Wednesday 27 March 2013

Mama Mia Shaza by Emy Roberto


Once, ada seorang penulis best seller (no name dropping here) bertanya di Facebooknya (sekarang sudah tutup), soalannya something like this "Penulis-penulis.... what drives you to write?"
Pada masa tu PMS sudah keluar, jadi saya perasan saya sudah qualify sebagai seorang penulis, maka saya pun berfikir...apa yang membuat saya ingin sangat menulis, mana datang that push untuk menulis. Fikir punya fikir....PMS tu ditulis sebagai respon kepada novel-novel kawin paksa yg mana heroine nya kawin lepas tu lari meninggalkan suami dan tanggung jawab bertahun-tahun. Kalau nak lari, baik jangan kawin. Dan fikir lebih sedikit lagi (sebelum ni tak pernah fikir pun, tulis je) saya tersedar yang keinginan saya untuk menulis timbul membuak-buak (betul membuak-buak) setiap kali saya baca penulisan yang mengujakan saya. Lepas baca cerita yg exciting (mengujakan), jari-jari saya gatal sahaja untuk menulis dan selagi tidak menulis asyik teringat-ingat.

Dan antara penulisan yang mengujakan saya adalah tulisan si manis (tak pernah jumpa, manis dari penulisannya) Emy Roberto. Penulisannya bikin ada ants in my pants (he he maaf untuk perumpaan yg ekstrem). Gaya bahasanya tidak istimewa (IMHO) tetapi penceritaannya bikin hati digaru-garu. Its the kind of story that makes you think about the characters and story line long after you have chucked away your lappy....

Maka dengan suka hati saya ingin memaklumkan, si Emy Roberto baru menerima kelahiran baby pertamanya....bertajuk...Mama Mia Shaza.... sebuah cerita yang boils down to Sawan vs Sawi, according to her fans....

Well, the (anti?) hero Syazwan is a jerk....minta isteri gugurkan anak, what kind of a man is that? tinggalkan isteri bila pregnant macam tu saja.... to face pregnancy, childbirth and family's anger & rejection on her own...again, I wanna ask you, what kind of man is that?

Tapi di tangan Emy... bila si Sawan tu insof....deng! I was rooting for that Sawan.... where your brain gal? I asked my self?

Itulah saya kata cerita si Emy, dah habis tutup lappy (sebab baca di blog)....... otak kita masih terfikir-fikir....dang that jerk, Sawan....aik bila dia insof...kesian pulak pada jerk itu.

So, siapa dapat Mama Mia Shaza....Syazwan or Syazwi? Deng! selagi tak baca, tertanya-tanya...

Deng...deng...deng...


(Mama Mia Shaza boleh dipesan melalui FB penerbitnya... Lovenovel Publication, bagi yang tak suka order online, boleh telefon LNP di

012-6416882/013-9338095/019-4226431/03-87509626/03-87509625


p/s: Seteguh Fayqa? Ampun!! Janji tidak ditepati....menimbun-nimbun pula kerja, jenuh saya menyorok dari ceti yang mengejar....nak jawab telefon pun takut. InsyaAllah Sabtu ini saya tulis panjang-panjang ye.....Ampun!!


Friday 22 March 2013

Seteguh Fayqa Bab 13 abis n a bit of Bab 14


Sebulan lebih Dzahim kena buli dengan Fayqa. Kena masak, cuci, kemas, benda-benda yang dia tak pernah buat. Ahli keluarganya pandang sahaja, sudah dikasi amaran awal-awal oleh Hajjah Azimah supaya jangan masuk campur bila Fayqa 'melatih' Dzahim. Tapi dari Haji Dzulqarnain hinggalah ke Dzureen, mereka semua hairan apa yang membuatkan Fayqa begitu 'berkuasa' ke atas Dzahim. Tapi tidak pula mereka berfikiran negatif tentang Fayqa kerana gadis itu tidak pernah tinggal solat, aurat sentiasa di jaga, hormatkan orang dan ringan tulang. Jadi syak mereka jatuh pada Dzahim.... apalah yang mahu disorokkan Dzahim sehingga sanggup buat apa sahaja yang diarahkan oleh Fayqa.

Hujung bulan Ogos, Hajjah Azimah sibuk menyiapkan pakaian dan barang-barang untuk Dzahim bawa ke U.K. Mamat tu masih lagi santai dan tidak kisah. Mericau mulut ibunya berleter, Dzahim buat tidak peduli. Dek kerana kasihankan Hajjah Azimah, Fayqa buat keputusan untuk 'mengajar' si anak manja seorang tu.

“Jim! Jom ke dapur kejap,” arahan sarjan mejar sudah keluar.

Dzahim yang sudah biasa mengikut cakap Fayqa sebulan ini melangkah ke dapur tanpa banyak soal.

“Tu! Mak kau dah bungkus elok-elok serunding daging,” jarinya menunjuk ke arah bungkusan serunding daging di atas meja dapur, “dah berbuih mulut dia suruh kau masukkan ke dalam beg. Agak-agaknya, bila kau nak buat?”

“Alah, tak payahlah seruding bagai! Buat susah je. Nanti kena buang je dengan imigresen kat sana,” jawab Dzahim bena tak bena. Bukannya nak diambil bungkusan serunding tu, duduk pula dia di kerusi dapur.

“Sekarang kau cakaplah susah. Nanti sampai sana, baru meleleh air liur kau teringatkan serunding ni.”

“Eleh, kau cakap ni kau pernah pergi U.K. Ke?” si manja mengada memperlekehkan Fayqa.

“Aku taulah aku ni siapa. Anak yatim miskin yang tak mampu nak pergi belajar ke luar negara. Kau tak payah nak ingatkan aku, Jim. Sekarang ni kau mau ke tak, kau ambil ajalah serunding ni masukkan ke dalam beg kau. Susah payah mak kau pergi beli kat pasar. Kau ni tak boleh ke tunjuk kat dia yang kau hargai apa yang dia buat? Mak bapa susah payah nak hantar kau ke luar negara pun, tak reti nak hargai. Mak kau suruh berkemas barang, kau buat dek saja,” sambil berleter, jenuh Fayqa menahan keinginannya hendak menunjal-nunjal dahi Dzahim.

Lama juga Dzahim berdiam diri, entah apa yang difikir. Akhirnya, “Pek, kalau aku tak boleh survive kat sana, macam mana?”

Ek ena! Si manja mengada ni takut nak keluar dari ketiak mak, rupanya. Fayqa menahan senyum.

“Dah besar panjang, takkan tak boleh survive?” Fayqa melembutkan tutur kata, cuba nak menjaga hati sahabatnya.

“Alah, kau pun tahu, Pek. Aku, Pa'an dengan Deng, kalau tak ada kau tentu dah lama kena tendang keluar universiti. Pasal kau tolong buat assignmentlah yang kami dapat A.”

“Baguslah kau sedar, Jim. Aku ingatkan selama ni kau ingat kau dapat pointer 3 ke atas tu pasal kau pandai,” terlepas juga tawa kecil Fayqa.

“Kau gelakkan aku pasal aku bodoh ye?” alah...ada hati pula nak merajuk!

“Kau tu bukan bodoh, Jim. Tuhan bagi otak elok-elok kat kau, kau malas nak guna. Eloklah bapa kau hantar kau belajar jauh-jauh. Biar kau reti pakai otak kau tu,” selamba Fayqa menjawab.

“Kalau aku stuck macam mana, Pek?” Dzahim bertanya dengan suara yang sayu.

Alah, buat drama syahdu pula mamat ni! Tapi minag brutal buat tak peduli, “Hah! Ini yang aku kata Tuhan bagi otak, kau tak guna ni, Jim. Kat sana, pandai-pandailah cari kawan yang boleh belajar sama-sama. Guna konsep, kau tolong aku, aku tolong kau.”

“Mana nak cari kawan baik macam kau, Pek?”

“Haaaa, tau tak pe! Dah nak pergi U.K. Ni barulah kau sedar aku ni baik ye?” bila lagi masa nak pulang paku buah keras.

“Adeeeh, kau ni macam pompuanlah, nak puji-puji bagai,” komplen Dzahim.

“Oi, sengal! Aku ni memang perempuanlah, kau jangan nak hina aku!” sambil bercakap mata Fayqa mencari senduk ke sudip ke, nak ketuk kepala mamat sengal seorang ni.

“He, he, he.... kau ni perempuan tak serupa perempuan...”

“Oi! Aku baru je nak offer.... nanti kat sana kalau susah ke apa, skypelah dengan aku. Mana-mana boleh tolong, aku tolong. Ini kau kutuk aku... kau ingat aku ni mak nyah ke? Tak jadi aku nak offer,” naik suara Fayqa.

Sambil ketawa, Dzahim minta maaf, “Okey, okey, ampun tuanku, patik mohon ampun. Kau janganlah tak offer nak tolong aku. Nanti aku belikan kau Ipad, ye. Senang kita nak berskype.”

“Eh, tak payah... tak payah nak beli Ipad bagai. Nanti aku nak masuk ke bili air pun kau sibuk nak berskype.”

Terhambur lagi ketawa Dzahim. Fayqa ni memang menghiburkan! Sedang melayan blues sebab suspense nak ke U.K., cakap dengan dia boleh gelak ketawa. Susah nak cari kawan baik macam Fayqa, sampai tahap menggadaikan nyawa untuk selamatkan kawan.

“Pek......habis belajar, aku balik nanti, kita kahwin nak?”

Entah apalah dalam kepala otak si Dzahim. Benda yang terlintas, itu yang dia sebut.

“Aku tak mahu janji apa-apalah, silap-silap kau ni bawa balik bini omputih. Bukan aku tak tahu hidung belang kau tu.”

Terbahak-bahak Dzahim ketawa.

Awal bulan September, Dzahim berangkat ke U.K. Dengan ditemani oleh bapa saudaranya Mohd. Nadim yang sememang kerjanya membantu penempatan pelajar-pelajar Malaysia yang mahu belajar di U.K. Ahli keluarganya, kecuali Dzehan di Jakarta, semua menghantar Dzahim ke KLIA. Fayqa pula hanya mahu mengucapkan selamat jalan di rumah. Di KLIA nanti waktu khusus untuk ahli keluarga yang berpeluk-peluk, bersyahdu sendu. Kalau Fayqa pergi, tentu dia rasa out of place.

Usai memasukkan beg-begnya ke dalam bonet CRV abangnya, Dzahim mendekati Fayqa. Ahli keluarga yang nak masuk kereta berhenti sekejap melihat kerenah budak berdua tu.

“Bye, Apek. Jangan sibuk merayau malam, cari mangsa-mangsa yang perlu pertolongan,” dah nak pergi jauh pun, Dzahim masih nak perli-perli.

“Kau ingat aku ni Spiderman ke?” laju Fayqa membalas, mengekek Dzahim ketawa.

Sebuah kotak dihulurkan kepada Fayqa.

“Apa ni?” panas rasa muka Fayqa, seisi keluarga Dzahim sedang memandang.

“Kau kata kau nak kasi online tuition kat aku kan?”

“Jim!! Ipad?” buntang mata Fayqa, “eh, aku tak maulah.”

Malu! Nanti si jeneral kata dia kaki cukur lagi.

“Alah, ambiklah,” kotak masih terhulur tanpa disambut, “kau tau aku bagi ni pun sebab ada udang di sebalik mee.”

Fayqa masih berpeluk tubuh. Malu sangat-sangat!

“Adik, can we get going? Nanti lama pula Pak Chu Nadim tunggu,” kan dah keluar arahan dari si jeneral.

“Pek, kau tak ambil, aku letak kat sini saja,” Dzahim berkeras.

Perlahan-lahan Fayqa menyambut kotak hadiah dari Dzahim.

“Bye, Apek. Jaga diri,” mata Dzahim tajam merenung mata Fayqa, memang dia bimbangkan keselamatan gadis ini.

Wah! Sedih pula rasa hati Fayqa. Di tekak rasa macam ada batu. Nak berpisah dengan si sengal pun sedih macam inikah?

Akhirnya, dengan mata yang hanya mampu menjeling ke arah Dzahim, keluar juga suara yang terputus-putus, “Bye-bye, Jimmy Boy.”

Dalam perjalanan ke KLIA, bergilir-gilir Haji Dzulqarnain suami isteri memberi nasihat kepada Dzahim. Si Abang yang memandu kereta berdongkol-dongkol hatinya. “Bye-bye, Jimmy Boy?” Dengan suara seksi begitu? Dengan jeling-jeling manja begitu? Tak tahu malu ke dengan seisi keluarga memandang? Huh!


Bab 14



“L!”

Ha? Terkejut Dzariff, baru saja nak buka T-shirt yang basah dengan peluh. Sempat jogging sebelum ke pejabat.

“is for the way you look at me.”

Siapa dalam bilik air aku ni? Terpinga-pinga Dzariff seketika.

“O! Is for the only one I see.”

Sejak bila bilik air aku ada in-house singer? Dia menapak perlahan-lahan ke bilik air, skodeng time!

“V! is very, very, extraordinary.”

Di muka pintu bilik air, dia berhenti. Oh! Konsep dua-dalam-satu, penghibur dan pencuci bilik air. Tangan memeluk tubuh, tubuh disandarkan ke jenang pintu. Mata menikmati pemandangan yang amat menarik!

“E! is even more than anyone that you adore can
Love is all that I can give to you.”

Pemandangan si gadis comel penghuni bilik tidur di tingkat bawah, sedang berlatih vokal sambil mencuci bilik airnya.

“Love is more than just a game for two
Two in love can make it”

Terlalu khusyuk menyental lantai dan dinding bilik air hingga tidak sedar sudah ada penonton tidak berbayar.

“Take my heart and please don't break it”

Air di dalam baldi disiram ke dinding, menghilangkan buih-buih pencuci.

“Love was made for me and you”

Kerja mencuci selesai, berus dan botol pencuci dimasukkan ke dalam baldi, badan dipusing hendak melangkah keluar.... dan barulah tersedar si jeneral yang berpeluk tubuh, bersandar di jenang pintu bilik air.

T.E.R.K.E.J.U.T.

Bila pula mamat ni ada dalam bilik dia? Bukan dia sudah ke pejabat ke? Mata bertentang. Sedetik, dua, baru Fayqa tersedar, seluar tracknya yang digulung hingga ke lutut. Dia pandang ke kaki sendiri, si jeneral turut memandang. Mata Fayqa laju ke wajah Dzariff. Ayo! Tak berkelip dia pandang kaki aku yang terdedah aurat. Cepat-cepat baldi dilepaskan ke lantai dan Fayqa menurunkan gulungan seluar kembali ke buku lali.

Tajam matanya menjeling Dzariff, bagai memarahi lelaki itu yang tidak menjaga pandangan mata. Selamba Dzariff membalas pandangan Fayqa. Siapa suruh masuk bilik tidur aku? Aku nak pandang, aku punya pasallah.

Tangkai baldi dicapai dan bakul baju kotor di tepi pintu diambil, kelam kabut Fayqa melangkah keluar dari bilik tidur anak teruna orang.

“Awak!”

Terhenti langkah Fayqa bila mendengar Dzariff memanggil, nak apa lagi? Di depan pintu bili tidur, dia berpusing.

Perlahan-lahan baju T yang basah dengan peluh dibuka dan dicampakkan ke dalam bakul yang masih dipegang Fayqa. Buntang mata Fayqa, mamat ini apa hal buat strip tease depan aku pula? Dah hilang akal ke apa? Aku pun hilang akal juga kah? Pandang body dia tak berkelip-kelip mata.

Lebar senyuman Dzariff, sedar dia jahat sangat mengusik anak dara orang. Siapa suruh dia masuk bilik aku? Jari-jarinya sudah memegang pinggang seluar. Makin buntang mata Fayqa! Makin lebar senyuman Dzariff.

Tunggu apa lagi wei!! Badang dipusing, tombol pintu bilik diputar, Fayqa angkat kaki! Dzariff dalam bilik ketawa terbahak-bahak.

Lepas mandi sambil bersiap, sempat Dzariff mencari lagu 'Love' di Youtube. Lagu nyanyian asal Nat King Cole, diberikan nafas baru oleh pelakon-pelakon Glee dimainkan di telefon pintarnya. Sambil memakai tali leher, bibirnya tersenyum memikirkan gadis comel yang diusiknya tadi.

Turun ke bawah untuk sarapan, tidak nampak kelibat si gadis. Sudah ke pintu depan, memakai kasut barulah keluar si dia, hendak mengemas meja makan.

“Two in love can make it
Take my heart and please don't break it
Love was made for me and you”

Sambil menyanyi-nyanyi kecil, matanya menjeling ke arah si gadis. Langsung tidak memanggung kepala. Dzariff melangkah ke kereta dengan senyum lebar.

“Amboi! Baiknya mood Abang hari ini, jarang dengar dia menyanyi,” komen Dzalia yang masih di meja sarapan, bukan dia tidak sedar si Abang asyik menjeling si gadis manis. Dan kenapa pula si gadis manis ini merah mukanya macam buah epal China? Sesuatu ni, Dzalia mula curiga. Mencerun mata sambil berfikir......


Tuesday 19 March 2013

Seteguh Fayqa Bab 12 & a bit of 13


Oooo gigih bangun pkl 5 pagi dan taip cerita....janji ditepatikan. Rahsia antara Apek dan Dzahim belum terungkai sepenuhnya. Jalan cerita ini menuntut (cewah! menuntut you!) supaya rahsia ini disimpan dulu sehingga bab 20 ke atas gitu... Relax, benda lain pula yang akan jadi.

Bab-bab dalam SF ni nak kena rombak sikitlah sebab macam dah berterabur. Tulis pun curi2 gitu. Apa-apa pun bacalah dulu ye, edit2 kemudian....asal faham citer ok lah kan.


Haah, pendek. Bab 13 nanti saya tulis panjang2. Sambungan cerita.....hari Sabtu atau Ahad ini, 23 atau 24hb. Serius saya banyak kerja di ofis.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -- 



Berdesup-desup ranting kayu itu dilibaskan ke betis Dzahim, terlompat-lompat Dzahim kesakitan. Auta saja yang lebih! Dia pakai jeans, tak sakit mana libasan Fayqa. Si Fayqa pun dalam hangat hati masih lagi beringat, libas di betis, biar jauh dari kepala. Nanti karang, kena masuk hospital lagi anak orang tu! Haru!

Terkejut besar ahli keluarga Dzahim. Sepanjang ingatan mereka, walau bagaimana nakal pun Dzahim, tidak pernah sekali pun dia kena pukul. Haji Dzulqarnain lebih suka menegur dan memberi nasihat. Fayqa marah sangatkah pasal Dzahim ajak kahwin sehingga melibas Dzahim begini?

“Oooo.... awek brutal! Jenuh Adik nanti,” bisik Dzureen kepada Dzalia, tapi cukup kuat untuk Dzariff dengar.

Terangkat kening si Jeneral melihat aksi di bawah, perempuan jenis apa ni? Tak berkenan sungguh!

Fayqa melibas betis Dzahim sepuas-puasnya, sehingga habis tenaganya. Kemudian ranting kayu dipatahkan dua dan dicampak ke tanah. Dia duduk semula di kerusi batu, lengan kanannya diletakkan di atas pinggir meja batu dan dahinya direhatkan di atas lengan. Matanya dikebil-kebilkan berkali-kali, jatuh berderai air matanya ke tanah. Terhinggut-hinggut bahunya. Geram sungguh Fayqa!

“Weee, dia nangisla...,” ulasan secara langsung dari atas.

Dzahim terdiam kaku. Tiga tahun berkawan dengan Fayqa, inilah kali pertama melihat dia menangis. Dia menangis kerana aku? Tak sangka Dzahim. Perlahan-lahan dia menghampiri Fayqa, lalu duduk di kerusi bersebelahan.


“Oooo, Adik nak pujuk...,” bisik Dzalia, makin ketat wajah Dzariff.

“Pek..... aku minta maaf, Pek,” Dzahim membuka kata.

Tiada respon. Dzahim meletakkan tangannya di atas bahu Fayqa, cepat-cepat tangannya ditepis si tuan punya bahu.

“Pek.... aku betul-betul minta maaf. Aku tau aku bodoh sombong, tak dengar cakap kau......Pek, aku serius ni, betul tak main-main, aku minta maaf....”

Perlahan-lahan Fayqa mengangkat mukanya. Wajah Dzahim direnung tepat-tepat penuh sayu, “Jim, kau tahu tak betapa teruknya kau masa kat dalam ICU. Aku tengok kau masa tu, takut sangat kau tahu. Takut kalau kau..... Mak kau, abang kakak kau, Pa'an , Deng.... kami semua rasa macam …. Entahlah, Jim, kalau kau tak sayang nyawa kau sendiri, kau ingatlah Mak kau. Kalau kau habis umur malam tu, kau fikir apa dia akan rasa?”

“Malam tu... malam kau kena pukul tu... aku tak tau pun itu kau yang kena pukul.... Kau tau kenapa aku berhentikan kereta dan tolong? Sebab aku tengok orang yang kena pukul tu...dah jadi macam kain buruk, lembik, kena henyak-henyak.”

“Dah kena bagi warning, dua, tiga kali, kau buat juga... Aku tau kau nak tunjuk macho kat dia... nak tunjuk kat dia kau hero, tak takut.... Tapi berbaloikah gadaikan nyawa.... Hidup kita ni baru nak mula tau.... banyak lagi benda yang kita perlu usahakan....”

Penat bercakap, Fayqa diam. Cukup-cukuplah, kalau dia bercakap hingga luruh dagunya ke tanah pun, adakah Dzahim akan dengar?

Orang di atas, “Kak... tunjuk macho apa, Kak?”

“Shh... diamlah.... tak dengar ni...,” Dzureen kena marah.

“Pekah, aku tak kata terima kasih kat kau lagi kan,” percubaan Dzahim untuk mengambil hati Fayqa , “Pek, terima kasih, Pek. Kalau kau tak tolong, memang dah jadi arwah aku...”

Dengan suara yang malas, Fayqa menjawab, “betulkah kau 'hargai' pertolongan aku tu?”

“Eh, tentulah...,” balas Dzahim bersungguh-sungguh.

“Kalau kau hargai..... kau nak jumpa dia lagi tak?” Kena tembak satu das!

Terdiam Dzahim.

“Kan aku dah kata...,” keluh Fayqa, “dahlah Jim, aku penat. Esok aku nak pindah keluar. Kau buatlah apa yang kau suka.”

“Pekah!!” tangan kanan Fayqa disambar.

Apa kes adik beradik dua orang ni? Dua-dua ekor selamba badak je nak pegang tangan aku! Tangan kanannya direntap tapi Dzahim pegang kuat, tak mahu lepas.

“Oooo, adik dah main kasar...,” komen Dzureen sambil kelam kabut hendak mengambil gambar Dzahim dan Fayqa. Mata Dzariff mencerun.

Dzalia pula cepat-cepat menolak telefon pintar Dzureen ke tepi, “Apa kes nak ambil gambar ni?”

“Siaran langsung untuk Kak An,” bisik Dzureen. Rupanya sambil skodeng sempat bermesej dengan Dzehan di Jakarta.

“Derang nampak flash kamera kau nanti,” marah Dzalia.

“Shh! Diamlah,” marah Dzariff, matanya tidak berkebil menonton senario di bawah.

“Jim, lepaslah!!” marah Fayqa, tapi suaranya dikawal sebab tadi dia sudah ternampak ada yang mengintai dari balik langsir.

“Tak mau, aku tak mau lepaskan kalau kau nak keluar dari rumah aku.”

Inilah yang dikatakan..... sengal kuasa dua. Dengan abang tak cukup, adik pun dua kali lima.

Dengan tangan masih menggenggam tangan Fayqa, Dzahim merayu, “Pekah, aku betul-betul minta maaf, sebab tak dengar cakap kau, sebab libatkan kau dalam hal ni.”

“Betul-betul minta maaf?”

“Yelah, betul, aku tak main-main,” wajah Fayqa direnung dalam-dalam.

“Kalau kau betul-betul nak minta maaf, nombor satu, lepaskan tangan aku.”

Terus Dzahim lepaskan tangan Fayqa.

“Nombor dua, kau pergi U.K., belajar.”

“Kalau kau janji kau akan duduk dengan keluarga aku,” bila Fayqa tidak menjawab, Dzahim menyambung, “kau ingat aku ni tak de perasaan langsung ke? Pergi U.K., tinggalkan kau kat sini. Kalau jadi apa-apa kat kau.... Pekah! Kalau kau tak janji yang kau akan duduk dengan family aku, aku tak akan pergi.”

Fayqa terdiam, dia tahu memang dia tak akan selamat jika dia duduk sendirian di bilik sewa. Aduh! Pening kepala.

Dengan hati yang berat, “Okey, aku duduk dengan family kau. Kau pergi U.K.”

“Set!”

“Study!!”

“Yelah!”

“Sampai grad!”

Dzahim mencerunkan matanya, “Yelah... sampai grad.”

“Satu lagi... jangan jumpa dia.”

Dzahim terdiam.

“Kalau aku tahu kau jumpa dia, satu, aku bagi tahu family engkau apa yang kau buat. Dua, kita putus kawan, selama-lamanya.”

Face off. Mata bertentang mata, tidak berkelip-kelip. Hambar riak muka Dzahim, dia sudah terperangkap, tiada jalan keluar. Kalau keluarganya tahu tentang penyebab insiden malam itu, habis!

Perlahan-lahan muncul senyuman nakal di bibirnya, “Pek... aku tak tahu kau ni jeles rupanya.”

“Choi! Tak ada maknanya,” mata Fayqa terjegil, “Jim, kalau kau tak janji, sekarang ni juga aku pergi ceritakan kepada mak bapak kau.”

“Set.”

“Jim, aku serius ni,:

“Pek, aku pun seriuslah ni,” dengus Dzahim


Bab 13



Keesokan harinya keluarga Haji Dzulqarnain bersarapan bersama-sama. Fayqa masak bihun goreng dan lempeng pisang. Sambil makan, mata semua orang curi-curi menjeling ke arah Fayqa dan Dzahim. Pelik! Selalunya Dzahim bangun bila matahari sudah sekerat tiang. Pagi ini bukan main awal bangunnya. Dan yang paling pelik sekali, masuk ke dapur pulak tu. Fayqa masak lempeng, dia tolong balik-balikkan. Fayqa berhidang sarapan di meja ruang makan, terkedek-kedek Dzahim berulang alik angkut pinggan, sudu garfu, cawan dan piring.

Kenapa budak Dzahim ni? Sejak bila pula ringan tulang menolong di dapur? Fayqa sebut sekali sahaja, terus bangun dan buat. Wal hal selama ini, kalau nak makan, sebut dan tunggu di meja makan sahaja.

Semalam selepas berbincang di laman rumah, budak berdua tu masuk dan bagi tahu mereka tidak jadi kahwin. Dzariff lega! Haji Dzulqarnain suami isteri tenang seperti biasa. Dzalia dan Dzureen tersenyum lebar. Hah! Boleh teruskan rancangan nak kenen Fayqa dengan Abang!

“Tapi Fayqa mesti duduk di rumah kita,” kata Dzahim, “kalau tak, Adik tak mau ke U.K.”

Hajjah Azimah terus bersetuju. Siapa tak sayang budak sopan santun, ringan tulang macam Fayqa? Haji Dzulqarnain bersetuju sahaja. Dzalia dan Dzureen sempat buat high-five. Dzariff.... tertanya-tanya pada diri sendiri, kenapa pula aku rasa lega?

Selesai bersarapan, Haji Dzulqarnain dan Dzariff bangun untuk ke pejabat. Hajjah Azimah menghantar mereka berdua hingga ke pintu depan.

Usai bersalam, baru hendak melangkah keluar, terdengar Fayqa memberi arahan, “Dzahim, yang kena ketuk, kepala engkau kan? Tangan tu sihat walafiat. Cuba kau exercise tangan kau tu, bawa pinggan mangkuk semua ke sinki, cuci.”

Tak membantah, tak melawan, Dzahim bangun, kutip pinggan mangkuk dan terus ke dapur. Terangkat kening ahli keluarganya. Haji Dzulqarnain memandang isterinya dan menjungkit kening. Hajjah Azimah menjungkit bahu tanda tak tahu.

Selepas suami dan anak sulung bertolak ke pajabat, Hajjah Azimah menjenguk di dapur. Kali pertama dalam sejarah hidup, anak bongsunya sedang memcuci pinggan mangkuk di sinki! Dengan mata yang buntang dia melabuhkan punggung ke kerusi.

Fayqa yang sedang berlagak jadi mandur berbisik ke telinga Hajjah Azimah, “Biar dia belajar, Achik. Nanti duduk di U.K. bukan ada amah yang nak masak dan cuci untuk dia.”

Wajah Fayqa direnung lama oleh Hajjah Azimah. Budak perempuan ini sorang sajalah saja yang boleh membentuk Dzahim!

Sunday 17 March 2013

Nak beli signed KNK?

Salam rakan2,

Saya sedang mengambil tempahan untuk sesiapa yang nak Kisah Naz dan Khaalish yg ada tt saya :). Ini sebagai tanda terima kasih saya kepada pembaca yg banyak menyokong saya.

Jika nak, sila emel sy di hanina1311@yahoo.com dan saya akan emelkan butiran bank dan harga.

Saya cuma ada 100 copies sahaja. PM pula hanya ada 7 ketul, dah nak habis dah.

TQVM again!!

HA

P/S: mohon maaf, tak sempat nak balas komen di entry saya ye

Friday 15 March 2013

Seteguh Fayqa Bab 12...errrr...


humph! selagi tak siap tak mo lena. esok kerja. masak kata burung hantu yg teman saya sehingga 4 pagi.


betul2 free writing, no editing for sense, no editing for grammar.
harap2 makes sense, harap2 enjoyable.


serius, next entry minggu depan, 20hb gitu. S.E.R.I.U.S



Bab 12



Semua orang pandang Fayqa! Muka terkejut, ada yang terlopong mulut, ada yang terbuntang mata. Fayqa sendiri terlopong mulut DAN terbuntang mata. Terhenti jantungnya seketika, otak pula kosong.... blank!!

Bila otaknya sudah berfungsi semula, perkara pertama yang dia terfikir adalah malu. Malu besar!! Jim main buat pengumuman sesuka hati dia, dia tak fikir tentang air muka akukah? Wajah ahli keluarga Dzahim dipandangnya seorang demi seorang, pijar sunnguh rasanya muka!

“Jim..... errr..... Jim,” macam mana nak cakap ni?

“Lek arr, Pekah, family aku cool,” balas Dzahim, tersengih-sengih.

“JIM!!” hah! Kan dah terlepas! Tak ada control cun!

Semua. Orang. Terkejut.

“Ehem,” Fayqa berdehem, tekaknya rasa kering sangat, “Jim, jom kita cakap kat luar kejap. Pak cik, Achik, saya keluar kejap ye.”

Dzahim masih lagi tersengih-sengih, kena jegil mata dengan Fayqa baru nak angkat bontot. Fayqa melangkah ke laman di hadapan rumah, Dzahim ikut tak kata apa.

“He, he, he,” mengekek-ngekek Dzalia dan Dzureen ketawa, mata tak lekang melihat fayqa dan Dzahim.

“Yang korang berdua ni ketawa kenapa?” sergah Dzariff.

“Fayqa dengan Adik tu....cute couple la,” komen Dzalia, sengaja hendak membakar.

“Couple? Babah.... belajar pun tak habis lagi, takkan nak bagi kahwin?” jelas sangat Dzariff memprotes.

Dzalia dan Dzureen berlawan menjungkit kening, kemudian mengekek-ngekek. Nakal ya ampun! Ketawa adik-adik perempuannya tidak dipedulikan, Dzariff menunggu komen bapanya.

“Babah memang tak setuju bernikah sebelum mampu nak sara isteri. Tapi Fayqa tu.... lain. Kalau difikir-fikirkan, Babah rasa dia saja yang mampu buat Adik jadi matang. Kita tengok macam mana........,” jawab Haji Dzulqarnain, kening berkait memikirkan hal anak bongsu dan gadis muda yang kuat serba serbi itu.

“Ummi suka sangat Fayqa. Sekarang pun Ummi dah rasa macam anak sendiri,” sambut Hajjah Azimah.

Huh! Mendengus kuat Dzariff. Apa kena dengan mak bapa aku ni?

Tiba-tiba Dzureen terjerit kecil, “Balkoni atas!” bahu Dzalia dicuit, “Race you!”

Dzureen sudah tiba di tangga ke tingkat atas, sementara Dzalia pula menarik-narik tangan si abang.

“Apa ni?” marah Dzariff pada Dzalia.

“Bang, jom skodeng... Fayqa terima tak proposal Adik!” si keras hati Dzalia tak reti mengalah, Abang yang tak bergerak ditolak pula dari belakang.

Si abang yang sasa, sengaja membiarkan si adik menolaknya dari belakang, sebab dalam hati sebenarnya teringin juga nak tahu apa respon budak perempuan tu.

Haji Dzulqarnain suami isteri menggeleng kepala melihat karenah anak-anak, tapi bibir masih tersenyum. Yang si bongsu tiba-tiba nak menikah, yang perempuan kaypohchi tak ingat orang, yang sulung.... yang sulung.... sebenarnya yang sulung ini yang sudah tiba masa untuk mencari pasangan hidup.

Ruang tamu di tingkat atas gelap gelita. Dzariff menjuling ke langit. Akal si Dzureenlah ni. Nak skodeng orang di bawah, tempat skodeng mestilah gelap. Supaya mangsa tak sedar mereka diskodeng.

Si kaki skodeng nombor satu sudah siap bersila di hujung balkoni, dapat tempat duduk kelas pertama! Si kaki skodeng nombor dua cepat-cepat duduk di sebelah. Khusyuk mengikuti siaran langsung dari taman di bawah. Si abang yang juga teringin nak tahu, hanya berdiri berpeluk tubuh, bersandar di pintu gelangsar. Mahu tahu tapi mesti maintain macho depan adik-adik.

Bunyinya macam Fayqa di bawah sedang basuh Dzahim cukup-cukup. Mamat K-pop tu selamba ketawa mengekek. Peduli apa Fayqa marah? Memang dah biasa hari-hari kena marah dengan Apek tu.

“Jim!! sejak bila kau cintan cintun dengan aku? Macam aku tak tau akal kau..... kau nak gunakan aku je, supaya senang hidup kau di U.K. nanti. Entah-entah kat sana nanti aku pulak kena buat segala assignment kau. Nak buat bini konon!”

Dzahim ketawa besar, “Kau kenal benar dengan perangai aku, Peqah.”

“Kepala kau tu memang nak kena ketuk sekali lagi. Suka hati kau je malukan aku depan keluarga kau. Lepas kau pergi U.K., aku nak pindah keluarlah, nak cari bilik sewa, macam dulu,” bulat tekad Fayqa, dah malu macam ni nak tunggu lagi?

“Eh! Tak boleh Pekah. Aku serius ni, kau kena ikut aku ke U.K.”

“Jim, aku rasa kau ni memang permanent head damage! Aku tak mau kahwin dengan kau, habis nak ke U.K. buat apa?”

“Peqah, kalau aku pergi, kau pun pergi,” gaya bercakap si prebet dah bunyi macam si jeneral. Menyampah Fayqa!

“Jim, kau dengar betul-betul. Aku ni bukan adik kau, bukan bini kau. Tak ada sebab aku nak ikut kau ke U.K.” serius ini cubaan Fayqa terakhir untuk berbincang baik-baik dengan Dzahim. Kalau tak jalan juga, memang sah kena ketuk kepala mamat tu sekali.

“Ada...” berubah nada suara Dzahim, perlahan jadinya.

“Kau cakap apa ni?” Mulalah nak merepek mamat ni, fikir Fayqa.

Dzahim menoleh ke belakang, meninjau ke arah rumah, bimbang kalau ada yang memasang telinga. Wal hal dia tak tahu, penonton-penontonnya ada di atas.

“Sini,” dia berbisik sambil menggamit Fayqa yang duduk di kerusi batu bertentangan dengannya.

“Apa?” tanya Fayqa, malas nak melayan si sengal.

“Sinilah!” suara Dzahim semakin kuat.

“Apa?!” suara Fayqa sama naik, sedikit pun tidak bergerak.

Dzahim hilang sabar, dia berpindah ke kerusi batu di sebelah Fayqa, kepala Fayqa ditarik rapat. Dzalia dan Dzureen di atas menarik nafas tajam! Adik nak ….? Dzariff yang bersandar di pintu pun turut mengambil satu langkah ke hadapan, lehernya dipanjangkan hendak menjenguk karenah budak berdua di bawah sana.

Rupanya kepala Fayqa ditarik sehingga telinganya rapat ke mulut Dzahim.

“Hah!!” kuat respon Fayqa selepas mendengar apa yang dibisikkan oleh Dzahim. Punyalah terkejut hingga terlupa nak marah Dzahim kerana memegang kepalanya tanpa berlapik.

“Kau biar betul Jim?” mata Fayqa buntang besar piring.

“Betullah,” jawab Dzahim, Fayqa tak pernah tengok mukanya serius sebegini.

“Kalau betul, kau cakap dengan aku,” muka Fayqa pun serius.

Penonton di atas sikit lagi mahu jatuh ke bawah, punyalah nak pasang telinga. Si mamat macho pun dah berada di sebelah Dzalia. Sekali lagi bibir Dzahim dirapatkan ke telinga Fayqa. Sok, sek, sok, sek, berbisik. Penonton di atas pasang telinga penuh teliti tapi sidikit pun tak dengar. Tsk! Kecewa!

“Muhammad Dzahim Haji Dzulqarnain!!!” Fayqa sudah naik pangkat jadi sarjan mejar.

Penonton-penonton di atas terkejut macam nak melompat. Apa yang buat Fayqa marah sangat hingga seru nama penuh si adik?

“Muhammad Dzahim Haji Dzulqarnain!!!” macam tak cukup sekali menyergah.

Tegak Fayqa bangun dari kerusi baru. Tangan bercekak di pinggang, matanya dijegil, rupanya macam singa nak menelan mangsa.

“Aku cakap, kau kata membebel!! Kau kata aku mak cik kaki bebel! Macam-macam kau kutuk aku! Sekarang siapa yang susah? Kalau kau sorang yang susah, aku tak kisah! Ini dengan aku sekali susah!!” Mulutnya membebel tak berenti-renti, Fayqa berjalan mundar mandir di laman sambil mencari-cari sesuati di tanah.

“Pek! Kau jangan marah Pek. Kau tak kesian aku ke Pek?” hilang sudah Dzahim yang happy-go-lucky, yang jenis selamba tak kisah. Merayu-rayu pula dia pada Fayqa.

Terhenti Fayqa dari operasi mencarinya, “Hoi!” jeritnya kepada Dzahim, “Aku lagi kesiankan diri aku tau! Sengal keturunan kau ni.”

Disambungnya operasi mencari. Ha! Dah jumpa! Ranting kayu kering kecil sepanjang dua kaki dikutip. Dihayun-hayunkan sekali dua, bagai pemain pedang menghayun pedang. Whoosh! Whoosh!

“Peqah! Kau nak buat apa ni Peqah?!” Dzahim cepat-cepat bangun, nampak gaya macam nak kena lari ni.

“Nak buat apa? Aku dah tak mau membebel. Done! Enough! Aku cakap kau tak mau dengar, biar ranting kayu ni yang bercakap!”

“Peqah! Peqah! Eh, Peqah! Aku ni bari keluar hospital ni. Mana boleh kau buat aku macam ni? Apek! Aku jerit panggil Ummi nanti,” nak mengelak dari libasan ranting di tangan Fayqa, berputar-putar Dzahim lari keliling meja batu.

“Kau panggillah mak kau. Panggil, panggil! Senang aku nak ceritakan semua kat dia,” fayqa macam gajah naik minyak.

“Pek! Pek! Oi, aku baru baik sakit ni Pek,” terlolong-lolong Dzahim, berlindung di balik meja batu.

Penonton-penonton kelas pertama di tingkat atas terlopong tak terkata apa. Terkejut. Penonton di tingkat bawah yang menjenguk dari balik tingkap bila terdengar Dzahim terpekik terlolong, sama terkejut. Hajjah Azimah pandang suaminya, suaminya pandang dia.



Thursday 14 March 2013

Seteguh Fayqa Bab 11 ....errr


Amaran! Bab ini bab mendera..... awal-awal saya nak ingatkan.....jangan maraaaaahhhhhh!!



Bab 11



Keesokan harinya, pukul lima petang, kelam kabut Dzalia menutup butik. Tidak boleh lambat katanya kepada Fayqa, ada mesyuarat keluarga malam ini. Pulang ke rumah, rutin Fayqa seperti biasa, membantu Hajjah Azimah di dapur. Seperti malam semalam, keluarga Haji Dzulqarnain bersolat jemaah Maghrib, makan malam dan disambung dengan solat jemaah Isya.

Usai solat Isya, semua ahli keluarga berkumpul di ruang tamu. Sedar yang dia hanya orang luar, Fayqa ke dapur, membancuh kopi, menyusun biskut di dalam piring dan memotong buah. Diletakkan di atas dulang dan dibawa ke depan. Selepas menghidangkan kopi dan makanan di atas meja, Fayqa mahu melangkah ke dapur.

“Fayqa, duduklah di sini. Kita ada hal yang nak dibincangkan,” ajak Haji Dzulqarnain lembut.

“Tak apalah, Pak Cik Nain, biar Fayqa pergi basuh pinggan di dapur,” Fayqa menolak lembut, segan sangat nak menyibuk dalam hal keluarga orang.

“Duduklah, Fayqa. Kita nak bincang hal Dzahim. Pak Cik tengok kadang-kadang si Dzahim ni lebih suka dengar nasihat kawan dari nasihat ahli keluarga sendiri. Duduklah, pinggan mangkuk tu nanti Dzureen pun boleh tolong basuh,” muktamad, tak boleh tolak pelawaan Haji Dzulqarnain lagi.

Fayqa duduk di sebelah Dzalia, di atas sofa yang paling hampir ke dapur.

Melihat semua orang sudah bersedia, Haji Dzulqarnain membuka mulut, “Hal yang nak kita bincangkan malam ni, hal Adik. Dia bagi tau Babah, dia nak berhenti belajar. Siang tadi Babah dan Abang sudah pergi jumpa Dr. Salleh, bertanyakan keadaan kesihatan Adik. Dr. Salleh kata, Adik dah sembuh elok, jadi tidak ada masalah untuk sambung belajar semester depan.”

Nampaknya bapa dan abang Dzahim sudah buat homework. Sebelum Dzahim boleh menggunakan kesihatannya sebagai alasan untuk berhenti belajar, mereka sudah bertanya dengan doktor yang merawat Dzahim. Apa pula alasan yang nak digunakan Dzahim?

“Babah, Adik memang dah sihat...tapi.... Babah pun tahukan, dari dulu Adik tak minat nak sambung belajar...”

“Tak belajar, adik nak kerja apa? Nanti kahwin, nak bagi anak bini makan apa?” sergah si Abang.

“Kan dari dulu adik kata adik nak kerja dengan Babah,” walaupun bunyinya lemah, Dzahim tetap cuba mempertahankan keputusannya.

“Kalau setakat SPM, adik, kerja yang sesuai dengan kau, jadi kerani stor di gudang Kelang. Gaji seribu dua ratus sebulan. Cukupkah? Untuk kau seorang pun tak cukup. Nanti tak ada duit, takkan nak suruh Babah tanggung anak bini kau?” suara si Abang masih tinggi seperti tadi.

Fayqa yang duduk di hujung sofa perasan, bila Dzariff sebut 'bini,' matanya menjeling ke arah Fayqa. Apa kes ni? Fayqa berasa cuak. Jeneral ni nak mengenakan aku lagikah? Semalam nasib baik Achik Zi tak pakai cermin mata. Walau pun dia nampak kami dalam kereta, tapi dia tak nampak kami yang.... err... yang 'macam tulah.' Nasib baik betul semalam, tangan kiri Fayqa hinggap ke dada.

“Okey, kalau tak mahu bagi Adik kerja dengan Babah, Adik boleh cari kerja sendiri. Kalau tak mahu Adik menyusahkan Babah, duduk di rumah Babah, Adik boleh cari bilik sewa. Fayqa boleh hidup sendiri, Adik pun tentu boleh!” suara Dzahim pun sudah meninggi, geram dengan Abangnya yang asyik nak menghentam.

Semua orang pandang ke arah Fayqa. Si jeneral dengan bibir yang mencebik.

Aik! Derang ingat aku yang batu apikan si Dzahimkah? Fayqa berasa cuak. Si prebet sengal ni kalau tak menyusahkan aku, tak bolehkah? Penat sungguh dengan si sengal dua beradik ni.

“Apa Adik cakap ni, Dik? Fayqa, Adik, dua-dua duduk dengan Ummilah,” pujuk Hajjah Azimah, mahu menyejukkan hati si bongsu.

“Dah, dah. Babah dah buat keputusan. Anak Babah yang sayang Babah mesti ikut cakap Babah....”

Semua orang memandang ke arah Haji Dzulqarnain. Apa rancangan tu?

“Babah nak hantar Adik belajar ke U.K. Sebelum buka semester ni Babah akan minta Pak Chu Nadim tolong buat credit transfer ke universiti di sana,” Haji Dzulqarnain bagai tentera Jepun melepaskan bom.

Semua. Orang. Terkejut.

Kecuali Hajjah Azimah, agaknya sudah dimaklumkan oleh suaminya. Kemudian semua mata terarah kepada Dzahim. Si tuan punya badan sudah terlopong.

“U.K. Babah?” tanya Dzahim masih terkejut.

“Ya, U.K. Jauh perjalanan, luas pandangan, kata orang tua. Babah percaya, anak bongsu Babah ni kalau sudah keluar dari kepompong, nanti boleh terbang tinggi. Pergilah Adik, sambil belajar sambil tengok negara orang. Biar terbuka minda,” tenang tutur kata si bapa.

“U.K. Ummi?” bagai tidak percaya, soalan yang sama diajukan kepada si ibu.

“Ummi sokong keputusan Babah. Ummi pasti Adik tentu akan jadi matang lepas belajar hidup di negara orang,” nampaknya Hajjah Azimah suami isteri memang sudah sepakat.

Kemudian pandangan Dzahim jatuh ke wajah Fayqa pula. Semua orang pandang Dzahim, kemudian pandang Fayqa.

Rasa macam dia terpaksa kata sesuatu, jadi kata Fayqa, “Bestnya, Jim. Bukan ramai orang yang dapat peluang macam ni.”

Sambut Dzureen, “Haahlah Adik, nanti bila cuti, kami boleh datang jenguk adik. Wow! Bestlah! U.K. Kat mana Babah? Kawan Yin, keluarganya ada rumah di ….. errr ….. London.”

Sudah terlepas cakap, baru Dzureen tersedar! Topik “Fareez London” buah hatinya memang topik terlarang bagi si abang. Bibir bawahnya diketap, dalam hati marah diri sendiri.

“Belum pasti lagi Yin. Pak Chu Nadim nak tengok keputusan Adik dulu. Kemudian dia akan cari universiti atau kolej yang sesuai.”

“Bila Adik nak bertolak Babah?” tanya Dzalia, dalam kepalanya sudah berkira-kira persiapan yang perlu dibuat.

“Pak Chu nak tolong dari A sampai Z. Dari permohonan sampai cari bilik sewa di sana. Bila dah siap semua, Adik boleh terbang ke sana,” rupanya Haji Dzulqarnain sudah merancang rapi. Adik sepupunya, Mohd. Nadim, yang membuka perniagaan membantu pelajar yang mahu menyambung pelajaran ke luar negara memudahkan kerja.

Dzahim masih lagi diam. Entah apa yang difikirkan. Tak yain nak hidup di negara orangkah.... bimbang rindukan ketiak ibukah....

“Abang sokong rancangan Babah tu. Sudah tiba masanya Adik belajar hidup berdikari Sampai bila nak jadi anak manja?”

Muka abang dijeling Dzahim, sedap-sedap mengata aku anak manja!

Bila Dzahim masih belum berkata apa-apa, Hajjah Azimah memujuk, “Nanti bila Pak Chu Nadim dah senaraikan tiga, empat universiti yang sesuai dengan GPA Adik, Adik pilihlah universiti mana yang Adik minat.”

Amboi.... bertuahnya si Jim ni, fikir Fayqa. Kepala kena ketuk, merajuk tak mahu sambung belajar, dapat peluang sambung belajar di luar negara pula. Hmm... dah rezeki dia, dapat mak bapa penyayang begini. Hati Fayqa mula berasa sayu, mengenangan dirinya anak yatim.

“Adik, jangan jual mahallah. Kak Yin pun tak dapat peluang nak belajar kat luar negara. Babah, Yin pun nak sambung belajar kat sanalah. Ummi, kami pergi dua orang ya,” Dzureen sudah nampak peluang untuk diri sendiri.

“Yin, kau kalau pergi study kat U.K., mau botak kepala Babah. Dah lima semester belum habis-habis lagi buat Masters,” sedap Dzalia mengutuk Dzureen.

“Eee, Kak Yaya ni!!”

“Dah! Dah! Kita nak bincangkan hal Adik, bukan hal Yin. Adik, kau setuju ke tidak dengan rancangan Babah?” Dzariff sudah bosan menunggu kata putus dari si adik.

Semua orang pandang Dzahim, tunggu keputusan dari mulutnya.

Wajah Babah dan Umminya direnung, kemudian Dzahim membuka mulut, “Kalau Fayqa ikut, Adik setuju.”

Semua. Orang. Terkejut.

Termasuk Fayqa. Si sengal ni, apa pula akalnya?

“Fayqa ikut? Senang-senang kau nak angkut anak orang?” lantang Dzureen menyoal.

“Kami kahwin dululah,” santai jawapan Dzahim.

Semua. Orang. Terkejut.

Fayqa? Dagu sudah cecah ke lantai!