Monday 28 January 2013

Sinopsis Kisah Naz & Khaalish

PERTUNANGAN empat tahun dulu memberi impak yang 

sangat besar dalam kehidupan Nazrahani Idora dan

 Zaim Khaalish. Walaupun Naz sudah bergelar status

tunangan lelaki itu, namun dia tidak pernah bertemu

 muka dengannya. Khaalish pula tidak pernah ingin

 mengetahui tentang perempuan itu, yang difikirkannya

 hanyalah Ilsa.

Naz cuba melupakan peristiwa itu dengan membawa


 diri, merantau serata dunia. Namun kenapa Allah

 temukan dia semula dengan lelaki itu?

Dek jatuh hati dengan tunang ‘teknikal’nya, Zaim


 Khaalish sanggup terbang ke merata pelosok alam

 untuk menjejak si dia.

“Encik Zaim Khaalish, awak jangan nak merepek.


 Tunang amende? Empat tahun tak ambil pusing, jumpa

 di Bali pun awak tak kenal saya, you dare to say that

 we are still engaged?”

“Empat tahun ke lapan tahun, saya tak peduli.


 Technically, we are still engaged.”

“Technically? Technically?!”

Semenjak itu, entah kenapa, Khaalish asyik mencari


 dan terus menjejaki Naz. Di mana saja Naz berada, dia

 pasti akan ada di situ. Naz pula, mulut saja kata tak

 suka, tapi sebenarnya hati suka kerana kehadiran

 Khaalish di sisi selalu mengubat rasa sunyi dan rindu…



Reham: “Huh, pengecut! Nutter! Apa erti hidup jika kita

 takut nak kejar kebahagiaan? Kalaupun gagal,

 sekurang-kurangnya awak sudah mencuba dan boleh

 reda dengan ketentuan Tuhan. Kebahagiaan datang

 mengetuk di pintu awak, tapi awak yang takut hendak

 buka.”



Nazrahani Idora: “Reham, awak tak tahu, empat tahun

 lalu, teruk saya cuba bangun semula, bina keyakinan

 diri, bina hidup yang baru, di mana tak ada lagi lelaki

 yang boleh buat saya rasa tak ada nilai diri. Kalau saya

 cuba sekali lagi dengan dia, dan... dan... gagal… Saya

 rasa saya takkan mampu bangun sekali lagi.”

Seteguh Fayqa Bab 1 (siap)


Salam, dears.
Dengan hati yang berdebar2 menunggu terbitnya Kisah Naz dan Khaalish minggu ini, otak saya pun tak betul, so tulis SF bab 1 ni cam weng sikit. Apa2 pun harap u all enjoy.

p/s: bg yg belum tahu, KNK keluar minggu ini. Boleh dibeli di Pesta Buku minggu ini atau order dari Karya Seni, Sy banyak out stn bulan Feb ini maka tak sempat nak sign dan pos KNK, mohon maaf banyak2 ye.

Terima kasih banyak2 kerana selama ini menyokong PMS & KNK.

Bab 1


“Hello! Hello!”

“Ya, hello!”

“Ini abang Jim? Errr.... abang Dzahim? Hello, hello!”

“Ya, ya, ini abang Dzahim, kenapa? Kenapa dengan Dzahim?”

“Dia di hospital, emergency ward. Please, tolong datang, dia teruk sangat. Please datang, cepat!”

“Hospital mana? Dzahim kenapa? “

Sambil telinganya menangkap maklumat yang diberikan, tangan sudah mencapai sepasang jeans.

“Saya on the way, sekarang!”

Tuk! Tuk! Tuk! Pintu bilik adiknya Dzalia diketuk.

Dzalia dengan muka orang baru bangun tidur, membuka pintu, “Apahal Abang? Pukul
berapa ni?”

Selepas berita buruk itu dikhabarkan kepada si adik, berdesup Dzariff ke hospital dengan CRVnya. Tak sampai dua puluh minit sudah sampai, wad kecemasan dicari. Tiba di sana, di luar pintu bilik kecemasan, matanya terlihat seorang perempuan muda berpeluk tubuh bersandar pada dinding. Wajahnya kelihatan runsing. Laju Dzariff menapak ke arahnya.

“Awak kawan Dzahim yang telefon saya?”

Buntang mata si gadis memandangnya, terkejut disapa tiba-tiba. Kepalanya dianggukkan perlahan.

“Kenapa dengan adik saya? Dia di mana sekarang?” soalan keluar laju bagai peluru.

“Di dalam, doktor nak bawa dia masuk ke bilik bedah. Dia kena pukul...” jawapan diberikan bagai separuh sedar. Masih trauma menjadi saksi Dzahim dipukul.

“Kena pukul?!! Damn!! Siapa pukul Dzahim? Dah report polis belum?” Muka si Abang sudah merah, marah dengan orang yang memukul adik, marah kepada si adik kaki merayau malam, marah kepada budak perempuan di depan mata ini....

Si budak perempuan depan mata pula hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala...

Telefon bimbit segera dikeluarkan, nombor telefon kawan sejak sekolah menengah didail, “Amir! Aku ni, Dzariff. Aku nak minta tolong wey. Adik aku kena pukul... KPJ Damansara......”

Gadis di depannya bergerak, entah mahu ke mana, zass! Tangan si gadis digenggam erat. Talian telefon di matikan.

“Where do you think you are going? The police is on their way. Selagi saya tak tau apa yang terjadi, awak tak boleh ke mana-mana!”

Tangan yang digenggam dipandang tajam. Trauma tak trauma, siapa mamat ni nak pegang aku?!

“Apa ni?! Lepaslah!” Dari muka yang blurr akibat trauma, mukanya berubah menjadi garang dalam satu saat. Ini tentang halal haram!

Tangannya direntap kuat, mahu melepaskan diri dari genggaman si jejaka. Tapi tenaga si jejaka lebih kuat, genggaman di tangan si gadis tidak dilepaskan.

“Eh! Abang dengan adik sama sengal!” jerit si gadis, marah. Dada si abang sengal ditolak dengan tangan kanan yang masih bebas.

Zass!! Tangan kanan pula digenggam. Makin marah jadinya si gadis, kedua-dua belah pergelangan tangannya digenggam si mamat sengal!

“Awak ni kenapa?”

“Awak nak ke mana?”

“Suka hati sayalah!”

“Adik saya kena pukul. Awak saksi! Awak kena tunggu di sini sampai polis datang!” sergah si jejaka.

“Awak!! Awak nak suruh saya jumpa dengan polis ke, bomba ke, boleh tak awak lepaskan tangan saya? Awak tak tahu halal haram ke?” balas si gadis, menyergah juga.

“Halal, haram? Perempuan yang merayau lewat-lewat malam macam ni tahu halal haram ke?” perli si jejaka.

Melopong mulut si gadis! Siapa dia ni? Kali pertama jumpa kutuk-kutuk orang pula? Aku dah buat apa kat dia?

“Mister,” nada suaranya sudah bertukar rendah dan perlahan, “number one, unhand me. Number two, keep your nasty words to yourself.”

Mendengar perintah si gadis, terbakar dada si jejaka. Keningnya terjungkit, dengan suara yang sama rendah, dia mencabar, “Make me.”


Ternganga si gadis mendengar cabaran si jejaka, hairan sungguh dengan perangai bangang mamat ini. Tadi si adik kena pukul, sekarang giliran si abang pula kah? Memang adik beradik kaki cari pasal? Sudah dicabar, sudah diminta, apa lagi, beri sajalah! Tanpa sebarang amaran, dengan laju dan kuat, si gadis mengangkat lututnya dan celah kangkang si jejaka menjadi sasarannya.

“AUW!!” jerit si jejaka, sakit ada, terkejut pun ada. Kedua belah tangannya laju melepaskan tangan si gadis dan hinggap di celah kangkang sendiri. Terbongkok-bongkok menahan kesakitan.

“Aaaauw!” mengerang si jejaka. Fuh! Nasib baik tak kena tepat. Sebab kena sipi pun boleh tahan sakitnya.

Si gadis bercekak pinggang, puas hati. Senang-senang nak pegang orang, nak kutuk orang. Ambik kau!

“Abang!! Abang kenapa pulak ni?!” tiba-tiba ada suara wanita menjerit.

Laju si gadis berpaling ke arah wanita yang menjerit tadi. Usia sekitar lima puluhan....emak Dzahim mungkin? Tanya si gadis dalam hati.

“Abang, kenapa ni, Bang?” tanya seorang gadis, laju menerpa ke arah Dzariff, memegangnya kuat, bimbang kalau Dzarif tumbang ke bumi.

“Abang okey, Abang okey,” semampu mungkin sakitnya ditahan, tangan kanannya digawang-gawang.

“Abang! Adik mana? Dia okey tak?” tanya si ibu.

“Ummi, Adik kat dalam. Nanti Abang cari doktor atau nurse, tanyakan khabar Adik,” jawab Dariff, sedaya upaya menegakkan diri.

Melihatkan wajah cemas wanita separuh umur itu, si gadis tidak sampai hati untuk menyampaikan berita. Tapi apa lagi yang patut dia buat.

Perlahan-lahan dia membuka mulut, “Assalamualaikum, Auntie. Dzahim kat dalam. Tadi nurse keluar bagi tahu yang derang nak siapkan Dzahim masuk ke dalam dewan bedah. Derang cari ahli keluarga untuk tanda tangan surat kebenaran.”

“Waalaikum salam, anak ni siapa?” tanya emak Dzahim, agak tercengang-cengang.

“Saya Fayqa, Auntie, kawan Dzahim,” Fayqa menjawab, mata Dzariff mencerun.

“Adik saya tu kenapa?” tanya perempuan muda sebelah si ibu.

“Dzahim.....kena pukul,” teragak-agak Fayqa menjawab.

“Ya Allah! Anak aku!!” jerit emak Dzahim, air mata mula berjujuran di pipi. Anak lelakinya dipeluk bagai mencari kekuatan.

“Ummi, sabar Ummi. InsyaAllah, Allah akan lindungi Adik,” pujuk anak lelakinya, tangan Umminya digenggam kuat. Anak perempuannya pula memeluk dari belakang.

“Fayqa, teruk ke keadaan Dzahim?” tanya si ibu sambil menangis teresak-esak.

“Saya pun tak pasti Auntie. Nurse tak cakap apa-apa, cuma Dzahim perlu dibedah.....” sejujurnya Fayqa memberitahu.

“Ummi, sabar ye. Abang pergi cari doktor yang rawat Adik,” pujuk si abang.

“Auntie, Fayqa minta diri sekejap ye...”

Belum sempat Fayqa menghabiskan ayatnya, Dzariff menyergah, “Kan aku dah kata jangan ke mana-mana?”

Tercengang si ibu dan kakak, hairan kenapa Dzariff bertempik tengah-tengah malam buta begini.

“Encik! Encik tak nampakkah baju saya ini penuh dengan darah? Saya nak pergi tukar baju dan solat. Saya ni belum solat lagi,” Fayqa melawan, pantang dia disergah-sergah.

“Abang, yang marah-marah ni kenapa?” hairan sungguh si ibu.

“Ummi, Abang dah telefon Amir, minta dia datang siasat siapa yang pukul Adik. Budak perempuan ini saksi utama. Kita tak boleh biarkan dia lari.”

“Siapa kata saya nak lari?”

“Kami boleh percayakan awak ke?”

“Saya yang bawa Dzahim ke hospital, kenapa pula awak tak boleh percayakan saya?”

“Kenapa awak kalut nak solat sekarang? Solat saja lepas polis sampai.”

“Astaghafirullah, awak nak suruh saya lengahkan solat? Awak ni tak belajar agama ke? Lepas solat boleh saya baca Yassin, doakan Dzahim.”

“Yalah Abang, Adik dalam keadaan macam ni, elok kita bacakan Yassin,” celah si ibu. Rimas juga mendengar budak berdua ini bertekak.

“Fine. Yaya, kau ikut budak ni, jangan biarkan dia lari. Kalau dia lari …..” arahan dikeluarkan kepada si adik perempuan, mukanya garang macam nak telan orang.

Dzariff memang serius orangnya tapi malam itu seriusnya sudah lain macam, adiknya Dzalia tidak berani membantah. Bila Fayqa melangkah pergi, tanpa apa-apa komen, Dzalia mengikutnya.

Tak sampai beberapa minit doktor keluar berjumpa Dzariff dan ibunya. Keadaan Dzahim diperjelaskan, dia perlu dibedah segera kerana pendarahan otak. Hajjah Azimah hanya mampu menangis memandang Dzariff menandatangani surat kebenaran pembedahan Dzahim.

Kedua anak beranak itu sedang berpelukan bila Inspektor Amir tiba bersama seorang lagi anggota polis. Sudah lama dia berkawan dengan Dzariff, sejak di bangku sekolah menengah. Jadi bila mendapat panggilan telefon Dzariff, tanpa berlengah dia bergerak ke hospital itu. Dzariff pula laju menelefon Dzalia supaya membawa Fayqa balik ke wad kecemasan. Sambil menunggu Fayqa, sempat Inspektor Amir bertanyakan beberapa soalan kepada Dzariff. Tidak banyak maklumat pun yang dapat, jadi bila saksi utama tiba, Inspektor Amir bersiap sedia secara mental untuk menjalankan penyiasatan.

Fayqa dibawa ke sudut terpencil di wad kecemasan itu. Kemudian bertubi-tubi soalan datang dari Inspektor Amir. Nasib baik dia sudah solat tadi, walau pun dia masih trauma tapi sekurang-kurangnya dapat jugalah dia menjawab soalan Inspektor Amir.

“Betul awak tak nampak orang yang pukul Dzahim?” tanya Inspektor Amir buat kali kedua.

“Fuh.. masa tu, saya panik tengok ada orang kena pukul. Saya tak tahu pun yang kena pukul tu Dzahim. Takkan saya nak cabut macam tu je kan, jadi saya tekan hon kereta saya kuat-kuat. Mula-mula tu, derang macam nak serang kereta saya. Tapi saya tekan hon tak henti-henti. Agaknya derang takut ada orang datang, derang naik motor derang, pas tu lari. Saya turun kereta, nak tolong kan. Masa tulah baru saya sedar yang kena pukul tu Dzahim. Masa tu darah dia banyak sangat keluar,” pucat lesi wajah Fayqa semasa dia bercerita.

“Berapa orang yang pukul Dzahim tu?”

“Empat, lima orang, macam tu,” berkerut-kerut dahi Fayqa mengingati perkara yang sebenarnya dia mahu lupakan terus.

“Awak tak nampak nombor plet motor mereka?”

“Uish, Inspektor, masa tu kelam kabut sangat. Saya terketar-ketar masa tu. Takutnya, Tuhan saja yang mengetahui, apa pun saya tak nampak,” jawab Fayqa berterus terang.

Buat beberapa detik, wajah Fayqa direnung tajam oleh Inspektor Amir.

“Dazriff, jom.... ada benda aku nak bincang sikit,” ajak Inspektor Amir sambil bingkas bangun. Dzariff mengikut rapat.

Tiba di sebuah sudut sunyi, Inspektor Amir membuka mulut, “Betulkah budak tu dengan Dzahim hanya kawan biasa?”

“Aku pun tak tahulah. Kenapa?”

“Dia anak yatim, maknya di Tawau.”

“So?'

“Dia sorang diri di KL ni...”

“Amir, kau nak kata apa ni?”

“Baik kau tumpangkan dia di rumah kau. Ada kemungkinan budak-budak yang pukul Dzahim nanti akan cari dia.... untuk tutup mulut dia...”

Saturday 26 January 2013

Taraaaa!!! Cover KNK y'all!



I love it! I love it! What do you think? Kalau tak suka tak pe, cakap je. Saya alu-alukan imput dari semua!!

Agaknya pihak penerbit ingat saya suka warna merah. Kalau saya travel for work mmg cengginilah saya berpakaian, formal pants and shoes. Kalau travel for fun, boots and back pack je.

Happynya hari ni, selepas 2 hari yg tak produktif. TQ Dato Wan Mohd Muzri, fondly known as Muz and Puan Rohaida, both from Karya Seni.

Tell me what you think, pls!

p/s: keh keh nampak tak cop mohor kat corner bawah kanan tu, karya novelis best seller katanya (si writer perasan nak sebut jugak nih he he he)

Tuesday 22 January 2013

Haip! Gatal tangan....


Jangan marah ok! terjaga pukul tiga, solat hajat, tapi stres masih tak hilang. too much going on at the work place. Cuba terapi menulis...nak tengok boleh reda tak stress di otak. minggu ni saya susah nak tidur. My partner in crime pun sama, sah lah ni stress projek baru. dah tua pun tak reti nak chillex.

so ini bab 1 Seteguh Fayqa. Aomori Sakura, saya serius kali ni, SF saya nak tulis pelan2 (LOL). 1 m/s sebulan gitu, wa ka ka.


Bab 1


“Hello! Hello!”

“Ya, hello!”

“Ini Abang Jim? Errr.... Abang Dzahim? Hello, hello!”

“Ya, ya, ini Abang Dzahim, kenapa? Kenapa dengan Dzahim?”

“Dia di hospital, emergency ward. Please, tolong datang, dia teruk sangat. Please datang, cepat!”

“Hospital mana? Dzahim kenapa? “

Sambil telinganya menangkap maklumat yang diberikan, tangan sudah mencapai sepasang jeans.

“Saya on the way, sekarang!”

Tuk! Tuk! Tuk! Pintu bilik adiknya Dzalia diketuk.

Dzalia dengan muka orang baru bangun tidur, membuka pintu, “Apahal Abang? Pukul
berapa ni?”

Selepas berita buruk itu dikhabarkan kepada si adik, berdesup Dzariff ke hospital dengan CRVnya. Tak sampai dua puluh minit sudah sampai, wad kecemasan dicari. Tiba di sana, di luar pintu bilik kecemasan, matanya terlihat seorang perempuan muda berpeluk tubuh bersandar pada dinding. Wajahnya kelihatan runsing. Laju Dzariff menapak ke arahnya.

“Awak kawan Dzahim, yang telefon saya?”

Buntang mata si gadis memandangnya, terkejut disapa tiba-tiba. Kepalanya dianggukkan perlahan.

“Kenapa dengan adik saya? Dia di mana sekarang?” soalan keluar laju bagai peluru.

“Di dalam, doktor nak bawa dia masuk ke bilik bedah. Dia kena pukul...” jawapan diberikan bagai separuh sedar. Masih trauma menjadi saksi Dzahim dipukul.

“Kena pukul?!! Damn!! Siapa pukul Dzahim? Dah report polis belum?” Muka si Abang sudah merah, marah dengan orang yang memukul adik, marah kepada si adik kaki merayau malam, marah kepada budak perempuan di depan mata ini....

Si budak perempuan depan mata pula hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala...

Telefon bimbit segera dikeluarkan, nombor telefon kawan sejak sekolah menengah didail, “Amir! Aku ni, Dzariff. Aku nak minta tolong wey. Adik aku kena pukul... KPJ Damansara......”

Gadis di depannya bergerak, entah mahu ke mana, zass! Tangan si gadis digenggam erat. Talian telefon di matikan.

“Where do you think you are going? The police is on its way. Selagi saya tak tau apa yang terjadi, awak tak boleh pergi mana-mana!”

Monday 14 January 2013

Kisah Naz & Khaalish - Manuskrip

Alhamdulillah, pagi tadi saya telah emailkan manuskrip KNK kepada penerbit.

TQVM saya ucapkan kepada rakan-rakan di alam siber ini yg telah banyak memberikan sokongan dan semangat untuk menyiapkan KNK.

TQVM juga kepada Karya Seni yang sanggup menerima manuskrip saya.

TQVM esp kepada Pn Aida dari Karya Seni yang sangat baik hati. Walau pun saya terbabas deadline, dia tak marah sekali pun, siap kata pula "Nina ur cute". Walaupun dia dikejar deadline, cool je dia.

Saya tak tahu bila KNK akan diterbitkan. Nanti saya tanya Pn Aida ye (tapi sebenarnya malu juga nak tanya).

Yg paling best ttg tulis KNK adalah u all sebenarnya...seronok berinteraksi dgn u all di blog, di FB dan di emel. Nanti dah tak tulis, miss u all tu yg gatal tangan nak tulis lagi tu.

Seteguh Fayqa? ooo I need a break first. Konon, nnt kang 2, 3 hari muncul ceritanya di sini. Kalau ye pun, saya hanya akan tulis 4 m/s seminggu :)

Gonna miss u all!!

I really hope that KNK will not disappoint...

Much love.
HA

P/S: abt me signing and mailing you the books, so far tak leh janji sebab bulan2 mendatang saya ada long trips out stn. klu KNK keluar semasa saya out stn... tak boleh lah saya nak do the signing & mailing out.

Friday 11 January 2013

Kisah Naz & Khaalish (final teaser)


Salam dears, undian di FB, ramai yg pilih nak teaser yg lucu tak nak yg sedih.

Here it is, harap teaser ini menceriakan hujung minggu u alls.


p/s: Tuti pembantu rumah mereka


_____________________________________________




Pagi Sabtu itu seperti pagi-pagi yang lain. Naz rebah semula ke katil selepas solat Subuh. Khaalish pula mengambil peluang untuk bersenam di gimnasium. Pulang dari gim, Naz masih lagi lena tidur.
Khaalish terus ke dapur. Setiap hari Naz masakkan minum petang dan makan malam. Pagi ini biarlah dia pula yang sediakan sarapan.

            Air dimasak di dalam cerek elektrik. Kabinet dapur dibuka, dijenguk-jenguk. Bibirnya tersenyum, kabinetnya yang dahulu terbiar kekosongan sekarang penuh dengan segala macam makanan. Peti sejuk pun sama, penuh dengan makanan. Kotak berisi wafel dicapai. Senang! Keluarkan dari kotak, masukkan ke dalam ketuhar mikro atau pembakar roti, siap! Apa toppingnya? Jem, mentega kacang atau hanya mentega?

            Naz yang baru bangun, menapak mencari suami. Di badan hanya tersarung kemeja T saiz extra large, yang memang selesa sekali dipakai untuk tidur. Rambutnya yang kusut masai tidak bersikat. Muka belum dibasuh, gigi belum digosok.

            Baru tiba di ruang tamu, loceng pintu depan berbunyi. Hairan Naz, si Tuti terlupa nak bawa kuncikah? Sambil menguap, tangannya menggaru-garu kepala. Pintu penthouse dibuka.

            “Mana kunci kamu, Tuti?” tanya Naz, menguap lagi.

            “Astaghafirullahilaziiiiiiim! Idora!! Macam nikah rupa awak di rumah?!!”

            Tuti ni memang kaki menjeritlah, fikir Naz. Apalah yang dibebelnya pagi-pagi buta ni.

            “Sh! Sh! Awak ni bisinglah Tuti! Bikin bingit telinga saja,” marah Naz sambil menenyeh-nenyeh mata.

            “Siapa Tuti? Idora, ini mak mertua kamulah!” sergah Puan Sri Freida.

            Naz masih blurr, cuba mencerna apa yang berlaku. Bukan Tutikah yang tekan loceng pintu depan? Mana pula datang Nyonya Mansoor ni?

            “Nyonya buat apa di sini?” ahhh!! soalan paling bodoh dari mulut menantu.

            “Idoraaaa!! Nyonya mana pula ni? Ini Mummy, Mummylah!” suara Puan Sri Freida sudah nyaring.

            Naz masih terkebil-kebil. Puan Sri Freida sudah hilang sabar. Menantu yang masih kebingungan ditolak ke tepi, dia melangkah masuk ke dalam pent house anaknya.

            “Khaalish! Zaim Khaalish! Where are you?!” jerit Puan Sri Freida.

            Terjengul Khaalish dari dapur, tangan kiri memegang pinggan berisi wafel panas, tangan kanan memegang pisau mentega. Di badan pula hanya tersarung sehelai boxer shorts!

            “Zaim Khaalish!!! Astaghafirullah!” cepat-cepat Puan Sri Freida menutup matanya, “Put on some decent clothes! Your wife too!!”

            Terkocoh-kocoh Khaalish meletakkan pinggan dan pisau di atas kaunter kabinet. Digawang-gawangnya tangan ke arah Naz, mengajak masuk ke dalam bilik. Naz yang mula tersedar, menghayun langkah besar-besar ke arah pintu bilik. Di dalam bilik, selepas pintu ditutup, Khaalish menolak Naz ke bilik air.

            “Mummy awak buat apa datang ke rumah kita pagi-pagi buta ni?” Naz berbisik.

            “Sayang, pagi buta apa? Sudah pukul sembilan lebih,” balas Khaalish.

            Sembilan lebih tu pagi butalah bagi orang yang tidur pukul empat pagi. Khaalish menarik kemeja T Naz ke atas, si isteri hanya menurut, kedua belah tangannya diangkatkan ke atas. Pancuran air dibuka, suhu air diperiksa, tubuh isteri ditolak ke bawah pancuran air. Sabun mandian dituang ke atas span badan dan dihulurkan kepada isteri.

            “Awak tak mandi?” tanya isteri yang kalut menyabun badan.

            “Saya dah mandi di gim.”

            “Kalau dah mandi di gim, kenapa pakai boxer saja?” hairan!

            “Untuk selamatkan awaklah,” jawab Khaalish kriptik.

            “Ha?!” semakin hairan Naz.

            Pancuran air ditutup, berus gigi yang sudah ditaruh ubat gigi dihulurkan kepada isteri.
 “Cepat sayang. Nah! Berus gigi.”

            Gigi diberus, mulut bercakap, “Makha khokha chaya? Chaya khuak ghee cho phukha!”

            “Apa Sayang?” tanya si suami prihatin.

            Mulut dikumur bersih, “Saya tanya….mana tuala saya? Buat free show pula!”

            Ketawa besar Khaalish. Tuala diambil, dibalut ke badan isteri yang kemudiannya dirangkul, “Isn’t it a bit too late for that?”
           
            Cup! Ciuman hinggap di hidung isteri yang comel.


Selepas berpakaian, Naz dan Khaalish ke dapur. Puan Sri Freida sudah menunggu di meja makan.
Wajahnya masam mencuka.

            “Duduklah. Mummy dah buatkan kopi,” bibirnya dimuncungkan ke tengah meja.
Ada sebuah teko berisi kopi panas, tiga biji koleh, sepinggan wafel, mentega, dan jem.

            Mak mertua sudah buatkan kopi, si menantu yang baru sedarkan diri cepat-cepat menuangkannya ke dalam koleh.

            “Jemput minum, Puan Sri,” dengan keadaan malu besar begitu, tak sanggup Naz hendak memanggil wanita anggun bergaya itu Mummy.

            Khaalish dengan selamba badak menghirup sedikit kopi panas. Kemudian dicapainya sekeping wafel, disapukan dengan mentega dan jem, disuapkan ke mulut. Lambat-lambat dia mengunyah wafel.

            Ya Rabbi! Boleh dia buat selamba badak laki aku ni, dengus Naz dalam hati. Dia tak rasa malu langsungkah?

            “Itu!” kata Puan Sri Freida, kali ini bibirnya dimuncungkan ke arah baju dan seluar Khaalish yang bertaburan di atas lantai dapur. Tak sanggup dia hendak mengutip baju dan seluar anaknya yang bertaburan di lantai. Kenapa sampai bertaburan di lantai dapur? Let’s not even go there!

            Kelam kabut Naz mengutip baju dan seluar suami, dimasukkan ke dalam bakul kain basuhan di bilik dobi di sebelah dapur. Astaghafirullahilazim! Apalah yang mak mertua aku fikirkan sekarang! Muka Naz merah berbahang. Malu! Malu besar!

            “Mummy tak tahu nak kata apa,” akhirnya Puan Sri Freida membuka mulut.

            “Tak perlu kata apa-apa, Mummy. We are still in our honeymoon phase,” selamba Khaalish menjawab, mukanya kering sahaja.

            Naz pula malu tak tahu mana hendak diletakkan muka. Kalaulah ada mesin pemadam ingatan macam dalam filem “Men in Black” tu, mahu dia gunakan ke atas mak mertuanya.

            “Kok ye pun honeymoon phase…..!” setakat itu sahaja yang mampu Puan Sri Frieda komen, kepalanya digeleng-gelengkan.

            “Mummy, kami ni dah sah. Dah nikah,” balas Khaalish dengan suara mendatar.

            Dengan anak tidak berkesan, Puan Sri Freida mengalihkan tumpuannya kepada si menantu pula.

            “Kamu pula, Idora. Tak adakah baju yang elok yang boleh dipakai?”

            “Mummy, during the honeymoon phase, less is best,” boleh Khaalish jawab begitu!

Naz rasa macam nak ketuk-ketuk kepala sang suami. Ish, tak boleh jadi ni, lagi banyak cakap, lagi malu dia jadinya. Tukar topik! Tukar topik!