salam, dears! Saya pernah kata cerita ni kekdang ada ruhnya sendiri. U all bacalah bab ini, as I was typing it, jalan ceritanya jadi berbeza dari apa yang saya rancang dalam kepala!! Serius. baca dulu nanti kat nota kaki saya cerita camna bab ni berbeza dari apa yang saya rancangkan......
Bab
26
Usai
sarapan pagi, Xandria terkocoh-kocoh meminta diri, bimbang terlepas penerbangannya
ke Kuching. Naz pula santai berjalan ke lobi
bersama Khaalish.
“Apa yang awak berdua berbisik-bisik
tadi?” Tanya Khaalish yang sedari tadi teringin sangat hendak tahu. Hairan juga
dia melihat Naz dan Xandria bersembang tadi bagai teman lama.
“Tak ada apa-apalah. Just silly girls’ stuff,” pendek jawab Naz.
“Silly girls’ stuff? Yeah, right!”
desah hati Khaalish, “What was she up to just now?”
“Saya naik ke atas kemas barang,”
Naz meminta diri.
“Naz,” seru Khaalish, “awak balik esok
boleh?”
“Hah?!!” terhenti kaki yang melangkah.
“Balik esok. Saya belikan tiket baru
ya?” lembut romantik, gaya orang hendak memujuk.
Jantung terasa laju berdebar, “Saya kerja
esok,” Naz menolak.
“Please, pretty please,” manja Ya Rabbi.
“Awak pun kerja esok,” Naz cuba berfikiran rasional.
“Saya ambil cuti esok.”
“Saya tak boleh, esok kami ada
fieldwork. Saya tukang kumpul data,” Naz cuba bertahan. Hai, kalau termakan pujuk
ni, silap-silap tak balik Luang Prabang langsung.
“Data di sini tak nak kumpul?” bisik
Khaalish.
“Data apa?” lurus bendul punya soalan!
“Data hati saya….,”senyum nakal di
bibir.
“Ewww…..cheesy,” Naz buat muka geli,
walhal hati dah bergetar. Kaki terus melangkah ke lif.
“Only with you,” semakin lebar senyuman.
Pintu lif terbuka, kedua-dua melangkah
masuk.
“Eh, awak nak ke mana?” terkejut Naz.
“Ke bilik awak,” selamba jawapannya.
“Are you crazy?!” soalan yang automatic
terkeluar.
“For you…” dua perkataan sahaja tapi
impaknya kalahTaufan Sandy.
“Don’t worry, saya tunggu kat luar.
Saya tolong angkat beg,” terang Khaalish bila muka Naz kelihatan panik.
“Bukan banyak pun beg saya,” balas Naz,
tidak selesa.
“Saya tolong angkat,” jawab Khaalish,
muktamad.
“Anak jutawan nak jadi tukang angkat
beg? Sesuaike?” dalam hati Naz rasa bersalah pula menyusahkan Khaalish.
Dan sekali lagi Naz berjalan beriringan
ke bilik hotel dengan jejaka idaman Malaya, meremang bulu roma walaupun siang terangbenderang.
Rasa macam skandal besar!
Di bilik, tidak sampai sepuluh minit, Naz sudah siap berkemas.
Dia memang sentiasa travel light dan barangan
yang dibelinya sudah dimasukkan ke dalam beg yang dipinjam dari Mak Long
semalam. Khaalish yang menunggu di luar berkenan sungguh denganNaz yang
sentiasa cepat bersiap.
Selesai urusan check out, kata Naz,
“Khaalish, jom naik buggy ke airport. Peliklah naik kereta, airport sebelah nun
saja.”
Khaalish hanya menurut dan bila sudah
duduk di dalam buggy yang disediakan oleh pihak hotel, baruNaz tersedar, silap!
Silap besar naik buggy sebab buggynya kecil! Mereka duduk rapat benar, tambahan
pula dengan Khaalish meletakkan tangannya di penyandar belakang. Ooh! Meremang bulu
roma lagi. Perjalanan yang entah berapa minit dari hotel ke airport terasa sungguh
lama.
Tiba di airport, selesai mendaftar masuk,
Naz cepat-cepat mahu masuk ke terminal perlepasan.
“Naz, lambat lagi flight. Minum dulu
jom,” ajak Khaalish, masih tidak puas bersama gadis pujaan. Tension dia memikirkan
dua minggu berpisah dengan Naz.
“Saya masuk sajalah, boleh menulis sikit
sebelum flight,” alas an diberi.
“Naz, please…. Dalam flight pun
boleh tuliskan?”
Muka Naz sudah serba-salah, gabra
pun ada, “Ya Allah, please make it easy…”
Beg sandangnya yang besar dikorek-korek.
Akhirnya, jumpa juga dengan beg kecil berisi telefon hadiah dari Khaalish dan dihulurkan
kepada sijejaka.
“Hmm?” hairan.
“Saya nak bagi balik,” kata Naz,
muka sudah merah.
“Kenapa?” masih terpinga-pinga.
“Saya rasa segan. Awak belikan macam-macam,
tiket, hotel, fon…” matanya melekap ke lantai, tak sanggup nak bertentang mata.
“Naz, awak tahukan, saya buat semua ni
bukan untuk awak. Tapi untuk diri saya sendiri, sebab saya tak tahan rindukan awak,
nak jumpa awak…”
Naz menelan air liur, tekaknya terasa
kering sangat-sangat, “Khaal…boleh takkita…. Boleh tak kita….stay as friends?”
Terdiam, tidak terkata apa. Lama. Mata Naz terus memandang
ke lantai.
“Naz, give us a chance. …. I know we
will be good together, trust me,” perlahan ucap Khaalish.
“Dunia kita berbeza…”
“Berbeza tu bagus, supaya sentiasa ada
kelainan dalam hidup.”
“Berbeza hingga tak ada titik pertemuan.”
“Awak tentukan titiknya, I see you
there.”
Jeda, “Cakap dengan loyar buruk, mana
boleh menang,” terlintas di benakNaz.
“Naz… kitacuba….cari titik pertemuan
itu?” Khaalish tidak mengalah.
“It’s not fair, for me to expect you
to change. You are you,” jawab Naz perlahan, bagaikan orang berbisik, matanya masih terlekap
ke lantai.
“Awak tak pernah dengar, Naz? The
only constant thing in life is change,” senang sahaja si loyar buruk mematahkan
hujah Naz.
Jeda lagi. Mata Khaalish terlekap pada
wajah Naz. Ingin mencari sebarang klu, sebarang tanda.
“Naz, I know I am not perfect…”
Khaalish bersuara semula.
Cepat-cepat Naz pintas, “I’m not
perfect either.”
“So let’s spend our lifetime to try
to be perfect for each other?”
Naz diam lagi, di mindanya, “I don’t
want you to try to be perfect for me. I want you to try to be perfect for Him.”
Tapi tak terucap, fikirnya siapalah dia
untuk membetulkan Khaalish? Kuatkah dia untuk membetulkan Khaalish? Sedangkan dia
sendiri berharap untuk bertemu dengan seseorang yang mampu menjadi Imamnya.
“Naz…,” tak pernah ada orang yang
menyebut namanya selembut ini.
“Sekurang-kurangnya beri kita masa……
Kita cuba dulu….Kita lihat dulu…. Apa yang awak nampak sehari dua ini….Danea…..Xandria….saya
tak tipu Naz, they are my past. You are the only one for my future. Beri saya masa
untuk buktikan kepada awak?”
Muka Naz sudah berbahang, siapalah dia
untuk Khaalish merayu-rayu. Terasa sombong pula membiarkan Khaalish merayu.
“Danea….Xandria….bila terjumpa mereka,
saya rasa ….. I am not your type….” Walaupun alas an ini bunyinya lemah di
telinganya sendiri, Naz rasa dia perlu jujur.
“Whether you are my type or not,
it’s my decision. The issue now is that you think that I am not your type,” lancar
sahaja hujah Khaalish.
“Okey, okey, awak pandai cakap, saya
tak pandai. Tapi hati saya kata kita ini tak sesuai,” Naz sudah hampir kehabisan
idea.
Senyum kecil muncul di bibir, “Sebab
hati awak belum kenal saya sebenar-benarnya. Saya minta untuk awak berikan saya
sedikit masa lagi. I am sure you will have a change of heart.”
“If I don’t?”
“You don’t worry about it, I’ll take
care of it. Just give me some time.”
Akhirnya Naz mendongak dan merenung wajah
Khaalish, “Penat tau cakap dengan awak. Degil!”
“Nope, I am persistent.”
“Ha, tengok-tengok!” jari telunjuk sudah
tertuding ke muka Khaalish.
Terburai ketawa Khaalish, bahagia,
di benaknya, “It feels so good to laugh. It feels so good to laugh with her.”
“Awak ketawalah ZaimKhaalish. You
watch out, I am going to break your heart!”
Wah! Siap beri amaran, Khaalish ketawa lagi.Kaki
dihentak macam anak kecil, lagi kuat ketawa
Khaalish.
“Awak ketawakan saya, saya nak baliklah,” ugutan ke apa
tu?
Reda ketawa Khaalish, senyuman lebar masih di bibir,
“Bye, sayang, have a safe journey. I’ll see you in a fortnight.”
“Degil macam ni, siapa nak kahwin dengan dia? Orang kata
jangan panggil sayang, pandai-pandai saja panggil sayang,” bebel Naz sambil melangkah
ke pintu perlepasan, Khaalish mengikut dari belakang.
Pasport dan boarding pass diperiksa oleh polis yang
bertugas.Khaalish berdiri di sebelah, memerhati.
Sebelum melangkah ke eskalator, sempat Naz berkalih,
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam, sayang,” mata sebelah dikenyitkan.
Mata Naz menjuling ke langit, tawa Khaalish terburai lagi.
p/s: nak tau how the story is different? masa saya nak tulis, saya plan Khaal akan marah dgn Naz's rejection, dia rasa frust sangat dgn semua usaha dia, Naz masih tak nak terima dia. Dia balik ke ofis esok, bad mood ever. Tapi as I was typing the dialog masa Naz nak bagi balik fon tu, dialog tu terus bertukar...Khaal sudah keluar loyar buruknya dan apa Naz kata semua dia kilas hingga Naz geram.... turned out so different from what I planned all this while. So bab 27 pun akan berubahlah sikit. Writing can be weird at times.....
awesome-lah ini part. il like it :) khaal tak payah lah marah2..heeeee
ReplyDeleteoh, u prefer the loyar burok version, not Khaal frustrated and angry? hmmm (writer thinking...)
DeleteNina, if u make it as u planned be4, I think Khal will be like Zahrain. You said u want to make a different Khal rite? So I think this version is better. Sorry, just my 2 cents.
Deletehmm interesting perspective. yes, Zahrain was like that, nak marah2 je coz kena paksa kahwin. and yes, Khaal pula in love with his lady. u know what dear, i think the story comes out the way it does, because deep in my mind i must have a pretty clear picture of Khaal's personality... err bunyi cam perasan jer... but i am thinking aloud here.
Deleteplease dont say sorry, i look forward to readers' comments. thanks for taking yr time to comment actually
Yes ! I like his loyar buruk. Let it be diff from other hero. Ap2 pun, love ur writing :)
DeleteSuperb!shaf suka loyar buruk khaalish nmpak tegas sbnrnya.
ReplyDeletethanks for the vote Shaf! tu lah i pun think so, kena reject, frust, marah2 tu dah tipikal dalam most novels kan? (he he jeles you yg tulis 2 bab sehari, so i pun nak laju juga he he)
Deletesee, dah tak ada pun 2 bab sehari since peraturan yg dibuat sendiri takleh nak ngadap lappy dekat umah. ngee. tapi, lepas 26 ni rasa nak tambah enjin turbo sebab xsabar nak siapkan SAJC cepat2, edit terus hantar. serabut eh kepala bila dok fikir keje yg makin menimbun.
DeleteKNK, harap2 Khaalish perlu berusaha untuk tackle Naz. Cumanya Khaalish perlu berusaha untuk diri dia sendiri dulu.
Perghh, bab komen orang punya..ngeee.
gud luck untuk Kisah Naz n khaalish ni.
ReplyDeletetqvm, sweet Irene (sweet from the pic)
Deletewell sy rase part ni best bile si khaal x marah2 & terus ejr pikat si naz :)
ReplyDeletetapi cam kesian plak kat Naz, asyik si mamat tu je menang dila ada Debat Piala Perdana
DeleteHa2, mmg cerita bab ni yg u taip nh kna dgan taste i. It is very typical u know hero marah2 when kena reject. I like this positive thinking khal. Looking forward for the next chap :) ngeee
ReplyDeletegreat!! :) next chap? err....
Deleteokies, request jugaklah..next chap please (begini rasanya bila reader minta next..next..next) ngeee
DeleteKhaal yg tak pernah putus asa. Or will he, someday? Khaal should find out ciri-ciri lelaki idaman Naz. Saya suka ayat Naz - I don't want u to try to be perfect for me. I want u to try to be perfect for HIM.
ReplyDeleteooo thats a good question...will he? jeng jeng jeng....Naz ni mmg menguji kesabaran betul kan. But agama is very important!
DeleteSuka... Hmm.. Persistent.. Good... Tak bestlah kalau marah2 ... Khaal .. Usaha tangga kejayaan.. Haha
ReplyDeletehaah kan, kalau nak, tunjukkan kesungguhan kan! setuju!
Deletei like them this way better, u know thing does not necessarily wavy all the time ;) and yes its pretty hard to write base on plan sbb bila dah tulis we write what we see in our head.haha *bunyi mcm org tertelan drug plak.haha, nway dont want this to last yet (bab 30) haha
ReplyDeletehe he tertelan drug... yes, these scenes do come to my head. sometimes i pun tatau dtg dari mana...Alhamdulillah ilham :)
Deletedear, yr book dah available kat kedai ke? kalau dah, i nak gi terjah ni. when did KS say that it will be available?
TWB online dah leh order la nina.. bookstore lmbt lg kot..
DeleteHi Nina!
ReplyDeleteA definitely nice twist :)
I think a more relax and playful character suits Khaalish better, and this post portrays that of him. Cool indeed!
And yes, typically we'll find many angry and frustrated guys in Malay novels who would throw tantrums everywhere. Ha-ha. Common. Which you are not.
Remember about 'writing ordinary story extraordinarily'?
I pray you'll be blessed with continuous inspirations to write extraordinary stories. more to come, in shaa Allah!
ya lah...sometimes malay novels ni, marah...marah sangat2, sedih , sedih sangat2, extreme...sampai i pun jadi letih baca citer cam tu. my motto as a writer "life is harsh enough, let's escape' he he.
Deleteyr description of my writing, i like (blush blush)
thanks for yr prayer, i really need it if i want to meet my deadline, i soooooo want my 2nd story to be available during the pesta buku in KL, April kan? ego, ego, ego....mmmmm, he he he
I love this version very much... The earlier version that u had in mind tapi tak jadi tu terasa so normal dlm novel Melayu... The only thing that is certain in life is change kan? So this is a good change... Hihihi.... Peace yo!
ReplyDeletetqvm AA! thanks to my instinct too huh? (dah mula perasan nih!) peace to u too dear!
Deleteoh i love the change of ur plan 2...hehe...tak playboy enough la khaalish kalau cepat putus asa and dah macam xmatured plak kalau sentap awal2 lagi...ye tak?hehe...as long as the they both stay sweet, i'll be fine...eheh
ReplyDeletep/s: sy pernah kenal someone ni, owh sungguh la xmatured...xbleh nk trima rejection...terus putus kawan...i was like, why we cant stay as friend?...to think it back,how pathetic he is acting like that..hurm, ppl ni macam2 kerenah kn? huhu...just sayim...peace!:-)
haah kan kerja2 mengayat ni mmg expertise dia lah...
Deletehmmm, yr personal story... saya pun setuju! dia x matured. but then dah sia sayang sangat kut! dah sy terkesian kat dia plak :)
dek nina bila lh naz leh patah kn lak tiap kata yg kuar dari mulut khalish,cian kat nina ngalah jer..terdera tau perasaan!kalu naz nk reject khalish pun rase nye tk sepenuh hati kot..khalish nk berubah biar lh dari hati n kerana ALLAH TAALA,suami neh pemimpin andai pincang ketua,berantakan kn lh keluarga.akak rase tuh yg wat naz nk terima takut keciwa n tolak hati dh terpaut..gud lh dek cara u olah walau pn tetiba jer terkuar dr idea asal.contoh yg baik bile khalish leh terima penolakkan naz ngan senda gurau...walhal ati walang!pape akak tabik kat u dek n3 u makin menarik...
ReplyDeletenorihan, i think tu lah....nak terima takut kecewa, nak tolak hati dah terpaut, u got it spot on!!
Deletetq tq for yr good words...galakan untuk sy :)
both of them are so cool... naz x melatah dgn aweks2 khall & khall pun x sentap bila naz reject.. suka khall ckp yg dia buat semua tu utk diri dia sndri, coz dia rindu naz... normally hero will say 'i'll do anything 4 u'... nina thanx for write ikut roh story ni..
ReplyDeleteish ish ish ramainya burung hantu...tak tidur lagi ke dear norana. me? i am TRYING to write he he.
Deletewaaah, suka, suka bila norana kata both of them are cool...conclusion...the writer is also cool huh? NOT!! lol
nina cool??? nope.. u r cool + superb.. hihihi.. TQ for writing nina coz ur story (PMS & KnK) make me happy.. & jadi aktiviti wajib jengah blog u b4 tido, hihihi..
DeleteSaya rasa ok jalan citer ni sebab kalau khaal dah sentap awal2 x best la x feel dia punya tahap romantik tu hehehehe
ReplyDeleteok ok, jom kita upkan romantic level nya to the max he he, jia yu jia yu!
DeleteI Prefer dis version. Xbest lah marah2 lepas tu merajuk bawak diri. mcm PMS pulak.
ReplyDeleteU're such a good writter. memang terbaik. cara pnulisan nina xsame dgn novel2 lain. Slalunye klau bace novel lain, mesti kite dapat predict ending crite tu but not ur novel.
Can't wait 4 da next chapt.
now, i am really surprised how so many of you tidur lewat sangat!! atau pun bangun awal buat solat tahajud ke apa? saya stay up CUBA menulis :)
Deletetqvm dear for yr kind words...i like being labelled unpredictable :)
Oh yeahhhhhhh kita lagi suka yg ni...Ohsem gilos! Suka-2!!!
ReplyDeleteohsem :)
DeleteKnape naz takut nk tegur khal berubah jadi hambaNya yg taat...atleast as a fren naz bleh teguq khal mana yg baik n vis versa kan
ReplyDeletebukan takut tp dia membesar tengok mak dia menurut , menikus je dgn bapa dia, so she believes that you cant change yr future hubby, better cari je one that suits you the best :)
Deletestail laa loyar buruk khaal tu.. haha
ReplyDeletehe he
DeleteNina....this is cool, and comel ok. Suka....no need to gaduh2 cam orang bodoh kalau kena reject. Khaalish in my imagination is someone yang x cepat melatah...so, oklah idea spontan you ni. But I think Naz patutnya cakap kat Khaalish pasal solat tu. Yes, mmg berubah kerana Allah, but sometimes we need someone/something utk mendorong kita berubah. Bila Khaalish dah selalu solat hanya kerana Naz, lama2 itu akan jadi kebiasaan. and who we are to judge sama ada someone is ikhlas berubah or not....hati kita sesungguhnya hanya milik Allah....hanya Dia yang tahu.
ReplyDeleteNaz really doesnt think that she can change anything abt her future husband based on her mom yg menurut je kata bapa dia yg over powering.
DeleteDear Nina,
ReplyDelete- Ha..ha.ha..lawaknya...
- Sejuk hati dan mata bila baca bab ni...ha..ha..ha..
- Next move, Khaalish please work work....
oo suka saya baca"sejuk hati dan mata" :)
Deletehehehe...cool... i loike. Klau I tahu tak panjang sangat...mlm tadi lg dah baca...hehehe...Tinggal 4 nie...
ReplyDeletehaah skrg ni kan style i buat bab pendek2. but the next one is gonna be long i think.
Delete“Whether you are my type or not, it’s my decision. The issue now is that you think that I am not your type" Khalish knows somehow something in him not up to Naz's expectation...hope u grab what's tt soon enough Khal...
ReplyDeleteyup, agree..
DeleteKhaal grab the chance... do ur best!!!! Naz dh cair ckit dgn awk, just gandakan usaha utk terus memikat hati naz.. biar hati dia terikat utk awk jer... I prefer this part dari khaalish marah2.. nanti nmpk mcm khaalish x gentleman... sbb khaalish kan cool, smart and handsome... hahaha... kak, sy nk tubuhkan kelab peminat khaalish!!!!! thanks kak for the nice story...:) mmg awesome!!!!
ReplyDeletecool , smart n handsome, whoa!!!
DeleteDon't worry babe, bila menulis memang itu yg terjadi. I pun mcm tu gak, expect nk wat jln cerita macam ni tapi yg keluar kat kepala yang lain pula ditaip.
ReplyDeleteKhaalish masih x putus asa lagi. Masih mencuba dan terus mencuba pujuk semula si gadis idaman. Naz, sepatutnya cuba bertolak-ansur. Ingat Naz, semakin ditolak, semakin kuat jodohnya. By d way, I pun nak join gak kelab peminat Khaalish..hheheeee
naz tu mmg dah attracted to Khaal (who wouldnt?) tp there are a few things making her unsure.. jom buat kelab Khaal n Zahrain LOL
Deletex kisah klau dlm otak lain tp bila taip lain,. jnji jln cite nmpk logik & berkesinambungan..tp sgt2 suke dgn ayat Naz & Khaal
ReplyDeleteDunia kita berbeza…
Berbeza tu bagus, supaya sentiasa ada kelainan dalam hidup
Berbeza hingga tak ada titik pertemuan.
Awak tentukan titiknya, I see you there.
ada pendapat penceramah kt klau couple yg perfect & minat semua sm tiada kelainan dalm perhubungan & graf percintaan adalah mendatar.tp klau masing2 saling berbeza graf percintaan ada turun naik & itulah kemanisan dalam perhubungan,..
macam org kata opposites attract ye? cant imagine a dull relationship!
Deleteeheh...tetiba kan kite rasa Khal ni so so sweet owhhh....n i wish that Naz will falling for him...sbb perbezaan itu lah akan melengkapkan diri seseorang...jodoh itu jugak pelik kalo nak dikirakan sbb kalo seme sama dengan kite so xde la trill serta cabaran hidup kan3....so khal ape lagi move on bro...Naz dah cair skit2 2...
ReplyDeletenota kaki utk Nina juga...
sama la dengan hidup kite kan Nina...kite mampu merancang tp len jugak yang jadi kalo Allah kate begini n bukan begitu hihihi...so ape lagi next n3 plezzzz hahahahaa
ooo cik adik ni nak thrill ye? wink wink
Deletekak hanina. saya ada bg emel yg sy nak order buku pms kat akak. tp saya tak dpt maklum balas dari akak...sy nak tau detail buat order..
ReplyDeleteotw dear, sorry ye...
Deletei like!!!! best, lagi kak nina...
ReplyDeleteglad that you like it!
Deleteyess!!sy prefer khaal yg loyar buruk neh!!!takmo mara2 stress kt opis..hehe... best!! =)
ReplyDeleteerr wanie, nnt khaal akan marah2 juga sebab....coming in the next chapter :)
Deletelorr...k da bce teaser...mmg mcm khaal bakal marah2..huhu...graf naik turun ye dak??hehehe =)
DeleteOh3x..best sgt! Like it very much! Tp kan, rasa sedih plak ngan Khaal bila Naz nk pulangkan fon n ckp diaorg tak sesuai. But Khaal so sweet, chaiyok Khaal!
ReplyDeleteNaz rasa segan, semua ditanggung Khaal, cam pisau cukur plak...she agreed to the flight and the hotel but wasnt prepared for more gifts :)
Deletesukaaaa...saya suka sangat kat couple ni...nina..thanks sebab saya tersenyum lepas baca this n3 :)
ReplyDeleteyeah that's the idea, lets smile and lets be happy. i dont think i will ever write sad stories he he
DeleteSalam Nina
ReplyDeleteUr d best...akak love every words of it...bicara hati kehati sebelum Naz berlepas pergi...i'm speechless.. kata kata yg dilontarkan oleh ke2 watak nina membuat kita terfikir..adakah Naz akan menolak lagi Khaalish...secara jujurnya kalaulah akak ditempat Naz..akak akan memberi dia peluang bukankah selama ini...dia telah melihat kesungguhan Khaalish untuk menawan hatinya...bersabar dengan segala tutur kata dan sikapnya yg sinis dan bahkan akak pasti hatinya pun sudah ada ruang buat khaalish ...tetapi apa sebenarnya yg menahan dirinya dari menerima cinta yg dihulurkan oleh Khaalish...
Apa sebenar mau nya Naz ..apa yg dicarinya...apa yg ditakuti nya...dengan sebuah perkawenan yg didambakan oleh Khaalish untuk menghalalkan sebuah perhubungan .
Setiap manusia mempunyai sejarah silam baik dirinya maupun Khaalish and there 's no use stressing over somthing in d past because there' not a thing you can do to change it..U are what U r now ..Khaalish never denied who he was before he knew Naz..dan dia bukannya womanizer..he just an ordinary guy who love to socialize with girls with no string attached after a long hard work in an office and let himself unwind sometimes...
Adakah persoalan mengenai solat yg diambil mudah oleh Khaalish menyebabkan Naz
menolaknya...sedangkan iman itu tidak dapat diwarisi. Tiada orang yg sempurna pasti ada kekurangannya tapi yang pasti yg mungkin Naz dapat rasai ada lah keinginan yg kuat dalam diri Khaalish..untuk berubah bukan untuk dirinya tetapi berubah to be a better person.. bagi akak itu sudah mencukupi untuk menjadi imam dalam sebuah rumahtangga dan untuk mengemudi sebuah perkawenan bersama zuriatnya...
Teruja nya akak nak tahu...sudahkah hati Naz terpaut dengan tingkah Khaalish dan keterbukaan nya menyatakan apa yg dia rasa dan impikan bersamanya..adakah Naz akan memulakan sessi mengoda nya pula yg menyebabkan khaalish akan weng sekejap...!!!! boleh gitu ..Nina..ce citer...
Pada fahaman shaf, Naz ni teragak-agak sebab Khaalish nampak macam suka mengabaikan hal kerohanian. Dan perempuan mesti bab iman itu akan jadi keutamaan dalam mencari suami. Kita nakhidup bukan hanya dengan kasih sayang dunia semata-mata, tapi kasih sayang ukhrawi itu yang menjamin. Ngeee
Deleteidaaa yg komennya sentiasa buat sy happy :)
Deleteshaf is right, ugama is very important as the husband is ketua keluarga. actuallynya belum masuk lagi cerita keluarga Naz yg mana bapanya very controlling dan maknya menikus shj, so Naz tak confident yg dia boleh mengubah Khaal, based on her parents' relationship. Later there will be more info abt her parents.
ha ha idaa nak Naz yg menggoda macam una ke, he he he, kwang kwang kwang kwang
suka je..xmo Khalish yg bad mood..nak Khaal yg romantik, yang keep on mencairkan Naz..never give up..and that's my Khaalishh..oh..ohhh..ohhhhh...ahakksss :D
ReplyDelete:) watch out I betca gonna fall for him even more later :)
Deleteha ha thats what I thot, kena tulis panjang2.
ReplyDeletebab issue tu, Khaal is unlike most romantic hero...so takat tu je I can share at the moment :)
Naz nak cakap pasal solat etc dgn Khaal? Hmmm Naz ni witnessed some negative aspects dlm her parents' marriage, so that's why she is the way she is :)
As Salam, Nina
ReplyDeleteSy dah membaca secara pukal (mengadaptasi..maaf secara pukal si NAz..he he). Serius, x boleh berhenti utk menulis komen. Sy sgt suka semua bab yg Nina tulis. Mcm2 reaksi, suka, sedih, marah, geram, menyampah...
PMS..sy beli awal minggu ni,habis bc hr tu jugak.Wah! Sgt terkesan di hati. So, sy ulang dan ulang baca.(kalah ms nak exam..cuma buat ulang kaji je..he he)
Sy sng dgn gaya penulisan Nina, x terlalu melankolik, huraian x terlalu panjang, tp masih jelas, x terlalu berbunga2 - , bahasa slanga pun x keterlaluan..
Sy menunggu entry seterusnya...tp can`t wait actually..ahaks!
tqvm!! sedih ni sebab sibuk sangat sampai tak sempat nak nulis... :)
ReplyDeleteWow, Pertukaran plan yang menarik. Ahaks
ReplyDeleteAgen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
ReplyDeleteBergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).
Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :
- SBOBET BOLA
- SBOBET CASINO
- ION CASINO
- MAXBET
- TANGKAS 365
- 368bet
- SABUNG AYAM
- CBO855
Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )
PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
-Bonus Depo Bola 50%
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman
Costumer Service 24 Jam Online :
Pin BBM : 7B2Ec260
Pin BBM khusus : mgmcash8
Whatsapp atau nomor sms :
+66615620266
YM : mgmcash88