Wednesday, 31 July 2013

Dia Seadanya Bab 6


Janji hari Rabukan, sorrylah terlambat sikit. Taip punya taip, panjanglah pula Bab 6 ni. Subuh tadi baru siap.


Projek no 2 muncul pula, kome! Dan si Alpha Male dengan cekapnya memerangkap si gadis yang asyik mengelak... jeng jeng jeng!!


Bab 6



Esoknya, hari Selasa, Tareq ke gym lagi. Sementelah sudah jadi ahli, kata mindanya. Tapi bila tiba di gym, matanya liar mencari Emmalyn. Akhirnya ternampak si gadis sedang berlari di atas treadmill, dengan lelaki metroseksual, si Rizairil berlari di atas treadmill sebelah.

“Humph, semalam dia kata hari ini nak ke kelas kick boxing? Aleh-aleh melekat pula dengan si Melin?” ngomel Tareq dalam diam. Kemudian baru tersedar, “Apa hal pulak aku kisah?”

Kisah tak kisah sambil buat senaman memanaskan badan, matanya asyik menjeling ke arah Emmalyn dan teman rangginya. Ceria sentiasa! Seperti biasa, Emmalyn menjadi pendengar, temannya yang banyak berceloteh. Mana tak rajin berceloteh, si pendengar asyik tersenyum lebar.

Bila Emmalyn dan Rizairil bergerak ke arah stesen dumbell, baru si gadis tersedar kehadiran Tareq. Sekali tangannya melambai, bagaikan menyapa, kemudian terus memulakan senaman untuk bahagian atas badan, bicep dan tricep. Sambil bersenam menggunakan dumbell, tak habis-habis Rizairil berceloteh, Emmalyn nampak bagai terhibur dan sekali sekala terlepas tawa kecil.

Selepas lima puluh minit, Emmalyn dan Rizairil menamatkan rutin senaman mereka. Sambil melangkah keluar bilik senaman, sekali lagi tangannya melambai ke arah Tareq. Kali ini Rizairil turut melambai, mahu tak mahu, Tareq terpaksa membalas. Hati mendongkol melihat mereka melangkah pergi bersama. Rasa pelik kenapa dia berasa begini malas dia nak fikirkan.

Keluar dari bilik persalinan perempuan, terkejut Emmalyn melihat si Alpha Male berdiri betul-betul berhadapan dengan pintu, bersandarkan dinding, tangan berpeluk tubuh. Sempat Emmalyn menjeling otot-otot kekar di tangannya. Jaga pandangan, Melin! Mata dilarikan ke atas, hinggap di wajah nan macho. Dada pula berdebar-debar semacam. Habis nak terngok ke mana? Akhirnya dia tercegat di hadapan si Alpha Male, mata tertancap ke lantai.

“Dinner?”

Okeykah pergi dinner dua malam berturut-turut? Was-was, manalah Emmalyn tahu hukum berdating, sebab tak pernah dia berdating sebelum ini. Kalau diiyakan sahaja, tak nampak macam murah sangatkah? Perlukah jual mahal? Jual mahal? Jual apa?  Argghh! Pening!

“Dinner?” kali kedua.

“Errrmm… errrmm… malam ni saya dah janji dengan Mama nak tolong dia buat goodie bag untuk kenduri berendoi anak sepupu saya,” bohong sunat, memang Mama minta tolong, tapi Emmalyn tak ada berjanji pun, lagi nak mengelak adalah. Jemulah dengan aktiviti keras tangan macam tu, kalau merayau tu anytime!!

“Oh, tomorrow night then.”

Di telinga Emmalyn terdengar macam ayat penyata, buka ayat soal. Confident je si Alpha Male ni, dia ingat aku ini apa. Malas nak bertelingkah, Emmalyn hanya tersenyum hambar.

“Bye,” tangan melambai separuh hati, kaki melangkah pergi.

Sang jejaka berbadan tegap memandang tak lepas-lepas hingga tubuh comel si gadis hilang disebalik pintu utama gym.

Petang esoknya sang jejaka ke gym lagi, terus ke bilik senaman, si gadis tiada di situ. Ah! Hari Rabu….zumba! Langkah dihayun ke bilik senamtari, namun di sana hanya kelihatan si mamat metroseksual, Rizairil. Dia tak datang hari ni? Tak sihat? Telefon pintar dikeluarkan, jarinya laju menekan-nekan skrin.

“No gym?”

Hampir setengah jam baru jawapan diterima. Telefon bergetar di dalam poket. Dumbell diletakkan, skrin dibelek.

“Goodie bags belum siap.”

Goodie bags lagi? Ye ke? Atau si gadis nak mengelak? Bukan kata nak-buat-senangkah? Huh! Tipikal orang perempuan, kata saja nak-buat-senang. Ini apa? Dia sendiri yang buat-tidak-senang. Okay….we’ll see, dia nak-buat-senang atau nak-buat-susah. Kalau nak-buat-susah, tak payahlah! Biarlah aku hidup bujang sampai ke tua.

Setiap petang Tareq ke gym tapi Emmalyn tiada. Dia pasti kalau dia sms, jawapannya mesti goodie bag belum siap. Humph! Kalau dia nak mengelak, biar sajalah dia mengelak. Tareq tiada niat hendak mengejar. Dari dulu hingga sekarang, Tareq Abdul Aziz tidak pernah mengejar perempuan.

Baru Tareq hendak melangkah keluar dari bilik persalinan lelaki, berselisih pula dengan Rizairil, “Eh, Emmalyn tak nampak minggu ni ye? Hari Isnin saja dia datang. Selalunya hampir tiap-tiap petang dia datang.”

“Sibuk, ada kenduri keluarga katanya,” soalan Rizairil dijawab. Soalan di minda sendiri turut terjawab. Sah, si gadis mengelak!

Hujung minggu, hari Sabtu, bila tinggal dengan keluarga, aktiviti utama adalah berkenduri. Hendak mengelak, sudah sembilan tahun dia tidak berkenduri-kenduri ini. Tiga tahun semasa belajar di U.K. dan enam tahun semasa bekerja di Qatar. Memang tidak dapat mengelaklah kerana semasa kenduri beginilah emaknya dapat menjalankan projek mencari jodoh untuknya.

Biarlah Mama, asalkan dia bahagia. Cukuplah enam tahun Mama berendam air mata kerananya. Biarlah Mama perkenalkan dia dengan anak dara itu, anak dara ini. Tareq hanya buat muka selamba. Jodoh? Itukan Tuhan yang tentukan. Ha, ha, Mama berusaha, Tuhan yang tentukan.

Turun dari kereta, melangkah ke khemah, orang pertama yang dia nampak adalah Uda Jah, telangkai paling gigih di Ipoh. Dari jauh, Uda Jah sudah melambai!

“Mah! Sampai juga kau, ingatkan tak datang,” punyalah girang menyambut kawan baiknya.

“Ate…. dah pencen, apa lagi nak buat? Tak datang kenduri, tak berdunialah dengan orang,” jawab Hajjah Asmah.

Si Tareq pula berkira-kira, kalau ada Uda Jah, tentulah ada…. Ha! Tu dia, si gadis yang tekun mengelak darinya sepanjang minggu. Baru keluar dari rumah, berjalan ke arah khemah, dengan seorang anak kecil dalam dukungan. Terserlah aura keibuan, terpesona Tareq dibuatnya.

“Hoi! Tenung anak dara orang, tak berkelip-kelip mata!” sergah Uda Jah, pecah terburai tawa orang di sekeliling. Bebahang wajah Tareq.

“Melin! Sini!” ha, dah keluar siren semulajadi Uda Jah, “Andak Mah dah sampai ni.”

Emmalyn yang kalau boleh nak berpatah balik masuk ke rumah tiada pilihan lagi. Dah kena jerit nama begitu, semua orang sudah memandang ke arahnya, terpaksalah terus melangkah ke khemah. Tiba di meja keluarga tareq, dia bersalaman dengan Hajjah Asmah.

“Anak siapa ni, Melin?” tanya Hajjah Asmah, anak kecil dalam dukungan Emmalyn dicubit-cubit pipinya.

“Anak Kak Yah, cucu Alang Esah.”

“Oh, dah bercucu si Esah ye?”

Soalan Hajjah Asmah hanya dijawab dengan anggukan.

“Mah, moh ler kita masuk ke dalam, majlis nak mula dah,” ajak Uda Jah.

Belum sempat Uda Jah dan Mama Tareq melangkah masuk ke rumah kenduri, nama Udah Jah dikelui, “Jah! Oh Jah!”

Semua mata berkalih ke arah seorang wanita pertengahan umur yang anggun bergaya.

Oh! No! Mak Chu Rida! Dan di belakangnya mummy’s boy, Hafizi! Emmalyn tidak dapat menahan dari menjeling ke langit. Si Alpha Male di sebelah yang bermata tajam sempat menangkap aksi si gadis. Apa hal pula ni?

“Jah! Lamanya tak jumpa, susahnya nak jumpa, macamlah duduk di London,” tegur Puan Norida sambil bersalam bercium pipi kiri kanan.

“Eh, dia yang asyik naik ke KL, manalah nak jumpa dengan kita,” jawab Uda Jah sambil memandang Puan Norida bersalam dengan Hajjah Asmah, “ini Asmah, sepupu sepapat kami juga.”

“Ha! Emmalyn, bila nak datang ke rumah Mak Chu? Fizi kata dah banyak kali dia ajak,” Emmalyn, calon utama menantu perempuan tunggal disapa.

“InsyaAllah, sampailah nanti Mak Chu,” jawab Emmalyn, tanpa berjanji yang konkrit.

“Eh, jom masuk ke dalam, orang dah nak marhaban tu,” ajak Uda Jah.

Maka tinggallah di meja itu, Emmalyn bersama projek kedua dan projek ketiganya. Ya Allah! Dia tidak berhenti-henti berdoa, janganlah yang kedua dan yang ketiga tahu tentang hal ini. Matanya melilau-lilau mencari jalan nak lari dari khemah ini. Habis kalau lari, anak Kak Yah ini nak ditinggalkan dengan siapa?

“Lama tak dengar berita awak, Melin,” Hafizi yang dahulu membuka mulut.

“Sibuk,” pendek jawab Emmalyn.

“Buat goodie bag,” sambung Tareq dalam hati.

“Err… ini Tareq, anak Andak Asmah. Tareq, ini Hafizi, anak Mak Chu Rida,” takkan tak perkenalkan, walau pun kalau boleh memang Emmalyn tidak mahu yang kedua dan yang ketiga berkenalan.

“Hafizi,” tangan dihulurkan.

“Tareq,” huluran tangan disambut.

“Melin, kenapa tak nak minta pun kerja tu? Kan Fizi dah kata Fizi boleh rekomen?” soalan ditanya kepada Emmalyn, tapi Tareq turut tekun mendengar.

“Malaslah.” Pendek, trademark Emmalyn.

“Malas? Come on, Emmalyn! Syarikat tu antara firma akauntan terbesar di Malaysia. Gajinya vavoom!”

“Kerja saya di sini pun okey.”

“Okey? With all due respect to your uncle, but surely a graduate from abroad like you could do better!”

Bibir Emmalyn tersenyum tawar. Buat masa ini dia tiada perancangan langsung untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Biarlah gajinya tidak setanding gaji di syarikat-syarikat besar di KL, tetapi dekat dengan keluarga yang sudah lama terpisah. Lagi pun dia lebih gemar dengan kehidupan di Ipoh yang tidak sesibuk KL, kerja tetap kerja tetapi masih ada masa untuk ke gym di sebelah petang dan makan bersama keluarga setiap malam. Dan boleh berkumpul dengan keluarga besarnya pada hujung minggu.

“Minta kerja tu ye?” bagai merayu pun iya.

“Fizi, buat masa ini saya selesa di Ipoh.”

“Atau Melin tidak mahu kerja di KL kerana Fizi ada di sana?” elok terbit soalan itu, Emmalyn sempat mengerling ke arah wajah Tareq buat sedetik. Jelas riak muka si Alpha Male itu sudah menangkap bahawa ada ‘sesuatu’ antara Emmalyn dan Hafizi.

Apa lagi yang boleh dibuat, soalan perlu dijawab. Hafizi sebiji seperti emaknya selagi tidak dijawab, soalan itu akan diulang-ulang. “Tak, Fizi. Memang sebelum balik dari U.K. lagi saya sudah buat keputusan hendak bekerja di Ipoh.”

“Fizi boleh minta kerja di Ipoh, Melin.”

Kening Tareq sudah terjungkit sebelah. Emmalyn menarik nafas dalam-dalam, “Eh, kerja Fizi kat sana kan vavoom gajinya.” Perkataan vavoom yang digunakan Hafizi tadi, digunakan Emmalyn.

“Melin…..”

“Eh! Pampers Rania dah basahlah,” bohong sunat lagi, Emmalyn cepat-cepat bangun dengan Rania masih dalam dukungannya, “Melin masuk tukar pampersnya dulu ye.”
Tanpa menunggu jawapan dari kedua jejaka, Emmalyn melangkah pergi.

Memang, dia pandai mengelak, fikir Tareq.

Hilang kelibat Emmalyn ke dalam rumah, mata kedua jejaka bertaut, “Jinak-jinak merpati,” komen Hafizi.

Komen Hafizi tidak dibalas, sebaliknya hati Tareq bertanya, “Projek ke berapa ni?”

Sepanjang-panjang majlis berendoi, Emmalyn menyorok di dalam rumah, hendak mengelak dari Hafizi. Usai majlis berendoi di dalam rumah, semua orang keluar untuk menjamu selera di bawah khemah. Jenuh Emmalyn meminta abang dan adik lelakinya untuk mengambil sepinggan nasi untuknya. “Ish, macam puteri raja!” cemik Emil dan Elyasa’. Ceh! Tak boleh minta tolong sikit, dengus Emmalyn dalam hati. Dah pukul 1.30 tengahari, manlah perutnya tak berbunyi-bunyi. Tapi lebih rela dia menahan lapar dari berhadapan dengan double trouble, Hafizi dan Tareq.
Baru sahaja perutnya berkeroncong, terjengul Tareq dengan sepinggan nasi di tangan kanan dan segelas air sirap di tangan kiri. Nasi dan air diletakkan di hadapan Emmalyn yang sedang bersimpuh di atas lantai.

“Makanlah.”

“Awak dah makan?”

“Dah, di luar tadi.”

Emmalyn bangun mahu ke dapur. “Nak ke mana pula tu?” tanya Tareq.

“Dapur, basuh tangan.”

Usai basuh tangan, patah balik ke ruang tamu, Tareq masih duduk bersila di situ. Tanpa segan silu, Emmalynn bersimpuh semula dan menjamu selera tanpa memperdulikan Tareq. Perutnya sudah lapar sangat!

Licin nasi di pinggan, air sirap diteguk. Eh! Masuk pula si Hafizi ke dalam mencari Emmalyn.

“Melin makan di dalam?” bukan ingin tahu tetapi hairan.

“Haah, sejuk di dalam,” jawab Emmalyn. Licik fikir Tareq.

“Melin, esok saya balik ke KL selepas Maghrib. Jom shopping esok?”

“Ah…Melin…”

Belum sempat Emmalyn hendak berikan alasan, Tareq memotong, “Emmalyn dah janji hendak pergi hiking dengan saya esok.”

Liciknya dia, fikir Emmalyn. Tentulah aku tidak membantah kerana aku memang hendak mengelak dari Hafizi.

“Oh!” melopong Hafizi seketika, wajah Tareq ditenung tajam. Siapa dia ini hendak memotong line? Sedar wajahnya ditenung, riak wajah Tareq tetap selamba.

Mata Hafizi berpindah ke wajah si gadis. Emmalyn mengangguk kecil, mengiyakan kata-kata Tareq tadi.

“Okeylah,” di mulut, di hati tidak, “minggu depan Fizi balik, kita keluar ye,” tidak mahu mengalah anak lelaki tunggal Puan Norida.

“InsyaAllah,” nak jawab apa lagi.

Tangan dihulurkan juga kepada Tareq. Memang Hafizi gentleman, itu Emmalyn tak dapat sangkal.

“Melin, saya jalan dulu.”

“Hati-hati drive balik ke KL.”

“Thanks, dear,” balas Hafizi, berbesar hati si gadis masih mendoakan untuknya.

Dear? Dear kah? Tanya Tareq dalam hati sambil mata memandang Hafizi melangkah pergi.

“Nombor berapa?” mata tetap memandang Hafizi, tetapi soalan ditujukan kepada Emmalyn.

“Dua.” Malas Emmalyn hendak berpura-pura tidak faham.

“Berapa projek semuanya?”

Ish malunya bercakap pasal projek-projek ni, dengan muka membahang, Emmalyn mejawab, “So far, tiga.”

“So far?” tanya Tareq dalam hati. “So far?” tanya hatinya sekali lagi.


72 comments:

  1. yalah tareq ooooiiii...so far 3... kalau hang tak nak nanti adalah no.4 atau seterusnya.... hahahahaha.... jgn ingat minah tu tak laku... see see see... wpun x jd no.1 dan no.2 (em yg reject..) tp 1 & 2 tak give-up tuuuu....tp kan nina, Em nie mmg carta no. satu jer yek kat bakal2 mentua?
    2 kali baca... baru perasan, depa nie ada kimia laaaaaa..... hik hik hik hik

    ReplyDelete
    Replies
    1. projek banyak2 ni thanks to Uda Jah, telangkai paling gigih di Ipoh, bak kata Tareq LOL

      Delete
  2. Nina

    Kenapa akak rasa pendek je N3 nie :) (dasar orang tamak kan akak nie hehehe).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula Akak...setuju... *tamak jugak ni*

      Delete
    2. aik, 7, 8 ms juga tau! (cekak tangan di pinggang) LOL

      Delete
    3. Ye ker 7..8 muka surat rasa macam 2..3 muka surat je hahahaha.

      SF bila mau siap, lama benau saya menunggu...cuba nina pasang azam nak buat project satu tahun 2 novel keluar... boleh tak nina?

      Delete
    4. mrs zack...azam banyak sangat tu yg problemnya, he he he. InsyaAllah saya akan usahakan SF cuti ry ni. sy cuti 12 hari woo hoo, raya sakan!!

      Delete
    5. SF bila akan dibukukan? X sabar menunggu ni dik. Huhuhu

      Delete
  3. Nina..so sweet. Goodie bag sound no innocent.. Can't wait to know what's the secret....??

    ReplyDelete
    Replies
    1. the secret? oh the secret...am thinking of letting the cat out of the bag earlier in the chaps rather than later, may be around chap 15 ke, then sambung kat buku

      Delete
  4. Replies
    1. welcome Yaya tqvm for reading. btw, dlm SF ada Yaya, dlm DS, adik pompuan Em namanya Eddylia, dono pet namenya Ed or Yaya, mebe Yaya kut

      Delete
  5. Sukernyer baru rasa tercabar ckit si alpha male tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan nak bermaksud mencabar, cumanya si hafizi masih berharap dgn em...em plak tak berkenan dgn sikap mummy's boy si fizi

      Delete
  6. AHAK...bedebo je akak bca bab kali ni.....ahak, makin bertambah cemburu yer si tareq nie........cemburu dalam cool...ahak...hebat-hebat....... by the way, nina SF bila yer......;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cemburu ke? cam cuak tak? aku baru nak timbang2 ok ke ta k ramailah pulak kumbang ee, rudy, rizairil, hafizi

      Delete
    2. ramai kumbang tak apa nina..sbb bukan si melin yang terhegeh dgn kumbang2 nie...tapi 'kiah propa' melin tu yang sua kan.....ahak......

      Delete
  7. omg.. ive been smiling all the lrt jelatek to lrt ampg park to my office reading this chap.. tareq.. tareq.. cute sgt ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. apalah kita buat dulu sebelum ada gajet2 ni kan? :)

      Delete
    2. dulu kita pakai public phone.. main batu seremban.. and kak nina NO INTERNET BACK THEN.. owh ada but no BLOGGER yet i guess.. heheh :)

      Delete
  8. memula....terima kasih puan penulis....ari2 dok tunggu entry baru...hehehe....
    uda jah telangkai paling gigih di ipoh...hehe...saya suka ayat tu....cam kelakar jer dok bygkan muka uda jah yg gigih tu....
    cam ne agak nya muka tareq bila tau dia projek yg ke 3...hehe...apa pulak rasa hati nya ye....
    puan penulis...nape ye...melin x suka fizi...sebab mummy's boy ke....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah nnt kita citer lg knp em tak suka fizi...

      Delete
  9. So far 3.... miahahahha.....kedebukkkk... diam x diam... melin ni hot tauu tareq.... kekekeke.... suka2..tareq dah xsenang duduk dah.... come on tareq.... cepat tackle hati emmalyn nie.... aiii sokong u Aplha male.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. si melin ni selagi duduk di kg, selagi tak kawin, mmg kerja nya nak kena match make je la... err... sy pernah melaluinya (waa membuka rahsia diri sendiri)

      Delete
    2. nina.... sebahaigan ari melin tu ada lah awak ke ????? so, sangkut projek no berapa nina ???? :):):)

      Delete
  10. so far 3 mr tareq ye..haha..ingat em xlaku ke?? anda sendiri rase tergugat dengan projek2 yg len kan..haha..suke la reason kukuh dan mantap em goodies bag xsiap lagi..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan apa2 kasi sebab goodie bags...ai...berapa banyak punya goodie bags lah!

      Delete
  11. huiiihhhh panas neh...projek ke-3 crush ngan projek ke-2 hahhaha...projek 1st bila nak jumpa plak heheheh...GANBATTE Alpha Male karang merpati ditangan terbang lari hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aritu jumpa projek no 1, arini jumpa projek no 2... pas ni?

      Delete
    2. ahahhahaha...pasni arapnye xde dah la...cukup 3 projek...yg ke-3 2 yn terakhir harap2 nyeeeee hhhahahhahaha

      Delete
  12. Making ebm supply sambil tersengih sumbing baca entry. Hambek kau Tareq, projek nomor tiga kena make sure takkan ada projek nomor 4 ngiahaha

    ReplyDelete
  13. Making ebm supply sambil tersengih sumbing baca entry. Hambek kau Tareq, projek nomor tiga kena make sure takkan ada projek nomor 4 ngiahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenuh jg kalau ada projek hingga 10 ke 11...mahu kena mandi bunga nnt..

      Delete
  14. "So far" tu maknanya si Em ada ura2 nak friendzonekan si Tareq tu.... Kalau dah di frienzone, TERpaksalah uda jah mengusahakan projek ke 4 pulak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok AA, kita tengok tareq masuk friendzone ke tak!!

      Delete
  15. Nina: kihkihkih! 3 projects running concurrent? Awesome...si Melin ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. emmm, cam 2, sbb dgn abg rudy, derang dah setuju cam nak jadi abg adik je. si fizi ni...

      Delete
  16. Tareq...
    Lepas 3...4...5...infinity...
    Siapa cepat dia dapat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoi ! sampai infinity? kena mandi bunga!!

      Delete
  17. Tq nina....bedebor debo baca..macam byk tanda soal dlm hati...jantung macam nak terkeluar bila pikir kan si melin dgn tareq..bio le idea nina mencurah curah.. .cepat dpt bukukan 2-2sekali... Amin.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiiiiiinnnn.....tp baru bab 6 lah!! jauh lagi ni...

      Delete
  18. fuhh..ingatkan da jauh sy ketinggalan... rupenye bru up smlm n3 neh..fuhh fuhh lega..x tinggal jauh..ekeke... hahaha em mcm da x bole elak dari tareq. tareq tau sesajer akei c melyn...hehe.

    p/s:kak nina, senarai pendek salasilah kuage/watak jgn lupe. kepale da mule penen2 ayam neh ble mncul plak fizi n da geng...hehu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu arr jarang ada novel yg citer pasal mak cik pak cik anak sedara cucu sedara segerabak ni kan....

      Delete
  19. Salam Nina.... sukanya bila no.2 diserempakkan dengan yang no.3 nih! Barulah rasa tercabar sikit si Tareq ni kan? Mula-mula cakap dia takkan mengejar gadis ya? Kita tengok lepas ni...hihihi....tak nak kejar, tapi sampai ikut Melin pergi majlis cukur jambul baby Una tu apa kes ya? Pastu siap plan nak panjat Kinabalu lagi tu....Eh, terlebih advance kah speku saya ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm nnt dia kejar ke? erk!! em kejar dia hingga ke hujung dunia

      Delete
  20. Penantian yg menyeksakan tp amatlah berbaloi...luv u Nina. 10q for the n3...nak lg eh.
    Tak sabar nak tau tindakan Tareq

    ReplyDelete
    Replies
    1. derang ni dating wat lek, wat peace je LOL

      Delete
  21. Haha tareq kena usaha lagi gigih pasni! Tareq fighting!!!! Maju kedepan....

    ReplyDelete
  22. Sokong Tareq!!!!
    Menantu pilihan Hot list juga c Emm ni yer...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm nnt em akn cakap kat tareq knp mak chu rida pilih dia

      Delete
  23. cute jer dua dua ni tau
    I wonder what would happen if all 3 (tiga jer ker Nina? macam tak cukup jer tu :P) of Melin projek dikumpulkan at one time. tentu havoc. Apa agaknya si Melin tu nak buat ya.

    ReplyDelete
  24. Sibuk buat goodie bag hahaha.. Cute jugak couple ni. Thank u soooo much nina

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahirnya dpt juga baca citer my teh tarek

      Delete
  25. thanks 4 d entry..best sgt...nape ek Em mcm nk ngelak dr Tareq? die x slesa ye si Alpha Male mcm mula menunjukkan minat? hmmm...

    ReplyDelete
  26. Best...n tak leh blah Alpha Male..da mcm tgok cite Teen Wolf plak dahh...hehe... (anyway suke beno teman dengo org labon perak nehh...) ^^

    ReplyDelete
  27. so far 3?giler byk projek..ekekek

    ReplyDelete
  28. comel jew...Tareq sudah terasa tercabar apa agaknya dia nak buat? So far? Nak membujang sampai ke tua lagi ke...

    ReplyDelete
  29. Salam Cik Nina,

    Dlm bz pun masih sempat karang SD. Progress SF macam mana? x sbr nk tahu perkembangan seterusnya. Rindu plak kat Si General n Fay yg suka sgt bergaduh.

    Salam lebaran wat Cik Nina sekeluarga, Time raya jgn mengada-2 nak menulis, sambut lebaran dulu baru continue menulis. Kami setia menunggu..hehheeee

    By the way, cinta Em n Tareq (si alpha Male) memang terbaek dowh..

    ReplyDelete
  30. Aduh...
    Nak terjatuh jantung ingatkan ada n3 before raya....kira duit raya...la utk kita owg.. Tq nina

    ReplyDelete
  31. dah mula bygkan pelakon utk citer nie :P

    ReplyDelete
  32. Salam.Slmt hari raya Cik Nina. Im new here hehe. Saya mula terjatuh cinta dgn karya Cik Nina since KNK..admire dgn khaalish c mr google..x puas KNK start la jenguk2 blog ni..xpuas hati lak lg tu trus beli PMS haha main skip2 n patah2 balik lak. Ni skrg dah sengih sorg2 lak xsabarnye tungu apa jd dgn alpha male dgn em ni...seeweeettt sgt!!! Masa 'jumpe' diaorg dlm PMS pn dah sengih2..acececeh :-P

    ReplyDelete
  33. Alahai Cik Nina....berjinggut tunggu bila nak sambung lagi ni dari bab 6....hari hari saya check....best sangat!!

    ReplyDelete