Saturday 25 May 2013

Seteguh Fayqa Bab 27


kita hanya merancang, Tuhan yg menentukan. saya fikir bab 27 ni bab terakhir di blog, tengok2 belum lagi. sebab bab 27 terpanjang dek phone conversation between faye n jeneral.

kpd best fren saya Zarra Zuyyin, 9 ms ok!! tak tipu punya :) lebih dari cukup tu untuk 1 bab.

again apa2 penambah baikan (1 word or 2 words?) please komen. stail menulis saya, taiiiiiiip je, then up kat sini, tak de nak fikir banyak2. 

tanpa di TANGGUH lagi, jemput baca....


Bab 27



Pagi esoknya, rajin pula Dzalia turun ke dapur membantu Umminya dan Fayqa menyediakan sarapan. Sambil membancuh teh, Fayqa mencuri-curi pandang wajah Dzalia. Ceria semacam!! Macam... err... macam muka orang sedang bercinta.

“Adoi!”

“Kenapa Fayqa?” tanya Hajjah Azimah, dahi sudah berkerut bimbangkan Fayqa.

“Terlupa teko ni panas, nak angkat cenggitu saja, tak guna tangkai.”

“Fikir apa tu, Fayqa? Sampai teko panas tak sedar?” tegur Hajjah Azimah.

“Fikir tentang assignment, Achik,” tipu sunat.

Terhenti Hajjah Azimah dari mengacau bihun di dalam kuali, “Fayqa, kalau tak mampu nak bekerja dan belajar serentak, berhentilah dulu kerja tu. Fokuskan kepada belajar tu dulu. Belajar tu lagi penting. Fayqakan sekarang duduk dengan Achik, sewa tak perlu bayar, makan pula, makanlah seadanya dengan kami. Duit poket pun Achik boleh beri.”

Aduh, keluh Fayqa dalam hati. Malunya.. sudahlah menumpang, Achik Zee siap nak beri duit poket. Cepat-cepatlah habis belajar, boleh duduk sendiri macam dulu-dulu.

Aduh, keluh Dzalia dalam hati. Kalau Fayqa berhenti kerja, jenuhlah aku.... mana pernah dapat pekerja secekap Fayqa. Lagi pula tiada Fayqa …. tiadalah pula alasan nak berjumpa dengan Abang Iz. Oh no!!

“Tak apa, Achik. Bukan teruk sangat kerja kat butik Kak Yaya. Kalau Fayqa banyak sangat assignments, Fayqa buat sebelah malam.”

“Macam mana nak buat assignments sebelah malam, kalau kerja pun sampai malam baru balik?”

Uiks! Mana muncul pula si sengal ni? Pagi-pagi dah sampai ke dapur? Terpana Fayqa merenung Dzariff yang siap berpakaian pejabat. Err..... he looks.... very smart!

“Yang Yaya pun biar Fayqa kerja sampai malam-malam, tak fikirkah kalau dia nak buat assignment?” terbit soalan si jeneral.

Kelat wajah Dzalia mendengar soalan abangnya. Fayqa pula masih terpinga-pinga, kalau betul Kak Yaya sibuk sampai aku tak ada masa nak buat assignment, yang dia angkut aku ke panggung wayang tu apa hal?

“Yaya ada appointment dengan customer semalam,” jawab Dzalia.

“Lelaki ke perempuan?”

Dah dia buka agensi penyiasatan pula di dapur ni, Fayqa sudah menjuling ke langit. Wajah Dzalia yang tadi kelihatan ceria berseri-seri, sudah kelihatan merah berbalam-balam.

Laju tangan Fayqa mengambil lima biji pinggan yang disusun bertingkat lalu dihulurkan kepada Dzariff, “Tolong bawa ke depan.”

Jeneral di rumah Haji Dzulqarnain masih tidak bergerak, Fayqa bersuara sekali lagi, “Tolong..... please?”

Sudah dua kali diminta tolong, takkan tak tolong. Pinggan-pinggan yang dihulurkan Fayqa disambut dengan hati yang mendongkol. Cerita Yaya dan abang tiri Fayqa akan dikorek habis-habisan.

Bila si abang sudah melangkah keluar ke depan, pandangan mata Dzalia dan Fayqa bertaut. “Thanks,” mulut Dzalia bergerak tanpa suara.

Fayqa pula yang menjadi cuak, Kak Yaya pun nampak aku dan si sengal ke semalam? Erkk!! susahlah tumpang rumah orang ni, lepas tu pergi tengok wayang pula dengan anak terunanya, lepas tu terserempak pula dengan anak daranya, yang juga bos aku. Pening! Terangkat kedua-dua belah kening Fayqa.

“Dah siap,” kata Hajjah Azimah, mengejutkan Fayqa dari memikirkan tentang hidupnya yang semakin intrigue sejak semalam.

“Meh, Fayqa bawa ke depan Achik,” pelawa Fayqa sambil mengambil mangkuk besar berisi bihun gorang dari tangan Hajjah Azimah.

“Yaya, tunggu apa lagi? Bawa cawan dan piring tu ke depan,” tegur Hajjah Azimah bila melihat Dzalia masih lagi berdiri bersandarkan sinki dapur.

Walaupun berdebar hendak mengadap abang sulungnya di ruang makan, hendak tak hendak terpaksa jugalah Dzalia mengikut langkah ibunya ke hadapan. Tentu mengamuk Abang kalau dia tahu aku keluar tengok wayang dengan Abang Iz dan bukannya pergi berjumpa customer, fikir Dzalia. Dah la pula Kuch-Kuch-Hota-Hai dia kena kerja sampai malam pula tu. Habis aku!!

Di meja makan, Haji Dzulqarnain dan Dzariff sudah duduk menunggu sarapan dihidang. Dzureen jarang turun bersarapan bersama, dia sering tidur lewat malam kerana sedang menyiapkan tesis sarjananya. Hampir pukul sepuluh pagi baru dia akan turun untuk bersarapan.

Fayqa meletakkan mangkuk bihun yang dibawa lalu menyendukkan bihun ke dalam pinggan dan dihulurkan untuk semua orang. Dzalia kelihatan resah bagai tidak senang duduk di kerusi.

“Appointment dengan customer semalam di mana Yaya?” sesi soal siasat sudah bermula. Haji Dzulqarnain suami isteri yang tidak tahu apa-apa tenang menjamu selera.

Kali ini Fayqa pun turut resah. Jika Dzariff menyebut yang dia terserempak dengan Dzalia di panggung wayang, bimbang dia jika kisah dia pergi menonton wayang dengan Dzariff turut diketahui Haji Dzulqarnain suami isteri. Ya Allah, menyesalnya pergi menonton wayang dengan si sengal. Sepatutnya mamat sebegini, buat sombong dengannya lagi bagus.

“Er... dekat sini-sini juga, Abang,” jawab Dzalia, sengaja memberi jawapan yang kabur.

“Betul juga kata Abang tu, Yaya. Fayqa kan sedang belajar. Yaya sibuk sangat, dia pula kena kerja lebih masa di butik kamu. Semalam sampai pukul sebelas malam, Fayqa belum balik. Ummi tak larat tunggu, Ummi masuk tidur dulu,” komen Hajjah Azimah kononnya mahu menyokong pendapat Dzariff.

Tapi sebaliknya terbuntang mata Dzalia mendengar Fayqa pulang sebegitu lewat. Mereka sama-sama bersolat Maghrib semalam. Lepas solat Maghrib, dia keluar untuk bertemu Khairul Izwan manakala Fayqa pula sudah bersiap mahu pulang. Ke mana Fayqa pergi hingga pukul sebelas malam belum pulang? Misteri nusantaralah, fikir Dzalia. Wajah Fayqa direnung penuh kehairanan.

Fayqa yang sedang menuangkan teh terasa berdebar. Tanpa dapat dikawal, dia mengerling ke arah Dzariff. Walau pun hanya sedetik dua, kerlingannya ditangkap oleh Dzalia. Diorang berdua ni... hmm...... mungkinkah......

“Sini-sini itu di mana Yaya? Seeloknya tak perlulah berjumpa dengan customer hingga lewat malam,” Dzariff menyambung sesi soal siasat. Selagi tidak dapat korek cerita sebenar, dia tidak akan berhenti.

Fayqa berasa bagai mahu menjuling ke langit! Sudah-sudahlah tu sengal oi! Nak berleterkan adik keluar malam, yang kau pun angkut anak dara orang hingga lewat malam apa kes? Tak faham sungguh, so control freak seorang ini.

Hangat hati Dzalia mendengar abangnya berkhutbah. Entah-entah dia dan Fayqa berdating hingga lewat malam. Walau pun dia belum pasti, ada kemungkinan juga Fayqa bertemu Farhan dan Daeng untuk berbincang tentang assignments. Tapi nak serkap jarang jugalah!

“Fayqa pula ke mana hingga lewat malam?” Abang yang mahu diserang balas, tapi Fayqa yang menjadi mangsanya.

Wajah Fayqa semakin pucat. Ya Allah, segannya jika Haji Dzulqarnain suami isteri tahu yang dia dan anak sulung mereka keluar tengok wayang semalam. Sudahlah kes dia peluk Dzariff hari tu pun belum hilang rasa malunya. Dijelingnya wajah Dzariff di sebelah, selamba kering mukanya.

“Semalam Fayqa..... Adoi!!!” belum sempat Dzariff menjawab, air teh panas sudah tercurah ke ribanya.

“Ooops.... eh, eh, maaf, maaf, tangan Fayqa macam nak terlepas tadi ......,” jenuh Fayqa meminta maaf, bimbang juga jika si jeneral meletup. Semasa menuang teh ke dalam cawan si sengal, sengaja dia “tercurah” ke riba sang jejaka. Dia tiada pilihan, bimbang dia jika Dzariff selamba memberitahu ibu bapanya yang mereka keluar tengok wayang hingga lewat malam semalam.

“Tak apa, Fayqa tak sengaja. Abang pergilah naik atas, tukar baju,” nasihat Haji Dzulqarnain.

Sebelum Dzariff naik ke atas, sempat dia merenung tajam ke arah Fayqa, bikin gadis itu gabra hingga tidak tahu bagaimana hendak beriaksi.

“Dzariff, janganlah nak marahkan Fayqa pula. Bukan dia sengaja,” tegur Hajjah Azimah.

Dzalia pula diam tidak berkutik. Sementara selamat ini, lebih baik duduk diam sahaja. Namun tidak berkelip matanya memerhatikan tingkah laku Fayqa. Baru sahaja dia bertanyakan ke mana Fayqa semalam, main tumpah-tumpah air pula.... selama ini tidak pernah pun tumpah air! Sesuatu betul!!

Dzariff pula terkocoh-kocoh naik ke atas dengan hati yang membara. Dia pasti Fayqa sengaja menumpahkan air teh tadi. Apa yang nak dibimbangkan, tengok wayang pun takut hendak mengaku? Bukannya pergi masuk hotel! Pakaiannya ditukar selaju yang mungkin lalu dia turun semula ke bawah. Tiba di bawah, yang ada hanya ibu bapanya.

“Mana Yaya dan Fayqa?” terpacul soalan.

“Dua-dua nak cepat. Fayqa ada kelas pagi ni, Yaya kata ada customer nak datang pagi,” polos jawapan Hajjah Azimah.

“Duduklah Dzariff. Nanti Babah cakap dengan Yaya, jangan buat appointment dengan customer sebelah malam. Kalau tak boleh elak juga, nanti Babah pesan suruh dia bawa staf seorang,” janji Haji Dzulqarnain, bersyukur sungguh dia punya anak sulung yang amat menjaga kebajikan adik-beradik.

Dek kerana Fayqa menumpahkan teh ke ribanya, Dzariff terlupa seketika marahnya kepada si adik yang sudah pandai menipu. Keluar dengan jantan, dengan muka yang kering mulut menyebut berjumpa customer. Bihun goreng di dalam pinggan disuap, air teh yang sudah suam dihirup.

Masuk ke dalam kereta, nombor telefon Fayqa didail. Seperti yang dijangkakan, tiada jawapan. Enjin kereta dihidupkan, kemudian jari-jemarinya cekap menaipkan sms kepada si gadis.

“Why is it that my reproductive part always become your point of attack?” sengaja melemparkan tuduhan keras untuk membuatkan Fayqa rasa bersalah.

“Sorry. Mulut awak tak de insurans,” laju sahaja balasan diterima.

“Kita tengok wayang, apa yang nak dimalukan.”

“Yaya pun tengok wayang juga, kenapa sibuk nak berleter?”

“PICK UP YOUR PHONE!” semua huruf besar! Sudah keluar perintah si jeneral.

Telefon Fayqa berbunyi lagi. Entah apalah aura Dzariff, kalau dia beri arahan, tak reti Fayqa hendak melawan. Butang hijau ditekan.

“Dah sampai?”

“Belum, jalan jam.”

“Kalau Babah dan Ummi saya tanya, saya akan cakap kita pergi tengok wayang. Yaya, dua tiga kali saya tanya, dia tidak berterus terang. Itu bezanya.” Tanpa bermukadimah, Dzariff terus berhujjah.

“Huh... orang lelaki ni!”

“Apa huh orang lelaki ni?”

“Apa-apalah!” malas Fayqa mahu melayan. Di depan mata jam, di hujung telinga, mamat sengal! Sama-sama menjengkelkan.

“Faye....,” lembut Dzariff menyeru namanya, “apa yang awak nak cakap? Hmm?”

Walau pun hanya di telefon, hampir lemah lutut Fayqa yang mahu menekan clutch kereta.

“Faye...” sekali lagi namanya diseru lembut.

Hai, kena jawab ni … mahu diserunya berkali-kali, entah simpang mana yang aku masuk nanti, fikir Fayqa.

“The truth is not always everything,” Fayqa mula membuka bicara.

“Nope, without the truth, there is no trust,” laju Dzariff memotong cakap Fayqa.

Ha, tadi suruh cakap, kita cakap, laju dia potong. Habis, tak payah cakaplah, buat sakit hati saja. Terasa ringan jari Fayqa mahu menekan butang merah.

“Faye....,” seru Dzariff apabila Fayqa diam beberapa detik.

Faye, Faye, Faye! Dia nak aku langgar pokok ke? Fokus Fayqa! Silap-silap nanti bukan langgar pokok tapi cium bontot kereta depan tu.

“Awak yang call saya, awak nak dengar ke tak?” suara sudah naik satu oktaf.

Hai! Dia yang senang-senang siram teh panas ke atas kita, dia pula yang nak marah? Hairan juga Dzariff, marah kena siram dengan teh panas tadi sudah hilang. Siap tersengih lagi macam kerang busuk bila mendengar suara Fayqa yang sudah meninggi.

“Okey, saya dengar. Awak nak kata apa?”

“Iye, bercakap benar tu penting. Tapi kadang-kadang, tangguh sedikit lebih selesa.”

Tangguh lebih selesa? Cakap Bahasa Melayu, tapi aku tak faham. Serupa macam dia cakap Bahasa Tamil saja. Kenapalah susah sangat nak memahami orang perempuan ni, keluh hati Dzariff.

“Err... you have lost me,” haa... kan senang? Tak faham cakap tak faham.

Sambil menggerakkan keretanya seinci ke depan, Fayqa menerangkan, “Ye, Yaya keluar tengok wayang dengan Abang Iz. Tapi perlukah awak nak confront dia depan orang lain? Depan Achik Zee, depan saya? Boleh jadi dia belum bersedia hendak berterus terang.”

“Keluar dating sudah bersedia, nak bagi tahu mak dan abang belum bersedia? Logik apa tu?”

“Saya rasa awak belum tahu Inche Dzariff, tentang betapa misteriusnya hati seorang wanita. Logik dan perasaan wanita ni kadang kalanya tidak wujud serentak.”

“Okey, kadang-kadang perasaan wanita tidak logik. So, let's get back to Yaya.”

“Astaghafirullahilazim..... kenapalah awk ni tak boleh jadi understanding macam Abang Iz?”

Rasanya berasap telinga Dzariff mendengar dirinya dibandingkan dengan Khairul Izwan dan....err.... kalah pula tu.

“Faye, I am not stupid. Kalau awak cakap Bahasa Melayu yang jelas tentu saya faham,” ketara benar suara si jeneral sudah muncul semula.

Fayqa menarik nafas panjang, “Kak Yaya belum bersedia hendak begi tahu awak dan Achik Zee yang dia keluar dengan Abang Iz....”

“Kenapa?” laju Dzariff bertanya.

“Boleh jadi segan...”

“Kenapa?”

“Mungkin sebab belum jelas, antara dia dan Abang Iz. Kawan biasa atau kawan istimewa. She needs to be sure first. Nanti dia dah pasti, barulah dia beritahu.”

“Jadi sementara dia belum pasti, dia akan menyorok-nyorok keluar? Eh, orang perempuan ni tak tahukah, bahaya tahu keluar dengan lelaki tanpa beritahu keluarga.”

Habis tu, yang kau angkut aku sampai hampir tengah malam semalam, ada kau beritahu keluarga aku? Ini hujjah membidas Fayqa, tapi dipendamkan saja. Baik settlekan hal Yaya, sebelum masuk hal mereka yang Fayqa sendiri pun tak pasti hujung pangkalnya.

“Kalau awak hendak adik-adik awak berterus terang dengan awak, cubalah awak approach mereka dengan lembut. Contohnya, tanya Yaya elok-elok. Ini awak attack dia depan Achik Zee dan saya.”

“Attack? Mana ada?”

“Awak yang call saya kan, lepas tu saya cakap, tak mahu percaya pula!” naik semula nada suara Fayqa.

“Okey, okey....” Dzariff mengalah.

“Go have lunch with her, cakap lembut-lembut. Tanya elok-elok. Itu yang Abang Iz buat dengan saya.”

Bila Fayqa sebuat lagi nama abang tirinya, telinga Dzariff berasap kali kedua.

“Okay, okay, I get it.”

“Awak!”

“Apa?”

“Er... please.... jangan bagi tahu siapa-siapa ye, yang kita pergi tengok wayang semalam,” laju tergesa-gesa Fayqa membuat permintaan.

“Kenapa? Tangguh lebih selesa?” belum sempat tapis, meluncur keluar komen dari bibir Dzariff.

Tuut, tuut, tuut. Talian sudah diputuskan si gadis. Dzariff yang masih duduk di dalam kereta yang tidak bergerak, berfikir-fikir...... tangguh lebih selesa? Perlahan-lahan terbit senyuman meleret di bibir.

71 comments:

  1. best.... ayat2 keramat => tangguh lebih selesa.... hihihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas tu dia tukar fikiran pula, AA, tangguh terseksa , hew hew hew hew

      Delete
  2. Tangguh lbh selesa....sabar sbhgian dr iman....gitu ke....adoi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wait and see...esp bab 29 or 30..... jeng3

      Delete
  3. Amboi..kang sergah si dzalia tu kantoi kat diri sndri..

    ReplyDelete
  4. tut..tut..tut... ingat nak sambung gaduh lagi..huhuhu
    ok la tangguh lebih selesa..
    kenapa tiap kali Jeneral sebut nama "Faye" hati saya yang bergetar?? #terlebih plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab hati bergetar tu....he he he sy pula rasa lucu

      Delete
  5. haha...aisehmen...yelah yelah 9 pages.tp sy suka bab ni.sgt sgt suka.naper si jeneral tu mcm tu.dia usung ank dara org blh org usung adik dara dia kecoh pulak...atau?dia mmg nk announce unofficially dekat mak ayah dia.senang cerita.untung2 mak ayah proposed kawen terus.ngee....imaginasi langgar sempadan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zarra.. Tu tujuan Dzengal kot.. Tp delay dulu laa.. Tangguh hingga selesa.. Dzengal dah selesa tp Faye lum selesa lagi..

      Delete
    2. tangguh hingga selesa...eheh translation atau mmg gitu bahasanya.herm...nak fikir term selesa tu.byk muslihat dialog ni.nina ni memanglah....

      Delete
    3. sifu nahu.....tangguh lebih selesa...tak betul ke? kat blog hingga bab 28 je....bab 29 atau 30 ada bomb!!

      Delete
  6. best. bila lah nk terbit buku ni... xsabar sguh!

    ReplyDelete
  7. "fill my heart with song...and let me sing forever more...you are all i long for, all i worship and adore...in other words, please be true...in other words, i love you..." lalalalala....pas ni sunyi ye, cik nina.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. pas ni pn nina pula berpeluh ketiak menaip menaip dan terus menaip....

      Delete
  8. senyum meleret zhariff ni lah yg buat lemah kepala lutut nih....haiyaa....aigoo.....btw kamsamnida...muchas gracias....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah tu lerr senjata org yg serius ni, sekali dia senyum, abesssss!

      Delete
  9. nina besarkan font boleh tak...
    mata kelabu

    ReplyDelete
    Replies
    1. lor jd betullah font tecik.ingatkan mata sy yg bermasalah

      Delete
    2. haah, sengaja experimen dgn font kecik. internet plak slow kat rumah ni...so lambat nak tukar ni...

      Delete
  10. Replies
    1. ok...pms dulu, nawwal nawwal now. sf, tangguh lebih selesa. knk ap erk? belahan jiwa?

      Delete
  11. Yes tangguh lebih selesa hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. u'll see, tp kena tunggu printed version....

      Delete
  12. Aisey...x puas baca la....anyway, plot of the story getting more interesting...dr jeling2...g jln2 sort out problems now dh start calling2...i loike !

    ReplyDelete
    Replies
    1. calling2, roger2....nnt graf turun jgn marah ye....warning awal2 ni....bukan membakoooo

      Delete
    2. graf turun naik barula menarik...apapun x sabar nak tgu novel di publish. By the way, nak inform u baru jer dpt sorang lg peminat baru coz i promote 2 novel u kt my sister in law...siap bragan nak taruk nama anak as nawwal husna klu dia dpt baby girl

      Delete
  13. Wahahha.. Sy suka!! Sy suka!! Sbb bace entry back to back.. Puas gler..

    ReplyDelete
  14. apolah si jeneral ni..cuba nk korek rahsia adik tak tau kata rahsia dia pon akan terbongkar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm...sebab dia tak plan nak rahsiakan pun yg dia kuar dgn faye. faye yg nak rahsia kan dulu...tangguh lebih selesa....

      Delete
  15. tangguh lebih selesa
    boleh jadi tagline baru ni
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam janji dicapati, readers dibahulukan?

      Delete
  16. Tak abis2 dzariff ni.. caring sangat pun payah. boleh membuatkan org rimas.. hu2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yg mama faye berkenan tu....uiks apa kna mengena plak dgn mama faye?

      Delete
  17. haha...the reproductive part tu funny k. A good chapter Nina. thanks

    ReplyDelete
  18. alahai puan penulis....cair teman dgn ketegasan si sengal.....x kesah nak berterus terang bawak faye tgk wayang.....aduhhhh....angau dah si general nie.....si faye plak...apsal laaaaaaaaa x paham2 nie....huhuhu....sweet jer diorang dua nie kan....x sabor2 nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. faye ni dia ingat survival jer...org yg tak de masa nak pk ttg lurve!

      Delete
  19. Aduhai..wlupun saya tau cik hanina mengerah tenaga nak buat citer ni..saya salute..tapiiii..kan..buat la panjang lebih luar dari biasa next entry ya..dah bergelombang rasa dek sijeneral dgn fayenya...siyaya tu pun..kelakar gak kan..hrp2..cinta bersemi la ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear... 9ms tu okey larrr, minimum 4 ms..... (bad news bab 28 tak tulis pun lagi)

      Delete
  20. walaupun kadang2 TANGGUH LEBIH SELESA tapi dh xsabar nk tau kesudahan cite ni...hai hati....bertabahla...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun kena bertabah sebab x de masa nak sambung....hu huh hu

      Delete
    2. xapa la nina...take ur time...sy tetap sabar menunggu :)

      Delete
  21. okey, I suke la bila encik General panggil Fayqa, Faye! Faye!
    Jantungku berdebar-debar tau! Lutut pun rasa nak tercabut...meremang bulu romaku auwwww!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm zahrain dulu panggil nawwal nawwal nawwal

      Delete
  22. 'Tangguh lebih selesa' jgn lama2 sgt nina...kang tepu otak ni dok pikir apalak bakal jd next chapter n so on...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear, tak payah pikir, baca je :)

      Delete
    2. Ok...nak baca jer...tp cik nina please..bg kuar novel cpt skit..k

      Delete
  23. “Why is it that my reproductive part always become your point of attack?” sengaja melemparkan tuduhan keras untuk membuatkan Fayqa rasa bersalah.

    Kah3..part ni meletus gelak saya kat opis nina (dah la membaca kat p.c curik2)...ada2 je idea nakal awak... thanks anyway peeps

    ReplyDelete
  24. "Why is it that my reproductive part always become your point of attack?”---- saya kurang faham apa yg Dzarif cube sampaikan... my english not so good... seseorg bleh explain??

    ReplyDelete
    Replies
    1. reproductive part tu bhg yg boleh produce anak...eg alat kelamin dia :) So dia komplen Pekah selalu dok attact tempat tuuut!

      Delete
  25. Sepatutnya Jeneral soal faye balik...just give me a reason kenapa nak tangguh lebih selesa...anyway bab ni best and congrate nina

    ReplyDelete
    Replies
    1. pekah tak selesa sbb tu dia putuskan cepat2

      Delete
  26. Dah lama sy x komen. Terasa rindu pulak!
    Hmmmm....sy suka bila jeneral panggil faqya "faye" meremang bulu ketiak sy cik nina syg.
    'Tangguh lebih selesa', apa maksud faye tu. Cer cite..cer cite sikit

    ReplyDelete
  27. nina jgn tangguh2..kami tak selesa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. minggu tensen2 bnyk kerja, pelan2 tulis ye, upkan sikit2

      Delete
  28. Salam blogger, Blognya cukup bagus, komentar juga ya di blog saya myfamilylifestyle.blogspot.com

    ReplyDelete
  29. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2EC260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete