Salam dears, wah apa ni writer's block ke apa? Bab 27 stuck punya lama. Sibuk pun iya juga. Lepas ni saya nak balik ke trick lama, tulis bab pendek2 tp update kerap2.
Enjoy!! Miss you guys...
p/s: lupa nak cakap, nama watak Ahjan Wayuppa dah tukar jadi Ahjan Sirirat :)
p/s: lupa nak cakap, nama watak Ahjan Wayuppa dah tukar jadi Ahjan Sirirat :)
Bab
27
“Khaalish,
tak cukup lagikah nak temuduga saya? Saya ada tugasan yang saya perlu hantar
esoklah!” komplen Reham, sudah penat kena soal siasat dek jejaka angau di
Malaya.
“Reham, kenapa awak tak nak bagi
tahu saya apa yang buat Naz tidak berkenan dengan saya?” Wah! Memang sepatutnya
mamat ini menjadi loyar!
“Cubalah muhasabah diri! Fikirlah
sendiri! Takkan awak tak tahu kelemahan sendiri?” Reham sudah naik bosan.
“The girls,” hendak tak hendak
terpaksa sebut juga.
“Tahu pun! Lagi?”
“Hah? Ada lagi kah?” terkejut betul
Khaalish, bukan terkejut buat-buat.
Reham di hujung talian Skype sudah
menepuk dahi, “Wow! He’s totally clueless!” terlepas kata dari bibirnya.
“Reham, clueless about what?”
“Saya tak tahu bagaimana nak
cakap….” serba salah juga dibuatnya Reham.
“Reham, just spill it out,” suruh
Khaalish dengan suara mendatar.
“Betul ni? Betul awak nak tahu?”
“Reham… kalau saya tak nak tahu tak
adalah saya buang masa menyoal siasat awak,” sambung lagi dengan suara
mendatarnya.
“Sedia?”
“Apalah benda yang teruk sangat
tentang aku tu? Seriously?” Khaalish mendengus dalam hati.
“Reham, for the last time, please?”
“Oh, since you have said please,
I’ll tell you….,” jeda sebentar, “Naz kurang senang sebab awak tak solat,” Nah!
Straight to the point!
Terkedu Khaalish! Tak terduga
langsung. Dahinya berkerut.
“So, whatcha gonna do bout it?” tanya
Reham selepas jeda yang panjang.
Dengan dahi yang masih berkerut,
Khaalish menjawab, “Ikut nasihat awak…”
“Nasihat apa?” terkejut pula Reham.
“Bila pula aku bagi nasihat?” fikirnya.
“Muhasabah diri.”
Mendengar jawapan Khaalish, mulut Reham
membentuk huruf ‘O.’
“Okeylah Reham, terima kasih kerana
bagi tahu pada saya,” dengan nada suara perlahan, Khaalish meminta diri,
dahinya masih berkerut.
“Kejap, ada perkara lagi yang saya
nak bagi tahu kepada awak,” cepat-cepat Reham mencelah.
“Hm, apa?” fikiran Khaalish sudah
menerawang ke lain.
“Buka kotak emel awak, okey. Bye!”
laju Reham memberikan arahan, macam kes hit and run pun ya.
“Okey, bye,” balas Khaalsih, dalam
kepalanya merancang-rancang apa yang perlu dibuat dengan maklumat yang dikongsi
oleh Reham tadi.
“Reham ni, tak habis main-main, apa
pula kali ini?”
Jarinya laju membuka kotak emel di
lap top. Emel dari Reham dibuka, ada keratan dari laman Facebook seseorang.
“Ozgur Ozdemir…. Luang Prabang is a
surprise…. A wonderful surprise,” baca Khaalish perlahan.
Kemudian matanya terbuntang melihat
gambar jejaka bernama Ozgur ini dengan….siapa lagi jika bukan si pujaan
hatinya, Naz!!
- -
- - - - - - - - - - - - -- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
- - - - - - - - - - - - - - - - - -
Sekejap
sahaja kotak-kotak berisi buku-buku dan lain-lain bahan yang akan digunakan
untuk penyelidikan siap tersusun di dalam van yang terparkir di hadapan rumah
sewa Naz. Mana tidak cepat, dah ada seorang paksarelawan. Datang menumpang rumah
orang, pandai-pandailah ringankan tulang. Suka Naz bila sekali-sekala dia dapat
menjadi mandor, beri arahan sahaja, semua siap. Kotak-kotak itu dikira sekali
lagi, cukup!
“Ozzie!” jerit Naz, “kotak semua dah
ada. Cuma beg saja yang belum masuk.”
Badannya dipusing untuk mencari
Ozgur, namun orang lain pula yang muncul! Mulutnya ternganga, mata buntang,
keningnya terjungkit ke atas.
“Assalamualaikum,” Khaalish menyapa.
Naz nampaknya sudah jadi patung cendana.
“Alaikumsalam. Awak buat apa di
sini?” baru berbunyi mulut Naz.
“Datang jumpa awaklah.”
“Hari ini Khamis.”
“So?”
“Awak tak kerja?”
“Sekali sekala ambil cuti, tenangkan
minda, cuci mata, cari bahagia…”
Timbul senyuman kecil di bibir Naz.
“Naz! Beg yang mana?” tiba-tiba
muncul si Ozgur.
“Ha?” Tanya Naz terpinga-pinga,
terkejut berjumpa Khaalish belum habis lagi.
“Beg…” sebut Ozgur pelan-pelan, “kan
awak suruh saya ambilkan beg?”
“Ozzie, ini Khaalish. Khaalish, ini
Ozgur.”
“Hi,” pendek Khaalish menyapa,
matanya tajam merenung jejaka dari Turki itu.
“Salam aleykum! Reham has told me
about you,” sapa Ozgur pula, bibirnya sudah tersengih, entah apa dalam
kepalanya.
“Oh? Good things I hope,” terkejut
sedikit Khaalish. Apa pula cerita si Reham kepada Ozgur ni?
“Don’t worry, nothing but great
things from her,” jawab Ozgur, bibir masih tersengih macam kerang busuk.
“Ozgur, dua beg di ruang tamu. Beg
kain warna putih,” Naz si mandor sudah beri arahan.
“Baik, bos!” jawab si paksarelawan.
“Khaal, kami nak keluar buat research work…” kata Naz
kepada Khaalish pula.
“Okey, saya ikut.”
“Nak buat apa?” Tanya Naz terkejut.
“Hmmm….tukang angkat barang?”
Khaalish pelawa diri.
“What’s up with you? Tiba-tiba
muncul tengah-tengah minggu….nak jadi tukang angkut barang?” terus terang Naz
bertanya, malas nak main teka-teki.
“Awak tak suka saya datangkah?” ada
bunyi macam orang berjauh hati.
“Khaalish, saya tak kata saya tak
suka kan? Cuma, perangai awak ni pelik,” komen Naz.
“Awak tak tahu lagikah? Kalau saya
dekat dengan awak, memang saya jadi pelik,” senyuman mengusik sudah terbit di
bibir.
“Macam-macamlah awak ni!” dengus
Naz. Habis nak kata apa lagi?
Mati-mati Khaalish mahu ikut juga.
Van putih itu cuma muat tujuh orang. Campur Naz, Ahjan Sirirat, Dr Surachek, pemandu
dan beberapa orang pelajar dari kolej perguruan Luang Prabang, dah tak muat.
Nasib baik ada dua orang lagi pelajar yang menunggang motosikal. Akhirnya
Khaalish dan Ozgur menumpang motosikal pelajar-pelajar itu. Kasihan juga Naz
melihat anak jutawan itu membonceng motosikal kapchai menyusuri jalan tanah
merah yang berdebu.
“Dia ni kenapa? Tiba-tiba muncul,
nak ikut orang buat fieldwork lah,” hairan sungguh Naz, “harap-harap dia tutup
mulut rapat-rapat. Kalau tidak, berkilo debu yang dia telan,” tersembul juga
tawa kecil.
Tiba di sekolah tempat penyelidikan
dijalankan, mereka diserbu oleh kanak-kanak Laos yang jarang melihat orang luar
di kampong mereka. Yang paling popular tentulah si Ozgur, dengan rambut
perangnya, dengan mata koko cairnya. Jenuh dia kena kerumun. Naz pula ada
sikecil yang suka tarik tudungnya, agaknya tidak pernah tengok perempuan
bertudung. Khaalish pun ada peminat tersendiri. Kiri kanan tangannya dipegang
kanak-kanak kecil.
Tersenyum Naz memandang, “ada juga gaya nak jadi
bapa.”
Khaalish pula terpesona habis dengan cara Naz melayan
kanak-kanak kecil yang asyik menarik-narik tudungnya. Sekali pun tidak gadis
manis itu tidak marah. Malah dia menundukkan kepalanya dan membiarkan
kanak-kanak itu membelek dan memegang tudungnya. Agaknya dia sudah terbiasa
dengan kanak-kanak yang berasa pelik dengan tudungnya, kerana rupanya dia
membawa sehelai lagi tudung dan dipasangkan ke kepala kanak-kanak itu seorang
demi seorang. Apa lagi mengekek-ngekek mereka ketawa sambil berebut-rebut
hendak memakai tudung.
Bila kelas bermula, kumpulan Ahjan Sirirat mula
beraksi. Untuk membantu kanak-kanak Laos menguasai Bahasa Inggeris, Ahjan
Sirirat atau Dr Surachek akan bercerita dan pelajar-pelajar dari kolej
perguruan Luang Prabang akan berlakon. Kali ini pelakon import dari Turki turut
serta. Apa lagi melopong kanak-kanak dalam kelas mendengar cerita. Selepas sesi
bercerita, ada pula permainan yang melibatkan perkataan-perkataan Bahasa
Inggeris yang digunakan dalam cerita tadi. Kanak-kanak yang menang akan
mendapat hadiah seperti pensil warna dan buku mewarna. Riuh rendah kelas
jadinya. Akhir sekali kanak-kanak digalakkan untuk menyiapkan tugasan berkaitan
dengan cerita yang mereka dengar tadi.
Tugas Naz sebagai juru video dan tukang ambil gambar.
Sekali sekala melihat aksi terlampau Ozgur, tersembur ketawa dari mulutnya. Ah,
si Ozzie, dapat perhatian dari peminat-peminat ciliknya, apa lagi, semakin
hebat lakonannya.
Si mamat korporat hanya memerhati. Nak berlakon
seperti Ozgur? Tidak pernah dibuat seumur hidupnya. Tapi sakit hati juga bila
melihat aksi mengada-ngada si Ozgur mendapat perhatian Naz, hingga
mengekeh-ngekeh ketawa si gadis pujaan!
Selepas waktu rehat, kumpulan Ahjan Sirirat beraksi di
dalam kelas yang lain pula. Cerita yang lain pula dilakonkan. Kali ini mamat
korporat tidak mahu ketinggalan. Ozgur menjadi tikus yang baik dan dia menjadi
singa yang terperangkap. Dagu Naz sudah jatuh ke lantai! Anak jutawan ini sudah
buang tebiat ke apa? Tapi jarinya cepat-cepat menekan butang kamera mengambil
gambar si anak jutawan yang mengaum-ngaum jadi singa kena perangkap.
“Boleh buat bahan blackmail nih! Atau naikkan di
Facebook?”