Bab 8
Minggu berikutnya, terhendap-hendap
Emmalyn ke gym. Sekali sekala keluar naik gunung, masuk gua okeylah juga. Tapi
kalau tetiap malam diajak keluar makan, segan juga rasanya. Tapi minggu itu
Emmalyn tidak perlu bimbang, batang hidung Tareq pun tak nampak.
Hujung
minggunya, sebuah pesanan ringkas masuk ke telefonnya, “Ahad am, rambling?”
Ringkas
sungguh, dilawan Emmalyn, “k,” ambik kau!
Pagi
Ahad itu, Emmalyn bangun awal untuk membantu ibunya di dapur. Kalau ikutkan
minggu lepas, sebelum bergerak, Tareq akan bersarapan di rumahnya dahulu. Benar seperti yang dijangka, seawal 7.30
pagi, Tareq sudah tiba dan disambut bagai teman lama oleh bapa Emmalyn. Terus
masuk ke ruang makan, sambil bersarapan nasi goreng kerabu, bergebang dari satu
topik ke satu topik. Emmalyn yang turut sama bersarapan terfikir, si Alpha Male
ni datang nak jumpa aku ke nak jumpa Papa.
Sudah
puas bersembang, barulah Encik Ehsan bertanya, “Ke mana pula hari ini?”
Hah!
Finally, dengus Emmalyn dalam hati.
“Gunung
Brinchang,” jawab Tareq pendek.
“Cameron
Highlands?” soal bapa Emmalyn lagi.
“Ye,
Pak Cik.”
“Sempatkah
nak naik turun dan balik sebelum gelap?” tanya si bapa prihatin.
“InsyaAllah,
sempat Pak Cik. Emmalyn ni sangat fit orangnya, kejap je kami naik tu,” yakin
dan tenang sahaja jawapan tareq.
Dua
pasang mata hinggap ke wajah Emmalyn. Encik Ehsan dan Puan Suhaila sendiri
tidak pasti samada anak mereka fit atau tidak. Yang mereka tahu memang kaki
rayau anak dara seorang ini. Maka kalau dapat jodoh sesama kaki rayau, bagus
juga. Nanti rayau berteman yang halal, tidaklah mereka bimbang lagi.
Rasa
tidak selesa direnung ibu bapa sendiri, cepat-cepat Emmalyn bersuara, “Mama,
Papa, kami jalan dulu ye,” pinggan dan cawan
di atas meja dikutip untuk dibawa ke dapur.
“Nak
naik gunung tu jalanlah dulu, pinggan cawan tu nanti Mama basuhlah,” Puan
Suhaila “menghalau” anaknya.
“Okey,
Ma, Melin jalan dulu.” Tangan ibubapanya disalam, lalu backpacknya dicapai.
Mereka
dihantar sehingga ke kereta, kemudian ibu bapa Emmalyn melambai sehinggalah
kereta datuk Tareq meninggalkan halaman rumah mereka. Seperti biasa senyap
sunyi dalam kereta.
Selepas
sepuluh minit baru Tareq membuka mulut, “Lambat lagi nak sampai, tidurlah
dulu.”
“Semalam
dah cukup tidur, sarapan tadi minum kopi,” mulut menjawab, mata memandang
pemandangan di luar.
Bagai
baru teringat hendak bertanya khabar, Tareq menyoal, “So how was your week?”
“Same
old, same old. Office, gym, home.”
Jawapannya
disambut ketawa satu harakat Tareq. Si Emmalyn ini walau pun sedikit, bila dia
buka mulut bisa mengundang tawa, fikir sang jejaka.
“Bunyi
macam bosan saja. No plan to spice up your life?” Sang jejaka mengocak air yang
tenang.
“Inilah,
naik gunung ni.”
“Tu
je?”
Aik!
Perlikah mamat ni? “Encik Tareq, if you expect me to paint the town red, sorry
to disappoint you, I’m not that kind of gal.”
Terdiam
Tareq. Yup, she’s not that kind of gal….. she’s definitely not Inessa. Dang
Tareq, stop thinking about that girl!
Humph!
Baru sarkastik sikit, dah terdiam mamat ini? Memanglah dark, mysterious and
challenging…
“Tak
nampak pun awak di gym minggu ini?” sengaja buat modal bersembang konon.
“Awak
cari sayakah?” straight forward pertanyaan sang jejaka.
Ish!
Nyesal pulak aku tanya! “Tak adalah, selalunya awak ada je kat gym tu.”
“Saya
exercise sebelah pagi.”
“Oh.”
Bagus juga dia ke gym sebelah pagi, aku ke gym sebelah petang. Segan kalau
hari-hari jumpa.
“Iyalah,
awak cuti, boleh exercise any time of the day,” kemudian terlintas pula di
kepala, “Eh, lama ek awak cuti?”
“Dua
bulan. Lepas tu saya boleh buat keputusan nak sambung kontrak kerja di sana
atau pun pilih opsyen lain.”
“Opsyen
apa?” Amboi, menyibuknya kau Emmalyn, diri sendiri dikutuk.
“Balik
kerja di sini ke atau pindah ke negara lain.”
“Tentu
Mak awak happy kalau awak balik kerja di sini,” Emmalyn buat statement yang
satu bandar Ipoh sudah maklum.
“Yup.”
Itu sahaja jawabnya. Emmalyn memang tidak biasa nak korek rahsia orang, jadi
tidaklah terlintas nak bersoal jawab lagi.
Tiba-tiba
Tareq pula yang bersoal jawab, “Awak? Awak happy tak kalau saya balik kerja di
sini?”
Amboi!
Apa punya soalan tu? Soalan memancing ke atau soalan naif yang aku pula
terlebih perasan?
Dan
Emmalyn, yang tidak gemarkan perkara-perkara complicated, membalas renungan
mata Tareq lalu menjawab, “Yes.”
Dah
itu yang sebenarnyakan? Jawab saja.
Polos,
fikir Tareq. Senang cerita.
Tiba di kaki Gunung Brinchang, kereta
tua datuk Tareq diparkir berhampiran sebelah sebuah ladang sayur. Berjalan
beberapa langkah, kelihatan papan tanda yang menyatakan “Trail no. 1.” Mudah
sahaja jalannya, mendaki tetapi jalan berbatu krikil halus itu cerah tanpa
semak samun.
Selepas
hampir tiga puluh minit berjalan, mereka tiba di pinggir hutan, denainya
menjadi lebih curam dan sedikit lecak. Jalan perlu berhati-hati kerana
berselirat dengan akar-akar pokok, yang besar dan yang kecil. Semakin dalam
masuk ke hutan, cuacanya semakin dingin kerana mereka berada di kawasan lebih
tinggi dan pokok-pokok yang tinggi menghalang cahaya matahari dari tembus.
Tiba
disebuah lokasi, ternganga mulut Emmalyn! Batang-batang pokok di situ
diselaputi lumut tebal.
“Hutan
di sini dikenali sebagai mossy forest,” Tareq tolong maklumkan.
“Rasa
macam dalam set filem,” balas Emmalyn dengan mulut ternganga, matanya meliar
memandang pokok-pokok yang kelihatan mistikal.
“Haah,
macam set filem Harry Potter,” kata Tareq sambil tangannya mengeluarkan kamera.
“Lord
of the Ring, kalau keluar watak ceritanya kat sini, saya takkan terkejut,”
komen Emmalyn sambil membelek cendawan-cendawan yang tumbuh lebat di sebuah
batang pokok yang sudah tumbang.
“Emmalyn,
cheese!” Si gadis mendongak terkejut, sang jejaka menekan punat kamera.
“Alah…
nak ambil gambar pun, cakaplah dulu. Nanti kang tak senonoh pula gambar saya,”
protes Emmalyn.
“Eh,
senonoh saja gambar awak ni,” balas Tareq yang sedang membelek lensa kamera.
Agaknya puas hati dengan gambar yang diambil, sebuah senyuman dihadiahkan
kepada modelnya.
Whooosh!
Senyuman Tareq bagaikan sebilah anak panah, terbang laju dan menusuk qalbu
Emmalyn. Hoi! Banyaklah drama kau, anak panahlah pula. Cubaan Emmalyn untuk
menyedarkan diri. Kalau bukan kena tusuk anak panah, kenapa pula jantung aku ni
berdenyut lain macam?
“Kenapa?”
tanya Tareq bila melihat Emmalyn kaku berdiri memandangnya tidak berkelip.
“Kenapa
apa?” cakap pun dah macam zombie.
“Kenapa
pandang saya macam tu?”
“Rasanya
ini kali pertama saya tengok awak senyum,” jawab si gadis polos lurus bendul
yang namanya Emmalyn.
Tareq
tersipu malu, mukanya merah. Ish! Macam jadi budak sekolah pula. Hairan!
Agaknya sudah lama tidak dating, sekali perempuan cakap macam ini pun dah rasa
lain macam. Berapa lama ye tak dating? Enam tahun?
Cubaan
untuk menutup rasa canggung, “Jomlah, kita sambung jalan. Nanti nak turun
lagi.” Langkah dihayun mendaki lagi.
Emmalyn
yang mengikut dari belakang menyeru teman hikingnya, “Tareq…”
Sang
jejaka menoleh, “Hm?”
“You
should smile more often,” nada suara ikhlas bukan mengedik hendak flirting,
“supaya awak boleh kongsi cahaya awak dengan orang lain.”
Kongsi
cahaya? Emmalyn ni merepek sebab tak cukup oksigen ke kat atas ni? Nampak jelas
di wajah Tareq yag dia tak faham apa yang Emmalyn cakapkan.
“Nama
awak tu kan maknanya bintang yang bersinar terang?” sang jejaka baru kelihatan
sedikit memahami, “jadi senyumlah selalu, supaya semua orang di sekeliling awak
pun rasa gembira.”
Langkah
diteruskan mendaki tetapi mindanya berputar-putar memikirkan tentang apa yang
Emmalyn katakan. Aku ni jarang senyumkah? Masam? Moody? Hmm, di universiti dulu
gelak tawa memang sebahagian dari hidup. Hidup yang sentiasa mencari fun!
Belajar, belajar juga tetapi hiburan dalam hidup menjadi kewajipan…..
sehinggalah episod Inessa bermula. Sejak itu, tiada lagi tawa gembira, bawa
diri jauh-jauh, hidup sorang-sorang dan setakat ini tiada siapa yang dibenarkan
untuk mendekati.
Masa
sudah tiba untuk berubah? Ikut kata Emmalyn, senyum kepada dunia? Senyum dengan
dia?
Langkah
terhenti seketika, “Emmalyn, apa makna nama awak?”
Giliran
si gadis pula yang terkejut! Dia nak tahu makna nama aku?
“Kalau
dalam bahasa German, maknanya ketua yang kuat bekerja. Ada juga saya terbaca,
maknanya ‘peaceful home.’ Tak adalah seglamer macam makna nama awak.”
“Ketua
yang kuat bekerja….” Tareq menyebut makna nama Emmalyn, “peaceful home.”
“Papa
nak anaknya semua bermula dengan huruf E, macam nama dia, Ehsan. Maka itu yang ada
Emil, Emmalyn, Elyasa’, Edelia.”
“Kreatif
Papa awak. Nanti kalau anak saya nak taruk nama mula dengan huruf T…. susah
jugakan?” Sambil bersembang sambil mendaki.
“T?
Hmmm… Tania, Tasha, Thahirah, Tamara, Tiffany, Talullah, Tia….” Laju Emmalyn
menyebut, macam machine gun.
Terhenti
langkah Tareq, pecah tawa berdekah-dekah. Lama juga tawanya. Si gadis yang
memang sudah jatuh hati pada jejaka berbadan tegap ini, terpesona memandang.
Kalau tadi kali pertama melihat Tareq tersenyum, ini pula kali pertama melihat
Tareq ketawa besar. Memang betul, orang yang kacak, bila ketawa, bila senyum,
orang yang memandang pun bahagia.
Reda
ketawa, Tareq berkata, “Banyaknya nama bermula huruf T yang awak tahu.” Nafas
ditarik, komen diberi, “Tapi entah, tak berkenanlah saya nama-nama yang bermula
dengan huruf T tu.”
“Tak
berkenan T, ada lagi 25 huruf yang awak boleh pilih Encik Tareq,” balas Emmalyn
yang easy-going sambil menyambung langkah, Tareq pula yang mengikut dari
belakang.
“Amirah,
Batrisya, Camelia, Dahlia, Emmalyn….of course, Farah, Gabriela, Hanna,
Insyirah….,” sekali lagi laju mulut Emmalyn menyebut.
Tawa
Tareq meletus lagi, kali ini bersambung dengan tawa Emmalyn.
Sambil
mendaki, belakang badan Emmalyn direnung. Apalah yang merepek bercakap pasal
nama anak, fikir Tareq. Tapi dah lama tak ketawa besar macam tadi. Gadis ini
istimewa. Senang cerita, tak banyak songeh, boleh buat aku senyum, boleh buat
aku ketawa. Adakah…..?
Selepas
dua jam mereka tiba di puncak. Pemandangan yang indah menjamu mata, kamera
dikeluarkan dan mereka mengambil gambar. Ada juga kumpulan-kumpulan kecil lain
yang turut berada di sana. Tareq meminta seorang pemuda untuk mengambil gambar
mereka berdua sebagai kenangan.
Mereka
berehat seketika sambil minum air dan makan kacang dan kismis untuk
mengembalikan tenaga. Kemudian mereka bergerak untuk turun, Tareq mengajak
Emmalyn turun melalui jalan lain, iaitu jalan kerikil yang digunakan oleh
kenderaan untuk naik turun. Walaupun agak jauh, tetapi selepas beberapa minit
berjalan, pemadangan hutan bertukar kepada pemandangan ladang teh terbentang
luas, indah menghijau. Redup mata memandang dan damai rasa di dada. Sambil
berjalan, Tareq mengambil gambar pemandangan serta gambar Emmalyn.
“Caving
awak dah cuba sekali, naik motor berkuasa besar pernah cuba?” soalan mengorek
rahsia sebenarnya.
“Dengan
Abang Rudy?” selamba Emmalyn bertanya, tidak kisah bercakap tentang ‘projek
pertamanya.’
“Dengan
siapa-siapa pun lah.” Sang jejaka cuba melindungi niat di hati.
“Dengan
siapa-siapa pun tak pernah. Nombor satu, saya takut naik motor laju-laju, nak
hidup lama. Nombor dua, saya malu nak duduk menonggek di atas motor buat free
show sepanjang lebuh raya.”
Terhinggut-hinggut
bahu Tareq ketawa.
Baik
buat pencerahan, manalah tahu kalau ada peluang. “Abang Rudy tu saya anggap
macam abang sendiri,” kata Emmalyn.
Melihat
peluang yang terbuka, Tareq bertanya, “Hafizi?”
“Macam
kawan.”
Lidah
terasa ringan, tapi segan pula nak bertanya, “Saya?”