Friday, 2 November 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 18


Salam Dears, Bab ni pendek, 4 m/s shj. Adakah bibit-bibit bunga mula memekar........tungguuuuuuu

Rasanya malam ni nak berjaga jadi burung hantu, nak taip Bab 19. Kalau siap, cepat2 saya nak naikkan. Hmm rasanya, Isnin sempat lah dinaikkan.


Bab 18

Apa yang  Zaim Khaalish hendak buktikan? Ini jadi soalan pokok dalam kepala Naz. Selang seminggu lelaki itu dengan taat datang mengunjunginya. Mulut Naz tidak bertanya tetapi kepalanya mencongak-congak juga belanja yang dikeluarkan oleh lelaki itu setiap kali dia ke Luang Prabang. Tiket kapal terbang pergi balik Kuala Lumput-Bangkok-LuangPrabang dan hotel untuk dua malam. Agaknya ciput sahaja jumlah belanjanya bagi lelaki yang berbapakan seorang jutawan dan beribukan juga seorang jutawan. Tapi bagi seorang businessman, time is money. Dan Naz mencongak pula sekian-sekian jam yang dihabiskan di atas kapal terbang pergi dan balik dan sekian-sekian jam lelaki itu terconggok mengadap dia menulis di tebing Sg. Mekong.

Balik kepada soalan pokok tadilah: Apa yang Zaim Khaalish hendak buktikan? Yang dia calon suami yang bagus, prihatin, rela berkorban wang dan masa? Soalan pokok ini hanya tinggal dalam kepala Naz. Takkan hendak ditanya? Lantaklah dia kalau dia mahu datang ke Luang Prabang dua kali sebulan. Anggap sahajalah yang dia datang ke Luang Prabang untuk menenangkan fikiran, menyumbang kepada ekonomi negara Laos atau menyahut seruan kerajaan Laos untuk melancong. Bottom line, dia datang tidak ada kena mengena dengan Naz! Sebab Naz tidak mahu hanya kerana lelaki itu taat setia datang selang satu minggu, maka dia perlu menerima lelaki itu di dalam hidupnya.

Dia bukan Reham, yang asyik bercakap tentang penyesalan; hidup jangan menyesal, itu slogan hidup Reham. Maka dengan selamba dia menasihatkan Naz, “Terima saja Khaalish yang kacak, kaya dan caring itu.” Minah jiwang itu percaya hidup hanya untuk cinta, everything else will take care of itself, konon!

“Embrace life, embrace love,” katanya semasa mereka berdua berbual melalui Skype.

“Bagus punya falsafah. Falsafah inilah yang menyebabkan graf kelahiran anak-anak luar nikah naik mencanak-canak tahu,” bidas Naz.

“Lah! Bukannya saya suruh awak buat maksiat dengan Khaalish tu. Terima dia dan halalkan perhubungan. Awak sahaja yang suka merumitkan perkara yang mudah,” leter Reham.

“Reham, sedari mula perhubungan kami tidak mudah….”

Kak Azi pula, nasihatnya berbunyi begini: “Kalau nampak anak Tan Sri tu, anggap saja kau nampak ular, Naz. Lari jauh-jauh! He is nothing but trouble!”

Ketawa mengekek Naz mendengarnya.

“Nazrahani….I am not joking!” marah Kak Azi.

Pening dengan nasihat kedua insan yang paling rapat dalam hidupnya, satu ekstrem ke sana, satu lagi ekstrem ke sini. Maka Naz mengambil keputusan untuk mengambil jalan tengah, bersederhanalah sahaja dengan lelaki itu. Walaupun renungan dalamnya memang mengocak jiwa, Naz beriak selamba sahaja.

Khaalish datang, Naz menulis, dia menemankan. Khaalish datang, ada sahaja makanan-makanan enak yang dibawa, Naz dan bos-bosnya makan dengan nikmat. Malamnya kadang-kadang makan malam di rumah sewa, kadang-kadang makan di luar. Tetapi sentiasa berempat kerana Naz tidak selesa merayap malam-malam berdua dengan lelaki bukan muhrim.

Jemu menulis dan melepak di tebing Sg Mekong, mereka bersiar-siar di keliling Luang Prabang, melawat istana tinggalan keluarga diraja Laos di Jalan Sisavangvong, melawat beberapa wat di situ, memanjat ratusan tangga menaiki Gunung Phousi dan ada sekali mereka menyewa basikal dan berbasikal sekeliling bandar.

Suatu pagi Ahad selepas mengikut Ahjan Wayuppa dan Dr Surachek bersedekah kepada sami-sami di Jalan Sisavangvong kemudian diikuti dengan sarapan di kafe berdekatan, Naz dan Khaalish berjalan balik ke rumah sewa. Melintasi pasar pagi Luang Prabang yang sibuk, terbit idea di kepala Naz untuk mengusik Khaalish.

“Jom pergi pasar, saya nak cari sayur,” ajak Naz dengan senyuman yang suci.

Tanpa banyak kata Khaalish hanya mengikut, walaupun seumur hidupnya tidak pernah menjejakkan kaki ke pasar basah. Kalau pasar macam Cold Storage tu pernahlah, beli jajan.

Baru melintasi beberapa gerai, Naz menggamit Khaalish, mengajaknya menjenguk ke dalam sebuah bekas plastik.

“Apa tu….,” tidak habis pun soalan yang ditanya, terkejut Khaalsih melihat katak-katak yang besar dan gemuk! Seekor sebesar pinggan nasi!

“Ini buat gulai lemak sedap ni, banyak isi,” komen Naz sambil menggumam senyum.

Anak jutawan itu tidak menjawab, hanya menelan air liur pahit. Selang beberapa gerai, anak Tan Sri itu digamit lagi. Masih belum sedar yang dia sedang dimainkan, Khaalish melangkah menghampiri Naz. Di atas meja jualan terdapat katak-katak kecil, sebesar ibu jari, diikat di kaki dengan batang rumput, enam ekor satu ikat.

“Yang ini, goreng celup tepung sedap tau. Rangup bila dikunyah,” komen si kaki mengusik.

“Naz, mana sayur yang awak hendak beli tu?” tanya Khaalsih dengan riak muka yang rimas.

Terburai ketawa Naz, dapat mengusik si jejaka macho. Si macho pula apa nak dikata lagi, kalau tunjuk geli, jatuhlah air mukanya di depan gadis idaman.

“Kenapalah awek nakal macam ini yang aku suka?” soalnya kepada diri sendiri.

Melihat Khaalish yang semakin tidak selesa, cepat-cepat Naz membeli beberapa ikat sayur-sayuran. Jadilah usik sikit-sikit!

Melintasi gerai menjual ikan, Khaalish berhenti melangkah dan bertanya, “Tak nak beli ikan?”

Naz yang berdiri di sebelahnya memandang ke arah ikan-ikan hidup di dalam tong-tong plastik lutsinar dan menjawab, “Saya segan nak masak ikan di rumah. Walau pun Ahjan dan Dr Surachek tidak kisah kalau saya masak ikan atau ayam, saya rasa segan. Bimbang kalau bau masakan menganggu mereka.”

“Habis berbulan-bulan tinggal di sini, makan sayur, tofu dan telur  sahaja mak we aku ni, kesian,” kalau sudah kasih, tekak si dia pun diambil berat.

“Lagi pun saya dah jelak makan ikan darat,” Naz mengeluh kecil.

Bukan senang hendak mencari ikan laut di Luang Prabang. Kalau terjumpa pun, tidak segar dan mahal harganya kerana Laos tidak berpantai. Dalam Bahasa Inggerisnya, Laos ini sebuah negara ‘land-locked.’

“Syukurlah Malaysia, macam-macam ada,” kata Khaalish.

“Hmm, hujan emas di negeri orang…” sahut Naz.

“Tapi awak masih pilih hujan emas tu, sebab itu awak tak balik-balik,” kilas Khaalish, cuba menduga tasik hati gadis di sebelahnya.

Tanpa jawapan, Naz hanya melangkah pergi. Cepat-cepat Khaalish menyaingi langkahnya. Sedar yang Naz begitu sensitif bila bercakap tentang balik ke Malaysia, isu itu dibiarkan mati begitu sahaja.

Langkah Khaalish terhenti bila dia terlihat sebuah kotak styrofoam berwarna putih yang diletakkan di atas tanah disebelah sebuah gerai. Bergegar-gegar kotak itu dan kedengaran bunyi kuku yang mencakar dan suara binatang mendecit-decit. Lengan Naz yang berlapik blaus kain kapas disentuh. Terhenti langkah kaki Naz, kening dijungkit bagai bertanya, “Apa?”

“Apa benda dalam kotak tu?” bisik Khaalish.

Terketar bahu Naz kegelian, “Ish, jangan tanyalah!”

“Apa bendanya? Macam nak lari keluar aja,” tanya Khaalish lagi, semakin meningkat tahap ingin tahunya.

“Awak pergilah tengok, saya nak balik,” jawab Naz, kakinya cepat-cepat mahu melangkah pergi.

Laju tangan Khaalish mencengkam lengan Naz, tidak mahu membiarkan Naz pergi sehingga dia dapat melihat sendiri apa di dalam kotak itu.

“Khaalish, lepaslah. Lepaslah, saya geli, tak tahanlah,” terjerit-jerit kecil Naz meminta Khaalish melepaskannya.

“Kejaplah, saya nak tengok,” aura degilnya sudah keluar.

“Awak nak tengok-tengoklah, yang tarik saya kenapa?” Naz cuba menarik lengannya yang digenggam erat oleh Khaalish.

Kotak putih itu didekati, lehernya menjengah ke dalam, terus mulutnya terjerit kecil, “Eeee!”

“Tahu pun geli! Saya kata jangan tengok, awak nak tengok juga,” membebel-bebel mulut Naz, tapi mata tertutup rapat, kedua belah tangannya memegang hujung T-shirt Khaalish.

Selepas beberapa saat, bila dia tersedar yang dia membebel sendirian, matanya dibuka sebelah, sedikit demi sedikit. Tersirap darahnya bila dia melihat wajah Zaim Khaalish rapat benar dengan wajahnya. Cepat-cepat hujung T-shirt lelaki itu dilepaskan.

“Segannya! Baju anak teruna orang yang kau tarik, Naz.…” muka Naz yang tidak begitu putih, tidak begitu gebu, sudah kemerah-merahan.

“Awak geli dengan tikus ye?” tanya Khaalish dengan sengih lebar. Tersengih kerana muka Naz nampak sangat comel, tersengih kerana angau gadis pujaannya tadi berdiri dekat dengannya.

“Dah tau, lagi tanya,” Naz mencebik.

“Tuhan balas tau….”

“Apa?”

“Tadi nak usik saya dengan katak, hah sekali datangnya tikus,” megekek-ngekek tawa jejaka itu, bahagia bersama si dia.

62 comments:

  1. Wah wah...sukenye. .. well done Nina...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liza! lajunya komen... :) Thanks, bab ni simple je...graf naik...graf turun he he

      Delete
  2. Replies
    1. he he Bab 19, irene, siap sedia nak kena penyakit kencing manis!! Overdose gula gitu... (tsk tsk writer prasan)

      Delete
    2. Mst rmai nnt penyakit sengih dpn pc or hp..tens nina...

      Cpt la isnin..hehe..tb2 excited2 tunggu hari isnin mnggu dpn

      Delete
  3. waaa mmg pndk tapi amat padat wth en khal kite menyulam kasih & menyulam rindu...naz? biasa2 lerrr dgn soklan2 cepumas & teori2 tuk merungkai nape ade nye tunang teknikal nye di sana...yes comel & sweet gitu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. zoora...dont worry bab 19 ada babak torture ok, he he

      Delete
  4. Arrrrrrr sweetnya............suka suka!!!! Nk diorang kawen cepat2 ngeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. jap sy kira ye, kurang2 5 bab lagi he he, apara writer ni siap boleh cakap lagi bila couple tu nak kawen he he

      Delete
  5. suka sangat! suka dan suka..horeeeyyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye...sbb derang cam getting closer gitu. doakan ek, i nak buat bab 19 seksi.....after pms i have lost this touch wa ka ka

      Delete
  6. Memang sengih2 pun baca bab ni..
    Membayangkan Nina upload nxt n3 tgh mlm nnt, maka adalah nxt chapter tgh mlm ni..hehe..tq Nina!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab 19 br sekerat page. zaharah, akalu sy naikkan pagi esok sure u all terkejut heh? ni bukan apa nak ngejar deadline yg publisher kasik nih he he

      Delete
    2. Wah!! Nk publish awal nxt yr ke? Teruja!
      Gud luck eh!

      Delete
    3. kunun2 nya lah :) hopefully sempat (sambil menjeling2 kalendar)

      Delete
  7. Wahh...best nye sweet n simple...i like....tq Nina...hrp cpt la upload nxt chap

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah i like simple things....tanak melodrama kan?

      Delete
    2. hahaaa...Nina...x nak la melodrama sgt....fening la...same like PMS....naughty, flirty, sexy, sweet, romantic...etc

      waaa kakaa...overdose sugar...:P

      Delete
    3. flirty.... sexy..... oooh, dah jd trademark saya ke? he he he

      Delete
  8. Replies
    1. tanduk saya dah nak kuar, bab 19 harus jadi sexy! notti notti

      Delete
  9. elok dah tu dua2 kaki usik.q sweet gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya writernya mmg kaki prankster...kaki gelak sokmo...

      Delete
  10. da best.. makin menarik la....

    ReplyDelete
  11. sweet lah khail ngan naz wat gu tu!usik mengusik,sakat menyakat bawa bahgia,tampa sedar ati berdegup DUP DAP,DUP DAP..yang beku dah nyaris2 cair,yang cair dah leleh!!sat g tak kempunan lah khail n gengam tangan tok kadhi.hehe semakin mengasyik kan.... nak ggggggg dek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha bab tak kempunan nak genggam tangan tok kadhi tu funny he he...ada possibility derang kawin lari kat siam tahu....jeng jeng jeng.....:)

      Delete
  12. Cik Nina....sweetnya diaorang ni. Tanpa sedar Naz memang serasi bersama Khaalish kan. Boleh join sehati berdansa nanti bila dah kahwin ni :)- I loikeeeee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha sehati berdansa, tapikan naz tu keras hati dia boleh tahan jg, harap2 readers tak nyampah plak dgn dia

      Delete
  13. Salam Nina..

    Satu kejutan dan What a blessing kita org dapat E3 baru..ari ni...

    Pergh..macam tak percaya kan..Naz dah mula realize akan kehadiran Khaalish...walaupun akal

    menafikan kehadiran jejaka sengal tu..yg without fail datang selang seminggu sekali..tetapi hatinya

    seakan ..akan menantikan ...akan kehadiran mamat tu....siapa kata cinta itu ada logiknya..kan..macam lagu ...Agnes Monica - Tak Ada Logika !!!

    Akak dapat merasakan Naz sudah dapat menerima kehadiran Khaalish dalam hidupnya..walaupun akal logiknya menolak kehadiran lelaki itu tetapi...perasaan yg hadir setiap kali mamat sengal tu muncul saban kali menemaninya walaupun mamat tu diam dan tidak banyak bicara tapi namanya semakin sudah terukir dihatinya... ...walaupun dirinya masih keliru dengan perhubungan nya dengan Khaalish akan kemana ...arahnya...tetapi mungkin kerana nalurinya seorg wanita ..dan mugkin juga ..dia telah dapat melihat keihlasan Khaalish yg sedaya upaya cuba membeli jiwanya ..bukan dengan kata kata yg boleh meruntunkan jiwa wanitanya..tiada barang mahal yg dibawanya tetapi cukup dengan buah tangan dari Mak longnya yg dikongsi bersama sama sudah dapat membeli jiwa wanitanya.....

    apatah lagi bonus untuk khaalish yg mana dengan kehadirannya ..menemani dan meluangkan waktu bersamanya ...membuat aktiviti aktiviti bersama dan tidak pernah mengambil kesempatan sekali pun keatas dirinya..maupun mendesaknya untuk merealisasikan perhubungan itu menyebabkan dirinya semakin hari semakin memerlukan kehadiran mamat sengal itu yg datang bagai Taufan Sandy..dan sekelip mata hatinya bagai telah ditawan oleh mamat tu.....

    Akak rasa bagi Khaalish pula..cukup kalau Naz dah notice dia dan setiap kali kehadirannya mereka

    akan meluangkan masa bersama ...tiada lagi penolakan dari Naz yg dapat dia rasakan dan cold shoulder treatment tetapi more kepada penerimaan ...untuk dirinya dan Naz bagi memulakan sessi pengenalan untuk mengenali diri masing masing. Keterbukaan Naz menerimanya ..bagi Khaalish sudah cukup seribu rahmat baginya..kerana dia mahu Naz tahu yg dirinya tidak main main..bila meluahkan

    perasaannya yg mengingini Naz menjadi surinya dan Khaalish mahu Naz menerima dia seadanya

    kerana bersama Naz apa yg dia sedari ..dia tidak perlu menjadi orang lain yg selalu menjaga

    penampilan diri dan kelakuan..dia menjadi dirinya sendiri...dan dia seakan ingin memberitau kepada

    Naz..sesibuk mana pun dirinya..Naz tetap menjadi keutamaan dalam hidupnya..

    Aduhai tanpa mereka sedari...Khaalish dan Naz dah jadikan perhubungan mereka menjadi so serius jarak jauh tempat tidak menjadi penghalang bagi mereka.......menjadi tunangan aka Boy

    friend/girl friend part time jarak jauh pulak..kan..akak rasa lebih mendekatkan hati mereka ...

    Setiap pertemuan mereka..ada kenangan yg dibina dan hubungan mereka semakin mesra...dan intim...agak Mencuitkan hati juga bila Naz cuba menyakat Khaalish anak jutawan tu dengan membawanya kepasar basah dan membuat urusan pembelian katak untuk dijadikan makanan goreng buat si Khaalish dan amat mengejutkan bahawa mamat tu rupanya pengeli orangnya..kan dan kita juga dapat melihat juga sisi Naz yg takut dengan tikus..

    Terujanya akak nak tahu..adakah pertemuan demi pertemuan ini telah mencairkan jiwa Naz dan Naz telah menerima Khaalish untuk menjadi imamnya...kerana kesemua ciri ciri yg naz mahukan buat seorg suami ada pada dir i Khaalish yg telah dipotraykan kepada Naz untuk dinilai olehnya without prejudicekan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. idaaaaaa, i suruh hubby i baca komen you and he was so terkejut that somebody would write so long and so detailed he he.

      yelah kan, dah si mamat tu dtg selang seminggu, kurang2 jadi lah juga kawan kan. pastu khaal kira cam oklah i play along with naz's punya tempo, slow and easy gitu. kan dia dah kata dia akan usaha sungguh and never give up. he knows what he wants lagi 3 chapter lg dia akan bg tau bapa dia how he knows naz is the one and apa yg dia kata tu akan buat naz terkejut dan sakit hati wa ka ka!! ceh kalau lah jari2 i ni boleh taip lagi laju, i ni taip pakai 3, 4 jari jer he he

      sy nak warning ida awal2 ni, pas ni kan graf akan naik turun, meaning their r/ship kdg2 ok, kdg2 goyah...bab 19 kan panjang giler, so harap2 nnt ida pun akan komen panjaaaaaang juga!

      Delete
    2. salam Nina..

      As akak have told you before your story line adik ni mmg dekat dihati akak ..akak mmg jatuh sayang dengan watak watak adik especially si mamat Khalish ..sengal dan poyo tu..pada permulaan mengenali dirinya ..akak pun seperti Naz ..membencinya sepenuh hati ..kerana character yg pada mulanya Nina potraykan kepada kita ..memanglah tak boleh dibuat calon suamikan..harapkan wajahnya yg kacak dan macho tapi tiada suatu yg pada dirinya yg akan kita suka..malah menyampah..sbb menghabiskan masa dengan berjoli sakan..apatah lagi pasangan wanitanya berganti ganti seakan menukar baju seharian...tak ada ..commitment..langsung dan dari segi luaran juga kita nampak dia seperti tidak mempunyai tujuan hidup..kerjanya hanya berpeleseran kan..harus kalau ada perniagaan sendiri boleh bungkus..

      Tetapi apa yg kita tidak nampak dan mahu selami mengenai diri mamat ini..dia adalah seorg yg sgh committed pada perkerjaan nya seorg CEO business strategik planning yg cool akak rasa..lihat saja ..disatu ketika bila dia mempengerusikan mesyuarat..bila kita mengenali dirinya bersama Naz..alahai dik..ooi..kini hari hari..dia mata akak dia semakin kelihatan comel dan machokan..idaman semua gadis ...kalau lah akak dah cair..tak kan siminah Naz tu ..tak..kut..

      Delete
    3. satu ayat jer balasan saya idaaaa, readers akan makin sayang dgn khaal! but what abt Naz?

      Delete
  14. Replies
    1. zoey ..i dah balas dua2 emel. hailah zoey, yr komen ttg 'sdg mandi'tu, nak pecah perut i baca!

      Delete
  15. Dreaming... I must be dreaming.... coz there's a new entry today.... Yeay....

    ReplyDelete
    Replies
    1. larr auntie, mlm ni itry tulis lagi ye. hopefully latest monday ada another chapter. but then bab 19 is very long lah!

      Delete
  16. Wah best nya usik mengusik bawa bahagia

    ReplyDelete
  17. alahai kita termiss n3 la.. w/pun pendek tp cukup utk bust kene diabetis. khal, usaha tangga jaya. akak doakan semoga nina semakin laju menaip & ada masa utk up n3 lg.. amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha norana, ni semangat nak siapkan 2 bab seminggu nih, kunun2 nak kejar deadline heh!

      Delete
  18. My Khaalish kerja keras memikat bunga pujaan nmpk...
    hehehe....Jia you Khaalish! sikit lg tu dah nak lebur
    dah benteng pertahanan Naz...soon, bunga-bunga dlm taman hati
    akan mekar seperti musim bunga yg tak berpenghujung...

    and....

    suddenly cinta yg begitu indah tiba-tiba dilanda badai dek derasnya ombak kerana kehadiran 'watak penggoda' yg mengganggu gugat hubungan mereka...hahaha..!!! dan watak penggoda itu adalah 'Renn Oyong' ahhh lawak btl imaginasi i ni....boleh terima pakai tak idea i ni Nina?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha kalau saya masukkan watak renn oyong nnt kena saman pula dgn pak we awak...bahaya!

      lebur ke hati Naz, bab 19 nnt akan berlaku sesuatuh!

      Delete
  19. Heheee... Naz nak usik Khaalish konon, last-2 dia sendiri yg tak tahan diusik. Bahagianya Khaalish bila dpt berdiri berdekatan dgn sang kekasih hati.

    Cik Nina, katak n tikus spesis yg tak boleh blah. Geli siot! masa baca pun saya dah kegelian apa lagi bila tengok dihadapan mata.

    Sanggup ya Khaalish setiap minggu dtg jpa Naz, nampaknya tak lama lagi dalam hati ada taman pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. has pergilah google "luang prabang market" macam2 daging ada...he he he. Tp yg mencicit2 nak lari keluar kotak tu yg tak tahan. nasib baik ahjan wayuppa dan dr surachek tu vegetarians kan.

      hmmm bab 19 nnt akan add another dimension to their r/ship...oh susahnya nak tulis :)

      Delete
    2. Simplify it nina...tk susah la jdnyer...pandai je nk ngajar org nih kikiki

      Delete
    3. good advice! should keep it in mind, seriously

      Delete
  20. owh god.. now reptilia and amphibia lesson is it? tp comel kisahnye dua org tu... sweet... usik2 tanda loving.. awwwww

    ReplyDelete
  21. selalu cmni....bile naz kenekn zaim, pas2 misti naz kene blk!!! kahkahkah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. larrrr tak perasan plak saya....hmmmm (garu2 dagu)

      Delete
  22. Dear Nina,

    - Ha..ha..ha.. tengok si Naz dah cair dah sikit...yess..akhirnya Khaalish berjaya buat Naz cair sedikit...
    - Nina, cepat-cepat yea update...tak sabar ni..
    - Khaalish teruskan strategi anda, Naz pasti akan cair dan tewas akhirnya...good luck Khaalish..

    ReplyDelete
  23. hahaha best best kak!!! suke suke..tp ade 1 je nk komen tp hal kcik je.. psl perkataan 'muhrim' tu... sepatutnye mahram kak...ramai keliru dgn pkataan mahram dan muhrim.

    Muhrim adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah.
    Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang
    banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.

    Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain.

    Ramai orang silap memahami penggunaan perkataan antara muhrim dan mahram. Kadang-kadang mereka mahu
    menyebut mahram tetapi mereka tersebut perkataan muhrim.

    maafkan saya andai tersalah... ape2p0n x sbar tgu next n3..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. la ye ke... kita pun baru tahu ni.... tq share ilmu..

      Delete
    2. oooo nnt sy double check dgn kawan, just to confirm, better gini kan

      Delete
    3. norana: sama2..sharing is caring... =)
      nina: check le kak..btul tu utk kepastian... =)

      Delete
  24. nina, hari ni dah lima nam kali jenguk sini.. nak bab19 boleh???? (buat muka comel + kelip2 mata) hihiihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokong, sokong, sokong...blink-blink-wink-wink...

      Delete
    2. sorry dears, these past days have been tumultuos, sigh!

      Delete
  25. hahaha, patut la khalish suke je..rupe2 nyer dia dpt knakan naz yg penggeli tikus tu..

    ReplyDelete