Wednesday, 15 May 2013

Seteguh Fayqa Bab 25


Janji dicapati. Readers dibahulukan. Wa ka ka.

Saya nak minta maaf sebab dah lama tak jawab komen anda di blog ini. Internet kat rumah rosak. Kat ofis pula bz, asyik berlari2 anak. Bak kata M Nasir "ke sana ke sini, berlari-lari kecil..." (lagu Raikan Cinta bagi yg tak tahu)

Menurut teori penulis citer Hanina Abdullah, bab 25 ini termasuk dalam bab2 graf turun. Sebab bab2 semua tak boleh graf naik all the time, nanti yg baca boleh kena darah tinggi. Konon!!

Papepun... inilah dia!

Hmm Bab 26, jeneral sengal kidnap Pekah lagi, ke mana pula kali ini? Ke tanah tinggi ke atau ke tanah rendah? Bila Bab 26 nak naik? Tak tau sebab kalendar saya fenuh minggu depan. Nanti janji tak dicapati pula.





 Bab 25



Pintu butiknya dibuka, Dzalia mengangkat kepala. Tersungging senyuman sinis bila melihat siapa tetamunya tengahari itu.

Dalam hati terdetik juga, “Well, well, look who do we have here?” tetapi dek kerana sudah arif dengan perangai abangnya, lebih baik jangan diusik singa jantan seekor ini.

“Abang! Wah, dah lama abang tak datang ke sini. Dah lunch belum?” bertanya buat memaniskan mulut, walhal sudah tahu benar apa tujuan abangnya datang pada waktu makan tengahari begini.

“Belum lunch. Ada jumpa client kat sini tadi, itu yang abang singgah,” mulut menjawab, mata melilau-lilau. Dzalia yang tahu siapa yang dicari abangnya menyembunyikan senyuman.

“Eh, Yaya pun belum lunch. Hmm, bolehlah pow Abang hari ni,” usik si adik, sekali sekala kenakan si abang, memang syok!

“No problem. Jomlah,” ajak si abang, “err... ajaklah Fayqa sekali.”

Bingo!! jerit Dzalia di dalam hati. Bibirnya digumamkan, menahan tawa. Biar abangnya tidak tahu yang dia sudah tahu. Semalam sibuk Mushrifah menelefonnya bertanyakan di mana abang. Bila dia menghantar mesej melalui Facebook kepada abangnya, jawapan si abang ringkas sahaja, “Cuti rehat.” Tapi apa yang si abang tidak sedar, mesej jawapannya itu memaklumkan Dzalia yang ianya dihantar dari Cameron Highlands. Beberapa jam selepas itu, Fayqa pula menghantarkan SMS minta cuti rehat. Hmm... bak lirik lagu yang popular itu, suratan atau kebetulan? Balik Fayqa petang semalam, dipasangnya serkap jarang, tanyakan Fayqa tentang strawberi coklat. Wah!! bukan main merah muka gadis itu dan entah apa-apa jawapan merepek yang diberikan.

Meleret-leret senyuman Dzalia mengingatkan kerenah Fayqa semalam, “Sekejap, Yaya nak simpan buku tempahan ni dan nak ambil beg tangan.” Sengaja dia mengemas barang-barang di atas mejanya perlahan-lahan.

“Err.... Yaya, Fayqa mana? Ajaklah dia lunch sekali dengan kita” gelabah sekali Dzariff membuka mulut, bimbang jika adiknya tahu yang dia malu tapi mahu.

“Fayqa?” Dzalia pura-pura bagai baru terdengar permintaan si abang, “laaaa, dia keluar makan dengan Abang Iz. Baaaaru kejap tadi keluar. Lima minit ada kut.” Suci betul lakonan si adik.

“Oh,” itu sahaja respon Dzariff, nampak sangat kecewa.

Kasihan pula Dzalia melihat abangnya. Jahatnya aku ni, ada juga rasa insaf di hati. Aduhai abang.... dah gila bayangkah?

“Semalam Abang Iz ajak dia lunch, tapi last minute Fayqa cancel. Cuti nak berehat kata Fayqa. Sebab tu tunda lunch ke hari ini,” walau pun insaf, masih lagi seronok mengusik abang.

“Oh... dia cuti semalam,” komen kosong Dzariff, mata mengelak ke lain.

“Haah! Macam abang kan?” balas Dzalia dengan mata berkelip-kelip, geli hati Tuhan sahaja yang mengetahui.

“Biarlah dia cuti, bukan pernah dia cuti pun sejak kerja dengan Yaya kan?”

Chewah-chewah, sokong si Pekah nampak! Siap tahu pula si dia tidak pernah cuti. Sesuatu sungguh! Ulas bibir bawah diketap, memang dah nak terhambur gelak Dzalia.

“Haah, dia saaaaama macam abang, workaholic. Cuti rehat pun sama hari pulak tu,” usikan terakhir sebelum melangkah keluar dari butik.

Tadi bila ditanya mahu makan apa, Fayqa menjawab, “Ikut suka Abanglah.” Dan nampak sangat Khairul Izwan berbesar hati sungguh apabila si adik tiri memanggilnya abang buat pertama kali. Bersyukur kerana si adik tiri nampaknya sudah lembut hati. All thanks to Dzalia, bersungguh-sungguh membantunya merapatkan hubungan mereka adik beradik.

Si adik tiri dibawa ke restoran China halal berdekatan. Dek kerana harga makanannya yang mahal, restoran ini tidaklah sesak benar pada waktu makan tengahari begini. Makan soal kedua, persoalan pokoknya mahu memenuhi permintaan bapa yang sakit terdampar di katil, mahukan mereka adik beradik berbaik-baik.

“Lara suka makan dim sum?” tanya si abang tiri yang prihatin.

“Tak pernah makan, Bang. Ini kali pertama,” polos Fayqa menjawab.

“Lara cuba ya. Abang pesan yang stim sahaja. Lebih sihat dari yang bergoreng.”

“Boleh,” mata Fayqa sudah meneliti bakul-bakul kecil yang dihidangkan di hadapannya. Minatnya terhadap perniagaan makanan, semua makanan gemar dibelek dan dikaji.

Sebakul kecil berisi beberapa ketul dim sum didekatkan ke pinggan kecil Fayqa, “Ini isinya udang. Cicah dengan sos sambal sikit, sedap.”

Akur Fayqa menurut nasihat abang tirinya, “Mmm, sedap sungguh.”

Melebar senyuman Khairul Izwan. Lara ini tidak banyak kerenah orangnya, tapi hatinya keras, ya ampun!

“Malam ini Mama Raudhah ajak Lara makan di rumah,” Khairul Izwan membuka bicara.

“Hmm, seganlah saya nak balik lewat ke rumah Hajjah Azimah. Nanti rasa macam buat rumah dia macam hotel saja,” balas Fayqa yang sebenarnya belum bersedia untuk bersua muka dengan 'keluarga besar' Dato Ishaq.

“Abang ajak Dzalia datang sekali. Dia dah setuju, katanya nanti dia telefon mak dia,” nampaknya Khairul Izwan sudah buat persediaan awal.

“Abang....,” berjeda sebentar Fayqa untuk menyusun kata agar abang tirinya tidak terasa hati, “saya rasa saya belum bersedia...”

“Abang, Mama Raudhah dan Papa Shaq pun tak mahu memaksa. Perasaan kasih sayang ini tidak boleh dipaksa.... tapi boleh dipupuk. Kami tak harap Lara boleh rasa sayang pada kami. Cukuplah kalau Lara mahu berziarah sekali sekala, tentu Papa Shaq, Mama Raudhah dan Mama Fizah suka,” lembut jejaka kacak bergaya itu memujuk si adik tiri.

“Saya minta maaf, Bang. Bukan niat saya untuk menyombong tapi saya rasa....,” susah sungguh mahu berkongsi rasa dengan orang yang masih asing dengannya.

“Take it one step at a time? Mula-mula datanglah ziarah kami sebulan sekali, nanti kalau Lara rasa sudah selesa, boleh datang lebih kerap. Whatever the pace is, you decide. Tapi mulakanlah langkah pertamanya dulu. Boleh, Lara?”

Kalau sehingga begitu pujukan si abang tiri, apa lagi yang boleh Lara katakan?



Makan malam di rumah Haji Dzulqarnain malam itu sepi sekali, yang ada hanya Hajjah Azimah, Dzariff dan Dzureen. Haji Dzulqarnain ke Kedah atas urusan perniagaan.

“Yaya dan Fayqa mana, Ummi?” itu soalan pertama Dzariff apabila duduk untuk makan malam.

“Mereka makan malam di rumah bapa tiri Fayqa,” Dzureen pula yang menjawab. Wajahnya masam, berkecil hati dengan kakak yang tidak mengajaknya bersama ke rumah jejaka Idaman Malaya a.k.a. Khairul Izwan.

“Eloklah Dzalia tolong rapatkan Fayqa dengan keluarganya. Fayqa tu serba serbi bagus, cuma bab terasa hati dengan Mamanya tu yang kurang manis. Dulu di sekolah menengah, fahamlah kalau dia merajuk. Sekarang sudah besar panjang, dia pulalah yang kena faham,” panjang ulasan Hajjah Azimah.

“Ummi, Fayqa dengan abang tirinya, Khairul Izwan, bukan mahramkan?” tup-tup soalan itu pula yang terbit dari mulut Dzureen.

“Iyelah, jelas sangat bukan mahram,” hairan Hajjah Azimah dengan soalan Dzureen.

Hmm, aku ni ada peluang ke? fikir Dzureen. Nak bersaing dengan Kak Yaya lagi, Fayqa lagi. Hmm, tipis rasanya. Hai, beratnya jodoh aku...

“Kenapa Dzureen?” soal ibu bila melihat si anak hanya menguis-nguis nasi di dalam pinggan.

“Tak, Yin terfikir, entah-entah Fayqa tu bertemu jodoh pula dengan anak bapa tirinya...”

“Eh! Sampai ke situ pula budak ni fikir!”

“Ummi, tak mustahil tahu! Abang Iz tu dahlah segak, bergaya, ada harta,” hujah Dzureen untuk menyokong pendapatnya.

“Jodoh ini kerja Tuhan. Ada jodoh, adalah. Sudahlah tu, makan sajalah. Nak fikir hal jodoh orang pula,” nasihat Hajjah Azimah.

“Tak adalah, Ummi. Yin terfikir saja....”

Si abang yang tekun menyuap nasi pun terfikir juga.....



Usai makan malam dan berkemas meja makan, Hajjah Azimah anak beranak naik ke tingkat atas untuk solat Isya dan bersiap untuk tidur. Dzariff pula selepas solat Isya turun semula ke ruang tamu dan melayari internet. Bukan tidak boleh melayari internet di bilik tidur, malah lebih selesa di sana. Cuma seharian semalam bersama dengan gadis yang dipanggilnya Faye, hari ini pula sehingga malam tidak melihat wajah itu, Dzariff tidak senang duduk.

Jam sepuluh setengah malam, kedengaran enjin kereta di laman hadapan rumah. Pintu depan dibuka, Fayqa masuk dan terus menonong-nonong berjalan masuk ke dalam bilik tidurnya bersebelahan dengan dapur. Dzariff yang setia menunggu sedari tadi terkebil-kebil melihat tingkah laku Fayqa. Tiada salam, tiada bertanya khabar.

Kemudian masuk pula Dzalia, tersenyum simpul melihat abang yang sedang menanti di ruang tamu, “Assalamualaikum. Eh! Kenapa belum tidur, Abang?”

“Waalaikumsalam. Awal lagi ni. Macam mana Fayqa dengan Mama dan keluarga tirinya?”

Amboi! Prihatinnya Abang aku ni, Dzali menyindir dalam hati. Oi! Tak berani nak sindir depan-depan, nanti keluar bapa singa!

“Better than we expected!” jawab Dzalia berterus-terang.

“We?” terjungkit sebelah kening Dzariff.

Reti pula si adik tersipu! Giliran si abang menyindir.

“Alah, bukan Abang tak tahu. Yaya dengan Abang Iz yang rancang semua ni.”

Abang Iz! Abang Iz! Abang Iz! Abang Iz! Sabar sajalah, pujuk hati Dzariff.

Mulut mengulangi kata-kata Dzalia, “Better that you expected?”

“Haah, dia tak bercakap banyak, tunduk saja. Tapi Abang Iz satu family suka sangat yang dia sudi datang. Mama Pekah jangan sebutlah, berseri-seri muka...”

Pot-pet, pot-pet Dzalia bercerita, semuanya dihadam dengan cermat oleh Dzariff.

Ayat penyudah Dzalia membuat dia tersentak, “Jadi sekarang kami nak mulakan fasa kedua projek kami.”

“Fasa kedua?”

“Fasa pertama, ice breaker. Fasa kedua, Abang Iz nak tawan hati Pekah!”

Dzariff yang mendengar, menelan air liur. 'Abang Iz nak tawan hati Pekah?' bukan 'Abang Iz sekeluarga nak tawan hati Pekah?'  

Saturday, 11 May 2013

Seteguh Fayqa Bab 24


Maaf ye, ramai yang ngadu SF bab 24 ini lambat sangat dinaikkan. Begitulah keadaannya penulis separuh masa...hope you all will understand.

Rasanya SF tinggal lagi dua bab sahaja lagi di blog. Lepas tu saya perlu siapkan manuskripnya. Bila nak terbit? Tak tau, belum bincang apa-apa pun. Bila nak siap manuskripnya? Ooo rasanya lambat. Apa2 pun saya akan cuba siapkan sebelum hujung tahun ini ye.

Dan kali ini ada lagi...er.... krim! Apa boleh buat krim dan penulisan saya macam tak boleh dipisahkan. Nasib baik di alam realiti tak ada pula krim2 ni :)




Bab 24



Jam enam pagi, pintu bilik Fayqa diketuk. Fayqa membuka pintu dengan telekung masih di tubuh.

“Cepat siap, pergi ambil Kancil,” arah si jeneral.

Awalnya mamat ni hendak ke pejabat, hairan Fayqa, “Sarapan tak siap lagi,” jawabnya.

“Yaya, Yin ada. Sekali sekala biar diaorang yang masak. Lima minit.”

Pintu ditutup dengan dengusan. Kalau semalam Kancil itu dipandu balik kan senang. Ini subuh-subuh buta kena pergi ambil, hati yang panas dipujuk supaya bersabar. Serius Fayqa menimbang-nimbang untuk berpindah ke rumah bapa tirinya.

Masuk ke dalam CRV Dzariff, tidak sampai sepuluh minit, Fayqa sudah terlena. Dzariff pula sambil memandu, wajah gadis disebelahnya dijeling-jeling. Jelas nampak letih, tidak dapat tidur semalam agaknya. Selepas pulang dari 'menjemputnya' semalam, sempat Dzariff bersoal jawab dengan Dzalia. Mendengar cerita Dzalia, Dzariff berasa hairan. Budak ni tidak faham soal jodohkah? Apa salah Mamanya berkahwin lagi kalau dapat berlindung dengan suami barunya? Tambahan pula Mamanya sebatang kara di Semenanjung. Dasar budak keras kepala!!

Semasa CRV Dzariff mendaki kawasan tanah tinggi melalui jalan yang berliku-liku, sedikit pun Fayqa tidak sedar. Siap berdengkur lagi. Perut Dzariff sudah berkeriut-keriut, sudah hampir tiga jam CRVnya meninggalkan kotaraya. Melihat gerai makan di pekan Tanah Rata, keretanya dihentikan. Berjalan secara impromtu begini, hentam sajalah. Untung sabut, makanannya sedap. Enjin kereta dimatikan, wajah letih Fayqa direnung. Melihatkan wajah letih gadis itu, nak dikejutkan pun rasa kasihan. Tapi kalau perut tidak diisi bagaimana gadis itu mahu 'sort out her thoughts'?

“Fayqa,” bahu Fayqa dicuit.

Langsung tiada respon.

“Fayqa,” bahu gadis itu ditepuk pula.

Tersentak Fayqa dari tidur yang lena. Biliknya disebelah dapur Hajjah Azimah mana ada alat penghawa dingin. Maka tidur dalam kereta Dzariff enak sekali. Eh!.....Dzariff? Si sengal? Aku tidur dalam kereta si sengal?!! Kelam kabut Fayqa bangun, baru dia tersedar yang kerusi penumpang yang dia duduk sudah ditolak sehingga hampir menjadi horizontal. Tangannya meraba-raba tudung di kepala, entah macam mana rupa aku, fikirnya. Cermin di visor kereta di turunkan, mukanya ditelek. Astaghafirullahilazim, siap ada air liur basi. Matanya laju beralih ke tempat duduk penumpang, tempat di mana dia merebahkan kepalanya tadi. Euww... ada tompokan air...

Mata Fayqa dan Dzariff bertembung, cepat-cepat Fayqa larikan ke luar. Ya Allah!! malunya, tertidur dalam kereta dia sampai meleleh air liur! Mata masih tertancap ke luar, tangan kanan mengelap air liur di bibir, tangan kiri mengelap air liur di tempat duduk dengan lengan baju. Dzariff di sebelah menelan senyum.

Beberapa detik memandang ke luar baru Fayqa tersedar, eh! kat mana aku ni? Ini bukan Taman Metropolitan!

“Ini mana ni? Kata nak ambil Kancil kat Taman Metropolitan?” mata terbeliak memandang Dzariff.

“Tanah Rata.”

“Yelah, tanah di sini rata. Tapi di mana kita ni?” nada suara sudah hilang sabar dengan si sengal.

“Tanah Rata, Cameron Highlands.”

“Ca...ca...ca...,” tergagap-gagap mulut Fayqa. Ish, pening! “Bila... macam mana...?”

“Awak tidur macam batang kayu, mana nak sedar. Dah, jom sarapan, saya lapar sangat,” sehelai jaket dicampakkan ke riba Fayqa, pintu kereta dibuka dan Dzariff melangkah keluar.

Dengan kepala yang masih bingung, Fayqa terkebil-kebil memandang Dzariff yang sudah duduk di kerusi gerai makan. Dia sengal, aku pun ikut jadi sengal! Belum habis terkebil-kebil, perut pulak berkeriut. Baru Fayqa tersedar, semalam dia tidak makan apa-apa pun dek kerana kepalanya yang berserabut. Cepat-cepat tisu dikeluarkan dari beg sandang, dilap muka, dikeluarkan bedak dan lip gloss, mukanya disolek nipis seperti biasa. Jaket Dzariff disarungkan ke badan lalu Fayqa turut melangkah keluar.

Tiba di meja, si jeneral sengal sudah pun mula makan. Ish, tak tunggu orang, memang tak gentleman langsung.

“Duduklah, saya lapar, belum sarapan,” kata Dzariff tanpa mengangkat muka.

Nasi lemak yang dipesan Dzariff nampak enak sekali, perutnya pun tidak henti-henti berkeroncong. Tanpa komen, Fayqa duduk dan makan. Dzariff yang habis makan dulu, merenung gadis yang duduk dihadapannya makan begitu bersemangat sekali. Laparlah tu, entah makan, entah tidak semalam.

Licin nasi lemak sepinggan, baru Fayqa mengangkat muka, “Tambah?” tanya Dzariff.

Melihat Fayqa mengangguk, Dzariff memesan sepinggan nasi lemak lagi. Pun dibelasah licin oleh Fayqa.

Sambil memerhatikan Fayqa makan, terlintas di hati Dzariff, “Dia ni memang tak reti control cun. Hmmm.... elok juga, tak hipokrit.”

Habis pinggan kedua nasi lemak dan kopi secawan, barulah Fayqa membuka mulut, “Kita buat apa datang ke Cameron Highlands ni?” Matanya tepat merenung mata Dzariff.

“Semalam kan awak kata awak nak “sort out your thoughts”? Tempat tenang macam ni, barulah sesuai nak “sort out your thoughts.” Ini pergi berfikir kat tempat gelap, sunyi, berbahaya. Bukan dapat menyelesaikan masalah, lagi menjemput masalah sebenarnya,” panjang khutbah si jeneral.

Ringan lidah Fayqa nak menjawab, awak apa peduli? Tapi bila difikirkan sekali lagi, sudah sampai pun ke sini. Takkan nak marah-marah suruh si sengal bawa balik ke KL. Tiga jam tu!! Alang-alang ada di sini, bak kata si jeneral... gunakan peluang ini untuk fikir habis-habisan.

“Saya kerja hari ni...” lemah saja alasan diberi.

“Telefon saja bos awak, minta cuti. Kalau awak nak, biar saya yang telefon.”

“Eh, tak pe, tak pe, saya boleh telefon sendiri,” kelam kabut Fayqa menghalang.

Ish, kalau abang bos telefon bos, nanti tentu bos tanya, apa abang buat dengan Fayqa kat Cameron Highlands tu? Malu Fayqa dengan Hajjah Azimah sekeluarga pasal dia peluk Dzariff hari tu pun belum habis lagi. Nanti dia sendiri sahaja yang telefon Dzalia, cakap sajalah nak cuti. Sejak bekerja dengan Dzalia, Fayqa mana pernah bercuti. Takkan cuti sehari pun tak boleh.

“Tapi... semalam saya dah janji nak jumpa Abang Iz...” nak bawa orang pergi entah mana-mana, tak bagi tau dulu, kan dah susah?

Abang Iz? Oh, panggil Abang sekarang ya, fikir Dzarif. Hati macam terkilan, tapi diri sendiri pun tak jelas kenapa.

“Habis, awak nak balik sekarang? Pukul sembilan lebih ni, kalau kita bertolak sekarang, sempat lagi awak nak keluar makan dengan 'abang' awak tu.” Ajak betul ke perli ni?

Sedetik dua terdiam juga Fayqa, bagai menimbang-nimbang keputusan, akhirnya, “Tak apalah, nanti saya hantar mesej, lunch esok saja.”

“Jom!” kata Dzariff, terus bangun dan pergi membayar duit sarapan kepada tauke gerai.

“Nak ke mana?” tanya Fayqa yang mengikut dari belakang.

Soalan Fayqa tidak dijawab, Dzariff masuk ke dalam kereta, Fayqa mengikut sahaja. Kereta dipandu mendaki jalan yang curam dan sempit. Fayqa yang sudah lama tidak berjalan ke mana-mana, mengambil peluang mencuci mata dengan pemandangan yang indah. Terbuai perasaan dibuatnya. Ini kali kedua dia ke Cameron Highlands. Kali pertama dulu dengan Papa dan Mama, masa itu dia kecil lagi. Seronoknya Papa bawa jalan-jalan, ke ladang strawberi, ladang teh dan ladang bunga. Tanpa disedari setitis air mata berlinangan di pipi.

“Papa! Sampai bila-bila pun, Papa tetap dalam hati Fayqa!” rintih Fayqa.

Fayqa masih lagi berulit dengan kenangan Papanya bila kereta Dzariff berhenti di parkir sebuah kafe. Oh! Kafe di ladang teh rupanya. Menjejak kaki ke tanah, redup mata Fayqa memandang ladang teh yang hijau terbentang beralun-alun berbukit-bukit. Nafas di tarik dalam-dalam, oh! oksigen segar! Kepala pun terasa ringan. Hm, bagus juga rancangan si sengal ini, datang ke Cameron Highlands untuk merungkaikan kekusutan di minda.

Sebut si sengal, mana dia? Entah ke mana menghilang mamat tu. Memang patut dipanggil sengal pun. Nak ajak berjalan, tak bagi tau orang. Makan, tak tunggu orang. Lesap entah ke mana, bukan peduli orang. Kaw-kaw Fayqa mengutuk Dzariff dalam hati.

“Lantaklah dia, kalau dia tinggalkan aku di sini pun, aku reti cari jalan balik,” dengus si awek brutal, lalu terus merayau ke ladang teh.

Kaki dilangkah di celah-celah rimbunan pokok teh yang tumbuh merenek. Penat berjalan, punggung dilabuhkan ke atas seketul batu besar yang licin. Telefonnya dikeluarkan. Oh! Nasib baik ada signal. Sebuah sms dihantar kepada bos, minta cuti satu hari. Juga meminta bos memaklumkan kepada abang tiri meminta temu janji hari ini ditangguhkan ke esok.

Siap hantar sms, pandangan mata ditebarkan ke seluruh ladang. Masa untuk berfikir. Patutkah dia menerima Dato Ishaq sebagai pengganti Papa? Perlukah dia berpindah ke rumah bapa tirinya? Berabangkan Khairul Izwan, berkakakkan Khairul Izzati? Urrgh!! Mission impossible.... Tinggal di rumah bapa tirinya, dia akan terasa seperti orang asing. Dia lebih mesra dengan Dzalia dan Dzureen jika dibandingkan dengan Izzati. Dua pilihan sahaja yang ada, terus menumpang di rumah keluarga Dzahim atau tinggal di rumah sewa. Serius! Dia tidak akan selesa tinggal di rumah Dato Ishaq.

Nak anggap Dato Ishaq sebagai bapa? Mission most impossible.... itu yang sejujur-jujurnya. Akan terasa bagai dia belot kepada Papanya, tiada siapa yang dapat menggantikan tempat Papa! Habis? Back to square one juga? Status quo? Fayqa lebih selesa hidup seperti biasa....tapi...dia teringat pula permintaan Auntie Raudhah: anggap keluarga Dato Ishaq seperti keluarganya sendiri. Dan Mama …. dengan matanya yang bagai merayu-rayu mahukan hubungan mereka berdua balik seperti dahulu kala, sebelum Papa pergi.... Air matanya berlinangan lagi.....

Berbolak-balik perasaan Fayqa, terasa ingin korbankan perasaannya demi kebahagiaan Mama, juga terasa ingin menjadi dirinya sendiri yang tidak betah untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Dato Ishaq.

Fayqa sendiri tidak sedar berapa lama dia termenung di tengah-tengah ladang teh itu. Tahu-tahu sahaja, muncul si sengal! Fikirannya masih kusut, lalu jeneral sengal di hadapan tidak dihiraukan.

“Jom makan,” perintah sudah keluar.

“Tadikan baru saja makan,” bibirnya sudah muncung, kacau betul si sengal ini.

“Cik Fayqa, sekarang sudah pukul dua belas lebih, tahu?”

Hah? Dua jam lebih termenung di tengah ladang ini? Masalah tidak juga selesai. Nafas dilepaskan seakan mengeluh.

“Kenapa? Belum habis “sorting out your thoughts”?

Bukan main berlagak soalan mamat ni, dengus Fayqa dalam hati. Si mamat berlagak dijeling tajam. Timbul sengih kecil di bibir Dzariff, comel betul awek brutal ni bila dia menjeling.

“Awak jangan nak persendakan masalah saya,” balas Fayqa dengan nada orang berjauh hati, “memanglah masalah saya tak melibatkan untung rugi ribu riban macam masalah awak. Tapi cukup perit bagi saya tahu.”

“Dan awak pula jangan nak tuduh saya,” tiada pula nada orang berjauh hati, hanya nada mendatar biasa si sengal, “bila pula saya persendakan masalah awak.”

“Tak payah awak guna kata-kata, nada suara awak tu pun dah jelas,” masalah yang ada belum selesai, nak cari pasal dengan si sengal pula.

“Nada suara apa?” lembut suara Dzariff kali ini.

“Tu..tu...cara awak cakap tu...,” sambil menyebut 'tu', bibir semakin muncung.

Mulut ditutup, bahu diangkat, tangan menadah langit, Dzariff bagai bertanya, “Apa?”

“Tu...tu...cara awak senyum tu....,” sekali lagi bibir menjadi muncung bila menyebut 'tu.'

Sengihan Dzariff semakin lebar melihat tuan bibir muncung yang comel.

“Hai, senyum pun salah?”

“Senyum perli!”

“Mana ada?”

“Awak tu selalu ingat awak lebih bagus dari semua orang, sindrom anak sulung!”

“Awak tu selalu ingat awaklah yang paling penting, masalah awaklah yang paling besar, sindrom anak tunggal!”

Tangan berpeluk tubuh, kening berkerut, bibir muncung, tajam Fayqa merenung Dzariff. Hampir terburai ketawa Dzariff, cepat-cepat ditahan kerana dia tahu tawanya bakal mengundang amarah si gadis. Akhirnya yang tinggal adalah senyuman yang meleret-leret. Gatal saja tangan Dzariff ingin mengambil gambar gadis comel di hadapannya.

Fayqa pula, kening berkerut kini terjungkit ke atas, dari bibir yang muncung kini dagunya terjatuh ke bawah, terlongo...... melihat lesung pipit di kiri kanan pipi sang jejaka di hadapannya. Whoa! Si sengal ada lesung pipit?!

Dzariff yang sedang menahan ketawa menjadi kehairanan. Apa kena si awek brutal ini? Rupa macam orang nampak makhluk asing pula? Pelik sungguh perangai orang perempuan. Sah PMS ini!

“Hello! Are you okay?” tanya Dzariff, tangan digawang-gawang di hadapan muka Fayqa.

Terkebil-kebil Fayqa jadinya. Dia ada lesung pipit? Kiri kanan? Macam mana aku tak pernah perasan pun? Dan bila muncul lesung pipit yang sepasang itu, mukanya jadi lain sungguh! Jadi....manis! Bukan manis macam aww! manis, tapi manis yang …. macho.

Tanpa dari jari telunjuknya menggaru-garu kening kiri. Otak pula berfikir ada ke konsep manis macho? Atau... macho manis?

Snap! Snap! Jari dipetik di hadapan muka Fayqa. “Earth to Fayqa.... calling Fayqa!”

“Earth to Fayqa?” ungkapan Dzariff diulangi penuh kehairanan.

“Awak ni kenapa?” hairan sungguh Dzariff.

“Awak kata 'Earth to Fayqa'........”

“So?”

“Awak tahu buat lawak?” sehabis punya polos soalan dari si gadis.

“Cik Fayqa Lara Lyana, in case if you don't know, macam-macam benda yang saya tahu buat,” sudah keluar nada suara mendatar, bagai orang kebosanan.

Sambil bercakap, tangan dimasukkan ke dalam poket belakang jeans, menonjolkan dadanya yang bidang bersalutkan T-shirt berlengan pendek nipis. Dagu Fayqa jatuh sekali lagi! Dada dia yang tough ini pun aku tak pernah perasan....

Snap! Snap! “Awak ni dah sampai ke bulan ke?”

Tersedar si gadis yang dia merenung dada anak teruna orang, liur ditelan, “Err... awak pakai T-shirt nipis macam ni, tak sejukkah?” Bagus punya cover line!

“Ah, sejuk Cameron Highlands, tak adalah sesejuk mana,” sekali lagi keluar suara mendatarnya, “Dah! Jom makan!” Lalu si jeneral terus menapak ke arah kafe.

“Drop dead dimples, biceps to die for, tapi sengal tetap sengal. Tak gentleman langsung, ditinggalnya aku kat belakang. Nak ikut ke tidak, nasib engkaulah!” membebel-bebel mulut Fayqa.

Tiba di kaunter kafe, Dzariff mengambil sandwic, manakala Fayqa mengambil pai ayam. Seteko teh pic dipesan dan Dzariff membuat bayaran. Talam berisi makanan ditatang Fayqa, talam berisi teko teh panas dan cawan ditatang Dzariff ke arah meja di tepi anjung yang menyajikan panorama indah ladang teh yang menghijau. Juadah dinikmati tanpa apa kata-kata. Mulut mengunyah, mata ralit memandang panorama indah di luar. Habis pai ayam seketul dan teh pic secawan, Fayqa melepaskan nafas yang panjang.

“Tak baik mengeluh,” si jeneral yang tidak bosan-bosan memberikan nasihat.

“Bukan mengeluh. Di sini damai sungguh, sayang nak tinggalkan.”

“Boleh datang lagi....” bagai memujuk.

“Dengan awak?” terlintas di hati tapi tidak tertanya di mulut. Hisy, macam perempuan gatal nak ajak datang lagi.

“Kejap,” kata Dzariff lalu pergi entah ke mana.

Macam ni lah, ikut suka selamba badak dia, bukan nak cakap nak ke mana, bebel Fayqa dalam hati.

Tidak lama pun, Dzariff kembali menatang sebuah lagi dulang kecil lalu diletakkan di atas meja. Skon dan krim.

“Dah kenyang....” protes Fayqa.

“Cubalah sikit,” kata Dzariff.

Wah macam pujuk buah hati je ni, terlintas di minda Fayqa. Mata memandang Dzariff yang mengambil sebiji skon, lalu dibelah dua secara melintang, disapu jem strawberi dan diletakkan krim menimbun-nimbun di atasnya. Skon bersapu jem dan krim disuakan kepada Fayqa. Bagai dipukau, skon disambut dan disuakan ke mulut, gigit sedikit dan kunyah. Setiap aksi Fayqa diperhatikan Dzariff.

“Sedapkan?” tanya sang jejaka sambil tersenyum.

Whoa! Those dimples! Terhenti jantung Fayqa sedetik, tekak tiba-tiba terasa kering. Liur ditelan, terlupa skon dalam mulut, tersedak-sedak jadinya. Cepat-cepat Dzariff tuangkan teh ke dalam cawan Fayqa dan dihulurkan kepadanya.

“Sedap sangatkah sampai tersedak-sedak?” tanya Dzariff sambil tersengih, lucu pula awek brutal sorang ni.

“Manis,” jawab Fayqa, kemudian baru tersedar. Cepat-cepat bibinya digigit, takut terlajak cakap lagi, haish!

“Manis? Iyelah ada jem tu. Jap saya cuba.”

Skon dalam piringnya dibelah dua melintang, disapu jem dan dilunggokkan krim. Dzariff menggigit skon di tangan, giliran Fayqa pula memandang tanpa berkelip mata.

“Hmm, manis...lemak..., not bad, huh?”

“Hmm,” Fayqa mengangguk, “not bad at all.”

Habis makan, mereka melangkah ke kereta. Dalam hati, Fayqa membebel kepada diri sendiri. Datang ke sini, kononnya nak “sort out my thoughts” …. tapi sibuk mengusyar anak teruna orang! Lesung pipitlah! Dada dialah! Fayqa, Fayqa, apa nak jadi dengan engkau ni? Itu si jeneral sengallah! Yang kau usyar dia buat apa? Dan sejak bila pula pandai angau semacam dengan lelaki ni? Bertahun berkawan dengan Jim, Paan dan Deng, steady saja.... tak ada rasa apa-apa pun?

Rupanya Dzariff sudah lama masuk ke dalam kereta dan menunggu Fayqa yang masih tercegat di luar kereta untuk masuk. Cermin penumpang hadapan diturunkan, “Tak nak masuk?”

Hah Fayqa! Melayang lagi otak kau! Apa nak jadi ni? Muka didongakkan memandang Dzariff. Jejaka itu memberikan isyarat dengan tangan supaya dia masuk. Pintu dibuka dan Fayqa masuk ke dalam. Dalam otak masih lagi bertazkirah supaya jangan melayan perasaan pelik yang melanda hatinya.

“Tak habis lagi?”

“Hah?!” Terkejut Fayqa, dia tahukah aku ni fikirkan tentang dia?

“Tak habis lagi fikir pasal Mama dan bapa tiri awak?”

Oooo.... lain yang dia maksudkan, menyelinap sedikit rasa lega di hati.

“Perkara mudah jangan disusahkan.”

Tersentak Fayqa! Aiyo! Baru saja aku ni terbuai perasaan dengan dia, sekarang dah balik macam perangai asalnya. Dzariff di sebelah dilemparkan jelingan tajam.

Hailah....dah mula dia menjeling-jeling. Cakap sikit, jeling. Cakap sikit, jeling. Dia tak tahu kah? She looks so adorable, jeling-jeling gitu!

“Fikir secara objektif, bukan dengan perasaan. Bapa awak dah tak ada. Di dunia ini, awak cuma ada Mama awak sahaja. Allah masih berikan awak masa untuk berkasih sayang dengan Mama awak, kenapa awak nak sia-siakan? Marah sebab Mama awak kahwin lain? Come on, Fayqa, fikir. Mama awak sorang-sorang di Kuantan, nak membesarkan anak sendiri, tanpa bantuan siapa pun. Apa salahnya kalau dia mencari pelindung, orang yang dapat membantunya? Walaupun kita tidak suka, poligami tu halal dalam Islam tau. Kita ni hanya hamba yang serba kekurangan. Hanya Allah yang maha mengetahui kenapa Dia halalkan poligami. Lebih-lebih lagi isteri pertama pun setuju....”

Laju Fayqa memotong, “Habis tu, awak pun minat nak berpoligami?!!”

Aik? Ke situ pula dia? Terdiam Dzariff seketika dek terkejut kena sergah dengan soalan Fayqa.

“Eh! Saya ni sorang pun belum ada lagi... macam mana nak cari nombor dua pula?” perlahan sahaja jawab Dzariff.

Astaghafirullah... apa yang aku dah cakap ni? Fayqa sudah menggelabah. Rasa macam nak tampar mulut sendiri! Entah apa-apalah aku ni! Muka ditundukkan, malu!

“Faye....,” Dzariff memulakan bicara sekali lagi selepas kedua-duanya terdiam seketika, “kalau awak tak berbaik semula dengan Mama awak, saya bimbang nanti satu hari awak akan menyesal. Cukuplah sepuluh tahun awak membawa diri. Awak sedih, Mama awak pun sedih.... apa gunanya?”

Dada Fayqa sudah berombak-ombak. Apa yang Dzariff katakan bukan tidak terfikir oleh diri sendiri. Tapi...

“It's not easy, you know....” keluar juga apa yang nak dikatakan walaupun tersekat-sekat.

“Sorry dear, I don't know. Sebab saya tak lalui apa yang awak lalui. Tapi dia kan ibu awak, yang lahirkan awak, yang besarkan awak...”

“Saya tak boleh terima suami dia sebagai Papa saya...”

“Then, don't.”

Mukanya didongakkan, matanya merenung wajah Dzariff, meminta pencerahan.

“Itu sebab semua jadi kusut dalam kepala awak, semuanya awak campur adukkan,” jelas Dzariff lembut, bimbang jika Fayqa terasa hati, “cuba asingkan masalah awak satu-satu.”

“Mula-mula Mama awak. Saya rasa awak pun rindukan dia, rindukan kasih sayangnya. Kenapa awak nak hukum dia hanya kerana dia kahwin lain? Tak semua perempuan kuat untuk hidup sendiri. Saya rasa elok awak pulihkan hubungan awak dengannya. Syurgakan di bawah telapak kaki ibu?”

“Kemudian bapa tiri awak. Siapa kata awak perlu terima dia sebagai bapa sendiri? Kalau terbuka hati awak, baguslah. Kalau tidak, terima dia sebagai lelaki yang menjadi pemindung kepada ibu awak, yang membantu ibu awak selama ini. Kalau tak mampu nak berikan kasih sayang awak kepadanya, cukuplah hormati dia sebagai orang yang lebih tua dari awak.”

“Lagi... ibu tiri awak, abang dan kakak tiri awak. Sama juga macam bapa tiri awak. Hormati mereka sebagaimana awak hormati orang disekeliling awak. Tapi pada pendapat saya, jika orang hendak berikan kita kasih sayang, kenapa pula nak tolak?”

Terdiam Fayqa, minda mencerna apa yang dikatakan Dzariff. Hati pula memang sudah tersentuh! Oh tidak sangka si jeneral yang asyik terjerit-jerit memerintah semua orang di rumah, boleh menjadi begitu..... bijaksana....

Akhirnya Fayqa membuka mulut, “Saya tak biasa dengan mereka.....”

“Dengan Dzalia dan Dzureen pun awak tak biasa kan? Tapi sekarang saya tengok dah macam adik beradik.... Orang nak berikan kasih sayang, apa kata awak berikan mereka peluang?”

Wajah Dzariff direnung dalam-dalam, “Orang nak berikan kasih sayang?” kata-kata Dzariff diulang.

“Hmm hmm, kasih sayang........,” balas Dzariff, bibirnya tersenyum lembut.

Oh no! Those dimples!! Matanya dipejam rapat-rapat. Fayqa! Fokus kepada isu Mama! Ada pulak lesung pipit si sengal tu pula yang kau fikirkan. Tazkirah diri sendiri satu round lagi!

Fikir sampai pejam mata macam tu? Si gadis memejamkan mata, sang jejaka menjamu mata.
Ish! Bahaya duduk berdua dengan budak ini, Dzariff oi!! Kunci kereta dipulas, enjin pun mengaum.

Buntang semula mata Fayqa, “Nak ke mana kita?”

“Kalau dah sampai Cameron Highlands, tak sah kalau tak cari strawberikan?”

Cepat-cepat Fayqa mengalihkan pandangan ke luar, tiap kali si sengal tersenyum, tiap kali jantungnya terlompat-lompat mengedik-ngedik. Bahaya, bahaya!

Mereka ke ladang strawberi dan buat semua benda yang dibuat oleh pelancong yang datang ke tanah tinggi itu. Petik strawberi, ambil gambar dengan strawberi, makan strawberi.

“Oh! No wonderlah ada artis yang hantaran kahwinnya strawberi bersalut coklat, sedap rupanya,” komen Fayqa, bercakap dengan mulut penuh dengan strawberi coklat.

“Kenapa? Awak pun nak hantaran strawberi bersalut coklat?” tanya Dzariff sambil tersenyum mengusik.

Kau senyumlah macam tu, Inche Dzariff! Nanti aku jawab, “Kalau awak nak beri, apa salahnya!” Pengsan awak, nanti kang. Ish! Bahaya, bahaya.....

Dari ladang strawberi, mereka ke ladang bunga. Ambil gambar dengan bunga, tentunya. Tergegun Fayqa melihat kecantikan bunya yang pelbagai jenis, pelbagai warna.

“Nak beli bunga? Bawa balik ke KL?” pelawa Dzariff.

“Tak payahlah, nanti kalau Kak Yaya atau Kak Yin tanya mana dapat bunga, segan pula saya nak cakap,” perlahan Fayqa menjawab, segan pun sama.

“Okey, ini jadi kita punya 'secret outing,' set?” tanya Dzariff, sengihnya semakin lebar.

Cepat-cepat Fayqa pandang ke lain, mulut menjawab, “Set.”

Puas mengambil angin di ladang bunga, mereka bertolak pulang. Bukan main laju Dzariff memandu, malas Fayqa hendak menegur. Kereta dia, lantak dialah. Mereka berhenti solat jama' di hentian R n R. Tiba di Taman Metropolitan, Kepong, Fayqa diturunkan hampir dengan Kancil yang masih terparkir di situ. Nasib baik masih selamat Kancil ini, semalaman, seharian kena tinggal di sini, lega rasa hati Fayqa.

“Balik terus ke rumah!” arah Dzariff dari dalam kereta.

Mula berdongkol hati Fayqa, mamat ni turun sahaja ke tanah rendah, bertukar jadi jeneral sengal!

“Iyelah, nak ke mana lagi? Kan dah nak maghrib ni,” melawan juga si gadis.

“Saya tunggu di rumah,” kata Dzariff.

Astaga! Dia tak percaya sampai macam tu sekali? Tengoklah tu, bukannya dia hendak bergerak. Nak tunggu aku bergerak dulu baru dia nak bergerak? Makin berdongkol hati Fayqa.

Sang jejaka dalam CRV menunggu si gadis bergerak dulu. Bimbang kalau Kancil yang dibiarkan semalaman seharian di luar ini tidak dapat dihidupkan. Almaklumlah kereta tua. Selepas Kancil Fayqa berlalu pergi, barulah dia mengikut dari belakang.

Fayqa tiba di rumah dahulu. Tadi kata nak tunggu orang di rumah, kita pula yang sampai dulu? Azan maghrib baru sahaja dialunkan. Laju Fayqa masuk ke bilik, mandi dan solat maghrib. Kemudian dia ke dapur, mahu membantu apa yang patut. Di dapur, hanya ada Dzalia yang sibuk memanaskan makanan malam.

“Hai, Pekah. Tak bawa balik strawberi coklat?”

Sunday, 5 May 2013

Seteguh Fayqa Bab 23, sikit Bab 24


Salam, otak sy kurang berfungsi minggu ini. Maka bab 23 pun cam wishy washy jer. Juga ada sedikit bab 24.

tlg komen ye, bab 23 ni banyak boleh dibaiki. tqvm 


Bab 23



“Mana Fayqa?” tanya Dzariff, tangan menyuap nasi ke mulut. Balik lewat dari pejabat, tidak sempat makan malam bersama keluarga, makan di dapur sahaja.

“Ambil angin,” jawab Dzalia, tangan membilas pinggan di sinki.

“Di mana?”

Tangan dilap, Dzalia berpusing dan merenung tepat-tepat wajah abangnya, “Abang, sometimes a girl just need some space.”

“PMS?” tanya si abang.

Mata menjuling ke atas, selagi tak diberitahu, tak habis-habis soalannya, “Siang tadi dia pergi makan tengahari di rumah Datin Raudhah.”

“Datin who?”

“Isteri Dato Ishaq.”

Terhenti suapan nasi, Dzalia has his full attention now, “Why?”

“Datin Raudhah nak pujuk Pekah suruh berbaik dengan mamanya.”

“Nak suruh Fayqa duduk di rumah mereka?” nada suara tu, cuakkah?

“Itu yang terbaik,” tenang jawab si adik.

“Kau pula tu kenapa? Sejak bila menyibuk jadi jaksa pendamai?” mata mencerun memandang si adik.

“Apa pulak, dah abang dia minta tolong, Yaya tolonglah,” jengkel bunyi suara Dzalia.

“Abang? Abang macam mana tu? Mak lain-lain, bapa asing-asing.”

“If you want to get technical, Abang, dia orang tu, orang Melayu sebut adik beradik anjing, tahu. Mak Pekah kahwin dengan bapa Abang Iz, tapi kalau nak manja-manja macam kucing, apa salahnya,” sengaja si adik membakar si abang. Seronok hendak melihat reaksi abang, kasi kocak-kocak telaga hatinya, supaya timbul apa yang ada di dasar.

“Oooo Khairul Izwan.... dreamy....., untung Pekah dapat 'abang' handsome macam tu,” celah Dzureen yang masih mengelap pinggan.

Kening Dzalia terjungkit sekali, mata masih tertancap ke arap si abang, yang kononnya maintain macho. Tapi bagi Dzalia yang berpuluh tahun membesar bersama si abang, sudah perasan sesuatu! Oooo...geli hati sungguh mengusik Abang!

“Hmm... esok diaorang ada lunch date. Suatu perkembangan yang memberangsangkan,” mencerun mata Dzalia memandang wajah abangnya yang tekun menghabiskan nasi di pinggan.

Pinggan kosong diletakkan ke dalam sinki, tangan dibasuh. Dzariff naik ke biliknya di atas tanpa sebarang komen.

“Pinggan sebiji pun tak reti basuh,” cemuh Dzureen.

Selesai mandi dan solat, Dzariff terus merebahkan badannya ke katil. Tidak sampai lima minit dia menikmati tilam empuknya, telefonnya berbunyi berdenting-denting. Dalam hati marah juga dengan Mushrifah, malam-malam gemar sangat berbincang tentang business. Tapi bila ditelek skrin telefon, bukan Mushrifah yang menghantar mesej melalui Whatsapp tetapi Dzahim! Terkejut Dzariff dibuatnya sebab Dzahim tidak pernah menghantar Whatsapp kepadanya.

“Abang, tolong pergi ajak Apek balik. Dia ada di Tmn Metropolitan.”

Fayqa di Taman Metropolitan? Malam-malam begini? Buat apa? Beri makan nyamuk?

“Kepong?” balas Dzariff.


“Yup, atas menara.”

“Dia buat apa di situ?”

“Abang, tolong bawa dia balik dulu, questions later. Kena cekup dgn mat rempit nanti kang!”

Berdesup Dzariff menukar pakaian, kain pelekat ditukar kepada jeans. Kunci kereta dicapai, pintu bilik Dzalia diketuk.

“Abang keluar cari Fayqa. Kalau nak tanya apa-apa, Whatsapp Jim,” laju Dzariff meninggalkan pesan.

“Abang, Yaya ikut!”

“Tak payah, Abang nak cepat.”

Macam kilat kereta Dzariff menuju ke Taman Metropolitan. Pintu utama sudah ditutup. Mesej dihantar kepada Dzahim, masuk ikut pintu sisi, jawab si adik, dekat dengan FRIM. Pintu sisi dicari, dalam hati menyumpah-nyumpah juga dengan anak dara yang merayau malam-malam di tempat yang sunyi begini. Sengaja cari nahas. Tak sanggup Dzariff nak bayangkan jika Fayqa terserempak dengan mat-mat Rempit. Nauzubillah!

Dek kerana hendak cepat, tercungap-cungap juga Dzariff bila tiba di menara yang disebut oleh Dzahim. Walawei, nak memanjat menara pula! The things that I do for this girl! Nafas ditarik, kemudia anak-anak tangga dipanjat laju-laju tanpa membuat sebarang bunyi. Manalah tahu kut-kut ada Mat-mat Gian di atas sana.

Tiba di puncak menara, dilihat Fayqa sedang duduk di atas lantai, memeluk lutut, merenung gelap malam. Dzariff menggeleng-gelengkan kepala sambil mencari mengingatkan dirinya untuk bersabar. Jika ini adiknya sendiri, sudah tentu dia akan tarik tangan balik ke rumah tanpa berkata apa-apa.

“Nak jadi penunggu menara?” perli Dzariff dengan nada perlahan.

“Hah!! Kus semangat!” berputar tubuh Fayqa, mata terbuntang, tangan di dada.

“Tahu pun terkejut. Nasib baik saya yang seru, kalau Mat Rempit, Mat Gian macam mana?” tanpa disedari tangannya bercekak di pinggang.

“Jim suruh awak datang? Huh! Best friend apa ni?!” rengus Fayqa, dalam hati menyesal menjawab panggilan Skype Dzahim tadi.

“Best friend yang bimbangkan awak, duduk dalam gelap, di tempat sunyi, macam menjemput Mat Rempit datang mencekup,” suara mendatar bagai 'ada-aku-kisah.'

Mata dipejam, nafas ditarik dalam-dalam, “Pleaselah....I just need to sort out my thoughts.”

“Which you can do, at home, safely and comfortably,” tiada kompromi!

Nafas ditarik sekali lagi dan dilepaskan kasar, “Saya boleh jaga diri sendiri, awak tak perlu sibuk!”

Sibuk? Sibuk?!! Budak seekor ni memang nak kena! Giliran Dzariff pula untuk menarik nafas dalam-dalam, mencari sisa-sisa kesabaran.

“Saya pilih untuk menyibukkan diri merayau malam-malam dalam taman ni, panjat menara ni, datang cari awak dari sibuk nak ke balai polis buat laporan awak kena rogol,” mendatar suara Dzarif, sambil berdiri berpeluk tubuh bersandarkan tiang menara.

Berdesing telinga Fayqa mendengar, “Awak ni kan mulut tak de insuran!”

“Biar mulut tak de insuran dari perangai tak de insuran,” selamba jawapan diberi.

Mata dipejamkan, bibir diketap. Lebih baik tutup mulut, bercakap dengan si sengal ni, takkan pernah menang. Sudahlah kepala masih lagi berserabut memikirkan Mama, Auntie Raudhah dan Uncle Shaq. Datang pula si sengal! Oh! Where can a girl go to find a peace of mind?

“After you, my lady,” perli Dzarif, membongkokkan badan sambil tangan kiri menunjukkan ke arah tangga. Berlakon menjadi lelaki budiman ala-ala kisah Inggeris zaman dulu kala.

Beg sandang dicapai, Fayqa bangun dan berdetum detam melangkah menuruni tangga. Dzariff pula yang memejam mata, menahan sabar sekali lagi dengan karenah kebudak-budakkan si Fayqa. Kemudian cepat-cepat dia menuruti langkah gadis itu. Silap-silap, entah ke mana pula halanya awek brutal seorang tu. Bukan boleh diharap, entah apa di dalam kepalanya. Sambil menuruni tangga menara yang tinggi itu, terfikir-fikir dia apa yang berlaku semasa di rumah ibu tiri Fayqa sehingga gadis itu perlu membawa diri, bersunyi-sunyi di tempat yang gelap?

Tiba di bawah menara, Fayqa sudah jauh ke depan, jalan menonong-nonong, jelas sangat marah. Dzariff memperlajukan langkahnya, mengejar si gadis kepala angin. Apabila dia menghampiri Fayqa, jauh di depan kelihatan sekumpulan lelaki sedang berbual-bual di dalam gelap. Tanpa banyak fikir, tangan Fayqa digenggam dan tubuh gadis itu ditarik ke arah sebatang pokok.

Terkejut Fayqa dibuatnya, tiba-tiba si sengal menghenyakkan tubuhnya ke pokok! Sah sengal tahap petala! Baru sahaja dia membuka mulut hendak memprotes, tangan Dzariff terlebih dahulu mencekup. Makin terkejut jadinya Fayqa! Apa kena mamat ni?!

“Shh. Diam, jangan buka mulut,” bisik Dzariff, mukanya hanya tiga inci dari muka Fayqa.

Mata Dzariff mencerun memandang ke arah kumpulan lelaki tadi. Telinga Fayqa sendiri mula menangkap butiran percakapan mereka.

“Kalau nak berbincang, tak bolehkah cari tempat yang terang. Kalau dah berdua-duaan dalam gelap, tentulah timbul fitnah....”

Tangan Dzariff masih dimulut Fayqa, perlahan-lahan dia berbisik, “Pencegah maksiat.”

Terbuntang mata Fayqa, Astaghafirullahilazim....janganlah aku kena tangkap basah dengan mamat sengal ini. Tak dapat nak dibayangkan kalau terpaksa jadi isteri dia!! Dan kalau mereka ditangkap sekarang, dalam keadaan bertindih badan di belakang pokok begini, sah akan dipaksa menikah. Lalu dengan sepenuh tenaganya, kedua-dua belah tangan Fayqa menolak badan Dzariff. Namun tenaga perempuannya mana mampu mengalahkan tenaga jantan si jeneral. Tangan Fayqa digenggam dan tubuhnya semakin kuat ditindih si jeneral.

“Awak ni gilakah? Kalau diaorang nampak kita begini, masak kita,” walaupun berbisik, jelas nada marah Fayqa.

“Shh, jangan bergerak, nanti diaorang nampak. Pelan-pelan kita lari,” jawab Dzariff, matanya tertinjau-tinjau menjari jalan 'selamat.'

Sabar sajalah, Fayqa! Diri sendiri dipujuk dalam hati. Sempat juga otaknya mengira-ngira, sudah berapa kali aku dan si sengal ini dalam keadaan 'rapat' begini. Giginya diketap, sumpah! Ini kali yang terakhir. Tidak akan ada peluang lagi bagi si sengal buat aku begini.

“Okey, saya kira sampai tiga, kita gerak ke arah sana,” arah Dzariff, menunding arah dengan gerak kepala.

“Satu, dua, tiga...”

Lekas pantas Dzariff dan Fayqa bergerak, mengambil jalan yang lebih jauh tetapi selamat dari disergah pasukan pencegah maksiat. Tangan Fayqa masih dalam genggaman Dzariff, hendak ditarik pun, kuat sangat genggamannya. Tiba di luar pagar taman, tercungap-cungap mereka berdua, penat dek berlari laju. Bila agak reda lelah nafasnya, Fayqa mula mengangkat kaki, mahu bergerak ke Kancilnya. Sekali lagi tangannya digenggam Dzariff.

Matanya menjuling ke atas, Fayqa berpusing mengadap Dzariff, “Apa lagi?!!”

“Balik naik kereta saya,” perlahan sahaja tapi jelas ketegasannya.

“Why?” naik suara Fayqa satu oktaf.

“Terus balik ke rumah, tak ada melencong,” jawapan diberi dengan muka yang selamba.

“Siapa kata saya nak melencong,” cabar Fayqa.

“I'm not taking any chances,” mata Dzariff melekap ke wajah Fayqa, tidak berkelip langsung.

“Kancil?”

“Ambil esok, on the way nak pergi kerja.”

Tangan direntap bebas, Fayqa melangkah ke arah CRV Dzariff, mulutnya membebel-bebel. Tiba di depan pintu penumpang, Fayqa menunggu Dzariff untuk membuka kunci kereta. Bila tidak dibuka juga kuncinya, sekali lagi Fayqa berpusing mengadap Dzarif, ibu jari dituding ke arah pintu, tanda isyarat minta pintu dibuka.

“Apa awak kata?” tanya Dzariff.

Jelas sangat pintu tidak akan dibuka jika tiada jawapan dari Fayqa.

Sebutir-sebutir Fayqa menjawab, “Saya kata, kalau begini, baik saya duduk di rumah bapa tiri saya sahaja.”

Mencerun mata Dzariff, wajah Fayqa ditenung tajam. Sekali lagi ibu jari Fayqa menuding ke arah pintu kereta. Punat alat pengunci kereta dipicit.




Bab 24



Jam enam pagi, pintu bilik Fayqa diketuk. Fayqa membuka pintu dengan telekung masih di tubuh.

“Cepat siap, pergi ambil Kancil,” arah si jeneral.

Awalnya mamat ni hendak ke pejabat, hairan Fayqa, “Sarapan tak siap lagi,” jawabnya.

“Yaya, Yin ada. Sekali sekala biar diaorang yang masak. Lima minit.”

Pintu ditutup dengan dengusan. Kalau semalam Kancil itu dipandu balik kan senang. Ini subuh-subuh buta kena pergi ambil, hati yang panas dipujuk supaya bersabar. Serius Fayqa menimbang-nimbang untuk berpindah ke rumah bapa tirinya.

Masuk ke dalam CRV Dzariff, tidak sampai sepuluh minit, Fayqa sudah terlena. Dazriff pula sambil memandu, wajah gadis disebelahnya dijeling-jeling. Jelas nampak letih, tidak dapat tidur semalam agaknya. Selepas pulang dari 'menjemputnya' semalam, sempat Dzariff bersoal jawab dengan Dzalia. Mendengar cerita Dzalia, Dzariff berasa hairan. Budak ni tidak faham soal jodohkah? Apa salah Mamanya berkahwin lagi kalau dapat berlindung dengan suami barunya? Tambahan pula Mamanya sebatang kara di semenanjung. Dasar budak keras kepala!!

Semasa CRV Dzariff mendaki kawasan tanah tinggi melalui jalan yang berliku-liku, sedikit pun Fayqa tidak sedar. Siap berdengkur lagi. Perut Dzariff sudah berkeriut-keriut, sudah hampir tiga jam CRVnya meninggalkan kotaraya.