Okey, dearies...Naz and Khaalish go on a weekend date in KL! Sedang siapkan Bab 21, which should be more exciting than Bab 20 (writer oh-so-perasan!)
Bab 20
Kakinya
melangkah keluar dari Balai Ketibaan KLIA, hatinya berdebar-debar, entah berapa
gelen darah yang dipam. Kepalanya pula berputar-putar memikirkan beberapa
kemungkinan: Zaim Khaalish ada menunggu diakah? Apa yang akan berlaku bila
mereka bertemu? Akward moments? Apa yang mereka akan buat? Supper? Malam ini
dia tidur di mana?
Tiba
di luar Balai Ketibaan, langkahnya terhenti. Kepalanya berputar 180 darjah,
dari kanan ke kiri, mencari si dia yang berjanji akan menunggu. Walaupun ruang
itu penuh sesak dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan petugas-petugas hotel
yang menunggu ketibaan penumpang-penumpang, bagai ada tarikan magnet, mata Naz
tertancap pada jejaka yang berdiri agak jauh di belakang, jauh dari orang ramai
yang bersesak di pintu keluar Balai Ketibaan.
Terhenti
jantungnya seketika. Zaim Khaalish kelihatan luar biasa kacaknya malam itu,
berpakaian kemeja yang terbuka beberapa butang, lengan bersinsing hingga ke
siku, berseluar panjang berwarna gelap. And what’s with the dark glasses? Kat
dalam bangunan pun pakai cermin mata hitam? Oh! Dia kan anak usahawan
terkenal….hmmm….Malaysia’s most eligible bachelor lagi. Tak nak orang kenal
agaknya.
Kakinya
dihayun perlahan-lahan, dengan harapan jantungnya dapat berdegup dengan normal
semula. Bimbang kalau si jejaka perasan jiwanya yang berkocak sakan dengan
pertemuan ini. Tak sama seperti bertemu di Luang Prabang. Bertemu di KL, dia
yang datang. Perigi cari timba? Unabashed declaration of her feelings?
Dalam
libang libu itu, dia sudah tiba hampir dengan orang yang membuat jiwanya kacau.
Kelu lidah, kering tekak. Tanpa sedar bibir bawah digigit, membuatkan dia
kelihatan lebih comel di mata si jejaka.
“You
look tired,” ringkas tapi tepat.
Si
jejaka sudah tertawa kecil, perasan yang
si gadis manis comel itu sudah gabra, “Assalamualaikum.”
“Alaikumsalam,”
salam dijawab tapi mulut sudah muncung, kelat hati diperli kerana lupa memberi
salam.
“You
look tired,” komen yang sama diulang.
“You
look cute,” serangan balas tak-mahu-kalah si Khaalish.
Makin
panjang muncung Naz, sekali lagi terpecah tawa kecil jejaka kacak di depannya.
Seronok mengusik si manis comel. Tapi bila tersedar yang si manis comel sudah
terbang berjam-jam hanya untuk bertemunya, tangannya mengambil beg si manis
comel yang tersangkut di atas bahu.
“Jom,
kereta saya kat luar,” kalau boleh tangan si manis comel juga mahu digenggam
tapi Khaalish arif dengan sikap Naz yang tegas tentang sentuh menyentuh antara lelaki dan perempuan
bukan mahram.
Bukan
sifat Naz mengikut sahaja lelaki tanpa tahu ke mana destinasinya. Tapi segan
pula mahu bertanya, bukankah dia sendiri yang bersetuju ke KL?
Di
luar bangunan, mereka melangkah ke arah sebuah SUV putih. Naz yang tidak pernah
ambil tahu tentang jenis-jenis kereta, sedar juga yang SUV ini tentu mahal
harganya. Pintu SUV dibuka oleh seorang lelaki berbadan tegap yang memakai bush
jacket, agak Naz tentu dia ini pemandu Khaalish.
Sebaik
sahaja masuk ke dalam kereta, Naz sudah tidak dapat menahan mulutnya dari
bertanya, “Nak ke mana kita?”
Khaalish
menjawab sambil membuka cermin mata hitamnya, “Supper?”
Mata
Naz tertancap ke arah mata Khaalish. Bila cermin mata hitam dibuka, makin jelas
yang jejaka itu keletihan, matanya lesu, tidak bersinar seperti biasa.
Entah-entah datang terus dari pejabat, baju pun belum bertukar.
“You
really look tired,” buat kali ketiga Naz mengulang komennya.
“Minggu
ni teruk sikit kerja di pejabat. Ada business deal baru dari Taiwan. Tapi,
don’t worry, dah siap semua,” jawab Khaalish, tidak boleh lagi mengelak kerana
sudah tiga kali dikomen Naz. Dalam hatinya memuji sikap prihatin si dara.
Terdiam
Naz memikirkan betapa dia selama ini tidak pernah prihatin akan kebajikan
Khaalish. Selang seminggu jejaka ini ke Luang Prabang, tidak pernah dia
mengeluh letih tentang perjalanan yang jauh atau tentang beban kerjanya.
Terlepas
sebuah keluahan kecil dari mulut Naz, “You are so self-absorbed, Naz!”
“Kenapa
mengeluh?” tersembul lagi ketawa kecil Khaalsih, “sebab saya handsome sangat?”
“Kalau
awak letih sangat, tak perlulah saya datang. Penat pula nanti awak nak melayan.”
“Eh,
siapa kata saya nak melayan awak. Awaklah yang melayan saya,” usik Khaalish.
“Tsk!”
keluar lagi muncung si Naz, disambut dengan ketawa si Khaalish.
“Supper,
nak?” tanya Khaalish bagai memujuk.
“Tak
payahlah, baik awak balik rumah dan rehat,” putus Naz.
“Okey,
jom,” perlahan sahaja ucapnya, diiringi dengan senyuman yang nakal dan seksi.
“Oh
my God, oksigen …oksigen,” fikir Naz yang sudah sesak nafas!
“Jom
ke mana?” dapat juga dia bertanya, cuak sungguh bunyinya.
Terbahak-bahak
Khaalish ketawa, melihatkan Naz yang sudah gabra, seronok sungguh mengusik si
manis comel seorang ini!
“Don’t
worry, sayang. Selagi tak sah, saya tak akan bawa awak balik ke rumah saya. Jom
saya hantar awak ke hotel,” terang Khaalish dengan sisa-sisa tawa.
Lega
hati Naz bila Khaalish tidak menyebut mahu menghantarnya ke rumah bapanya. Pening
dia memikirkan kerenah bapanya kalau dia dihantar pulang oleh Khaalish. Agaknya
esok juga dia akan dinikahkan dengan anak jutawan ini. Bukannya dia tidak faham
perangai Dato’ Nazari!
Alahai!
Rupanya dia menginap di KLIA Pan Pacific! Tak sampai sepuluh minint dalam
kereta sudah sampai.
“Kalau
saya duduk di sini, jalan kaki pun boleh.”
“Saya
yang jemput awak datang, sayalah yang hantar awak, no problem,” tukas Khaalish.
Melangkah
masuk ke dalam hotel, mereka berjalan terus ke lif. Bila melewati meja
pendaftaran, Naz merenung mata Khaalish bagai bertanya.
“Dah
check in,” ringkas sahaja jawab Khaalish.
Melangkah
masuk ke dalam lif yang sempit itu, dada Naz berdebar-debar semula. Bau wangian
Khaalish menerpa ke hidungnya. Di Luang Prabang, mereka tidak pernah berdiri
sedekat ini. Segan pula rasanya, hampir seharian dalam penerbangan, entah apa
bau badan sendiri.
Bila
lif terbuka, lega rasanya mendapat oksigen! Beriringan mereka melangkah ke
bilik hotel. Debar di dada yang reda tadi muncul semula, sekali naik dengan
rasa segan. Berjalan beriringan dengan lelaki bukan mahram ke bilik hotel pada
malam, bulu roma Naz sudah meremang. Dalam kepalanya dia berkira-kira untuk
menyuruh Khaalish pulang sahaja.
“Here
we are,” kata Khalish tiba-tiba, terkejut Naz dibuatnya.
Khaalish
mengeluarkan kad akses bilik dan membuka pintu bilik. Cepat-cepat Naz melangkah
masuk.
“Err…,”
Khaalish bagai teragak-agak untuk menyatakan sesuatu.
“Hish!
Takkanlah dia nak masuk sama?” fikir Naz, matanya sudah buntang memandang
Khaalish.
“Untuk
awak,” sebuah beg kertas kecil dihulurkan kepada Naz.
“Apa
ni?”
“Tengoklah.”
Isi
beg kertas itu ditinjau, sebuah telefon pintar keluaran terkini masih di dalam
kotak!
“Khaalish,
too muchlah! Dahlah awak belikan tiket kapal terbang, hotel lagi, ini telefon
pula,” protes Naz lembut, tidak biasa dilayan sehingga sebegini.
“Dah
saya minta nombor telefon awak dari dulu lagi, awak tak nak kasi. So, saya
belikan telefon ini, senang esok saya nak hubungi awak. Baterinya pun saya
sudah siap cajkan. Bila saya telefon, jangan tak jawab pula.”
“Bateri
pun awak cajkan?”
“Everything
for you.” Lembut tutur kata, senyuman manis, sudahlah lewat malam, hai boleh
tergugat iman!
“Tapi
esok pagi saya ada hal, business partner dari Taiwan tu nak main golf. Sekerat
hari juga. Nanti saya cuba cabut awal. Kita lunch sama-sama ya.”
“Okey,”
jawab Naz, bagai anak kecil.
“Kalau
lapar, order room service.”
“Okey.”
“Esok
pagi, driver saya akan jemput.”
“Okey.”
“Kita
jumpa di restoran.”
“Okey.”
“Tidur
mimpikan saya.”
“Okey.”
Terpanggung
kepala Naz bila tersedar apa yang diokeykan, buntang matanya dijegilkan ke arah
Khaalish. Terbahak-bahak ketawa Khaalish, hilang letih berhempas pulas
menyiapkan segala kerja sepanjang minggu ini.
“Good
night,” nada suara oh-so-romantic!
“Assalamualaikum,”
Naz memulang buah paku keras.
“Okay,
okay, you got me…Waalaikumsalam,” senyuman lebar.
Pintu
yang baru hendak ditutup ditahan oleh tangan Khaalish, sekali lagi terbuntang
mata Naz.
“Sayang,
I so enjoy it when you are amenable like this. Sleep tight,” bisikan terakhir
dan si jejaka penawan hati itu berlalu pergi.
“Amenable?
Amenable! Selama ni aku ni kaki bangkang ke?” mengerut dahi si dara.
wah.... adegan suweet-mueet dan lebih berharmoni di antara Naz & Khaalish sudah mai.... saya suka naaa.......
ReplyDeleteAA, nanti Bab 21 terus kena diabetes!!
Deletewaiting this part for soooo looong....n also waiting da lovey dovey partbetween k n n...♥
ReplyDeletepuan insignyur....jawab saya, satu shj: SAJC 14!!!
Deletehe he
uhuk uhuk...teaser dah sda dlm fb...tp tiba2 jd malas lak...
Deletesangat sweeet....!!!
ReplyDeletewarning!! its gonna get sweeter!
Deletethe beginning of sweet moment..good job Nina! Been waiting for this moment between Naz and Khaal. Aman. Tak gaduh2. nakkk lagi with more sugar and top up with honey bagi lagi manis.
ReplyDeletep/s ada satu kesalahan ejaan kat atas tu. akward = awkward. jgn marah yer :D
abt the spelling mistake, tak marah lah, lagi terima kasih. sy taip sekali lalu shj, edit pun gitu2 je, writer on the run :)
Deleteok, sugar and honey coming up!! :)
tak-leh2, makin cair ni...where art dou hati-batu ku?...ni msh lam mood terkeliru & mengelirukan...i quote last verse of 'sweet love'...'oh no no no no no no no sweet love, ummm hmmm, so sweet, so sweet, so sweet'...mummy msh dpn lappy!!!!hahahahahahaha
ReplyDeleteha ha! zoora dah cair? miraculous tu...
DeleteAhailaaa. ...one quick question libang libu tu apa maksud?? 1st time dgr laa...btw thanks 4 the entry nice as usual....
ReplyDeleteerk...agaknya ini bahasa daerahlah. Daerah mana ya? Sy pun tak perasan. Libang libu tu cam..butterfly in yr stomach...errr...boleh ke?
DeleteOhh...giddy inside dek trlalu nervous gitu ekk
Deletesalam Nina
ReplyDeleteAkhirnya ..si Naz ..jadi juga dia menapak ke KL berjumpa dengan Khaalish..Actually a big step dan juga a big decision yang dibuat oleh Naz..ditolak tepi ..akal warasnya..dan mengikut kata hati ..betapa rindunya dia pada empunya nama Khaalish tu..kan..
Bila plane touch d grd..dan true to his words ..selepas keluar dari balai ketibaan ..ternampak kelibat wajah pujaan hati...yg mula mendapat tempat dihatinya..Wajah Khaalish nampak begitu exhausted..tetapi excited dan ceria ...baru Naz realizekan..betapa simamat Khaalish selama ini amat bersabar dengan kerenahnya bila mereka bersemuka diLuang Prabang pada pertemuan pertama ..kedua dan dia sendiri gagal untuk mengira bila ...dan pertemuan mereka yg keberapa ..yg dia dapat menerima mamat poyo tu dalam hidupnya dan telah dapat menebus pintu hatinya yg keras itu...
Pergh..agaknya betapa nervousnya si Khaalish menunggu kedatangan sibuah hati yg merentas perjalanan dari Luang Prabang ke KL ..yg memang dia tidak sangka yg naz akan menerima jemputan untuk meluangkan masa bersamanya selama 2 hari..rasa tidak tercapai oleh akal warasnya bila diberitau oleh Reham..Rasa macam dia nak melompat lompat dan menjerit kegembiraan..kerana Naz seperti telah sudi menerima kehadiran dirinya..
Membaca E3 ini..kita pun seperti dibuai buai oleh perasaan 2 pasangan ini...rindu terlerai bila berjumpa dan tidak tahu macam mana nak express oneself to other person..kan..
Akak suka part yg mamat Khaalish telah menyediakan sebuah penginapan disebuah hotel dan juga siap dengan driver lagi..untuk kegunaan Naz..disini akak nampak tak sia sia dia mendapat gelaran playboy yg terhot in town..menghadiahkan sebuah phone siap dicajkan sekali untuk contact sibuah hati bersama dengan reasonnya sekali..terasa cara mengayat siplayboy ni mmg kelas...dik ooi..
Rasa tak sabar nak tahu ..apa yg telah dirancangkan oleh Khaalish untuk mereka berdua di KL ..
aduhai...hati ku dh tergoda n tertawan....naz cam dh cair jer hati tu hehe...tu lh khaalish mmg superb,angin malaysia ne lain lembut n bau nyer tu yg ati sigadis leh ter3... kat khaalish.tk sabar nk tunggu n3 pas neh...hehe
ReplyDeleteadoyyaaiiii...baru sempat bace huhuhu....Nina rasa2 nye kan pulngkN pku buh keras...terbalik 2 hihihi
ReplyDeletehaah lah paku buah keras (apa sebenarnya tu ye?) tu lah nak upkan 2 entry sehari habis tunggang langgang, tqvm ye!
Deletehamboi..btul khaalish nk bli jiwa Naz ni...
ReplyDeleteadalah Naz pn dh mengalah? wah x sbr...
Nina....memang sweet giler Khaalis melayan Naz. Kalau I jadi Naz, time tu jugak I ajak Khaalish nikah! He he he..... sooo intoxicated.
ReplyDeleteyess bestt2!!! naz da mule lmbut hati =)
ReplyDelete#mahram > tepat!! (^_^)
(y)...best
ReplyDelete