kita hanya merancang, Tuhan yg menentukan. saya fikir bab 27 ni bab terakhir di blog, tengok2 belum lagi. sebab bab 27 terpanjang dek phone conversation between faye n jeneral.
kpd best fren saya Zarra Zuyyin, 9 ms ok!! tak tipu punya :) lebih dari cukup tu untuk 1 bab.
again apa2 penambah baikan (1 word or 2 words?) please komen. stail menulis saya, taiiiiiiip je, then up kat sini, tak de nak fikir banyak2.
tanpa di TANGGUH lagi, jemput baca....
Bab
27
Pagi
esoknya, rajin pula Dzalia turun ke dapur membantu Umminya dan Fayqa
menyediakan sarapan. Sambil membancuh teh, Fayqa mencuri-curi pandang
wajah Dzalia. Ceria semacam!! Macam... err... macam muka orang sedang
bercinta.
“Adoi!”
“Kenapa
Fayqa?” tanya Hajjah Azimah, dahi sudah berkerut bimbangkan Fayqa.
“Terlupa
teko ni panas, nak angkat cenggitu saja, tak guna tangkai.”
“Fikir
apa tu, Fayqa? Sampai teko panas tak sedar?” tegur Hajjah Azimah.
“Fikir
tentang assignment, Achik,” tipu sunat.
Terhenti
Hajjah Azimah dari mengacau bihun di dalam kuali, “Fayqa, kalau tak
mampu nak bekerja dan belajar serentak, berhentilah dulu kerja tu.
Fokuskan kepada belajar tu dulu. Belajar tu lagi penting. Fayqakan
sekarang duduk dengan Achik, sewa tak perlu bayar, makan pula,
makanlah seadanya dengan kami. Duit poket pun Achik boleh beri.”
Aduh,
keluh Fayqa dalam hati. Malunya.. sudahlah menumpang, Achik Zee siap
nak beri duit poket. Cepat-cepatlah habis belajar, boleh duduk
sendiri macam dulu-dulu.
Aduh,
keluh Dzalia dalam hati. Kalau Fayqa berhenti kerja, jenuhlah aku....
mana pernah dapat pekerja secekap Fayqa. Lagi pula tiada Fayqa ….
tiadalah pula alasan nak berjumpa dengan Abang Iz. Oh no!!
“Tak
apa, Achik. Bukan teruk sangat kerja kat butik Kak Yaya. Kalau Fayqa
banyak sangat assignments, Fayqa buat sebelah malam.”
“Macam
mana nak buat assignments sebelah malam, kalau kerja pun sampai malam
baru balik?”
Uiks!
Mana muncul pula si sengal ni? Pagi-pagi dah sampai ke dapur? Terpana
Fayqa merenung Dzariff yang siap berpakaian pejabat. Err..... he
looks.... very smart!
“Yang
Yaya pun biar Fayqa kerja sampai malam-malam, tak fikirkah kalau dia
nak buat assignment?” terbit soalan si jeneral.
Kelat
wajah Dzalia mendengar soalan abangnya. Fayqa pula masih
terpinga-pinga, kalau betul Kak Yaya sibuk sampai aku tak ada masa
nak buat assignment, yang dia angkut aku ke panggung wayang tu apa
hal?
“Yaya
ada appointment dengan customer semalam,” jawab Dzalia.
“Lelaki
ke perempuan?”
Dah
dia buka agensi penyiasatan pula di dapur ni, Fayqa sudah menjuling
ke langit. Wajah Dzalia yang tadi kelihatan ceria berseri-seri, sudah
kelihatan merah berbalam-balam.
Laju
tangan Fayqa mengambil lima biji pinggan yang disusun bertingkat lalu
dihulurkan kepada Dzariff, “Tolong bawa ke depan.”
Jeneral
di rumah Haji Dzulqarnain masih tidak bergerak, Fayqa bersuara sekali
lagi, “Tolong..... please?”
Sudah
dua kali diminta tolong, takkan tak tolong. Pinggan-pinggan yang
dihulurkan Fayqa disambut dengan hati yang mendongkol. Cerita Yaya
dan abang tiri Fayqa akan dikorek habis-habisan.
Bila
si abang sudah melangkah keluar ke depan, pandangan mata Dzalia dan
Fayqa bertaut. “Thanks,” mulut Dzalia bergerak tanpa suara.
Fayqa
pula yang menjadi cuak, Kak Yaya pun nampak aku dan si sengal ke
semalam? Erkk!! susahlah tumpang rumah orang ni, lepas tu pergi
tengok wayang pula dengan anak terunanya, lepas tu terserempak pula
dengan anak daranya, yang juga bos aku. Pening! Terangkat kedua-dua
belah kening Fayqa.
“Dah
siap,” kata Hajjah Azimah, mengejutkan Fayqa dari memikirkan
tentang hidupnya yang semakin intrigue sejak semalam.
“Meh,
Fayqa bawa ke depan Achik,” pelawa Fayqa sambil mengambil mangkuk
besar berisi bihun gorang dari tangan Hajjah Azimah.
“Yaya,
tunggu apa lagi? Bawa cawan dan piring tu ke depan,” tegur Hajjah
Azimah bila melihat Dzalia masih lagi berdiri bersandarkan sinki
dapur.
Walaupun
berdebar hendak mengadap abang sulungnya di ruang makan, hendak tak
hendak terpaksa jugalah Dzalia mengikut langkah ibunya ke hadapan.
Tentu mengamuk Abang kalau dia tahu aku keluar tengok wayang dengan
Abang Iz dan bukannya pergi berjumpa customer, fikir Dzalia. Dah la
pula Kuch-Kuch-Hota-Hai dia kena kerja sampai malam pula tu. Habis
aku!!
Di
meja makan, Haji Dzulqarnain dan Dzariff sudah duduk menunggu sarapan
dihidang. Dzureen jarang turun bersarapan bersama, dia sering tidur
lewat malam kerana sedang menyiapkan tesis sarjananya. Hampir pukul
sepuluh pagi baru dia akan turun untuk bersarapan.
Fayqa meletakkan mangkuk bihun yang dibawa lalu menyendukkan bihun ke
dalam pinggan dan dihulurkan untuk semua orang. Dzalia kelihatan
resah bagai tidak senang duduk di kerusi.
“Appointment
dengan customer semalam di mana Yaya?” sesi soal siasat sudah
bermula. Haji Dzulqarnain suami isteri yang tidak tahu apa-apa tenang
menjamu selera.
Kali
ini Fayqa pun turut resah. Jika Dzariff menyebut yang dia terserempak
dengan Dzalia di panggung wayang, bimbang dia jika kisah dia pergi
menonton wayang dengan Dzariff turut diketahui Haji Dzulqarnain suami
isteri. Ya Allah, menyesalnya pergi menonton wayang dengan si sengal.
Sepatutnya mamat sebegini, buat sombong dengannya lagi bagus.
“Er...
dekat sini-sini juga, Abang,” jawab Dzalia, sengaja memberi jawapan
yang kabur.
“Betul
juga kata Abang tu, Yaya. Fayqa kan sedang belajar. Yaya sibuk
sangat, dia pula kena kerja lebih masa di butik kamu. Semalam sampai
pukul sebelas malam, Fayqa belum balik. Ummi tak larat tunggu, Ummi
masuk tidur dulu,” komen Hajjah Azimah kononnya mahu menyokong
pendapat Dzariff.
Tapi
sebaliknya terbuntang mata Dzalia mendengar Fayqa pulang sebegitu
lewat. Mereka sama-sama bersolat Maghrib semalam. Lepas solat
Maghrib, dia keluar untuk bertemu Khairul Izwan manakala Fayqa pula
sudah bersiap mahu pulang. Ke mana Fayqa pergi hingga pukul sebelas
malam belum pulang? Misteri nusantaralah, fikir Dzalia. Wajah Fayqa
direnung penuh kehairanan.
Fayqa
yang sedang menuangkan teh terasa berdebar. Tanpa dapat dikawal, dia
mengerling ke arah Dzariff. Walau pun hanya sedetik dua, kerlingannya
ditangkap oleh Dzalia. Diorang berdua ni... hmm......
mungkinkah......
“Sini-sini
itu di mana Yaya? Seeloknya tak perlulah berjumpa dengan customer
hingga lewat malam,” Dzariff menyambung sesi soal siasat. Selagi
tidak dapat korek cerita sebenar, dia tidak akan berhenti.
Fayqa
berasa bagai mahu menjuling ke langit! Sudah-sudahlah tu sengal oi!
Nak berleterkan adik keluar malam, yang kau pun angkut anak dara
orang hingga lewat malam apa kes? Tak faham sungguh, so control freak
seorang ini.
Hangat
hati Dzalia mendengar abangnya berkhutbah. Entah-entah dia dan Fayqa
berdating hingga lewat malam. Walau pun dia belum pasti, ada
kemungkinan juga Fayqa bertemu Farhan dan Daeng untuk berbincang
tentang assignments. Tapi nak serkap jarang jugalah!
“Fayqa
pula ke mana hingga lewat malam?” Abang yang mahu diserang balas,
tapi Fayqa yang menjadi mangsanya.
Wajah
Fayqa semakin pucat. Ya Allah, segannya jika Haji Dzulqarnain suami
isteri tahu yang dia dan anak sulung mereka keluar tengok wayang
semalam. Sudahlah kes dia peluk Dzariff hari tu pun belum hilang rasa
malunya. Dijelingnya wajah Dzariff di sebelah, selamba kering
mukanya.
“Semalam
Fayqa..... Adoi!!!” belum sempat Dzariff menjawab, air teh panas
sudah tercurah ke ribanya.
“Ooops....
eh, eh, maaf, maaf, tangan Fayqa macam nak terlepas tadi ......,”
jenuh Fayqa meminta maaf, bimbang juga jika si jeneral meletup.
Semasa menuang teh ke dalam cawan si sengal, sengaja dia “tercurah”
ke riba sang jejaka. Dia tiada pilihan, bimbang dia jika Dzariff
selamba memberitahu ibu bapanya yang mereka keluar tengok wayang
hingga lewat malam semalam.
“Tak
apa, Fayqa tak sengaja. Abang pergilah naik atas, tukar baju,”
nasihat Haji Dzulqarnain.
Sebelum
Dzariff naik ke atas, sempat dia merenung tajam ke arah Fayqa, bikin
gadis itu gabra hingga tidak tahu bagaimana hendak beriaksi.
“Dzariff,
janganlah nak marahkan Fayqa pula. Bukan dia sengaja,” tegur Hajjah
Azimah.
Dzalia
pula diam tidak berkutik. Sementara selamat ini, lebih baik duduk
diam sahaja. Namun tidak berkelip matanya memerhatikan tingkah laku
Fayqa. Baru sahaja dia bertanyakan ke mana Fayqa semalam, main
tumpah-tumpah air pula.... selama ini tidak pernah pun tumpah air!
Sesuatu betul!!
Dzariff
pula terkocoh-kocoh naik ke atas dengan hati yang membara. Dia pasti
Fayqa sengaja menumpahkan air teh tadi. Apa yang nak dibimbangkan,
tengok wayang pun takut hendak mengaku? Bukannya pergi masuk hotel!
Pakaiannya ditukar selaju yang mungkin lalu dia turun semula ke
bawah. Tiba di bawah, yang ada hanya ibu bapanya.
“Mana
Yaya dan Fayqa?” terpacul soalan.
“Dua-dua
nak cepat. Fayqa ada kelas pagi ni, Yaya kata ada customer nak datang
pagi,” polos jawapan Hajjah Azimah.
“Duduklah
Dzariff. Nanti Babah cakap dengan Yaya, jangan buat appointment
dengan customer sebelah malam. Kalau tak boleh elak juga, nanti Babah
pesan suruh dia bawa staf seorang,” janji Haji Dzulqarnain,
bersyukur sungguh dia punya anak sulung yang amat menjaga kebajikan
adik-beradik.
Dek
kerana Fayqa menumpahkan teh ke ribanya, Dzariff terlupa seketika
marahnya kepada si adik yang sudah pandai menipu. Keluar dengan
jantan, dengan muka yang kering mulut menyebut berjumpa customer.
Bihun goreng di dalam pinggan disuap, air teh yang sudah suam
dihirup.
Masuk
ke dalam kereta, nombor telefon Fayqa didail. Seperti yang
dijangkakan, tiada jawapan. Enjin kereta dihidupkan, kemudian
jari-jemarinya cekap menaipkan sms kepada si gadis.
“Why
is it that my reproductive part always become your point of attack?”
sengaja melemparkan tuduhan keras untuk membuatkan Fayqa rasa
bersalah.
“Sorry.
Mulut awak tak de insurans,” laju sahaja balasan diterima.
“Kita
tengok wayang, apa yang nak dimalukan.”
“Yaya
pun tengok wayang juga, kenapa sibuk nak berleter?”
“PICK
UP YOUR PHONE!” semua huruf besar! Sudah keluar perintah si
jeneral.
Telefon
Fayqa berbunyi lagi. Entah apalah aura Dzariff, kalau dia beri
arahan, tak reti Fayqa hendak melawan. Butang hijau ditekan.
“Dah
sampai?”
“Belum,
jalan jam.”
“Kalau
Babah dan Ummi saya tanya, saya akan cakap kita pergi tengok wayang.
Yaya, dua tiga kali saya tanya, dia tidak berterus terang. Itu
bezanya.” Tanpa bermukadimah, Dzariff terus berhujjah.
“Huh...
orang lelaki ni!”
“Apa
huh orang lelaki ni?”
“Apa-apalah!”
malas Fayqa mahu melayan. Di depan mata jam, di hujung telinga, mamat
sengal! Sama-sama menjengkelkan.
“Faye....,”
lembut Dzariff menyeru namanya, “apa yang awak nak cakap? Hmm?”
Walau
pun hanya di telefon, hampir lemah lutut Fayqa yang mahu menekan
clutch kereta.
“Faye...”
sekali lagi namanya diseru lembut.
Hai,
kena jawab ni … mahu diserunya berkali-kali, entah simpang mana
yang aku masuk nanti, fikir Fayqa.
“The
truth is not always everything,” Fayqa mula membuka bicara.
“Nope,
without the truth, there is no trust,” laju Dzariff memotong cakap
Fayqa.
Ha,
tadi suruh cakap, kita cakap, laju dia potong. Habis, tak payah
cakaplah, buat sakit hati saja. Terasa ringan jari Fayqa mahu menekan
butang merah.
“Faye....,”
seru Dzariff apabila Fayqa diam beberapa detik.
Faye,
Faye, Faye! Dia nak aku langgar pokok ke? Fokus Fayqa! Silap-silap
nanti bukan langgar pokok tapi cium bontot kereta depan tu.
“Awak
yang call saya, awak nak dengar ke tak?” suara sudah naik satu
oktaf.
Hai!
Dia yang senang-senang siram teh panas ke atas kita, dia pula yang
nak marah? Hairan juga Dzariff, marah kena siram dengan teh panas
tadi sudah hilang. Siap tersengih lagi macam kerang busuk bila
mendengar suara Fayqa yang sudah meninggi.
“Okey,
saya dengar. Awak nak kata apa?”
“Iye,
bercakap benar tu penting. Tapi kadang-kadang, tangguh sedikit lebih
selesa.”
Tangguh
lebih selesa? Cakap Bahasa Melayu, tapi aku tak faham. Serupa macam
dia cakap Bahasa Tamil saja. Kenapalah susah sangat nak memahami
orang perempuan ni, keluh hati Dzariff.
“Err...
you have lost me,” haa... kan senang? Tak faham cakap tak faham.
Sambil
menggerakkan keretanya seinci ke depan, Fayqa menerangkan, “Ye,
Yaya keluar tengok wayang dengan Abang Iz. Tapi perlukah awak nak
confront dia depan orang lain? Depan Achik Zee, depan saya? Boleh
jadi dia belum bersedia hendak berterus terang.”
“Keluar
dating sudah bersedia, nak bagi tahu mak dan abang belum bersedia?
Logik apa tu?”
“Saya
rasa awak belum tahu Inche Dzariff, tentang betapa misteriusnya hati
seorang wanita. Logik dan perasaan wanita ni kadang kalanya tidak
wujud serentak.”
“Okey,
kadang-kadang perasaan wanita tidak logik. So, let's get back to
Yaya.”
“Astaghafirullahilazim.....
kenapalah awk ni tak boleh jadi understanding macam Abang Iz?”
Rasanya
berasap telinga Dzariff mendengar dirinya dibandingkan dengan Khairul
Izwan dan....err.... kalah pula tu.
“Faye,
I am not stupid. Kalau awak cakap Bahasa Melayu yang jelas tentu saya
faham,” ketara benar suara si jeneral sudah muncul semula.
Fayqa
menarik nafas panjang, “Kak Yaya belum bersedia hendak begi tahu
awak dan Achik Zee yang dia keluar dengan Abang Iz....”
“Kenapa?”
laju Dzariff bertanya.
“Boleh
jadi segan...”
“Kenapa?”
“Mungkin
sebab belum jelas, antara dia dan Abang Iz. Kawan biasa atau kawan
istimewa. She needs to be sure first. Nanti dia dah pasti, barulah
dia beritahu.”
“Jadi
sementara dia belum pasti, dia akan menyorok-nyorok keluar? Eh, orang
perempuan ni tak tahukah, bahaya tahu keluar dengan lelaki tanpa
beritahu keluarga.”
Habis
tu, yang kau angkut aku sampai hampir tengah malam semalam, ada kau
beritahu keluarga aku? Ini hujjah membidas Fayqa, tapi dipendamkan
saja. Baik settlekan hal Yaya, sebelum masuk hal mereka yang Fayqa
sendiri pun tak pasti hujung pangkalnya.
“Kalau
awak hendak adik-adik awak berterus terang dengan awak, cubalah awak
approach mereka dengan lembut. Contohnya, tanya Yaya elok-elok. Ini
awak attack dia depan Achik Zee dan saya.”
“Attack?
Mana ada?”
“Awak
yang call saya kan, lepas tu saya cakap, tak mahu percaya pula!”
naik semula nada suara Fayqa.
“Okey,
okey....” Dzariff mengalah.
“Go
have lunch with her, cakap lembut-lembut. Tanya elok-elok. Itu yang
Abang Iz buat dengan saya.”
Bila
Fayqa sebuat lagi nama abang tirinya, telinga Dzariff berasap kali
kedua.
“Okay,
okay, I get it.”
“Awak!”
“Apa?”
“Er...
please.... jangan bagi tahu siapa-siapa ye, yang kita pergi tengok
wayang semalam,” laju tergesa-gesa Fayqa membuat permintaan.
“Kenapa?
Tangguh lebih selesa?” belum sempat tapis, meluncur keluar komen
dari bibir Dzariff.
Tuut,
tuut, tuut. Talian sudah diputuskan si gadis. Dzariff yang masih
duduk di dalam kereta yang tidak bergerak, berfikir-fikir......
tangguh lebih selesa? Perlahan-lahan terbit senyuman meleret di
bibir.
best.... ayat2 keramat => tangguh lebih selesa.... hihihi....
ReplyDeletelepas tu dia tukar fikiran pula, AA, tangguh terseksa , hew hew hew hew
DeleteTangguh lbh selesa....sabar sbhgian dr iman....gitu ke....adoi.....
ReplyDeletewait and see...esp bab 29 or 30..... jeng3
DeleteAmboi..kang sergah si dzalia tu kantoi kat diri sndri..
ReplyDeletetau tak perrr....kan?
Deletetut..tut..tut... ingat nak sambung gaduh lagi..huhuhu
ReplyDeleteok la tangguh lebih selesa..
kenapa tiap kali Jeneral sebut nama "Faye" hati saya yang bergetar?? #terlebih plak
bab hati bergetar tu....he he he sy pula rasa lucu
Deletehaha...aisehmen...yelah yelah 9 pages.tp sy suka bab ni.sgt sgt suka.naper si jeneral tu mcm tu.dia usung ank dara org blh org usung adik dara dia kecoh pulak...atau?dia mmg nk announce unofficially dekat mak ayah dia.senang cerita.untung2 mak ayah proposed kawen terus.ngee....imaginasi langgar sempadan.
ReplyDeleteZarra.. Tu tujuan Dzengal kot.. Tp delay dulu laa.. Tangguh hingga selesa.. Dzengal dah selesa tp Faye lum selesa lagi..
Deletetangguh hingga selesa...eheh translation atau mmg gitu bahasanya.herm...nak fikir term selesa tu.byk muslihat dialog ni.nina ni memanglah....
Deletesifu nahu.....tangguh lebih selesa...tak betul ke? kat blog hingga bab 28 je....bab 29 atau 30 ada bomb!!
Deletebest. bila lah nk terbit buku ni... xsabar sguh!
ReplyDeletesedang kayuh sedaya mungkin ni...
Delete"fill my heart with song...and let me sing forever more...you are all i long for, all i worship and adore...in other words, please be true...in other words, i love you..." lalalalala....pas ni sunyi ye, cik nina.....
ReplyDeletepas ni pn nina pula berpeluh ketiak menaip menaip dan terus menaip....
Deletesenyum meleret zhariff ni lah yg buat lemah kepala lutut nih....haiyaa....aigoo.....btw kamsamnida...muchas gracias....
ReplyDeletehah tu lerr senjata org yg serius ni, sekali dia senyum, abesssss!
Deletenina besarkan font boleh tak...
ReplyDeletemata kelabu
lor jd betullah font tecik.ingatkan mata sy yg bermasalah
Deletehaah, sengaja experimen dgn font kecik. internet plak slow kat rumah ni...so lambat nak tukar ni...
DeleteTagline baru kak Nina!
ReplyDeleteok...pms dulu, nawwal nawwal now. sf, tangguh lebih selesa. knk ap erk? belahan jiwa?
DeleteYes tangguh lebih selesa hehehehe
ReplyDeleteu'll see, tp kena tunggu printed version....
DeleteAisey...x puas baca la....anyway, plot of the story getting more interesting...dr jeling2...g jln2 sort out problems now dh start calling2...i loike !
ReplyDeletecalling2, roger2....nnt graf turun jgn marah ye....warning awal2 ni....bukan membakoooo
Deletegraf turun naik barula menarik...apapun x sabar nak tgu novel di publish. By the way, nak inform u baru jer dpt sorang lg peminat baru coz i promote 2 novel u kt my sister in law...siap bragan nak taruk nama anak as nawwal husna klu dia dpt baby girl
DeleteWahahha.. Sy suka!! Sy suka!! Sbb bace entry back to back.. Puas gler..
ReplyDeletetq! tq!
Deleteapolah si jeneral ni..cuba nk korek rahsia adik tak tau kata rahsia dia pon akan terbongkar..
ReplyDeletehmm...sebab dia tak plan nak rahsiakan pun yg dia kuar dgn faye. faye yg nak rahsia kan dulu...tangguh lebih selesa....
DeleteLove is in the air.
ReplyDeleteyup!
DeleteLove is in the air.
ReplyDeleteit certainly is
Deletetangguh lebih selesa
ReplyDeleteboleh jadi tagline baru ni
hehe
macam janji dicapati, readers dibahulukan?
DeleteTak abis2 dzariff ni.. caring sangat pun payah. boleh membuatkan org rimas.. hu2.
ReplyDeleteitu yg mama faye berkenan tu....uiks apa kna mengena plak dgn mama faye?
Deletehaha...the reproductive part tu funny k. A good chapter Nina. thanks
ReplyDeletehe he he nnt kang tak beranak pulop... :)
Deletealahai puan penulis....cair teman dgn ketegasan si sengal.....x kesah nak berterus terang bawak faye tgk wayang.....aduhhhh....angau dah si general nie.....si faye plak...apsal laaaaaaaaa x paham2 nie....huhuhu....sweet jer diorang dua nie kan....x sabor2 nie
ReplyDeletefaye ni dia ingat survival jer...org yg tak de masa nak pk ttg lurve!
DeleteAduhai..wlupun saya tau cik hanina mengerah tenaga nak buat citer ni..saya salute..tapiiii..kan..buat la panjang lebih luar dari biasa next entry ya..dah bergelombang rasa dek sijeneral dgn fayenya...siyaya tu pun..kelakar gak kan..hrp2..cinta bersemi la ek..
ReplyDeletedear... 9ms tu okey larrr, minimum 4 ms..... (bad news bab 28 tak tulis pun lagi)
Deletewalaupun kadang2 TANGGUH LEBIH SELESA tapi dh xsabar nk tau kesudahan cite ni...hai hati....bertabahla...
ReplyDeletesy pun kena bertabah sebab x de masa nak sambung....hu huh hu
Deletexapa la nina...take ur time...sy tetap sabar menunggu :)
DeleteBEST....
ReplyDeletetq!
Deleteokey, I suke la bila encik General panggil Fayqa, Faye! Faye!
ReplyDeleteJantungku berdebar-debar tau! Lutut pun rasa nak tercabut...meremang bulu romaku auwwww!!!
mcm zahrain dulu panggil nawwal nawwal nawwal
DeleteBest sgt2 Nina!
ReplyDeletetqvm
Delete'Tangguh lebih selesa' jgn lama2 sgt nina...kang tepu otak ni dok pikir apalak bakal jd next chapter n so on...
ReplyDeletedear, tak payah pikir, baca je :)
DeleteOk...nak baca jer...tp cik nina please..bg kuar novel cpt skit..k
Delete“Why is it that my reproductive part always become your point of attack?” sengaja melemparkan tuduhan keras untuk membuatkan Fayqa rasa bersalah.
ReplyDeleteKah3..part ni meletus gelak saya kat opis nina (dah la membaca kat p.c curik2)...ada2 je idea nakal awak... thanks anyway peeps
he he he saja nak menceriakan cerita :)
Delete"Why is it that my reproductive part always become your point of attack?”---- saya kurang faham apa yg Dzarif cube sampaikan... my english not so good... seseorg bleh explain??
ReplyDeletereproductive part tu bhg yg boleh produce anak...eg alat kelamin dia :) So dia komplen Pekah selalu dok attact tempat tuuut!
DeleteSepatutnya Jeneral soal faye balik...just give me a reason kenapa nak tangguh lebih selesa...anyway bab ni best and congrate nina
ReplyDeletepekah tak selesa sbb tu dia putuskan cepat2
DeleteDah lama sy x komen. Terasa rindu pulak!
ReplyDeleteHmmmm....sy suka bila jeneral panggil faqya "faye" meremang bulu ketiak sy cik nina syg.
'Tangguh lebih selesa', apa maksud faye tu. Cer cite..cer cite sikit
meremang apa?!~!!! he he
Deletenina jgn tangguh2..kami tak selesa..
ReplyDeleteminggu tensen2 bnyk kerja, pelan2 tulis ye, upkan sikit2
DeleteSalam blogger, Blognya cukup bagus, komentar juga ya di blog saya myfamilylifestyle.blogspot.com
ReplyDelete:)
DeleteAgen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
ReplyDeleteBergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).
Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :
- SBOBET BOLA
- SBOBET CASINO
- ION CASINO
- MAXBET
- TANGKAS 365
- 368bet
- SABUNG AYAM
- CBO855
Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )
PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
-Bonus Depo Bola 50%
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman
Costumer Service 24 Jam Online :
Pin BBM : 7B2EC260
Pin BBM khusus : mgmcash8
Whatsapp atau nomor sms :
+66615620266
YM : mgmcash88