Sunday 2 June 2013

Seteguh Faqa Bab 28 Bhg 2


Maka....kita sudah tiba di saat Seteguh Fayqa berhenti bersiaran di blog ini. Saya akan cuba siapkan secepat mungkin. Secepat mana? Wallahua'lam. jadual kerja saya tidak dapat dijangka..

I am going to miss you gals so much! Seronok tahu sambil menulis dapat feedback dari you all semua. Tulis sorang2, rasa sangat sepi....


Nasihat dari rakan2, kata mereka jangan letak entry banyak2 di blog, nanti bila dibaca versi cetak, tidak puas pula. Maka, saya akan pegang nasihat ini

Jika ada apa-apa sumbang saran, mohon komen di bawah ye... Again, I am going to miss you gals so much. Keep in touch via FB ye!!


_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _  _ _ _ _ _ _



“Hoi Jim! Kau lari balik eh? Kau dah tak nak belajar kat sana?” tanya Dzureen straight-to-the-point, wal hal Dzahim belum lagi sempat nak duduk melepaskan letih.

Yang lain terdiam menunggu jawapan Dzahim. Kalau betul tekaan Dzureen, alamatnya rumah Haji Dzulkarnain huru hara lagi ankara perangai si bongsu manja mengada.

Selamba Dzahim ketawa sambil menghenyakkan punggungnya ke sofa empuk di ruang tamu, “Orang cutilah Kak! Christmas break.”

Lega semua orang mendengarnya, termasuklah juga Fayqa yang masih tercegat di pintu dapur.

“Berapa minggu cuti, Adik?” tanya Hajjah Azimah sambil duduk di sebelah anak kesayangannya, juntaian rambut di dahi Dzahim dikuak ke belakang.

“Dua minggu, Ummi.”

“Dua minggu pun kau balik, Jim. Lagi seronok kalau berjalan-jalan ke Eropah,” komen Dzalia.

“Berjalan apa? Sejuk beku kat sana, baik balik Malaysia, lagi syok. Boleh berkepit dengan Ummi,” si anak manja tidak segan silu memeluk ibunya di sebelah.

Berkepit dengan mak? Yelah sangat tu, fikir Fayqa, matanya mencerun merenung Dzahim dari jauh. Bukan aku tak tahu dengan siapa kau nak berkepit!

“Buka beg, buka beg!” jerit Dzureen, “bawa balik apa untuk Kak Yin?”

“Dzureen, biarlah Adik berehat dulu,” tegur Haji Dulkarnain.

“Adik dah makan?” tanya Hajjah Azimah.

“Makan atas flight tadi, bukan sedap pun Ummi. Nasi ada tak? Adik laparlah,” bersambung aksi manja Dzahim.

“Biar Fayqa hidangkan, Achik,” celah Fayqa, dengan wajah masam mencuka dia melangkah ke dapur.

“Sementara tunggu Fayqa menghidang tu, Jim, bukalah beg cepat. Kalau tak ada buah tangan untuk Akak, jenuh kau,” kata Dzureen sambil menggeledah beg sandang Dzahim.

Tergeleng-geleng kepala Haji Dzulqarnain suami isteri melihat gelagat Dzureen. Mata Dzahim pula tertancap ke pintu dapur. Bukan dia tidak perasan, Fayqa langsung tidak menegurnya. Dzariff dan Dzalia pula tidak lepas-lepas memandang Dzahim. Di kepala terfikir, kenapa budak berdua ini. Kata best friend, ini berjumpa selepas tiga bulan, beku semacam sahaja? Angin musim sejuk dari U.K. sudah sampai ke Kota Damansara ke?

Keesokan harinya bukan sahaja Dzariff dan Dzalia yang perasan, Haji Dzulqarnain suami isteri pun mula berasa pelik dengan perangai Fayqa yang langsung tidak bertegur sapa dengan Dzahim. Bila Dzahim menghulurkan sekotak coklat sebagai buah tangan dari U.K., cuma “Thanks” yang dijawab Fayqa. Bila Dzahim duduk untuk makan di meja, cepat-cepat Fayqa bangun pergi ke sinki mencuci pinggan. Bila Dzahim ke dapur, Fayqa terus keluar sidai bajulah, ambil serailah. Bila Haji Dzulqarnain sekeluarga duduk bersembang-sembang selepas makan tengahari, Fayqa terperap di biliknya, menyeterika baju.

Sikap sejuk beku Fayqa terhadap Dzahim berterusan sehingga ke petang. Bila datang Farhan dan Daeng, barulah Fayqa membuka mulut menegur budak berdua itu. Tapi bila mereka melepak di beranda, Fayqa terperap di dapur, sibuk dengan entah apa-apa.

Selepas Maghrib, Dzahim, Farhan dan Daeng meminta diri mahu makan di luar. Eh! Tak malu pula Fayqa tersembul dengan beg sandangnya, mahu mengikut budak bertiga itu.

“Fayqa keluar sama, Achik,” selamba muka awek seorang tu memaklumkan niatnya kepada Hajjah Azimah.

“Tak elok orang perempuan merayau malam-malam ni, Fayqa,” tegah Dzariff.

“Biarlah Abang, dah lama Fayqa tidak keluar dengan kawan-kawan dia,” jawab Hajjah Azimah.

“Kamu bertiga tengokkan Fayqa, tahu?” Haji Dzulkarnain mengeluarkan arahan kepada budak bertiga itu.

Siapa nak tengokkan siapa, sebenarnya? dengus Fayqa dalam hati.

Nak tengokkan Fayqa? dengus Dzariff dalam hati.

“Jangan balik lambat, Adik,” Haji Dzulkarnain mengingatkan.

Malam itu, sekali lagi Dzariff bertugas menjadi jaga-tak-bergaji. Melepak-lepak di ruang tamu rumah walau pun ahli keluarga yang lain sudah naik berehat ke atas. Bila Dzahim dan Fayqa pulang pukul sebelas lebih malam, barulah dia naik ke tingkat atas, mengekori Dzahim.

Hari Ahad esoknya, sikap sejuk beku Fayqa terhadap Dzahim berterusan. Berbisik-bisik Hajjah Azimah dengan anak-anak daranya, berbincang tentang hal Fayqa dan Dzahim. Bergaduhkah? Merajukkah? Ish, pening dengan perangai orang muda sekarang, keluh Hajjah Azimah kepada Dzalia dan Dzureen.

Sebelah petang, Fayqa dan Dzahim memerap dalam bilik masing-masing. Waktu maghrib, mereka keluar bersolat jemaah bersama keluarga Dzahim. Selepas solat makan malam, keduanya diam membisu.

“Tak keluar dengan Farhan dan Daeng malam ini, Adik?” tanya Hajjah Azimah.

“Tak, Ummi, rehat kat rumahlah malam ini. Letih semacam,” jawab Dzahim.

Fayqa merenung wajah Dzahim dalam-dalam. Dzariff, Dzalia dan Dzureen pula mencuri-curi menjeling wajah Fayqa. Sesuatu betul!! Apa agaknya yang sedang berlaku dengan budak berdua ini?

Selepas makan malam dan solat Isya berjemaah, Haji Dzulqarnain suami isteri duduk bersembang dengan Dzahim dan Dzariff di ruang tamu. Fayqa ke dapur untuk membancuh teh dan kopi. Dengan riak bersahaja Dzalia dan Dzureen mengikut Fayqa ke dapur. Di dapur, Fayqa yang sedang membancuh air dikepung oleh dara dua beradik.

“Pekah, apahal kau dengan Jim tu? Korang bergaduh ke?” Dzureen dulu yang membuka mulut.

“Bergaduh? Tak adalah Kak Yin,” jawapan diberi dengan riak muka yang selamba.

“Habis, kenapa langsung tak bertegur sapa dengan Jim?” Dzalia menyoal bagai ahli penyiasat PDRM.

“Laaaa Kak Yaya, penat bersembang dengan dia semalam masa kami keluar. Habis semua kisah dia di U.K. dah saya, Pa'an dan Deng dah korek,” mukanya masih selamba bagai tiada apa-apa.

Jelas sangat Fayqa tak mahu ceritakan apa-apa. Akhirnya, Dzalia dan Dzureen mengaku kalah, melangkah semula ke depan. Tangan Dzalia menatang dulang berisi teko dan cawan. Dzureen pula menatang sepinggan biskut dan kuih. Fayqa pula melangkah ke bilik tidur.

“Fayqa mana?” tanya Hajjah Azimah.

“Lipat kain di bilik,” jawab Dzureen, kopi dituangkan ke dalam cawan untuk ahli keluarganya.

Sambil menghirup kopi, dahi Dzariff berkerut. Tak boleh jadi ni! Kes budak berdua ni mesti dikorek hingga ke akar umbi, dia memasang azam. Hatinya tidak sedap.

Haji Dzulqarnain sekeluarga bersembang hingga ke larut malam. Letih bersembang, mereka masuk tidur. Di dalam bilik tidurnya, Dzariff terkebil-kebil memikirkan si adik bongsu, yang pulang tiba-tiba dan 'kawan baik si adik' yang sangat pelik perangainya sehari dua ini. Dia pasti ada sesuatu yang mereka sorokkan.

Selepas sejam lebih Dzariff cuba melelapkan mata, tiba-tiba telinganya terdengar pintu pagar rumah dibuka. Kemudian terdengar pula suara orang berbisik di laman rumah. Memang elok sangat bilik tidurnya mengadap halaman hadapan rumah, senang nak skodeng adik-adik. Terhendap-hendap Dzariff menjenguk ke bawah. Jelas kedengaran suara orang berbisik-bisik. Walaupun orangnya tidak kelihatan, Dzariff dapat mengecam suara Fayqa dan Dzahim! Tetapi tidak jelas pula apa yang dibisikkan. Tak boleh jadi ini, fikir Dzariff. Pintu biliknya dibuka dan perlahan-lahan dia melangkah ke tingkat bawah.

Pintu hadapan rumah tidak berkunci, Dzariff mengendap keluar. Kelihatan Dzahim memegang sebuah topi keledar dan Fayqa sedang cuba merampasnya.

“Jim, kau dah janji dengan aku kan?” walau pun berbisik, nyata kedengaran nada marah.

“Pekah, I have to go!” balas Dzahim, jari jemarinya cuba meleraikan genggaman Fayqa pada topi keledar.

“Jim, sampai hati kau. Aku dah kata kan, kalau kau pergi jumpa dia juga, kita putus sampai bila-bila!” makin meninggi nada suara Fayqa.

“Pekah, drama queenlah sangat kau ni,” balas Dzahim dengan nada suara bosan.

“Drama queen? Drama queen kau panggil aku? Kau tu yang macam budak-budak, otak kau letak kat mana hah?” sergah Fayqa separa berbisik.

“Okey, okey, aku bodoh, aku mengaku. So kau tak payahlah nak kisah aku yang bodoh ni,” balas Dzahim, nada suaranya sama marah seperti Fayqa.

Tidak lagi berlemah lembut, topi keledarnya direntap dari genggaman Fayqa. Besar-besar langkahnya ke arah motosikal yang terparkir di anjung rumah. Laju Fayqa mengejar, dipautnya Dzahim dari belakang, kedua belah tangannya kejap melingkari pinggang pemuda itu. Jari-jemarinya tersulam erat, pipinya berlabuh di belakang Dzahim. Terbeliak mata Dzariff yang sedang mengendap, ternganga mulutnya.

“Astagahafirullahilazim,” sempat si abang mengucap.

“Pekah!” marah Dzahim, cuba memboloskan diri, “let me go!”

“Jim! Jangan pergi. Toy dah jumpa aku, dia suruh aku kasi warning kat kau!” cuba mengeratkan lingkaran tangannya di pinggang Dzahim.

“Pekah! Lepaslah!” marah Dzahim, sedar yang dia perlu pergi secepat mungkin sebelum ahli keluarganya tersedar apa yang berlaku. Dibuatnya Fayqa menjerit, habis bocor rahsianya.

“Jim! Kau tak boleh pergi Jim. Aku takkan bagi kau pergi,” jawab Fayqa. Walau apa pun yang berlaku, Dzahim tidak boleh dibiarkan pergi.

“Jim! Faye! Apa ni?!” sergah Dzariff, sudah tidak dapat menahan sabar.

Terkejut Dzariff dan Fayqa dibuatnya. Di saat itulah Dzariff mengambil kesempatan, sekuat hatinya jari jemari Fayqa dirungkai dan gadis itu ditolaknya. Fayqa terdorong ke belakang dan jatuh terduduk. Enjin motorsikal dihidupkan dan dengan satu ngauman kuat, motorsikal itu memecut keluar dari halaman rumah.

“Faye!” jerit Dzariff sambil meluru ke arah gadis itu.

Fayqa yang sedang bangun menolak tangan Dzariff yang cuba membantu, lalu berlari masuk ke dalam rumah. Terkebil-kebil kebingungan Dzariff jadinya. Apa yang sedang berlaku ini? Belum sempat dia berbuat apa-apa, Fayqa meluru keluar rumah ke arah Kancilnya. Enjin kereta dihidupkan, lampu dinyalakan.

Tanpa sempat berfikir, Dzariff membuka pintu Kancil dan melompat masuk, “Apa ni, Fayqa? What is happening?”

“Jangan banyak tanya, kita tak ada masa,” jawab Fayqa. Gear ditukar, pedal minyak ditekan dan Kancil dipecut keluar dari laman rumah.

“Adik nak ke mana tu?!” tanya Dzariff. Apabila soalannya tidak dijawab, dia bertanya sekali lagi, “Fayqa! Jawab! Dzahim nak ke mana?”

“Saya nak cepat ni. Jangan tanya boleh tak?” mulut menjawab, mata fokus ke depan, kaki menekan pedal minyak hingga ke lantai.

Kancil dihentikan di sebuah simpang. Sementara menunggu lampu trafik bertukar kepada hijau, Fayqa menyeluk poketnya, dikeluarkan telefon bimbit. Laju jarinya mendail. Lampu trafik bertukar ke warna hijau. Pedal minyak ditekan lagi. Sebelah tangan memegang stereng kereta, sebelah tangan lagi memegang telefon ke telinga.

“Pa'an! Tolong aku, Pa'an! Jim keluar nak pergi jumpa Sakinah. Aku takut dia kena pukul dengan Toy!” panik sungguh suara Fayqa.

Pa'an? Sakinah? Toy? Berkerut dahi Dzariff cuba memahami butir-butir perbualan antara Fayqa dan Farhan.

“Kita cari derang di kawasan rumah Sakinah. Bandar Manjalara. Kita cuba cari dia di Taman Tasik di situ. Cepat Pa'an! Bawa Deng sekali.”

“Fayqa, siapa yang nak pukul Dzahim?!!” sekali lagi Dzariff bertanya bila Fayqa mematikan telefonnya.

“Abang girl friend dia!”

Girl friend? Girl friend Dzahim? Jadi, yang Fayqa peluk Dzahim tadi? Kes cinta tiga segi ke ni?

Telefon Fayqa diambil, jari Dzariff laju mendail. Bila panggilan dijawab, Dzariff berkata, “Amir, ini aku ni, Dzariff. Ada hal emergency, aku nak minta tolong ….”


Kancil Fayqa membelok masuk ke Bandar Manjalara. Cekap dia mencari rumah Sakinah. Sejak dia tahu yang Dzahim dipukul oleh abang Sakinah dulu, semua hal tentang Sakinah disiasatnya. Tiba di hadapan rumah Sakinah, sunyi sepi sahaja. Sudah pukul 1.30 pagi, tentulah semua orang tidur.

“Ini rumah Sakinah?” tanya Dzariff, Fayqa mengangguk, matanya tertinjau-tinjau ke arah rumah teres itu.

Tiada motorsikal di laman rumah, maknanya Toy tiada di rumah? Dada Fayqa semakin berdebar-debar. Kancilnya dipecut ke arah sebuah taman berhampiran rumah Sakinah. Dua kali Kancilnya mengelilingi taman yang besar itu, barulah ternampak motor Dzahim. Tanpa berlengah, Kancilnya diparkir disebelah. Terkocoh-kocoh Fayqa dan Dzariff keluar.

“Itu motor Toy,” kata Fayqa menuding ke arah sebuah motorsikal yang terparkir di sebelah motorsikal Dzahim.

Tanpa menunggu Dzariff, Fayqa berlari ke arah taman.

“Fayqa, tunggu!” jerit Dzariff sambil mengejar Fayqa.

Nasib baik ada lampu-lampu dalam taman itu, tidaklah Fayqa teraba-raba. Gerak hatinya menyatakan Dzahim berjumpa Sakinah di taman permainan kanak-kanak dalam taman itu. Laju kakinya berlari ke arah taman permainan itu.

Nasib baik tekaannya tepat. Dari jauh, Fayqa ternampak Dzahim, Sakinah dan... Toyyib!! No!! Toy sudah jumpa mereka! Semakin laju Fayqa berlari.

“Aku dah katakan, jangan main-main dengan adik aku,” sergah Toyyib. Tangan kirinya mencekak kolar baju Dzahim, tangan kanan dihayun ke arah perut Dzahim.

Gedebuk!

“Abang!! Sudahlah tu!” jerit Sakinah.

Fayqa yang masih jauh pun boleh mendegar bunyi tumbukan Toyyib. Astaghafirullah! Tanpa berfikir, dia meluru ke arah Toyyib.

“Toy!! Jangan!” larang Fayqa, sambil memegang tangan kanan pemuda berbadan tegap itu dengan kedua belah tangannya.

Dilarang menumbuk Dzahim, tangannya dihayun ke arah Fayqa. Gedebuk! Fayqa pula yang jatuh tergolek.

“Faye!!” cemas bukan main Dzariff apabila melihat Fayqa terbaring di tanah.

“Kurang ajar kau,” lelaki yang menumbuk Fayqa diserangnya, “perempuan pun kau pukul!!”

56 comments:

  1. 10q Nina....kan dh ckp Abg Long mesti ada punyer...tp sedih la ni last n3....type laju2...readers sume x sabar nak tgu novel kuar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lajunya Fara komen.... InsyaAllah, saya akan taip laju2... tapi banyak lagi ni. Kurang2 nya ada 32 bab lagi nih! :)

      Delete
    2. Taip jgn henti2, x sabar menunggu ni

      Delete
  2. Aduh..sentap trs abis n3...ni yg wat assumption sndri ni sblm dterbitkn.ahhaa..cpt ckt ye ninaaaa..

    ReplyDelete
  3. Sedihnya tapi lega sb dzahim ada aweks rupanya...

    ReplyDelete
  4. Ok ler hanina, semoga cepat buku ini boleh dicetak... Ayat skema sbg tanda pasrah.... Sob...sob..sob.... Hihihi....

    ReplyDelete
  5. adehhhh....Faye dah kene pukui la plak....sudah perlu ucapkan selamat tinggal dah kat dowang2 neh...walaupun x rela huhuhu...tp kan tapikan Nina x kan sayonara cam 2 je ...biasanyakan ade teaser kan3 sebelom betul2 berpisahkan??? adekan2???

    ReplyDelete
  6. Huhuhu...sedihnya..bab akhir di blog... apa2 pun harap cik writer dpt siap kan manuskrip SF dlm thn ni n terbit pun dlm thn ni gak

    ReplyDelete
  7. salam babe...all d best...will always ada here n everywhere...bila fresh out of the oven, you know where to tinkle me!!!

    ReplyDelete
  8. gud job nina...adakah kisah akak nak menyambut raya berulang kembali spt tahun lepas sekiranya buku ni diterbitkan time bulan puasa seperti pms dulu...orang dok sibuk kacau rendang, akak dok sibuk mentelaah pms...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita, sementara menunggu rendang masak, siap khatam PMS. harap2 sambut raya tahun ni meriah la pulak dengan SF ye. Nina..., akak taknak duit raya, tapi akak nak SF, pliissssss.

      Delete
  9. salam Nina..really loves d story...mengharapa agar dicetak secepat cepatnya...adakah Dzahim ni tidak serik serik lagi bila bercinta dengan anak dara yg abang nya dah pukul sampai koma tapi masih mengejar cinta budak itu lagi..adakah cinta itu membutakan dirinya sehingga tidak dapat berfikir secara betul lagi.. dan kenapa kalau siDzahim tu cintakan Sakinah ..tidak dipinangkan anak dara itu buat dirinya..sudah pasti kejadian ini tidak akan berlaku dan kemungkinan kejadian sebelum ini pun tidak akan terjadi..Siapakah Toy sebenarnya..adakah dia mat samseng jalanan dan apa akan terjadi selepas ini adakah minah fayqa itu akan duduk bersama emaknya kerana hubungan anak ibu ni ..akak rasa sudah eluk dan terjalin balik kan..apa apa pun war warkan kepada kami semua bila dah ada keversi cetak...dan good luck to U dan hopefully Nina tak kekeringan ida utk menghabiskan MSS ni..

    ReplyDelete
  10. Adeh sakitnya apek jatuh...... cinta punya hal sanggup ambil resiko ....anak manja nyaaaa.....hadoooiiiiii seb baik ada abg macho huhuhu

    ReplyDelete
  11. aduh jim ni tak serik2..org dh larang..degil jgk..kesian faye, tak pasal kena jgk..

    ReplyDelete
  12. Ohhh.. Hero gwe..!! Berdegup jantung bace.. Tombok die.. Tombok die.. Tendang tonet die kak nina.. Bese sgt pukul pompuan kan..

    ReplyDelete
  13. Alamak faye kna belasah..sian nyer...

    ReplyDelete
  14. Eh Faye pun kena sekali? Goodluck Nina..
    Teruskan menulis.. kiteorang menunggu dgn pnuh kesabaran. Tapi jangan lame2 tauu.
    Rajin2 lah bagi teaser nanti. Rindu SF..

    ReplyDelete
  15. Sian Faye ! Kn belasah !

    Wish u luck on your 3rd novel !

    Can't wait !

    ReplyDelete
  16. All the best sis. Kalau free2 upload la teaser k. hehehehehe... semoga semuanye berjalan dengan lancar. :)

    ReplyDelete
  17. spekulalat saya:

    toy mungkin giler minat faye, tapi faye tolak kaw kaw punya dan disupport oleh Jim....skali dunia nie bulat,Jim crush dgn Sakinah, tu yg dendam kesumat x ingat....hehehehehe...

    dan yg pasti nya, tentu perlakuan Faye peluk Jim akan diungkit oleh jeneral....hahahaha..jeles3.....

    tapi apa2, tangguh lbh selesa dah jd tangguh lbh SEKSA.... arggghhhh...siapkan lah novelnya secepat mungkin....saya pastikan novel SF akan dlm genggaman...

    thx Nina...doa u mendapat idea yg mencurah2.....

    ReplyDelete
  18. yes...along dzariff tumbuk mamat yg tumbuk fayqa....best la along ni...

    ReplyDelete
  19. kena doa byk2 so the printed copy akan keluar cepat2 sebab penantian tu satu penyiksaan..tgh sedih ni.. :(

    ReplyDelete
  20. Cepat2 Sy mau Peluk Printed Version. " Sesuatu Betul"

    ReplyDelete
  21. oooo itu rahsia jim... nsb baik abg general ikut.. good luck nina, x sabar nak peluk cium baby ke3 u... :)

    ReplyDelete
  22. Dah jatuh cinta ngan crite ni ..

    ReplyDelete
  23. Tamat bersiaran sudah??? Ohh tidakkkkkk!!! Tak sabar nak tunggu SF ni dibukukan.
    Btw rasa macam ada sedikit kekeliruan, masa dzariff sergah dzahim dgn fayqa tu, kenapa dzariff yang terkejut pulak? bukan patut dzahim ke yang terkejut, pastu cepat2 rungkai tangan fayqa tu?

    ReplyDelete
  24. Ohhh...sedihlah pulak 'bercuti' baca kisah Faye & Jeneral. Good luck Nina! Harap Nina dpt idea mencurah-curah & best utk dibukukan nanti. Give ur best effort! Jgn rushing sgt. Yg penting novel ke 3 Nina berkualiti sama spt karya2 b4 ni. Luv u Nina!

    ReplyDelete
  25. Jeneral dtg sebagai penyelamat. Habislah Toy, mahu lebam muka tu dibelasah si jeneral. Dayus pukul perempuan tau! Dan lebih teruk lg bila si abg dtg balas dendam dek perkara yg lalu... Cik Nina, jgn lambat sgt tau. Kita org kat luar ni dh tertanya-tanya. Ada teaser x? Heheeee... Gud luck dear

    ReplyDelete
  26. Dah berakhir tapi agak lega sebab xtinggal tanda tanya sangat..hehe..tenkiu cik penulis..^_^

    ReplyDelete
  27. Ahhhhh apa dh jadi??? A
    Dh jadi?? Wow dzarif the hero...lol

    ReplyDelete
  28. Suspen biar tergantung erk? Tulis slow slow... Janji siap good luck nina.m XOXO.. Dah siap announce k... - Juslyn

    ReplyDelete
  29. wow... jeneral sengal nak mengamuk...
    go nina...semoga dpt siapkan buku SF cepat2 :)

    ReplyDelete
  30. Nina wat le tebal cikit...mintak mintak before raya dah kelo...x sabo ni

    ReplyDelete
  31. best tak sabar nak peluk novel nie kalau boleh cepat2
    publish. Go go go girl.

    ReplyDelete
  32. salam nina....memang awak kena taip laju laju ni. Lepas ni kurang sikitlah aktiviti saya menerjah laman nina. Tapi harapnya akan ada teaser ya nina. Thanks.

    ReplyDelete
  33. yup betoi tu ...kalo ada teaser...dpt mengubat rindu kat pekah & dzariff...

    ReplyDelete
  34. gonna iss u faye...general sengal....huhuhu....jim, sakinah, toy.....adoiii ape kes plak nieeee.....keliru la plak...nape faye nak putus ngan jim??? faye ngan jim bercinta ke??? huhuhuhu.....melepas la si sengal.....

    ReplyDelete
  35. gud luck u too..mmg akan tertunggu2 novel ni.nnt up kan pulak teaser cover dia sekali eh.gonna miss general sengal a lot

    ReplyDelete
  36. aduh!!! tumbuk kt mane 2? tang perot ke? sy plak trase2 sengalnye! kohajo pye toi!pmpuan pn die pkul!bsar pgrbnan pekah utk kwn die. huwaa x sbr tgu buku neh! sdeyh n3 last. hope ada teaser2 ciput2 pn xpe kt fb ek kak nina.. ~_~

    ReplyDelete
  37. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  38. huhu...sedih..... dah nak stop ke......nanti miss lah dengan general sengal dan faye nya..... huhu.....tak sabarnya nak pegang buku nie......

    ReplyDelete
  39. I'm little bit late to give comment...tp actually da byk kali bace bab ni...sediy le x dpt berangan about faye n ziff...but anyway nina..gud luck..good try and hope sgt dpt bace edisi faye yg brcetak...kabo2 kan ye bile da confirm...

    ReplyDelete
  40. I'm little bit late to give comment...tp actually da byk kali bace bab ni...sediy le x dpt berangan about faye n ziff...but anyway nina..gud luck..good try and hope sgt dpt bace edisi faye yg brcetak...kabo2 kan ye bile da confirm...

    ReplyDelete
  41. Wah best nya Nina... I'm gonna miss Faye and Jeneral... n as ussual... kalau di dramakan... sapa pelakonnyer...

    1. Dzahim - Izzue Islam
    2. Dzarif - Adiputra tp mcm contras plak dgn Izue Islam yg cerah
    3. Fayqa - Izara Aisyah / Nelydia Senrose
    4. Dzalia - Tiz Zaqiah
    5. Dzureen - Fathia
    6. Abg Iz - Iqram Dinzly

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup agree dgn senarai pelakon...

      nina kitaorg sentiasa advance tau, novel lom kuar tp dah siap senarai pelakon. hihihi

      Delete
    2. salam...maaf menyampuk....kalau dzarif tu kan dilakonkan aron aziz kan best....hehe

      Delete
  42. Bila kuar ni? Tak sabar nak menunggu. Nak beli yg ada with your autograph. Hehehe

    ReplyDelete
  43. Salam nina....dah kuar buku bgtau ek....nak beli direct ngan u....hihi.....xsabar nak tau kisah faye & jeneral sengal seterusnya.....

    ReplyDelete
  44. goodluck finishing this novel! tulis sorang2 perlukan jiwa kental mmg sunyi.

    ReplyDelete
  45. Story yg sangat menarik. Saya terjumpa tajuk Seteguh Fyka ni di FB dan tertarik nak mengetahui perjalanan storynya...mmg best. Saya akan pastikan buku ni ada dalam koleksi sy. Thank you cik writer for the best story. Wish u luck.

    ReplyDelete
  46. Kelanjutannya g dipublish disini lg?
    Penasaran bgt.

    ReplyDelete
  47. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2EC260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete