Maaf kepada Sasimala dan Ibu Hadif, jika mereka tunggu Bab ini semalam. Sedang taip tiba2 saya terlelap.
Saya mohon maaf awal2 ye, selepas Bab 15 ini, saya akan berhenti naikkan DS di blog. Ini adalah kerana saya perlu perlu perlu siapkan Seteguh Fayqa.
Niway about bab ini, saya sukerrr sangat endingnya (abaikanlah writer perasan seorang ini ye!! LOL)
Bab
15
Dua
buah beg besar siap sedia tersusun di sebelah pintu utama rumah. Sebuah back
pack erat digenggam Tareq. Back pack diturunkan ke lantai seketika. Tangan
bapanya diraih dan dikucup.
“Tareq
minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki Abah. Halalkan makan minum Tareq.”
Riak
wajahnya serius dan suram. Sebak juga dada si bapa yang sentiasa cool. Ibunya
tidak perlu cerita lagilah. Dari semalam berendam air mata, sejak kepulangan
Inessa dan anaknya.
Tangan
ibunya pula diraih dan dikucup. Ucapan yang sama diulangi. Semakin kuat esakan
Hajjah Asmah. Tubuh tegap anak tengahnya dipeluk erat.
“Tareq,
kali ini dengarlah cakap Ummi. Tak payahlah balik ke sana lagi. Cari sahaja
kerja di
sini. Ummi boleh pergi ke rumah Emmalyn…”
Rayuan
ibunya dipotong, “Ummi, sudahlah… tak payahlah sebut nama dia. Dia pun tak lalu
agaknya nak tengok muka saya.”
“Tareq,
Emmalyn bukan perempuan yang cepat melatah. Cubalah Tareq jelaskan elok-elok
padanya….”
Sekali
lagi cakap ibunya dipotong, “Ummi, baik kita jangan panjangkan cerita. Biarlah
Tareq balik. Inessa pun tak akan datang lagi, Ummi dan Abah pun tenang hidup.”
“Tenang
apa, Tareq? Kamu tu jauh beribu batu. Kalau pendek umur Ummi, Ummi nak
anak-anak Ummi ada dengan Ummi,” puju rayu tak jalan, Hajjah Asmah gunakan
emotional blackmail.
“Ummi,
janganlah cakap macam ni. Ummi sihat lagi. Nanti Tareq hantar tiket, Ummi dan
Abah datanglah jenguk Tareq kat sana macam selalu,” ada sahaja jawapan Tareq.
Hatinya sudah bulat mahu pulang ke Tanah Arab. Fikirnya Inessa tidak akan
mengganggu hidupnya dan hidup keluarganya lagi, tapi dia salah.
“Kalau
kamu gemar sangat duduk kat sana, baliklah. Tapi sebelum balik, nikah dulu
dengan Emmalyn. Sekurang-kurangnya hidup kamu di sana berteman. Bila lagi nak
bina keluarga? Kamu tu bukan muda lagi,” seperti si anak, si ibu pun tidak mahu
mengalah.
“Ummi,
anggap sajalah kami berdua tiada jodoh,” lemah jawapan Tareq kali ini.
“Apa
pula tiada jodoh, kamu tu yang cepat mengalah. Cuba buka mulut dulu dengan
Emmalyn, dengan mak bapanya. Deme tu orang baik-baik,” bersungguh-sungguh
Hajjah Asmah memujuk anaknya.
Ummi…..rintih
hati Tareq, sebab mereka orang baik-baiklah, saya ini tak sesuai untuk Emmalyn.
“Tareq…
betul cakap Ummi kamu tu. Jangan terburu-buru. Moh, kita pergi berjumpa dulu
dengan mak bapanya. Belum berbincang, kamu udah mengalah,” Haji Abdul Aziz pula
dengan tenang memberikan nasihat.
“Tak
apalah Abah, biarlah dia dapat jodoh yang lebih baik dari saya. Nanti-nanti tu
adalah Uda Jah aturkan,” sambil bercakap kakinya melangkah ke pintu. Lebih lama
dia di rumah ini, lebih kuat rayuan mak bapanya.
Sebelum
anaknya melangkah keluar, Hajjah Asmah mencuba sekali lagi, “Tareq! Cubalah
kali ini kamu dengar cakap Ummi. Jangan balik ke sana, cari kerja di sini. Ummi
dan Abah akan pergi cakap elok-elok dengan mak bapa Emmalyn. InsyaAllah, dia
jodoh terbaik untuk Tareq.”
“Ummi,
biarlah Tareq balik ke sana. Jodoh Tareq biar Allah yang tentukan,” sambil
bercakap, kedua-dua beg diangkat, sebagai isyarat kepada ibunya supaya berhenti
berharap.
Buat
beberapa detik, Hajjah Asmah memejamkan matanya, tangannya di dada, menahan
sebak. Hampir sembilan tahun baru Tareq pulang ke tanah air, ini mahu pergi
lagi. Entah bila dia akan jejak Tanah Melayu lagi.
“Tareq,
biar Abah hantar sampai ke KLIA,” lembut Haji Abdul Aziz memujuk. Pujuk suruh
tinggal di Malaysia tak mahu, pujuk untuk hantar ke lapangan terbang pula.
Kasihan melihat anak naik teksi ke sana, macam orang tak ada keluarga.
“Tak
apalah Abah, kejap lagi teksi tu sampai. Kalau Abah hantar ke KLIA, penat Abah
nak patah balik ke sini,” sekali lagi pujukan bapanya ditolak. Biarlah dia
pergi sekarang. Jika Abah hantar, nanti Ummi ikut pula, dan dia terpaksa
menahan telinga mendengar pujuk rayu Ummi sehingga ke KLIA.
Degil
budak ini, cemuh Haji Abdul Aziz di dalam hati, entah ikut perangai siapa!
Beg-beg
diletakkan di beranda sementara Tareq duduk memakai kasut. Belum siap kasut
dipakai, sebuah Peugeot merah bergerak masuk ke halaman rumah bapanya.
“Emil?
Buat apa abang Emmalyn ke sini? Nak marahkan aku kerana kecewakan adiknya?”
tertanya-tanya Tareq.
Tetapi
bukan Emil yang memandu kereta merah itu. Bila kereta berhenti, Emmalyn yang
keluar. Terlopong Haji Abdul Aziz anak beranak.
Tareq
diam membisu, hanya matanya tajam melekap ke wajah Emmalyn, bagai ingin menebak
apa akal gadis ini muncul lagi di rumah ibu bapanya.
Haji
Abdul Aziz yang sentiasa tenang pula yang menegur, “Dari mana Melin?”
“Dari
rumah, Andak. Mama dan Papa kirim salam,” jawapan Emmalyn setenang soalan Haji
Abdul Aziz.
“Mama
Papa kamu tak ikut sekali?” Haji Abdul Aziz terus berbasa basi.
Heh,
bersembang macam tak ada apa-apa yang berlaku, Emmalyn dengan Abah ini
memanglah sekepala, getus Tareq dalam hati.
Mendengar
suara perempuan di luar, Hajjah Asmah melangkah ke beranda. Melihat Emmalyn,
wajahnya bercahaya mengalahkan mentol 100 wat,
“Eh, Melin! Kenapa datang tak
beritahu?”
Aaah,
Ummi pun sama! keluh Tareq. Aku ni bagai menonton sandiwara.
“Oooh,
nak datang rumah Andak Mah kena buat appointment dulu ye? Macam orang KL!”
seloroh Emmalyn. Haji Abdul Aziz suami isteri menyambut dengan ketawa hambar.
Kasut
siap dipakai, Tareq bangun. Manalah teksi ni? Cepatlah sampai supaya aku cepat
boleh bergerak. Tebal mukanya bila mengingatkan apa yang Emmalyn saksikan di
rumahnya semalam.
“Dah
siap?” tanya Emmalyn.
Tareq
membalas dengan kerutan di dahi. Emmalyn ini nak apa sebenarnya?
“Kalau
dah siap, jomlah saya hantarkan,” tenang suara Emmalyn, setenang wajahnya yang
dihiasi senyuman kecil.
“Hantarkan?”
tersembul soalan, terkejut sebenarnya Tareq. Haji Abdul Aziz suami isteri sudah
terlopong.
“Yelah,
tak payahlah awak naik teksi ke KLIA. Macam orang tak ada sedara saja.”
“Emmalyn,
tak payah susah-susah. Nanti pukul berapa awak sampai balik ke Ipoh,” bunyi
macam sombong sungguh.
“Saya
dah telefon Una. Lepas hantar awak ke KLIA, saya tumpang tidur di rumahnya,”
senyuman manis masih di bibir.
“Esok
tak kerja?” sang jejaka mencari jalan untuk menolak pelawaan si gadis.
“Dah
minta cuti.” Case closed.
Emmalyn
melangkah ke belakang kereta abangnya dan boot kereta dibuka. Haji Aziz dan
Hajjah Asmah hanya menjadi pemerhati. Terkejut melihat Emmalyn muncul masih
belum hilang. Apalah rancangan gadis ini? Mereka tertanya-tanya.
“Beg
awak besar, saya tak larat angkat,” kata Emmalyn.
Kalau
masuk beg-beg ke dalam boot kereta Abang Emil, langkah pertama rancangannya
kira berjaya. Sebenarnya, sehingga waktu itu, rancangannya hanya ada tiga
langkah: beg-beg masuk kereta, kemudian tuannya masuk kereta, kemudian bergerak
ke KLIA. Lepas itu dia sendiri tidak tahu apa dia nak buat. Merayu kepada
Tareq? Ish malulah, macamlah desperate sangat. Tapi…desperate tu…iyalah juga.
“Emmalyn,
saya sudah tempah teksi,” tegas suara Tareq, mahu berdegil dengan gadis ini
seperti dia berdegil dengan mak bapanya.
“Tareq,
what’s the big deal? I drive you to the airport, we say good bye. Kalau ada
rezeki, nanti saya dan geng saya boleh merayau ke Qatar. Ni dah ada port baru,”
Emmalyn memangkas cakap Tareq.
Bila
Emmalyn cakap begitu, kalau dia menolak, nampak sangat macam dia buat perangai
budak-budak. Tareq mengetap gigi, boleh tahan akal budak ini!
“Pukul
berapa flight awak?” Emmalyn berlagak selamba.
“Eh,
takkan Uda Jah tak bagi tau awak?” sinis Tareq memerli.
“He,
he, he,” Emmalyn tertawa kecil, “Uda cakap pukul 10.50 malam ye?”
“Dah
tahu, kenapa tanya lagi?” wah! tarak kasi muka Tareq ni!
“Eh,
kena confirmlah. Silap nanti kang, awak terlepas kapal terbang pula,” balas
Emmalyn, sedikit pun tidak marah walau kena ‘smash’ percuma dengan si Alpha
Male.
“Pernahkah
Uda Jah beri maklumat tak betul?” Tareq masih belum puas cari pasal.
“He,
he, he, maklumat Uda Jah selalunya 99% betul. Dia tu sepatutnya kerja dengan
Special Branch,” Emmalyn membalas dengan jenaka.
Tergerak
sedikit bucu bibir Tareq, tapi dikawalnya. Apa akal budak ini? Emmalyn direnung
tajam, ingin mencari jawapan kepada soalan sendiri. Malunya dek peristiwa
semalam masih berbekas tetapi perangai Emmalyn ini betul-betul pelik. Dia tidak
marahkah dengan peristiwa semalam? Lelaki yang berjanji mahu meminangnya sudah
ada anak dengan perempuan lain? Takkan dia tidak marah? Kalau perempuan lain
tentu aku dah kena sumpah seranah.
Tetapi
Emmalyn Mohd Ehsan masih tersenyum kecil sambil bersandar di kereta abangnya.
Bila melihat Tareq kaku tidak bergerak, kedua belah jari telunjuknya menuding
ke arah beg-beg Tareq dan digerakkan ke arah boot kereta Emil. Arahan diberi
tanpa suara!
“Flight
pukul 10.50, check in pukul 7.50. Ipoh – KLIA, 2 jam setengah. Saya bawa kereta
3 jam setengah. Berenti makan lagi…”
Nampak
gaya aku tak boleh menang, fikir Tareq sambil mendengar Emmalyn mengira-ngira
waktu. Beg-beg diangkat dan dimasukkan ke dalam boot kereta Emil.
Yeay!
Yeay! Jerit hati Emmalyn. Rasa macam nak bercha-cha tiga empat langkah. Tapi
tentulah tak bercha-chakan. Nanti kang si Alpha Male kata aku baru keluar dari
Tanjung Rambutan.
Tangan
ibu bapanya disalam dan dikucup sekali lagi. Kali ini disertai dengan dakapan
erat. Air mata Hajjah Asmah mengalir lagi. Kasihan betul Emmalyn melihatnya.
Tangan wanita separuh abad itu disalam dan dikucup.
“Kami
jalan dulu Andak Mah, Andak Aziz,” pamit Emmalyn.
“Bawa
kereta baik-baik, Melin,” nasihat Hajjah Asmah.
“Tak
pe, Melin bawa 80 je..,” dengan sekali lambaian, Emmalyn masuk ke dalam kereta.
“Nak
saya drive?” tanya si Alpha Male, suaranya masih sedikit kasar.
“Nope,
I’m okay,” jawapan beserta senyuman manis.
Enjin
dihidupkan, doa dibaca dan Peugeot merah bergerak meninggalkan rumah keluarga
Tareq. Hajjah Asmah dan Haji Aziz berdiri di beranda, memandang Peugeot merah
bergerak sehingga hilang dari pandangan. Dalam hati berdoa agar Emmalyn dapat
melakukan suatu keajaiban untuk buat Tareq menetap di Malaysia.
Sepanjang
perjalanan tiada gurau senda, tiada apa cerita. Hanya sesekali si pemandu
bertanya jika sang penumpang mahu ke bilik air atau makan. Bukan main fokus
lagi Emmalyn ke jalan raya. Bawa kereta pun 80 kilometer sejam sahaja. Agaknya
bimbang jika terjadi apa-apa pada kereta kesayangan abangnya. Entah bila akan
sampai KLIA, Tareq mengeluh.
Sang
penumpang sendiri pun lebih selesa tidak membuka mulut, bimbang jika si pemandu
bertanya tentang sejarah lama hidupnya. Tetapi si pemandu tidak pula
bertanyakan apa-apa. Maka sepanjang perjalanan dari Ipoh ke KLIA, Tareq
tertanya-tanya bila Emmalyn akan bertanya tentang Inessa. Dan bila soalan itu
tidak kunjung tiba, hairan juga jadinya Tareq. Gadis ini memang lain dari yang
lain.
Memang
benar bagi dikata Emmalyn. Perjalanan 2 jam setengah menjadi 3 jam setengah
bila dia yang memandu.
Bila
kereta Emil menghampiri KLIA, Tareq mengarah, “Turunkan saja saya di depan
departure hall.”
Menjawab
tidak, berkutik tidak, kereta Emil dipandu terus melepasi balai perlepasan menuju
ke laman parkir.
Wajah
Emmalyn direnung sinis, “Emmalyn, just drop me off. Tak payah nak parking
bagai. I hate long good byes.”
Mata
Emmalyn melekap ke jalan raya, renungan si Alpha Male tidak dibalas, mulutnya
menjawab,
“Saya nak solat maghrib dulu. Kemudian baru bertolak ke rumah Una.”
Habis,
Tareq nak jawab apa? Takkan nak berhenti solat pun tak boleh. Sampai di balai
perlepasan, mereka ke surau dahulu untuk solat bergilir, beg-beg besar Tareq perlu diperhatikan, takut
dikebas orang. Usai solat, Tareq terus hendak mendaftar masuk.
Fikir
Emmalyn selesai urusan mendaftar masuk, Tareq akan mengajaknya makan malam dahulu.
Sudahlah berhenti di RnR tadi pun hanya untuk solat Asar. Tapi si Alpha Male
menonong berjalan ke eskalator menuju ke pemeriksaan imegresen.
“Tak
nak makan dulu?” tanya Emmalyn penuh harapan.
“Saya
makan kat terminal sajalah,” pendek jawab Tareq.
“Dah
check-in, kenapa kelam kabut nak ke
terminal?” suara Emmalyn ada nada berjauh hati. Hai! Penat-penat aku memandu
dari Ipoh, sekurang-kurangnya belanjalah makan.
Bukan
tidak disedari si Alpha Male, tetapi bukankah dia sudah kata tadi dia tidak suka
“long good-byes” dan jika makan malam bersama tentu timbul cerita Inessa. I
have enough drama to last me for a life time!!
“Look,
Emmalyn. Terima kasih susah payah hantar saya ke KLIA. I’m sorry for what you
had to witness yesterday. But let’s just leave it at that, shall we?” nafas
dihela dalam-dalam lalu kata-kata diteruskan, “Maaf saya janji mahu ke rumah
awak, berjumpa mak bapa awak. Nampaknya saya tak dapat nak tunaikan janji saya.
Kita berdua…..,” jeda seketika memilih kata-kata, “…hingga di sini sajalah.”
Ternganga
Emmalyn mendengar kata-kata Tareq, buntang matanya tidak berkelip. Boy! Talk
about being straight to the point! Dia tidak menyangka Tareq akan berterus
terang sedemikian sekali.
Back
pack dibuka, pasport dan boarding pass diambil, wajah Emmalyn direnung sekali
lagi,
“So, Emmalyn, I guess…this is… good bye.”
Nak
sambung kata ‘hope to see you again’? Sebaiknya tidak, dia berjanji dengan
Emmalyn dan dia tak dapat tunaikan. Buat apa hendak bertemu lagi? Biar sahaja
perhubungan manis mereka sebulan dua ini tinggal hanya kenangan.
Dengan
hati dan langkah yang berat, Tareq berpusing dan menapak ke arah pegawai polis
yang memeriksa dokumen perjalanan.
“Abang!”
Abang?
Berkerut dahi Tareq.
Abang?
Tanya hati Tareq sekali lagi. Berpusing semula mengadap Emmalyn yang berdiri
kaku bagai patung cendana. Cuma dada Emmalyn jelas nampak berombak-ombak.
Emmalyn
menghela nafas dalam-dalam. It’s now or never, Emmalyn!!
“Abang,”
kali ini nadanya lebih tenang, wajah kacak Tareq direnung tepat dengan mata
yang tidak berkelip, “will you marry me?”