Wednesday 27 February 2013

Seteguh Fayqa Bab 5 a


Salam!

Okay. Bab 5 a dulu. Ahad ni ke saya sambung lagi ye. Catch phrase utk SF adalah....sedikit2 lama2 jadi bukit. enjoyz!


Bab 5


Laju Dzariff menarik tangan Fayqa supaya gadis itu kembali berdiri. Ya Allah! Apa aku dah buat? Kenapalah budak ni selalu buat aku sakit hati, marah sampai tak ingat apa yang aku buat. Macam-macam sumpah seranah dihadiahkan untuk diri sendiri.

“Abang?” tegur Dzalia sekali lagi, teragak-agak.

“Hah?” tanya Dzariff.... apa lagi ni?

Kening Dzalia terjungkit, bibir dimuncungan ke arah tangan si abang...... yang masih menggenggam erat pergelangan tangan kiri Fayqa.

“Eh!” Dzariff dan Fayqa sama-sama terkejut! Dzariff segera melepaskan tangan Fayqa, Fayqa pula cepat-cepat menarik tangannya. Rasa malu, rasa canggung, dia berpeluk tubuh.

Terdiam seketika. Apa orang tua kata? Malaikat lalu? Baguslah malaikat lalu, catat satu dosa kering aku, fikir Fayqa. Thanks to this general sengal! Senang pegang orang, peluk orang. Dulu ingatkan si Dzahim nakalnya Ya Rabbi, rupanya abang dia lagi jahat!

“Ehem,” Dzalia berdehem sekali, susah nak mula bicara. Apa nak kata ya? Nak tanya kenapa Abang peluk Fayqa?

“Ehem,” Dzalia berdehem kali kedua.

“Yaya cari staf baru, kan?” tiba-tiba Dzariff bertanya.

Terkejut Dzalia dibuatnya, dia masih tercengang-cengang dengan perangai luar alam si abang, yang si abang pula bertanya pasal....staf?

“Yaya! Cari staf baru, kan?” Dzariff bertanya sekali lagi.

“Haah,” itu saja yang boleh dijawab, kepalanya masih berkira-kira ke mana hala tuju pertanyaan abangnya.

“Ni ha! Dia ni pun nak cari kerja. So, Yaya ambil saja dia kerja kat butik Yaya,” senang sahaja Dzariff mengarah adiknya.

“Err... interview dululah Abang...” Dzalia cuba bertolak ansur.

“Nak susun baju, nak cek stok, nak kemas butik. Dia ni belajar kat kolej kan? Tentu dia boleh buat. Nak interview apa lagi?”

Fayqa mengerling ke arah si general sengal. Dari pagi ke petang kerjanya mengarah orang sahaja!

“Tak apalah, Kak Yaya. Interview dulu pun okey,” komen Fayqa, kasihan tengok Dzalia kena paksa kerana dirinya.

“Kita interview seminggu lagi ye, Fayqa. Kita tengok dulu macam mana keadaan Jim,” Dzalia cuba berlengah. Dalam seminggu ni bolehlah tengok macam mana perangai si Fayqa ni, elok ke, teruk ke. Takkan nak ambil kerja menonong macam tu saja. Silap-silap haribulan buat pening kepala!

“Okey, set! Interview minggu depan. Telefon bos awak, kata awak berhenti kerja hari ni juga. Jangan degil, bahaya awak kerja di sana. Budak-budak jahat tu mungkin menunggu awak di sana.” kali ini arahan untuk Fayqa pula.

“Faham?” tanya Dzariff bila dilihatnya Fayqa berdiri mematung tidak berkata apa-apa.

“Yaya, she works with you. Pergi balik kerja sama-sama. Her safety is our responsibility,” arahan untuk Dzalia pula.

Lepas memberi arahan, general sengal masuk balik ke ruang menunggu. Sedikit pun tak mengerling ke arah Fayqa. Perasan bagus!! cemuh Fayqa dalam hati.

“Kak Yaya, sebenarnya Kak Yaya tak perlu ambil saya bekerja. Saya boleh cari kerja kat tempat lain,” memang pegangan hidup Fayqa tidak mahu menyusahkan orang.

Nice, she's not pushy. Mudah memahami orang lain, puji Dzalia dalam hati.

“Don't worry. Apa-apa pun kita buat interview dulu. Deal?” bibir Dzalia tersenyum lebar. Gerak hatinya berkata si Fayqa ni baik budaknya.

“Deal! Thanks Kak Yaya,” senyum disambut senyum, permulaan titian persahabatan.

Sunday 24 February 2013

Seteguh Fayqa Bab 4 siap


Humph, esok kena bangun awal, mata pula tidak mahu lelap. Kena tinggal van baru tau!!

Niway, ini ha Bab 4 siap. Sebab dah pkl 2 pagi, maka saya tak edit, raw gitu.

Watch out, more sizzling moments between F & si general sengal.

Input needed:
1. perlu dicensor? atau boleh diterima
2. cara Dz tumbangkan F, jelas atau blurr? esp for readers yang tak belaajr silat? LOL



Bab 4


“Di mana Ummi beli nasi lemak ni?” sambil mengunyah sempat Dzariff bertanya.

“Beli apa? Fayqa yang masak. Sedapkan? Ummi tak sangka muda-muda gitu handal masak,” komen Hajjah Azimah.

Terhenti kunyahan mulut Dzariff. Biar betul budak tu yang masak? Sedap tak ingat macam ini? Tak percayalah.

“Iya ke dia masak, Ummi?” mulut bertanya, mata mengerling tukang masak yang duduk jauh di hujung ruang menunggu itu.

“Eh, iyalah. Entah pukul berapa dia bangun masak. Lepas subuh Ummi turun, dah siap di atas meja. Abang, Ummi masuk tengok Adik kejap ye,” kata Hajjah Azimah, lalu terus bangun dan melangkah ke arah pintu masuk wad ICU.

Melihat Hajjah Azimah sudah melangkah, Fayqa cepat-cepat bangun dan mengikutinya. Ceh! Macam menantu misali, dengus Dzariff dalam hati.


Menjelang tengahari kakak sulung Dzahim, Dzehan tiba dari Jakarta bersama suami dan anaknya. Selepas Asar tiba pula Dzureen, juga kakak kepada Dzahim tapi adik kepada Dzehan dan Dzalia.

“Orang dari Jakarta sampai dulu dari orang Tanah Malaya?” perli Dzalia, kena sedas kat hidung Dzureen.

“Orang Jakarta tu naik kapal terbang. Kita ni kena naik bot, lepas tu baru naik kereta,” balas Dzureen, tidak mahu mengalah.

“Naik bot? Dari mana yang naik bot tu, Yin?' tegas suara Dzariff bertanya, “kalau Kuala Trengganu, takkan kena naik bot segala?”

“Kami ke Pulau Perhentian, Abang. Yin tak plan pun, tiba-tiba Mel ajak,” jawab Dzureen, suara sudah teragak-agak. Bimbang kalau abang sulung meletup.

“Yin, walau pun dah besar panjang, Yin tu tetap perempuan. Kalau nak ke mana-mana, bagi tau Abang. Babah dah lah jauh, kan Abang yang bertanggung jawab. Kalau jadi apa-apa, macam mana? Tengok Adik, di KL pun jadi macam tu,” lembut suara si abang menegur.

Terpegun juga Fayqa mendengarnya. Hmm, orang ada abang, boleh lah ditegur-tegur, aku ni siapa yang ada? Makin terasing rasanya dia yang duduk di hujung ruang menunggu.

“Abang, Adik tu buas sangat. Kawan dengan budak-budak yang tak senonoh. Itu yang kena belasah tu,” lancang komen si Dzureen.

“Kau pun apa kurang Yin, si Fareez London tu yang tak semenggah tu yang kau nak kawan,” sedas lagi Dzureen kena dengan Dzalia.

“Kau masih kawan dengan Fareez tu?” soal Dzariff suara sedikit meninggi, “don't tell me you went to Perhentian with him?”

Buat seketika mata Dzureen mencerun ke wajah Dzalia, marah kerana si kakak menyebut nama buah hatinya di hadapan si Abang. Memang saja Kak Yaya ni nak kenakan orang.

“Tak delah, Bang. Yin dah lama tak dengar khabar dia,” jawab Dzureen dengan muka kering, matanya menjeling ke arah Dzalia, memberi amaran.

“Pergi Perhentian tak bagi tahu Abang, satu hal. Kalau Abang tahu kau masih lagi keluar dengan si Fareez tu, Abang ambil balik kunci kereta!” suara Dzariff sudah naik satu oktaf.

Terkedu Dzureen bila sudah kena beri amaran. Kalau si Abang sudah naik suara, lebih baik cepat-cepat diam. Jika tidak, tentu kena nanti.

Mamat ni agaknya cita-cita dulu nak jadi general, fikir Fayqa. Cita-cita tak sampai, itu yang terbawa-bawa sikap suka menyergah orang tu.

Sepanjang hari Fayqa duduk di kerusi di hujung ruang menunggu sambil membaca surah Yassin, hatinya tidak putus-putus mendoakan kesihatan Dzahim. Sekali sekala dengan kebenaran doktor, bila tiada yang menjenguk Dzahim, Fayqa akan masuk ke dalam wad ICU untuk melihat Dzahim yang masih terkujur di atas katil dengan wayar berselirat. Sedih. Sayu. Bimbang. Kasihankan Dzahim yang muda dan sentiasa bertenaga dalam keadaan sebegitu. Berbeza benar dengan keadaannya semasa dia sihat, nakal tidak tertanding, sentiasa mengenakan Fayqa. Namun baiknya tidak terjangka.

Ada juga ibu dan kakak-kakak Dzahim datang berbual dengannya. Bertanyakan tentang apa yang berlaku semalam sehingga letih Fayqa mengulang-ulang cerita yang sama. Dalam bersabar, dia cuba menceritakan sejelas mungkin kerana dia faham mereka masih lagi kebingungan kenapa adik mereka dipukul sebegitu teruk sekali.

Farhan dan Daeng turut sama berada di ruang menunggu. Geram juga Fayqa bila melihat mereka tidak langsung membacakan Yassin buat kawan baik mereka. Sepanjang masa hanya membelek telefon pintar masing-masing. Terfikir juga dia, entah-entah mereka membaca Al Quran yang tersimpan dalam telefon mereka. Bila dijenguk, hampeh, main game rupanya! Malas hendak berleter, dia bukannya mak mereka.... mantra utama Fayqa bila berdepan dengan The Boys bertiga ini. Oh, Tuhan, janglah pula jadi The Boys berdua pula nanti, rintih Fayqa dalam hati.

Menjelang petang, telefon bimbit Fayqa berbunyi, mengejutkannya yang sedang khusyuk membaca surah Yassin. Skrin telefon ditelek, Abang Bad!! Eh, apahal, bukankah penyelia restoran piza tempat dia bekerja itu sudah meluluskan cuti kecemasan dua hari untuknya? Pantas Fayqa bangun, menghayun langkah laju-laju ke arah koridor hospital. Butang hijau ditekan.

“Abang Bad, assalamualaikum. Apa hal, Abang?” tanya bermukadimah panjang, Fayqa terus bertanya. Jawapan Badrul didengar dengan teliti.

“Alah, Abang, semalam Abang kata boleh cuti dua hari. Dua hari saja Bang, ini kes kecemasan. Kalau bukan kecemasan, saya takkan minta cuti Bang. Abang pun tahukan saya ni jarang minta cuti,” balas Fayqa. Lama juga dia terdiam, mendengar alasan Badrul kenapa cutinya ditarik balik.

“Alah, Abang, tolonglah. Memanglah saya minta cuti last minute. Namanya pun kecemasankan....” Nampaknya Badrul memang tiada pilihan. Ada kakitangan yang memohon cuti jauh lebih awal dari Fayqa dan kakitangan itu enggan mengalah.

“Abang Bad, tolonglah, Fayqa minta tolong sangat-sangat ni,” rayu Fayqa, tanpa segan silu Fayqa berbohong, “yang masuk ICU tu boy friend saya, Bang. Kalau kawan biasa tak apalah juga. Teruk dia kena pukul Bang. Ini antara hidup atau mati. Kalau tak serius macam ni tentu saya pergi kerja, Bang. Abang tolonglah, Bang. Dua hari saja, Bang.”

Jawapan yang diterima amatlah mengecewakan, dengan suara yang sayu, Fayqa menjawab, “Okeylah, Bang. Esok petang, Fayqa masuk.”

Telefon dimatikan. Nafasnya dilepaskan panjang. Macam mana nak pergi kerja dengan kepala berserabut begini? Kalau dia banyak duit, tentu dia sudah berhenti kerja! Macam mana nak tinggalkan Jim dalam keadaan begini? Kalau jadi apa-apa pada Jim, tentu dia takkan dapat lupakan sampai bila-bila.

Nafasnya ditarik lagi, belum sempat dilepaskan, ada suara menyergahnya dari belakang, “Kau nak pergi kerja lagi di tempat tu?!!”

Hampir terlompat Fayqa dibuatnya! Tangan kanannya pantas menekap dada. Nasib baik tak luruh jantung aku, fikir Fayqa. Perlahan-lahan dia berpusing, wajah general-tidak-kesampaian itu direnung tajam.

“Awak ni kan, sehari tak sergah orang, tak senang duduk agaknya,” selamba komen Fayqa, matanya mencerun melawan renungan tajam si general sengal.

“I asked you a question,” kali ini bukan sergahan, perlahan sahaja ayat penyata itu keluar dari mulut Dzariff.

“Ini negara bebaskan? Maka saya ada pilihan samada nak menjawab soalan awak atau tidak,” respon Fayqa tenang setenangnya.

Nafas Dzariff ditarik pendek dan tajam, dengan nada tenang perlahan, dia menjawab, “Awak duduk di rumah saya, maka awak menjadi tanggung jawab saya. Jadi bila saya tanya, jawab. Itu saja yang awak perlu buat.”

“Encik, saya bukan tanggung jawab awak. Saya jaga diri saya sendiri. Untuk soalan awak, jawapannya, ya, saya akan pergi kerja di tempat itu esok. Sebab saya jaga diri saya sendiri, maka saya cari rezeki saya sendiri,” balas Fayqa, sekali pun tidak mengerdipkan matanya.

“Awak bodoh,” kenyataan dikeluarkan tanpa sebarang perasaan, “sanggup gadai nyawa untuk kerja yang gajinya entah seberapa....”

Laju Fayqa memotong cakap Dzariff, “Saya. Tidak. Bodoh. Biar gaji saya tidak seberapa, saya tidak pernah mencuri, tidak pernah berhutang......”

Giliran Dzariff pula memotong cakap Fayqa, “Awak tidak mencuri, awak tidak berhutang, awak cuma.....emmm....what's the word? Mencukur? Kaki cukur....so? Mencukur?”

Berapi-api mata Fayqa!! Siapa general sengal ini sedap-sedap mengata aku? Bodohlah! Kaki cukurlah!!

Suara sudah meninggi, “Encik tidak kenal saya. Jangan senang saja mulut hendak mengata! Saya...”

Dipotong lagi! “Kereta kancil adik saya beli, awak pakai. Kancil tu, awak tak curi, awak tak hutang. Awak.....cukur?”

“Jim pinjamkan saya kereta tu!”

Dipotong lagi! “Sebab awak girl friend dia?”

Dengan dada berombak-ombak, “Berapa kali saya nak cakap? Awak tak faham Bahasa Melayu? Saya bukan girlfriend Jim! Nak saya cakap Bahasa Tamil?”

Tanpa sebarang riak muka, dengan suara yang masih bernada tenang perlahan, Dzariff membalas, “Awak tak curi, awak tak hutang. Awak cukur, awak menipu.”

Laju kedua belah tapak tangan Fayqa menunjal dada Dzariff, “Awak ini siapa? Sedap mengata saya!”

Si general sengal yang tidak menjangka tindakan Fayqa, terdorong setapak ke belakang. Refleks balas, kedua belah tangannya pantas cekap mencengkam kedua belah pergelangan tangan Fayqa. Laju ditarik ke depan, menyebabkan tubuh Fayqa berlaga dengan tubuhnya. Tiada jalan untuk melepaskan diri, pergelangan tangannya dicengkam kuat!

“So you wanna play physical?” hanya bisikan, namun berbunyi lebih bagai sebuah ancaman.

Seram bulu roma si gadis yang tidak pernah berada serapat begini dengan mana-mana lelaki. Lutut kanannya diangkat, mencari titik tumpu lemah di tubuh jejaka bertubuh tegap seperti semalam. Once bitten, twice shy! Laju si jejaka menggerakkan pinggulnya ke belakang, mengelak dari serangan si gadis. Kaki kiri mengambil sebuah langkah ke sisi, kaki kanan laju diposisikan di belakang kaki kanan si gadis dan tubuh kurus si gadis dengan mudah ditolak ke belakang.

Ternganga mulut Fayqa, nafas ditarik, paru-parunya amat memerlukan oksigen. Tindak balas tubuh dalam keadaan bahaya. Badannya yang sedang tumbang ke belakang tidak mencecah lantai seperti yang dijangkakan. Si jejaka yang kuat kudratnya, cepat-cepat menampung badan Fayqa dengan tangan kirinya yang diletakkan di pinggang gadis itu. Tangan kanannya pula masih melekap di pergelangan tangan kiri Fayqa.

Sedetik, dua detik, mereka berada dalam posisi yang intim sebegitu. Si gadis belum hilang terkejutnya, hanya mampu melopong, mata buntang memandang si jejaka. Si jejaka pula.... timbul rasa indah memegang tubuh si gadis....fikirannya melayang teringat peristiwa awal pagi tadi. Sewaktu si gadis menghilangkan dahaga di dapar rumahnya....bagaimana tubuh si gadis kelihatan begitu..... seksi....dipancar cahaya lampu dari peti sejuk.....

“Abang?” tegur Dzalia yang mahu ke tandas, terkejut melihat abangnya memeluk erat kawan si adik.

Wednesday 20 February 2013

Seteguh Fayqa Bab 4 a

Separuh bab 4, lebih kepada intro to Dzahim's family dynamics. Dzariff, si abg sulung yg bertanggung jawab (kdg2 over bertanggung jawab. Dzehan, the young mommy who lives in Jakarta. Dzalia, the tough cookie. Dzureen, si telur kurang masak dan Dzahim si bongsu manja...

buat cerita pasal big family y'all, Zahrain ari tu 2 beradik, Khaal anak tunggal. Ini kita kasi riuh sikit...

bila nak siapkan bab 4? tak leh janji, another working wiken coming up!

Bab 4

“Di mana Ummi beli nasi lemak ni?” sambil mengunyah sempat Dzariff bertanya.

“Beli apa? Fayqa yang masak. Sedapkan? Ummi tak sangka muda-muda gitu handal masak,” komen Hajjah Azimah.

Terhenti kunyahan mulut Dzariff. Biar betul budak tu yang masak? Sedap tak ingat macam ini? Tak percayalah.

“Iya ke dia masak, Ummi?” mulut bertanya, mata mengerling tukang masak yang duduk jauh di hujung ruang menunggu itu.

“Eh, iyalah. Entah pukul berapa dia bangun masak. Lepas subuh Ummi turun, dah siap di atas meja. Abang, Ummi masuk tengok Adik kejap ye,” kata Hajjah Azimah, lalu terus bangun dan melangkah ke arah pintu masuk wad ICU.

Melihat Hajjah Azimah sudah melangkah, Fayqa cepat-cepat bangun dan mengikutinya. Ceh! Macam menantu misali, dengus Dzariff dalam hati.

Menjelang tengahari kakak sulung Dzahim, Dzehan tiba dari Jakarta bersama suami dan anaknya. Selepas Asar tiba pula Dzureen, juga kakak kepada Dzahim tapi adik kepada Dzehan dan Dzalia.

“Orang dari Jakarta sampai dulu dari orang Tanah Malaya?” perli Dzalia, kena sedas kat hidung Dzureen.

“Orang Jakarta tu naik kapal terbang. Kita ni kena naik bot, lepas tu baru naik kereta,” balas Dzureen, tidak mahu mengalah.

“Naik bot? Dari mana yang naik bot tu, Yin?' tegas suara Dzariff bertanya, “kalau Kuala Trengganu, takkan kena naik bot segala?”

“Kami ke Pulau Perhentian, Abang. Yin tak plan pun, tiba-tiba Lina ajak,” jawab Dzureen, suara sudah teragak-agak. Bimbang kalau abang sulung meletup.

“Yin, walau pun dah besar panjang, Yin tu tetap perempuan. Kalau nak ke mana-mana, bagi tau Abang. Babah dah lah jauh, kan Abang yang bertanggung jawab. Kalau jadi apa-apa, macam mana? Tengok Adik, di KL pun jadi macam tu,” lembut suara si abang menegur.

Terpegun juga Fayqa mendengarnya. Hmm, orang ada abang, boleh lah ditegur-tegur, aku ni siapa yang ada? Makin terasing rasanya dia yang duduk di hujung ruang menunggu.

“Abang, Adik tu buas sangat. Kawan dengan budak-budak yang tak senonoh. Itu yang kena belasah tu,” lancang komen si Dzureen.

“Kau pun apa kurang Yin, si Fareez London tu yang tak semenggah tu yang kau nak kawan,” sedas lagi Dzureen kena dengan Dzalia.

“Kau masih kawan dengan Fareez tu?” soal Dzariff suara sedikit meninggi, “don't tell me you went to Perhentian with him?”

Buat seketika mata Dzureen mencerun ke wajah Dzalia, marah kerana si kakak menyebut nama buah hatinya di hadapan si Abang. Memang saja Kak Yaya ni nak kenakan orang.

“Tak delah, Bang. Yin dah lama tak dengar khabar dia,” jawab Dzureen dengan muka kering, matanya menjeling ke arah Dzalia, memberi amaran.

“Pergi Perhentian tak bagi tahu Abang, satu hal. Kalau Abang tahu kau masih lagi keluar dengan si Fareez tu, Abang ambil balik kunci kereta!” suara Dzariff sudah naik satu oktaf.

Terkedu Dzureen bila sudah kena beri amaran.

Mamat ni agaknya cita-cita dulu nak jadi general, fikir Fayqa. Cita-cita tak sampai, itu yang terbawa-bawa sikap suka menyergah orang tu.

Thursday 14 February 2013

Seteguh Fayqa Bab 3


Selepas jenuh menulis KNK dengan penuh sopan, tanduk saya mahu keluar  lagi..... Ini percubaan saya untuk kembali notti. What do you think? Just enough naughty, over2 naughty or tak cukup naughty?




Bab 3


“Jim kasi saya pinjam,” jawab Fayqa perlahan.

“Pasal apa pula adik saya pinjamkan awak kereta?” Laju Dzariff menyoal, macam loyar dalam mahkamah.

Fayqa merenung The Boys, The Boys merenung Fayqa. Diam.

“Awak ni girlfriend Dzahim ye? Tadi kenapa bila Inspektor Amir tanya, awak tak mengaku?” mamat sengal perasan loyar bertanya lagi.

Farhan dan Aboy tersengih bagai kerang busuk. Fayqa jengilkan mata sekali. Cepat-cepat budak lelaki berdua itu mengemam bibir, bimbang jika Fayqa meletup.

“Saya dan Jim, kami coursemates,” jawab Fayqa pendek.

“Kalau coursemates saja, takkan sampai Dzahim beli kereta dan pinjamkan?” Dzariff belum habis menubi.

“Encik, saya dan Jim coursemates, okey,” suara Fayqa sudah meninggi. “Pa'an, kau boleh tolong bawa Kancil ni ke kedai, tukarkan seat cover?” laju Fayqa menukar topik.

“Consider it done,” jawab Farhan, kasihankan Fayqa yang kena tekan dengan abang Dzahim.

Kunci kereta dikeluarkan dari poket belakang dan dilambung tinggi. Cekap si Farhan menangkapnya.

“Kau hantar aku balik dululah, baru kau hantar ke kedai, boleh?”

Belum sempat Farhan menjawab, Dzariff sudah menyergah, “Siapa kata awak boleh balik?'

Mata Fayqa tajam merenung wajah si mamat sengal, dengan suara mendatar dia bertanya, “Siapa kata saya tak boleh balik?”

Mata Dzariff mencerun memandang tajam ke dalam mata Fayqa, “Saya.”

“Whoaaaa...” sahut Farhan dan Aboy serentak, sambil melangkah ke belakang setapak.

Fayqa menarik nafas dalam-dalam, mamat sengal ini memang cari pasal! Dah kena sedas semalam pun, masih tak hilang sengalnya. Buat apa hendak dilayan, cuba cakap elok-eloklah, mana tahu boleh datang balik warasnya.

“Encik, saya nak balik, mandi, tukar baju, kemudian saya nak balik ke sini semula. Kan doktor kata 24 jam ini kritikal untuk Jim. Apa hal pula yang Encik nak halang saya?”

“Ini atas arahan Inspektor Amir!”

Berkerut dahi Fayqa and the Boys.

“Apa kena mengena dengan Inspektor Amir?” tanya Fayqa, semakin yakin keluarga Dzahim ada masalah iseng di sebelah lelaki.

“Inspektor Amir tak benarkan awak ke mana seorang-seorang. Dia bimbang kalau budak-budak yang pukul Dzahim akan cari awak, nak tutup mulut awak,” serius habis muka Dzariff.

Terlongo tak terkata apa Fayqa jadinya. Farhan dan Aboy juga.

“Pek...betul juga kata Inspektor Amir tu. Entah-entah budak-budak tu cam kau. Kalau derang 'mark' kau, habis kau, Pek,” komen Farhan perlahan dengan muka yang runsing.

“Pa'an, habis aku nak buat apa? Menyorok dalam rumah? Tak payah pergi kerja? Aku nak makan apa?” soal Fayqa, pura-pura berani tapi sebenarnya takut juga.

“Awak tumpang di rumah kami,” Dzariff memberi arahan, bukan mempelawa.

“Gila!” reaksi spontan Fayqa.

“Gila?!” tinggi suara Dzariff, “awaklah yang gila kalau awak berani merayau ke sana sini seorang diri walau pun dah polis bagi nasihat. Awak ni dah tak sayang nyawakah? Awak tak nampak apa yang mereka dah buat pada Dzahim? Lebih daripada tu mereka boleh buat kat awak tahu?!!”

Seram bulu roma Fayqa mendengar “lebih daripada tu mereka boleh buat.” Berombak-ombak dadanya memikirkan apa yang budak gangster lima orang semalam boleh buat terhadapnya. Sesak di dada, sesak di kepala.

“Pek...aku rasa....betul juga kata abang Jim,” kata Aboy perlahan-lahan.

“Boy, takkan aku nak menonong-nonong menumpang rumah orang?” sergah Fayqa.

“Pek, kalau mak bapa aku ada di rumah, bolehlah aku ajak kau tumpang rumah aku. Tapi kau pun tahu kan mak bapa aku ada di Dubai. Nanti kang kita kena tangkap basah, kau juga yang susah, aku ni tak kisah,” pujuk Farhan sambil bergurau.

“Ceh! Kau ni,” dengus Fayqa.

“Pek, aku memang tak boleh bawa kau balik ke rumah. Kau tahulah mak aku kan. Kau nak tumpang rumah Danny ke?” komen si Aboy pula.

“Aku tak nak tumpang rumah sapa-sapalah!” Fayqa terjerit kecil, tangannya berpeluk tubuh.

“You got no choice, young lady. Awak ada dua pilihan, tumpang di rumah kami atau awak balik ke rumah mak awak di Tawau. Saya boleh belikan tiket kapal terbang untuk awak,” keputusan muktamad dari Dzariff.

“Balik rumah Mama?” hati Fayqa mengeluh.

Tiada pilihan, Fayqa terpaksa bersetuju untuk menumpang di rumah keluarga Dzahim. Farhan dan Aboy diarahkan Dzariff untuk menemankan Fayqa untuk mengemaskan barang-barangnya di bilik sewaannya dan memulangkan kunci kepada tuan rumah.

Tiba semula di hospital, beg pakaian dan dua buah kotak berisi buku-buku dipindahkan masuk ke dalam CRV Dzariff. Fayqa menapak semula ke ruang menunggu wad ICU dengan senaskah surah Yassin di dalam beg sandangnya.

Di ruang menunggu, ibu Dzahim menggamitnya. Wanita separuh umur itu dihampiri dan Fayqa melabuhkan punggung ke kerusi di sebelahnya.

“Fayqa, Dzariff dah ceritakan pada Achik. Fayqa tumpang rumah Achik ye? Achik tak nak apa-apa jadi pada Fayqa. Cukuplah Dzahim seorang yang masuk hospital. Jangan pula Fayqa jadi mangsa nombor dua,” lembut tutur kata ibu Dzahim, membuat Fayqa teringatkan Mamanya.

Melihat Fayqa yang diam membisu, ibu Dzahim berkata lagi, “Fayqa jangan segan ya. Kat rumah tu ada Achik, ada Kak Yaya, ada Kak Yin. Nanti Fayqa boleh berkawan dengan Kak Yaya dan Kak Yin, ye?”

Dengan tiada pilihan, dengan suara ibu Dzahim yang lembut, Fayqa tidak boleh buat apa-apa lagi, hanya mengangguk-anggukkan kepala.

Seharian Fayqa di ruang menunggu, tidak berhenti-henti dia membacakan Yassin, sedekah kepada Dzahim. Penyelia restoran tempat dia bekerja sudah dia telefon, minta cuti kecemasan dua hari. Menjelang lewat malam, Dzariff menyuruh ibunya dan Fayqa pulang. Kasihan melihat ibunya keletihan. Dzalia disuruh menghantar mereka ke rumah dengan Suzuki Swift merahnya. Selepas mandi dan solat, Dzalia kembali ke hospital menemankan Dzariff di ruang menunggu.

Fayqa disuruh berkongsi bilik dengan Dzureen di tingkat atas. Ditolaknya lembut kerana tidak mahu bikin Dzureen tidak selesa dalam bilik sendiri. Dia lebih rela menumpang di bilik pembantu rumah yang kosong bersebelahan dapur. Jenuh dilarang Hajjah Azimah, ibu Dzahim, namun Fayqa tetap berkeras.

Usai mandi di bilik air bersebelahan dengan bilik yang ditumpangnya, Fayqa bersolat dan rebah ke katil. Letihnya Tuhan sahaja yang mengetahui. Belum beberapa saat berbaring di katil dia sudah terlena.

Pukul tiga pagi dia terjaga, baru tersedar dia sedang tidur di atas sebuah katil yang asing, dalam sebuah bilik yang asing. Kering pula tekaknya. Sudah menjadi kebiasaan Fayqa akan membawa sebotol air kosong ke dalam bilik tidur, buat membasahkan tekak bila terjaga di tengah malam. Dek keletihan terlampau, dia terlupa membawa air ke bilik tidur.

Fuh! Dahaga sungguh. Kalau tidak minum, sehingga ke pagilah susah hendak melelapkan mata semula. Perlahan-lahan dia bangun duduk di tubir katil. Tangannya meraba-raba di atas dan di bawah bantal, mencari getah pengikat rambutnya yang terurai. Tak jumpa pula! Rimas betul berambut panjang, tangannya menguak-nguak rambut yang melekat di leher. Sibuk menyiapkan tugasan akhir semester dan bekerja sehingga tidak sempat ke kedai potong rambut.

Perlahan-lahan dia menapak ke arah pintu bilik. Daun pintu dikuak. Dapur gelap gelita, hanya ada sedikit cahaya dari luar. Dengan keadaannya yang tidak menutup aurat, lampu dapur dibiar tidak dipasang. Ke peti ais, ambil air, minum, balik ke katil, Fayqa berkira-kira. Gelas plastik di ambil dari rak pinggan di sebelah sinki. Pintu peti ais dibuka, botol air dicapai, air dituangkan ke dalam gelas. Sambil berdiri, Fayqa meneguk dengan rakus.

“Ahhhh,” leganya dapat membasahkan tekak. Sedap berdiri di hadapan peti ais yang terbuka pintunya, sejuk nyaman. Segelas air lagi dituangkan dan diteguk rakus.

Baru sahaja Fayqa hendak berpusing dan menutup pintu peti ais, dia ternampak lembaga hitam duduk di kerusi makan. Terpelanting gelas plastik di tangan. Reaksi spontannya tentulah hendak menjerit!

“Jangan menjerit. Awak nak semua orang bangun?”

Suara itu....dia kenalkah? Dek kerana masih terkejut, pintu peti ais dipegang kuat.

“Baik awak tutup peti ais tu. Hilang sejuknya kalau dibuka lama-lama,” tenang sahaja suara lembaga hitam itu, “dengan awak berdiri di depan peti ais yang terbuka macam tu, macam-macam benda yang sepatutnya saya tak tengok, saya boleh nampak.”

Laju Fayqa menarik nafas, matanya turun ke tubuh sendiri yang hanya berbalut baby-T kain kapas nipis dan berseluar pendek.

Pintu peti ais dihempas, Fayqa buka langkah memecut ke bilik tidurnya. Macam orang lari dari hantu.

Si hantu di dapur tertawa besar!

Wednesday 13 February 2013

Seteguh Fayqa Bab 2


bz gila! tapi dah lamakan tak naikkan bab baru SF.  Jadi saya balik ke plan asal, biar pendek, asal bergerak. So jalan cerita SF mungkin a bit slow...

apa2 pun, pls do tell me what you think. Fayqa ni lebih muda dari Una dan Naz...so sesuai tak dgn selera readers? Dont worry, Fayqa is going to be matured beyond her years in the coming chapters!!

enjoyz!


Bab 2

Jam lima setengah pagi. Cawan kertas berisi sisa-sisa kopi O peng dicampakkan ke dalam tong sampah. Entah sudah berapa cawan kopi yang diteguknya, Dzariff tidak ingat. Dalam kepalanya hanya teringatkan si adik bongsu, Muhammad Dzahim, yang sedang bertarung nyawa di atas meja pembedahan. Kemudian teringat pula kepada ayahnya yang kini berada jauh di Pakistan. Sudah dia telefon untuk memaklumkan keadaan adik dan diminta supaya ayahnya tidak terburu-buru pulang dari Pakistan kerana dia maklum, perjanjian jual beli beras dengan pihak di sana masih belum selesai. Sebagai anak lelaki yang tua, dia berjanji dengan ayahnya yang dia akan memastikan semuanya okey di sini.

Di ruang menunggu hospital, umminya masih membaca surah Yassin, Dzalia pula tesengguk-sengguk menahan mengantuk. Budak perempuan teman si Dzahim, sudah tertidur sambil duduk, tangan kirinya mengganti bantal kepala mengalas belakang kerusi, tangan kanannya masih erat memegang senaskah surah Yassin. Badannya diselimuti jaket kulit entah kepunyaan siapa. Setengah jam selepas mereka tiba di hospital tadi, tiga orang kawan baik Dzahim turut tiba dengan wajah yang cemas. Yang dikenali Dzariff, cuma Pa'an, atau nama sebenarnya Farhan, teman baik Dzahim dari waktu persekolahan. Nampaknya budak perempuan itu pun rapat juga dengan kawan baik Dzahim yang tiga orang itu. Jika tidak, masakan mereka begitu prihatin menyelimutkan dia dengan jaket apabila dia tidur. Entah-entah itu jaket boyfriendnya. Bibir Dzariff tersenyum sinis.

Tiba-tiba pintu bilik pembedahan terbuka, muncul pakar bedah, terus diserbu Dzariff dan umminya. Dzalia yang tersengguk-sengguk turut bangun ke arah pakar bedah. Fayqa turut terjaga, terpisat-pisat menenyeh mata menapak terhoyong hayang ke arah doktor itu.

Dzahim selamat tapi masih tidak sedarkan diri, kata Tuan Doktor. Sebutan kalimat Alhamdulillah terbit dari mulut semua orang. Tempoh dua puluh empat jam ini adalah tempoh kritikal bagi Dzahim kata doktor pakar. Jika Dzahim berjaya mengharungi tempoh dua puluh empat jam ini, peluangnya untuk survive adalah lebih tinggi. Akhir sekali, doktor itu membenarkan dua orang ahli keluarga untuk melawat Dzahim di dalam wad ICU. Ibu Dzahim terkocoh-kocoh menapak masuk ke dalam, ditemani Dzalia.

Hati Fayqa tidak berhenti-henti mengucapkan kesyukuran tapi bimbang tetap bimbang. Waktu solat subuh pun sudah hampir masuk, kakinya dihayunkan ke arah surau. Baru sahaja selangkah, sudah! Tangan abang Dzahim sudah kemas melekap di pergelangan tangannya.

“Mamat sengal ni nak jadi sotong ke apa? Kerja nak belit tangan aku saja,” dengus Fayqa dalam hati.

“Lepaslah!”

“Nak ke mana?”

“Jamban. Nak ikut?”

“After you...”

Ha? Terlopong mulut Fayqa. Biar betul mamat sekor ni? Nafasnya dilepaskan kasar, what ever!! Selamba Fayqa melangkah ke bilik air, diikuti rapat oleh mamat sengal itu. Keluar dari bilik air wanita, mamat itu masih terconggok di luar.

“Seriously?” terkejut Fayqa melihat Dzariff, “Barulah aku faham, sengal si Dzahim tu rupanya penyakit keturunan. Kesian.”

Tanpa menghiraukan Dzariff, dia melangkah pula ke surau. Usai solat subuh dan berdoa pendek, Fayqa cepat-cepat melipat sejadah dan telekung. Baca Yassin di luar wad sahaja, untung-untung ada rezeki boleh melawat Dzahim di dalam wad ICU. Melangkah keluar surau, mamat sengal abang Dzahim berada di luar pintu surau wanita.

Dia ini dah solat ke belum, tertanya juga Fayqa. Ah! Lantaklah! Sudah tua bangka pandai-pandailah kau solat. Dia melangkah pergi tanpa menegur si mamat sengal yang setia mengikutinya bagai bayang-bayang. Balik ke ruang menunggu tadi, Pa'an and the boys masih lagi nyenyak lena.

“Pa'an! Aboy! Danny! Bangunlah woi! Solat!” Budak lelaki bertiga itu mengeliat-ngeliat kecil lalu kembali tidur tanpa membuka mata langsung.

“Pa'an! Woi Pa'an, bangunlah! Jim dah habis operate,” bahu Farhan digoyang-goyang.

“Jim dah okey ke?” tanya Farhan tanpa membuka mata.

“Doktor kata okey, tapi dia kat ICU lagi. Bangunlah Pa'an, solat, lepas tu kita pergi tengok Jim dat dalam wad ICU,” pujuk Fayqa.

Perlahan-lahan Farhan menegakkan badan. Sakit belakangnya dek akibat tidur di atas kerusi.

“Pa'an, kau kejutkanlah Aboy dan Danny. Suruh derang solat, lepas tu doakan Jim. Buat apa susah payah korang datang jenguk dia kalau tak tolong doakan,” pagi-pagi sudah membebel.

Bukan Fayqa tidak penat membebel dengan budak berempat itu. Berempat sebab Jim pun kalau nak buat apa-apa sama liat. Membebel bukannya berkesan pun. Tapi agaknya selepas tiga tahun membebel dengan mamat berempat ni, sudah jadi tabiat lah pulak. Jenuh ditepuk-tepuk, dicuit-cuit tak berhenti-henti barulah Farhan bangun. Nasib baik disergahnya budak yang dua orang lagi, tak perlulah Fayqa berpenat-penat nak kejutkan mereka.

Dah jauh budak bertiga itu melangkah, barulah keluar ibu Dzahim dan kakaknya dari wad ICU. Terkoch-kocoh mereka berdua kerana hendak solat subuh.

Tinggal Fayqa berdua dengan mamat sengal itu, buka pula mulutnya, “Nak masuk tengok Dzahim? Doktor kata boleh masuk dua orang sekali.”

Mahu tak mahu, Fayqa mengikuti abang Dzahim masuk ke dalam wad ICU. Melihat keadaan Dzahim yang berbalut, berplaster, lebam sana sini, dengan wayar berselirat, sebak dada Fayqa! Ya Allah! Hanya Engkau yang tahu kenapa Jim diduga begini? Apalah salahnya? Ya Allah! Selamatkanlah kawan aku ini... walaupun sengal, dia tetap kawan yang baik. Sambil membaca berdoa, teringat Fayqa akan kebaikan Jim terhadap dirinya. Memang mereka kuat bergaduh, memang Fayqa tak tahan dengan perangai Jim tapi bila waktu susah, boleh kata Jim and the boyslah yang pasti akan membantu.

Dzariff yang juga tidak putus-putus berdoa menjeling gadis di sebelahnya. Nampak sangat dia sedih, bukan dibuat-buat! Betulkah kawan biasa Dzahim? Kalau kawan biasa, takkan sedih begini?

Lepas Dzariff dan Fayqa menjenguk Dzahim, Farhan dan Aboy pula masuk ke dalam. Fayqa berbisik-bisik berbincang dengan Danny tentang tempat duduk belakang kereta Kancilnya yang penuh dengan darah Dzahim.

“Nanti kau ajak Pa'an dengan Aboy pergi tengok. Tahulah derang apa nak buat,” nasihat si Danny.

Keluar sahaja Farhan dan Daeng Wira Asmadi a.k.a Aboy, terus Fayqa meminta tolong, bimbang kalau kesan darah di tempat duduk belakang Kancilnya tak mahu keluar. Seperti biasa the boys berdua itu tidak pernah menghampakan bila diminta tolong. Selepas Danny masuk ke dalam wad ICU untuk melawat Dzahim, mereka bertiga melangkah ke tempat parkir kereta.

Pintu belakang Kancil dibuka, “Pa'an, kau tengoklah, banyak darah tu. Macam mana nak cuci?” jarinya dituding ke arah tompokan-tompokan darah yang memenuhi tempat duduk belakang.

“Ish, Apek, mana boleh cuci darah banyak cenggini. Tukar seat cover aja lah,” Farhan memberi pendapat.

“Woi! Kau gilakah? Nak tukar seat cover, aku mana ada duit!”

“Ala, rilek arr, Pek. Kau tukar je, kami bayarkan,” pelawa Aboy, selamba anak orang kaya.

“Ish, sudah arr korang. Aku tak naklah pinjam duit korang.”

“Pek, kau dah tolong selamatkan Jim. Berapa sen sangatlah harga seat cover Kancil kecik ni,” tukas Farhan pula, pun anak orang kaya.

“Sen, tak sen. Aku tak maulah. Kalau tukar seat cover, aku bayar sendiri. Dahlah kereta ni pun Jim yang punya. Biarlah aku yang jaga, sebab aku yang pakai,” bantah Fayqa.

“Kereta ni adik saya yang punya? Bila dia beli? Kenapa pula awak yang pakai?” Bertalu-talu soalan dari si mamat sengal, tangan bercekak di pinggang.

“Ek enah.....bila pula mamat ni muncul? Mana aku pergi ada aja dia menyibuk. Memang sengal betul,” keluh hati Fayqa.

Tuesday 12 February 2013

Jualan KNK online & di kedai

Salam dearies,

Kata bos Karya Seni, novel Kisah Naz dan Khaalish akan mula dijual online pada 16hb Feb ini. Kalau tak salah di kedai pun pada tarikh yg sama atau a few days late.

TQVM for supporting KNK ye.

Bagi yg beli online, maaf ye, tiada tt penulis, harap2 masih ada stickers tanda terima kasih di atas sokongan anda.