Maka....kita sudah tiba di saat Seteguh Fayqa berhenti bersiaran di blog ini. Saya akan cuba siapkan secepat mungkin. Secepat mana? Wallahua'lam. jadual kerja saya tidak dapat dijangka..
I am going to miss you gals so much! Seronok tahu sambil menulis dapat feedback dari you all semua. Tulis sorang2, rasa sangat sepi....
Nasihat dari rakan2, kata mereka jangan letak entry banyak2 di blog, nanti bila dibaca versi cetak, tidak puas pula. Maka, saya akan pegang nasihat ini
Jika ada apa-apa sumbang saran, mohon komen di bawah ye... Again, I am going to miss you gals so much. Keep in touch via FB ye!!
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
“Hoi
Jim! Kau lari balik eh? Kau dah tak nak belajar kat sana?” tanya
Dzureen straight-to-the-point, wal hal Dzahim belum lagi sempat nak
duduk melepaskan letih.
Yang
lain terdiam menunggu jawapan Dzahim. Kalau betul tekaan Dzureen,
alamatnya rumah Haji Dzulkarnain huru hara lagi ankara perangai si
bongsu manja mengada.
Selamba
Dzahim ketawa sambil menghenyakkan punggungnya ke sofa empuk di ruang
tamu, “Orang cutilah Kak! Christmas break.”
Lega
semua orang mendengarnya, termasuklah juga Fayqa yang masih tercegat
di pintu dapur.
“Berapa
minggu cuti, Adik?” tanya Hajjah Azimah sambil duduk di sebelah
anak kesayangannya, juntaian rambut di dahi Dzahim dikuak ke
belakang.
“Dua
minggu, Ummi.”
“Dua
minggu pun kau balik, Jim. Lagi seronok kalau berjalan-jalan ke
Eropah,” komen Dzalia.
“Berjalan
apa? Sejuk beku kat sana, baik balik Malaysia, lagi syok. Boleh
berkepit dengan Ummi,” si anak manja tidak segan silu memeluk
ibunya di sebelah.
Berkepit
dengan mak? Yelah sangat tu, fikir Fayqa, matanya mencerun merenung
Dzahim dari jauh. Bukan aku tak tahu dengan siapa kau nak berkepit!
“Buka
beg, buka beg!” jerit Dzureen, “bawa balik apa untuk Kak Yin?”
“Dzureen,
biarlah Adik berehat dulu,” tegur Haji Dulkarnain.
“Adik
dah makan?” tanya Hajjah Azimah.
“Makan
atas flight tadi, bukan sedap pun Ummi. Nasi ada tak? Adik laparlah,”
bersambung aksi manja Dzahim.
“Biar
Fayqa hidangkan, Achik,” celah Fayqa, dengan wajah masam mencuka
dia melangkah ke dapur.
“Sementara
tunggu Fayqa menghidang tu, Jim, bukalah beg cepat. Kalau tak ada
buah tangan untuk Akak, jenuh kau,” kata Dzureen sambil menggeledah
beg sandang Dzahim.
Tergeleng-geleng
kepala Haji Dzulqarnain suami isteri melihat gelagat Dzureen. Mata
Dzahim pula tertancap ke pintu dapur. Bukan dia tidak perasan, Fayqa
langsung tidak menegurnya. Dzariff dan Dzalia pula tidak lepas-lepas
memandang Dzahim. Di kepala terfikir, kenapa budak berdua ini. Kata
best friend, ini berjumpa selepas tiga bulan, beku semacam sahaja?
Angin musim sejuk dari U.K. sudah sampai ke Kota Damansara ke?
Keesokan
harinya bukan sahaja Dzariff dan Dzalia yang perasan, Haji
Dzulqarnain suami isteri pun mula berasa pelik dengan perangai Fayqa
yang langsung tidak bertegur sapa dengan Dzahim. Bila Dzahim
menghulurkan sekotak coklat sebagai buah tangan dari U.K., cuma
“Thanks” yang dijawab Fayqa. Bila Dzahim duduk untuk makan di
meja, cepat-cepat Fayqa bangun pergi ke sinki mencuci pinggan. Bila
Dzahim ke dapur, Fayqa terus keluar sidai bajulah, ambil serailah.
Bila Haji Dzulqarnain sekeluarga duduk bersembang-sembang selepas
makan tengahari, Fayqa terperap di biliknya, menyeterika baju.
Sikap
sejuk beku Fayqa terhadap Dzahim berterusan sehingga ke petang. Bila
datang Farhan dan Daeng, barulah Fayqa membuka mulut menegur budak
berdua itu. Tapi bila mereka melepak di beranda, Fayqa terperap di
dapur, sibuk dengan entah apa-apa.
Selepas
Maghrib, Dzahim, Farhan dan Daeng meminta diri mahu makan di luar.
Eh! Tak malu pula Fayqa tersembul dengan beg sandangnya, mahu
mengikut budak bertiga itu.
“Fayqa
keluar sama, Achik,” selamba muka awek seorang tu memaklumkan
niatnya kepada Hajjah Azimah.
“Tak
elok orang perempuan merayau malam-malam ni, Fayqa,” tegah Dzariff.
“Biarlah
Abang, dah lama Fayqa tidak keluar dengan kawan-kawan dia,” jawab
Hajjah Azimah.
“Kamu
bertiga tengokkan Fayqa, tahu?” Haji Dzulkarnain mengeluarkan
arahan kepada budak bertiga itu.
Siapa
nak tengokkan siapa, sebenarnya? dengus Fayqa dalam hati.
Nak
tengokkan Fayqa? dengus Dzariff dalam hati.
“Jangan
balik lambat, Adik,” Haji Dzulkarnain mengingatkan.
Malam
itu, sekali lagi Dzariff bertugas menjadi jaga-tak-bergaji.
Melepak-lepak di ruang tamu rumah walau pun ahli keluarga yang lain
sudah naik berehat ke atas. Bila Dzahim dan Fayqa pulang pukul
sebelas lebih malam, barulah dia naik ke tingkat atas, mengekori
Dzahim.
Hari
Ahad esoknya, sikap sejuk beku Fayqa terhadap Dzahim berterusan.
Berbisik-bisik Hajjah Azimah dengan anak-anak daranya, berbincang
tentang hal Fayqa dan Dzahim. Bergaduhkah? Merajukkah? Ish, pening
dengan perangai orang muda sekarang, keluh Hajjah Azimah kepada
Dzalia dan Dzureen.
Sebelah
petang, Fayqa dan Dzahim memerap dalam bilik masing-masing. Waktu
maghrib, mereka keluar bersolat jemaah bersama keluarga Dzahim.
Selepas solat makan malam, keduanya diam membisu.
“Tak
keluar dengan Farhan dan Daeng malam ini, Adik?” tanya Hajjah
Azimah.
“Tak,
Ummi, rehat kat rumahlah malam ini. Letih semacam,” jawab Dzahim.
Fayqa
merenung wajah Dzahim dalam-dalam. Dzariff, Dzalia dan Dzureen pula
mencuri-curi menjeling wajah Fayqa. Sesuatu betul!! Apa agaknya yang
sedang berlaku dengan budak berdua ini?
Selepas
makan malam dan solat Isya berjemaah, Haji Dzulqarnain suami isteri
duduk bersembang dengan Dzahim dan Dzariff di ruang tamu. Fayqa ke
dapur untuk membancuh teh dan kopi. Dengan riak bersahaja Dzalia dan
Dzureen mengikut Fayqa ke dapur. Di dapur, Fayqa yang sedang
membancuh air dikepung oleh dara dua beradik.
“Pekah,
apahal kau dengan Jim tu? Korang bergaduh ke?” Dzureen dulu yang
membuka mulut.
“Bergaduh?
Tak adalah Kak Yin,” jawapan diberi dengan riak muka yang selamba.
“Habis,
kenapa langsung tak bertegur sapa dengan Jim?” Dzalia menyoal bagai
ahli penyiasat PDRM.
“Laaaa
Kak Yaya, penat bersembang dengan dia semalam masa kami keluar. Habis
semua kisah dia di U.K. dah saya, Pa'an dan Deng dah korek,”
mukanya masih selamba bagai tiada apa-apa.
Jelas
sangat Fayqa tak mahu ceritakan apa-apa. Akhirnya, Dzalia dan Dzureen
mengaku kalah, melangkah semula ke depan. Tangan Dzalia menatang
dulang berisi teko dan cawan. Dzureen pula menatang sepinggan biskut
dan kuih. Fayqa pula melangkah ke bilik tidur.
“Fayqa
mana?” tanya Hajjah Azimah.
“Lipat
kain di bilik,” jawab Dzureen, kopi dituangkan ke dalam cawan untuk
ahli keluarganya.
Sambil
menghirup kopi, dahi Dzariff berkerut. Tak boleh jadi ni! Kes budak
berdua ni mesti dikorek hingga ke akar umbi, dia memasang azam.
Hatinya tidak sedap.
Haji
Dzulqarnain sekeluarga bersembang hingga ke larut malam. Letih
bersembang, mereka masuk tidur. Di dalam bilik tidurnya, Dzariff
terkebil-kebil memikirkan si adik bongsu, yang pulang tiba-tiba dan
'kawan baik si adik' yang sangat pelik perangainya sehari dua ini.
Dia pasti ada sesuatu yang mereka sorokkan.
Selepas
sejam lebih Dzariff cuba melelapkan mata, tiba-tiba telinganya
terdengar pintu pagar rumah dibuka. Kemudian terdengar pula suara
orang berbisik di laman rumah. Memang elok sangat bilik tidurnya
mengadap halaman hadapan rumah, senang nak skodeng adik-adik.
Terhendap-hendap Dzariff menjenguk ke bawah. Jelas kedengaran suara
orang berbisik-bisik. Walaupun orangnya tidak kelihatan, Dzariff
dapat mengecam suara Fayqa dan Dzahim! Tetapi tidak jelas pula apa
yang dibisikkan. Tak boleh jadi ini, fikir Dzariff. Pintu biliknya
dibuka dan perlahan-lahan dia melangkah ke tingkat bawah.
Pintu
hadapan rumah tidak berkunci, Dzariff mengendap keluar. Kelihatan
Dzahim memegang sebuah topi keledar dan Fayqa sedang cuba
merampasnya.
“Jim,
kau dah janji dengan aku kan?” walau pun berbisik, nyata kedengaran
nada marah.
“Pekah,
I have to go!” balas Dzahim, jari jemarinya cuba meleraikan
genggaman Fayqa pada topi keledar.
“Jim,
sampai hati kau. Aku dah kata kan, kalau kau pergi jumpa dia juga,
kita putus sampai bila-bila!” makin meninggi nada suara Fayqa.
“Pekah,
drama queenlah sangat kau ni,” balas Dzahim dengan nada suara
bosan.
“Drama
queen? Drama queen kau panggil aku? Kau tu yang macam budak-budak,
otak kau letak kat mana hah?” sergah Fayqa separa berbisik.
“Okey,
okey, aku bodoh, aku mengaku. So kau tak payahlah nak kisah aku yang
bodoh ni,” balas Dzahim, nada suaranya sama marah seperti Fayqa.
Tidak
lagi berlemah lembut, topi keledarnya direntap dari genggaman Fayqa.
Besar-besar langkahnya ke arah motosikal yang terparkir di anjung
rumah. Laju Fayqa mengejar, dipautnya Dzahim dari belakang, kedua
belah tangannya kejap melingkari pinggang pemuda itu. Jari-jemarinya
tersulam erat, pipinya berlabuh di belakang Dzahim. Terbeliak mata
Dzariff yang sedang mengendap, ternganga mulutnya.
“Astagahafirullahilazim,”
sempat si abang mengucap.
“Pekah!”
marah Dzahim, cuba memboloskan diri, “let me go!”
“Jim!
Jangan pergi. Toy dah jumpa aku, dia suruh aku kasi warning kat kau!”
cuba mengeratkan lingkaran tangannya di pinggang Dzahim.
“Pekah!
Lepaslah!” marah Dzahim, sedar yang dia perlu pergi secepat mungkin
sebelum ahli keluarganya tersedar apa yang berlaku. Dibuatnya Fayqa
menjerit, habis bocor rahsianya.
“Jim!
Kau tak boleh pergi Jim. Aku takkan bagi kau pergi,” jawab Fayqa.
Walau apa pun yang berlaku, Dzahim tidak boleh dibiarkan pergi.
“Jim!
Faye! Apa ni?!” sergah Dzariff, sudah tidak dapat menahan sabar.
Terkejut
Dzariff dan Fayqa dibuatnya. Di saat itulah Dzariff mengambil
kesempatan, sekuat hatinya jari jemari Fayqa dirungkai dan gadis itu
ditolaknya. Fayqa terdorong ke belakang dan jatuh terduduk. Enjin
motorsikal dihidupkan dan dengan satu ngauman kuat, motorsikal itu
memecut keluar dari halaman rumah.
“Faye!”
jerit Dzariff sambil meluru ke arah gadis itu.
Fayqa
yang sedang bangun menolak tangan Dzariff yang cuba membantu, lalu
berlari masuk ke dalam rumah. Terkebil-kebil kebingungan Dzariff
jadinya. Apa yang sedang berlaku ini? Belum sempat dia berbuat
apa-apa, Fayqa meluru keluar rumah ke arah Kancilnya. Enjin kereta
dihidupkan, lampu dinyalakan.
Tanpa
sempat berfikir, Dzariff membuka pintu Kancil dan melompat masuk,
“Apa ni, Fayqa? What is happening?”
“Jangan
banyak tanya, kita tak ada masa,” jawab Fayqa. Gear ditukar, pedal
minyak ditekan dan Kancil dipecut keluar dari laman rumah.
“Adik
nak ke mana tu?!” tanya Dzariff. Apabila soalannya tidak dijawab,
dia bertanya sekali lagi, “Fayqa! Jawab! Dzahim nak ke mana?”
“Saya
nak cepat ni. Jangan tanya boleh tak?” mulut menjawab, mata fokus
ke depan, kaki menekan pedal minyak hingga ke lantai.
Kancil
dihentikan di sebuah simpang. Sementara menunggu lampu trafik
bertukar kepada hijau, Fayqa menyeluk poketnya, dikeluarkan telefon
bimbit. Laju jarinya mendail. Lampu trafik bertukar ke warna hijau.
Pedal minyak ditekan lagi. Sebelah tangan memegang stereng kereta,
sebelah tangan lagi memegang telefon ke telinga.
“Pa'an!
Tolong aku, Pa'an! Jim keluar nak pergi jumpa Sakinah. Aku takut dia
kena pukul dengan Toy!” panik sungguh suara Fayqa.
Pa'an?
Sakinah? Toy? Berkerut dahi Dzariff cuba memahami butir-butir
perbualan antara Fayqa dan Farhan.
“Kita
cari derang di kawasan rumah Sakinah. Bandar
Manjalara. Kita cuba cari dia di Taman Tasik di situ. Cepat
Pa'an! Bawa Deng sekali.”
“Fayqa,
siapa yang nak pukul Dzahim?!!” sekali lagi Dzariff bertanya bila
Fayqa mematikan telefonnya.
“Abang
girl friend dia!”
Girl
friend? Girl friend Dzahim? Jadi, yang Fayqa peluk Dzahim tadi? Kes
cinta tiga segi ke ni?
Telefon
Fayqa diambil, jari Dzariff laju mendail. Bila panggilan dijawab,
Dzariff berkata, “Amir, ini aku ni, Dzariff. Ada hal emergency, aku
nak minta tolong ….”
Kancil
Fayqa membelok masuk ke Bandar Manjalara.
Cekap dia mencari rumah Sakinah. Sejak dia tahu yang Dzahim dipukul
oleh abang Sakinah dulu, semua hal tentang Sakinah disiasatnya. Tiba
di hadapan rumah Sakinah, sunyi sepi sahaja. Sudah pukul 1.30 pagi,
tentulah semua orang tidur.
“Ini
rumah Sakinah?” tanya Dzariff, Fayqa mengangguk, matanya
tertinjau-tinjau ke arah rumah teres itu.
Tiada
motorsikal di laman rumah, maknanya Toy tiada di rumah? Dada Fayqa
semakin berdebar-debar. Kancilnya dipecut ke arah sebuah taman
berhampiran rumah Sakinah. Dua kali Kancilnya mengelilingi taman yang
besar itu, barulah ternampak motor Dzahim. Tanpa berlengah, Kancilnya
diparkir disebelah. Terkocoh-kocoh Fayqa dan Dzariff keluar.
“Itu
motor Toy,” kata Fayqa menuding ke arah sebuah motorsikal yang
terparkir di sebelah motorsikal Dzahim.
Tanpa
menunggu Dzariff, Fayqa berlari ke arah taman.
“Fayqa,
tunggu!” jerit Dzariff sambil mengejar Fayqa.
Nasib
baik ada lampu-lampu dalam taman itu, tidaklah Fayqa teraba-raba.
Gerak hatinya menyatakan Dzahim berjumpa Sakinah di taman permainan
kanak-kanak dalam taman itu. Laju kakinya berlari ke arah taman
permainan itu.
Nasib
baik tekaannya tepat. Dari jauh, Fayqa ternampak Dzahim, Sakinah
dan... Toyyib!! No!! Toy sudah jumpa mereka! Semakin laju Fayqa
berlari.
“Aku
dah katakan, jangan main-main dengan adik aku,” sergah Toyyib.
Tangan kirinya mencekak kolar baju Dzahim, tangan kanan dihayun ke
arah perut Dzahim.
Gedebuk!
“Abang!!
Sudahlah tu!” jerit Sakinah.
Fayqa
yang masih jauh pun boleh mendegar bunyi tumbukan Toyyib.
Astaghafirullah! Tanpa berfikir, dia meluru ke arah Toyyib.
“Toy!!
Jangan!” larang Fayqa, sambil memegang tangan kanan pemuda
berbadan tegap itu dengan kedua belah tangannya.
Dilarang
menumbuk Dzahim, tangannya dihayun ke arah Fayqa. Gedebuk! Fayqa pula
yang jatuh tergolek.
“Faye!!”
cemas bukan main Dzariff apabila melihat Fayqa terbaring di tanah.
“Kurang
ajar kau,” lelaki yang menumbuk Fayqa diserangnya, “perempuan pun
kau pukul!!”