Wednesday, 15 May 2013

Seteguh Fayqa Bab 25


Janji dicapati. Readers dibahulukan. Wa ka ka.

Saya nak minta maaf sebab dah lama tak jawab komen anda di blog ini. Internet kat rumah rosak. Kat ofis pula bz, asyik berlari2 anak. Bak kata M Nasir "ke sana ke sini, berlari-lari kecil..." (lagu Raikan Cinta bagi yg tak tahu)

Menurut teori penulis citer Hanina Abdullah, bab 25 ini termasuk dalam bab2 graf turun. Sebab bab2 semua tak boleh graf naik all the time, nanti yg baca boleh kena darah tinggi. Konon!!

Papepun... inilah dia!

Hmm Bab 26, jeneral sengal kidnap Pekah lagi, ke mana pula kali ini? Ke tanah tinggi ke atau ke tanah rendah? Bila Bab 26 nak naik? Tak tau sebab kalendar saya fenuh minggu depan. Nanti janji tak dicapati pula.





 Bab 25



Pintu butiknya dibuka, Dzalia mengangkat kepala. Tersungging senyuman sinis bila melihat siapa tetamunya tengahari itu.

Dalam hati terdetik juga, “Well, well, look who do we have here?” tetapi dek kerana sudah arif dengan perangai abangnya, lebih baik jangan diusik singa jantan seekor ini.

“Abang! Wah, dah lama abang tak datang ke sini. Dah lunch belum?” bertanya buat memaniskan mulut, walhal sudah tahu benar apa tujuan abangnya datang pada waktu makan tengahari begini.

“Belum lunch. Ada jumpa client kat sini tadi, itu yang abang singgah,” mulut menjawab, mata melilau-lilau. Dzalia yang tahu siapa yang dicari abangnya menyembunyikan senyuman.

“Eh, Yaya pun belum lunch. Hmm, bolehlah pow Abang hari ni,” usik si adik, sekali sekala kenakan si abang, memang syok!

“No problem. Jomlah,” ajak si abang, “err... ajaklah Fayqa sekali.”

Bingo!! jerit Dzalia di dalam hati. Bibirnya digumamkan, menahan tawa. Biar abangnya tidak tahu yang dia sudah tahu. Semalam sibuk Mushrifah menelefonnya bertanyakan di mana abang. Bila dia menghantar mesej melalui Facebook kepada abangnya, jawapan si abang ringkas sahaja, “Cuti rehat.” Tapi apa yang si abang tidak sedar, mesej jawapannya itu memaklumkan Dzalia yang ianya dihantar dari Cameron Highlands. Beberapa jam selepas itu, Fayqa pula menghantarkan SMS minta cuti rehat. Hmm... bak lirik lagu yang popular itu, suratan atau kebetulan? Balik Fayqa petang semalam, dipasangnya serkap jarang, tanyakan Fayqa tentang strawberi coklat. Wah!! bukan main merah muka gadis itu dan entah apa-apa jawapan merepek yang diberikan.

Meleret-leret senyuman Dzalia mengingatkan kerenah Fayqa semalam, “Sekejap, Yaya nak simpan buku tempahan ni dan nak ambil beg tangan.” Sengaja dia mengemas barang-barang di atas mejanya perlahan-lahan.

“Err.... Yaya, Fayqa mana? Ajaklah dia lunch sekali dengan kita” gelabah sekali Dzariff membuka mulut, bimbang jika adiknya tahu yang dia malu tapi mahu.

“Fayqa?” Dzalia pura-pura bagai baru terdengar permintaan si abang, “laaaa, dia keluar makan dengan Abang Iz. Baaaaru kejap tadi keluar. Lima minit ada kut.” Suci betul lakonan si adik.

“Oh,” itu sahaja respon Dzariff, nampak sangat kecewa.

Kasihan pula Dzalia melihat abangnya. Jahatnya aku ni, ada juga rasa insaf di hati. Aduhai abang.... dah gila bayangkah?

“Semalam Abang Iz ajak dia lunch, tapi last minute Fayqa cancel. Cuti nak berehat kata Fayqa. Sebab tu tunda lunch ke hari ini,” walau pun insaf, masih lagi seronok mengusik abang.

“Oh... dia cuti semalam,” komen kosong Dzariff, mata mengelak ke lain.

“Haah! Macam abang kan?” balas Dzalia dengan mata berkelip-kelip, geli hati Tuhan sahaja yang mengetahui.

“Biarlah dia cuti, bukan pernah dia cuti pun sejak kerja dengan Yaya kan?”

Chewah-chewah, sokong si Pekah nampak! Siap tahu pula si dia tidak pernah cuti. Sesuatu sungguh! Ulas bibir bawah diketap, memang dah nak terhambur gelak Dzalia.

“Haah, dia saaaaama macam abang, workaholic. Cuti rehat pun sama hari pulak tu,” usikan terakhir sebelum melangkah keluar dari butik.

Tadi bila ditanya mahu makan apa, Fayqa menjawab, “Ikut suka Abanglah.” Dan nampak sangat Khairul Izwan berbesar hati sungguh apabila si adik tiri memanggilnya abang buat pertama kali. Bersyukur kerana si adik tiri nampaknya sudah lembut hati. All thanks to Dzalia, bersungguh-sungguh membantunya merapatkan hubungan mereka adik beradik.

Si adik tiri dibawa ke restoran China halal berdekatan. Dek kerana harga makanannya yang mahal, restoran ini tidaklah sesak benar pada waktu makan tengahari begini. Makan soal kedua, persoalan pokoknya mahu memenuhi permintaan bapa yang sakit terdampar di katil, mahukan mereka adik beradik berbaik-baik.

“Lara suka makan dim sum?” tanya si abang tiri yang prihatin.

“Tak pernah makan, Bang. Ini kali pertama,” polos Fayqa menjawab.

“Lara cuba ya. Abang pesan yang stim sahaja. Lebih sihat dari yang bergoreng.”

“Boleh,” mata Fayqa sudah meneliti bakul-bakul kecil yang dihidangkan di hadapannya. Minatnya terhadap perniagaan makanan, semua makanan gemar dibelek dan dikaji.

Sebakul kecil berisi beberapa ketul dim sum didekatkan ke pinggan kecil Fayqa, “Ini isinya udang. Cicah dengan sos sambal sikit, sedap.”

Akur Fayqa menurut nasihat abang tirinya, “Mmm, sedap sungguh.”

Melebar senyuman Khairul Izwan. Lara ini tidak banyak kerenah orangnya, tapi hatinya keras, ya ampun!

“Malam ini Mama Raudhah ajak Lara makan di rumah,” Khairul Izwan membuka bicara.

“Hmm, seganlah saya nak balik lewat ke rumah Hajjah Azimah. Nanti rasa macam buat rumah dia macam hotel saja,” balas Fayqa yang sebenarnya belum bersedia untuk bersua muka dengan 'keluarga besar' Dato Ishaq.

“Abang ajak Dzalia datang sekali. Dia dah setuju, katanya nanti dia telefon mak dia,” nampaknya Khairul Izwan sudah buat persediaan awal.

“Abang....,” berjeda sebentar Fayqa untuk menyusun kata agar abang tirinya tidak terasa hati, “saya rasa saya belum bersedia...”

“Abang, Mama Raudhah dan Papa Shaq pun tak mahu memaksa. Perasaan kasih sayang ini tidak boleh dipaksa.... tapi boleh dipupuk. Kami tak harap Lara boleh rasa sayang pada kami. Cukuplah kalau Lara mahu berziarah sekali sekala, tentu Papa Shaq, Mama Raudhah dan Mama Fizah suka,” lembut jejaka kacak bergaya itu memujuk si adik tiri.

“Saya minta maaf, Bang. Bukan niat saya untuk menyombong tapi saya rasa....,” susah sungguh mahu berkongsi rasa dengan orang yang masih asing dengannya.

“Take it one step at a time? Mula-mula datanglah ziarah kami sebulan sekali, nanti kalau Lara rasa sudah selesa, boleh datang lebih kerap. Whatever the pace is, you decide. Tapi mulakanlah langkah pertamanya dulu. Boleh, Lara?”

Kalau sehingga begitu pujukan si abang tiri, apa lagi yang boleh Lara katakan?



Makan malam di rumah Haji Dzulqarnain malam itu sepi sekali, yang ada hanya Hajjah Azimah, Dzariff dan Dzureen. Haji Dzulqarnain ke Kedah atas urusan perniagaan.

“Yaya dan Fayqa mana, Ummi?” itu soalan pertama Dzariff apabila duduk untuk makan malam.

“Mereka makan malam di rumah bapa tiri Fayqa,” Dzureen pula yang menjawab. Wajahnya masam, berkecil hati dengan kakak yang tidak mengajaknya bersama ke rumah jejaka Idaman Malaya a.k.a. Khairul Izwan.

“Eloklah Dzalia tolong rapatkan Fayqa dengan keluarganya. Fayqa tu serba serbi bagus, cuma bab terasa hati dengan Mamanya tu yang kurang manis. Dulu di sekolah menengah, fahamlah kalau dia merajuk. Sekarang sudah besar panjang, dia pulalah yang kena faham,” panjang ulasan Hajjah Azimah.

“Ummi, Fayqa dengan abang tirinya, Khairul Izwan, bukan mahramkan?” tup-tup soalan itu pula yang terbit dari mulut Dzureen.

“Iyelah, jelas sangat bukan mahram,” hairan Hajjah Azimah dengan soalan Dzureen.

Hmm, aku ni ada peluang ke? fikir Dzureen. Nak bersaing dengan Kak Yaya lagi, Fayqa lagi. Hmm, tipis rasanya. Hai, beratnya jodoh aku...

“Kenapa Dzureen?” soal ibu bila melihat si anak hanya menguis-nguis nasi di dalam pinggan.

“Tak, Yin terfikir, entah-entah Fayqa tu bertemu jodoh pula dengan anak bapa tirinya...”

“Eh! Sampai ke situ pula budak ni fikir!”

“Ummi, tak mustahil tahu! Abang Iz tu dahlah segak, bergaya, ada harta,” hujah Dzureen untuk menyokong pendapatnya.

“Jodoh ini kerja Tuhan. Ada jodoh, adalah. Sudahlah tu, makan sajalah. Nak fikir hal jodoh orang pula,” nasihat Hajjah Azimah.

“Tak adalah, Ummi. Yin terfikir saja....”

Si abang yang tekun menyuap nasi pun terfikir juga.....



Usai makan malam dan berkemas meja makan, Hajjah Azimah anak beranak naik ke tingkat atas untuk solat Isya dan bersiap untuk tidur. Dzariff pula selepas solat Isya turun semula ke ruang tamu dan melayari internet. Bukan tidak boleh melayari internet di bilik tidur, malah lebih selesa di sana. Cuma seharian semalam bersama dengan gadis yang dipanggilnya Faye, hari ini pula sehingga malam tidak melihat wajah itu, Dzariff tidak senang duduk.

Jam sepuluh setengah malam, kedengaran enjin kereta di laman hadapan rumah. Pintu depan dibuka, Fayqa masuk dan terus menonong-nonong berjalan masuk ke dalam bilik tidurnya bersebelahan dengan dapur. Dzariff yang setia menunggu sedari tadi terkebil-kebil melihat tingkah laku Fayqa. Tiada salam, tiada bertanya khabar.

Kemudian masuk pula Dzalia, tersenyum simpul melihat abang yang sedang menanti di ruang tamu, “Assalamualaikum. Eh! Kenapa belum tidur, Abang?”

“Waalaikumsalam. Awal lagi ni. Macam mana Fayqa dengan Mama dan keluarga tirinya?”

Amboi! Prihatinnya Abang aku ni, Dzali menyindir dalam hati. Oi! Tak berani nak sindir depan-depan, nanti keluar bapa singa!

“Better than we expected!” jawab Dzalia berterus-terang.

“We?” terjungkit sebelah kening Dzariff.

Reti pula si adik tersipu! Giliran si abang menyindir.

“Alah, bukan Abang tak tahu. Yaya dengan Abang Iz yang rancang semua ni.”

Abang Iz! Abang Iz! Abang Iz! Abang Iz! Sabar sajalah, pujuk hati Dzariff.

Mulut mengulangi kata-kata Dzalia, “Better that you expected?”

“Haah, dia tak bercakap banyak, tunduk saja. Tapi Abang Iz satu family suka sangat yang dia sudi datang. Mama Pekah jangan sebutlah, berseri-seri muka...”

Pot-pet, pot-pet Dzalia bercerita, semuanya dihadam dengan cermat oleh Dzariff.

Ayat penyudah Dzalia membuat dia tersentak, “Jadi sekarang kami nak mulakan fasa kedua projek kami.”

“Fasa kedua?”

“Fasa pertama, ice breaker. Fasa kedua, Abang Iz nak tawan hati Pekah!”

Dzariff yang mendengar, menelan air liur. 'Abang Iz nak tawan hati Pekah?' bukan 'Abang Iz sekeluarga nak tawan hati Pekah?'  

45 comments:

  1. Wakaka dzarif dah mula nk kalut ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. n guess what he did in chap 28? err chap 28 tak de dlm blog he he....pn write yg notti

      Delete
  2. eheh...abislah jeneral.turun pangkat prebet ler jqbnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama pun jeneral kan, sure dia lancar perang dulu...takkan senang2 nak mengalah?

      Delete
    2. err saya tak puas baca. nak lagi. panjang sikit eh.[tamak]

      Delete
    3. eh zz sbg part time writer shld understand nak tulis brp page ni pun jenuh curi masa sini sana....tu lah sapa suruh nak gatal menulis kan?

      Delete
    4. okey, insaf... patut ker saya amik statement awak ni dan letak kat blog saye? ngee...

      Delete
  3. Wahhhh...jeneral dah kelam kelibu hatinye.....sabar ekkk..jeneral

    ReplyDelete
  4. This bahulu very happy !!! Love it :)

    ReplyDelete
  5. Ok...general rasa tergugat... Ader musuh nak skodeng peqah... Muahhhaa... Best Nina... X sabar nak Tgk what happen next... Good job...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm dear....kita torture itu general

      Delete
  6. Haha...beware general....

    ReplyDelete
  7. This is not Graf turun to me Graf naik lg Ada. Men anak, dear!!! Superb!👍

    ReplyDelete
  8. haha si adik tu saja je nk membakar si abg singa,.sje je bagi ayt kontroversi kn keke,.

    ReplyDelete
  9. Wah,tersenyum2 saya baca bab ni.. hihi.. kelakar je tengok Dzalia dok kontrol tahan senyum depan abang dia.. si abang pulak dah penasaran habis tu seharian tak jumpa Pekah.. tak sabar tunggu bab seterusnya..huhu

    ReplyDelete
  10. faye faye!!! go dzariff! go! suddenly mis dzahim.. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh oh jim akan muncul dalam bab 27 atau bab 28 dan cerita akan jadi lagi haru biru klabu!!

      Delete
  11. hihi... sila bersaing secara sihat ye... hihi.. general mst dok plan strategi sengal...

    ReplyDelete
  12. Hahaha..... Jeneral is experiencing "shadow madness" @ gila bayang.... hahaha....

    Tak menahan naa.... in his heart, there's a garden.... (dlm hati, ada taman maa....) Hahahaha....

    ReplyDelete
  13. Dzariff dh x sng duduk nmpk nyer

    ReplyDelete
  14. Wah! 10q my son for waking me up mintak susu...ibu dpt baca new n3 from miz nina...ha ha ha
    Seronok baca cik abg jeneral sentap ada org nak rampas awek dia.
    Nina, alang2 apa kata up n3 smpai genap 30 cam novel sblm ni? Plllleeeeeaaaaaaassssseeee....(merayu sambil melutut n genggam tangan nih n buat muka kesian campur comel )

    ReplyDelete
  15. nak tanya satu je-- bila nak keluar dalam bentuk cetak?
    tak sabarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!

    ReplyDelete
  16. "Abg Iz nak tawan hati Pekah"...jeng jeng jenggg!
    Mesti JS arahkan sebatalion askar utk merempuh kubu Abg Iz nanti :-))

    ReplyDelete
  17. hahahaha....terkujat jeneral dengar ayat2 dr Dzalia.... Jeneral kena atur strategi klu nk defeat Abg Iz...

    ReplyDelete
  18. haha..tawan hati double meaning tu

    ReplyDelete
  19. gilo...setap tau bole luruh jamtung Jeneral..yg membaca lagilah..hailah si jantung bertahanlah yer...nina suka buat saya jadi tak menentu ok..tak sabar nak tahu selanjutnya. nnti jgn lupa ok cpt up-date dan pastikan citer ini di bukukan ok..LOVE IT TO MUCCCH

    ReplyDelete
  20. Salam Nina....pandai Yaya mengenakan abang dzengal dia tu ya. Hmm....dzengak dah terbakar lah tu. So, apalagi.....cepatlah lancarkan strategi.

    ReplyDelete
  21. siap ada fasa2 plk..dh mcm2 projek nina buat dlm pms skrg gunakan fasa plk..well done bete

    ReplyDelete
  22. hohohohooho....ayat pembakar Dzalia bagi "abang Iz nak tawan hati Pekah"...abes la Dzariff kali neh....tergugat3

    ReplyDelete
  23. hahaha...jeneral dzengal panas punggung da... =P

    ReplyDelete
  24. hehehehe......suka...suka...suka....si sengal tercari2 fayqa di butik....terasa cam jadi dzalia plak...leh bygkan si sengal tercari2...terjenguk2...panjang jer leher...tp kesiannnn abg iz plak nak potong jalan......hehehe....agak2 nya dzarif leh mengaku x yg dia suka fayqa kat dzalia...

    ReplyDelete
  25. Nina ni bukan stakat hati Dzariff de dzengal je penasaran tp hatiku ini pun penasaran...harap dpt cpt2 dbukukan

    ReplyDelete
  26. Nakal betul adik Dzariff ni.. Hahaha ^_^ Kan dah gelabah si Dzariff..

    ReplyDelete
  27. ahak.....si general dah mula panik......agak2 apa planning si general nak tawan hati apek nie.....tak sabarnya......

    ReplyDelete
  28. hahahhahaha.... tuan jeneral da start gelabah +panik +kalut suma ad hahahha...tu la jeneral tu lembap sngat :D

    ReplyDelete