Tuesday, 13 November 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 23


Ha ha! I continue to surprise huh? Another entry....this one is especially for Rosma Johari, he he.

Ok, ok, yang ini pendek, hanya 3 m/s. Dah jadi terbiasa pula tulis bab pendek-pendek.

Saya teka, lepas habis baca bab ini, u all akan kata Oh-oh! :)


Bab 23

Usai makan tengahari, Zaim Khaalish bertanya ke mana yang dia ingin pergi. Mana lagi jika bukan ke kedai buku! SUV putih itu terus meluncur ke KLCC, Kinokuniya menjadi destinasi.

Masuk ke kedai buku, mata Naz bersinar-sinar. Ini syurganya! Dari satu rak ke satu rak, dia membelek buku. Si jejaka menjadi tukang angkut bakul. Silap-silap mahu dua bakul buku diangkut balik. Apa buku yang dia teringin, dimasukkan ke dalam bakul. Naz tidak mahu nanti sudah balik ke Luang Prabang, hati teringat-ingat buku yang tidak dibeli.

“Kenapa tidak beli e-book sahaja?” tanya Khaalish.

“Saya kalau membaca, suka buat nota di tepi-tepi buku. Atau saya tanda mana-mana bahagian yang saya suka. Kalau e-book, tak boleh buat macam tu.”

“Eh, berat sangatkah bakul tu? Kalau berat, kita hantar ke kaunter nak? Ambil bakul lain?” Baru tersedar Naz yang bakul penuh dengan buku yang dipegang Khaalish itu mesti berat.

“Eh, tak apa, tak beratlah.”

“Jomlah hantar ke kaunter sekejap, saya nak solat. Asyik belek buku hingga lupa nak solat.”

“Tak apa, awak nak solat, pergilah. Biar saya tunggu di sini,” jawab Khaalish selamba.

Terpegun Naz sebentar, tapi cepat-cepat dia mengawal riak muka, “Okey, saya solat kejap.”

Sambil kaki melangkah ke surau, kepalanya memikir-mikirkan jawapan Khaalish tadi “Biar saya tunggu di sini?” Apa maksudnya? Dia tunggu, kemudian selepas Naz solat, dia akan solat? Kalau nak solat, kenapa tidak sama-sama saja ke surau? Setiap kali Zaim Khaalish ke Luang Prabang, memang Naz yang perlu mengajaknya solat, siang sekali untuk jamaq zuhur dan asar, malam sekali untuk jamaq maghrib dan isya.

“Kalau tak diajak, tak solat? Macam mana nak jadi ketua keluarga?” sedih hati Naz memikirkan jejaka yang makin mendapat tempat di hatinya itu termasuk dalam golongan lelaki yang tidak bersolat.

Selepas solat, sempat Naz berdoa agar Tuhan memberikan petunjuk kepadanya dalam hal jodoh, juga agar Zaim Khaalish menjadi seorang yang bersyukur dengan nikmat yang Tuhan limpahkan kepadanya selama ini.

Sambil berjalan balik ke kedai buku, Zaim Khaalish masih lagi di minda Naz.  Sifat positif dan sifat negatif Khaalish ditimbang-timbang. Positif: fizikalnya, prihatin dan penyayangnya, ekonominya. Negatif: kerohaniannya. Tiga positif, satu negatif. Tetapi, yang negatifnya itu, bukan satu isu yang kecil. Kalau suami tidak boleh menjadi contoh yang baik, bagaimana mahu mendidik anak-anak. Kalau difikir-fikir pula, siapalah dia untuk menghakimi Zaim Khaalish. Entah-entah di masa depan, Zaim Khaalish boleh menjadi muslim yang lebih baik daripada dirinya sendiri. Dan apa kata orang? Terima pasangan kita seadanya?

“Argh! Terima seadanya? Kalau tiap-tiap hari kena ingatkan untuk solat, lama-lama mesti jadi benci juga. Isteri nak membentuk suami? Bolehkah? Tengok sahajalah Mama dengan Papa…..eeeee!!” penat otak berdebat seorang-seorang ini.

Apabila kaki sudah menghampiri kedai buku terkenal itu, Naz terlihat Zaim Khaalish berdiri di depan pintu utama. Tapi siapa pula perempuan cantik bergaya di sebelahnya? Kenapa nampak terlebih mesra sahaja? Sebelah tangan perempuan itu memaut lengan Khaalish, manakala tangannya yang sebelah lagi menguis-nguis rambut Khaalish dari dahi.

“Dia anak tunggal. Mungkin sepupunya? Tapi sepupu pun bukan mahram,” bisik hati Naz.

Bila Khaalish tersedar yang Naz sudah berada di hadapannya, pautan tangan perempuan cantik itu cuba dileraikan dari lengannya. Secara automatik, tangan perempuan itu kembali memaut lengan Khaalish. Naz hanya berdiri di hadapan mereka tanpa berkata apa-apa, cuma senyuman hambar di bibir.

“Naz, you’re back! Naz, this is Danea. Danea, this is Naz, my girlfriend,” kelam kabut Khaalish memperkenalkan perempuan cantik itu.

“Salamalaikum, how are you?” tegur Naz. Di kepalanya, dia cuba mengingatkan diri beberapa patah kata-kata pujangga tentang amarah. Yang paling dia ingat, ‘Speak when you are angry and you will make the best speech you will ever regret.’

“Waalaikumsalam! I am doing fantabulous! Finally, I tracked down the most elible but elusive bachelor in town. Khaal, stop doing your disappearing tricks,” jawab Danea dengan senyuman lebar, kepalanya disandarkan ke dada Khaalish.

Jenuh Naz mengawal riak mukanya supaya kelihatan tenang, walhal memang dia terasa hendak menjuling mata ke langit.

“Err, Danea, Naz is my girlfriend,” kata Khaalish sekali lagi, bagai mahu menyedarkan si cantik menawan yang nampaknya belum mahu melepaskan lengannya.

“Oh yeah, you did mention it the first time. Lucky girl! But be careful, Khaal is known for his flavour of the week…”

Cepat-cepat Khaalish memotong, “Danea, we have to go. Naz nak masuk ke dalam, nak beli buku.”

“Humph! Okay, okay, I won’t keep you anymore. You do have my number, right? Call me….anytime, it would be great to hang out with you again,”  kata Danea sambil pipi Khaalish dicium kiri dan kanan.

“Bye,” kata si cantik.

“Bye,” jawab Khaalish, lega melihat Danea berlalu.

Sunyi seketika. Naz tidak mahu berkata apa-apa, lebih baik diam daripada berkata benda-benda yang tidak elok. Khaalish pula kelu, tidak tahu apa yang hendak dikata. Perempuan-perempuan yang biasa keluar dengannya memang begitulah perangai mereka. Bercium di pipi perkara biasa.

“Err..sambung beli buku?”

“No, I think I am done,” jawab Naz dengan nada suara mendatar.

“Done?! With what? With buying books or done with me? Yikes! Silap-silap dia meletup…” gabra habis si jejaka kacak.
Naz terus berjalan tanpa memperdulikan Khaalish. Baru tadi dia berdebat dengan diri sendiri tentang sifat positif dan negatif Khaalish.

“Macam manalah boleh terlupa yang dia ni kaki perempuan?” gerutu Naz dalam hati, “Agaknya Allah dengar doa aku tadi dan Dia hendak beri petunjuk kepada aku.”

“Naz,” seru Khaalish, sambil memegang lengan Naz. Nasib baik berlapik, kalau tidak percuma melayang back hand satu das.

Naz mengangkat mukanya memandang Khaalish.

“Sorry about that. Girls in KL are like that,” cubaan pertama.

“Hmm hmm,” jawab Naz. Satu jawapan yang tidak menyedapkan hati Khaalish.

“So, that was nothing,” cubaan kedua.

Kaki yang melangkah terhenti, wajah Khaalish direnung lama, “Oh.”

Pun tidak menyedapkan hati Khaalish.

“She was just a friend,” cubaan ketiga.

“Yeah, that was quite obvious,” jawapan Naz masih lagi mendatar.

Tersangatlah tidak menyedapkan hati Khaalish. Lebih mudah kalau Naz marah-marah, menjerit-menjerit atau mengamuk. Sebab dia pernah ada girlfriend yang marah-marah, menjerit-jerit atau mengamuk bila terserempak dengan perempuan yang pernah keluar dengannya. Tapi yang “hmm hmm” atau “oh” ini, dia tidak pernah jumpa.

“Naz, awak marah?”

“Tak.”


78 comments:

  1. Sy br jer dok refresh note ni...tadaaa entry lg...kang migrain kang...slow down babe kang terlentang awk nnt

    ReplyDelete
  2. fuyyo, cepatnya respond!! ha ha now you are worried abt me, LOL (really LOL) terlentang, eee, nauzubillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer awk worried...sy ni pesen slow and steady janji result terbaek hihi

      Delete
  3. tensi3x toooooooooooo short la sis :(

    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn la tensi, kan Naz kata dia tak marah. he he

      Delete
    2. ibarat kalau makan baru masuk mulut, dah kena telan..cepat sgt habisnya haha

      Delete
    3. nnt sambung di bab 24 dan 25....tunggu...

      Delete
  4. o o o
    aiyak.. nk gabra mcm naz..

    akhirnya dapat baca dgn my lappy..
    wow super fast entry.. good job date line december? bila di pasaran?

    ReplyDelete
  5. Kak ! Silent treatment is known as the most effective strategi for man !!!good job. Tp tak puas !!!

    ReplyDelete
  6. haaaa kan dah kantoi en khaalish ooiii...remember hensem, naz ur 'grlfren' is not ur 'typical-malay-grl-fren' laaa...1-step-forward, 2-steps-backward????!!!! ooohhhh lurrrvvve her coolnessssss...try again!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo kita sekepala tak suka heroine yg melodrama semacam... he he

      Delete
  7. Untuk tidak menghampakan, dimulakan dgn ucapan, "oh-oh"..... oo-OOOOOOOOO....

    Susah gak Naz nak bulatkan keputusan... My sympathy to her... Nak ditolak lamaran si Khaalish tu, bunga2 cinta dah terbit. Nak diterima, ciri2 utama yg penting masih tak kelihatan di sisi Khaalish...

    Aisy.... mcm "relationship" ni akan "pause" jer buat sementara waktu.... Yer ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pause ke AA? kan Khaal kata dia ada plan sampai ke Z?

      Delete
  8. Ye la babe...better slow down a bit eventho i'm happy there's a new n3 evry day. Nnti klu u sakit...adoyai...jenuh la nak tgu

    ReplyDelete
  9. Oh...oh ... Am getting greedy... Just anothr 10 mins to ask the same question.... Hehe... Tq nina

    ReplyDelete
  10. Salam Nina..

    Wow ! speechless..what's happen..baru terfikir ada pelangi dah berdetum pulak petir dikaki langit...

    Nina..akak really suka part ni..akak Quote :

    “Err..sambung beli buku?”

    “No, I think I am done,” jawab Naz dengan nada suara mendatar.

    “Done?! With what? With buying books or done with me? Yikes! Silap-silap dia meletup…” gabra habis si jejaka kacak


    Satu E3 yg mencuit rasa .. kelakar giler..dapat akak bayangkan perasaan seram giler Khaalish dengan penerimaan Naz bila dia cuba menerangkan perihal dan salah laku bekas girl friendnya..yg mana Naz mengambilnya dengan sikap acuh tak acuh..

    Macam manalah Khaalish boleh terkantoi dengan salah seorg girl friendnya yg bernama Danea...kan ..agak agaklah ..sepatutnya dia tidak melayan wanita itu....kan dah terkantoi.. terang terang depan Naz....Sepatutnya dia meleraikan pautan Danea dilengannya sebelum Naz muncul didepannya ..bukan salahnya Khaalish pun kalau wanita itu mesra alam... bagaimana pula dia boleh membenarkan Danea mencium pipinya..sedangkan dia tahu..Naz memang allergic dengan perilaku itu..dan peliks sungguh dia dengan dirinya sendirikan..kalau selama ini dia tidak kisah kalau dia terkantoi dengan mana mana gadis yg menjadi temannya..tapi kenapa pulak dia yang gabra semacam dan rasa bersalah yg tidak bertepi dan terasa diri dia berlaku curang bila bersama dengan Naz..tunangan "teknikalnya" ..

    pendekatan Naz sungguh cool dan selamba tetapi ada garis kecewa diwajah ayu Naz.. didalam benak dan akal warasnya menimbang tara akan perilaku Khaalish yg jauh menyimpang dari apa yg difikirkan....memberikan ruang dan masa untuk mamat itu berubah bukannya senangkan..dia tetiba teringat satu quote yg dibacanya untuk mengcool down kan dirinya dengan perilaku yg tak semengah mamat sengal tu " You can't go back and changed the past,so look to the future and don't make the same mistake again twice " dan tetiba terlintas dihatinya berkata adakah mamat sengal tu masih aktif dengan aktiviti aktiviti gelapnya semasa ketiadaannya dan untuk apa Khaalish mengejarnya kalau Khaalish tidak pernah belajar untuk menjadi setia kepada dirinya..tapi bila difikirkan kembali..ada betul juga pepatah lama mengatakan " old habits die hard." kan..

    Teruja nak tahu..adakah betul pepatah inggeris ada berkata "when a women no longer gets frustrated and upsets with you,you can almost guarantee that she does'nt care anymore" apakah penerimaan.. Khaalish ek melihat perilaku Naz gadis yg dah bertahta dihatinya ..andailah katakan ..Nina apa akan Khaalish lakukan ..bila naz melontarkan kata kata yg menikam ke kalbunya "Don't come in my life..if you don't plan on staying" dan adakah dengan peristiwa ini..Naz akan pack her things and doing the vanishing part..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju..nak tau jugak. erk..tiba-tiba mencelah..

      Delete
    2. curious jugak nak tau 2 (tetiba pon kacau line nih sambil hanguk2) ihihihi

      Delete
    3. idaaa...i think u get it. dah dia cenggitu, camana nak sorok kan. the question now is Naz sanggupkah terima dia dgn historynya tu?

      Delete
    4. puan insinyur...eleh yg awak pun, bila tulis lagi lah buat org tercungap2 nak tau whats gonna happen. ini dr am muncullah pulak....seh susah jd dara pujaan ramai cam nani tu


      stoberi...jap,jap sdg taip bab 24, hopefully boleh lah naikkan hari ni juga :)

      Delete
    5. Erk...herm..Ohhh..tatau nak cakap pa. Tak sangka ada org tercungap-cungap eh bila baca SAJC...

      Delete
  11. inarshad..

    Bukan apa..Khaalish mahu Naz tahu..yg wanita wanita itu adalah masa lalunya dan dia tidak berupaya untuk melenyapkan masa lalunya..sooner or later Naz akan tahu juga profil sifat buaya tembaganya !!..Jadi dia mahu Naz terima dia seadanya ..kini..the new..Khaalish...kot..!! lepas lepas ni..sumpah dia tak main kayu tiga..teringat..pulak citer P.Ramlee madu 3....What say Nina..???

    ReplyDelete
  12. Wah takutnya nk tau apa tindakan naz nanti

    ReplyDelete
  13. oh ho not expect n confuse with khalish neh... oh hoooooo......so what to do just oooooooooooooo...

    ReplyDelete
  14. wah...marathon dah nie...

    ..eeeiiii... Bengang....ngan Zaim Khalish...nak balik LP. Now!!hehe

    Nina..how many chap till we will be missing them? 5/6 eak?

    Nway....do take care...important tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. .. lupa nak mentioned. I pun suka part yg ida suka tu...siap ulang...tnet hr ni meragam ler...

      Delete
    2. bab 24 nnt, sy nak tau liza suka tak part tisu tu

      Delete
  15. Kak Nina, too short. :(
    xsabar nak tunggu bab sterusnya.
    Aissh Kdg2 geram je dgn sikap Khalish. Speechless!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yg short, ada yg long. tp sy yg semput ni skrg asyik nak short je he he

      Delete
  16. Ye ke Naz tak marah???
    Or dah membahang dah dalam hati tu....hehehe #^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sikit-sikit mesti ada kan, dia control tu he he

      Delete
  17. Hehehehe padan muka khaalish!!!! Mesti arr bengang sempat lagi duk cium bagai! Pompuan tu Mmg nk kena baling selipar L !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm, sy ada golongan kawan2 Melayu Islam yg mmg kalau berjumpa tu cium pipi kiri kanan...dah jadi budaya

      Delete
  18. Dear Nina,

    - alaaaa...kenapa pendek aje, kak fadz baca sekali nafas aje...dah pun habisss....
    - jeng...jeng..jeng...oh my khaalish tolong la jangan buat perkara-perkara yang naz tak suka, tengok apa dah jadi...?????
    - kak fadz juga yang frust menonggeng ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak sian pulak reader yg frust menonggeng. so nak kena buat citer yg happy je?

      Delete
  19. Grrrrrr..geram nya dgn khalish.....
    nina...xsuka2...xsuka..xsukaaa...
    klu i jd naz mmg blik LB trus!huh

    ReplyDelete
  20. oh oh...hmmm.....
    Nina, takut to expect apa yang Naz akan buat/putuskan. Yalah...dalam hati sudah ada wanginya bunga mawar, tapi tiba2 datang pulak si bunga tahi ayam menggamit si kumbang. Dan si kumbang ni pulak, sudah tahu apa yang si mawar berduri suka dan tidak, masih membiarkan si bunga tahi ayam mendekat juga? Hilang akal ke apa si kumbang ni??? Aiyyyooorkkkkk....

    ReplyDelete
  21. halalala.....sedeh plak haihh....wuwuwu....hrp nx n3 mood baik balik...huhu

    ReplyDelete
  22. naz makan dalam tu....sedihnye lah rasa

    ReplyDelete
  23. like this word "Yikes!" ngan ayat nih "Tapi yang “hmm hmm” atau “oh” ini, dia tidak pernah jumpa." miahhahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha, kan Naz tu dok study sami2 Buddha, nak tenang mcm derang he he

      Delete
  24. Naz x marah... tp i marah... geramnye dgn si gedik tu... x sedo diri tul. si khal ni pun satu, yg x ikut g solat tu apahal..? nina syg, tq very3 much for the express n3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah tak biasa solat, bukan boleh start solat cenggitu je. sy selalu pesan dgn sapa2 nak kawin, syarat utama bakal suami mesti tak tinggalkan solat, basic tu

      Delete
  25. OMG! OMG! apa sudah jadi dgn Khaalish ni?? baru la Naz tu nk kasi green light...alih2 jadi red light pulak..haa baru padan muka khaalish..hisy geramnyerr grrr

    ReplyDelete
  26. oohhhhhhhhh........

    ReplyDelete
  27. Bab ni mengusik persoalan2 d hati sy. Tq writer...
    Tak sabar nak tahu kesudahannya...

    ReplyDelete
  28. Naz ni mcm dipersimpangan je..gaya dia mcm nk dgn khaalish tp...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...di persimpangan. klu aisyah? apa aisyah buat?

      Delete
  29. Hmmmmm......I hate Zaim Khaalish! Bukan susah pun nk mengelak dari dipegang@dicium perempuan. Mulut & tangan dia bukan cacat nk mengelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha..agreed..1000x with U..tapi kan there's no use stressing over something that has happened..coz there is no way he can do to change it..dia dah terbiasa kot..dia kan buaya tembaga..!!

      Delete
    2. haah ida, his history is something that Naz has to deal with...

      Delete
    3. But Hanina, this is not his history..but PRESENT bcos he just did it...huhuhu....but I still love ur story ;)

      Delete
    4. benda dah jadi biasa, some malays here jumpa cium pipi kiri kanan nothing bagi derang. so jom kita tengok will he change? and err actually nnt sy cerita knp dia cenggitu dgn girls. tapi waaay after chap 30, wont be in this blog, kena tunggu versi cetak insyaAllah

      Delete
  30. Salam Nina,

    Wah wah wah new entry again. haha...good good. keep it up k.

    Hmmm, dari mana pulak si Danea ni muncul? Dia girl yang Khaal bawak gi Bali dulu kan? Poor Naz, hati baru nak berlembut utk menerima si hensem tp....

    Setuju dgn idA...Khaal dah biasa jadi buaya tembaga n dah terbiasa. Sikit lagi nak jadi buaya pelahap jer.


    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha..give me high 5..agreed..agreed..

      Meriah akak rasa E3 kat sini kali ni..tapi tuan tanah mana ek..

      Hi nina..U have been missing..are U okay..hopefully U tak pening dengan gelagat kita org..really enjoy giler bab ni..

      Delete
    2. yup... enjoy3, earlier few chapters rasa kene diabetis, but tetiba bab ni rasa kene high blood pressure lak..

      Delete
    3. salam awal muharam semua & 2 cik nina kite yg MIA...harap2 kejap je...btl,btl,btl,sokong cik ida, mmg meriah sakan kat sini...ulang bace msh guling2...sikit lagi meroyan...tapi blog cik nina ni mmg best, blh 'hidup' sendiri dgn gelagat kite org...love u all!!!

      Delete
    4. ida...semalam mesyuarat 3/4 hari, sigh. balik rumah terus pengsan kat ruang tamu, dah tak sempat ke bilik tidur, so tired. hari ni nak duduk diam2 kat rumah, siapkan chap 24 yg agak panjang. ilham pun belum mariiii

      norana, ha ha..blog saya tempat org dapat penyakit? eh...siannya. kalau penyakit angau tak pe lah :)

      zoora! Salam Maal Hijrah to u too. Moga diberikan kesihatan dan kekuatan untuk banyakkan ibadat dan berbakti :)

      Delete
    5. zue, girl yg khaal bawa ke Bali tu namanya kassandra, ha ha hero ramai girlfriend sampai readers pun dah fonkius

      Delete
    6. betul tu zoora... followers lak terlebih rencah dr tuan tanah.. hihihi..

      nina, bukan tpt dpt penyakit la.. tp klinik rawat followers yg sakit.. mcm2 ada. hahahaha

      Delete
    7. norana....no prob!! ahlan wasahlan

      Delete
  31. inarshad, naz tak terkata apa tu!

    idaaa...u r spot on!

    ReplyDelete
  32. Okay, Naz kena fikir betul-2 kalu nk terima Khaalish.
    1) solat and 2) how about stok-stok girlfriend Khaalish.

    Macam ni kena fikir sedalam-dalam dulu, kalau tak naya Naz. Kisah 4 thn dulu boleh nk lupakan, tp for 1 & 2 tu yg susah sikit.

    Cik Nina, nampaknya sy pun dh kena penyakit. Penyakit sakit hati dgn Khaalish..hehe...

    ReplyDelete