“Jemputlah masuk, Puan Sri! Terima kasihlah sudi datang ke teratak buruk kami.” Bermanis-manis mulut Hajjah Rahmah dengan wanita anggun yang bakal menjadi besannya.
“Alah, Hajjah. Apa pulak teratak buruknya. Laman depan Hajjah saja pun, dah kalah rumah saya. Banyaknya bunga,” balas Puan Sri Maimun yang tidak pernah sombong dengan darjat suaminya.
“Assalamualaikum, Puan Sri. Jemput masuk,” ucap Husna sambil bersalam dan mencium tangan Puan Sri Maimun.
“Haaa, ni pun Husna. Apa pulak Puan Sri-Puan Sri ni, panggil Auntie Mai sajalah. Ada rezeki, nanti Husna panggil Mama ya,” jawab Puan Sri Maimun sambil mendakap dan mencium pipi Husna kiri dan kanan. Amboi, mesranya dia, fikir Husna. Wal hal ini kali pertama jumpa. Hairan juga Husna, bagaimana Puan Sri ini jadi mesra sangat dengan dia.
“Zahrain, tengok Husna ni. Kan manis? Untung Mama kalau dapat dia sebagai menantu.” Muka Husna dah meruap-ruap kemerahan. Ya Allah, manalah aku nak letakkan muka ni fikirnya. Semalam bukan main lagi aku menyeringai dengan si Zahrain ini. Husna menundukkan mukanya, malu nak memandang wajah Zahrain. Makin sukalah Puan Sri Maimun melihat gelagat Husna. Di bandaraya ni, mana lagi nak jumpa gadis bersikap pemalu begini. Yang lepas laku, memang berlambak-lambak.
Zahrain tak menjawab, hanya ada senyuman pendek yang dipaksa di wajahnya. Husna melarikan diri ke dapur, buat-buat sibuk membantu Mak Dah. Wal hal semua makanan sudah siap dimasak, tinggal hendak bawa keluar ke ruang makan sahaja.
Bila Husna menatang talam membawa hidangan ke ruang makan, semua orang berhenti berbual. Tiga pasang mata tak lepas-lepas memandang segala gerak gerinya. Selesai menghidang, Husna menjemput mereka makan.
“Amboi! Sedapnya bihun. Husna masak ke?” Puji Puan Sri Maimun. Jadi tak selesa Husna dibuatnya, bihun biasa-biasa sahaja, kenapalah dipuji berlebihan.
“Ummi yang masak, Auntie. Una tolong potong-potong bawang saja.” Jawapan lurus dari Husna.
“Tak makan Zahrain?” Tanya Hajjah Rahmah bila melihat Zahrain langsung tidak mengusik bihun di pinggannya. Sudah ditegur barulah dijamahnya bihun itu. Terpancar perasaan bosan di wajahnya. Bosan hanya duduk dan mendengar dua orang wanita separuh umur berbual-bual.
Husna mengambil dulang untuk masuk semula ke dapur. “Eh, Husna. Marilah makan sekali, temankan kami. Boleh kita bersembang-sembang.” Ajak Puan Sri Maimun. Husna tidak ada pilihan lain, dia mengambil tempat duduk di sebelah Umminya.
Banyak juga soalan dari Puan Sri Maimun. Tentang pelajarannya, tentang pengalamannya di U.K., tentang kakak-kakak dan abangnya. Satu-satu dijawab Husna. Zahrain pula diam membatu, hanya sekali-sekala menyuap makanan atau menghirup minuman. Selepas habis bihun di pinggannya, Puan Sri Maimun membuka topik hangat yang menjadi mimpi ngeri Husna.
“Husna, Ummi kamu dah bagi tau kan tentang hajat keluarga kami?” Dia bertanya sambil matanya tak lepas-lepas memandang Husna. Anak gadis itu memandang ke bawah. Agak-agaknya macam mana muka si Zahrain tu sekarang? Mencebik ke? Senyum sinis ke? Apa aku nak jawab ni? Berputar-putar Husna berfikir. Tak mahu, tapi dek mengingatkan Babah, terpaksa jawab mahu. Nak jawab mahu pula, malulah. Malu teramat sangat nak jawab mahukan anak bujang orang. Maka akhirnya, tak terjawab dia soalan itu.
“Auntie datang ni nak tanya jawapan Husna. Kalau Husna setuju, Auntie sekeluarga bersyukur sangat, dapat menantu yang baik. Kalau Husna tak setuju, yelah, tak ada rezeki kami lah tu,” lembut cakap Puan Sri Maimun. Husna yang mendengar, menjadi bertambah malu. Malu dengan mulia bicara seorang wanita yang berdarjat tinggi kepadanya. Wal hal siapalah dia, gadis hingusan yang baru tamat belajar, yang tidak punya apa-apa, melainkan keluarga yang menyayanginya. Husna terus berdiam diri, dia benar-benar kelu. Matanya tak lepas memandang kedua tangannya di atas riba.
“Husna dah ada yang punya ke?” Tanya Puan Sri Maimun apabila Husna diam tanpa jawapan. Husna menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan-lahan.
“Kalau tak ada, Husna jadi menantu Auntie ye?” Puan Sri Maimun memujuk. Husna rasa dia perlu menjawab, Puan Sri sampai kan sudah memujuk, kalau dia tidak menjawab, tentu jatuh air muka Puan Sri.
“Anak Auntie setuju ke untuk terima Una? Una ni biasa-biasa saja.” Balas Husna dengan suara yang sangat perlahan. Hipokrit sangat aku ni, dah tahu dia tak hendakkan aku, perlu tanya lagi ke?
“Kami dah berbincang satu keluarga. Kami semua dah bersetuju, termasuklah Zahrain,” jawab Puan Sri. Zahrain masih tetap diam membatu.
“Tapi dia tak kata apa pun Auntie?” Dengan rasa malu yang tersangat-sangat, Husna membuka ruang untuk Zahrain menarik diri. Walaupun dia sedar dia perlu membantu Babahnya, dia sendiri tidak tahu bagaimana sebuah ikatan perkahwinan boleh dibina tanpa persetujuan kedua belah pihak.
“Mama, Hajjah, boleh saya bercakap dengan Nawwal sekejap?” Terkejut Husna bila Zahrain membuka mulutnya. Terpaku dia memandang wajah jejaka yang sedari tadi membatu tidak berkata apa-apa. Puan Sri Maimun dan Hajjah Rahmah juga kelihatan terkejut.
“Hajjah, boleh Hajjah tunjukkan saya orkid-orkid Hajjah di luar tu? Tadi saya sempat tengok sepintas lalu saja,” lancar Puan Sri Maimun mendapat idea untuk beredar dari ruang makan itu.
“Eh, boleh, boleh,” jawab Hajjah Rahmah. Kalau diikutkan hatinya, Hajjah Rahmah keberatan hendak meninggalkan anaknya berduaan dengan anak Puan Sri Maimun ini. Bukan tak percayakan Zahrain, tetapi lebih kepada tak percayakan Husna. Retikah Husna berbincang perkara penting mengenai masa depannya ini? Tapi Puan Sri Maimun sudah pun bangun, Hajjah Rahmah tiada pilihan lagi, terpaksa membawa tetamunya itu melihat orkid-orkid di halaman hadapan rumahnya.
Sebaik saja Puan Sri Maimun dan Hajjah Rahmah keluar dari ruang makan itu, Zahrain terus menyerang dengan pukulan smash, “Semalam bukankah dah jelas awak kata awak tidak mahu berkahwin dengan saya.”
“Ya,” jawab Husna berhati-hati.
“Habis? Kenapa hari ini awak tidak berterus terang saja dengan Mama saya?” Wah, serangan bertubi-tubi ni, fikir Husna.
“Saya pun tak faham. Semalam awak kata tak nak, tapi kenapa hari ini awak datang dengan Mama awak?” Terlintas di minda Husna, kenapalah kalau bercakap dengan mamat ini mesti soalan dijawab dengan soalan?
“Sebenarnya, Cik Nawwal, saya sendiri pun tak faham, kenapalah Mama saya tu berkenan sangat dengan awak. Dia dah bulat tekad nakkan awak, bukan saya yang nak. Saya datang ni, hanya kerana terpaksa.” Memang si Zahrain ni golongan jejaka tampan, tapi pada saat ini, ketika ini, wajahnya sangat jelek di pandangan Husna. Apa tidaknya, sambil bercakap mulutnya mencebik, hidungnya ke atas. Apa dia ingat aku mahukan dia sangat? Marah Husna sudah memuncak, nasib baik dia tersedar, lalu cepat-cepat dia beristighfar dalam hati. Ingatkan Babah, Husna.
“Kalau begitu, awak cakaplah kepada Mama awak dan Ummi saya yang awak tak setuju kita berkahwin,” sambil menjawab Husna melembutkan kata-katanya. Bak kata orang tua-tua, menarik rambut dalam tepung perlu berhati-hati.
“No, you tell them that you don't agree to this marriage,” walaupun Zahrain mengawal suaranya supaya tidak kedengaran oleh Puan Sri Maimun dan Hajjah Rahmah yang berada di luar, memang jelas marahnya pada Husna.
“I can't, I really can't,” jawab Husna dengan nada merayu.
“Kenapa? Bapa awak arahkan awak supaya, by hook or by crook, kahwin juga dengan saya? Supaya kontrak dari syarikat bapa saya terjamin? I can't believe this. Zaman sekarang ini, ada lagi orang yang menjual anak!” Tersirap darah Husna mendengar Zahrain menghina Babahnya.
“Awak tak perlu hina bapa saya,” Husna mengetap-ngetap giginya, cuba menahan diri dari berkata sesuatu yang akan lebih memburukkan keadaan.
“It's the truth, isn't it? Your father is desperate. You can't deny it. Syarikatnya dah nak jahanam. Dia dah tak ada cara untuk menyelamatkan syarikatnya. Kalau boleh jual anak, dia jual!” Confirm, kata Husna dalam hati, tak pernah aku jumpa lelaki yang lebih jelek dari mamat seorang ni.
“Leave my father out of this. Awak tak ingat ke? Keluarga awak yang hendak meminang saya. Kalau awak tak nak kahwin dengan saya, awak cakaplah kepada Mama awak bila dia masuk nanti. Saya pun hairan, awak tak mahu, tapi paksa saya untuk menolak. Walhal awak tu lelaki.”
Oooo.....Marah Zahrain dah memuncak, ego lelakinya dah dipijak dek budak ingusan ini. Dipandangnya Husna bagai nak ditelan! Tapi apa yang boleh dia katakan. Demi sayangkan Mama, dia terpaksa menurut. Peluangnya melepaskan diri adalah dengan membuat budak ini membencinya sehingga dia menolak pinangan Mama.
“Awak tak mahu tolak pinangan Mama saya? Awak sanggup kahwin dengan lelaki yang tak inginkan awak? Awak ni waras ke tidak? Inilah buktinya bapa awak dah paksa awak untuk berkahwin dengan saya kan?”
“Sekali lagi saya ingatkan awak. Jangan libatkan bapa saya! Kalau awak hina bapa saya sekali lagi, saya akan bagi tahu Mama awak yang saya akan mengikut keputusan keluarga saya,” Husna sendiri tidak tahu dari mana datangnya kekuatan yang menyelinap ke seluruh badannya. Ini semua disebabkan rasa marah yang tidak terhingga yang dia tidak pernah rasai sebelum ini. Babahnya manusia yang paling baik dalam dunia, siapa si Zahrain ini, sewenang-wenang mengutuk Babah.
“You conniving little b.....,” Zahrain tidak sempat menyebut makian itu kerana pada saat itu, ketika itu, renungan Husna yang tajam menukar gadis yang awalnya tadi dia fikir lembik, tidak berpendirian, kepada seorang wanita …...besi. She's quite …... something, fikirnya. Huh? Apa yang aku merepek ni? Budak hingusan ni nak bermain api dengan aku? Ooooookey, mari kita lihat siapa yang akan terbakar....
“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okay, saya akan bagi tahu Mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” Mata Husna ditenungnya tajam.
Kelu lidah, terhenti jantung, ternganga mulut. “What have you done, Nawwal Husna?” tanyanya kepada dirinya sendiri.
best2 sangat crita ni, lain dari yg lain... cik writer yg budiman, rajin2kn la update crita ni... tersangatlh best
ReplyDeletehabisla....her life gonna change after married...haha..xsabar nk tunggu next n3..
ReplyDeleteyes, ade blog rupanya..best la citer ni..hehe
ReplyDeletesalam dear...leh email mie x..mie ade hal ckit nk tnye ttg novel ni...A.S.A.P tau...
ReplyDeleteqaira85@yahoo.com.my
terbaik... hehe
ReplyDeleteassalamualaikum....awak ade fb x....
ReplyDeletepewwiiittt..best giler cerita niyh....tuggu updates later n later on... kalo dah ada buku tunggu nak beli ajer taw!
ReplyDelete