Wah bukan main produktif saya wiken ini ya! Sempat naikkan 3 bab! Macam balas dendam je, he he. Saya dapat trick baru...tulis bab pendek2! 4 to 5 pages each :) Enjoyz!
Bab
21
Lewat
pagi esoknya, Naz masih terbungkang di atas katil yang jauh lebih empuk dari
katilnya sendiri di Luang Prabang. Semalam dia menulis sehingga dinihari,
berhenti untuk solat Subuh dan kemudian tumbang di atas katil.
Terdengar
bunyi telefon bising berbunyi. Dengan mata separa terbuka, dia mengangkat
ganggang telefon hotel, bunyi telefon masih belum berhenti. Telefon mana pula?
Di atas meja sisi ada dua telefon bimbit, tangannya teraba-raba mengambil satu.
Dengan mata yang masih tidak boleh fokus, dia ternampak ada panggilan Skype.
“Pagi-pagi
buta sudah call Reham ni….,” sempat lagi membebel dalam hati.
Skrin
telefon ditenyeh, mata dipejamkan rapat dan mulutnya terus bercakap, “Reham…tak
reti buat matematik ke? Cubalah kira betul-betul, Seattle pukul berapa, KL
pukul berapa…”
Diam
pula si Reham.
“Habibti,
awak telefon nak apa?” malas sahaja suara Naz.
“Nak
awak, habibti.”
“Too
funny, Reham,” di mulut.
Di
kepala, “Eh, sejak bila Reham pandai cakap Bahasa Melayu? Kenapa garau pula
suara si Reham?”
Matanya
cepat-cepat dibuka, tersirap darah melihat wajah Zaim Khaalish dengan senyuman
lebar tertera di skrin telefon!
“Maaaakkkkk!!!”
kuat jeritan Naz, telefon sudah terbang! Nasib baik landing elok di atas katil.
Naz
menarik selimut menutup mukanya, “Mana pula datang mamat ni?”
Dahi
ditepuk, itu telefon yang dia hadiahkan semalam!
“Oh
my!!! Dia nampak aku tanpa tudung…dengan rambut macam hantu ni….Eh tahi mata
dan air liur basi ada tak? Oh! No, nak lari balik Luang Prabang sekarang juga!!”
Masih
kedengaran suara di telefon yang dicampak tadi. Perlahan-lahan Naz merangkak ke
arah telefon itu dan mematikannya. Diambil telefon itu dan diketuk-ketuk ke
dahinya.
“Malu,
malu, maluuuuuuu!!!” kali ini betul-betul Naz menjerit.
Tiba-tiba
berbunyi pula telefon hotel.
“Siapa
pulalah tu?”
Perlahan-lahan
ganggang telefon itu diangkat dan diletakkan di telinga, “Hello.”
“Hello,
habibti…” itu sahaja yang dapat Khaalish ucapkan sebelum ketawanya pecah
berderai.
Cepat-cepat
ganggang telefon diletakkan. Naz menekup mukanya dengan tangan. Tak sampai
seminit, telefon hotel berbunyi lagi.
“Takkan
nak duduk menyorok dalam bilik hotel sehingga
penerbangan pulang esok? Nak buat macam mana kalau dia sudah tertengok.
Humph, kalau dia tidak suka dengan apa yang dia nampak, anggap sahaja tiada
jodoh!! Wah senang kau cakap Naz, tiada jodoh konon. Nanti balik ke Luang
Prabang, kau juga yang tertonggeng kecewa,” membebel-bebel Naz pada diri
sendiri.
Telefon
yang mati, berbunyi sekali lagi. Naz sudah tiada pilihan, ganggang telefon
hotel diangkat sekali lagi.
“Encik
Zaim Khaalish, kalau awak ketawa lagi, saya tak akan kawan dengan awak sampai
bila-bila!”
“Assalamualaikum.
Good morning, habibti,” walaupun Khaalish sudah tidak ketawa, Naz boleh
‘mendengar’ senyumannya dalam telefon.
“Number
1, wipe that grin off your face. Number
2, don’t call me habibti,” garang sungguh suara Naz. Garang menutup malu
sebenarnya.
“Okay,
grin wiped off, no more habibti. Okay, sayang?”
“Sayang
pun tak nak!” Wah! Macam budak kecil merajuk bunyinya.
“Darling?”
“No!”
“Honey?”
“No!”
“Dinda?”
“Eww,
no!”
“Ha,
ha, ha, ha…..”
“Encik
Zaim Khaalish, jauh-jauh saya terbang ni, hanya untuk jadi bahan gelak ketawa
awak sahajakah?”
“My,
my, are you always this grumpy in the morning? Jenuhlah saya nanti,” tak
habis-habis lagi mengusik.
“Khaalish!!”
Si dara menjerit, si jejaka ketawa terbahak-bahak.
“Eh!
Sayang, I gotta go. Dah nak tee off. Cuma nak bagi tau, driver saya tunggu di
lobi. Kalau nak ke mana-mana, telefon dia. Saya dah sms nombor telefon dia ke
telefon baru awak ye. Bye, can’t wait to see you! Eh! Tadi dah tengok, ha ha
ha.”
Dan
talian pun mati.
“Suka
hati dia aja nak panggil orang sayang,” Naz sambung membebel, cubaan untuk
melupakan peristiwa malu besar dia terkantoi tadi.
Hilang
mengantuk. Mandi, turun sarapan. Dua hari sahaja di Kuala Lumpur, rugilah kalau
baring-baring atas katil sahaja. Atas kereta nanti boleh lelap mata sebab orang
lain yang pandu. Yahuu!
Usai
sarapan, sambil berjalan ke lobi, telefon hadiah Khaalish dipasang semula. Ada
sms dari Khaalish, memaklumkan nama dan nombor telefon pemandunya. Kemudian ada
sambungan pula:
“…..btw
u looked gorgeous this morn. cant wait to hv lnch wth u.”
“Gorgeous?
Serius? Dia rabun dekat agaknya,” dibuat perangai cakap seorang-seorang.
“Cik
Nazrahanikah?” tiba-tiba ada yang menegur.
“Saya.”
“Saya
Razali, staf Encik Zaim Khaalish. Cik ada nak ke mana-mana?”
-------
Zaim
Khaalish yang berada di padang golf berasa inilah permainan golf yang paling
lambat dia pernah main. Rasa macam bapanya, Mr. Chng dari Taiwan dan orang
kanannya, Mr. Liew pukul golf dalam aksi slow motion. Rasanya permainan 18
lubang ini, silap-silap lima jam jadinya.
Sekejap-sekejap
dia menilik telefon, memeriksa laporan terkini dari Razali. Dek kerana angau
tak tertahan, diarahnya Razali untuk menangkap gambar Naz setiap 15 minit dan
menghantar gambar tersebut kepadanya melalui MMS.
“Beli
barang-barang dapur? Pelik awek ni. Balik ke KL, barang-barang dapur yang
dicarinya,” fikir Khaalish kehairanan bila melihat gambar Naz membeli-belah di
sebuah gedung harian.
Gambar
Naz dibesarkan untuk melihat apa yang dibeli. Tidak jelas. Hampir satu troli
juga barang-barang yang dibeli. Laju sahaja jari-jarinya menaip mesej kepada
Razali.
“Apa
yang dia beli tu?”
“Khaal,
sibuk apa dengan telefon tu? Tak lekang-lekang di tangan. The deal has been
signed. Hari ni rehatlah, enjoy golfing,” tegur bapanya.
Telefon
disimpan ke dalam kocek seluar. Betul kata bapanya. Mr. Chng adalah tetamu
mereka, harus dilayan sebaik mungkin. Sabar sajalah. Semasa naik buggy ke
lubang berikutnya, sempat Khaalish menilik telefonnya. Terjojol biji matanya
seketika membaca balasan sms Razali.
“Syampu,
sabun, pencuci muka, losyen, tuala wanita.”
kan,kan,kan, simplify...mummy msh depan lappy hahahahaha nak bace jap gi:)
ReplyDeleteha ha simplify...jadi 4-5 pages each ha ha. buuuuut, bab 22 rasanya panjang, rasanyalah....mummy it's sunday!!
Deleteku tengah gelak guling2 ni... terlalu gembira ada new updates yg manis bak ibu gula....
ReplyDeleteha ha ibu gula, hmmm dare I say chap 22 will be even sweeter?
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHello Bugsbunny! where's yr comment?
Deletesalam Nina..
ReplyDeletepergh.. sekali a 2 E3 sehari..mmg menerujakan akak..
Comelnya sketsa yg mana Mamat tu dah dapat tgk wajah Naz tanpa tudung..mesti mamat sengal tu terkedu melihat kecantikan asli Naz bila bangun tidur..satu pandangan yg mengetarkan jiwanya lah kan..kalau dia melihat si Naz tu berpakaian seksi masa tidur..just baby T yg boleh nampak lurah dendamnya dan seluar boxer..tak ke haru mamat tu..nak menunggu hari mereka dinikahkan ..ha ..ha..ha..mcm nak cakap untung besaq..untung besaq..mamat tu ..pagi pagi ..dapat byk ong..!!!!
(Nina boleh bagitau..watak Naz ni kan ..muka macam siapa ek..akak nak vitualisekan lah...dan siap pulak watak Khaalish tu..ek..Kalau mak Khaalish ..akak dapat bayangkan Liza Abdullah..!!! dia kan mmg ada aura mak datin yg umph..dengan mulutnya yg pok pek..ha..ha..ha..)
Naz tetap si Naz..kan selamba dan poyo giler.. boleh dia pergi shopping dan beli barang barang keperluan peribadinya....
Akak terasa seronok pulak ..bila membaca pasal ..Khaalish di padang golf..mencuit betul perasaan akak..memang patut dikatakan simamat poyo tu angau tahap gaban..ada ke patut every 15 minit disuruh ambil gambar Naz buat tatapannya..mmg tak pernah dibuat orang kan..dan setiap perilaku gadis itu mahu ditahunya...tidak kah si Khaalish ni weng..sikit..dengan kehadiran Naz..
khaalish..whatcha.. U going to do abt it..?? Teruja nak tahu..how will they spend teir times together...???
idaaaaa.....i like yr word "menerujakan" ha ha.
Deleteamboi baby T and boxer shorts, adoi Hanina Abdullah ni mmg dah trademark 18sx scenes dalam citer dia huh? berbelah bagi jg saya, ada yg nak flirty2, ada yg marah2.....abis, camna? oooo Idaaa, mak Khaalish kan I imagine Datin Farida Efandi yg vogue tu, ex wife husband Tiara Jacquelina he he. Naz? aiyork siapa heh pelakon yg slumber2? sy imagine kan kaler kulit abu2 je, tak de pan asian. very de sedrhana in every way, rupa, bentuk badan, gaya....cuma intelligent abis. dan dia ni jenis yg bila kita tengok kita suka buat kawan :) sy ni jarang tengok drama Melayu, tu yg tak kenal artis.
Pasal shopping brg peribadi tu...sebab kat LP, tak banyak choice dalam jenamanya esp tuala wanita!!
oooohhhh cik nina, cik ida...bace n3 dah guling2...bace komen u 2 lagi guling2...lebih2 lagi mamee monster klon mak datin tu wa ka kakaka...lama tak dgr citer2 'vogue & liplap' mak2 datin...terang-benderang mlm ni wlaupon ujan kat meow city ni...hhhmmmm blh purrrrr awal lam nih hehehehehe
Deleteglad that u found the entry funny, kekadang menulis ni rasa macam syok sendiri he he. naah, mak khaalish is not yr typical lip lap datin, she's very de vogue one, I've met some, they are in the 50s but look like early 40's or late 30s, dresses very trendy, not labucied baju kurungs. hmmm nnt jenuh gak i nak describe kan he he, tu la cari pasal!
DeleteFlirty2 skit la nina...baru la citer lebih hidup...tapi flirty yg high class la...mcm dlm PMS. xnampak mcm flirty yg gedik...just nice. For those yg xsuka xyah la nak baca... Pegi cari buku ilmiah utk dibaca supaya ilmu penuh di dada...
Deletebetui betui..akak sokong apa kata blackorked..alahai nina..biasa lah dik ooi..org tiduq pakai baju T dan boxer..bukan nak ngurat sape sape pun malam malam buta..kan..lagipun minah tu dok sorang sorang dalam bilik nak goda sape lah pulak..kan..
Deleteagak agak lah juga org nak komen dan complaint tu..cer tgk dari sudut yg berlainan ..cer fikir out of d box..kan..
Sy suka pelakon ummi nazira tu...wajah melayu and suara bass gtu...takde sora menggedik
Deleteblackorked: hmm flirty high class, nnt akan diusahakan. tp citer ni hero jer yg goda, heroin camnak lari, terbalik dari PMS.
Deleteida:sesetengah komen tu mak aih, makan dalam he he.
zoey: haah sapa lagi yg muka pure melayu eh? tapikan ummi nazira tu lawa, naz tu biasa2 sj
kagum ngan kak Ida sbb leyh wat ulasan panjang2 di mn sj blog yang kite terserempak kak Ida muahhahahahha
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deleteokies la 2...agaknya barang2 kat KL lagi murah n tejamin kualiti dia dari Luang Prabang 2 agakmya x...lagi pon bukannya selalu Naz 2 bleyh balik m'sia pon kan hihihihi
ReplyDeletebetul, nak cari kedai yg stok benda2 ni kat LP pun susah. bukan tak ada, ada tp kat tempat yg tourist omputih selalu hang out and botolnya kecik2 je. tuala wanita kat mesia la best banyak choce na maxi nak ultra long ke night wear etc he he
DeleteEhem nina...promo pads plak ker ;p
Deletehe he... sy ke LP tak begitu lama. tp klu lama rasanya rimas juga sebab susah nak dapat brg2 tu
DeleteNur khairiah...sorang lg actress sy suka
Deletehahahahaa....comey nyer n3 ni...da terkekeh-kekeh ketawa sorg2 nih.....tk dapat byg kn muka khaal ble bce msg last dr driver die tu...msti terbuntang bijik mata kn...btw sis,...u always made my day.....hikhikhikkk.......
ReplyDeletehah what a sweet comment. ni yg rasa nak tulis banyak2 ha ha
Deletehahahahhaaa...u better....ececececee
Deletei hv to dear sbb janji nak siapkan manuskrip knk by end of dec. ni dah mid nov, aiyarks!
DeleteOwh nina i'm so excited bila tgk ada 2 entry!!! Produktif dan inovatif la u nina i loike sejuta x & those entry was so damn sweet hoccay! :-D
ReplyDeleteprodukti dan inovatif ha ha! will strive to always be so (statement bagus he he) glad that u like the entry
Deletekantoi naz pg2 dgn khaalish...hehehe..
ReplyDeleteklaalish plak buat jd bahan,...
kantoi kantoi.... he he
DeleteTak sangka ada entry lagi hari ni. Buat saya tergelak2 sendiri semasa tengah shopping tadi when reading this new entry..nasib baik boleh control..ayooo..hahaha
ReplyDeleteCute jer aksi c Naz ni masa baru bangun tidur. Khaal ni memang dah angau tahap gaban ni ngan si Naz. Bagi mereka kawin cepat2 la Nina. Bagi ubat angau si Khaal tu.
derang kawin EM, dont worry tp sebelum kawin ada sikit lagi halangan. err sikit ke? then lepas kawin pun ada lagi :)
Deleteubat angau.... he he..EM nnt kan bila ZK ckp kat bp dia why he likes Naz, sempoi je he he.
Glad that u think this entry is funny. ini yg bagusnya dpt feedback dari readers...tak de lah writer syok sendiri :)
tqvm!
Luv u so much nina... Suka sgt2.... Dah tersengih2 sorg2 nih sampai mr hubby pelik tgk I... Hahaha
ReplyDeleteha ha lps tu lovey dovey dgn Mr Hubby tentu dia suka!! LOL
Deletewah...excited nyew skali bukak ad 3 en3.....waa....writer...nk lgi.....n pliz, bgi pnjang skit next en3 utk nk merubat rndu...:(
ReplyDeletesdg diusahakan. skrg ni cam terjatuh minat plak dgn bab2 yg pendek he he
Deletew/end yg sungguh sweet for naz + khal & also for me... x kisah lah lau kene diabetis if berbaloi sgt mcm ni... hihihi. baru naz tau kan punya la susah pyh khal turun naik flight every 2 weeks coz nak jmpa dia... dah ada phone sng la khal nak lps rindu... mesti b4 this khal tersiksa tanggung rindu kat naz.. dah la email pun x bg...
ReplyDeletenina i selalu pk y u r dif from other penulis.... rasanye mcm close sgt dgn ur followers.. then i notice, so far only u & eve yg akan reply all comments even just say thanx. jgn berubah ok.. x pernah berjumpa tp dekat di hati. :)
he he setakat ni sweet Norana (waaaah, cam kasi hint je ni)
Deletehmm i always like to be different, unik lah kunun tp sebenarnya tak delah different bagai pun, pompuan Melayu, duduk kat kg, tipikal gitu. Dan saya rasa kemelayuan tulah yg mementingkan ramah tamah, silaturahim dan yg sewaktu dengannya kan. eh, org dah susah payah tinggalkan komen, adablah mesti jawab kan. walau pun kdg2 komennya surprised me dan saya pun tataw nak respon cemana ha ha. InsyaAllah tak berubah, I am comfortable with who i am. tu lah bab berjumpa tu...di alam siber je lah kan. ha ha kwn2 saya nak jumpa sy pun kena ckp, we r coming, whether ur in yr hse or not, u better be there. so sy pun terpaksalah ubah schedule itu ini. klu ada rezeki, thn dpn laaaagi sibuk. but cant complain, rezeki kan
I wonder whether there's one real Zaim Khaalish tucked somewhere in this universe... :)
ReplyDeleteKalo sy ckp ada camne hehehe maybe not 100% khaalish but close enuf
DeleteAnd you're the Naz, are you not? :)
DeleteMust be interesting, kan? ;)
Sadly no...hehehe...but the guy is a fren
Deletezoey....alaaaa bab "sadly no" tu sad lah!
DeleteInche Suami saya caring cam ZK (eh eh perasannya saya) tp tak kaya lah. ha ha oklah tu :) eg kalau saya nak out stn he will make sure the tank is full, touch n go dah top up etc. (tak de sapa tanya pong!) :)
Yer sad hahaha but nk wat camne we meant to be frens je...syukur jugak sbb fren yg caring gtu
Deletewah...back2back...hehehe...I loike... baca PMS mcm tgk tv. ..... N&K pun sama. Abis baca mata pun ngantuk...dah berapa kali terlelap nie..... k ler...patiently waiting for chap 22. ..gudluck nina and thank you
ReplyDelete"Abis baca mata pun ngantuk" waaaaaaa, u mean PMS n KNK are boring? hu hu :)
DeleteHehehe...u got me wrong dear....sorry.... terjegil balik my ngantuk eyes. Your writing never make me bored. Wah....tobat lepas ni tak nak comment while I am sleepy.... I ada habit yg addicted baca blog...especially yours. Sblm tidur jer pergi intai blog...terjaga dr tidur jer intai gak. sblm tido td i g intai... wah excited back to back chap. Hilang ngantuk sat. I bila excited jer selalu nye nak mengomen...hehe.Bila nak ngomen jer tadi dah ngantuk balik...age is catching up... sleeping problem. Sementara nak abis mengomen tu few times dah terlelap.... sblm ni I pernah comment dlm one of the PMS chap, yg baca PMS mcm tgk tv. I guess u x perasan kut coz u tak reply pun...hehe. sambil baca dah terbayang kat mata. How to explain.. i dono tp exciting ler. So same with KNK... Kalau boleh tiap2 hr nak baca. Actually hr tu siap buat research ngan pak Goog with En Khalish mana Naz sembunyi... dah dapat tu g research geography lg.
DeleteWow this is the longest I ever write... So I am sorry. I was shocked with ur reply td. Kat blog u juga ler yg I paling banyak I comment. I always excited with ur writing... Kalau ada comment tu maknanyer excited giler ler tu. SORRY..SORRY...
eh tak perlu kata sorry, i ngusik jer, just joking. tp klu betul ada yg kata pms n knk boring pun i tak marah. one can never please everybody kan and i am at peace with this. actually i ingat komen ttg bc pms mcm tengok tv, yg komen ttg mak mertua una kasi cawan kopi kosong kat pak mertua dia? oh i tak respons ye, i try to response each comment. klu tak response tu maknanya i was travelling at that time and tak dpt internet lah tu. by the time dpt internet blk dah tak ter catch up dgn komen.
Deleteha ha making readers google thing and words up nampaknya impak nk kan, he he. tqvm ye for yr support. actually i pun dah addicted to the internet. my galaxy note simpan bwh bantal, sebelum tdo belek, then bangun tdo, itu lah benda yg capai dulu, astaghafirullah.... :)
woish....ya betul... np.
DeleteHehe...kan...Astaghafirullah...
K. Boleh lena dah nie....
hehe cuttee! i love it Nina :D
ReplyDeletetqvm, ER! eh dah 12 Nov, mana TWB? dah target nak beli for my upcoming out stn trip, boleh baca masa bersendirian kat hotel. All the best ya!
DeleteAlahai....
ReplyDeleteTak tahan nak gelak....hehehe
Beli barang peribadi pun nak kena report.....#^_^
ooo nnt dah kawin camna kan? jeng jeng jeng :)
DeleteNnt kawin senang khaalish dh tau brand bole jd tukang beli plak hehe
Deletehaipp!! :)
DeleteAssalamualaikum. See, gigih saya menyiapkan Bab 14 SAJC bila ada orang tu jawab soalan kita macam tu. And please, jangan mintak Bab 15 lak.. Terkulai depan lappy lah jawabnya. hehe.
ReplyDeleteNi Khaalish kemain lagi ek, 15 min sekali nak repot. Mak aii, tu tunang teknikal kalau tunang betui? 5 min sekali agaknya. Dah sah? Hehe, x kuar bilik si Naz ni gamaknya.
Gigihlah Puan Nina usahakan 3 bab, ni rasa tertelan air liur bila tgk 3 bab sekali ada. Lagi tersekat air liur bila request SAJC 14. amboi-amboi... okeylah, tunggu bab 22 yang dikatakan panjang..mesti gaduh2 manja between KNK kan? ngeee
ha ha much appreciated. Legaaaaa rupanya Yeop Hampeh tak jadi suami dia, pandai betul awak kasi org suspense he he. So on dgn Inche Insinyur....saya rasakan penulis ini bias kpd engineers....asyik2 engineer je yg jadi main hero. Sebab in real life nya engineer juga main hero nya kan Kah kah kah... Eh eh masih ada simpati saya but Dr Am, apsal lah hero sampai 3...kan dah dilema besar :)
DeleteOkey, dah terikut nih. Bab 15 is released! kasi suspense ek? Kawan2 ckp saya ni kaki dera perasaan mereka yg membaca? Betul ker? Entahlah, bila taip sampai situ abis idea..so, tergantunglah. heheh.
DeleteMe bias ke? Entahlah tak kut kalau baca SAJC sampai abis. At the end.... erm..tatau nak kata pa dah. Real life, tuan insiyur hero...memang mengaku je lah.hehe
oh dah ada chap 15!! wah productive and innovative jg u ni, jap2 ni gi baca, br blk dari lunch
Deleteproductive n innovative? bunyik cam pelik utk saya lah pn. nina aii..sebenarnya nak cepat2 habiskan, nak kejar dateline utk PA pulak.. harulah, sampai migrain2 lagi nih..
Deletewow 2 novel jalan sekali? terror nya! apa2 pun all the best!
Deletetaklah....mati lah. SAJC jalan sebab blank PA..hehe. jgn ikut perangai buruk nih.
DeleteNina dear,
ReplyDeleteCongrat! 3 bab sekaligus. Mmg superb beb, really enjoy it.
Adegan rajuk manja dh nak start, teruja beb. Nak juga tgk mcm mana anak jutawan nak pujuk si dara pujaan hati. Naz dh malu tapi mahu, Khaal pula siap pasang perangkap cinta. Khaal..khaal setiap 15 min pun sempat lagi mengusar nak tahu si dara pujaan buat apa. Siap minta assistant MMS lagi. Klass gitu! apa-2 good luck for Bab 22, x sabar nk baca...Tq dear.
he he he semalam saya meroyan depan lappy, siap sampai bawa ke dapur. Hubby pun tengok dah semacam terus dia bawa the boys pergi pool sampai nak dekat maghrib, so mummy taip dan makan je semalam wa ka ka.
DeleteHanina ...best sangat...tak sabar nak tunggu next chapter huhuhu
ReplyDeleteglad that u like it :) Suryati first time komen ke? Cam tak pernah tengok nama sebelum ni, kalau saya salah sorry ye
Deletekak, tqvm for the nice story....marathon 3 bab sekaligus... sy suka sgt... story as usual mmg awesome... naz dh mula jinak nmpknyer.. hahahaha... and kak, last request.. can I have khaalish... fall in love with him deeply....:)
ReplyDeletedear, we all need a Khaalish in our life, he he he, statement jiwangggggg
DeleteDear Nina,
ReplyDelete- Ha..ha..ha..lawaknya si Naz & Khaalish ni...
- tapi macam best aje, bila Khaalish manjakan Si Naz...seronoknya...
- alahai si Khaalish ni...hhhmma kak pun tak tau nak tulis macam mana..angaunya masyaallah...ha..ha..ha..
- thumbs up for you nina....
jom kita buka kelab angau siber....why not, life can be harsh, so angau is good he he
Deleteyup... angau je.. bukan kacau org pun kan... jommmmm
Deletekih3.. terbaekk ah khalish ni.. angau overboard1 smpai setiap 15 minit kna update kat dia.. bengong2.. ahaks!
ReplyDeleteooh Mizz, nnt kan dah kawin, dia terus sambung tabiat ni, then dia nampak Naz buat something so dia terkejut he he
Deletedengki tau nina... x sabar nak tunggu smpi bab dah kawin tu... jgn delay send manuskrip knk tau... feb 2013 kuarkan? rasanye x sanggup nak tunggu if delay.. iskh3
DeleteAwk visualize awal2 kalo tk tahan sgt hihihi
Deletemasalahnye x berapa nak sweet lau visualize sndri... nak nina story jugak baru terasa aura diabetis nye..
Deletecaya u dek nina...khaalish dh angau tk dek tahap dh...sampai razali kena wat report tiap 15 min.tu br jer tngk naz tampa hijab....sndri mau ingt lh bro.....akak pun leh angau tiap kali bc n3 u dek...best tersngt sngt hehe..
ReplyDeletehah ini sorang lagi ahli kelab angau siber kita he he he
Deletehahahaha!!kelakar!!! =D
ReplyDeletewanie, part mana or semua part ke? amboi perasan saya nih!
Deletehahaha!!!sume part ade nilai kekelakarannye!!ehehh!!!
DeleteSalam Nina....
ReplyDeleteMalam tadi dah baca...tergezut juga sebab ada 3 entry sekali I bukan page Nina. Suka suka suka!!!! Tapi malam tadi tak sempat nak komen, ngantuk beb...
So sekarang nak bagi komen...alaaa....bukan komen apa, just nak cakap saya suuuuuuka sangat2 dengan KNK. Tiap2 hari dok bukak page Nina, manalah tahu kalau2 ada entry baru kan. Tapi semalam one whole day memang tak bukak page sapa2 pun sebab bizi baca novel. Lepas tu dok buat ulangkaji PMS Hanina dengan ILUS Kak Melur Jelita. hihihi.....setakat ni, itulah my top 2 favorite books.
KNK yang jadi best bagi saya sebab gaya cerita yang very natural dan selamba, dan tak gedik. Bila baca, rasa macam saya ada kat sebelah Naz atau Khaalish....teruja sangat2 walaupun saya tahu Naz & Khaalish tak dapat rasa pun saya kat sebelah mereka...ha ha ha....
he he yg mahal tu part, natural and selamba, tak gedik. 1 thing saya kurang gemar dgn Malay love stories is that kalau sedih, sedih sangat2. kalau kejam, kejam sangat2. kita nak yg moderate he he. ooo buat ulangkaji ye, ada exam apa? :)
Deleteeh eh...bukan exem lah. ulangkaji tu sebab dok ulang ulang baca PMS Nina lah..... kalau saya suka satu satu cerita tu, saya akan ulang2 baca....buku PMS saya dah macam belacan pun ada.
Deletehahahahah.. siyes dah terpikat ngan khaalish.. naz pun.. auww.. so sweet.. hahahahha
ReplyDeletejap lagi nak kena diabetes, :)
Deletezaim khalishhhhhh.. omg!! ~melting~
ReplyDeleteSalam Nina...
ReplyDeletewah cepatnya ada entry baru.
alahaii.....ngapa lah x d org nak skype saya in d morning.
Nina... saya rasa ternampak2 gaya naz waktu di skype khaal.