fuh! so bz.
Amaran dari jabatan kaji cuaca, Seteguh fayqa di blog mungkin hingga bab 27 atau 28. Lepas tu bila nak siap, jawapannya belum tahu....
Bab 26 ni 13 m/s fulamak...spt biasa tulis kelam kabut.... ada apa2 yg nak ditambah baik, bilang sama saya ya. One two three four....(lame joke tgh2 mlm)
Bab 26
Bila
Dzalia kata mereka akan jalankan fasa kedua projek mereka, nampaknya
mereka tekun benar menjalankannya. Setiap hari Dzariff hanya mampu
melihat Fayqa diusung ke sana ke sini oleh 'abangnya.'
Pergi
shopping, ulasan selari Dzalia,"Abang, si Pekah ni baik
sangatlah. Abang Iz nak belikan dia baju, dia tak nak. Kalau Yaya
orang offer cam tu, abis....."
"Habis....,"
sahut Dzariff dalam hati.
Pergi
piknik, ulasan selari Dzalia, " Seronoknya Pekah kat PD tadi.
Rupanya baru kali kedua pergi PD. Dulu pergi dengan rombongan kolej.
Si Pekah tu yang tahunya kerja sahaja. Abang Iz kata minggu depan nak
bawa Pekah pergi Genting Highlands..."
"Eleh...Genting...mana
nak lawan dengan Cameron..." rengus hati Dzariff.
Pergi
tengok wayang, ulasan si Dzalia," Lerr Abang, Pekah tu setahun
sekali pun susah nak tengok wayang. Nak jimat duit katanya,
kesiankan? Abang Iz kata kalau Pekah nak tengok wayang, tetiap hari
pun dia boleh bawa..."
"Tengok
wayang, bergelap bagai....."
Nak
dihalang, siapa dia untuk menghalang Fayqa dari keluar dengan abang
tirinya. Apa alasan nak diberi? “Awak tak boleh keluar dengan abang
tiri awak sebab ….. saya tak suka?” Lame!!
Jadi
bila Mushrifah membuka hujjah yang mereka patut ke Kuala Terengganu
untuk memastikan penggambaran produk baru syarikat mereka, tanpa
banyak fikir Dzariff bersetuju sahaja. Dari saat tiba di sana, bukan
proses penggambaran yang difikirkan, tetapi tetaplah budak itu di
ingatan. Lagi pun dengan Mushrifah yang tersangat teliti bila
bekerja, sebenarnya dia tidak perlu nak tambah apa-apa lagi. Set
penggambaran yang cantik, kru yang efisien dan penulis artikel yang
profesional. Pastinya coverage produk rempah masakan syarikat mereka
akan nampak menarik di dalam majalah masakan keluaran bulan hadapan.
Kalau tak datang pun tak apa.
Malam
pertama di Kuala Terengganu, mereka berdua menjamu kru penggambaran
dan penulis artikel dengan hidangan barbeque di hotel terkemuka
tempat penginapan di bandar ibu negeri itu. Malam kedua pula, kru dan
penulis memilih untuk makan di bandar. Jenuh juga Mushrifah merengek
teringin hendak turut makan di bandar, Dzariff tetap dengan
keputusannya mahu makan malam di hotel sahaja. Tak ada mood nak
merayau ke mana-mana! Mushrifah pula bila Dzariff tidak pergi, dia
pun tidak jadi mahu keluar ke bandar.
Makanya
makan malam mereka berdua sahaja di restoran hotel yang mengadap laut
yang damai dan berlatarkan bandar Kuala Terengganu yang bermandikan
cahaya. Tapi gaya Dzariff makan sama seperti dia sedang makan di
rumahnya, langsung tidak menikmati persekitaran yang indah. Matanya
hanya fokus kepada nasi goreng makanan laut di dalam pinggan.
Mushrifah di hadapan menjuling ke langit! Bukan senang nak makan
dengan dia dengan setting yang begitu romantik begini. Si dia pulak
buat don't know!
Melihat
teman makan merangkap rakan niaganya diam sahaja, Mushrifah mula
membuka bicara, “Everything went well, huh? Actually it went beyond
my expectations. Hmm, tak sabar nak tengok hasilnya dalam majalah tu
bulan depan.”
“I
had no doubts, Mush. Kalau you yang handle, mesti hasilnya
excellent,” balasan Dzariff dengan nada suara yang mendatar.
Berseri-seri
muka Mushrifah mendengar pujian si rakan niaga yang sudah lama
mendapat tempat di hatinya. “Jif, untuk promosi kita lepas ni....”
“Mush,”
Dzariff mendongak kepala memandang gadis yang duduk di hadapannya, “
boleh tak kita cakap pasal business sebelah siang saja? You ni
workaholiclah, 24 jam fikir pasal business. Malam untuk berehat,
okey.”
“Okey,
kita nak cakap pasal apa?” ada nada mencabar di situ. Bukannya
Mushrifah tidak kenal Dzariff, sudah berpuluh tahun mengenalinya.
Selain dari business, tiada topik apa lagi yang diminatinya.
“Apa-apa
sajalah,” jawapan pendek seperti biasa.
“Okey....
how about...,” terdiam sebentar gadis yang petah berbicara yang
sentiasa menguasai perbincangan di bilik mesyuarat, “how about.....
your dream house?” Entah bagaimana, topik itu yang melintas di
kepalanya.
Timbul
senyuman kecil di bibir Dzariff, namun cukup untuk melihatkan lesung
pipit di kiri kanan. Terpukau Mushrifah dibuatnya! Lesung-lesung
pipit yang bisa menukar wajah Dzariff dari seorang businessman yang
sangat serius kepada …. kepada.... seorang jejaka yang tersangat
menawan. Hai....kalaulah hari-hari boleh mengadap wajah menawan ini,
desah hati Mushrifah. Kalau boleh hendak mengadap hingga ke tengah
malam, hingga ke subuh esok!!
“Kenapa
senyum?” soalan ditanya dengan hati yang berdebar-debar.
“Mush,
you are so intuitive. That's why you are such a great businesswoman,”
senyuman tadi sudah menjadi meleret-leret. Semakin jelas terserlah
lesung pipit sepasang di pipi.
Senyuman
disambut dengan senyuman. Kalau orang tidak tahu, mesti sudah
menyangka mereka pasangan yang sedang memadu kasih. Makan malam
sambil tersenyum-senyum memandang kau dan aku.
“So?
Apa ceritanya?” Korek cerita sudah jatuh wajib hukumnya!
“I
am looking at houses now,” Dzariff membuka cerita, tapi seperti
biasa mukadimahnya pendek sahaja.
“Wow!
Amazing! Wait, wait! You nak beli rumah? Mummy's boy yang asyik
berkepit dengan mak, nak beli rumah?” Bukan hendak mengusik, tetapi
susah hendak percaya yang Dzarii yang begitu rapat dengan keluarganya
hendak berpindah ke rumah sendiri.....
“I
love my mother and I love my family. See, I tak malu nak mengaku. Apa
hilang macho ke seorang lelaki kalau mengaku sayangkan mak dan
keluarga?” Wah! Jejaka serius ini ada mood nak berjenaka pula malam
ini, sekali lagi terpegun Mushrifah dibuatnya.
Tak...
tak hilang macho, jawab Mushrifah dalam hati, semakin bertambah macho
adalah. Sebab pastinya lelaki penyayang begini akan menjadi suami dan
bapa yang penyayang juga. Macam manalah aku tak jatuh hati dengan
kau, my dear business partner!!
“Tak,
I tak kata Mummy's boy sorang ni tak macho,” semakin berani
Mushrifah menyusun kata, “tapi.... you kalau berminat nak beli
rumah... ada dua kemungkinan sahaja.
“And
they are?” tanya Dzariff terus terang.
“Satu....,”
Mushrifah mengurut-ngurut dagu, “you are buying for investment...”
Dzariff
mengangguk-angguk kepala, telahan yang bijak...
“Dua...,”
sengaja berjeda, “ you beli rumah sebab nak kahwin!”
Meletus
ketawa Dzariff, siap terbahak-bahak. Mushrifah memandang wajah rakan
niaganya dengan penuh kehairanan. Susah hendak melihat Dzariff ketawa
besar, sebegini. Kenapa sehari dua ni perangai Dzariff berbeza
sungguh?
“Hei!
Betulkah you nak kahwin?” berani sekali Mushrifah bertanya.
“Tentulah!”
pendek lagi jawapannya.
Dagu
Mushrifah sudah jatuh ke lantai!
“Siapa
yang tak mahu kawin?” giliran Dzariff untuk mencabar, “you saja
yang tak mahu kahwin, kerja siang malam pagi petang. Orang lain semua
nak kawin.”
“Jif!
Siapa kata I tak nak kahwin? Saya perempuan normal, okey? But back to
you …. dah ada calonkah?” soalan ditanya tampak tenang, hati di
dalam Tuhan sahaja yang tahu.
“Jodoh
kita kan ditentukan Tuhan …..,” itu sahaja yang mampu dijawab
Dzariff, dia sendiri belum tahu isi hatinya yang sebenar. Yang dia
tahu, otaknya asyik teringatkan budak itu.
“Oh
so mysterious..... sounds like there's already somebody in your
heart,” tebak Mushrifah, dalam hati berkata alangkah bertuah jika
akulah orangnya.
Sang
jejaka hanya mampu tersengih, teringatkan gadis yang menumpang di
rumah keluarganya. Diakah orangnya? Seriously?
Mata
hinggap ke wajah gadis yang duduk di hadapannya, tapi hati pula
hinggap di gadis yang nun di pantai barat sana. Tersengih pula tu,
membuatkan Mushrifah ralit memandang lesung pipit sepasang di pipi.
Merudum-rudum gadis itu jatuh hati.
“.........
Kota Damansara, okey tak?”
Huh?
Berkelip-kelip mata Mushrifah, apa benda yang Dzariff tanya?
“Huh?”
Oh-so-not-elegant!
“I'm
asking you.... Kota Damansara okey tak?”
Melihat
Mushrifah yang masih lagi kebingungan, soalannya diperjelaskan, “I
plan nak beli rumah di kawasan Kota Damansara, okey tak?
Eh,
kenapa tanya aku, sempat juga terlintas di kepala. Mulut pula nakal,
teringin hendak bertanya, “Is it important whether I think it's
okay or not?”
“You
kan pandai bab-bab business, hartanah, etc. So, I nak minta pendapat
you,” sambung Dzariff.
Sebab
tu saja? Terbit sedikit kecewa di hati Mushrifah. Kalau dia jawab,
“Of course it's important dear, you pun nak duduk di situ juga
kan?” mahu aku buat lompat bintang!!
Dek
kerana Mushrifah tidak menjawab, Dzariff menyambung, “I nak sama
area dengan rumah keluarga I. Senang, kalau Ummi Babah pening ke,
demam ke, senang nak pergi jenguk. Kalau baby sitter sakit ke, boleh
minta Ummi tengokkan anak.....”
Anak?
Oh my!! Melayang-layang Mushrifah berangan ….. Beginilah agaknya
rasa jika berbincang tentang masa depan dengan si dia …... Dan
angan-angan itu berterusan sehingga Mushrifah dibuai lena malam.
Si
dia yang diangankan pula tak mampu nak memejamkan mata. Nak kata
panas, bilik hotel berhawa dingin. Nak kata tidak katil tidak selesa,
tilamnya tebal berinci-inci. Akhirnya telefon pintar dikeluarkan dan
dibelek-belek. Nombor telefon Fayqa direnung entah berapa lama. Ummi
yang berikan hari tu, entah sebab suruh pesankan apa kepada Fayqa.
Nak
mesej? Nak call? Nak mesej, nak call, ada hal apa? Hal apa, Dzariff?
Hal hati kaulah! Biar betul aku ni? That girl?
Sedang
otak masih lagi berdebat-debat, jari-jemari cepat sahaja menaip dan
menekan butang send.
“Buat
apa?”
Tidak
sampai seminit, telefon berlagu. Amboi cepatnya dia jawab!
“Beratur.”
Ceh!
Bagus punya jawapan, beratur ke mana? Budak ni memang nak kena!
“Beratur
ke mana?”
“Ironman.”
Ceh!
Tengok wayang lagi! Rasanya dia tahu dengan siapa, tapi gatal juga
jemari nak bertanya....
“Dengan
siapa?”
“Abang
Iz Kak Yaya.”
“Lewatnya..
bahaya.”
“Abang
Iz ada.”
Ceh!
Abang Iz, Abang Iz, Abang Iz, Abang Iz! Hati marah tapi jari-jemari
berjalan juga...
“Sampai
rumah nanti sms saya.”
Manalah
ingat nak sms bila sampai rumah sudah hampir tengah malam! Sampai ke
bilik tidur bantal memang sudah melambai-lambai panggil. Jawapnya
kababoom!
Malam
esoknya, bukan main terkejut Fayqa melihat si jeneral sengal
bersandar di Kancil buruknya di luar butik Dzalia. Mukanya seperti
biasa serius tidak beriak. Apa pula yang aku dah buat? Fikir Fayqa.
Oh! Sebab tak sms semalam?
Kaki
melangkah menghampiri Kancil. Dah tu nak balik naik apa lagi? Sampai
di depan Kancil, si sengal masih belum bergerak. Kaku bersandar di
pintu pemandu, tangan berpeluk tubuh, mata tajam memandang si gadis.
Nak
kata apa? Ke tepilah? Atau.... bila balik dari Terengganu? Atau...
bawa balik keropok lekor tak? Tersengih kecil Fayqa dengan lawak
bodohnya sendiri.
“Kenapa
lewat sangat bekerja?”
“Banyak
customer nak kena settle.”
“Yaya
mana?”
“Dia
ada appointment dengan customer.”
“Dah
makan?”
“Tak
lapar.” Jawapan jual mahal.
“Dah
solat?”
“Dah.”
Wei....banyaknya soalan dia!!
“Jom,”
butang remote kunci keretanya ditekan, selang dua biji dari Kancil
Fayqa.
“Ke
mana?”
“Teman
saya makan.”
Mulut
baru saja nak kata tak nak. Tapi bila si sengal sebut 'temankan dia
makan,' macam tak mampu pula nak kata tidak. Hari tu seharian si
sengal bawa dia ke Cameron Highlands untuk 'sort out her thoughts,'
hari ini si sengal nak suruh temankan makan pun takkan nak menyombong
pula.
“Kancil?”
“Tinggal
sajalah kat sini...”
Wah,
mentang-mentang kereta aku buruk, kereta pinjam...
“Takkan
hilang ... hari tu tinggalkan kat Taman Metropolitan okey saja.”
Sempat
Fayqa tarik muka masam, yelah tu kalau hilang pun berapa sen saja
harga keretanya. Dzariff sudah tiba di keretanya. Pintu kereta dibuka
untuk Fayqa. Wah! Gentleman juga mamat ni, sempat buat ulasan selari
dalam hati.
Dalam
kereta tidak ada sembang apa-apa. Janggal rasanya. Mereka hanya
pernah sekali berbual panjang lebar, di Cameron Highlands hari tu.
Tapi rasa sombong pula jika tak buka mulut, sudahlah menumpang di
rumah keluarganya.
“Bila
balik dari Terengganu?”
Oh,
tau juga dia aku ke Terengganu, fikir Dzariff, rasa suka menerpa ke
dada.
“Petang
tadi.”
Cukuplah
tu, fikir Fayqa. Sembang banyak-banyak, apa nak jadi BFF ke?
Kereta
menghala masuk ke dalam parkir The Curve. Kecur air liur Fayqa,
mengingatkan restoran ternama yang berbaris-baris di situ. Ha...
tadikan bagi jawapan jual mahal. Kalau macam ni, kalau dia makan,
aku makan jugalah, fikir Fayqa. Eeee tak malu.... Tapi bukannya
mereka ke restoran tapi ke …... panggung wayang!
“Awak....
nak tengok wayang?” nada suara kurang berkenan.
“Takkan
pergi panggung wayang nak beli baju?” Amboi sinis pula jawapan si
sengal ini.
“Semalam
saya baru tengok wayang,” Fayqa cuba memberikan alasan.
“Saya
tahu,” aik! Lain macam saja bunyinya?
Tiba
di kaunter tiket, Fayqa mencuba lagi, “Tadi kata nak makan?”
“Lepas
tengok wayang, makanlah.”
Tengok
wayang …. makan ….. ish macam berdatinglah pula!
“Pilih
cerita,” adoi! Ajak tengok wayang pun masih lagi dengan nada
perintah-perintah!
“Apa-apa
pun asalkan jangan Ironman.”
Dzariff
membelikan tiket wayang The Great Gatsby. Fayqa yang melihat
berfikir, apa-apa sajalah! Pelik sungguh si sengal ni sorang, balik
out station, angin tidak, ribut tidak, tiba-tiba ajak pergi tengok
wayang. Tipu pula tu, kata konon nak pergi makan.
Beralih
ke kaunter makanan, Dzariff belikan pop corn bekas besar, dua gelas
minuman dan dua ketul hot dog. Lepas ni nak makan lagi? Tapi malas
Fayqa nak komen. Masuk ke dalam panggung wayang, telefon Dzariff
berbunyi. Segera di keluarkan dan skrin ditelek.
“Malam
pun nak bincang hal business lagi,” dengus Dzariff, telefonnya
dimatikan tanpa menjawab panggilan.
Melihat
Dzariff mematikan telefon, Fayqa turut mengeluarkan telefonnya untuk
dimatikan. Sedang menekan butang itu dan ini, terasa badannya
diselimutkan. Kepala didongak, tubuhnya sudah dibaluti jaket Dzariff.
Dengan penghawa dingin di dalam panggung, terasa bagai di Cameron
Highlands sekali lagi.
“Nanti
sejuk,” komen si jeneral.
Lampu
dimatikan dan iklan-iklan dimainkan. Fayqa menghulurkan tangannya
kiri dan kanan ke dalam lengan jaket. Memang dia tidak tahan sejuk.
Tiba-tiba telinganya menangkap suara-suara yang sangat dia kenal.
“Gelaplah,
itulah you, makan lambat sangat,” kompelin wanita sambil menuruni
tangga-tangga wayang.
“Pegang
bahu I,” jawab teman lelakinya.
Eh!
Itu suara..... Fayqa memalingkan kepalanya. Hah! Kan dah kata! Abang
Iz dan Kak Yaya!
Laju
Fayqa memalingkan semula kepalanya. Kolar kemeja-T Dzariff ditarik
kuat dengan kedua-dua belah tangan.
“What?!!”
belum sempat Dzariff membuka mulut, jari-jari Fayqa sudah menutupnya.
Tangan kanan Fayqa masih di kolar bajunya. Wajah Fayqa hanya satu
inci dari wajahnya. Tidak jadi Dzariff mahu bertanya. Terkejut kolar
bajunya ditarik, tapi lebih terkejut lagi dengan keadaannya yang
sangat rapat dengan Fayqa. Bagai pasangan mahu .... Tidak berkelip
mata Dzariff memandang wajah Fayqa. Apa kena budak ni?
Selepas
seminit dua, dengan mereka berdua masih berada di dalam posisi yang
sama, Fayqa meninjau-ninjau sepasang kekasih yang duduk empat baris
di hadapan mereka. Kolar baju Dzariff, dilepas kan. Jari telunjuk
dibibir, kemudian ditunding ke arah pasangan itu.
Bibirnya
dirapatkan ke cuping telinga Dzariff, “Kak Yaya dan Abang Iz.”
Jari
telunjuk Dzariff dibengkokkan dua kali di hadapan muka Fayqa, tanda
meminta Fayqa mendekatkan telinganya. Bibir Dzariff pula merapati
cuping telinga Fayqa, perlahan-lahan dia berbisik, “So what?”
Berkerut
dahi Fayqa! So what?!! Mamat ni!
Jarinya
pula dibengkok-bengkokkan di hadapan wajah Dzariff, di cuping teling
Dzariff dibisikkan, “Nanti derang nampak kita!”
Giliran
bibir Dzariff sekali lagi di cuping telinga Fayqa, “So?”
Ternganga
mulut Fayqa! Comel gila! Bibir Dzariff terenyum lebar. Mata Fayqa
mencerun, oh! he is enjoying this!
“Jom
keluar!” bisik Fayqa.
“Why?”
bisik Dzariff.
“WHY?!!”
dek kerana marah, terlupa pula nak berbisik.
“Shhhhh!!!”
marah orang di sekeliling mereka.
Alamak!
Malunya! Cepat-cepat Fayqa merendahkan tubuhnya dan memandang ke arah
Khairul Izwan dan Dzalia, bimbang kalau mereka berpaling ke belakang.
Semakin lebar senyuman Dzariff. Dah keluar lesung pipit sepasang!
Tapi kali ini sedikit pun tidak cair hati Fayqa, lagi marah adalah.
Orang panik, dia lagi suka!
“Awak,
jom balik!” berbisik lagi.
“Lepas
habis cerita nilah,” selamba bisikan balas Dzariff.
Malas
melayan pe'el si sengal, Fayqa mahu mengangkat kaki sahaja. Tiba-tiba
melingkar tangan kekar Dzariff dibahunya.
“Awak!
Lepaslah,” protes Fayqa, suka-suki nak peluk orang.
“Jangan
keluar,” keluar perintah.
“Saya
nak ke bilik air,” helah Fayqa.
“Jom,
saya temankan,” kilas Dzariff.
“Bukan
jauh sebatu yang awak nak temankan.”
“Faye,
kita tengok wayang ini sampai habis,” keputusan muktamad.
Terkumat-kamit
mulut Fayqa membebel secara senyap. Dzariff di sebelah tersenyum
lagi. Lebih seronok menonton si gadis di sebelah dari menonton wayang
di layar.
“Hello,
mister,” bisik Fayqa, jari dituding ke arah tangan kanan Dzariff
yang masih hinggap di bahu kanannya.
Senyuman
masih melekat di bibir, tangan kanannya dialihkan. Hot dog di dalam
bungkusan dihulurkan kepada Fayqa. Gadis itu menggeleng-gelengkan
kepala.
“Nak
saya suap?” walaupun berbisik, gertak tetap gertak.
Dengan
muka yang masam, hot dog diambil.
“Ngadap
rezeki, jangan masam muka,” tegur Dzariff.
Sekali
lagi berkerut muka Fayqa, segala benda semua dia nak control! Sengal
betul mamat ini!
Dzariff
di sebelah tersenyum lagi. Serius, usik budak ini lagi seronok dari
tengok wayang. Setiap langkah Fayqa diperhatikan. Bungkusan hot dog
dibuka, lalu disuapkan ke mulut. Kemudian dia tersedar yang dia
sedang diperhatikan. Dengan mulut yang sedang mengunyah, dia
menggerakkn kepalanya ke arah layar wayang, sebagai isyarat menyuruh
Dzariff menonton wayang, bukan dirinya. Tersenyum lagi sang jejaka.
Sekali lagi Fayqa menggerakkan kepalanya ke arah layar wayang. Comel
sungguh, fikir Dzariff sambil memandang bibir Fayqah yang bersememeh
dengan sos. Jarinya ditudingkan ke arah sudut bibir sendiri, sebagai
isyarat bibir gadis itu comot. Buntang mata Fayqa, automatik
dijelirkan lidahnya menjilat sudut bibir. Ralit Dzariff memandang,
liur ditelan. Bila tersedar, laju matanya beralih ke arah layar
wayang.
“Bahaya...,”
bisiknya kepada diri sendiri.
Usai
tayangan wayang, lampu panggung dinyalakan semula. Fayqa tidak
peduli, beria-ia dia menyuruh Dzariff merendahkan tubuhnya untuk
mengelak dari dilihat oleh Khairul Izwan dan Dzalia. Memang tak
macho, menyorok-nyorok macam budak buat salah. Tapi garangnya Fayqa,
berkali-kali bahunya ditumbuk bila Dzariff degil masih tegak duduk di
kerusi. Hmm, kali pertama kena tumbuk dengan perempuan! Tersengih
lagi Dzariff.
Lama
selepas Khairil Izwan dan Dzalia keluar dari panggung wayang melalui
pintu di sebelah layar, barulah Fayqa dan Dzariff bangun dan
melangkah ke pintu keluar. Tiba di luar, panjang tengkok Fayqa
mencari kelibat Khairul Izwan dan Dzalia. Ternampak sahaja mereka di
hadapan, jarinya memberikan isyarat kepada Dzariff. Lagak Fayqa
sebiji macam Pink Panther yang menjejaki penjenayah. Mamat di sebelah
selamba berjalan bagai tiada apa-apa. Fayqa menjadi stalker
sehinggalah Khairul Izwan dan Dzalia masuk ke dalam BMW hitam
milik abang tirinya.
Apabila
kereta itu memecut pergi meninggalkan parkir bawah tanah kompleks
membeli-belah itu, dengan dahi yang berkerut, Fayqa membuat rumusan,
“There's something going on between those two.”
“Is
there something going on between us?” itu pula yang difikirkan
Dzariff, mata melekap ke wajah Pink Panther-wannabe di sebelahnya.
I Love this ! Thanks PuanWriter :)
ReplyDeletehahahaha.... kantoiii... sweet laaa korg nieee.... hahahahahahha
ReplyDeleteHihi..melting melting...ahaha...
ReplyDelete♥♥♥♥♥♥♥♥♥ it.. as usual..kalumhanina punya garapan sure xbole miss....
ReplyDeleteCett dzalia amik kesempatan ngorat utk masa depan. Ptt beria nau tlg si pekah :D
ReplyDeleteComel..... en sengal memang dah jatuh cinta dgn apek....I like
ReplyDeleterasa nak g tgk wyg lak.. haha
ReplyDeletesukaaaa!!!!!!
ReplyDeletealahai comelnya simamat jeneral sengal ni..akak fall in lovelah ngan dia ni...first time in his life..akak rasa dia berlagak seperti budak belasan tahun mengurat dan berdating..ai like cara faqya ingin sembunyikan diri dari dikesan oleh abang tirnya iz dan yaya..comel..
ReplyDeleteTak sangka pulak sisengal tu ..punyalah daring bawa anak dara org pergi tgk wayang berdua sahaja ..pasal cemburu punya hal..sedangkan fayqa keluar bertiga..just wondering..what will happens next..adakah selepas ini mamat sengal tu akan lebih open dengan perhubungannya dengan sifayqa..just can't wait for the novel ini ke versi cetak...penasaran weyh...
Bagaimana pula ek..hubungan antara mak dan anak ini ya dan adakah si fayqa telah dapat menerima kehadiran bapa tirinya..dan adakah hubungan abang tirinya begitu rapat kini dan dia telah dapat menerima kehadiran mereka dalam hidupnya...dan apa jadi pula dengan mamat yg kat oversea tu..hidup lagi ke mamat manja tu..rasa macam rindu pulak nak tahu hal dia pulak..adakah his doing well there..
Was that really 13 pages? Mcm kejap jer baca. Best sgt n3 ni. Suka baca bila Dzariff jd cam teenager bila bercinta. Bila dia nak realise yg dia dh fall in love ngan Faye?
ReplyDeleteLesung pipit lesung pipit...nk beli lesung pipit....jatuh chenta kt lesung pipit ;D merapu awal pg...2.51 pagi y'all....
ReplyDeleteAlamak pg ni srapan hot dog dalam panggug.ak angka ada cite pink panther wannabe... i like ♡♥♡♥♡♡♥
ReplyDeleteMasing2 dating sorok2.hahaha...
ReplyDeletehomaii!!! out if this worla la si Dzariff ni... nk thk wayang rupanya :)... dia punya cemburu tu comey sesangat
ReplyDeleteAaarghhh...nk lagi...hahaha...x sbar nk tgk yg versi cetak punya...pg2 dh angau kena dek si sengal...keke...
ReplyDeleteluv it luv it luv it ...
ReplyDeletelove these n3 so much.....kak! please dont torture us...Haha
ReplyDeletebut i love these sweet torment haha
tak cukup... tak cukup... tak cukup... tiiipuuu. ni bukan 13 pages, macam 3 pages je. err, kepok lekor tak de ke? yang ada si faye mengekor ke panggung wayang... eheh..terbaik!!!
ReplyDeletesuker suker suker...
ReplyDeletebest meletup2..... & awwww..... so lomantik, fantastik & bombastik..... mr loba2...oops mr sengal2.... hahaha....
ReplyDeleteSukanyaaa...bab ni.Dari awal sampai ke akhir,akak tersenyum-senyum je membacanya dah macam org tak betul ditengok rakan setugas. Memang tak patut pun baca kat tempat kerja, tapi tak daya nak menahan godaan si sengal mengurat Faye ni. Nina...jangan la berhenti kat blog dengan bab ni, sambunglah lagi ye.tak sabar nak tahu apa jadi seterusnya.
ReplyDeleteya..something going on between us..
ReplyDeletejeles punya pasal, sggp ajak faye p tgk wayang..
Homai homai... really sweet
ReplyDeleteTa tahan..tak tahan aduh syoknyaaa....hahaha..hanina..best la tgk sijeneral ngan fayqa dating camni..next nnt buat diorang dating lg ek...mush tu halau dia jauh2..
ReplyDeleteSalam Nina....this part is sweet giler. Tak sangka dalam sengal-sengal Dzariff tu, nak jugak dia ajak Fayqa tengok wayang ye? Ingatkan muka serius 24 jam. Bunga-bunga cinta dah berputik ya? And I like the idea of Yaya dengan Abang Iz.....at least Dzariff tahu yang Abang Iz bukanlah lawannya. And Fayqa, soooo lurus cam ruler. Takkan tak boleh agak jeneral sengal nak berbaik-baik tu?
ReplyDeletehahaha...setuju setuju!!!
DeleteBunga sedang mekar dlm taman jeneral... Suka....
ReplyDeletehohohohoho.....g dating yer general sengal.....hehehe.....makin x sabar nak baca dalam versi bercetak nie....
ReplyDeletehuhu..jeneral dah fikir nk beli rumah, pasal kahwin, anak2 & babysitter...sonok!
ReplyDeletenak lagi.. Jeneral dengan pink Pink Panther-wannabe.. saya suka..
ReplyDeleteI'm new here...but seronok bc SF..n x sbr nunggu next chapt....keep work hard nani...
ReplyDeleteBestnye....bestnye....bestnye....dh cam burung pungguk plak...rindukn SF seterusnyeeeeeee.....
ReplyDeleteBEST!!! BEST!!!BEST!!!
ReplyDeleteerr kakk kate nk cte mcm mne name JIF tu mncul???
Deletebest....
ReplyDeleteKak Nina, why.... why so cute? (>.<')
ReplyDeletewas in d office when i first read this post. Terpaksa menyorok tepi loker supaya staf2 tak nampak pegawai derang nih senyum sorang-sorang dan buat muka bahagia (^6^) (u know, those gestures bila kita 'cair'; kepala terlentok, bahu lembik, tapak tangan di pipi and say 'haaaaaa~~')
balik rumah, baru dapat baca dengan penuh perasaan. Nih yang gigih komen jugak nih!
hati sedang berbunga riang ni...pls smbg a.s.a.p
ReplyDeleteahahahhaha....menarik gile bab neh...ade yg nak jd Pink Penther 2...sah la general sengal makin angau la kat PP wanna be muahahha
ReplyDeleteuihhhh abang tiri faye neh ade something2 ngan dzalia nehhh....
yaaa ampun cik nina ooiiii, seewiittt...mcm theory of sweetness jerrr...baca dan rasa...wa ka ka...:))))))))
ReplyDeletetmn bunga cik mushzz is flowering...oohh blimey!...dzeneral dah angau tahap
infinity...rmh...ank...aduhai!..kak yaya ada appointment ngan "customer" eehhhh??!!...projek 2 tuk sapa sebnrnya kak yaya oiii? hahaha...si faye aje yg msh polos-lurus-bendul...alahai cik nina, dah nak msk haru-biru tahap 1 ke?...dzahim, where art thou? summer break is just aroun the corner...
cik nina..."fly me to the moon, let me play up there with those stars, let me see what spring is like, on jupiter and mars...in other words, hold my hand, in other words, baby, kiss me"...(i m sure you knw d rest...SF makes me feel all these!!!)...
happy holidays everyone!!!
seres,comel je feqah..hahahaha
ReplyDeleteMenarik & kelakar! Good job Nina!
ReplyDeleteMisunderstood b4 this, ingatkan Mushrifah special girlfriend Dzarif. What a relief!
ReplyDelete“Is there something going on between us?”... tnya boleh..... of course there is smthing going on between them..... hahahhaha... serious comel la diorg dlm panggung tu :D
ReplyDelete-Syira Azmi-
Menarik :D
ReplyDeleteAkak, jemput baca karya aimi ;)
http://aimisyafiqahsuhaimi.blogspot.com/2013/05/pelangi-cinta-part-3.html
sukanya part ni..bc b.ulang kali pun xjemu ..
ReplyDeleteAgen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
ReplyDeleteBergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).
Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :
- SBOBET BOLA
- SBOBET CASINO
- ION CASINO
- MAXBET
- TANGKAS 365
- 368bet
- SABUNG AYAM
- CBO855
Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )
PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
-Bonus Depo Bola 50%
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman
Costumer Service 24 Jam Online :
Pin BBM : 7B2EC260
Pin BBM khusus : mgmcash8
Whatsapp atau nomor sms :
+66615620266
YM : mgmcash88