Salam dears, undian di FB, ramai yg pilih nak teaser yg lucu tak nak yg sedih.
Here it is, harap teaser ini menceriakan hujung minggu u alls.
p/s: Tuti pembantu rumah mereka
_____________________________________________
Pagi
Sabtu itu seperti pagi-pagi yang lain. Naz rebah semula ke katil selepas solat
Subuh. Khaalish pula mengambil peluang untuk bersenam di gimnasium. Pulang dari
gim, Naz masih lagi lena tidur.
Khaalish
terus ke dapur. Setiap hari Naz masakkan minum petang dan makan malam. Pagi ini
biarlah dia pula yang sediakan sarapan.
Air dimasak di dalam cerek elektrik.
Kabinet dapur dibuka, dijenguk-jenguk. Bibirnya tersenyum, kabinetnya yang
dahulu terbiar kekosongan sekarang penuh dengan segala macam makanan. Peti
sejuk pun sama, penuh dengan makanan. Kotak berisi wafel dicapai. Senang!
Keluarkan dari kotak, masukkan ke dalam ketuhar mikro atau pembakar roti, siap!
Apa toppingnya? Jem, mentega kacang atau hanya mentega?
Naz yang baru bangun, menapak
mencari suami. Di badan hanya tersarung kemeja T saiz extra large, yang memang
selesa sekali dipakai untuk tidur. Rambutnya yang kusut masai tidak bersikat.
Muka belum dibasuh, gigi belum digosok.
Baru tiba di ruang tamu, loceng
pintu depan berbunyi. Hairan Naz, si Tuti terlupa nak bawa kuncikah? Sambil
menguap, tangannya menggaru-garu kepala. Pintu penthouse dibuka.
“Mana
kunci kamu, Tuti?” tanya Naz, menguap lagi.
“Astaghafirullahilaziiiiiiim!
Idora!! Macam nikah rupa awak di rumah?!!”
Tuti
ni memang kaki menjeritlah, fikir Naz. Apalah yang dibebelnya pagi-pagi buta
ni.
“Sh! Sh! Awak ni bisinglah Tuti!
Bikin bingit telinga saja,” marah Naz sambil menenyeh-nenyeh mata.
“Siapa
Tuti? Idora, ini mak mertua kamulah!” sergah Puan Sri Freida.
Naz masih blurr, cuba mencerna apa yang berlaku. Bukan Tutikah yang tekan
loceng pintu depan? Mana pula datang Nyonya Mansoor ni?
“Nyonya
buat apa di sini?” ahhh!! soalan paling bodoh dari mulut menantu.
“Idoraaaa!! Nyonya mana pula ni? Ini
Mummy, Mummylah!” suara Puan Sri Freida sudah nyaring.
Naz masih terkebil-kebil. Puan Sri
Freida sudah hilang sabar. Menantu yang masih kebingungan ditolak ke tepi, dia
melangkah masuk ke dalam pent house anaknya.
“Khaalish!
Zaim Khaalish! Where are you?!” jerit Puan Sri Freida.
Terjengul Khaalish dari dapur,
tangan kiri memegang pinggan berisi wafel panas, tangan kanan memegang pisau
mentega. Di badan pula hanya tersarung sehelai boxer shorts!
“Zaim Khaalish!!! Astaghafirullah!”
cepat-cepat Puan Sri Freida menutup matanya, “Put on some decent clothes! Your
wife too!!”
Terkocoh-kocoh Khaalish meletakkan
pinggan dan pisau di atas kaunter kabinet. Digawang-gawangnya tangan ke arah Naz,
mengajak masuk ke dalam bilik. Naz yang mula tersedar, menghayun langkah
besar-besar ke arah pintu bilik. Di dalam bilik, selepas pintu ditutup,
Khaalish menolak Naz ke bilik air.
“Mummy
awak buat apa datang ke rumah kita pagi-pagi buta ni?” Naz berbisik.
“Sayang,
pagi buta apa? Sudah pukul sembilan lebih,” balas Khaalish.
Sembilan lebih tu pagi butalah bagi
orang yang tidur pukul empat pagi. Khaalish menarik kemeja T Naz ke atas, si
isteri hanya menurut, kedua belah tangannya diangkatkan ke atas. Pancuran air
dibuka, suhu air diperiksa, tubuh isteri ditolak ke bawah pancuran air. Sabun
mandian dituang ke atas span badan dan dihulurkan kepada isteri.
“Awak
tak mandi?” tanya isteri yang kalut menyabun badan.
“Saya
dah mandi di gim.”
“Kalau
dah mandi di gim, kenapa pakai boxer saja?” hairan!
“Untuk
selamatkan awaklah,” jawab Khaalish kriptik.
“Ha?!”
semakin hairan Naz.
Pancuran air ditutup, berus gigi
yang sudah ditaruh ubat gigi dihulurkan kepada isteri.
“Cepat sayang. Nah! Berus gigi.”
Gigi
diberus, mulut bercakap, “Makha khokha chaya? Chaya khuak ghee cho phukha!”
“Apa
Sayang?” tanya si suami prihatin.
Mulut
dikumur bersih, “Saya tanya….mana tuala saya? Buat free show pula!”
Ketawa besar Khaalish. Tuala
diambil, dibalut ke badan isteri yang kemudiannya dirangkul, “Isn’t it a bit
too late for that?”
Cup!
Ciuman hinggap di hidung isteri yang comel.
Selepas
berpakaian, Naz dan Khaalish ke dapur. Puan Sri Freida sudah menunggu di meja
makan.
Wajahnya
masam mencuka.
“Duduklah. Mummy dah buatkan kopi,”
bibirnya dimuncungkan ke tengah meja.
Ada
sebuah teko berisi kopi panas, tiga biji koleh, sepinggan wafel, mentega, dan
jem.
Mak mertua sudah buatkan kopi, si
menantu yang baru sedarkan diri cepat-cepat menuangkannya ke dalam koleh.
“Jemput minum, Puan Sri,” dengan
keadaan malu besar begitu, tak sanggup Naz hendak memanggil wanita anggun
bergaya itu Mummy.
Khaalish dengan selamba badak
menghirup sedikit kopi panas. Kemudian dicapainya sekeping wafel, disapukan
dengan mentega dan jem, disuapkan ke mulut. Lambat-lambat dia mengunyah wafel.
Ya Rabbi! Boleh dia buat selamba
badak laki aku ni, dengus Naz dalam hati. Dia tak rasa malu langsungkah?
“Itu!” kata Puan Sri Freida, kali
ini bibirnya dimuncungkan ke arah baju dan seluar Khaalish yang bertaburan di
atas lantai dapur. Tak sanggup dia hendak mengutip baju dan seluar anaknya yang
bertaburan di lantai. Kenapa sampai bertaburan di lantai dapur? Let’s not even go there!
Kelam kabut Naz mengutip baju dan
seluar suami, dimasukkan ke dalam bakul kain basuhan di bilik dobi di sebelah
dapur. Astaghafirullahilazim! Apalah yang mak mertua aku fikirkan sekarang!
Muka Naz merah berbahang. Malu! Malu besar!
“Mummy
tak tahu nak kata apa,” akhirnya Puan Sri Freida membuka mulut.
“Tak perlu kata apa-apa, Mummy. We
are still in our honeymoon phase,” selamba Khaalish menjawab, mukanya kering
sahaja.
Naz pula malu tak tahu mana hendak
diletakkan muka. Kalaulah ada mesin pemadam ingatan macam dalam filem “Men in
Black” tu, mahu dia gunakan ke atas mak mertuanya.
“Kok ye pun honeymoon phase…..!”
setakat itu sahaja yang mampu Puan Sri Frieda komen, kepalanya
digeleng-gelengkan.
“Mummy,
kami ni dah sah. Dah nikah,” balas Khaalish dengan suara mendatar.
Dengan anak tidak berkesan, Puan Sri
Freida mengalihkan tumpuannya kepada si menantu pula.
“Kamu
pula, Idora. Tak adakah baju yang elok yang boleh dipakai?”
“Mummy,
during the honeymoon phase, less is best,” boleh Khaalish jawab begitu!
Naz rasa macam nak ketuk-ketuk kepala sang suami. Ish,
tak boleh jadi ni, lagi banyak cakap, lagi malu dia jadinya. Tukar topik! Tukar
topik!