Sunday 5 May 2013

Seteguh Fayqa Bab 23, sikit Bab 24


Salam, otak sy kurang berfungsi minggu ini. Maka bab 23 pun cam wishy washy jer. Juga ada sedikit bab 24.

tlg komen ye, bab 23 ni banyak boleh dibaiki. tqvm 


Bab 23



“Mana Fayqa?” tanya Dzariff, tangan menyuap nasi ke mulut. Balik lewat dari pejabat, tidak sempat makan malam bersama keluarga, makan di dapur sahaja.

“Ambil angin,” jawab Dzalia, tangan membilas pinggan di sinki.

“Di mana?”

Tangan dilap, Dzalia berpusing dan merenung tepat-tepat wajah abangnya, “Abang, sometimes a girl just need some space.”

“PMS?” tanya si abang.

Mata menjuling ke atas, selagi tak diberitahu, tak habis-habis soalannya, “Siang tadi dia pergi makan tengahari di rumah Datin Raudhah.”

“Datin who?”

“Isteri Dato Ishaq.”

Terhenti suapan nasi, Dzalia has his full attention now, “Why?”

“Datin Raudhah nak pujuk Pekah suruh berbaik dengan mamanya.”

“Nak suruh Fayqa duduk di rumah mereka?” nada suara tu, cuakkah?

“Itu yang terbaik,” tenang jawab si adik.

“Kau pula tu kenapa? Sejak bila menyibuk jadi jaksa pendamai?” mata mencerun memandang si adik.

“Apa pulak, dah abang dia minta tolong, Yaya tolonglah,” jengkel bunyi suara Dzalia.

“Abang? Abang macam mana tu? Mak lain-lain, bapa asing-asing.”

“If you want to get technical, Abang, dia orang tu, orang Melayu sebut adik beradik anjing, tahu. Mak Pekah kahwin dengan bapa Abang Iz, tapi kalau nak manja-manja macam kucing, apa salahnya,” sengaja si adik membakar si abang. Seronok hendak melihat reaksi abang, kasi kocak-kocak telaga hatinya, supaya timbul apa yang ada di dasar.

“Oooo Khairul Izwan.... dreamy....., untung Pekah dapat 'abang' handsome macam tu,” celah Dzureen yang masih mengelap pinggan.

Kening Dzalia terjungkit sekali, mata masih tertancap ke arap si abang, yang kononnya maintain macho. Tapi bagi Dzalia yang berpuluh tahun membesar bersama si abang, sudah perasan sesuatu! Oooo...geli hati sungguh mengusik Abang!

“Hmm... esok diaorang ada lunch date. Suatu perkembangan yang memberangsangkan,” mencerun mata Dzalia memandang wajah abangnya yang tekun menghabiskan nasi di pinggan.

Pinggan kosong diletakkan ke dalam sinki, tangan dibasuh. Dzariff naik ke biliknya di atas tanpa sebarang komen.

“Pinggan sebiji pun tak reti basuh,” cemuh Dzureen.

Selesai mandi dan solat, Dzariff terus merebahkan badannya ke katil. Tidak sampai lima minit dia menikmati tilam empuknya, telefonnya berbunyi berdenting-denting. Dalam hati marah juga dengan Mushrifah, malam-malam gemar sangat berbincang tentang business. Tapi bila ditelek skrin telefon, bukan Mushrifah yang menghantar mesej melalui Whatsapp tetapi Dzahim! Terkejut Dzariff dibuatnya sebab Dzahim tidak pernah menghantar Whatsapp kepadanya.

“Abang, tolong pergi ajak Apek balik. Dia ada di Tmn Metropolitan.”

Fayqa di Taman Metropolitan? Malam-malam begini? Buat apa? Beri makan nyamuk?

“Kepong?” balas Dzariff.


“Yup, atas menara.”

“Dia buat apa di situ?”

“Abang, tolong bawa dia balik dulu, questions later. Kena cekup dgn mat rempit nanti kang!”

Berdesup Dzariff menukar pakaian, kain pelekat ditukar kepada jeans. Kunci kereta dicapai, pintu bilik Dzalia diketuk.

“Abang keluar cari Fayqa. Kalau nak tanya apa-apa, Whatsapp Jim,” laju Dzariff meninggalkan pesan.

“Abang, Yaya ikut!”

“Tak payah, Abang nak cepat.”

Macam kilat kereta Dzariff menuju ke Taman Metropolitan. Pintu utama sudah ditutup. Mesej dihantar kepada Dzahim, masuk ikut pintu sisi, jawab si adik, dekat dengan FRIM. Pintu sisi dicari, dalam hati menyumpah-nyumpah juga dengan anak dara yang merayau malam-malam di tempat yang sunyi begini. Sengaja cari nahas. Tak sanggup Dzariff nak bayangkan jika Fayqa terserempak dengan mat-mat Rempit. Nauzubillah!

Dek kerana hendak cepat, tercungap-cungap juga Dzariff bila tiba di menara yang disebut oleh Dzahim. Walawei, nak memanjat menara pula! The things that I do for this girl! Nafas ditarik, kemudia anak-anak tangga dipanjat laju-laju tanpa membuat sebarang bunyi. Manalah tahu kut-kut ada Mat-mat Gian di atas sana.

Tiba di puncak menara, dilihat Fayqa sedang duduk di atas lantai, memeluk lutut, merenung gelap malam. Dzariff menggeleng-gelengkan kepala sambil mencari mengingatkan dirinya untuk bersabar. Jika ini adiknya sendiri, sudah tentu dia akan tarik tangan balik ke rumah tanpa berkata apa-apa.

“Nak jadi penunggu menara?” perli Dzariff dengan nada perlahan.

“Hah!! Kus semangat!” berputar tubuh Fayqa, mata terbuntang, tangan di dada.

“Tahu pun terkejut. Nasib baik saya yang seru, kalau Mat Rempit, Mat Gian macam mana?” tanpa disedari tangannya bercekak di pinggang.

“Jim suruh awak datang? Huh! Best friend apa ni?!” rengus Fayqa, dalam hati menyesal menjawab panggilan Skype Dzahim tadi.

“Best friend yang bimbangkan awak, duduk dalam gelap, di tempat sunyi, macam menjemput Mat Rempit datang mencekup,” suara mendatar bagai 'ada-aku-kisah.'

Mata dipejam, nafas ditarik dalam-dalam, “Pleaselah....I just need to sort out my thoughts.”

“Which you can do, at home, safely and comfortably,” tiada kompromi!

Nafas ditarik sekali lagi dan dilepaskan kasar, “Saya boleh jaga diri sendiri, awak tak perlu sibuk!”

Sibuk? Sibuk?!! Budak seekor ni memang nak kena! Giliran Dzariff pula untuk menarik nafas dalam-dalam, mencari sisa-sisa kesabaran.

“Saya pilih untuk menyibukkan diri merayau malam-malam dalam taman ni, panjat menara ni, datang cari awak dari sibuk nak ke balai polis buat laporan awak kena rogol,” mendatar suara Dzarif, sambil berdiri berpeluk tubuh bersandarkan tiang menara.

Berdesing telinga Fayqa mendengar, “Awak ni kan mulut tak de insuran!”

“Biar mulut tak de insuran dari perangai tak de insuran,” selamba jawapan diberi.

Mata dipejamkan, bibir diketap. Lebih baik tutup mulut, bercakap dengan si sengal ni, takkan pernah menang. Sudahlah kepala masih lagi berserabut memikirkan Mama, Auntie Raudhah dan Uncle Shaq. Datang pula si sengal! Oh! Where can a girl go to find a peace of mind?

“After you, my lady,” perli Dzarif, membongkokkan badan sambil tangan kiri menunjukkan ke arah tangga. Berlakon menjadi lelaki budiman ala-ala kisah Inggeris zaman dulu kala.

Beg sandang dicapai, Fayqa bangun dan berdetum detam melangkah menuruni tangga. Dzariff pula yang memejam mata, menahan sabar sekali lagi dengan karenah kebudak-budakkan si Fayqa. Kemudian cepat-cepat dia menuruti langkah gadis itu. Silap-silap, entah ke mana pula halanya awek brutal seorang tu. Bukan boleh diharap, entah apa di dalam kepalanya. Sambil menuruni tangga menara yang tinggi itu, terfikir-fikir dia apa yang berlaku semasa di rumah ibu tiri Fayqa sehingga gadis itu perlu membawa diri, bersunyi-sunyi di tempat yang gelap?

Tiba di bawah menara, Fayqa sudah jauh ke depan, jalan menonong-nonong, jelas sangat marah. Dzariff memperlajukan langkahnya, mengejar si gadis kepala angin. Apabila dia menghampiri Fayqa, jauh di depan kelihatan sekumpulan lelaki sedang berbual-bual di dalam gelap. Tanpa banyak fikir, tangan Fayqa digenggam dan tubuh gadis itu ditarik ke arah sebatang pokok.

Terkejut Fayqa dibuatnya, tiba-tiba si sengal menghenyakkan tubuhnya ke pokok! Sah sengal tahap petala! Baru sahaja dia membuka mulut hendak memprotes, tangan Dzariff terlebih dahulu mencekup. Makin terkejut jadinya Fayqa! Apa kena mamat ni?!

“Shh. Diam, jangan buka mulut,” bisik Dzariff, mukanya hanya tiga inci dari muka Fayqa.

Mata Dzariff mencerun memandang ke arah kumpulan lelaki tadi. Telinga Fayqa sendiri mula menangkap butiran percakapan mereka.

“Kalau nak berbincang, tak bolehkah cari tempat yang terang. Kalau dah berdua-duaan dalam gelap, tentulah timbul fitnah....”

Tangan Dzariff masih dimulut Fayqa, perlahan-lahan dia berbisik, “Pencegah maksiat.”

Terbuntang mata Fayqa, Astaghafirullahilazim....janganlah aku kena tangkap basah dengan mamat sengal ini. Tak dapat nak dibayangkan kalau terpaksa jadi isteri dia!! Dan kalau mereka ditangkap sekarang, dalam keadaan bertindih badan di belakang pokok begini, sah akan dipaksa menikah. Lalu dengan sepenuh tenaganya, kedua-dua belah tangan Fayqa menolak badan Dzariff. Namun tenaga perempuannya mana mampu mengalahkan tenaga jantan si jeneral. Tangan Fayqa digenggam dan tubuhnya semakin kuat ditindih si jeneral.

“Awak ni gilakah? Kalau diaorang nampak kita begini, masak kita,” walaupun berbisik, jelas nada marah Fayqa.

“Shh, jangan bergerak, nanti diaorang nampak. Pelan-pelan kita lari,” jawab Dzariff, matanya tertinjau-tinjau menjari jalan 'selamat.'

Sabar sajalah, Fayqa! Diri sendiri dipujuk dalam hati. Sempat juga otaknya mengira-ngira, sudah berapa kali aku dan si sengal ini dalam keadaan 'rapat' begini. Giginya diketap, sumpah! Ini kali yang terakhir. Tidak akan ada peluang lagi bagi si sengal buat aku begini.

“Okey, saya kira sampai tiga, kita gerak ke arah sana,” arah Dzariff, menunding arah dengan gerak kepala.

“Satu, dua, tiga...”

Lekas pantas Dzariff dan Fayqa bergerak, mengambil jalan yang lebih jauh tetapi selamat dari disergah pasukan pencegah maksiat. Tangan Fayqa masih dalam genggaman Dzariff, hendak ditarik pun, kuat sangat genggamannya. Tiba di luar pagar taman, tercungap-cungap mereka berdua, penat dek berlari laju. Bila agak reda lelah nafasnya, Fayqa mula mengangkat kaki, mahu bergerak ke Kancilnya. Sekali lagi tangannya digenggam Dzariff.

Matanya menjuling ke atas, Fayqa berpusing mengadap Dzariff, “Apa lagi?!!”

“Balik naik kereta saya,” perlahan sahaja tapi jelas ketegasannya.

“Why?” naik suara Fayqa satu oktaf.

“Terus balik ke rumah, tak ada melencong,” jawapan diberi dengan muka yang selamba.

“Siapa kata saya nak melencong,” cabar Fayqa.

“I'm not taking any chances,” mata Dzariff melekap ke wajah Fayqa, tidak berkelip langsung.

“Kancil?”

“Ambil esok, on the way nak pergi kerja.”

Tangan direntap bebas, Fayqa melangkah ke arah CRV Dzariff, mulutnya membebel-bebel. Tiba di depan pintu penumpang, Fayqa menunggu Dzariff untuk membuka kunci kereta. Bila tidak dibuka juga kuncinya, sekali lagi Fayqa berpusing mengadap Dzarif, ibu jari dituding ke arah pintu, tanda isyarat minta pintu dibuka.

“Apa awak kata?” tanya Dzariff.

Jelas sangat pintu tidak akan dibuka jika tiada jawapan dari Fayqa.

Sebutir-sebutir Fayqa menjawab, “Saya kata, kalau begini, baik saya duduk di rumah bapa tiri saya sahaja.”

Mencerun mata Dzariff, wajah Fayqa ditenung tajam. Sekali lagi ibu jari Fayqa menuding ke arah pintu kereta. Punat alat pengunci kereta dipicit.




Bab 24



Jam enam pagi, pintu bilik Fayqa diketuk. Fayqa membuka pintu dengan telekung masih di tubuh.

“Cepat siap, pergi ambil Kancil,” arah si jeneral.

Awalnya mamat ni hendak ke pejabat, hairan Fayqa, “Sarapan tak siap lagi,” jawabnya.

“Yaya, Yin ada. Sekali sekala biar diaorang yang masak. Lima minit.”

Pintu ditutup dengan dengusan. Kalau semalam Kancil itu dipandu balik kan senang. Ini subuh-subuh buta kena pergi ambil, hati yang panas dipujuk supaya bersabar. Serius Fayqa menimbang-nimbang untuk berpindah ke rumah bapa tirinya.

Masuk ke dalam CRV Dzariff, tidak sampai sepuluh minit, Fayqa sudah terlena. Dazriff pula sambil memandu, wajah gadis disebelahnya dijeling-jeling. Jelas nampak letih, tidak dapat tidur semalam agaknya. Selepas pulang dari 'menjemputnya' semalam, sempat Dzariff bersoal jawab dengan Dzalia. Mendengar cerita Dzalia, Dzariff berasa hairan. Budak ni tidak faham soal jodohkah? Apa salah Mamanya berkahwin lagi kalau dapat berlindung dengan suami barunya? Tambahan pula Mamanya sebatang kara di semenanjung. Dasar budak keras kepala!!

Semasa CRV Dzariff mendaki kawasan tanah tinggi melalui jalan yang berliku-liku, sedikit pun Fayqa tidak sedar. Siap berdengkur lagi. Perut Dzariff sudah berkeriut-keriut, sudah hampir tiga jam CRVnya meninggalkan kotaraya.


43 comments:

  1. Kena kidnap pergi genting Ke cameron Nina?? I like...

    ReplyDelete
  2. Waahhhhh...rinduu yaaa...akhirnya ada gak new n3...tq sis nina...

    ReplyDelete
  3. amboi dzengal...jauhnya drive nak ambil kancil ye? heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. si general risau pekah nak pindah... en jntung &en hati dia x aman.. hihi

      Delete
  4. eyh... pegi mana? jauh bebenor kete kancilnya.....ahahahahha... :)
    -Syira Azmi-

    ReplyDelete
  5. Haaa.. Lega ade entry.. Leh cuci mate.. Tade nk washy2 la kak nina ok je ni..

    ReplyDelete
  6. hemm...sikit sgt la nina...x puas..ahaks.. :P

    ReplyDelete
  7. ahah!!! ke mana pulak diorang pegi??? kate nak amek kancil..tp ni dah 3jam plak meninggalkan kota raya...jeng jeng jeng!!!

    ReplyDelete
  8. A'ah jauh plak rupanya kota metropolitan qkt pg smpi 3 jam pjlnn hehehe thanx nina

    ReplyDelete
  9. Adoii...3 jam dah.... Gi mana plak ni...

    ReplyDelete
  10. karak kah??nk blk kuantan ye jmpe mak pekah...

    ReplyDelete
  11. fuhhhh!!! naseb baek xkene cekup dgn pencegah maksiat...

    ReplyDelete
  12. Pendek sgtlaa... Dr lps mkn... Tup2 dah lari kluo si jeneral pegitaman... Br sampai jumpa pencegah maksiat plak.. Pastu terus balik... Kejap sgt laaa

    ReplyDelete
  13. wah si jeneral bwk peqah dating ktmana tu? hehe

    ReplyDelete
  14. Phew hilang rindu jiwa karat kat Dzariff dan Apek...

    Isyy.... nak bawak Apek ke mana tu, Dzariff? Tulah, ah tangkap cintan leleh, masih tak ngaku lagi... Hihihi....

    Hanina, okey jer ku baca entry ni. Sedap secukup rasa. Cuma nak lagi.... Kehkehkeh.....

    ReplyDelete
  15. love it. just too cute too sweet.... almost facing with diabetec

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Takada cacat celanya.. Suka sangat!

    ReplyDelete
  18. C Jeneral 'culik' Faye pg Cameron ke Nina? Nk bg Faye tenangkan fikiran....so sweeeettttt!!!! Smua crita Nina best2! Ayat memang slumber & mmg mengocak2 dasar hati nk tau next n3 ;)

    ReplyDelete
  19. jeneral ni..klau nk si pekah tu bersuara je la...

    ReplyDelete
  20. Salam. Satu pembetulan- adik beradik anjing ialah istilah utk mereka yg berkongsi i u kandung, ertinya sama rahim yg mengandung. Mereka tidak halal menikah. Kalau ibu dan bapa beza, itu sekadar adik beradik tirin yg halal nikah.

    ReplyDelete
  21. Wah! Jauhnya Taman Metropolitan....3 jam tak sampai2 lagi. Thanks Nina.

    ReplyDelete
  22. BEST...CINTA YG SUKAR DI UNGKAP OLEH GENERAL CUMA MELALUI PERBUATAN...

    ReplyDelete
  23. Scene nak melarikan diri daripada pencegah maksiat tu macam kabur sikitlah. Boleh tak kalau penglihatan minda tu dijelaskan sikit, hehehehehe. Macam, masa Jeneral ternampak beberapa lelaki tu, tambah sikt berkopiah dan songkok, memegang fail dan lampu suluh ka aerah sepasang manusia.. Contoohhhh jer.... Maaf yer. Saya menyahut panggilan Nina untuk komen. Hehehehehe

    P/S : Kisah Nasz dan Khaalish is perfect! Bravo.

    ReplyDelete
  24. Hahaha...macam mau bawa lari pergi kawen kat selatan Thai je.

    ReplyDelete
  25. alamak...jeneral sengal nak bawak apek g mana nie???

    ReplyDelete
  26. wowwwww...teruja bc smua cerita kak nina.. (",)

    ReplyDelete
  27. The things that I do for this girl! - saya suka.

    tiap kali baca bab Jeneral & Pekah hati saya pasti dag dig dug
    Saya suka cara jeneral, dalam marah yang berapi2 + mulut yang tak insuran + jerit pekik + muka garang (tp hensem kot) + sengal = ada rasa kasih, sayang, cinta dalam hati yg terdalam (hope) kakakakaka.. - bile hati dah suka mulut longkang pn tak kesah..huhuhuhu

    ReplyDelete
  28. Nina dearest, 10q 4 the n3. Jenuh menahan diri nak baca n3 ni masa waktu kerja siang td.
    Rasanye ok je n3 ni...suka ngan writing style u. Bersahaja n santai, x skema.
    Suka juga ngan jeneral sengal yg ala2 jeles kat hero baru cite u ni. Next n3 hopefully x terlalu lama nak tgu

    ReplyDelete
  29. uish..jauhnya kancil tu 'berjalan' smlm ada kat kepong..kejap je dh ble sampai..cameron highland maybe?..general2

    ReplyDelete
  30. hmmmmm.....jeneral dah tambah tekanan kat fayqa neh...jgn nanti fayqa tetapkan pendirian dia nak dok umah bapak tiri dia 2 sudah...meroyan nanti hangpa general haiiihhhh....x leyh nak salahkan fayqa jugak kan kalo dia x leyh nak terima hakikat yang ibu dia kahwin len setelah ayah kandung dia meninggalkan sbb mungkin masa 2 fayqa masih lagi teringat akan ayah dia n dia juga x tau yg ibu dia diganggu oleh dak2 nakal n sewaktu dengannya sbb ibu dia x bg tau ape pon dekat dia kan...so masing2 ade masalah n konflik sendiri...jgn nak menjatuhkan hukuman dengan mudah jeneral oiii....abang tiri yg bukan seayah seibu fayqa 1 agak mengancam jugak la hehehhe....general sengal u tergugat meyh hahhaa....banyak lagi neh cabaran idup yg perlu fayqa tempuh kan...bertabah la...general jgn nak pandang anak dara owang lama2 tau hahaha

    ReplyDelete
  31. alaa sikitnya.....xpuas baca nih.....

    ReplyDelete
  32. Moga dgn mase yg lmesis x update nie akn ade kisah yg lg mggemparkn..dup dap dup dap dh hati nie nk tau..

    ReplyDelete
  33. Moga dgn mase yg lmesis x update nie akn ade kisah yg lg mggemparkn..dup dap dup dap dh hati nie nk tau..

    ReplyDelete
  34. Moga dgn mase yg lmesis x update nie akn ade kisah yg lg mggemparkn..dup dap dup dap dh hati nie nk tau..

    ReplyDelete
  35. Moga dgn mase yg lmesis x update nie akn ade kisah yg lg mggemparkn..dup dap dup dap dh hati nie nk tau..

    ReplyDelete
  36. kereeen teh menyentuh hati :D
    kalo boleh folbek blog ya teh :D

    ReplyDelete
  37. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2EC260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete