“Husna, pagi tadi Auntie Mai telefon. Katanya petang ni dia nak bertandang ke rumah kita.” Selamba saja cakap Hajjah Rahmah. Walhal dia tak tahu betapa berkocaknya jiwa Husna mendengar berita ini.
Husna yang sedang sedap menjamu selera makan tengahari bersama Umminya dan Nawrah, terasa hilang nafsu makan. Dijelingnya Nawrah, kakaknya pun sudah berhenti menyuap makanan dan sedang menanti responnya.
“Ummi.....semalam baru saja jumpa anaknya, petang ni Puan Sri pula nak datang?” Bagai ada protes dalam respon Husna.
“Ish, tak baiklah Husna, tetamu nak datang, takkan kita nak kata jangan? Tak pernah dibuat dek orang. Tetamu datang bawa rezeki, tau!” Hairan juga Hajjah Rahmah, kenapa begini pula Husna ni, macam tak tahu adat.
“Kadang-kadang bawa jodoh,” spontan Nawrah menambah. Kan kena jegil dengan Husna! Baru kakaknya tersedar yang dia terlajak cakap.
“Haah, Husna. Auntie Mai kata Zahrain pun ikut.” Bom kedua pula dijatuhkan oleh Umminya.
Tersedak Husna mendengar Zahrain akan ke rumah mereka petang ini. Bukankah semalam dia kata tak mahu kat aku ni? Habis datang nak buat apa? Buat menyakitkan hati saja.
“Eh, eh, budak Husna ni, kenapa?” Tanya Hajjah Rahmah, sambil menghulurkan segelas air kosong kepada Husna. Husna memandang tajam ke arah Nawrah, bagaikan minta tolong. Nawrah pula tunduk memandang pinggan makannya, macam tak pernah tengok corak kat pinggan Ummi.
“Nawrah, tunggu ye sampai Auntie Mai datang. Boleh tolong Ummi buat kuih untuk minum petang ni. Ummi ingat nak goreng bihun Singapura sekali.” Hajjah Rahmah merangka-rangka menu untuk petang ini, kan tetamu istimewa nak datang.
“Eh, maaflah Ummi. Lepas makan ni, Nora kena balik. Abang Din nak ajak jenguk kawannya yang masuk hospital.” Betul ke ni? fikir Husna. Entah-entah alasan Kak Nora nak melepaskan diri. Husna mengerutkan dahinya ke arah Nawrah, bagai memberi isyarat suruh dia tunggu juga petang ni. Nawrah membalas dengan menjongketkan bahu.
“Husna ajalah yang tolong Ummi ye.” Itu sudah pastilah. Macamlah dia boleh lari. Kalau dia nak lari pun, nak lari ke mana.
Usai makan tengahari, Husna menarik tangan kakaknya, mengajaknya sama-sama membasuh pinggan. Sebenarnya dia nak melancarkan kempen, kempen Bantu Nawwal Husna!
“Kak Nora, Akak tak boleh balik. Saya nak buat macam mana berjumpa dengan Zahrain petang ni? Semalam bukan main lagi saya berlagak dengan dia. Takkan petang ni saya nak merayu dia suruh kahwin dengan saya pulak?” Husna betul-betul sudah cemas.
“Tak bolehlah Una, memang betul Abang Din nak melawat kawan dia sakit kat hospital. Akak tak tipu.” Nawrah mempertahankan dirinya.
“Alah Kak, saya ni pun sakit juga ni. Sakit teruk ni. I need your support.”
“Una, play it by earlah. Ada peluang kau katalah kau setuju nak kahwin dengan dia.” Nawrah memberi cadangan.
“Wah, wah, wah. Bernasnya cadangan Akak. Kak, Kak ingat senang ke nak tarik balik apa yang saya kata kepada dia semalam.” Waah! Where to put my face!!
“Una, yang kau semalam brutal sangat dengan dia kenapa? Selalunya kau tak delah extreme sangat.” hairan juga Nawrah. Eh, dah jadi salah aku ke ni Kak? Getus Husna. Kalau Kak Nora yang berjumpa dengan Zahrain semalam, entah-entah lagi teruk dia kerjakan.
“Kak, Kak kena tolong Una!” merayu-rayu Husna, dia sudah tak tahu apa yang nak dibuat nanti.
“Una, kalau Akak ada pun, bukan Akak boleh buat apa. Tambah pula ada Izzat dan Izmal, asyik mengelek dia orang sajalah.” Memang Kak Nora dah tak boleh nak diminta tolong.
Sudahnya, Nawrah pulang dengan anak-anaknya selepas selesai membasuh pinggan. Sempat pula dia membisikkan di telinga Husna, “Apa-apa pun, Una ingatkan Babah ye. Good luck, Dik!”
No comments:
Post a Comment