Tuesday, 6 November 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 19 (teaser)


Maaf lambat naikkan Bab 19, tidak seperti yang dijanjikan. Something unexpected turned up. Bab 19 ini pun belum siap, saya pun tidak tahu nak sebutteaser ke atau part 1.

Niway here it is. Pendek, cuma 4m/s. Bab 19 is going to be verrrry long....sigh!

Bab 19


“Naz!!” sergah Reham, walaupun hanya berhubung melalui Skype, dengan desibel suara yang tinggi itu, boleh pekak juga dibuatnya.

            “Ya!! Assalamualaikum, my dear….,” perli Naz dengan nada suara yang terlebih lembut.

“Alaikumsalam, habibti…..” meleret-leret Reham memberikan salam, membalas perli rakannya.

“Hmmm….”

“Apa?!” tanya Reham kehairanan.

“Muka tu……”

“Lebih cantik dari selalu?” pertanyaan Reham kali ini diiringi dengan kerdipan mata yang gedik.

“Dream on! That face! Spill!” arah Naz.

“Spill what?” Reham pura-pura bingung.

“Sudahlah, Reham, apa berita yang awak nak kongsi? Cepatlah bagi tau! Saja nak buat orang suspense,” Naz pura-pura buat muka marah.

“Okey, nak berita baik dulu ke, atau berita buruk dulu?” Reham menghulurkan umpan.

“Berita baik…Hamza ajak awak kawin bulan depan. Berita buruk…awak akan jadi bini nombor dua,” selamba Naz membuat kenyataan yang kejam.

“Naz! How could you!!”

Mengekek-ngekek Naz ketawa hingga terhinggut-hinggut bahu.

“Naz, seriuslah! Okey, sebab awak kenakan saya, saya nak bagi tahu berita buruk dulu….”

Jeda….sekali lagi hendak menyiksa batin Naz, tetapi kali ini Naz tutup mulut dan menjeling ke langit.

“Khaalish tak dapat datang hujung minggu ini!” dengan satu nafas, Reham tidak sabar-sabar menyampaikan berita buruk itu kepada Naz.

Reaksi pertama, Naz terkejut. Reaksi kedua, pura-pura selamba, bimbang diusik sakan oleh Reham. Reaksi ketiga, hairan, bagaimana Reham boleh tahu. Reaksi keempat, tidak percaya, ini mesti Reham auta!

“Yelah tu, terima kasihlah tolong beritahu berita ini kepada saya,” kering sahaja respon Naz.

“Naz, betul ni, saya tak tipu,” beria-ia Reham meyakinkan Naz.

“Yelah, saya tak kata awak tipu pun. Dah dia tak boleh datang, nak buat macam mana,” di mulut sahaja, di hati berharap juga yang Reham hanya bercanda.

“Okey, sedia untuk berita baik pula?” tanya Reham.

“Berita baik, bila-bila pun saya bersedia,” jawapan dengan nada yang macho.

“Yakah bersedia ni?” duga si Reham.

Respon Naz hanya jungkitan keningnya.

“Khaalish……belikan……,” lambat-lambat Reham sebut, kemudian laju-laju dia menjerit, “tiket kapal terbang untuk awak dating dengan dia di KL!”

Terkejut. Besar!

Namun dalam 1 nanosaat, muka kering Naz sudah kembali.

“Ha. Ha. Ha. Sangat lucu, Cik Reham,” komen Naz dengan nada tidak percaya.

“Baiklah, saya emailkan tiketnya sekarang. Sedih tau saya bila kawan yang paling rapat dalam hidup saya asyik tuduh saya menipu,” awek Arab itu sudah merajuk.

Muka tetap kering, tetapi laju sekali jari-jarinya membuka kotak email. Emel dari Reham dibuka dan nah! Memang betul ada e-tiket pergi balik Luang Prabang-Bangkok-KL di atas namanya.

“Reham.”

Giliran awek Arab itu pula untuk menjungkitkan kening.

“Maaf.”

“No problem,” sekelip mata hilang aura merajuk Reham, wajahnya sudah kelihatan teruja, “romantiknya boy friend awak, Naz. Eeee, kalaulah Hamza belikan saya tiket kapal terbang ke Melbourne, esok juga saya terbang ke sana.”

“Reham! Nombor satu, dia bukan boy friend saya, okey? Nombor dua, saya tak nak ke KL! Nombor tiga, kenapa pula dia emelkan tiket tu kepada awak?”

“Nombor tiga, sebab awak tak kasi alamat emel awak kepada dia! Awak jangan nak tukar topik, Naz. Balik kepada nombor satu dan nombor dua, saya nak tanya dari duluuuuuu lagi! Orang Malaysia ni kalau bercinta begini ke?” bebel Reham.

“Begini bagaimana?”

“Mahu tapi jual mahal!”



45 comments:

  1. Dear Nina....jadilah utk mengubat rindu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah setakat ni je yg mampu coz tak sangka kena out stn

      Delete
  2. Yabedabedoooo..... wa caya lu......

    Tapi terasa cam pendek sgt entry ni... Am i getting greedy? Nope, don't think so.... Hiihiihiii..... More entries please....

    ReplyDelete
    Replies
    1. working on the rest of the chap, dear auntie :)

      Delete
  3. scoooby do lah kalo sy plak...yabedabedoo dah ada yg ckp...anyway...tenkiu cik nina...i dun have any complaints...sebaris pun sy baca...kalo panjang pun saya baca.... :D....selamat mengarang yer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm, sdg mengarang tp letih sebab asyik drive ke sana sini

      Delete
  4. Hehe..pengubat windu khalish..naz...

    Tq nina bg ubat ni.. :-)

    ReplyDelete
  5. teaser pun jadi la...terubat rindu-rinduan...shokran!!!!!

    ReplyDelete
  6. teaser pun teaser lah nina...better than nothing. woohhooooooo.....khaalish ajak naz balik kl.....seronoknya saya walaupun naz tunjuk muka tak excited. thanks nina.

    ReplyDelete
  7. kenapa la khaalish suweeeeetttt sgt...*terbang melayang-layang ke langit*

    ReplyDelete
  8. oh khaalish.... balik je naz.. tgk life khal pulak mcm mana.. tq nina...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo norana, after dia tengok, rasa2 dia berkenan ke? jeng jeng jeng

      Delete
  9. So sweet.... #^_^
    Khaalish sanggup belikan tiket untuk Naz balik KL sebab tak dapat teman Naz kat sana.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum puan rumah,
    kunjungan balas kali kedua. kali pertama tak sempat nak komen. kali kedua, silalah baca ek.

    dalam hati Naz sudah berbunga-bunga lah pulak. Wangi tapi berdurilah pulak. Mintak tolong Reham patahkan duri-duri itu yer. nanti senang cik Khaalish nak petik bunga...

    kedua; nak yg panjang pulak... :P

    ReplyDelete
  11. Dear Nina,

    - Ha..ha..ha....lawak-lawak..ada ka patut Reham kata macam tu ?
    - Tapikan akak rasa memang macam tu la orang melayu ni..mahu tapi maluuu....ha..ha..ha..pandainya si Reham tu..
    - Naz, plase grab what ever infront of you..kesian tau kat Khaalish..
    - Nina, tak sabar nak tau full entry ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. true, dari observation saya lah. org arab dan org amerika kalau dah berkenan tu on je. org msia je yg nak kena jual mahal sikit lah, itu ini. bila saya tengok kwn2 arab dan american muslims kawin, wah senangnya...nak bina masjid kan

      Delete
  12. Sweetnyer... Khaalish x dpt dtg tp dia kirim tiket utk Naz pulang KL jpa dia. Mana nak cari bpren macam tu beb, x dtg tp suruh kekasih pula dtg jpa dia.

    Kali ini Khaalish mmg betul-2 kotakan janjinya utk memikat semula hati Naz. So Naz, dah cair ke belum? susah betul nk tebak hati perempuan ni kan Cik Nina?.. yuhu...

    ReplyDelete
  13. ahhh!!!!!!! sweatt!!!!!!!! :) =>

    ReplyDelete
  14. Ada n3 baru,terima kasih byk2 Nina,saayaaanggg awk. Bila baca ayat Reham tu, buat akak terfikir-fikir,dan bermuhasabah diri. Aha.. Memang iyalah tu, agaknya lah kan, gadis Melayu memang malu2 bab nak akui perasaan hati, kerana takut dengan stigma 'perigi mencari timba'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. true...kononnya jgn tunjuk gelojoh....jgn melepas sudah! he he

      Delete
  15. "Mahu tapi jual mahal!" haha.. terkena sedas dengan Reham.

    ReplyDelete
  16. kah kah kah kah...
    statment tu bha...
    mahu tp jual mahal???
    eerrkkkk... tp mcm betul laaa!

    ReplyDelete
  17. mahu tapi jual mahal or mahu tapi...maaaluu... tak pe naz jual mahal leh lah demand2 cikit... hehe...mahal susah nak dapat,orang hargai cikit naz.. so jual jer mahal2.sokong sangat kat naz yang jual mahal janji klas gitu...

    ReplyDelete
  18. 'mahu tapi jual mahal!'

    aiyak dush.... ape pun still cute

    ReplyDelete
  19. salam Nina..

    E3 yg paling sekali akak rasa..memahami akan kekangan waktu diri nina yg berkerja dan berkarya hanya bila ada kelapangan ..kami sudah cukup bersyukur bila ada E3 baru untuk kesinambungan citer KNK ni..

    Membaca E3 ni..akak tertanya tanya..macam ada yg tak kena sahaja bila khaalish tidak dapat datang ke LP tetapi mengirimkan tiket kapal terbang to and fro ke KL..something fishy ..is happening which akak rasa yg Naz juga dapat rasakan..dan kenapa Sikhaalish tidak menghubungi Naz melalui mobilenya menyatakan bahwa kali ini dia tidak dapat terbang dan menemui Naz kerana sebab sebab yg tidak dapat dielakkan..kecuali Khaalish terlalu busy dengan kerjanya..ataupun dia dimasukki kewad kerana tidak sihat dan mengkehendaki Naz berada disisinya kerana kerinduannya yg tidak bertepi buat kekasih hati atau dia telah merencanakan pernikahannya dengan Naz diKL yg menyebabkan Naz wajib terbang ke KL untuk menoktahkan pertunangan yg selama bertahun tahun itu..(spekulasi akak giler kan dik..jgn marah ya..)

    Adakah Naz akan terpengaruh dengan pujukan si Reham itu dan bergegas terbang ke KL dan

    adakah hatinya terasa gundah gulana dengan tindakan mamat sengal tu..dan apa sebenarnya yg berlaku kepada siempunya nama yg begelar tunangan Teknikalnya itu..Akal menidakkan keperluannya untuk terbang mendapatkan Khaalish di KL tetapi hati memaksanya pergi..so..dik..terujanya nak tahu..

    Apa ek yg akan Naz lakukan..mengikut kata hati atau mengikut logik akal yg mmg tidak waras bila memikirkan hatinya semakin terusik dengan layanan dan keperihatinan empunya nama yg semakin hari semakin terukir indah dihatinya..

    Dan plz Naz..what actually happens to Khaalish ????

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he....ida, yr theory tentang nak paksa Naz nikah tu....sweet and funny....tapikan Khaal takkan paksa Naz lagi sebab kononnya tak gentleman lah. dulu kan sekali Naz dah kena paksa and Khaal yg dok gelisah pasal Ilsa ikutkan je. but this time around dia konon2 nya nak dapatan Naz secara gentleman iaitu dgn cara nak tawan hati Naz. nak tahu apa yg dia buat nak tawan hati Naz, teruskan membaca....(cam iklan jer...he he)

      oh nnt ada juga cerita pasal handphone...

      Delete
  20. walaweiii,.terasa kot ngan soklan last Reham kt Naz keke

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak personally terasa ke Wan? ceh ceh ceh cam ada cerita je di sebalik statement ni....he he

      Delete
  21. tq nina, so xcited waiting 4 the next entry...

    ReplyDelete
  22. khalish yg try to be sweet person

    ReplyDelete
  23. eheh walaupun sikit tp x mengapa....
    alaaaa Naz biasala la kan mmg patut pon u buat kat khal cam 2 sbb dia dah lama susahkan hidup u kan dulu...so ape salahnye kalo jual mahal kan3
    Reham...malu tp mau 2 bleyh pakai lagi ke zaman skarang nih hummm
    Khal...waaa sanggup noh u hanto tiket p balik luang prabang 2 kat naz...reham yang jd perantara yeh
    Nina!!!!!!!!!!!okies la 2 ni kira part 1
    I...bertabah menanti full n3 muahhahahaha

    ReplyDelete