Janji dicapati. Readers dibahulukan. Wa ka ka.
Saya nak minta maaf sebab dah lama tak jawab komen anda di blog ini. Internet kat rumah rosak. Kat ofis pula bz, asyik berlari2 anak. Bak kata M Nasir "ke sana ke sini, berlari-lari kecil..." (lagu Raikan Cinta bagi yg tak tahu)
Menurut teori penulis citer Hanina Abdullah, bab 25 ini termasuk dalam bab2 graf turun. Sebab bab2 semua tak boleh graf naik all the time, nanti yg baca boleh kena darah tinggi. Konon!!
Papepun... inilah dia!
Hmm Bab 26, jeneral sengal kidnap Pekah lagi, ke mana pula kali ini? Ke tanah tinggi ke atau ke tanah rendah? Bila Bab 26 nak naik? Tak tau sebab kalendar saya fenuh minggu depan. Nanti janji tak dicapati pula.
Bab 25
Pintu butiknya
dibuka, Dzalia mengangkat kepala. Tersungging senyuman sinis bila
melihat siapa tetamunya tengahari itu.
Dalam hati terdetik
juga, “Well, well, look who do we have here?” tetapi dek kerana
sudah arif dengan perangai abangnya, lebih baik jangan diusik singa
jantan seekor ini.
“Abang! Wah, dah
lama abang tak datang ke sini. Dah lunch belum?” bertanya buat
memaniskan mulut, walhal sudah tahu benar apa tujuan abangnya datang
pada waktu makan tengahari begini.
“Belum lunch. Ada
jumpa client kat sini tadi, itu yang abang singgah,” mulut
menjawab, mata melilau-lilau. Dzalia yang tahu siapa yang dicari
abangnya menyembunyikan senyuman.
“Eh, Yaya pun
belum lunch. Hmm, bolehlah pow Abang hari ni,” usik si adik, sekali
sekala kenakan si abang, memang syok!
“No problem.
Jomlah,” ajak si abang, “err... ajaklah Fayqa sekali.”
Bingo!! jerit
Dzalia di dalam hati. Bibirnya digumamkan, menahan tawa. Biar
abangnya tidak tahu yang dia sudah tahu. Semalam sibuk Mushrifah
menelefonnya bertanyakan di mana abang. Bila dia menghantar mesej
melalui Facebook kepada abangnya, jawapan si abang ringkas sahaja,
“Cuti rehat.” Tapi apa yang si abang tidak sedar, mesej
jawapannya itu memaklumkan Dzalia yang ianya dihantar dari Cameron
Highlands. Beberapa jam selepas itu, Fayqa pula menghantarkan SMS
minta cuti rehat. Hmm... bak lirik lagu yang popular itu, suratan
atau kebetulan? Balik Fayqa petang semalam, dipasangnya serkap
jarang, tanyakan Fayqa tentang strawberi coklat. Wah!! bukan main
merah muka gadis itu dan entah apa-apa jawapan merepek yang
diberikan.
Meleret-leret
senyuman Dzalia mengingatkan kerenah Fayqa semalam, “Sekejap, Yaya
nak simpan buku tempahan ni dan nak ambil beg tangan.” Sengaja dia
mengemas barang-barang di atas mejanya perlahan-lahan.
“Err.... Yaya,
Fayqa mana? Ajaklah dia lunch sekali dengan kita” gelabah sekali
Dzariff membuka mulut, bimbang jika adiknya tahu yang dia malu tapi
mahu.
“Fayqa?” Dzalia
pura-pura bagai baru terdengar permintaan si abang, “laaaa, dia
keluar makan dengan Abang Iz. Baaaaru kejap tadi keluar. Lima minit
ada kut.” Suci betul lakonan si adik.
“Oh,” itu
sahaja respon Dzariff, nampak sangat kecewa.
Kasihan pula Dzalia
melihat abangnya. Jahatnya aku ni, ada juga rasa insaf di hati.
Aduhai abang.... dah gila bayangkah?
“Semalam Abang Iz
ajak dia lunch, tapi last minute Fayqa cancel. Cuti nak berehat kata
Fayqa. Sebab tu tunda lunch ke hari ini,” walau pun insaf, masih
lagi seronok mengusik abang.
“Oh... dia cuti
semalam,” komen kosong Dzariff, mata mengelak ke lain.
“Haah! Macam
abang kan?” balas Dzalia dengan mata berkelip-kelip, geli hati
Tuhan sahaja yang mengetahui.
“Biarlah dia
cuti, bukan pernah dia cuti pun sejak kerja dengan Yaya kan?”
Chewah-chewah,
sokong si Pekah nampak! Siap tahu pula si dia tidak pernah cuti.
Sesuatu sungguh! Ulas bibir bawah diketap, memang dah nak terhambur
gelak Dzalia.
“Haah, dia
saaaaama macam abang, workaholic. Cuti rehat pun sama hari pulak tu,”
usikan terakhir sebelum melangkah keluar dari butik.
Tadi bila
ditanya mahu makan apa, Fayqa menjawab, “Ikut suka Abanglah.” Dan
nampak sangat Khairul Izwan berbesar hati sungguh apabila si adik
tiri memanggilnya abang buat pertama kali. Bersyukur kerana si adik
tiri nampaknya sudah lembut hati. All thanks to Dzalia,
bersungguh-sungguh membantunya merapatkan hubungan mereka adik
beradik.
Si adik tiri dibawa
ke restoran China halal berdekatan. Dek kerana harga makanannya yang
mahal, restoran ini tidaklah sesak benar pada waktu makan tengahari
begini. Makan soal kedua, persoalan pokoknya mahu memenuhi permintaan
bapa yang sakit terdampar di katil, mahukan mereka adik beradik
berbaik-baik.
“Lara suka makan
dim sum?” tanya si abang tiri yang prihatin.
“Tak pernah
makan, Bang. Ini kali pertama,” polos Fayqa menjawab.
“Lara cuba ya.
Abang pesan yang stim sahaja. Lebih sihat dari yang bergoreng.”
“Boleh,” mata
Fayqa sudah meneliti bakul-bakul kecil yang dihidangkan di
hadapannya. Minatnya terhadap perniagaan makanan, semua makanan gemar
dibelek dan dikaji.
Sebakul kecil
berisi beberapa ketul dim sum didekatkan ke pinggan kecil Fayqa, “Ini
isinya udang. Cicah dengan sos sambal sikit, sedap.”
Akur Fayqa menurut
nasihat abang tirinya, “Mmm, sedap sungguh.”
Melebar senyuman
Khairul Izwan. Lara ini tidak banyak kerenah orangnya, tapi hatinya
keras, ya ampun!
“Malam ini Mama
Raudhah ajak Lara makan di rumah,” Khairul Izwan membuka bicara.
“Hmm, seganlah
saya nak balik lewat ke rumah Hajjah Azimah. Nanti rasa macam buat
rumah dia macam hotel saja,” balas Fayqa yang sebenarnya belum
bersedia untuk bersua muka dengan 'keluarga besar' Dato Ishaq.
“Abang ajak
Dzalia datang sekali. Dia dah setuju, katanya nanti dia telefon mak
dia,” nampaknya Khairul Izwan sudah buat persediaan awal.
“Abang....,”
berjeda sebentar Fayqa untuk menyusun kata agar abang tirinya tidak
terasa hati, “saya rasa saya belum bersedia...”
“Abang, Mama
Raudhah dan Papa Shaq pun tak mahu memaksa. Perasaan kasih sayang ini
tidak boleh dipaksa.... tapi boleh dipupuk. Kami tak harap Lara boleh
rasa sayang pada kami. Cukuplah kalau Lara mahu berziarah sekali
sekala, tentu Papa Shaq, Mama Raudhah dan Mama Fizah suka,” lembut
jejaka kacak bergaya itu memujuk si adik tiri.
“Saya minta maaf,
Bang. Bukan niat saya untuk menyombong tapi saya rasa....,” susah
sungguh mahu berkongsi rasa dengan orang yang masih asing dengannya.
“Take it one step
at a time? Mula-mula datanglah ziarah kami sebulan sekali, nanti
kalau Lara rasa sudah selesa, boleh datang lebih kerap. Whatever the
pace is, you decide. Tapi mulakanlah langkah pertamanya dulu. Boleh,
Lara?”
Kalau sehingga
begitu pujukan si abang tiri, apa lagi yang boleh Lara katakan?
Makan malam
di rumah Haji Dzulqarnain malam itu sepi sekali, yang ada hanya
Hajjah Azimah, Dzariff dan Dzureen. Haji Dzulqarnain ke Kedah atas
urusan perniagaan.
“Yaya dan Fayqa
mana, Ummi?” itu soalan pertama Dzariff apabila duduk untuk makan
malam.
“Mereka makan
malam di rumah bapa tiri Fayqa,” Dzureen pula yang menjawab.
Wajahnya masam, berkecil hati dengan kakak yang tidak mengajaknya
bersama ke rumah jejaka Idaman Malaya a.k.a. Khairul Izwan.
“Eloklah Dzalia
tolong rapatkan Fayqa dengan keluarganya. Fayqa tu serba serbi bagus,
cuma bab terasa hati dengan Mamanya tu yang kurang manis. Dulu di
sekolah menengah, fahamlah kalau dia merajuk. Sekarang sudah besar
panjang, dia pulalah yang kena faham,” panjang ulasan Hajjah
Azimah.
“Ummi, Fayqa
dengan abang tirinya, Khairul Izwan, bukan mahramkan?” tup-tup
soalan itu pula yang terbit dari mulut Dzureen.
“Iyelah, jelas
sangat bukan mahram,” hairan Hajjah Azimah dengan soalan Dzureen.
Hmm, aku ni ada
peluang ke? fikir Dzureen. Nak bersaing dengan Kak Yaya lagi, Fayqa
lagi. Hmm, tipis rasanya. Hai, beratnya jodoh aku...
“Kenapa Dzureen?”
soal ibu bila melihat si anak hanya menguis-nguis nasi di dalam
pinggan.
“Tak, Yin
terfikir, entah-entah Fayqa tu bertemu jodoh pula dengan anak bapa
tirinya...”
“Eh! Sampai ke
situ pula budak ni fikir!”
“Ummi, tak
mustahil tahu! Abang Iz tu dahlah segak, bergaya, ada harta,” hujah
Dzureen untuk menyokong pendapatnya.
“Jodoh ini kerja
Tuhan. Ada jodoh, adalah. Sudahlah tu, makan sajalah. Nak fikir hal
jodoh orang pula,” nasihat Hajjah Azimah.
“Tak adalah,
Ummi. Yin terfikir saja....”
Si abang yang tekun
menyuap nasi pun terfikir juga.....
Usai makan malam
dan berkemas meja makan, Hajjah Azimah anak beranak naik ke tingkat
atas untuk solat Isya dan bersiap untuk tidur. Dzariff pula selepas
solat Isya turun semula ke ruang tamu dan melayari internet. Bukan
tidak boleh melayari internet di bilik tidur, malah lebih selesa di
sana. Cuma seharian semalam bersama dengan gadis yang dipanggilnya
Faye, hari ini pula sehingga malam tidak melihat wajah itu, Dzariff
tidak senang duduk.
Jam sepuluh
setengah malam, kedengaran enjin kereta di laman hadapan rumah. Pintu
depan dibuka, Fayqa masuk dan terus menonong-nonong berjalan masuk ke
dalam bilik tidurnya bersebelahan dengan dapur. Dzariff yang setia
menunggu sedari tadi terkebil-kebil melihat tingkah laku Fayqa. Tiada
salam, tiada bertanya khabar.
Kemudian masuk pula
Dzalia, tersenyum simpul melihat abang yang sedang menanti di ruang
tamu, “Assalamualaikum. Eh! Kenapa belum tidur, Abang?”
“Waalaikumsalam.
Awal lagi ni. Macam mana Fayqa dengan Mama dan keluarga tirinya?”
Amboi! Prihatinnya
Abang aku ni, Dzali menyindir dalam hati. Oi! Tak berani nak sindir
depan-depan, nanti keluar bapa singa!
“Better than we
expected!” jawab Dzalia berterus-terang.
“We?”
terjungkit sebelah kening Dzariff.
Reti pula si adik
tersipu! Giliran si abang menyindir.
“Alah, bukan
Abang tak tahu. Yaya dengan Abang Iz yang rancang semua ni.”
Abang Iz! Abang Iz!
Abang Iz! Abang Iz! Sabar sajalah, pujuk hati Dzariff.
Mulut mengulangi
kata-kata Dzalia, “Better that you expected?”
“Haah, dia tak
bercakap banyak, tunduk saja. Tapi Abang Iz satu family suka sangat
yang dia sudi datang. Mama Pekah jangan sebutlah, berseri-seri
muka...”
Pot-pet, pot-pet
Dzalia bercerita, semuanya dihadam dengan cermat oleh Dzariff.
Ayat penyudah
Dzalia membuat dia tersentak, “Jadi sekarang kami nak mulakan fasa
kedua projek kami.”
“Fasa kedua?”
“Fasa pertama,
ice breaker. Fasa kedua, Abang Iz nak tawan hati Pekah!”
Dzariff yang
mendengar, menelan air liur. 'Abang Iz nak tawan hati Pekah?' bukan
'Abang Iz sekeluarga nak tawan hati Pekah?'
Wakaka dzarif dah mula nk kalut ni hehehe
ReplyDeleten guess what he did in chap 28? err chap 28 tak de dlm blog he he....pn write yg notti
Deleteeheh...abislah jeneral.turun pangkat prebet ler jqbnya
ReplyDeletenama pun jeneral kan, sure dia lancar perang dulu...takkan senang2 nak mengalah?
Deleteerr saya tak puas baca. nak lagi. panjang sikit eh.[tamak]
Deleteeh zz sbg part time writer shld understand nak tulis brp page ni pun jenuh curi masa sini sana....tu lah sapa suruh nak gatal menulis kan?
Deleteokey, insaf... patut ker saya amik statement awak ni dan letak kat blog saye? ngee...
DeleteWahhhh...jeneral dah kelam kelibu hatinye.....sabar ekkk..jeneral
ReplyDeletehe he he kita kasi dia panassss
DeleteThis bahulu very happy !!! Love it :)
ReplyDeleteoh bahulu ku yg gebusssss :)
DeleteNyet nyet nyet
ReplyDeletehe he he
DeleteOk...general rasa tergugat... Ader musuh nak skodeng peqah... Muahhhaa... Best Nina... X sabar nak Tgk what happen next... Good job...
ReplyDeletetqvm dear....kita torture itu general
DeleteJyeah ! Thanks Cik Writer :)
ReplyDeletewelcome, my pleasure!
DeleteHaha...beware general....
ReplyDeleteThis is not Graf turun to me Graf naik lg Ada. Men anak, dear!!! Superb!👍
ReplyDelete*mencanak naik
Deletehaha si adik tu saja je nk membakar si abg singa,.sje je bagi ayt kontroversi kn keke,.
ReplyDeleteWah,tersenyum2 saya baca bab ni.. hihi.. kelakar je tengok Dzalia dok kontrol tahan senyum depan abang dia.. si abang pulak dah penasaran habis tu seharian tak jumpa Pekah.. tak sabar tunggu bab seterusnya..huhu
ReplyDeleteaiyoo..jeneral dh sentap
ReplyDeletefaye faye!!! go dzariff! go! suddenly mis dzahim.. :')
ReplyDeleteoh oh jim akan muncul dalam bab 27 atau bab 28 dan cerita akan jadi lagi haru biru klabu!!
DeleteCiannnn dia...
ReplyDeletehihi... sila bersaing secara sihat ye... hihi.. general mst dok plan strategi sengal...
ReplyDeleteHahaha..... Jeneral is experiencing "shadow madness" @ gila bayang.... hahaha....
ReplyDeleteTak menahan naa.... in his heart, there's a garden.... (dlm hati, ada taman maa....) Hahahaha....
Dzariff dh x sng duduk nmpk nyer
ReplyDeleteWah! 10q my son for waking me up mintak susu...ibu dpt baca new n3 from miz nina...ha ha ha
ReplyDeleteSeronok baca cik abg jeneral sentap ada org nak rampas awek dia.
Nina, alang2 apa kata up n3 smpai genap 30 cam novel sblm ni? Plllleeeeeaaaaaaassssseeee....(merayu sambil melutut n genggam tangan nih n buat muka kesian campur comel )
nak tanya satu je-- bila nak keluar dalam bentuk cetak?
ReplyDeletetak sabarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!
"Abg Iz nak tawan hati Pekah"...jeng jeng jenggg!
ReplyDeleteMesti JS arahkan sebatalion askar utk merempuh kubu Abg Iz nanti :-))
hahahaha....terkujat jeneral dengar ayat2 dr Dzalia.... Jeneral kena atur strategi klu nk defeat Abg Iz...
ReplyDeletehaha..tawan hati double meaning tu
ReplyDeletegilo...setap tau bole luruh jamtung Jeneral..yg membaca lagilah..hailah si jantung bertahanlah yer...nina suka buat saya jadi tak menentu ok..tak sabar nak tahu selanjutnya. nnti jgn lupa ok cpt up-date dan pastikan citer ini di bukukan ok..LOVE IT TO MUCCCH
ReplyDeleteSalam Nina....pandai Yaya mengenakan abang dzengal dia tu ya. Hmm....dzengak dah terbakar lah tu. So, apalagi.....cepatlah lancarkan strategi.
ReplyDeletesiap ada fasa2 plk..dh mcm2 projek nina buat dlm pms skrg gunakan fasa plk..well done bete
ReplyDeletehohohohooho....ayat pembakar Dzalia bagi "abang Iz nak tawan hati Pekah"...abes la Dzariff kali neh....tergugat3
ReplyDeletehahaha...jeneral dzengal panas punggung da... =P
ReplyDeletehehehehe......suka...suka...suka....si sengal tercari2 fayqa di butik....terasa cam jadi dzalia plak...leh bygkan si sengal tercari2...terjenguk2...panjang jer leher...tp kesiannnn abg iz plak nak potong jalan......hehehe....agak2 nya dzarif leh mengaku x yg dia suka fayqa kat dzalia...
ReplyDeleteBEST......
ReplyDeleteNina ni bukan stakat hati Dzariff de dzengal je penasaran tp hatiku ini pun penasaran...harap dpt cpt2 dbukukan
ReplyDeleteNakal betul adik Dzariff ni.. Hahaha ^_^ Kan dah gelabah si Dzariff..
ReplyDeleteahak.....si general dah mula panik......agak2 apa planning si general nak tawan hati apek nie.....tak sabarnya......
ReplyDeletehahahhahaha.... tuan jeneral da start gelabah +panik +kalut suma ad hahahha...tu la jeneral tu lembap sngat :D
ReplyDeleteAgen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
ReplyDeleteBergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).
Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :
- SBOBET BOLA
- SBOBET CASINO
- ION CASINO
- MAXBET
- TANGKAS 365
- 368bet
- SABUNG AYAM
- CBO855
Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )
PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
-Bonus Depo Bola 50%
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman
Costumer Service 24 Jam Online :
Pin BBM : 7B2EC260
Pin BBM khusus : mgmcash8
Whatsapp atau nomor sms :
+66615620266
YM : mgmcash88