cuba ditolaknya berbapakan tiri dan adakah ruang ruang untuk kembali pada ibunya yg mengharapnya untuk berubah pendiriannya terhadap dirinya dan juga dapat menerima abang dan kakak tirinya..bagaimana pula aksi sijeneral sengal tu bila mengetahui yg dirinya terperangkap dengan cinta yg baru berputik dengan minah brutal ini..

    ReplyDelete
  33. hahaha.. dah terkantoi.. cakap 'secret outing' !! malunya !! eh, terlebih pulak kite ni...

    ReplyDelete
  34. haha...mcm mana boleh kantoi nie...... ini mesti kerja general ni...... ahak

    ReplyDelete
  35. Dh lama tak ngadap blog Nina. Marathon bc dr bab 18. Gelak2 je bila bab Fayqa buat muka comel sbb kena sakat dgn si sengal & bleh imagine muka Fayqa terpegun tgk muka General yang manis macho ( masih dok membayangkan manis macho tu camane rupenye). Then, bila part yg sedih2 tuh, nangis jgak la smbl dlm hati menjerit " waaa, Nina dh pndi buat org nangis!!". Suka bila General panggil Fayqa, Faye. Bila sebut Faye, Faye, Faye..teringat plak kt PMS, Nawwal, Nawwal, Nawwal..hehe. Owh, kantoi ngan Dzalia?! Fayqa bgtau Abang Iz and Abang Iz bgtau Dzalia?

    ReplyDelete
  36. nmpaknye hati fayqa da terbuai tgk lesng pipit jeneral... dzalia ni mcm tau2 plk yg fayqa ngn jeneral p cmeron... mst jeneral bgtau kot

    ReplyDelete
  37. kantoi seh...pekah dh tertawan dek lesung pipit n dada macho si sengal...auw..auw...

    ReplyDelete
  38. I think i comment kat bab yang salah lah. Anyway, i think there should be a part wherein Dzariff tersedar akan hubungan Faye and Dato too. There should be a moment where he'd be like "no wonder she was so sensitive the other night bla bla bla" just my opinion kak nina :)

    ReplyDelete
  39. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2EC260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete