sementelah di sini internetnya ok dan aktiviti formal belum bermula, saya naikkan Bab 11. Pendek ke? 5, 6 muka surat juga.
mid week, saya bergerak ke destinasi lain pula, yg belum pasti ok ke tidak internetnya. Plan saya nak naikkan separuh Bab 12 sebelum bergerak tu.
Kita tengok macam mana ye. Almaklumlah part time writer-on-the-run :)
Bab 11
“Twenty
Questions......? Dia ajak aku
main Twenty Questions?!! Dia ingat aku ni budak kecilkah? Dua puluh
soalan untuk mendapatkan Naz!” tergeleng-geleng kepala Khaalish
memikirkan dirinya yang dipermainkan Reham.
“Whatever! I'll do whatever it takes to get her!” Khaalish
memasang azam.
Setiap hari, Khaalish hanya dibenarkan untuk menanyakan satu soalan,
jawapannya hanya ya atau tidak. Jika jawapan yang diterima adalah ya,
dia boleh menanyakan satu lagi soalan. Dia hanya boleh menanyakan dua
puluh soalan sahaja. Jika dia tidak dapat meneka di mana Naz berada
dengan dua puluh soalan, habislah!
Maka pagi selepas pertemuannya dengan Reham di terminal KLIA, dengan
dada yang berkobar-kobar, dia menghantar emel kepada Reham:
“Thailand?”
Jenuh dia menahan sabar sepanjang mesyuarat dengan bapa dan
kakitangan yang lain. Tamat sahaja mesyuarat, telefon pintarnya
dicapai untuk melihat samada Reham sudah membalas emelnya.
“Yes! Ada emel dari Reham!”
Peti emel dibuka dan ini balasan dari Reham: :(
Kecewa bukan main bos muda KZ Industries. Lalu nafasnya ditarik
dalam-dalam.
“Are you okay, Khaal?” tanya si bapa, yang sedar sepanjang
mesyuarat anaknya gelisah bagai kucing mahu beranak.
“Oh, fine, Daddy, I'm fine,” mukanya diriakkan tenang.
Hari kedua: “Phillipines?”
Reham: :(
Hari ketiga, “Vietnam?”
Reham: :(
“Dang! Sudah rugi tiga hari!! Si Reham ni memang seronok mainkan
aku!” menyumpah-nyumpah Khaalish dibuatnya.
Jarinya laju menaip emel kepada Reham, “Clues, please?”
Selepas setengah jam, Reham membalas, “Ini soalan keempat, Encik
Khaalish. Awak tinggal enam belas soalan sahaja lagi.”
Gedegang! Bunyi meja ditumbuk. Terpinga-pinga kakitangan KZ
Industries yang berada di bilik mesyuarat, hairan kenapa bos marah.
Kemudian semuanya menikus, mata melekap ke dokumen di atas meja.
Minggu ini mood bos bagai puting beliung.
“Naz dan kawannya sama sahaja! Cekap mendera perasaan orang!”
gerutu Khaalish dalam hati.
Hari keempat: “Indonesia?”
Reham: :(
Kali ini jawapan dari Reham sebenarnya melegakan hati Khaalish. Lega
kerana dengan Indonesia yang sebegitu besar, dia tidak pasti samada
dia mampu meneka di bandar mana Reham berada dengan lima belas
soalan.
“Harap-haraplah dia berada di negara yang kecil,” doa Khaalish.
“Kecil? Hmmm...”
Hari kelima, “Singapore?”
Reham: :(
“Tak patut aku teka Singapura,” sesal Khaalish, “Naz rasanya
akan pergi ke tempat yang eksotik, bukan moden dan maju.”
“Mana tempat yang eksotik di Asia Tenggara ini?” dia bertanya
kepada diri sendiri.
Peta Asia Tenggara dibuka di komputer ribanya.
“Eksotik...hmmm..... Myanmar, Kambodia, Laos. Takkan Myanmar? Ada
pergolakan politik di sana, takkan Naz hendak ke sana.”
Untuk memastikan hal ini, diselidik juga keadaan pergolakan politik
di Myanmar dan samada warga luar dibenarkan untuk memasuki Myanmar.
“Rasanya bukan Myanmar, .... okey kita teka …... Kambodia.”
Sejam dua kemudian, jawapan Reham: :(
Kecewa tidak terkata Khaalish jadinya. Nafasnya ditarik dalam-dalam.
Dirinya dipujuk, dia ada hanya dua belas soalan lagi, negara pun
belum dapat diteka lagi, apatah lagi nama bandarnya!
“Tak boleh gagal. I. Must. Find. Her.”
Maka pada hari ketujuh, dengan ucapan kalimah
“BismillahiRahmanirRahim” Khaalish membuat tekaan ke lapan:
“Laos.”
Jawapan Reham, yang tiba lima belas minit selepas itu: :)
Melihat balasan Reham, Khaalsih menarik nafas tajam, “Yes! Yes!
Finally! I am going to find her!”
Jawapan yang betul, maka dia boleh menanyakan satu lagi soalan.
Khusyuk Khaalish menelaah peta negara Laos, negara termiskin di Asia
Tenggara.
“Typical her! Negara termiskinlah yang ditujunya. Apa yang
orang tak buat, itu yang dia buat,” dengus Khaalish.
Strategi dirancang. Nampak gayanya, strategi terbaik adalah untuk
meneka ibu negara dahulu, kemudian diikuti dengan bandar terbesar dan
kemudian bandar kecil. Sambil itu, dia berdoa agar Naz tidak berada
di pelosok terpencil negara termiskin Asia Tenggara.
“Kalau ya, masak juga aku dibuatnya hendak ke sana,” keluh
Khaalish.
Baru sahaja dia hendak menaip soalan berikutnya, kedengaran ketukan
di pintu pejabatnya.
“Yes!” jawab Khaalish kuat dan berbunyi kurang sabar.
“Khaal? Lunch. Lupakah?” tanya si bapa, menunggu di pintu.
“Alamak! Dah janji dengan Daddylah!” getus Khaalish dalam hati.
“One minute, please Daddy. Just...one...minute,” terburu-buru
dia menjawab Daddynya.
Laju-laju Khaalish menaip, “Vientiane?” dan menekan butang send.
Sewaktu makan tengahari nampak sangat minda Khaalish berada di
tempat lain. Lain yang ditanya Daddynya, lain yang dijawab, sehingga
Tan Sri Kamaruzzaman menggeleng-geleng kepala. Kali terakhir dia
melihat Khaalish sebegini adalah empat tahun dulu, sewaktu dia
berpisah dengan girlfriendnya, Ilsa. Kali ini dengan siapa pula?
Tertanya-tanya Tan Sri Kamaruzzaman. Penulis novel itu? Apa ke
namanya?
Sambil makan, berkali-kali Khaalish memeriksa telefon pintarnya.
“Tunggu panggilan penting ke Khaal?” tanya Daddynya, sengaja
menduga.
“Ya, tunggu Elias emelkan senarai nama pembekal yang hantar
tender,” bohong Khaalish.
“Waktu makan, rehatlah Khaal. Tak payah nak fikir pasal kerja.
Minda pun kena rehat juga. Cakap tentang hal lainlah. Ha! Apa cerita
penulis novel pujaan Khaal tu?” tanya si bapa yang boleh tahan
nakalnya.
Tersedak Khaalish yang sedang makan. Sambil tersenyum penuh makna,
Tan Sri Kamaruzzaman menepuk-nepuk belakang anaknya.
“Eh! Makan jangan gelojoh Khaal. Take your time. Memikat
pun sama juga, jangan gelojoh, take your time. Kalau sabar tu,
burung yang terbang pun akan datang makan dalam tangan kita,”
nasihat si bapa dengan makna berganda.
Muka Daddynya direnung
tajam, kepalanya berfikir, “Daddy dah tahu ke aku sudah buka mulut
dengan Papa dan Mama Naz? Ish, Daddy ni, semuanya dia tahu. Papa Naz
bagi tau dia ke? Tak ada privacy langsung jadi anak Tan Sri
Kamaruzzaman ni.”
Tiada komen untuk nasihat bapanya. Dalam
keadaan yang terasa genting bagi Khaalish, dia tidak ada mood untuk
berbincang tentang Naz dengan bapanya. Terus dia menukar topik
perbualan.
Balik ke pejabar, hampir sejam juga dia menunggu balasan Reham,
akhirnya, “Oooo Khalish, so near but yet so far, sorry, :( ”
“Dang! Dang! Dang!” jerit Khaalish geram. Jari jemarinya meraup
rambut dengan kasar.
Nafas ditarik, “time to study Geography again!” getus hatinya.
Itulah yang dibuat oleh anak tunggal Tan Sri
Kamaruzzaman malamnya. Peta Laos ditelaah dengan tekun. Segala
macam maklumat dikajinya, senarai bandar terbesar, senarai bandar
yang mempunyai paling ramai penduduk, bandar-bandar yang mempunyai
aktiviti ekonomi yang pesat. Tentu Naz pergi ke tempat yang ada
peluang pekerjaan. Dia pernah mengajar Bahasa Inggeris di universiti.
Nah! Dicari pula senarai nama bandar-bandar yang ada universiti dan
kolej. Bukan banyak pun universiti dan kolej di Laos. Penat mengkaji
mengenai Laos, Zaim Khaalish tidur dengan azam untuk menemui juga
buah hatinya sebelum tamat 20 soalan.
Pagi esok, masuk sahaja ke pejabat, Khaalish membuka komputer
ribanya. Terpampang sebuah peta Laos. Ada dua bandar yang bertanda
bintang merah, satu adalah Vientiane, satu lagi adalah ….
“Tembak sajalah,” getus Khaalish.
Dengan ucap Bismillahirahmanirahim, jari-jarinya lincah menaip nama
bandar itu dan butang send ditekan. Sekarang perlu tunggu. Tak
boleh buat kerja, tak boleh fokus! Untuk memujuk hatinya, Khaalish
mengingatkan dirinya dengan sebuah madah, “Good things come to
those who wait.”
Dia tidak perlu tunggu lama. Selepas sepuluh minit emel Reham masuk.
:)
“Treat her well or I will personally kill you,” ganas
betul pesanan Minah Jiwang Karat jauh di Seattle sana.
Senyuman di bibir Khaalish selebar senyuman ikon Mr. Smiley,
“Gotcha!”