Tuesday 16 September 2014

Puppy Love

nota: Cerpen ini mungkin diedit endingnya dan kalau ada rezeki akan dihantar ke mana2 sykt penerbitan yang sudi. Ending di sini agak abrupt kerana sudah mencecah 17ms dan perlu ditamatkan. Kalau tambah2 lagi scene sweet2 Abam Eiyaad best huh? Enjoy!

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __ _ _ _ _ _ _ 

"Tak makan lagikah?"

Tangan yang sedang membilas pinggan terhenti. Kepala dikalih ke belakang. Dari suara dia sudah kenal siapa, tetapi dek kerana terkejut disapa oleh lelaki itu, itu yang dia kalih kepala, mahu memastikan betul itu tuan punya suara. Wajah lelaki itu direnung sesaat cuma, kemudian mata memfokus semula kepada pinggan mangkuk di dalam sinki.

"Belum."

"Lambat makan nanti perut masuk angin. You should know your self."

Jika nasihat ini diberikan empat bulan yang lalu, sebelum si penasihat menjabat tangan kadhi untuk menikah dengan doktor dari Johor itu, sudah tentu kembang mekar bunga-bunga di taman hati Ne'a. Tapi ini sudah jadi suami orang, apa kejadah nak ingatkan aku untuk makan?

"Masuk ke ceruk dapur untuk mengingatkan bekas tunang untuk makan, sangatlah inappropriate, Encik Azrul. You should know yourself."

Si bekas masih berdiri di belakang, tidak bergerak-gerak. Walau pun tidak bersuara, Ne'a tahu Azrul Fahmi masih di situ. Semakin laju tangannya bekerja. Mahu cepat selesaikan kerja, mahu cabut dari ceruk dapur ibu. Nanti dilihat ahli keluarga lain, apa kata mereka.



Sedang elok selesai mangkuk terakhir dibilas, telefonnya yang diletakkan di sebelah sinki berbunyi. Ah.. saved by the bell. Cepat-cepat telefon dicapai, skrin dibelek, tertera nama abang sulungnya. Butang dicalit, mesej dibaca: Dik, bawa nasi tambah.

Astaga... dia makan di depan, aku di dapur yang disuruh bawa nasi tambah? Mengada-ngada betul! Di dalam hati, abang sulungnya, Elyas menjadi orang kedua yang dikerutu malam itu.



Tanpa pamitan, Ne'a keluar dari dapur dengan tangan memegang mangkuk nasi tambah. Nak jeling ke arah Azrul Fahmi pun dia tak sudi. Aku bukannya omputih, nak 'civil-civil' bagai. Aku perempuan Melayu, sekali putus, menyampah aku nak tengok muka!



Baru sahaja hendak melangkah ke arah abangnya, Ne'a dikelui oleh kakak iparnya.

"Ne'a, tolong kejap." 

"Apahal, Kak Min?"

"Ambil Fana kejap," minta Mazmin, anak kecilnya yang berusia 8 bulan dihulurkan kepada Ne'a, "Iwan nak pergi bilik air pulak. Kak Min takut dia terkucil."

Tidak menunggu balasan dari Ne'a, dia sudah berdesup masuk ke dalam rumah sambil menarik tangan anak sulungnya, Faridzuan.

Sudahnya dengan anak kecil yang bertenggek di pinggangnya, dikendong dengan tangan kiri, mangkuk nasi tambah dipegang dengan tangan kanan. Bibir bawah diketap sambil cuba mengimbangi anak kecil dan mangkuk nasi.

Pabila kakinya menghampiri meja makan abangnya di bawah khemah, mulutnya mendesah, "Bang, bang, bang, bang, bang......" Plop, mangkuk nasi separa jatuh, separa diletakkan ke atas meja.

"Eh, Ne'a, apasal ni?!" terkejut Elyas yang sedang makan.

"Beratlah, dahlah nak dukung Fana ni lagi, nak bawa mangkuk nasi lagi. Nasib baik tak patah tangan Ne'a," terbit suatu kenyataan hiperbola, si bongsu yang sentiasa manja dengan abang sulung.

"Propa tak habis-habis," selamba adik bongsu dikutuk.

"Hah! Yang dia tu perintah-perintah orang...ambik nasiklah...apalah..."

"Eleh suruh ambik nasi tambah pun, ungkit! Macamlah hari-hari Abang suruh ambik nasi," Elyas membebel.

"Yelah, yelah...manja, macam dia tu pulak adik bongsu," mulut melawan tapi nasi disendukkan juga masuk ke dalam pinggan abangnya. Si abang pula lebar senyumannya mendengar bebelan si bongsu. Biarlah bikin Ne'a marah-marah, bebel-bebel.... dah tak larat tengok muka stres Ne'a bila Azrul Fahmi muncul dengan ibu bapanya ke kenduri di rumah keluarga mereka malam itu. Farhana yang bertenggek di pinggang Ne'a pula merengek. Sudah nampak Papanya, tangan sudah didepangkan ke arah Elyas.  Bibir atas sudah muncung, bibir bawah sudah mula terketar-ketar.

"Ololo....," senduk nasi diletakkan semula ke dalam manguk, sambil menimang Farhana, mulut Ne'a berdodoi, "Fana, Fana, fofana, fee fye Fofaaaaana.....FANA!"

Bunga-bunga tangis Farhana masih belum reda, lalu Ne'a menimangnya sekali lagi, "Fana, Fana, fofana...fee fye fofaaaaana, FANA!"

Mengekek Farhana dibuatnya. Bayi mengekek hingga nampak gigi dua batang, comel tiada bandingnya. Bibir Ne'a sendiri lebar dengan senyuman. Farhana yang comel dicium pipinya kiri dan kanan. Leka melayan Farhana, Ne'a tidak perasan lelaki yang duduk berhadapan abangnya. Ne'a terpesona dengan keletah Farhana, lelaki itu pula terpesona dengan keletah Ne'a. Bila Farhana kembali bertenggek dipinggangnya, barulah Ne'a tersedar ada lelaki yang tak dikenali sedang merenungnya. Termalu juga dia jadinya. Tapi apa nak buat? Buat selamba sahajalah...

Mata bertembung. Pinggan nasi dihulur, "Abang pun nak tambah...." 

“Abang? Abang mana pula ni? Tengok pun tak pernah. Bukan sepupu sepapat kami. Agaknya kawan Abang Yeh….. Lantaklah dia, Ne’a,” omel Ne’a sendirian di dapur, kepala masih terfikirkan lelaki yang makan semeja dengan abangnya.

Dalam rumah penuh dengan jemputan, di laman rumah penuh dengan jemputan.  Jawabnya Ne’a kembali memerukkan diri di dapur. Kalau ikutkan hati mahu dia masuk ke dalam bilik tidur dan kunci pintu sampai ke subuh esok. Itulah perkara pertama yang terlintas di benaknya bila dia melihat Azrul Fahmi  melangkah masuk ke dalam rumahnya beberapa minit sebelum azan maghrib tadi.

Memang Encik Bekas itu perasan bagus. Putus tunang ikut suka hati dia, lepas itu selamba badak pula datang rumah bekas tunang. Mukanya langsung tiada rasa bersalah, santai sahaja dia bersalaman dengan Papa dan Abang Yeh.  Dulu pun Siti Soleha bukan berkenan sangat dengan akauntan lulusan luar negara itu. Mama yang terlebih berkenan hendak buat menantu. Nak-nak pula Mama memang sudah berpuluh tahun mengenali Auntie Chah, mak Azrul Fahmi. Sepanjang setahun bertunang, Siti Soleha mendidik hatinya untuk menyayangi lelaki yang disangka bakal menjadi suaminya. Tup-tup, tiada angin, tiada ribut, Auntie Chah dan Uncle Jak datang ke rumah dan minta maaf, Azrul Fahmi sudah seminggu bernikah. And no… bukan bernikah di sempadan, tetapi bernikah di Johor Bharu, akad nikah di rumah pengantin perempuan.

“Kami terpaksa….. buat hantaran bagai…. Maruah keluarga kena jaga juga kan?” terang Auntie Chah dengan linangan air mata yang tak henti-henti.

Ha! Itulah kata kuncinya….. maruah! Azrul Fahmi buat dia bagai dia tidak bermaruah. Kalau barang di kedai pun, nak ambil, nak pulangkan kena beritahu tuannya. Kalau Azrul Fahmi tidak mahukan Siti Soleha, buatlah cara elok-elok, datang putuskan secara beradat dengan keluarga.

“Sudah dia lanyak maruah aku, eeeii selamba badak sahaja datang malam ni!” menyumpah-nyumpah mulut Ne’a.

Nasib baiklah pinggan mangkuk dan cawan piring kotor tak henti-henti dihantar masuk ke dapur. Ada alasan kukuh untuk Ne’a terus berada di dapur. Sekali lagi telefon Ne’a berkelip-kelip. Tangan dilap, telefon dicapai.

“Ceh! Abang Yeh ni, nak kopilah pula. Sekali sekala balik, banyak akal sungguh.”

Dengan abang sulung kesayangan, mulut membebel tetapi hati tak sampai hendak bantah. Tak sampai berapa minit, siap kopi seteko. Ne’a letakkan dia atas dulang kecil lalu ditatang keluar.

Baru dua langkah keluar dari pintu belakang, Encik Bekas datang menegur, “Berat teko tu, Ne’a. Biar Abang tolong bawakan.”

Terhenti langkah Ne’a, wajah Azrul Fahmi direnung dengan kening bertaut. “Biar betul mamat ini? Nak tolong bawa tekolah pula. Tolong belah, boleh?”

Bebelan cuma dalam hati. Tanpa sebarang kata, dulang kopi diserahkan kepada Encik Bekas. Ne’a patah balik ke dalam dapur, ambil beberapa biji cawan dan piring, susun di atas sebuah lagi dulang dan melangkah ke pintu belakang semula.

Eh! Ada lagi Encik Bekas berdiri tegak di luar pintu. Setia menunggu.

“Setia? Heh!” Ne’a cemuh dalam hati.

Mode bisu diteruskan, Ne’a melangkah ke arah meja abangnya di bawah khemah. Dulang berisi cawan dan piring diletakkan ke atas meja. Dulang berisi teko kopi pun tiba juga. Elok diletakkan ke atas meja, tukang bawa kopi pula selamba duduk di kerusi sebelah bakal-abang-ipar-tak-jadi. Bukan sahaja duduk tetapi wajah Ne’a direnung bagai pungguk merenung bulan.

“Ya Tuhan, berilah aku kesabaran agar aku tak simbah air kopi seteko ini ke atas kepala Encik Bekas ini,” sempat Ne’a berdoa. Mulut pula membebel, “Abang tu kan ada kopi,” bibir dijuihkan ke arah meja sebelah, ada teko besar di atasnya, “nak juga torture Ne’a bancuh kopi lagi.”

“Itu teh tariklah. Abang nak merasa kopi kaw Ne’a, bukan selalu dapat rasa. Berkira sangatlah Ne’a ni.” Selamba Elyas mengutuk adik sendiri.

Kopi dituang ke dalam cawan.  Belum sempat Ne’a hulur, Tetamu Misteri sudah ambil dan cicip kopi panas itu.

“Ne’a bancuhkah ni?” tanya Tetamu Misteri dengan senyum simpul.

Apa punya soalan da? Teringin Ne’a nak jawab, “Tak, Neelofa yang bancuh.” Tetapi didiamkan sahaja, tak ingin hendak jadi gadis sinis.

“Dah besar Ne’a. Dah pandai bancuh kopi,” terbit lagi komen-komen pelik Tetamu Misteri.

Eleh, setakat bancuh kopi pun nak puji? Pelik. Psiko ke dia ni? Lagi satu apahal panggil aku Ne’a, Ne’a ni? Jumpa pun tak pernah.

“Laaaa, Yad,” Elyas menyampuk, “Dah berbelas tahun kau tak jumpa Ne’a. Bancuh kopi dia pass, masak nasi lauk out!” Adik bongsu kena kutuk lagi. “Lima belas ke enam belas tahun? Kali terakhir kau datang rumah kami masa Tingkatan Satukan?”

Pernah datang rumah? Lima belas tahun dulu? Siapa dia ni? Berkerut dahi Ne’a cuba mengingatkan semula siapa Tetamu Misteri. Kawan sekampungkah atau kawan sesekolah? Kenapa Tetamu Misteri ini ingat sangat pada Ne’a, wal hal Ne’a tak ingat dia pun?

“Ha’ah, lepas tu kami pindah ke KL, aku tak pernah datang lagi dah.” Tetamu Misteri mengiakan.

Tidak senang dengan sesi ‘Jejak Kasih’ bekas tunangnya dengan mamat-entah-dari-mana, Azrul Fahmi meminta kopi. Terpinga Ne’a seketika, dia sudah terlupa yang Encik Bekas turut duduk di meja yang sama. Kopi dituang tanpa sepatah kata.

“Dulu masa Abang datang main-main kat rumah Ne’a, Ne’a baru masuk taska. Comel bukan main, gigi depan rongak. Sekarang ni dah tak rongak tapi comel juga lagi.”

Komen-tak-diminta dari Tetamu Misteri disambut dengan tawa besar Elyas. Memang Ne’a kecil-kecil dahulu comel sangat-sangat. Mata sepet, hidung penyet, tapi comel.

“Dulu mulut macam bertih jagung, penat Abang nak melayan soalan-soalan ‘bernas’ Ne’a. Sekarang ni Abang tengok Ne’a berat mulut. Ne’a tak ingat nama Abang tapi Ne’a tak tanya pun,” Tetamu Misteri cuba memancing.

“Pastikah Ne’a boleh ingat nama Abang?” cabar Ne’a. Mamat ini boleh masuk kategori jejaka perasan macam Encik Bekas juga agaknya.

“Okey, Abang cuba,” senyum simpul di bibir sudah melebar. “Ingat tak masa Ne’a panjat pokok rambutan tu,” jari menuding ke arah pokok di sudut halaman, “lepas tu Ne’a tak berani nak turunkan? Ne’a jerit-jerit suruh Abang Ne’a panjat pokok tolong Ne’a turun, tapi Abang Ne’a tak mau. Dia ugut nak biarkan Ne’a atas pokok sampai Ayah Ne’a balik? Jadi Abang yang panjat pokok, tolong Ne’a turun.”

Blank. Dahi berkerut. Sejujurnya Ne’a tak ingat. Kecil-kecil dulu dia suka panjat pokokkah? Sudahnya Ne’a menjungkitkan kedua belah bahu, tanda tak ingat!

Tidak mahu mengalah, Tetamu Misteri mencuba lagi, “How about this one? Ingat tak masa kita pergi ke sawah. Mak Ne’a tak kasi tapi Ne’a nak ikut juga. Masa menyeberang sungai guna titi batang kelapa, Ne’a jatuh ke dalam sungai? Abang yang terjun tolong Ne’a.”

“Dia melalak punyalah kuat. Wal hal air sungai tu dalamnya setakat pinggang saja,” komen selari Elyas sambil ketawa mengekek-ngekek.

“Iyalah setakat pinggang Abang, Abang besar tapi Ne’a kecil masa tu. Nasib baik tak lemas,” sakit hati Ne’a dengan komen Elyas, sedap mulut sahaja kutuk dia kaki melalak.

“Haaa…ingat pun Ne’a ….,” Tetamu Misteri tersenyum puas.

“Jatuh sungai, Ne’a ingat. Siapa yang tolong, Ne’a tak ingat.”

“Ya Allah, mamat-perasan-nak-jadi-hero ni tarik Ne’a keluar dari sungai pun Ne’a tak ingat? Kalau tak ada dia, Ne’a dah jadi arwah tahu,” bunyi mulut-tak-de-insuran si abang.

“Choi, Abang ni,” kuat bahu abang ditampar. Geram.

“Okeylah, Abang tolong Ne’a ingatkan,” kata Elyas dengan senyuman nakal mula terukir di bibir, “Cuba jawab soalan ni. Kali pertama Ne’a tulis surat cinta, Ne’a hantar kat siapa?”

Surat cinta pertama? Surat cinta….. pertama! Laju mata Ne’a menuju ke raut wajah Tetamu Misteri. Mata bertembung, senyuman yang terpalit di bibir si dia, manis sungguh manis. Senyuman manis macam …..

Perlahan-lahan jari telunjuk dihalakan kepada Tetamu Misteri, teragak-agak mulut Ne’a menyebut, “A…… Abang……”

Dengan mata yang bersinar galak, dengan senyuman meleret-leret, si Tetamu Misteri sendiri menyambung, “…..Handsome!”

Terburai tawa besar Elyas dan temannya. Azrul Fahmi yang sedari tadi hanya menjadi penonton berasa jengkel kerana tidak tahu hujung pangkal jenaka Elyas dan temannya. Ne’a pula membahang rasa mukanya….

Oh no….. ini Abang…. Ei…..Eiyaad? Abang Eiyaad yang aku declare aku cinta kat satu family masa tadika dulu? Mak!! Maluuuuuuu!!!” jerit dalam hati sahajalah. Kalau jerit betul-betul, sungguhlah buat malu dengan tetamu-tetamu yang ada.

Buat kali kedua malam itu, Ne’a rasa macam hendak lari masuk ke dalam bilik tidur dan tak mahu keluar-keluar lagi. Tetapi melihat Eiyaad Abdul Aziz ketawa sehingga terhinggut-hinggut bahu, pesonanya kepada lelaki itu datang kembali. Dan Ne’a tersedar yang dia masih mengingati nama penuh lelaki kacak ini.

Tekak rasa kering. “Oit, tutup mulut, Ne’a, pandang lelaki sampai rahang jatuh ke tanah?” Mata terkulat-kulat, mulut ditutup.

“Ha! Ne’a dah ingat Abang, duduklah,” tetamu pula menjemput tuan rumah duduk. “Lama tak jumpa Ne’a, Abang teringin nak tahu apa perkembangan Ne’a sekarang.”

Perkembangan? Sesaat Ne’a menjeling kea rah Azrul Fahmi. Perkembangan terkini, saya dah jadi bekas tunang orang, Abang.

“Duduklah, Ne’a. Yad ni dari tadi bertanyakan Ne’a. Mana ‘budak kecik’ yang jatuh cinta kat aku tu, dia tanya,” tawa Elyas terburai lagi.

“Sadislah, Abang ni!” marah Ne’a, muka sudah mencuka.

Kerusi ditarik, lalu dia melabuhkan punggungnya. Kalau dia lari masuk ke dalam rumah, agaknya berbulan-bulan dia akan jadi bahan jenaka abangnya. Sekarang ini, dia perlu duduk di hadapan puppy love-nya dan bertahan, bertahan, bertahan dengan usikan abang. Dengan cara ini, moga-moga usikan Abang hanya semalam ini sahaja.

“Sadis? Ne’a tu yang sadis. Kecil-kecil dulu asyik torture Yad saja. Mana Yad pergi, nak ikut. Kalau orang tak bagi ikut, mulalah melalak. Mak pening kepala dengar Ne’a melalak, Yad pun kena paksa bawa Ne’a. Sampai nak pergi tengok wayang pun kena bawa Ne’a. Spoil sungguh. Orang nak tengok cerita action, aleh-aleh kena tengok cerita kartun,” panjang Elyas membebel.

“Bisinglah Abang ni! Bukan Abang yang tengok kartun, Abang tengok cerita action tu dengan kawan-kawan yang lain. Abang Eiyaad yang temankan Ne’a tengok kartun,” bersungguh-sungguh Ne’a mempertahankan diri.

Baru sahaja Elyas mahu membalas serangan kata adiknya, isterinya muncul, “Abang, tolong ambil tin susu Fana dalam kereta. Siang tadi Min lupa nak bawa masuk ke rumah. Kunci kereta dengan Abang kan?”

Elyas, suami mithali segera bangun dan melangkah ke arah kereta, “Baik-baik kau duduk dengan dia, Yad. Nanti entah apa-apalah dia torture kau lagi.” Tawa besarnya mengiringi langkah kaki.

Ne’a mencemikkan mukanya kepada Elyas. Geram betul! Kalau nak mengusik tu bukan dia kira. Ada Encik Bekaskah, ada Abang Handsomekah, Abang Yeh apa peduli! Sudah ketap gigi, sudah kerut muka, baru Ne’a sedar mata Abang Handsome masih melekap di wajahnya. Allah! Malu!!

Dengan senyuman tak putus-putus di bibir, Eiyaad bertanya, “Ne’a, tahun bila kita pergi tengok wayang cerita kartun tu? Dah lama kita tak pergi datingkan?”

Masam muka Ne’a. Keesokan harinya Azrul Fahmi datang lagi, kali ini sendirian tanpa ibu bapanya. Kepada ibu Ne’a, dia maklumkan yang dia ingin bertemu dengan Ne’a.

“Yang sudah tu, sudahlah, Ne’a. Dah korang berdua tak ada jodoh. Tu, Azrul datang nak minta maaf agaknya. Pergilah jumpa dia sekejap,” pujuk si ibu.

Sudah dua puluh minit duduk berdua begini di ruang tamu rumahnya. Ibu dan kakak-kakaknya ke dapur, manakala abangnya dan Eiyaad keluar. Nak berikan mereka privacy konon! Ne’a masih belum pasti apa tujuan Azrul Fahmi mengajaknya bertemu. Lelaki itu bertanyakan khabarnya, bertanyakan itu ini. Hairan Ne’a jadinya. Dan yang paling pelik dan menjelikkan bagi Ne’a adalah nada suara mesra dan ceria lelaki itu, bagai bahagia benar dia dapat bertemu dengan Ne’a.

“Ne’a…..”

“Hah?” tersentak Ne’a seketika. Butir-butir kata Azrul Fahmi memang tidak diikutinya, otaknya sudah menerawang memikirkan Abang Handsome yang tiba-tiba muncul semula.

“Abang minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kerana Abang dah lukakan hati Ne’a.” Luhur benar wajah Azrul Fahmi.

Bibir dikemam rapat-rapat, nafas ditarik dalam-dalam, bimbang Ne’a kalau-kalau dia termuntah. He is soooo fake! Dia ingat dialog ala drama Melayu ni akan lembutkan hati aku?

“Benda dah jadi. Ne’a pun dah moved on,” sambil bercakap mata Ne’a meliar ke laluan menghala ke dapur, otaknya mencari jalan untuk melarikan diri dari lelaki yang merimaskan ini.

“Abang perlukan kemaafan Ne’a. Sekarang baru Abang sedar sebuah kebahagiaan tidak boleh dibina di atas suatu kemusnahan.”

Amende dia merepek ni? Malasnya aku nak layan. Lalu cepat-cepat Ne’a berkata, “It’s okay. Tak de hal punya.”

Nak ketawa pun iya juga. Makin tinggi bahasa ‘drama’ Azrul Fahmi, semakin ‘lepak’ pula bahasa Ne’a.

“Abang malu nak ceritakan tetapi sebenarnya….. Abang tak bahagia dengan isteri Abang,” keruh wajah Azrul Fahmi.

Dan bermulalah kisah sedih dan sesal Azrul Fahmi. Isteri terlalu sibuk, dia terabai. Sekarang isteri pula hendak sambung pengajian, mereka akan jadi pasangan jarak jauh. Terasa bagai impiannya mahu membina keluarga bahagia begitu jauh. Bla, bla, bla, bla….

Ne’a separa mendengar, separa mengkritik di dalam hati. Kalau mahu isteri yang mengelek engkau sepanjang masa, cari sahaja isteri yang tidak bekerja. Ini kau kahwin dengan doktor dan kau nak dia layan kau macam suri rumah sepenuh masa. Masa hendak bernikah, ikut nafsu, tidak berfikir. Sekarang sudah bernikah, jaja masalah rumah tangga ke sana ke sini. Fail sungguh sebagai imam dalam keluarga.

Pintu hadapan rumah yang terbuka dikerling Ne’a. Get up and walk out, Ne’a! Tak perlu beri dia apa-apa alasan. Baharu Ne’a hendak mengangkat punggung, tiba-tiba pintu hadapan rumahnya diterjah orang.

“Azrul, you’re making a big mistake if you think she could be the solution to all your problems!!” tinggi suara wanita muda yang sedang berdiri di muka pintu.

Terlopong Ne’a! Siapa ni? Lidah mereka bertikam, Ne’a pula tiada pilihan, terpaksa menadah telinga. Baru Ne’a tahu wanita muda berpakaian anggun itu adalah isteri Azrul Fahmi. Eh, bukankah mereka ni orang terpelajar? Seorang akauntan, seorang doktor. Kenapa begini pula perangainya? Bertengkar tak pilih tempat.

And you think she will take you back? What? Become your second wife?!!” Jari elegan doktor wanita itu menuding ke arah Ne’a.

Eee! Datang rumah orang, nak menyerang-nyerang pula? I don’t have to take this. “Berbuallah dulu ye. Saya nak keluar sekejap.” Dengan sopan, Ne’a meminta diri. Tak perlu nak terjerit-jerit macam ‘orang-orang terpelajar’ berdua itu. Buat buang karan.

Laju-laju Ne’a melangkah keluar, Azrul sudah memanggil-manggil namanya. Kasut disarung, bila kepala dipanggung kelihatan abangnya dan Eiyaad sedang duduk di atas pangkin di bawah pokok rambutan.

Terkocoh-kocoh Ne’a melangkah ke arah mereka. “Abang Eiyaad! Semalam abang kata nak tengok wayangkan? Jom!”

Terkejut Eiyaad dan Elyas. Tiba-tiba pula Ne’a hendak pergi tengok wayang? Kau pandang aku, aku pandang kau, kemudian pandang pintu rumah. Pertengkaran antara Azrul Fahmi dan isterinya boleh didengar hingga ke luar. 

“Jom,” jawab Eiyaad. Abang sulung di sebelah pun tidak membantah.

            Dalam kereta diam, tiba di kompleks membeli-belah pun diam. Serba-salah Ne’a, kelam-kabut meninggalkan pasangan ‘bahagia’ tadi, dompet pun dia tidak bawa. Dia yang mengajak tengok wayang, tapi nampaknya Eiyaad yang perlu bayar.

            “Ne’a, sinilah,” tegur Eiyaad, mengajak Ne’a mengikutnya.

            “Panggung kat sana, Bang,” balas Ne’a lemah. Bukan dia hendak menonton wayang sangat pun.

            “Ke sini. Abang nak ajak Ne’a ke satu kedai ni.”

            Patuh Ne’a menurut langkah Eiyaad. Apa-apa sajalah. Buang masa sejam dua di kompleks ini, balik rumah nanti, harap-harap pasangan ‘bahagia’ sudah tiada.

            “Buat apa kita ke sini, Bang?” suara Ne’a memang suara orang kehairanan. Kedai emas? Kaunter berisi barang kemas dipandang dengan dahi yang berkerut.


            “Beli cincin tanda. Buat apa tengok wayang, baik Abang tengok Ne’a saja. Dan Abang nak tengok Ne’a selama-lamanya.”

Tuesday 29 July 2014

Dia Seadanya Bab 21 (Belum siap)

Dalam teruja SF nak terbit, tangan ni masih gatal hendak upkan 1 bab DS. Maka terima lah....

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN. MINAL AIDIL WAL FAIZIN.  Love you gals!


Bab 21


Jam lima setengah petang, tetamu-tetamu sudah beransur pulang, yang tinggal hanya saudara-mara yang membantu mengemas. Tareq mengajak Emmalyn ke bilik, mahu mandi dan menukar baju. Geng kutu rayau pun balik ke hotel kerana sebentar lagi mereka mahu bertolak pulang ke Kuala Lumpur.

Keluar dari bilik air, Emmalyn melihat Tareq sudah segak bersiap, berpakaian berjenama. Bukan kemeja T Pagoda.

“Eh, nak ke mana? Takkan nak cuci periuk pakai segak-segak begini?” cuak rasa Emmalyn.

“Abang segak ya?” Tersenyum simpul Tareq mengusik isterinya. Perasan pun ada sebab kali pertama dipuji isteri.

Tersipu-sipu penganti perempuan. Usikan suami diabaikan dek kerana malu. “Abang nak pergi mana ni?”

“Eh, pergi mana lagi? Lepas nikah, pergi bulan madulah.” Nakal sinar mata Tareq, jelas ada rahsia yang disembunyikan.

“Melin tanya betul-betul ni,” tegur Emmalyn sambil menyikat rambut. Baju sudah dipakai dalam bilik air tadi, pengantin baru segan hendak tukar baju di hadapan suami.

“Abang pun cakap yang betullah.” Sejadah dibentang, selepas berastaghfar beberapa kali, niat solat dibaca lalu khusyuk Tareq mengadap Penciptanya.

Cakap betul? Bulan madu? Hari ini juga? Ke mana? Bertubi-tubi soalan muncul di minda Emmalyn. Bab merayau ni jangan buat main dengan Emmalyn. Selagi tak tahu destinasi bulan madunya, selagi itu, Emmalyn tak senang duduk. Sudahnya dengan dia terpaksa juga duduk di birai katil, menunggu suaminya selesai solat. Usai solat, Tareq berzikir pendek dan berdoa.

Elok sahaja, doa diaminkan, sepantas kilat Emmalyn merapati suaminya, duduk di sebelah berlapikkan tumit. Sang suami pula hanya melemparkan senyuman manis, suka benar mengusik isteri.

“Aaaabaaaaaang!” geram Emmalyn.

“Ye, sayang….” lembut Tareq menjawab.

Care to explain?” urrghhh! Tak sabar nak tahu!

About?” Tareq pura-pura tidak faham.

Rasa geram Emmalyn memuncak. Ada tak kes suami mati kena cekik pada hari perkahwinan? Black Widow pun bunuh pasangannya selepas bersama.

The honeymoon?” mencerun mata Emmalyn, nak pastikan Tareq cakap betul atau hanya mengusik.

“Yup. Honeymoon… you…and me…… travel together….” sengaja ayat tak dilengkapkan, mode mengusik tak habis-habis.

Wajahnya dirapatkan ke wajah suami, “When?

Today.” Sepatah sahaja jawapannya.

Hah! Hari ini juga? Wajah dirapatkan lagi, “Where?

Giliran Tareq pula merapatkan wajahnya, hingga tinggal hanya seinci jarak di antara mereka, “Ssssss….. secret!” Chup! Sebuah ciuman hinggap ke pipi Emmalyn.

“Aaaabaaaaaaang!!” protes Emmalyn, diikuti dengan tamparan ke bahu Tareq.

“Eh…. Ganas pula dia…,” Tareq buat-buat terkejut. Sedetik kemudian, aura nakal muncul semula, “I like!”

Jenuh Emmalyn merayu Tareq untuk memberitahu destinasi bulan madu mereka. Tareq pula bersungguh-sungguh merahsiakannya. Emmalyn disuruh bersiap dan jika dia sempat bersiap dalam masa dua puluh minit, sebuah klu akan diberikan. Apa lagi minah kaki rayau tu bukan main kalut menukar baju. Berdekah-dekah Tareq ketawa, sisi Emmalyn yang ala Mr. Bean ini sungguh menghiburkan. Sebelum kahwin dulu, dia fikirkan isterinya ini cool habis. Rupanya kena usik sikit, habis bertabur cool-nya.

“Abang, dua puluh minit mana sempat nak pack my bag!” kompelin Emmalyn, tangan memasang tudung ke kepala, mata menjeling jam di dinding.

“Beg dah siap pack,” suami kaki usik memaklumkan.

Dua buah back pack besar sudah siap sedia berisi pakaian mereka berdua tersandar di belakang pintu bilik.

“Abang, siapa pack beg Melin?” hairan!

“Una dan Pet.”

“Ha?!!”

“Don’t worry. Una dan Pet kata semua baju dan barang yang Sayang selalu bawa derang dah pack-kan.”

“Yang kecil-kecil pun?” Bertuah betul budak dua orang tu!

“Puan Emmalyn, yang kecil-kecil tu awak tak perlu. Kan namanya bulan madu!”

Astagaaaaaaa!!! Meruap merah muka Emmalyn, berdesup dia lari keluar dari bilik pengantin.

Meletus tawa Tareq. Seronok sungguh mengusik isteri. Dulu sebelum kahwin, Emmalyn tu cool cat habis. Lepas kahwin, manja macam kucing Parsi. Lebar senyuman pengantin baru.

Malu juga Emmalyn dengan saudara maranya yang sibuk mengemas dan mencuci. Sedap-sedap saja dia dan Tareq pergi berbulan madu, tinggal segala pinggan mangkuk dan periuk belanga kotor.

“Alah pergi sajalah. Kami dah biasa buat kerja ni,” halau Uda Razak, “kalau kamu tak nak pergi, Melin, bior Uda aja yang pergi. Seken hanimun, kata orang.”

Bersahut-sahut tawa sanak saudara. Berselang seli dengan usik-usikan. Emmalyn sudah tidak tahan. Terkocoh-kocoh dia bersalaman dengan sanak saudaranya. Ucapan terima kasih di atas bantuan mereka melancarkan majlisnya tidak putus-putus di bibir. Kemudian terus dia masuk ke dalam perut mini van kepunyaan Zahrain Alimin yang sedia menanti.

Rupanya semua sudah diatur dengan teliti. Zahrain dan geng kutu rayau akan menghantar pengantin baru ke KLIA.

“Sempatkah, Bang? Flight kita pukul berapa? Check-in? Passport ada? Visa perlu?” bertubi-tubi soalan dari Emmalyn.

“Em!” sergah Iman Fatihah, “just sit back and enjoy!”

“Abang Tareq, Em ni control freak. Setiap kali kami pergi merayau dia yang rancang semuanya, dari tiket kapal terbang atau keretapi, booking hotel, aktiviti. Pendek kata dari A to Z. Ha! Kali ini biarlah suami awak pula yang merancang."

Mencerlun mata Emmalyn memandang Iman Fatihah. Pet si mulut tempayan ni bukan boleh diharap, nanti entah apa-apa rahsia aku yang dia buraikan.

"Yalah, Em. Sit back and relax. I am 200% confident that Abang tareq will take care of you and the travel plans," sokong Nawwal Husna.

Apa lagi makin lebarlah senyuman pengantin lelaki, kena puji dengan kawan-kawan baik di hadapan isteri.

"Abang! Tadi Abang kata kalau Melin boleh siap dalam masa 20 minit, Abang akan bagi klu.... Bang... cakaplah Bang, kita nak honeymoon ke mana ini?"

(erk...dah pl 2 pg, sambung esok arr)


Wednesday 23 July 2014

Seteguh Fayqa - Cover!!

Alhamdulillah! Rezeki Ramadhan

SF adalah novel saya yang paling mencabar, maka bila ianya diterbitkan ada bittersweet feelings

Khabarnya, ada di pasaran pada 5 atau 6hb Ogos, bagus2 boleh beli pakai duit Raya

he he

p/s: happy dgn cover berlatarkan Cameron Highlands, my family has lots of sweet holiday memories there. Sekali pandang cam iras2 novel Syah Shah, bukan plagiat tetapi babak di CH ni lah yg readers sebut nak sebagai cover. Am just a people pleaser :)




Saturday 12 July 2014

Puppy Love (Bhg ke 2)

 Rasanya cerpen ini akan kekal dengan tajuk asal 'Puppy Love.' Baca dan bagi tau kpd sy, seswai tak tajuknya.

This part is especially for Lena Abdul & Amy Zainuddin.

Err..cerita belum habis tetapi dah ada gaya macam nak jadi cerpan (bukan cerpen). Niway, tak ada Bhg ke 3 ya, sebab saya nak hantar cerita ni ke sebuah penerbit. Mana tahu ada rezeki untuk dimasukkan ke dalam kompilasi cerpen sykt ini. Nanti kalau saya tulis sampai ending, tak boleh diterbitkan pula :)

Enjoyz!!

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 


“Abang? Abang mana pula ni? Tengok pun tak pernah. Bukan sepupu sepapat kami. Agaknya kawan Abang Yeh….. Lantaklah dia, Ne’a,” omel Siti Soleha sendirian di dapur, kepala masih terfikirkan lelaki yang makan semeja dengan abangnya.

Dalam rumah penuh dengan jemputan, di laman rumah penuh dengan jemputan.  Jawabnya Siti Soleha kembali memerukkan diri di dapur. Kalau ikutkan hati mahu dia masuk ke dalam bilik tidur dan kunci pintu sampai ke subuh esok. Itulah perkara pertama yang terlintas di benaknya bila dia melihat Azrul Fahmi  melangkah masuk ke dalam rumahnya beberapa minit sebelum azan maghrib tadi.

Memang Encik Bekas itu perasan bagus. Putus tunang ikut suka hati dia, lepas itu selamba badak pula datang rumah bekas tunang. Mukanya langsung tiada rasa bersalah, santai sahaja dia bersalaman dengan Papa dan Abang Yeh.  Dulu pun Siti Soleha bukan berkenan sangat dengan akauntan lulusan luar negara itu. Mama yang terlebih berkenan hendak buat menantu. Nak-nak pula Mama memang sudah berpuluh tahun mengenali Auntie Chah, mak Azrul Fahmi. Sepanjang setahun bertunang, Siti Soleha mendidik hatinya untuk menyayangi lelaki yang disangka bakal menjadi suaminya. Tup-tup, tiada angin, tiada ribut, Auntie Chah dan Uncle Jak datang ke rumah dan minta maaf, Azrul Fahmi sudah seminggu bernikah. And no… bukan bernikah di sempadan, tetapi bernikah di Johor Bharu, akad nikah di rumah pengantin perempuan.

“Kami terpaksa….. buat hantaran bagai…. Maruah keluarga kena jaga juga kan?” terang Auntie Chah dengan linangan air mata yang tak henti-henti.

Ha! Itulah kata kuncinya….. maruah! Azrul Fahmi buat dia bagai dia tidak bermaruah. Kalau barang di kedai pun, nak ambil, nak pulangkan kena beritahu tuannya. Kalau Azrul Fahmi tidak mahukan Siti Soleha, buatlah cara elok-elok, datang putuskan secara beradat dengan keluarga.

“Sudah dia lanyak maruah aku, eeeii selamba badak sahaja datang malam ni!” menyumpah-nyumpah mulut Ne’a.

Nasib baiklah pinggan mangkuk dan cawan piring kotor tak henti-henti dihantar masuk ke dapur. Ada alasan kukuh untuk Ne’a terus berada di dapur. Sekali lagi telefon Ne’a berkelip-kelip. Tangan dilap, telefon dicapai.

“Ceh! Abang Yeh ni, nak kopilah pula. Sekali sekala balik, banyak akal sungguh.”

Dengan abang sulung kesayangan, mulut membebel tetapi hati tak sampai hendak bantah. Tak sampai berapa minit, siap kopi seteko. Ne’a letakkan dia atas dulang kecil lalu ditatang keluar.

Baru dua langkah keluar dari pintu belakang, Encik Bekas datang menegur, “Berat teko tu, Ne’a. Biar Abang tolong bawakan.”

Terhenti langkah Ne’a, wajah Azrul Fahmi direnung dengan kening bertaut. “Biar betul mamat ini? Nak tolong bawa tekolah pula. Tolong belah, boleh?”

Bebelan cuma dalam hati. Tanpa sebarang kata, dulang kopi diserahkan kepada Encik Bekas. Ne’a patah balik ke dalam dapur, ambil beberapa biji cawan dan piring, susun di atas sebuah lagi dulang dan melangkah ke pintu belakang semula.

Eh! Ada lagi Encik Bekas berdiri tegak di luar pintu. Setia menunggu.

“Setia? Heh!” Ne’a cemuh dalam hati.

Mode bisu diteruskan, Ne’a melangkah ke arah meja abangnya di bawah khemah. Dulang berisi cawan dan piring diletakkan ke atas meja. Dulang berisi teko kopi pun tiba juga. Elok diletakkan ke atas meja, tukang bawa kopi pula selamba duduk di kerusi sebelah bakal-abang-ipar-tak-jadi. Bukan sahaja duduk tetapi wajah Ne’a direnung bagai pungguk merenung bulan.

“Ya Tuhan, berilah aku kesabaran agar aku tak simbah air kopi seteko ini ke atas kepala Encik Bekas ini,” sempat Ne’a berdoa. Mulut pula membebel, “Abang tu kan ada kopi,” bibir dijuihkan ke arah meja sebelah, ada teko besar di atasnya, “nak juga torture Ne’a bancuh kopi lagi.”

“Itu teh tariklah. Abang nak merasa kopi kaw Ne’a, bukan selalu dapat rasa. Berkira sangatlah Ne’a ni.” Selamba Elyas mengutuk adik sendiri.

Kopi dituang ke dalam cawan.  Belum sempat Ne’a hulur, Tetamu Misteri sudah ambil dan cicip kopi panas itu.

“Ne’a bancuhkah ni?” tanya Tetamu Misteri dengan senyum simpul.

Apa punya soalan da? Teringin Ne’a nak jawab, “Tak, Neelofa yang bancuh.” Tetapi didiamkan sahaja, tak ingin hendak jadi gadis sinis.

“Dah besar Ne’a. Dah pandai bancuh kopi,” terbit lagi komen-komen pelik Tetamu Misteri.

Eleh, setakat bancuh kopi pun nak puji? Pelik. Psiko ke dia ni? Lagi satu apahal panggil aku Ne’a, Ne’a ni? Jumpa pun tak pernah.

“Laaaa, Yad,” Elyas menyampuk, “Dah berbelas tahun kau tak jumpa Ne’a. Bancuh kopi dia pass, masak nasi lauk out!” Adik bongsu kena kutuk lagi. “Lima belas ke enam belas tahun? Kali terakhir kau datang rumah kami masa Tingkatan Satukan?”

Pernah datang rumah? Lima belas tahun dulu? Siapa dia ni? Berkerut dahi Ne’a cuba mengingatkan semula siapa Tetamu Misteri. Kawan sekampungkah atau kawan sesekolah? Kenapa Tetamu Misteri ini ingat sangat pada Ne’a, wal hal Ne’a tak ingat dia pun?

“Ha’ah, lepas tu kami pindah ke KL, aku tak pernah datang lagikan?” Tetamu Misteri mengiakan.

Tidak senang dengan sesi ‘Jejak Kasih’ bekas tunangnya dengan mamat-entah-dari-mana, Azrul Fahmi meminta kopi. Terpinga Ne’a seketika, dia sudah terlupa yang Encik Bekas turut duduk di meja yang sama. Kopi dituang tanpa sepatah kata.

“Dulu masa Abang datang main-main kat rumah Ne’a, Ne’a baru masuk taska. Comel bukan main, gigi depan rongak. Sekarang ni dah tak rongak tapi comel juga lagi.”

Komen-tak-diminta dari Tetamu Misteri disambut dengan tawa besar Elyas. Memang Ne’a kecil-kecil dahulu comel sangat-sangat. Mata sepet, hidung penyet, tapi comel.

“Dulu mulut macam bertih jagung, penat Abang nak melayan soalan-soalan ‘bernas’ Ne’a. Sekarang ni Abang tengok Ne’a berat mulut. Ne’a tak ingat nama Abang tapi Ne’a tak tanya pun,” Tetamu Misteri cuba memancing.

“Pastikah Ne’a boleh ingat nama Abang?” cabar Ne’a. Mamat ini boleh masuk kategori jejaka perasan macam Encik Bekas juga agaknya.

“Okey, Abang cuba,” senyum simpul di bibir sudah melebar. “Ingat tak masa Ne’a panjat pokok rambutan tu,” jari menuding ke arah pokok di sudut halaman, “lepas tu Ne’a tak berani nak turunkan? Ne’a jerit-jerit suruh Abang Ne’a panjat pokok tolong Ne’a turun, tapi Abang Ne’a tak mau. Dia ugut nak biarkan Ne’a atas pokok sampai Ayah Ne’a balik? Jadi Abang yang panjat pokok, tolong Ne’a turun.”

Blank. Dahi berkerut. Sejujurnya Ne’a tak ingat. Kecil-kecil dulu dia suka panjat pokokkah? Sudahnya Ne’a menjungkitkan kedua belah bahu, tak ingat!

Tidak mahu mengalah, Tetamu Misteri mencuba lagi, “How about this one? Ingat tak masa kita pergi ke sawah. Mak Ne’a tak kasi tapi Ne’a nak ikut juga. Masa menyeberang sungai guna titi batang kelapa, Ne’a jatuh ke dalam sungai? Abang yang terjun tolong Ne’a.”

“Dia melalak punyalah kuat. Wal hal air sungai tu dalamnya setakat pinggang saja,” komen selari Elyas sambil ketawa mengekek-ngekek.

“Iyalah setakat pinggang Abang, Abang besar tapi Ne’a kecil masa tu. Nasib baik tak lemas,” sakit hati Ne’a dengan komen Elyas, sedap mulut sahaja kutuk dia kaki melalak.

“Haaa…ingat pun Ne’a ….,” Tetamu Misteri tersenyum puas.

“Jatuh sungai Ne’a ingat. Siapa yang tolong, Ne’a tak ingat.”

“Ya Allah, mamat-perasan-nak-jadi-hero ni tarik Ne’a keluar dari sungai pun Ne’a tak ingat? Kalau tak ada dia, Ne’a dah jadi arwah tahu,” bunyi mulut-tak-de-insuran si abang.

“Choi, Abang ni,” kuat bahu abang ditampar. Geram.

“Okeylah, Abang tolong Ne’a ingatkan,” kata Elyas dengan senyuman nakal mula terukir di bibir, “Cuba jawab soalan ni. Kali pertama Ne’a tulis surat cinta, Ne’a hantar kat siapa?”

Surat cinta pertama? Surat cinta….. pertama! Laju mata Ne’a menuju ke raut wajah Tetamu Misteri. Mata bertembung, senyuman yang terpalit di bibir si dia, manis sungguh manis. Senyuman manis macam …..

Perlahan-lahan jari telunjuk dihalakan kepada Tetamu Misteri, teragak-agak mulut Ne’a menyebut, “A…… Abang……”
Dengan mata yang bersinar galak, dengan senyuman meleret-leret, si Tetamu Misteri sendiri menyambung, “…..Handsome!”

Terburai tawa besar Elyas dan temannya. Azrul Fahmi yang sedari tadi hanya menjadi penonton berasa jengkel kerana tidak tahu hujung pangkal jenaka Elyas dan temannya. Ne’a pula membahang rasa mukanya….

Oh no….. ini Abang…. Ei…..Eiyaad? Abang Eiyaad yang aku declare aku cinta kat satu family masa tadika dulu? Mak!! Maluuuuuuu!!!” jerit dalam hati sahajalah. Kalau jerit betul-betul, buat malu dengan tetamu-tetamu yang ada.

Buat kali kedua malam itu, Ne’a rasa macam hendak lari masuk ke dalam bilik tidur dan tak mahu keluar-keluar lagi. Tetapi melihat Eiyaad Abdul Aziz ketawa sehingga terhinggut-hinggut bahu, pesonanya kepada lelaki itu datang kembali. Dan Ne’a tersedar yang dia masih mengingati nama penuh lelaki kacak ini.

Tekak rasa kering. “Oit, tutup mulut, Ne’a, pandang lelaki sampai rahang jatuh ke tanah?” Mata terkulat-kulat, mulut ditutup.

“Ha! Ne’a dah ingat Abang, duduklah,” tetamu pula menjemput tuan rumah duduk. “Lama tak jumpa Ne’a, Abang teringin nak tahu apa perkembangan Ne’a sekarang.”

Perkembangan? Sesaat Ne’a menjeling kea rah Azrul Fahmi. Perkembangan terkini, saya dah jadi bekas tunang orang, Abang.

“Duduklah, Ne’a. Yad ni dari tadi bertanyakan Ne’a. Mana ‘budak kecik’ yang jatuh cinta kat aku tu, dia tanya,” tawa Elyas terburai lagi.

“Sadislah, Abang ni!” marah Ne’a, muka sudah mencuka.

Kerusi ditarik, lalu dia melabuhkan punggungnya. Kalau dia lari masuk ke dalam rumah, agaknya berbulan-bulan dia akan jadi bahan jenaka abangnya. Sekarang ini, dia perlu duduk di hadapan puppy love-nya dan bertahan, bertahan, bertahan dengan usikan abang. Dengan cara ini, moga-moga usikan Abang hanya semalam ini sahaja.

“Sadis? Ne’a tu yang sadis. Kecil-kecil dulu asyik torture Yad saja. Mana Yad pergi, nak ikut. Kalau orang tak bagi ikut, mulalah melalak. Mak pening kepala dengar Ne’a melalak, Yad pun kena paksa bawa Ne’a. Sampai nak pergi tengok wayang pun kena bawa Ne’a. Spoil sungguh. Orang nak tengok cerita action, aleh-aleh kena tengok cerita kartun,” panjang Elyas membebel.

“Bisinglah Abang ni! Bukan Abang yang tengok kartun, Abang tengok cerita action tu dengan kawan-kawan yang lain. Abang Eiyaad yang temankan Ne’a tengok kartun,” bersungguh-sungguh Ne’a mempertahankan diri.

Baru sahaja Elyas mahu membalas serangan kata adiknya, isterinya muncul, “Abang, tolong ambil tin susu Fana dalam kereta. Siang tadi Min lupa nak bawa masuk ke rumah. Kunci kereta dengan Abang kan?”

Elyas, si suami mithali segera bangun dan melangkah ke arah kereta, “Baik-baik kau duduk dengan dia, Yad. Nanti entah apa-apalah dia torture kau lagi.” Tawa besarnya mengiringi langkah kaki.

Ne’a mencemikkan mukanya kepada Elyas. Geram betul! Kalau nak mengusik tu bukan dia kira. Ada Encik Bekaskah, ada Abang Handsomekah, Abang Yeh apa peduli! Sudah ketap gigi, sudah kerut muka, baru Ne’a sedar mata Abang Handsome masih melekap di wajahnya. Allah! Malu!!


Dengan senyuman tak putus-putus di bibir, Eiyaad bertanya, “Eh, Ne'a ingat tak tahun bila kita pergi tengok wayang cerita kartun tu? Dah lama kita tak pergi datingkan?”