nota: Cerpen ini mungkin diedit endingnya dan kalau ada rezeki akan dihantar ke mana2 sykt penerbitan yang sudi. Ending di sini agak abrupt kerana sudah mencecah 17ms dan perlu ditamatkan. Kalau tambah2 lagi scene sweet2 Abam Eiyaad best huh? Enjoy!
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __ _ _ _ _ _ _
"Tak makan lagikah?"
Tangan yang sedang membilas pinggan terhenti. Kepala dikalih ke
belakang. Dari suara dia sudah kenal siapa, tetapi dek kerana terkejut
disapa oleh lelaki itu, itu yang dia kalih kepala, mahu memastikan betul itu
tuan punya suara. Wajah lelaki itu direnung sesaat cuma, kemudian mata
memfokus semula kepada pinggan mangkuk di dalam sinki.
"Belum."
"Lambat makan nanti perut masuk angin. You should know your self."
Jika nasihat ini diberikan empat bulan yang lalu, sebelum si
penasihat menjabat tangan kadhi untuk menikah dengan doktor dari Johor itu,
sudah tentu kembang mekar bunga-bunga di taman hati Ne'a. Tapi ini sudah jadi
suami orang, apa kejadah nak ingatkan aku untuk makan?
"Masuk ke ceruk dapur untuk mengingatkan bekas tunang untuk
makan, sangatlah inappropriate, Encik
Azrul. You should know yourself."
Si bekas masih berdiri di belakang, tidak bergerak-gerak. Walau
pun tidak bersuara, Ne'a tahu Azrul Fahmi masih di situ. Semakin laju tangannya
bekerja. Mahu cepat selesaikan kerja, mahu cabut dari ceruk dapur ibu. Nanti
dilihat ahli keluarga lain, apa kata mereka.
Sedang elok selesai mangkuk terakhir dibilas, telefonnya yang
diletakkan di sebelah sinki berbunyi. Ah.. saved
by the bell. Cepat-cepat telefon dicapai, skrin dibelek, tertera nama abang
sulungnya. Butang dicalit, mesej dibaca: Dik, bawa nasi tambah.
Astaga... dia
makan di depan, aku di dapur yang disuruh bawa nasi tambah? Mengada-ngada betul!
Di dalam hati, abang sulungnya, Elyas menjadi orang kedua yang dikerutu malam
itu.
Tanpa pamitan, Ne'a keluar dari dapur dengan tangan memegang
mangkuk nasi tambah. Nak jeling ke arah Azrul Fahmi pun dia tak sudi. Aku
bukannya omputih, nak 'civil-civil' bagai. Aku perempuan
Melayu, sekali putus, menyampah aku nak tengok muka!
Baru sahaja hendak melangkah ke arah abangnya, Ne'a dikelui oleh
kakak iparnya.
"Ne'a, tolong kejap."
"Apahal, Kak Min?"
"Ambil Fana kejap," minta Mazmin, anak kecilnya yang
berusia 8 bulan dihulurkan kepada Ne'a, "Iwan nak pergi bilik air pulak.
Kak Min takut dia terkucil."
Tidak menunggu balasan dari Ne'a, dia sudah berdesup masuk ke
dalam rumah sambil menarik tangan anak sulungnya, Faridzuan.
Sudahnya dengan anak kecil yang bertenggek di pinggangnya, dikendong
dengan tangan kiri, mangkuk nasi tambah dipegang dengan tangan kanan. Bibir
bawah diketap sambil cuba mengimbangi anak kecil dan mangkuk nasi.
Pabila kakinya menghampiri meja makan abangnya di bawah khemah,
mulutnya mendesah, "Bang, bang, bang, bang, bang......" Plop, mangkuk
nasi separa jatuh, separa diletakkan ke atas meja.
"Eh, Ne'a, apasal ni?!" terkejut Elyas yang sedang
makan.
"Beratlah, dahlah nak dukung Fana ni lagi, nak bawa mangkuk
nasi lagi. Nasib baik tak patah tangan Ne'a," terbit suatu kenyataan
hiperbola, si bongsu yang sentiasa manja dengan abang sulung.
"Propa tak habis-habis," selamba adik bongsu dikutuk.
"Hah! Yang dia tu perintah-perintah orang...ambik
nasiklah...apalah..."
"Eleh suruh ambik nasi tambah pun, ungkit! Macamlah
hari-hari Abang suruh ambik nasi," Elyas membebel.
"Yelah, yelah...manja, macam dia tu pulak adik
bongsu," mulut melawan tapi nasi disendukkan juga masuk ke dalam pinggan
abangnya. Si abang pula lebar senyumannya mendengar bebelan si bongsu. Biarlah
bikin Ne'a marah-marah, bebel-bebel.... dah tak larat tengok muka stres Ne'a
bila Azrul Fahmi muncul dengan ibu bapanya ke kenduri di rumah keluarga mereka
malam itu. Farhana yang bertenggek di pinggang Ne'a pula merengek.
Sudah nampak Papanya, tangan sudah didepangkan ke arah Elyas. Bibir atas sudah muncung, bibir bawah sudah
mula terketar-ketar.
"Ololo....," senduk nasi diletakkan semula ke dalam
manguk, sambil menimang Farhana, mulut Ne'a berdodoi, "Fana, Fana, fofana,
fee fye Fofaaaaana.....FANA!"
Bunga-bunga tangis Farhana masih belum reda, lalu Ne'a
menimangnya sekali lagi, "Fana, Fana, fofana...fee fye fofaaaaana,
FANA!"
Mengekek Farhana dibuatnya. Bayi mengekek hingga nampak gigi dua
batang, comel tiada bandingnya. Bibir Ne'a sendiri lebar dengan senyuman.
Farhana yang comel dicium pipinya kiri dan kanan. Leka melayan Farhana, Ne'a
tidak perasan lelaki yang duduk berhadapan abangnya. Ne'a terpesona dengan
keletah Farhana, lelaki itu pula terpesona dengan keletah Ne'a. Bila Farhana kembali bertenggek dipinggangnya, barulah
Ne'a tersedar ada lelaki yang tak dikenali sedang merenungnya. Termalu juga dia
jadinya. Tapi apa nak buat? Buat selamba sahajalah...
Mata bertembung.
Pinggan nasi dihulur, "Abang pun nak
tambah...."
“Abang? Abang mana pula ni? Tengok pun tak
pernah. Bukan sepupu sepapat kami. Agaknya kawan Abang Yeh….. Lantaklah dia,
Ne’a,” omel Ne’a sendirian di dapur, kepala masih terfikirkan lelaki yang makan
semeja dengan abangnya.
Dalam
rumah penuh dengan jemputan, di laman rumah penuh dengan jemputan. Jawabnya Ne’a kembali memerukkan diri di
dapur. Kalau ikutkan hati mahu dia masuk ke dalam bilik tidur dan kunci pintu
sampai ke subuh esok. Itulah perkara pertama yang terlintas di benaknya bila
dia melihat Azrul Fahmi melangkah masuk
ke dalam rumahnya beberapa minit sebelum azan maghrib tadi.
Memang
Encik Bekas itu perasan bagus. Putus tunang ikut suka hati dia, lepas itu
selamba badak pula datang rumah bekas tunang. Mukanya langsung tiada rasa
bersalah, santai sahaja dia bersalaman dengan Papa dan Abang Yeh. Dulu pun Siti Soleha bukan berkenan sangat
dengan akauntan lulusan luar negara itu. Mama yang terlebih berkenan hendak
buat menantu. Nak-nak pula Mama memang sudah berpuluh tahun mengenali Auntie
Chah, mak Azrul Fahmi. Sepanjang setahun bertunang, Siti Soleha mendidik
hatinya untuk menyayangi lelaki yang disangka bakal menjadi suaminya. Tup-tup,
tiada angin, tiada ribut, Auntie Chah dan Uncle Jak datang ke rumah dan minta
maaf, Azrul Fahmi sudah seminggu bernikah. And
no… bukan bernikah di sempadan, tetapi bernikah di Johor Bharu, akad nikah
di rumah pengantin perempuan.
“Kami
terpaksa….. buat hantaran bagai…. Maruah keluarga kena jaga juga kan?” terang
Auntie Chah dengan linangan air mata yang tak henti-henti.
Ha!
Itulah kata kuncinya….. maruah! Azrul Fahmi buat dia bagai dia tidak bermaruah.
Kalau barang di kedai pun, nak ambil, nak pulangkan kena beritahu tuannya.
Kalau Azrul Fahmi tidak mahukan Siti Soleha, buatlah cara elok-elok, datang
putuskan secara beradat dengan keluarga.
“Sudah
dia lanyak maruah aku, eeeii selamba badak sahaja datang malam ni!”
menyumpah-nyumpah mulut Ne’a.
Nasib
baiklah pinggan mangkuk dan cawan piring kotor tak henti-henti dihantar masuk
ke dapur. Ada alasan kukuh untuk Ne’a terus berada di dapur. Sekali lagi
telefon Ne’a berkelip-kelip. Tangan dilap, telefon dicapai.
“Ceh!
Abang Yeh ni, nak kopilah pula. Sekali sekala balik, banyak akal sungguh.”
Dengan
abang sulung kesayangan, mulut membebel tetapi hati tak sampai hendak bantah.
Tak sampai berapa minit, siap kopi seteko. Ne’a letakkan dia atas dulang kecil
lalu ditatang keluar.
Baru
dua langkah keluar dari pintu belakang, Encik Bekas datang menegur, “Berat teko
tu, Ne’a. Biar Abang tolong bawakan.”
Terhenti
langkah Ne’a, wajah Azrul Fahmi direnung dengan kening bertaut. “Biar betul
mamat ini? Nak tolong bawa tekolah pula. Tolong belah, boleh?”
Bebelan
cuma dalam hati. Tanpa sebarang kata, dulang kopi diserahkan kepada Encik
Bekas. Ne’a patah balik ke dalam dapur, ambil beberapa biji cawan dan piring,
susun di atas sebuah lagi dulang dan melangkah ke pintu belakang semula.
Eh!
Ada lagi Encik Bekas berdiri tegak di luar pintu. Setia menunggu.
“Setia?
Heh!” Ne’a cemuh dalam hati.
Mode
bisu diteruskan, Ne’a melangkah ke arah meja abangnya di bawah khemah. Dulang
berisi cawan dan piring diletakkan ke atas meja. Dulang berisi teko kopi pun
tiba juga. Elok diletakkan ke atas meja, tukang bawa kopi pula selamba duduk di
kerusi sebelah bakal-abang-ipar-tak-jadi. Bukan sahaja duduk tetapi wajah Ne’a
direnung bagai pungguk merenung bulan.
“Ya
Tuhan, berilah aku kesabaran agar aku tak simbah air kopi seteko ini ke atas
kepala Encik Bekas ini,” sempat Ne’a berdoa. Mulut pula membebel, “Abang tu kan
ada kopi,” bibir dijuihkan ke arah meja sebelah, ada teko besar di atasnya,
“nak juga torture Ne’a bancuh kopi
lagi.”
“Itu
teh tariklah. Abang nak merasa kopi kaw Ne’a, bukan selalu dapat rasa. Berkira
sangatlah Ne’a ni.” Selamba Elyas mengutuk adik sendiri.
Kopi
dituang ke dalam cawan. Belum sempat
Ne’a hulur, Tetamu Misteri sudah ambil dan cicip kopi panas itu.
“Ne’a
bancuhkah ni?” tanya Tetamu Misteri dengan senyum simpul.
Apa
punya soalan da? Teringin Ne’a nak jawab, “Tak, Neelofa yang bancuh.” Tetapi
didiamkan sahaja, tak ingin hendak jadi gadis sinis.
“Dah
besar Ne’a. Dah pandai bancuh kopi,” terbit lagi komen-komen pelik Tetamu
Misteri.
Eleh,
setakat bancuh kopi pun nak puji? Pelik. Psiko ke dia ni? Lagi satu apahal
panggil aku Ne’a, Ne’a ni? Jumpa pun tak pernah.
“Laaaa,
Yad,” Elyas menyampuk, “Dah berbelas tahun kau tak jumpa Ne’a. Bancuh kopi dia pass, masak nasi lauk out!” Adik bongsu kena kutuk lagi. “Lima
belas ke enam belas tahun? Kali terakhir kau datang rumah kami masa Tingkatan
Satukan?”
Pernah
datang rumah? Lima belas tahun dulu? Siapa dia ni? Berkerut dahi Ne’a cuba
mengingatkan semula siapa Tetamu Misteri. Kawan sekampungkah atau kawan
sesekolah? Kenapa Tetamu Misteri ini ingat sangat pada Ne’a, wal hal Ne’a tak
ingat dia pun?
“Ha’ah,
lepas tu kami pindah ke KL, aku tak pernah datang lagi dah.” Tetamu Misteri
mengiakan.
Tidak
senang dengan sesi ‘Jejak Kasih’ bekas tunangnya dengan mamat-entah-dari-mana,
Azrul Fahmi meminta kopi. Terpinga Ne’a seketika, dia sudah terlupa yang Encik
Bekas turut duduk di meja yang sama. Kopi dituang tanpa sepatah kata.
“Dulu
masa Abang datang main-main kat rumah Ne’a, Ne’a baru masuk taska. Comel bukan
main, gigi depan rongak. Sekarang ni dah tak rongak tapi comel juga lagi.”
Komen-tak-diminta
dari Tetamu Misteri disambut dengan tawa besar Elyas. Memang Ne’a kecil-kecil
dahulu comel sangat-sangat. Mata sepet, hidung penyet, tapi comel.
“Dulu
mulut macam bertih jagung, penat Abang nak melayan soalan-soalan ‘bernas’ Ne’a.
Sekarang ni Abang tengok Ne’a berat mulut. Ne’a tak ingat nama Abang tapi Ne’a
tak tanya pun,” Tetamu Misteri cuba memancing.
“Pastikah
Ne’a boleh ingat nama Abang?” cabar Ne’a. Mamat ini boleh masuk kategori jejaka
perasan macam Encik Bekas juga agaknya.
“Okey,
Abang cuba,” senyum simpul di bibir sudah melebar. “Ingat tak masa Ne’a panjat
pokok rambutan tu,” jari menuding ke arah pokok di sudut halaman, “lepas tu
Ne’a tak berani nak turunkan? Ne’a jerit-jerit suruh Abang Ne’a panjat pokok tolong
Ne’a turun, tapi Abang Ne’a tak mau. Dia ugut nak biarkan Ne’a atas pokok
sampai Ayah Ne’a balik? Jadi Abang yang panjat pokok, tolong Ne’a turun.”
Blank. Dahi berkerut. Sejujurnya
Ne’a tak ingat. Kecil-kecil dulu dia suka panjat pokokkah? Sudahnya Ne’a
menjungkitkan kedua belah bahu, tanda tak ingat!
Tidak
mahu mengalah, Tetamu Misteri mencuba lagi, “How about this one? Ingat tak masa kita pergi ke sawah. Mak Ne’a
tak kasi tapi Ne’a nak ikut juga. Masa menyeberang sungai guna titi batang
kelapa, Ne’a jatuh ke dalam sungai? Abang yang terjun tolong Ne’a.”
“Dia
melalak punyalah kuat. Wal hal air sungai tu dalamnya setakat pinggang saja,”
komen selari Elyas sambil ketawa mengekek-ngekek.
“Iyalah
setakat pinggang Abang, Abang besar tapi Ne’a kecil masa tu. Nasib baik tak
lemas,” sakit hati Ne’a dengan komen Elyas, sedap mulut sahaja kutuk dia kaki
melalak.
“Haaa…ingat
pun Ne’a ….,” Tetamu Misteri tersenyum puas.
“Jatuh
sungai, Ne’a ingat. Siapa yang tolong, Ne’a tak ingat.”
“Ya
Allah, mamat-perasan-nak-jadi-hero ni tarik Ne’a keluar dari sungai pun Ne’a
tak ingat? Kalau tak ada dia, Ne’a dah jadi arwah tahu,” bunyi
mulut-tak-de-insuran si abang.
“Choi,
Abang ni,” kuat bahu abang ditampar. Geram.
“Okeylah,
Abang tolong Ne’a ingatkan,” kata Elyas dengan senyuman nakal mula terukir di
bibir, “Cuba jawab soalan ni. Kali pertama Ne’a tulis surat cinta, Ne’a hantar
kat siapa?”
Surat
cinta pertama? Surat cinta….. pertama! Laju mata Ne’a menuju ke raut wajah
Tetamu Misteri. Mata bertembung, senyuman yang terpalit di bibir si dia, manis
sungguh manis. Senyuman manis macam …..
Perlahan-lahan
jari telunjuk dihalakan kepada Tetamu Misteri, teragak-agak mulut Ne’a
menyebut, “A…… Abang……”
Dengan
mata yang bersinar galak, dengan senyuman meleret-leret, si Tetamu Misteri sendiri
menyambung, “…..Handsome!”
Terburai
tawa besar Elyas dan temannya. Azrul Fahmi yang sedari tadi hanya menjadi
penonton berasa jengkel kerana tidak tahu hujung pangkal jenaka Elyas dan
temannya. Ne’a pula membahang rasa mukanya….
“Oh no….. ini Abang…. Ei…..Eiyaad? Abang
Eiyaad yang aku declare aku cinta kat satu family
masa tadika dulu? Mak!! Maluuuuuuu!!!” jerit dalam hati sahajalah. Kalau jerit
betul-betul, sungguhlah buat malu dengan tetamu-tetamu yang ada.
Buat
kali kedua malam itu, Ne’a rasa macam hendak lari masuk ke dalam bilik tidur
dan tak mahu keluar-keluar lagi. Tetapi melihat Eiyaad Abdul Aziz ketawa
sehingga terhinggut-hinggut bahu, pesonanya kepada lelaki itu datang kembali.
Dan Ne’a tersedar yang dia masih mengingati nama penuh lelaki kacak ini.
Tekak
rasa kering. “Oit, tutup mulut, Ne’a, pandang lelaki sampai rahang jatuh ke
tanah?” Mata terkulat-kulat, mulut ditutup.
“Ha!
Ne’a dah ingat Abang, duduklah,” tetamu pula menjemput tuan rumah duduk. “Lama
tak jumpa Ne’a, Abang teringin nak tahu apa perkembangan Ne’a sekarang.”
Perkembangan?
Sesaat Ne’a menjeling kea rah Azrul Fahmi. Perkembangan terkini, saya dah jadi
bekas tunang orang, Abang.
“Duduklah,
Ne’a. Yad ni dari tadi bertanyakan Ne’a. Mana ‘budak kecik’ yang jatuh cinta
kat aku tu, dia tanya,” tawa Elyas terburai lagi.
“Sadislah,
Abang ni!” marah Ne’a, muka sudah mencuka.
Kerusi
ditarik, lalu dia melabuhkan punggungnya. Kalau dia lari masuk ke dalam rumah,
agaknya berbulan-bulan dia akan jadi bahan jenaka abangnya. Sekarang ini, dia
perlu duduk di hadapan puppy love-nya
dan bertahan, bertahan, bertahan dengan usikan abang. Dengan cara ini,
moga-moga usikan Abang hanya semalam ini sahaja.
“Sadis?
Ne’a tu yang sadis. Kecil-kecil dulu asyik torture
Yad saja. Mana Yad pergi, nak ikut. Kalau orang tak bagi ikut, mulalah melalak.
Mak pening kepala dengar Ne’a melalak, Yad pun kena paksa bawa Ne’a. Sampai nak
pergi tengok wayang pun kena bawa Ne’a. Spoil
sungguh. Orang nak tengok cerita action,
aleh-aleh kena tengok cerita kartun,” panjang Elyas membebel.
“Bisinglah
Abang ni! Bukan Abang yang tengok kartun, Abang tengok cerita action tu dengan kawan-kawan yang lain.
Abang Eiyaad yang temankan Ne’a tengok kartun,” bersungguh-sungguh Ne’a
mempertahankan diri.
Baru
sahaja Elyas mahu membalas serangan kata adiknya, isterinya muncul, “Abang,
tolong ambil tin susu Fana dalam kereta. Siang tadi Min lupa nak bawa masuk ke
rumah. Kunci kereta dengan Abang kan?”
Elyas,
suami mithali segera bangun dan melangkah ke arah kereta, “Baik-baik kau duduk
dengan dia, Yad. Nanti entah apa-apalah dia torture
kau lagi.” Tawa besarnya mengiringi langkah kaki.
Ne’a
mencemikkan mukanya kepada Elyas. Geram betul! Kalau nak mengusik tu bukan dia
kira. Ada Encik Bekaskah, ada Abang Handsomekah, Abang Yeh apa peduli! Sudah
ketap gigi, sudah kerut muka, baru Ne’a sedar mata Abang Handsome masih melekap
di wajahnya. Allah! Malu!!
Dengan
senyuman tak putus-putus di bibir, Eiyaad bertanya, “Ne’a, tahun bila kita
pergi tengok wayang cerita kartun tu? Dah lama kita tak pergi datingkan?”
Masam muka Ne’a. Keesokan harinya Azrul Fahmi
datang lagi, kali ini sendirian tanpa ibu bapanya. Kepada ibu Ne’a, dia
maklumkan yang dia ingin bertemu dengan Ne’a.
“Yang
sudah tu, sudahlah, Ne’a. Dah korang berdua tak ada jodoh. Tu, Azrul datang nak
minta maaf agaknya. Pergilah jumpa dia sekejap,” pujuk si ibu.
Sudah
dua puluh minit duduk berdua begini di ruang tamu rumahnya. Ibu dan
kakak-kakaknya ke dapur, manakala abangnya dan Eiyaad keluar. Nak berikan mereka
privacy konon! Ne’a masih belum pasti
apa tujuan Azrul Fahmi mengajaknya bertemu. Lelaki itu bertanyakan khabarnya, bertanyakan
itu ini. Hairan Ne’a jadinya. Dan yang paling pelik dan menjelikkan bagi Ne’a
adalah nada suara mesra dan ceria lelaki itu, bagai bahagia benar dia dapat
bertemu dengan Ne’a.
“Ne’a…..”
“Hah?”
tersentak Ne’a seketika. Butir-butir kata Azrul Fahmi memang tidak diikutinya,
otaknya sudah menerawang memikirkan Abang Handsome yang tiba-tiba muncul
semula.
“Abang
minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kerana Abang dah lukakan
hati Ne’a.” Luhur benar wajah Azrul Fahmi.
Bibir
dikemam rapat-rapat, nafas ditarik dalam-dalam, bimbang Ne’a kalau-kalau dia
termuntah. He is soooo fake! Dia
ingat dialog ala drama Melayu ni akan lembutkan hati aku?
“Benda
dah jadi. Ne’a pun dah moved on,”
sambil bercakap mata Ne’a meliar ke laluan menghala ke dapur, otaknya mencari
jalan untuk melarikan diri dari lelaki yang merimaskan ini.
“Abang
perlukan kemaafan Ne’a. Sekarang baru Abang sedar sebuah kebahagiaan tidak
boleh dibina di atas suatu kemusnahan.”
Amende
dia merepek ni? Malasnya aku nak layan. Lalu cepat-cepat Ne’a berkata, “It’s okay. Tak de hal punya.”
Nak
ketawa pun iya juga. Makin tinggi bahasa ‘drama’ Azrul Fahmi, semakin ‘lepak’
pula bahasa Ne’a.
“Abang
malu nak ceritakan tetapi sebenarnya….. Abang tak bahagia dengan isteri Abang,”
keruh wajah Azrul Fahmi.
Dan
bermulalah kisah sedih dan sesal Azrul Fahmi. Isteri terlalu sibuk, dia
terabai. Sekarang isteri pula hendak sambung pengajian, mereka akan jadi pasangan
jarak jauh. Terasa bagai impiannya mahu membina keluarga bahagia begitu jauh.
Bla, bla, bla, bla….
Ne’a
separa mendengar, separa mengkritik di dalam hati. Kalau mahu isteri yang mengelek
engkau sepanjang masa, cari sahaja isteri yang tidak bekerja. Ini kau kahwin
dengan doktor dan kau nak dia layan kau macam suri rumah sepenuh masa. Masa
hendak bernikah, ikut nafsu, tidak berfikir. Sekarang sudah bernikah, jaja
masalah rumah tangga ke sana ke sini. Fail
sungguh sebagai imam dalam keluarga.
Pintu
hadapan rumah yang terbuka dikerling Ne’a. Get
up and walk out, Ne’a! Tak perlu beri dia apa-apa alasan. Baharu Ne’a
hendak mengangkat punggung, tiba-tiba pintu hadapan rumahnya diterjah orang.
“Azrul,
you’re making a big mistake if you think
she could be the solution to all your problems!!” tinggi suara wanita muda
yang sedang berdiri di muka pintu.
Terlopong
Ne’a! Siapa ni? Lidah mereka bertikam, Ne’a pula tiada pilihan, terpaksa
menadah telinga. Baru Ne’a tahu wanita muda berpakaian anggun itu adalah isteri
Azrul Fahmi. Eh, bukankah mereka ni orang terpelajar? Seorang akauntan, seorang
doktor. Kenapa begini pula perangainya? Bertengkar tak pilih tempat.
“And you think she will take you back? What?
Become your second wife?!!” Jari elegan doktor wanita itu menuding ke arah
Ne’a.
Eee!
Datang rumah orang, nak menyerang-nyerang pula? I don’t have to take this. “Berbuallah dulu ye. Saya nak keluar
sekejap.” Dengan sopan, Ne’a meminta diri. Tak perlu nak terjerit-jerit macam
‘orang-orang terpelajar’ berdua itu. Buat buang karan.
Laju-laju
Ne’a melangkah keluar, Azrul sudah memanggil-manggil namanya. Kasut disarung,
bila kepala dipanggung kelihatan abangnya dan Eiyaad sedang duduk di atas
pangkin di bawah pokok rambutan.
Terkocoh-kocoh
Ne’a melangkah ke arah mereka. “Abang Eiyaad! Semalam abang kata nak tengok
wayangkan? Jom!”
Terkejut
Eiyaad dan Elyas. Tiba-tiba pula Ne’a hendak pergi tengok wayang? Kau pandang aku,
aku pandang kau, kemudian pandang pintu rumah. Pertengkaran antara Azrul Fahmi dan
isterinya boleh didengar hingga ke luar.
“Jom,”
jawab Eiyaad. Abang sulung di sebelah pun tidak membantah.
Dalam kereta diam, tiba di kompleks
membeli-belah pun diam. Serba-salah Ne’a, kelam-kabut meninggalkan pasangan
‘bahagia’ tadi, dompet pun dia tidak bawa. Dia yang mengajak tengok wayang, tapi
nampaknya Eiyaad yang perlu bayar.
“Ne’a, sinilah,” tegur Eiyaad,
mengajak Ne’a mengikutnya.
“Panggung kat sana, Bang,” balas
Ne’a lemah. Bukan dia hendak menonton wayang sangat pun.
“Ke sini. Abang nak ajak Ne’a ke
satu kedai ni.”
Patuh Ne’a menurut langkah Eiyaad.
Apa-apa sajalah. Buang masa sejam dua di kompleks ini, balik rumah nanti,
harap-harap pasangan ‘bahagia’ sudah tiada.
“Buat apa kita ke sini, Bang?” suara
Ne’a memang suara orang kehairanan. Kedai emas? Kaunter berisi barang kemas
dipandang dengan dahi yang berkerut.
“Beli cincin tanda. Buat apa tengok
wayang, baik Abang tengok Ne’a saja. Dan Abang nak tengok Ne’a selama-lamanya.”
singgah sini
ReplyDeletesila sila!
DeleteSambung pleaaaassseeee pn writer, jd cerpang pun xpe....
ReplyDeletehmm nak fokus on citer Melin dulu lah
Deleteending yang boleh difahami....tapi nina, tak cukuplah. kena jadi cerita panjang baru best!
ReplyDeletetulah sbb masa ni dah 17ms, so kena stoplah. sbb klu tak salah, cerpen ni dlm 15ms
Deletex sabar tunggu sambungan
ReplyDeleteHEM tak pastilah ada x sambungan :)
Deletebest.
ReplyDeletetq baby mio
DeleteSalam Nina,,
ReplyDeletePermintaan melampau dari kak ita ni... cer sambung sikit cerpen ni jadi cerpan sb nak tau la Ne'a kawin ngan abg hensem @ cinta zaman tadika lagi tu.. juga nak tau apa cer ngan en akauntan dan cik doktor tu...
cerpen ni best
anyway thanks ya tt novel terbaru Nina untuk kak ita..
love
kakita
he he he ni lah hasil tulisan org yg hidupnya huru hara, ending pun tergantung!
DeleteTerbaik kak! Sy selalu follow dari jauh je. Hari ni gatal plk nak komen.. hehe
ReplyDeleteerrr...awak tak tau ke, gatal2 ni mmg sy suka LOL!
Deletehaaa pilih cincin mana nak pakai lagi berbaloi dari pilih wayang mana nak tengok
ReplyDeleteso said the material girl, ha ha ha! (niway, i agree!!)
Deletebest, berbunga, bintang...aduhhhh
ReplyDeletehe he he
Deletewow eiyad pantas jgn tgu lama2 hehe
ReplyDeleteini pun geng tangguh tak selesa LOL
Deletelg bagus tgk ne'a tiap2 hari
ReplyDeletekan? kan?
Deletesambung!!!!!!!! jgn end lagi
ReplyDeletehmm dalam pertimbangan...
DeleteHanina another Good one and can I kill that stupid Fake Azrul! go Eyad Go! And plez
ReplyDeletemmg ada mamat bangap cam Azrul ni, derang ingat kawin ni main2
DeleteUihhh...... Saya suka Ne'a ngan Yad....... En. Azrullllll..... Sila berambus hokeyyy....... Erkkkk........ Ah x kira, gatal gatal pun Ai okay jer!!! so..... Niinaaaa........... Yuhuuuu......sambung la sambung la....
ReplyDeleteEhemmm....... Ehemmmm........ Tanguh tak selesa....... Hik hik hik
tangguh tak selesa...hmm kat mana pernah dengar ye? :)
Deletea simple straight forward short story!
ReplyDeleteKu dh dpt predict mesti perkahwinan si azrul tu tak menjadi dan cliche nye dpt tangkap dah mesti si bini nk buat serang-serang ala-ala world war - chekedis betuiii
tengok tajuk puppy love tu ku dah rasa pasti akan muncul jejaka cinta monyet di jaman kechik-kechik.
kena bagi rempah retus lagi lah hanina supaya cerpen ni yummy utk di hidangkan.
sekian kbai ....
tu arr kita tak pandai lah tulis cerpen...
Deletebut then tajuk kenalah relevan kan? n bila dah puppy love tu of coz la ada seseorang dari jaman childhoodnya
hmmm....back to the drawing board
eh terus beli cincin? pantas btul abg hensem nii.. hehe
ReplyDeletesmbung skit lg ye.. siiiikiitttt je.. hehe
memang epic fail ending nya :)
DeleteDorg akan kahwin x lps ni....?haha...
ReplyDeletehmm lets have a happy ending huh...tp ne'a akan buat eiyaad tertunggu2
DeleteYehhh....akak pun vote for eyad....go eyad go...
ReplyDeletetq for d vote kata eiyaad
Deletememe awesome......bila nak sambungnyer.....
ReplyDeleteentah lerrr, Dia Seadanya pun belum siap2
Deleteuiii beli cincin. nak kahwin ke?
ReplyDeleteor nak bertunang?
DeletePerghhh...giler cairrr...meleleh..leleh..
ReplyDeleteOh Niinaaaa.....congratulations....! Seteguh Fayqa dah ada kat kedai yer. Weekend ni akak terjah, tak kira.
terjah jgn tak terjah...
DeleteAssalamu'alaikum. Ya Allah sweetnya abam Eiyaad. Lepasni abam cakap kat mak ayah dan abg ci Ne'a lagi k nak ambil Ne'a jd istri. Kak Nina please sambung lagi please....
ReplyDeleteada jg niat nak sambung tp nak kena siapkan DS dulu
DeleteSaya tunggu DS☺
DeletePlease sambung. Sy dah baca seteguh fayqa..best le cerita sis. Langsung tak mengecewakan. Tersendiri n sungguh deabak. Sy ada ketiga2 novel sis.
ReplyDeletetqvm kerana mengundi saya 3x :)
DeleteBESTnya... smbung lah lagi.... klu terlalu panjang untuk cerpen,,, jadikan lah novel..sweetnya Eiyaad (abng Handsome) hehehe... mcm 3 novel Hanina tuh.. PMS, KNK & SF.. kita sllu teruja dgn karya2 Hanina... memiliki ke-3 novel ni.. memang berbaloi2.. kesmuanya mempunyai kekuatan cerita yg tersendiri.. cpt2lah smbung yeah....Puppy Love
ReplyDeletewill try to...tp dono when
Deletebaru berkesempatan mbaca cerpen ni - cerpen yg kena reject JS Adiwarna kan?
ReplyDeletehmmm i kena vote along wit JS - cerpen ni kurang menyegat! bila baca terasa ada byk benda yg kurang perisa.(not mean u mesti include yg sexymexy - sbb if part sexymexy ni mmg nk muntah hijo bila baca - slalu ku skip part mcm ni)
part awal tu sgt meleret & bila ke akhir mcm tergesa-gesa merojak
sgt kelakar bila ada part bini azrul attack ke rumah Ne'a - benda ni sgt fofular & cliche di dlm novel lama2 zaman tok kaduk!!! kasi kreatif cikit!
ya...sy sokong pendapat Cik Farah 200%. memang give up ler tulis cerpen ni. but err....isteri azrul attack suami eh bukan ne'a, itu pun style tok kaduk ke? (note to self: no serang2 ....ever)
DeleteAwesomenyaaa nak beli
ReplyDeleteciter ni bessssssssss
ReplyDeletekembangkan jadi novel lah sis
nak lagiiii....dalam otak dah nampak..double triple sweeeetttttnyerrr..Ne'a n Eiyaad...huhuhu...nak lagi..
ReplyDeleteSetuju... :)
DeleteNice article written here. I got to know a few more Info. This info is really good.. Thanks
ReplyDeleteTrebinje stan
interesting blog. It would be abounding if you can accommodate added abstracts about it. Acknowledgment you
ReplyDeleteSarajevo apartment
Thank you for the able writeup. It in adeptness was a action commemoration it. Emphasis exhausted to far added able from you
ReplyDeleteSarajevo apartment
Minta email kak hanina abdullah la... mau??
ReplyDeleteNi email saye, lee.dinilestary10@gmail.com
ReplyDeleteNi email saye, lee.dinilestary10@gmail.com
ReplyDeleteMinta email kak hanina abdullah la... mau??
ReplyDeletebest citer ni.
ReplyDeleteCik Nina...Awak Kat Mane?...Awak Kat Mane?...Awak Kat Mane???
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Salam, blog ni comel sangat. Kalau ada masa silalah jemput ke blog penulisan saya http://sayaafeenashah.blogspot.my/
ReplyDeleteLamanya mghilang cik nina ni!
ReplyDeletemana cik nina? btw, please release this cerpen....tak tahu dah berapa kali baca, but still tersenyum.....
ReplyDeleteplease please please...release it asap
Assalam...cik Nina...awak sihat? Lama nye tunggu blog ni di update..��
ReplyDeleteAgen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
ReplyDeleteBergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).
Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :
- SBOBET BOLA
- SBOBET CASINO
- ION CASINO
- MAXBET
- TANGKAS 365
- 368bet
- SABUNG AYAM
- CBO855
Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )
PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
-Bonus Depo Bola 50%
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman
Costumer Service 24 Jam Online :
Pin BBM : 7B2EC260
Pin BBM khusus : mgmcash8
Whatsapp atau nomor sms :
+66615620266
YM : mgmcash88
http://nalurerenewws.blogspot.com/2018/08/taipanqq-wanita-hindari-3-kalimat-ini.html
ReplyDeletehttp://infotaipanbiru.blogspot.com/2018/08/taipanqq-4-perberdaan-kebiasaan-tidur.html
Taipanbiru
TAIPANBIRU . COM | QQTAIPAN .NET | ASIATAIPAN . COM |
-KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
• BandarQ
• AduQ
• Capsasusun
• Domino99
• Poker
• BandarPoker
• Sakong
• Bandar66
Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
customer service kami yang profesional dan ramah.
NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
• WA: +62 813 8217 0873
• BB : E314EED5
Daftar taipanqq
Taipanqq
taipanqq.com
Agen BandarQ
Kartu Online
Taipan1945
Judi Online
AgenSakong
Kenapa penghujung dia tergantung .. frustnyaa..
ReplyDeletesiapa yg tahu.. what happen to this author? lama dah menyepi blog ni
ReplyDeletebursa
ReplyDeleteçankırı
çorum
denizli
diyarbakır
edirne
elazığ
erzincan
erzurum
mmorpg
ReplyDeleteinstagram takipçi satın al
tiktok jeton hilesi
Tiktok jeton hilesi
SAC EKİMİ ANTALYA
Takipçi
İNSTAGRAM TAKİPÇİ SATIN AL
metin2 pvp serverlar
İnstagram Takipçi Satın Al
En Son Çıkan Perde Modelleri
ReplyDeletesms onay
mobil ödeme bozdurma
NFT NASIL ALİNİR
ankara evden eve nakliyat
trafik sigortası
Dedektör
Website Kurma
aşk kitapları
üsküdar alarko carrier klima servisi
ReplyDeleteataşehir toshiba klima servisi
kadıköy lg klima servisi
maltepe alarko carrier klima servisi
kadıköy alarko carrier klima servisi
maltepe daikin klima servisi
ümraniye beko klima servisi
beykoz lg klima servisi
üsküdar lg klima servisi