Monday, 26 August 2013

Dia seadanya Bab 8

Ooooo seperti biasa, saya sibuk sangat. Saya akan berusaha dikit demi dikit. I find this chap entertaining (maaf writer perasan ni), anda bagaimana?






Bab 8



Minggu berikutnya, terhendap-hendap Emmalyn ke gym. Sekali sekala keluar naik gunung, masuk gua okeylah juga. Tapi kalau tetiap malam diajak keluar makan, segan juga rasanya. Tapi minggu itu Emmalyn tidak perlu bimbang, batang hidung Tareq pun tak nampak.

            Hujung minggunya, sebuah pesanan ringkas masuk ke telefonnya, “Ahad am, rambling?”

            Ringkas sungguh, dilawan Emmalyn, “k,” ambik kau!

            Pagi Ahad itu, Emmalyn bangun awal untuk membantu ibunya di dapur. Kalau ikutkan minggu lepas, sebelum bergerak, Tareq akan bersarapan di rumahnya dahulu.  Benar seperti yang dijangka, seawal 7.30 pagi, Tareq sudah tiba dan disambut bagai teman lama oleh bapa Emmalyn. Terus masuk ke ruang makan, sambil bersarapan nasi goreng kerabu, bergebang dari satu topik ke satu topik. Emmalyn yang turut sama bersarapan terfikir, si Alpha Male ni datang nak jumpa aku ke nak jumpa Papa.

            Sudah puas bersembang, barulah Encik Ehsan bertanya, “Ke mana pula hari ini?”

            Hah! Finally, dengus Emmalyn dalam hati.

            “Gunung Brinchang,” jawab Tareq pendek.

            “Cameron Highlands?” soal bapa Emmalyn lagi.

            “Ye, Pak Cik.”

            “Sempatkah nak naik turun dan balik sebelum gelap?” tanya si bapa prihatin.

            “InsyaAllah, sempat Pak Cik. Emmalyn ni sangat fit orangnya, kejap je kami naik tu,” yakin dan tenang sahaja jawapan tareq.

            Dua pasang mata hinggap ke wajah Emmalyn. Encik Ehsan dan Puan Suhaila sendiri tidak pasti samada anak mereka fit atau tidak. Yang mereka tahu memang kaki rayau anak dara seorang ini. Maka kalau dapat jodoh sesama kaki rayau, bagus juga. Nanti rayau berteman yang halal, tidaklah mereka bimbang lagi.

            Rasa tidak selesa direnung ibu bapa sendiri, cepat-cepat Emmalyn bersuara, “Mama, Papa, kami jalan dulu ye,” pinggan dan cawan  di atas meja dikutip untuk dibawa ke dapur.

            “Nak naik gunung tu jalanlah dulu, pinggan cawan tu nanti Mama basuhlah,” Puan Suhaila “menghalau” anaknya.

            “Okey, Ma, Melin jalan dulu.” Tangan ibubapanya disalam, lalu backpacknya dicapai.

            Mereka dihantar sehingga ke kereta, kemudian ibu bapa Emmalyn melambai sehinggalah kereta datuk Tareq meninggalkan halaman rumah mereka. Seperti biasa senyap sunyi dalam kereta.

            Selepas sepuluh minit baru Tareq membuka mulut, “Lambat lagi nak sampai, tidurlah dulu.”

            “Semalam dah cukup tidur, sarapan tadi minum kopi,” mulut menjawab, mata memandang pemandangan di luar.

            Bagai baru teringat hendak bertanya khabar, Tareq menyoal, “So how was your week?”

            “Same old, same old. Office, gym, home.”

            Jawapannya disambut ketawa satu harakat Tareq. Si Emmalyn ini walau pun sedikit, bila dia buka mulut bisa mengundang tawa, fikir sang jejaka.

            “Bunyi macam bosan saja. No plan to spice up your life?” Sang jejaka mengocak air yang tenang.

            “Inilah, naik gunung ni.”

            “Tu je?”

            Aik! Perlikah mamat ni? “Encik Tareq, if you expect me to paint the town red, sorry to disappoint you, I’m not that kind of gal.”

            Terdiam Tareq. Yup, she’s not that kind of gal….. she’s definitely not Inessa. Dang Tareq, stop thinking about that girl!

            Humph! Baru sarkastik sikit, dah terdiam mamat ini? Memanglah dark, mysterious and challenging…

            “Tak nampak pun awak di gym minggu ini?” sengaja buat modal bersembang konon.

            “Awak cari sayakah?” straight forward pertanyaan sang jejaka.

            Ish! Nyesal pulak aku tanya! “Tak adalah, selalunya awak ada je kat gym tu.”

            “Saya exercise sebelah pagi.”

            “Oh.” Bagus juga dia ke gym sebelah pagi, aku ke gym sebelah petang. Segan kalau hari-hari jumpa.

            “Iyalah, awak cuti, boleh exercise any time of the day,” kemudian terlintas pula di kepala, “Eh, lama ek awak cuti?”

            “Dua bulan. Lepas tu saya boleh buat keputusan nak sambung kontrak kerja di sana atau pun pilih opsyen lain.”

            “Opsyen apa?” Amboi, menyibuknya kau Emmalyn, diri sendiri dikutuk.

            “Balik kerja di sini ke atau pindah ke negara lain.”

            “Tentu Mak awak happy kalau awak balik kerja di sini,” Emmalyn buat statement yang satu bandar Ipoh sudah maklum.

            “Yup.” Itu sahaja jawabnya. Emmalyn memang tidak biasa nak korek rahsia orang, jadi tidaklah terlintas nak bersoal jawab lagi.

            Tiba-tiba Tareq pula yang bersoal jawab, “Awak? Awak happy tak kalau saya balik kerja di sini?”

            Amboi! Apa punya soalan tu? Soalan memancing ke atau soalan naif yang aku pula terlebih perasan?

            Dan Emmalyn, yang tidak gemarkan perkara-perkara complicated, membalas renungan mata Tareq lalu menjawab, “Yes.”

            Dah itu yang sebenarnyakan? Jawab saja.

            Polos, fikir Tareq. Senang cerita.

Tiba di kaki Gunung Brinchang, kereta tua datuk Tareq diparkir berhampiran sebelah sebuah ladang sayur. Berjalan beberapa langkah, kelihatan papan tanda yang menyatakan “Trail no. 1.” Mudah sahaja jalannya, mendaki tetapi jalan berbatu krikil halus itu cerah tanpa semak samun.

            Selepas hampir tiga puluh minit berjalan, mereka tiba di pinggir hutan, denainya menjadi lebih curam dan sedikit lecak. Jalan perlu berhati-hati kerana berselirat dengan akar-akar pokok, yang besar dan yang kecil. Semakin dalam masuk ke hutan, cuacanya semakin dingin kerana mereka berada di kawasan lebih tinggi dan pokok-pokok yang tinggi menghalang cahaya matahari dari tembus.

            Tiba disebuah lokasi, ternganga mulut Emmalyn! Batang-batang pokok di situ diselaputi lumut tebal.

            “Hutan di sini dikenali sebagai mossy forest,” Tareq tolong maklumkan.

            “Rasa macam dalam set filem,” balas Emmalyn dengan mulut ternganga, matanya meliar memandang pokok-pokok yang kelihatan mistikal.

            “Haah, macam set filem Harry Potter,” kata Tareq sambil tangannya mengeluarkan kamera.

            “Lord of the Ring, kalau keluar watak ceritanya kat sini, saya takkan terkejut,” komen Emmalyn sambil membelek cendawan-cendawan yang tumbuh lebat di sebuah batang pokok yang sudah tumbang.

            “Emmalyn, cheese!” Si gadis mendongak terkejut, sang jejaka menekan punat kamera.

            “Alah… nak ambil gambar pun, cakaplah dulu. Nanti kang tak senonoh pula gambar saya,” protes Emmalyn.

            “Eh, senonoh saja gambar awak ni,” balas Tareq yang sedang membelek lensa kamera. Agaknya puas hati dengan gambar yang diambil, sebuah senyuman dihadiahkan kepada modelnya.

            Whooosh! Senyuman Tareq bagaikan sebilah anak panah, terbang laju dan menusuk qalbu Emmalyn. Hoi! Banyaklah drama kau, anak panahlah pula. Cubaan Emmalyn untuk menyedarkan diri. Kalau bukan kena tusuk anak panah, kenapa pula jantung aku ni berdenyut lain macam?

            “Kenapa?” tanya Tareq bila melihat Emmalyn kaku berdiri memandangnya tidak berkelip.

            “Kenapa apa?” cakap pun dah macam zombie.

            “Kenapa pandang saya macam tu?”

            “Rasanya ini kali pertama saya tengok awak senyum,” jawab si gadis polos lurus bendul yang namanya Emmalyn.

            Tareq tersipu malu, mukanya merah. Ish! Macam jadi budak sekolah pula. Hairan! Agaknya sudah lama tidak dating, sekali perempuan cakap macam ini pun dah rasa lain macam. Berapa lama ye tak dating? Enam tahun?

            Cubaan untuk menutup rasa canggung, “Jomlah, kita sambung jalan. Nanti nak turun lagi.” Langkah dihayun mendaki lagi.

            Emmalyn yang mengikut dari belakang menyeru teman hikingnya, “Tareq…”

            Sang jejaka menoleh, “Hm?”

            “You should smile more often,” nada suara ikhlas bukan mengedik hendak flirting, “supaya awak boleh kongsi cahaya awak dengan orang lain.”

            Kongsi cahaya? Emmalyn ni merepek sebab tak cukup oksigen ke kat atas ni? Nampak jelas di wajah Tareq yag dia tak faham apa yang Emmalyn cakapkan.

            “Nama awak tu kan maknanya bintang yang bersinar terang?” sang jejaka baru kelihatan sedikit memahami, “jadi senyumlah selalu, supaya semua orang di sekeliling awak pun rasa gembira.”

            Langkah diteruskan mendaki tetapi mindanya berputar-putar memikirkan tentang apa yang Emmalyn katakan. Aku ni jarang senyumkah? Masam? Moody? Hmm, di universiti dulu gelak tawa memang sebahagian dari hidup. Hidup yang sentiasa mencari fun! Belajar, belajar juga tetapi hiburan dalam hidup menjadi kewajipan….. sehinggalah episod Inessa bermula. Sejak itu, tiada lagi tawa gembira, bawa diri jauh-jauh, hidup sorang-sorang dan setakat ini tiada siapa yang dibenarkan untuk mendekati.

            Masa sudah tiba untuk berubah? Ikut kata Emmalyn, senyum kepada dunia? Senyum dengan dia?

            Langkah terhenti seketika, “Emmalyn, apa makna nama awak?”

            Giliran si gadis pula yang terkejut! Dia nak tahu makna nama aku?

            “Kalau dalam bahasa German, maknanya ketua yang kuat bekerja. Ada juga saya terbaca, maknanya ‘peaceful home.’ Tak adalah seglamer macam makna nama awak.”

            “Ketua yang kuat bekerja….” Tareq menyebut makna nama Emmalyn, “peaceful home.”

            “Papa nak anaknya semua bermula dengan huruf E, macam nama dia, Ehsan. Maka itu yang ada Emil, Emmalyn, Elyasa’, Edelia.”

            “Kreatif Papa awak. Nanti kalau anak saya nak taruk nama mula dengan huruf T…. susah jugakan?” Sambil bersembang sambil mendaki.

            “T? Hmmm… Tania, Tasha, Thahirah, Tamara, Tiffany, Talullah, Tia….” Laju Emmalyn menyebut, macam machine gun.

            Terhenti langkah Tareq, pecah tawa berdekah-dekah. Lama juga tawanya. Si gadis yang memang sudah jatuh hati pada jejaka berbadan tegap ini, terpesona memandang. Kalau tadi kali pertama melihat Tareq tersenyum, ini pula kali pertama melihat Tareq ketawa besar. Memang betul, orang yang kacak, bila ketawa, bila senyum, orang yang memandang pun bahagia.

            Reda ketawa, Tareq berkata, “Banyaknya nama bermula huruf T yang awak tahu.” Nafas ditarik, komen diberi, “Tapi entah, tak berkenanlah saya nama-nama yang bermula dengan huruf T tu.”

            “Tak berkenan T, ada lagi 25 huruf yang awak boleh pilih Encik Tareq,” balas Emmalyn yang easy-going sambil menyambung langkah, Tareq pula yang mengikut dari belakang.

            “Amirah, Batrisya, Camelia, Dahlia, Emmalyn….of course, Farah, Gabriela, Hanna, Insyirah….,” sekali lagi laju mulut Emmalyn menyebut.

            Tawa Tareq meletus lagi, kali ini bersambung dengan tawa Emmalyn.

            Sambil mendaki, belakang badan Emmalyn direnung. Apalah yang merepek bercakap pasal nama anak, fikir Tareq. Tapi dah lama tak ketawa besar macam tadi. Gadis ini istimewa. Senang cerita, tak banyak songeh, boleh buat aku senyum, boleh buat aku ketawa. Adakah…..?

            Selepas dua jam mereka tiba di puncak. Pemandangan yang indah menjamu mata, kamera dikeluarkan dan mereka mengambil gambar. Ada juga kumpulan-kumpulan kecil lain yang turut berada di sana. Tareq meminta seorang pemuda untuk mengambil gambar mereka berdua sebagai kenangan.

            Mereka berehat seketika sambil minum air dan makan kacang dan kismis untuk mengembalikan tenaga. Kemudian mereka bergerak untuk turun, Tareq mengajak Emmalyn turun melalui jalan lain, iaitu jalan kerikil yang digunakan oleh kenderaan untuk naik turun. Walaupun agak jauh, tetapi selepas beberapa minit berjalan, pemadangan hutan bertukar kepada pemandangan ladang teh terbentang luas, indah menghijau. Redup mata memandang dan damai rasa di dada. Sambil berjalan, Tareq mengambil gambar pemandangan serta gambar Emmalyn.

            “Caving awak dah cuba sekali, naik motor berkuasa besar pernah cuba?” soalan mengorek rahsia sebenarnya.

            “Dengan Abang Rudy?” selamba Emmalyn bertanya, tidak kisah bercakap tentang ‘projek pertamanya.’

            “Dengan siapa-siapa pun lah.” Sang jejaka cuba melindungi niat di hati.

            “Dengan siapa-siapa pun tak pernah. Nombor satu, saya takut naik motor laju-laju, nak hidup lama. Nombor dua, saya malu nak duduk menonggek di atas motor buat free show sepanjang lebuh raya.”

            Terhinggut-hinggut bahu Tareq ketawa.

            Baik buat pencerahan, manalah tahu kalau ada peluang. “Abang Rudy tu saya anggap macam abang sendiri,” kata Emmalyn.

            Melihat peluang yang terbuka, Tareq bertanya, “Hafizi?”

            “Macam kawan.”

            Lidah terasa ringan, tapi segan pula nak bertanya, “Saya?”

61 comments:

  1. anak nama ikut abjad macam watak anak2 Bridgerton karya Julia Quinn, hahaha. Muai le em

    ReplyDelete
    Replies
    1. a-anthony,b-benedict,c-colin,d-daphne,e-eloise,f-francesca,g-??,h-hyacinth ^^ terbaekk

      Delete
    2. ha ha saya pun sudah khatam semua buku tu, Julia Quinn is my fave. Masa saya nak menulis, saya dah set minda saya, saya nak tulis citer yg buat org geli hati macam JQ :)

      Delete
    3. That's why we like your writings :D

      Delete
  2. “Abang Rudy tu saya anggap macam abang sendiri,”
    “Hafizi?” “Macam kawan.”
    “Saya?” - Suka. Serius suka. Jom kawen..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ho ho ho tunggulah apa yg akan berlaku, sy mmg excited tp tak boleh lah citer kat sini...

      Delete
  3. Saya? Hahaha.. Suka2..Cik writer, smbg please..

    ReplyDelete
  4. Salam Eid Mubarak Cik Nina....ni haaaa baru kluar dari gua fairy wakaka bertapa konon2 nye....hehehe bary abis baca bab ni...lom tau lagi jln citer so nak go-stan (hahaha) dulu pas tu coba hadamkan...alahai byk nye ketinggalan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye awak, kita ada 2 cerita, Seteguh Fayqa and Dia Seadanya.... wah...dua2 belum siap...

      Delete
  5. Nak spekulasi lagi boleh Tak?????tau

    ReplyDelete
  6. "saya?"..
    Erkkkkk.....itu kena tanya ma dan pa..... (jawapan cover line....)

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he kita tengoklah apa yg terjadi ye

      Delete
  7. Straight jer tanya... tak payah nk intro org lain dulu..

    ReplyDelete
  8. saya???
    macam soul mate.. ok???

    mesti tareq jatuh tergolek lepas tu.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. NS, tunggulah what happen...jeng jeng jeng

      Delete
  9. wiwiwi!!! bahagianye rase bace bab ni...yippii!!! hahaha... nak lagiiiiiiiiiiii kakkkk....... hehe ^___^

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, otw, tp selo-selo ye...writernya sibuk....

      Delete
  10. Saya?.... Future husbnd lah kan Nina?.... Hheheh

    ReplyDelete
  11. dua2 dh b.bunga2 nmpknyer...i loike ...

    ReplyDelete
  12. Adoiyai...Nina, suka la tulis camni....geram saya!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mana? hanging cam tu....eh nnt next bab, tahu lah what happen...sabarrrrrr

      Delete
  13. sangat suke..!!!! best je dorg ni jalan2 daki gunung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanimun? *imagination overdrive* *pensan*

      Delete
  14. he3...sweet nye...malu tp mahu...

    ReplyDelete
  15. oh...kebetulan.sy baru berkenalan dengan seorang jejaka yang pernah bercerita tentang hutan lumut ni.Panjang lebar dia cerita, membuat sy teruja nk meneroka hutan lumut ni jugak. Mesti best. cuma baru kenal kan.xmahu percaya sgt. Btw, he's single. keh keh keh... dan jenis adventourous. Adakah Tareq ini dia? -_-



    ReplyDelete
    Replies
    1. he's single, wow!! are you? if you are, boleh la explore

      Delete
  16. memula 'gambar berdua sbg kenangan'...sengaja kannnnn tareq tu cari cara hehe. n bila part 'Saya?'..wah tersengih2 saya sorg2 dpn pc ofis ni..thanx cik nina sbb mengindahkn petang saya dgn entry ni..tunggu punya tunggu..ha ada jg entry baru. kita perasan sama2 lah cik nina ooooiii heeeeee malu tp mahu jugak!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy saya bila buat org lain happy :)

      Delete
  17. ape la agak nyer jawapan emmalyn pd tariq

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha tunggulah beberapa bab lagi, then kita tengok siapa jawab siapa

      Delete
  18. ahhh..comel gilee!!nama anak ikut abjad memang nice la!!haha..
    abang rudy mcm abg sndri
    hafiz macam kawan
    saya i mean tareq macammmmmmmmmm????? em ape anda rase xpayah complicated jawab je calon suami.!ahaha

    ReplyDelete
  19. saya? OMG!! saya yg ada butterfly kat perut nih.. tareqqq.. iloveyou!!!

    ReplyDelete
  20. bila dia tanya, Saya? saya rasa nak luku kepala Tareq. Asal lambat sangat tanya tu? dah cik writer henti kat situ. :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow tareq dh mulakan langkah..bijak bijak..har har...

      Delete
  21. wowwww....soalan tareq....straight to the point......tepat gitu....apa la jawapan si emm yer.... :-))....senyum lebor ari nie sebab dapat baca entry baru..........

    ReplyDelete
  22. Nina....kalau soalan Tareq sangat straight, I'm sure jawapan Melin pun pakai highway aje. Mau terkejut gaban Tareq nanti kan?
    Tareq - " Saya?"
    Melin - " I loike!"
    He he he...peace yo!

    ReplyDelete
  23. xtaw nape saya lebey teruja ngan cite ni dr SF..mgkn sbb dh lame xjumpe SF kot.. DS ni wat sy teruja bile bc..hehehe..thank you hanina!

    ReplyDelete
  24. wah...kenapa tak tanya...'saya' tu....teringin nak tahu apa reaksi siEm ne.......tak sabarnya.....:)

    ReplyDelete
  25. whoaaaaa semakin maju Tareq ni!hihi
    sy dh addict dgn Cerita Hanina....please cepat² keluar versi cetak..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry dear makin hujung tahun makin sibuk....

      Delete
  26. sangat menarik, tertarik.....:)

    ReplyDelete
  27. ho ho ho...lamanya la rasa x menjengah kat sini...akhirnye berkesempatan jugak menelusuri kisah melin ngan tareq neh....oh la la ....dah nek brincang la plak mereka berdua neh....melin sabaq neh tengok senyum ngan gelak si alpha male 2...jgn nak degup kuat sgt jantung 2 karang jatuh...cian plak kat mamat alpha male 2 nak kene kutip muahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. apsal jarang jenguk ke sini? sibuk ke?

      Delete
  28. pls sambung balik SF...x bes la baca stgh2...plssssssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedang siapkan manuskripnya, sorry ye selo...

      Delete
  29. o SF ni dh publish novel? nanti nk cari la kalau ade..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah dah ada penerbit yg minta...saya ni yg lambat siapkan...huhuhu bz...

      Delete