Wednesday 22 May 2013

Seteguh Fayqa Bab 26


fuh! so bz. 

Amaran dari jabatan kaji cuaca, Seteguh fayqa di blog mungkin hingga bab 27 atau 28. Lepas tu bila nak siap, jawapannya belum tahu....

Bab 26 ni 13 m/s fulamak...spt biasa tulis kelam kabut.... ada apa2 yg nak ditambah baik, bilang sama saya ya. One two three four....(lame joke tgh2 mlm)




Bab 26



Bila Dzalia kata mereka akan jalankan fasa kedua projek mereka, nampaknya mereka tekun benar menjalankannya. Setiap hari Dzariff hanya mampu melihat Fayqa diusung ke sana ke sini oleh 'abangnya.'

Pergi shopping, ulasan selari Dzalia,"Abang, si Pekah ni baik sangatlah. Abang Iz nak belikan dia baju, dia tak nak. Kalau Yaya orang offer cam tu, abis....."

"Habis....," sahut Dzariff dalam hati.

Pergi piknik, ulasan selari Dzalia, " Seronoknya Pekah kat PD tadi. Rupanya baru kali kedua pergi PD. Dulu pergi dengan rombongan kolej. Si Pekah tu yang tahunya kerja sahaja. Abang Iz kata minggu depan nak bawa Pekah pergi Genting Highlands..."

"Eleh...Genting...mana nak lawan dengan Cameron..." rengus hati Dzariff.

Pergi tengok wayang, ulasan si Dzalia," Lerr Abang, Pekah tu setahun sekali pun susah nak tengok wayang. Nak jimat duit katanya, kesiankan? Abang Iz kata kalau Pekah nak tengok wayang, tetiap hari pun dia boleh bawa..."

"Tengok wayang, bergelap bagai....."

Nak dihalang, siapa dia untuk menghalang Fayqa dari keluar dengan abang tirinya. Apa alasan nak diberi? “Awak tak boleh keluar dengan abang tiri awak sebab ….. saya tak suka?” Lame!!

Jadi bila Mushrifah membuka hujjah yang mereka patut ke Kuala Terengganu untuk memastikan penggambaran produk baru syarikat mereka, tanpa banyak fikir Dzariff bersetuju sahaja. Dari saat tiba di sana, bukan proses penggambaran yang difikirkan, tetapi tetaplah budak itu di ingatan. Lagi pun dengan Mushrifah yang tersangat teliti bila bekerja, sebenarnya dia tidak perlu nak tambah apa-apa lagi. Set penggambaran yang cantik, kru yang efisien dan penulis artikel yang profesional. Pastinya coverage produk rempah masakan syarikat mereka akan nampak menarik di dalam majalah masakan keluaran bulan hadapan. Kalau tak datang pun tak apa.

Malam pertama di Kuala Terengganu, mereka berdua menjamu kru penggambaran dan penulis artikel dengan hidangan barbeque di hotel terkemuka tempat penginapan di bandar ibu negeri itu. Malam kedua pula, kru dan penulis memilih untuk makan di bandar. Jenuh juga Mushrifah merengek teringin hendak turut makan di bandar, Dzariff tetap dengan keputusannya mahu makan malam di hotel sahaja. Tak ada mood nak merayau ke mana-mana! Mushrifah pula bila Dzariff tidak pergi, dia pun tidak jadi mahu keluar ke bandar.

Makanya makan malam mereka berdua sahaja di restoran hotel yang mengadap laut yang damai dan berlatarkan bandar Kuala Terengganu yang bermandikan cahaya. Tapi gaya Dzariff makan sama seperti dia sedang makan di rumahnya, langsung tidak menikmati persekitaran yang indah. Matanya hanya fokus kepada nasi goreng makanan laut di dalam pinggan. Mushrifah di hadapan menjuling ke langit! Bukan senang nak makan dengan dia dengan setting yang begitu romantik begini. Si dia pulak buat don't know!

Melihat teman makan merangkap rakan niaganya diam sahaja, Mushrifah mula membuka bicara, “Everything went well, huh? Actually it went beyond my expectations. Hmm, tak sabar nak tengok hasilnya dalam majalah tu bulan depan.”

“I had no doubts, Mush. Kalau you yang handle, mesti hasilnya excellent,” balasan Dzariff dengan nada suara yang mendatar.

Berseri-seri muka Mushrifah mendengar pujian si rakan niaga yang sudah lama mendapat tempat di hatinya. “Jif, untuk promosi kita lepas ni....”

“Mush,” Dzariff mendongak kepala memandang gadis yang duduk di hadapannya, “ boleh tak kita cakap pasal business sebelah siang saja? You ni workaholiclah, 24 jam fikir pasal business. Malam untuk berehat, okey.”

“Okey, kita nak cakap pasal apa?” ada nada mencabar di situ. Bukannya Mushrifah tidak kenal Dzariff, sudah berpuluh tahun mengenalinya. Selain dari business, tiada topik apa lagi yang diminatinya.

“Apa-apa sajalah,” jawapan pendek seperti biasa.

“Okey.... how about...,” terdiam sebentar gadis yang petah berbicara yang sentiasa menguasai perbincangan di bilik mesyuarat, “how about..... your dream house?” Entah bagaimana, topik itu yang melintas di kepalanya.

Timbul senyuman kecil di bibir Dzariff, namun cukup untuk melihatkan lesung pipit di kiri kanan. Terpukau Mushrifah dibuatnya! Lesung-lesung pipit yang bisa menukar wajah Dzariff dari seorang businessman yang sangat serius kepada …. kepada.... seorang jejaka yang tersangat menawan. Hai....kalaulah hari-hari boleh mengadap wajah menawan ini, desah hati Mushrifah. Kalau boleh hendak mengadap hingga ke tengah malam, hingga ke subuh esok!!

“Kenapa senyum?” soalan ditanya dengan hati yang berdebar-debar.

“Mush, you are so intuitive. That's why you are such a great businesswoman,” senyuman tadi sudah menjadi meleret-leret. Semakin jelas terserlah lesung pipit sepasang di pipi.

Senyuman disambut dengan senyuman. Kalau orang tidak tahu, mesti sudah menyangka mereka pasangan yang sedang memadu kasih. Makan malam sambil tersenyum-senyum memandang kau dan aku.

“So? Apa ceritanya?” Korek cerita sudah jatuh wajib hukumnya!

“I am looking at houses now,” Dzariff membuka cerita, tapi seperti biasa mukadimahnya pendek sahaja.

“Wow! Amazing! Wait, wait! You nak beli rumah? Mummy's boy yang asyik berkepit dengan mak, nak beli rumah?” Bukan hendak mengusik, tetapi susah hendak percaya yang Dzarii yang begitu rapat dengan keluarganya hendak berpindah ke rumah sendiri.....

“I love my mother and I love my family. See, I tak malu nak mengaku. Apa hilang macho ke seorang lelaki kalau mengaku sayangkan mak dan keluarga?” Wah! Jejaka serius ini ada mood nak berjenaka pula malam ini, sekali lagi terpegun Mushrifah dibuatnya.

Tak... tak hilang macho, jawab Mushrifah dalam hati, semakin bertambah macho adalah. Sebab pastinya lelaki penyayang begini akan menjadi suami dan bapa yang penyayang juga. Macam manalah aku tak jatuh hati dengan kau, my dear business partner!!

“Tak, I tak kata Mummy's boy sorang ni tak macho,” semakin berani Mushrifah menyusun kata, “tapi.... you kalau berminat nak beli rumah... ada dua kemungkinan sahaja.

“And they are?” tanya Dzariff terus terang.

“Satu....,” Mushrifah mengurut-ngurut dagu, “you are buying for investment...”

Dzariff mengangguk-angguk kepala, telahan yang bijak...

“Dua...,” sengaja berjeda, “ you beli rumah sebab nak kahwin!”

Meletus ketawa Dzariff, siap terbahak-bahak. Mushrifah memandang wajah rakan niaganya dengan penuh kehairanan. Susah hendak melihat Dzariff ketawa besar, sebegini. Kenapa sehari dua ni perangai Dzariff berbeza sungguh?

“Hei! Betulkah you nak kahwin?” berani sekali Mushrifah bertanya.

“Tentulah!” pendek lagi jawapannya.

Dagu Mushrifah sudah jatuh ke lantai!

“Siapa yang tak mahu kawin?” giliran Dzariff untuk mencabar, “you saja yang tak mahu kahwin, kerja siang malam pagi petang. Orang lain semua nak kawin.”

“Jif! Siapa kata I tak nak kahwin? Saya perempuan normal, okey? But back to you …. dah ada calonkah?” soalan ditanya tampak tenang, hati di dalam Tuhan sahaja yang tahu.

“Jodoh kita kan ditentukan Tuhan …..,” itu sahaja yang mampu dijawab Dzariff, dia sendiri belum tahu isi hatinya yang sebenar. Yang dia tahu, otaknya asyik teringatkan budak itu.

“Oh so mysterious..... sounds like there's already somebody in your heart,” tebak Mushrifah, dalam hati berkata alangkah bertuah jika akulah orangnya.

Sang jejaka hanya mampu tersengih, teringatkan gadis yang menumpang di rumah keluarganya. Diakah orangnya? Seriously?

Mata hinggap ke wajah gadis yang duduk di hadapannya, tapi hati pula hinggap di gadis yang nun di pantai barat sana. Tersengih pula tu, membuatkan Mushrifah ralit memandang lesung pipit sepasang di pipi. Merudum-rudum gadis itu jatuh hati.

“......... Kota Damansara, okey tak?”

Huh? Berkelip-kelip mata Mushrifah, apa benda yang Dzariff tanya?

“Huh?” Oh-so-not-elegant!

“I'm asking you.... Kota Damansara okey tak?”

Melihat Mushrifah yang masih lagi kebingungan, soalannya diperjelaskan, “I plan nak beli rumah di kawasan Kota Damansara, okey tak?

Eh, kenapa tanya aku, sempat juga terlintas di kepala. Mulut pula nakal, teringin hendak bertanya, “Is it important whether I think it's okay or not?”

“You kan pandai bab-bab business, hartanah, etc. So, I nak minta pendapat you,” sambung Dzariff.

Sebab tu saja? Terbit sedikit kecewa di hati Mushrifah. Kalau dia jawab, “Of course it's important dear, you pun nak duduk di situ juga kan?” mahu aku buat lompat bintang!!

Dek kerana Mushrifah tidak menjawab, Dzariff menyambung, “I nak sama area dengan rumah keluarga I. Senang, kalau Ummi Babah pening ke, demam ke, senang nak pergi jenguk. Kalau baby sitter sakit ke, boleh minta Ummi tengokkan anak.....”

Anak? Oh my!! Melayang-layang Mushrifah berangan ….. Beginilah agaknya rasa jika berbincang tentang masa depan dengan si dia …... Dan angan-angan itu berterusan sehingga Mushrifah dibuai lena malam.

Si dia yang diangankan pula tak mampu nak memejamkan mata. Nak kata panas, bilik hotel berhawa dingin. Nak kata tidak katil tidak selesa, tilamnya tebal berinci-inci. Akhirnya telefon pintar dikeluarkan dan dibelek-belek. Nombor telefon Fayqa direnung entah berapa lama. Ummi yang berikan hari tu, entah sebab suruh pesankan apa kepada Fayqa.

Nak mesej? Nak call? Nak mesej, nak call, ada hal apa? Hal apa, Dzariff? Hal hati kaulah! Biar betul aku ni? That girl?

Sedang otak masih lagi berdebat-debat, jari-jemari cepat sahaja menaip dan menekan butang send.

“Buat apa?”

Tidak sampai seminit, telefon berlagu. Amboi cepatnya dia jawab!

“Beratur.”

Ceh! Bagus punya jawapan, beratur ke mana? Budak ni memang nak kena!

“Beratur ke mana?”

“Ironman.”

Ceh! Tengok wayang lagi! Rasanya dia tahu dengan siapa, tapi gatal juga jemari nak bertanya....

“Dengan siapa?”

“Abang Iz Kak Yaya.”

“Lewatnya.. bahaya.”

“Abang Iz ada.”

Ceh! Abang Iz, Abang Iz, Abang Iz, Abang Iz! Hati marah tapi jari-jemari berjalan juga...

“Sampai rumah nanti sms saya.”

Manalah ingat nak sms bila sampai rumah sudah hampir tengah malam! Sampai ke bilik tidur bantal memang sudah melambai-lambai panggil. Jawapnya kababoom!

Malam esoknya, bukan main terkejut Fayqa melihat si jeneral sengal bersandar di Kancil buruknya di luar butik Dzalia. Mukanya seperti biasa serius tidak beriak. Apa pula yang aku dah buat? Fikir Fayqa. Oh! Sebab tak sms semalam?

Kaki melangkah menghampiri Kancil. Dah tu nak balik naik apa lagi? Sampai di depan Kancil, si sengal masih belum bergerak. Kaku bersandar di pintu pemandu, tangan berpeluk tubuh, mata tajam memandang si gadis.

Nak kata apa? Ke tepilah? Atau.... bila balik dari Terengganu? Atau... bawa balik keropok lekor tak? Tersengih kecil Fayqa dengan lawak bodohnya sendiri.

“Kenapa lewat sangat bekerja?”

“Banyak customer nak kena settle.”

“Yaya mana?”

“Dia ada appointment dengan customer.”

“Dah makan?”

“Tak lapar.” Jawapan jual mahal.

“Dah solat?”

“Dah.” Wei....banyaknya soalan dia!!

“Jom,” butang remote kunci keretanya ditekan, selang dua biji dari Kancil Fayqa.

“Ke mana?”

“Teman saya makan.”

Mulut baru saja nak kata tak nak. Tapi bila si sengal sebut 'temankan dia makan,' macam tak mampu pula nak kata tidak. Hari tu seharian si sengal bawa dia ke Cameron Highlands untuk 'sort out her thoughts,' hari ini si sengal nak suruh temankan makan pun takkan nak menyombong pula.

“Kancil?”

“Tinggal sajalah kat sini...”

Wah, mentang-mentang kereta aku buruk, kereta pinjam...

“Takkan hilang ... hari tu tinggalkan kat Taman Metropolitan okey saja.”

Sempat Fayqa tarik muka masam, yelah tu kalau hilang pun berapa sen saja harga keretanya. Dzariff sudah tiba di keretanya. Pintu kereta dibuka untuk Fayqa. Wah! Gentleman juga mamat ni, sempat buat ulasan selari dalam hati.

Dalam kereta tidak ada sembang apa-apa. Janggal rasanya. Mereka hanya pernah sekali berbual panjang lebar, di Cameron Highlands hari tu. Tapi rasa sombong pula jika tak buka mulut, sudahlah menumpang di rumah keluarganya.

“Bila balik dari Terengganu?”

Oh, tau juga dia aku ke Terengganu, fikir Dzariff, rasa suka menerpa ke dada.

“Petang tadi.”

Cukuplah tu, fikir Fayqa. Sembang banyak-banyak, apa nak jadi BFF ke?

Kereta menghala masuk ke dalam parkir The Curve. Kecur air liur Fayqa, mengingatkan restoran ternama yang berbaris-baris di situ. Ha... tadikan bagi jawapan jual mahal. Kalau macam ni, kalau dia makan, aku makan jugalah, fikir Fayqa. Eeee tak malu.... Tapi bukannya mereka ke restoran tapi ke …... panggung wayang!

“Awak.... nak tengok wayang?” nada suara kurang berkenan.

“Takkan pergi panggung wayang nak beli baju?” Amboi sinis pula jawapan si sengal ini.

“Semalam saya baru tengok wayang,” Fayqa cuba memberikan alasan.

“Saya tahu,” aik! Lain macam saja bunyinya?

Tiba di kaunter tiket, Fayqa mencuba lagi, “Tadi kata nak makan?”

“Lepas tengok wayang, makanlah.”

Tengok wayang …. makan ….. ish macam berdatinglah pula!

“Pilih cerita,” adoi! Ajak tengok wayang pun masih lagi dengan nada perintah-perintah!

“Apa-apa pun asalkan jangan Ironman.”

Dzariff membelikan tiket wayang The Great Gatsby. Fayqa yang melihat berfikir, apa-apa sajalah! Pelik sungguh si sengal ni sorang, balik out station, angin tidak, ribut tidak, tiba-tiba ajak pergi tengok wayang. Tipu pula tu, kata konon nak pergi makan.

Beralih ke kaunter makanan, Dzariff belikan pop corn bekas besar, dua gelas minuman dan dua ketul hot dog. Lepas ni nak makan lagi? Tapi malas Fayqa nak komen. Masuk ke dalam panggung wayang, telefon Dzariff berbunyi. Segera di keluarkan dan skrin ditelek.

“Malam pun nak bincang hal business lagi,” dengus Dzariff, telefonnya dimatikan tanpa menjawab panggilan.

Melihat Dzariff mematikan telefon, Fayqa turut mengeluarkan telefonnya untuk dimatikan. Sedang menekan butang itu dan ini, terasa badannya diselimutkan. Kepala didongak, tubuhnya sudah dibaluti jaket Dzariff. Dengan penghawa dingin di dalam panggung, terasa bagai di Cameron Highlands sekali lagi.

“Nanti sejuk,” komen si jeneral.

Lampu dimatikan dan iklan-iklan dimainkan. Fayqa menghulurkan tangannya kiri dan kanan ke dalam lengan jaket. Memang dia tidak tahan sejuk. Tiba-tiba telinganya menangkap suara-suara yang sangat dia kenal.

“Gelaplah, itulah you, makan lambat sangat,” kompelin wanita sambil menuruni tangga-tangga wayang.

“Pegang bahu I,” jawab teman lelakinya.

Eh! Itu suara..... Fayqa memalingkan kepalanya. Hah! Kan dah kata! Abang Iz dan Kak Yaya!

Laju Fayqa memalingkan semula kepalanya. Kolar kemeja-T Dzariff ditarik kuat dengan kedua-dua belah tangan.

“What?!!” belum sempat Dzariff membuka mulut, jari-jari Fayqa sudah menutupnya. Tangan kanan Fayqa masih di kolar bajunya. Wajah Fayqa hanya satu inci dari wajahnya. Tidak jadi Dzariff mahu bertanya. Terkejut kolar bajunya ditarik, tapi lebih terkejut lagi dengan keadaannya yang sangat rapat dengan Fayqa. Bagai pasangan mahu .... Tidak berkelip mata Dzariff memandang wajah Fayqa. Apa kena budak ni?

Selepas seminit dua, dengan mereka berdua masih berada di dalam posisi yang sama, Fayqa meninjau-ninjau sepasang kekasih yang duduk empat baris di hadapan mereka. Kolar baju Dzariff, dilepas kan. Jari telunjuk dibibir, kemudian ditunding ke arah pasangan itu.

Bibirnya dirapatkan ke cuping telinga Dzariff, “Kak Yaya dan Abang Iz.”

Jari telunjuk Dzariff dibengkokkan dua kali di hadapan muka Fayqa, tanda meminta Fayqa mendekatkan telinganya. Bibir Dzariff pula merapati cuping telinga Fayqa, perlahan-lahan dia berbisik, “So what?”

Berkerut dahi Fayqa! So what?!! Mamat ni!

Jarinya pula dibengkok-bengkokkan di hadapan wajah Dzariff, di cuping teling Dzariff dibisikkan, “Nanti derang nampak kita!”

Giliran bibir Dzariff sekali lagi di cuping telinga Fayqa, “So?”

Ternganga mulut Fayqa! Comel gila! Bibir Dzariff terenyum lebar. Mata Fayqa mencerun, oh! he is enjoying this!

“Jom keluar!” bisik Fayqa.

“Why?” bisik Dzariff.

“WHY?!!” dek kerana marah, terlupa pula nak berbisik.

“Shhhhh!!!” marah orang di sekeliling mereka.

Alamak! Malunya! Cepat-cepat Fayqa merendahkan tubuhnya dan memandang ke arah Khairul Izwan dan Dzalia, bimbang kalau mereka berpaling ke belakang. Semakin lebar senyuman Dzariff. Dah keluar lesung pipit sepasang! Tapi kali ini sedikit pun tidak cair hati Fayqa, lagi marah adalah. Orang panik, dia lagi suka!

“Awak, jom balik!” berbisik lagi.

“Lepas habis cerita nilah,” selamba bisikan balas Dzariff.

Malas melayan pe'el si sengal, Fayqa mahu mengangkat kaki sahaja. Tiba-tiba melingkar tangan kekar Dzariff dibahunya.

“Awak! Lepaslah,” protes Fayqa, suka-suki nak peluk orang.

“Jangan keluar,” keluar perintah.

“Saya nak ke bilik air,” helah Fayqa.

“Jom, saya temankan,” kilas Dzariff.

“Bukan jauh sebatu yang awak nak temankan.”

“Faye, kita tengok wayang ini sampai habis,” keputusan muktamad.

Terkumat-kamit mulut Fayqa membebel secara senyap. Dzariff di sebelah tersenyum lagi. Lebih seronok menonton si gadis di sebelah dari menonton wayang di layar.

“Hello, mister,” bisik Fayqa, jari dituding ke arah tangan kanan Dzariff yang masih hinggap di bahu kanannya.

Senyuman masih melekat di bibir, tangan kanannya dialihkan. Hot dog di dalam bungkusan dihulurkan kepada Fayqa. Gadis itu menggeleng-gelengkan kepala.

“Nak saya suap?” walaupun berbisik, gertak tetap gertak.

Dengan muka yang masam, hot dog diambil.

“Ngadap rezeki, jangan masam muka,” tegur Dzariff.

Sekali lagi berkerut muka Fayqa, segala benda semua dia nak control! Sengal betul mamat ini!
Dzariff di sebelah tersenyum lagi. Serius, usik budak ini lagi seronok dari tengok wayang. Setiap langkah Fayqa diperhatikan. Bungkusan hot dog dibuka, lalu disuapkan ke mulut. Kemudian dia tersedar yang dia sedang diperhatikan. Dengan mulut yang sedang mengunyah, dia menggerakkn kepalanya ke arah layar wayang, sebagai isyarat menyuruh Dzariff menonton wayang, bukan dirinya. Tersenyum lagi sang jejaka. Sekali lagi Fayqa menggerakkan kepalanya ke arah layar wayang. Comel sungguh, fikir Dzariff sambil memandang bibir Fayqah yang bersememeh dengan sos. Jarinya ditudingkan ke arah sudut bibir sendiri, sebagai isyarat bibir gadis itu comot. Buntang mata Fayqa, automatik dijelirkan lidahnya menjilat sudut bibir. Ralit Dzariff memandang, liur ditelan. Bila tersedar, laju matanya beralih ke arah layar wayang.

“Bahaya...,” bisiknya kepada diri sendiri.

Usai tayangan wayang, lampu panggung dinyalakan semula. Fayqa tidak peduli, beria-ia dia menyuruh Dzariff merendahkan tubuhnya untuk mengelak dari dilihat oleh Khairul Izwan dan Dzalia. Memang tak macho, menyorok-nyorok macam budak buat salah. Tapi garangnya Fayqa, berkali-kali bahunya ditumbuk bila Dzariff degil masih tegak duduk di kerusi. Hmm, kali pertama kena tumbuk dengan perempuan! Tersengih lagi Dzariff.

Lama selepas Khairil Izwan dan Dzalia keluar dari panggung wayang melalui pintu di sebelah layar, barulah Fayqa dan Dzariff bangun dan melangkah ke pintu keluar. Tiba di luar, panjang tengkok Fayqa mencari kelibat Khairul Izwan dan Dzalia. Ternampak sahaja mereka di hadapan, jarinya memberikan isyarat kepada Dzariff. Lagak Fayqa sebiji macam Pink Panther yang menjejaki penjenayah. Mamat di sebelah selamba berjalan bagai tiada apa-apa. Fayqa menjadi stalker sehinggalah Khairul Izwan dan Dzalia masuk ke dalam BMW hitam milik abang tirinya.

Apabila kereta itu memecut pergi meninggalkan parkir bawah tanah kompleks membeli-belah itu, dengan dahi yang berkerut, Fayqa membuat rumusan, “There's something going on between those two.”

“Is there something going on between us?” itu pula yang difikirkan Dzariff, mata melekap ke wajah Pink Panther-wannabe di sebelahnya.

46 comments:

  1. I Love this ! Thanks PuanWriter :)

    ReplyDelete
  2. hahahaha.... kantoiii... sweet laaa korg nieee.... hahahahahahha

    ReplyDelete
  3. Hihi..melting melting...ahaha...

    ReplyDelete
  4. ♥♥♥♥♥♥♥♥♥ it.. as usual..kalumhanina punya garapan sure xbole miss....

    ReplyDelete
  5. Cett dzalia amik kesempatan ngorat utk masa depan. Ptt beria nau tlg si pekah :D

    ReplyDelete
  6. Comel..... en sengal memang dah jatuh cinta dgn apek....I like

    ReplyDelete
  7. rasa nak g tgk wyg lak.. haha

    ReplyDelete
  8. alahai comelnya simamat jeneral sengal ni..akak fall in lovelah ngan dia ni...first time in his life..akak rasa dia berlagak seperti budak belasan tahun mengurat dan berdating..ai like cara faqya ingin sembunyikan diri dari dikesan oleh abang tirnya iz dan yaya..comel..
    Tak sangka pulak sisengal tu ..punyalah daring bawa anak dara org pergi tgk wayang berdua sahaja ..pasal cemburu punya hal..sedangkan fayqa keluar bertiga..just wondering..what will happens next..adakah selepas ini mamat sengal tu akan lebih open dengan perhubungannya dengan sifayqa..just can't wait for the novel ini ke versi cetak...penasaran weyh...
    Bagaimana pula ek..hubungan antara mak dan anak ini ya dan adakah si fayqa telah dapat menerima kehadiran bapa tirinya..dan adakah hubungan abang tirinya begitu rapat kini dan dia telah dapat menerima kehadiran mereka dalam hidupnya...dan apa jadi pula dengan mamat yg kat oversea tu..hidup lagi ke mamat manja tu..rasa macam rindu pulak nak tahu hal dia pulak..adakah his doing well there..

    ReplyDelete
  9. Was that really 13 pages? Mcm kejap jer baca. Best sgt n3 ni. Suka baca bila Dzariff jd cam teenager bila bercinta. Bila dia nak realise yg dia dh fall in love ngan Faye?

    ReplyDelete
  10. Lesung pipit lesung pipit...nk beli lesung pipit....jatuh chenta kt lesung pipit ;D merapu awal pg...2.51 pagi y'all....

    ReplyDelete
  11. Alamak pg ni srapan hot dog dalam panggug.ak angka ada cite pink panther wannabe... i like ♡♥♡♥♡♡♥

    ReplyDelete
  12. Masing2 dating sorok2.hahaha...

    ReplyDelete
  13. homaii!!! out if this worla la si Dzariff ni... nk thk wayang rupanya :)... dia punya cemburu tu comey sesangat

    ReplyDelete
  14. Aaarghhh...nk lagi...hahaha...x sbar nk tgk yg versi cetak punya...pg2 dh angau kena dek si sengal...keke...

    ReplyDelete
  15. luv it luv it luv it ...

    ReplyDelete
  16. love these n3 so much.....kak! please dont torture us...Haha

    but i love these sweet torment haha

    ReplyDelete
  17. tak cukup... tak cukup... tak cukup... tiiipuuu. ni bukan 13 pages, macam 3 pages je. err, kepok lekor tak de ke? yang ada si faye mengekor ke panggung wayang... eheh..terbaik!!!

    ReplyDelete
  18. best meletup2..... & awwww..... so lomantik, fantastik & bombastik..... mr loba2...oops mr sengal2.... hahaha....

    ReplyDelete
  19. Sukanyaaa...bab ni.Dari awal sampai ke akhir,akak tersenyum-senyum je membacanya dah macam org tak betul ditengok rakan setugas. Memang tak patut pun baca kat tempat kerja, tapi tak daya nak menahan godaan si sengal mengurat Faye ni. Nina...jangan la berhenti kat blog dengan bab ni, sambunglah lagi ye.tak sabar nak tahu apa jadi seterusnya.

    ReplyDelete
  20. ya..something going on between us..
    jeles punya pasal, sggp ajak faye p tgk wayang..

    ReplyDelete
  21. Homai homai... really sweet

    ReplyDelete
  22. Ta tahan..tak tahan aduh syoknyaaa....hahaha..hanina..best la tgk sijeneral ngan fayqa dating camni..next nnt buat diorang dating lg ek...mush tu halau dia jauh2..

    ReplyDelete
  23. Salam Nina....this part is sweet giler. Tak sangka dalam sengal-sengal Dzariff tu, nak jugak dia ajak Fayqa tengok wayang ye? Ingatkan muka serius 24 jam. Bunga-bunga cinta dah berputik ya? And I like the idea of Yaya dengan Abang Iz.....at least Dzariff tahu yang Abang Iz bukanlah lawannya. And Fayqa, soooo lurus cam ruler. Takkan tak boleh agak jeneral sengal nak berbaik-baik tu?

    ReplyDelete
  24. Bunga sedang mekar dlm taman jeneral... Suka....

    ReplyDelete
  25. hohohohoho.....g dating yer general sengal.....hehehe.....makin x sabar nak baca dalam versi bercetak nie....

    ReplyDelete
  26. huhu..jeneral dah fikir nk beli rumah, pasal kahwin, anak2 & babysitter...sonok!

    ReplyDelete
  27. nak lagi.. Jeneral dengan pink Pink Panther-wannabe.. saya suka..

    ReplyDelete
  28. I'm new here...but seronok bc SF..n x sbr nunggu next chapt....keep work hard nani...

    ReplyDelete
  29. Bestnye....bestnye....bestnye....dh cam burung pungguk plak...rindukn SF seterusnyeeeeeee.....

    ReplyDelete
  30. Replies
    1. err kakk kate nk cte mcm mne name JIF tu mncul???

      Delete
  31. Kak Nina, why.... why so cute? (>.<')
    was in d office when i first read this post. Terpaksa menyorok tepi loker supaya staf2 tak nampak pegawai derang nih senyum sorang-sorang dan buat muka bahagia (^6^) (u know, those gestures bila kita 'cair'; kepala terlentok, bahu lembik, tapak tangan di pipi and say 'haaaaaa~~')

    balik rumah, baru dapat baca dengan penuh perasaan. Nih yang gigih komen jugak nih!

    ReplyDelete
  32. hati sedang berbunga riang ni...pls smbg a.s.a.p

    ReplyDelete
  33. ahahahhaha....menarik gile bab neh...ade yg nak jd Pink Penther 2...sah la general sengal makin angau la kat PP wanna be muahahha
    uihhhh abang tiri faye neh ade something2 ngan dzalia nehhh....

    ReplyDelete
  34. yaaa ampun cik nina ooiiii, seewiittt...mcm theory of sweetness jerrr...baca dan rasa...wa ka ka...:))))))))

    tmn bunga cik mushzz is flowering...oohh blimey!...dzeneral dah angau tahap
    infinity...rmh...ank...aduhai!..kak yaya ada appointment ngan "customer" eehhhh??!!...projek 2 tuk sapa sebnrnya kak yaya oiii? hahaha...si faye aje yg msh polos-lurus-bendul...alahai cik nina, dah nak msk haru-biru tahap 1 ke?...dzahim, where art thou? summer break is just aroun the corner...

    cik nina..."fly me to the moon, let me play up there with those stars, let me see what spring is like, on jupiter and mars...in other words, hold my hand, in other words, baby, kiss me"...(i m sure you knw d rest...SF makes me feel all these!!!)...

    happy holidays everyone!!!


    ReplyDelete
  35. seres,comel je feqah..hahahaha

    ReplyDelete
  36. Menarik & kelakar! Good job Nina!

    ReplyDelete
  37. Misunderstood b4 this, ingatkan Mushrifah special girlfriend Dzarif. What a relief!

    ReplyDelete
  38. “Is there something going on between us?”... tnya boleh..... of course there is smthing going on between them..... hahahhaha... serious comel la diorg dlm panggung tu :D
    -Syira Azmi-

    ReplyDelete
  39. Menarik :D

    Akak, jemput baca karya aimi ;)

    http://aimisyafiqahsuhaimi.blogspot.com/2013/05/pelangi-cinta-part-3.html

    ReplyDelete
  40. sukanya part ni..bc b.ulang kali pun xjemu ..

    ReplyDelete
  41. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2EC260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete