Wednesday, 18 September 2013

Dia Seadanya Bab 13


Kata seorang penulis popular, tak perlu naikkan bab DS lagi sebab minggu lepas sudah banyak saya naikkan. Tapi saya ini naikkan bab mana ada strategi. Asal terasa nak naikkan, saya naikkan. Itu yg skrg sampai 2 mss perlu disiapkan.

Mlm ni selagi tak naikkan bab, saya tak boleh tidur. So here is chap 13.


BAB 14 SAYA AKAN CUBA NAIKKAN AWAL OKTOBER, sebab 2 minggu ini saya sangat sibuk dgn kerja. Bukan sengaja nak nobatkan diri jadi Queen of Cliffhanger ok.

Saya cakap awal2 sbb kesian readers yg kata hari2 check blog kalau2 ada entry baru. OKTOBER ya!!


Camna? Cliche?




Bab 13


“Salam. Sabtu ni, Mama n Papa ada?” SMS dari Tareq.

Mama n Papa saja? Ish, macam mak bapa dia je yang disebut.

“Gi Parit Buntar, atok sedara sakit.”

“Sayang x pergi?”

Sayang?

“x”

“Ahad?”

“?”

Tidak sampai lima saat telefon Emmalyn berdering.

Bila diangkat, tanpa salam, tanpa bertanya khabar si Alpha Male berkata, “Sayang, cooperate boleh tak? My parents nak datang bincang pasal kita.”

Terkedu Emmalyn! Uiks, baru saja dia suruh jumpa Mama dan Papa semalam, pagi ini sudah berbincang pasal hendak datang? Bila dia berbincang dengan mak bapa dia?

“Okey,” itu sahaja yang Emmalyn boleh jawab.

“Okey Ahad?”

“Okey Ahad.” 

Selepas telefon dimatikan baru Emmalyn tersedar yang dia sepatutnya bertanya dahulu dengan Mama Papanya.

Selepas kerja, terus pulang ke rumah, tiada hati hendak ke gym. Rancangan Ahad dibisikkan ke telinga Mama. Puan Suhaila tersenyum lebar, bersyukur tidak terhingga kepada yang Esa kerana anak daranya bakal mendapat suami yang baik.

Sepanjang minggu itu hati Emmalyn berdebar-debar. Di pejabat berdebar, di rumah berdebar. Seminggu tidak ke gym, sebaliknya ke spa melulur badan, ke salon mencuci rambut, ke butik membeli baju. Entah mengapa taman hati berbunga-bunga penuh bahagia dan berasa mahu bikin diri jadi jelita.

Malam-malam si Alpha Male akan telefon dan mereka akan berbual-bual seketika. Berbual tentang keluarga, tentang kerja, tentang benda-benda yang mereka suka. Emmalyn tidak berani hendak bertanya tentang Ahad, bimbang dikira tidak sabar. Biarlah orang tua mereka yang menentukan. Yang dia pasti tidur malamnya lebih lena, dipenuhi dengan mimpi yang indah-indah.

Awal pagi Sabtu, ibu bapa Emmalyn ke Parit Buntar. Emil tolong pandu kereta, manakala Emmalyn tidak mahu mengikut, mahu membasuh dan menggosok baju kerja.

Pukul 8 pagi, telefon berbunyi menandakan pesanan ringkas masuk, “Jom jogging.”

“Nak basuh baju.” Serius hari Sabtu adalah hari membasuh dan menggosok baju sedunia bagi Emmalyn yang bekerja.

“Tsk, boringnya. Hantar dobi je.”

“Hari Sabtu, hari dobi sedunia saya.” Jawapan Emmalyn mengundang senyum kecil di bibir Tareq.

“Tukang dobi pun perlu tenagakan? Jom breakfast!”

Pasal makan, tak perlu ajak dua kali, terus Emmalyn menjawab, 

“Jom.” Yay!! Pagi-pagi sudah dating dengan buah hati.

Ingatkan mahu ke kedai mamak, makan roti canai dan minum teh tarik. Sebaliknya si Alpha Male bawa dia ke kedai dim sum.

“Dim sum okey?” tanya Tareq sambil memarkir kereta.

“Okey,” jawab Emmalyn, hati sudah suka, semuanya okey.

Sedap makan, seronok berteman. What a perfect lazy Saturday!

Usai makan, masuk ke kereta, Tareq memandu ke arah Kampung Tersusun Tasek, bukannya ke Rapat Setia.

“Tareq! Kita nak ke mana ni?” suara Emmalyn sudah meninggi.

“Mak mertua awak pesan suruh kidnap. Dia nak ajar menantunya masak, dia takut anaknya kebulur lepas kahwin nanti,” sambil mengutuk, bibir Tareq tersenyum manis. Haila cair… cair….macam mana nak marah? Terima sahajalah hakikat yang awak tu tak pandai masak, Emmalyn!!

Melihat muka Emmalyn yang masam kena kutuk, Tareq mengusik, “Petua masak nombor satu, muka jangan masam. Nanti lauk yang dimasak jadi tak sedap.”

Hai, kita diam tak menjawab, menjadi-jadi perli si Alpha Male sorang ni! Surat khabar di riba diambil dan paha Tareq dipukul.

“Adoi! Brutalnya anak dara Pak Cik Ehsan ni,” Tareq pura-pura mengeluh, “tapi yang brutal-brutal nilah yang seronok!”

“Eeee….Tareq…. malulah!!” Jenaka-jenaka lucah memang Emmalyn tak nak layan.

Yang malu-malulah yang paling seronok, bisik hati Tareq sambil menjeling ke arah si dara di sebelah.

Kain baju sebaldi belum berbasuh, aku pula bertandang ke rumah orang, alahai Emmalyn, keluh si bakal menantu dalam hati. Hajjah Asmah menyambutnya dengan pelukan dan ciuman di kiri kanan pipi. Bila diberitahu Tareq yang mereka sudah bersarapan, Hajjah Asmah terus membawa Emmalyn ke dapur. Tareq mengekor bagai tidak mahu berenggang dari si buah hati.

Hajjah Asmah mengeluarkan bahan-bahan masakan ke atas meja. Bahan-bahan basah seperti ikan dimasukkan ke dalam sinki. Rasa segan menebal dalam hati Emmalyn. Itulah dia, faedah duduk serumah dengan Nawwal Husna yang pandai memasak, makan sentiasa sedap. Tapi dek kerana Una yang sentiasa masak semasa di Southampton, Emmalyn hanya pandai kupas dan mayang bawang.

“Melin tak pandai masak, Andak Mah,” buat pengakuan sahajalah, buat apa nak tipu.

Sengih sahaja Tareq yang mendengarnya, sedikit pun tidak pandang rendah kepada Emmalyn. Dia suka sikap gadis itu yang sentiasa berterus terang. Senang berkongsi hidup dengan orang yang tiada agenda tersembunyi. Lagi pun, memasak ni boleh belajar.

“Tak apa, Melin. Asalkan mahu belajar, nanti pandailah,” lembut jawapan Hajjah Asmah. Gadis baik hati dan budi macam Emmalyn ini satu dalam seribu. Sejuk hatinya jika dia dan Tareq bersatu. Sudah-sudahlah dengan pengalaman buruk yang Tareq lalui. Biarlah dia balik ke Malaysia, mulakan hidup baru dengan gadis sebaik Emmalyn.

"Tareq mmg suka sangat gulai tempoyak," Hajjah Asmah mula berkongsi maklumat, balang tempoyak dikeluarkan dari kabinet dapur.


"Di Qatar ada ke tempoyak?" seingat Emmalyn, belajar di U.K. dulu pun tak pernah jumpa tempoyak.


"Buat apa nak cari tempoyak di Qatar. Orang yang nak makan tu ada di Malaysia," selamba Tareq menyampuk.


"Awak tak nak balik ke Qatar?" si lurus bendul Emmalyn bertanya.


"Awak nak ikut ke?" balas Tareq, wajah Emmalyn direnung tenang.


Terkejut dengan soalan Tareq, Emmalyn memandang ke arah Hajjah Asmah. Senyum lebar si ibu yang memasang telinga.

“Tahu siang ikan tak?” tanya Tareq. Ikan keli di dalam sinki diangkat lalu ditayangkan kepada Emmalyn.

Muka Emmalyn cemberut, marah dengan Tareq yang sengaja memalukannya di hadapan Hajjah Asmah. Sudah tahu orang tak pandai masak, depan emaknya jugalah nak bertanya. Tetapi kepalanya digeleng-gelengkan juga, memang tak tahu. Ikan mentah kalau dibeli di England, memang sudah siap bersiang.

“Sinilah,” panggil Tareq, kepalanya digerakkan tanda menyuruh Emmalyn datang ke sinki.

“Hah?” Mamat tangan berketul-ketul ini nak ajar aku siang ikan?

“Sini,” nada suara sudah meninggi sedikit, bagai bercakap dengan anak kecil yang degil.

Emmalyn mengerling ke arah Hajjah Asmah, bagai mahu minta pertolongan. Wanita separuh umur itu hanya tersenyum lembut. Suka hati bukan main melihat kemesraan antara Tareq dan gadis yang diharapkan bakal menjadi menantunya.

Tareq yang berdiri berhampiran sinki dirapati, “Awak nak saya buat apa?” tanya Emmalyn cuak.

“Siang ikan,” jawap Tareq, keningnya dijungkit, bagai mencabar Emmalyn.

Emmalyn pandang ikan, pandang Tareq, pandang ikan, pandang Tareq. Mahu hancur ikan ni aku kerjakan nanti. Habis tu apa yang hendak dimasukkan ke dalam gulai?

Melihat muka Emmalyn yang cuak, Tareq melembutkan suaranya, 

“Abang siang seekor, nanti Lin siang seekor ye.”

Anak sebut dirinya Abang, mak pula yang semakin lebar senyuman.

Ikan keli dipotong ekor, dibuang isi perut, dikerat dan dimasukkan ke dalam besen.

“Dah tahu siang ikan?” tanya cikgu kepada murid.

Si murid terkebil-kebil memandang cikgu. Siang ikan? Macam mana ek? Dia tunjuk tadi aku asyik perhati lengannya yang berurat-urat. Liur ditelan.

“Lin, tahu tak?” ulang Tareq sekali lagi.

“Demo sekali lagi boleh?” minta Emmalyn, mata berkelip-kelip sebab termalu asyik pandang lengan berurat Tareq bukan ikan yang disiang.

“Kelip-kelip mata kat cikgu, kena denda siang ikan. Nah,” seekor ikan keli diletakan di atas tapak tangan Emmalyn.

“Mak! Gelilah!” Kalau betul emak yang diseru ada di situ, tentu malu si emak dengan perangai anak daranya.

Tareq ketawa berdekah-dekah. Emmalyn bukan awek gedik. Kalau disebut geli, maka memang betul gelilah dia.

“Siang ikan geli, makan tak geli,” marah cikgu, konon.

“Tareq, serius licin badan dia.”

“Itulah ikan keli namanya. Ambil, siang,” Tareq mengarah.

Ish, jangan kasi malu Mama, Emmalyn. Dahlah Andak Asmah pun ada di sini. Mahu tak mahu, ikan geli diambil dan disiang.

Perlahan benar Emmalyn membuat kerja, sehinggakan Tareq bertanya, “Apasal tak reti masak?”

Malu besar, okey! Hot tak hot, mamat ni mulut tak bertapis!

“Orang anak manja Mamalah!” bisik Emmalyn, tidak mahu Andak Asmah dengar.

Tersembul tawa kecil Tareq. Emmalyn ini walau apa keadaan pun, tetap akan berterus terang.

“Kat U.K. makan apa?”

“Una tu terror masak kalah Chef Wan tahu. Saya dan Pet tukang kupas bawang saja,” sekali lagi jawapan Emmalyn mengundang tawa Tareq.

“Kahwin nanti?” sergah Tareq.

Terdiam Emmalyn, muncung bibirnya. Hmph, kahwin kau nak, Emmalyn, belajar masak malas. Ha, sekarang ni belajarlah betul-betul.

Tekun betul Emmalyn belajar masak dengan Tareq dan ibunya. Rupanya sudah bertahun hidup di rantauan, Tareq memang pandai memasak. Siap masakan, mereka berhidang dan makan bersama-sama. Sambil makan, sambil bersembang. Abang sulung Tareq, Sohair dan isterinya bekerja sebagai guru di Taiping. Adiknya, Ziyyad bekerja dalam bidang IT di Johor.

Usai makan tengahari, mereka solat zohor bersama-sama. Fikir Emmalyn selepas solat, Tareq akan membawanya pulang. Rupanya Hajjah Asmah mahu mengajaknya masak pengat durian untuk minum petang pula. Teringat juga Emmalyn kepada kainnya sebaldi yang belum berbasuh. Mahu berkeras pulang, Hajjah Asmah mengingatkan rezeki jangan ditolak. Dek sebab malu alah, Emmalyn masuk ke dapur kali kedua.

Pengat durian siap seperiuk, pulut Siam sedang dikukus, sampai lah Hajjah Khadijah a.k.a Uda Jah, saluran media rasmi Ngah Balom clan. Dapur Hajjah Asmah sudah menjadi Balai Berita pula. Respek betul Emmalyn pada Uda Jah pesara kakitangan kerajaan yang cekap menggunakan gajet. Gambar mereka masak bersama-sama diambil menggunakan telefon pintar, kemudia Uda Jah memuat naik ke Muka Bukunya. Baru sekejap sudah berpuluh ‘likes’ yang diterima. Antara komen yang diterima termasuklah “Bulan depan family kita kosong tak ada kenduri wei” dan dari adik Emmalyn, si Elyasa’, komen biasanya “Syabbas bette.”

Riuh rendah jadinya dengan kehadiran Uda Jah. Pulut dan pengat durian dinikmati di beranda sambil bersembang-sembang. Emmalyn selesa sangat dengan ibu bapa Tareq. Walau pun dia tidak pandai masak, Andak Asmah rileks sahaja. Manakala Andak Aziz, bapa Tareq memang sempoi orangnya.

Puas makan pulut dan pengat durian bertambah dua tiga kali, Emmalyn mula mengemas. Sebentar lagi tentu Mama dan Papa pulang dari Parit Buntar. Pinggan mangkuk kotor disusun ke atas dulang, Tareq tolong angkat ke dapur. Emmalyn sedang mengelap meja semasa sebuah kereta Audi putih menjalar masuk ke halaman rumah Haji Abdul Aziz. Terberhenti sembang di beranda, semua mata tertumpu ke arah kereta mewah tersebut.

Audi berhenti di hadapan rumah. Seorang wanita berbaju kebaya biru, bertudung kain chiffon putih keluar dari kereta dan membuka pintu penumpang. Seorang budak lelaki dalam lingkungan usia lima tahun turun, lalu dipimpin wanita itu berjalan menuju ke beranda.

“Siapa tu?” tanya Emmalyn sambil mengalih pandangan ke arah Hajjah Asmah.

Terkejut Emmalyn melihat muka ibu Tareq bagaikan toreh tidak berdarah. Dahi Haji Abdul Aziz berkerut, mulutnya rapat diketap. Uda Jah sudah ternganga.

“Siapa tu?” kali ini cuma di dalam hati.

Tareq yang baru sudah menghantar dulang berisi pinggan mangkuk kotor ke dapur muncul di pintu depan.

“Inessa!!”

Soalan Emmalyn terjawab akhirnya.

70 comments:

  1. sengehhhh baca... hahah tareq suka erkk usik lin dia... hahah..panggil linn so sweet... blushing. .


    aduhh sapa pulak inesa nie sis nina..siap ade boy sekali... Ahhh sudahhh...

    suspennnn

    ReplyDelete
  2. Suka suka suka tareq #jeritdalamhati
    Inessa?? Siapakah? Apakah? Bagaimanakah?tetiba down rase.

    Tq sis nina

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear, inilah yg saya panggil graf naik turun dalam perjalanan cerita. supaya bila kita baca kita rasa macam naik roller coaster, kekadang up, kekadang dooooowwwwnnnn, wat peace yo (LOL)

      Delete
  3. Suka suka suka tareq #jeritdalamhati
    Inessa?? Siapakah? Apakah? Bagaimanakah?tetiba down rase.

    Tq sis nina

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila rujuk respon di atas (cam surat dari jabatan gomen je)

      Delete
  4. taksuka inessa. mesti problem macam si Adira tu jugak. humph!!

    ReplyDelete
  5. Hello. . Nina....Inesa??? Anak???.. Pembakaran ni boleh akibatkan jerebu Nina....

    ReplyDelete
  6. Uuuh...jgn laa kata tu anak inessa dgn tareq lak...huhu

    ReplyDelete
  7. rasanya konflik sudah mari...siapakah inessa?saspens btul...

    *akan cuba bsabar mnunggu nxt n3*...

    ReplyDelete
  8. Ajdehhhhhh dia datang pula dah.....
    Ada sesi tarik2 rebut2 alpha male tengah jalan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish takkan lah kut, em kan cool n educated. itu citer2 sensasi yelah ada cat fight over a maaaaaann

      Delete
  9. Innesa?????!!!!!...
    Dugaan sudah dtg....baru nak berputik...x sempat nak berbunga nie...aduh nina....
    D one and only innesa yg menyebabkan tareq merantau....

    ReplyDelete
  10. Grrr...sbbb x puas hati...nak tambah komen..
    Ni mesti innesa dah jd janda balik...mesti dia tinggalkan tareq sbb kahwin dgn org lain...mesti dia sanggup dtg rumah tareq sbb dah baca status facebook...nak kacau line laaa nie....syuh syuh syuh pi main jauh2

    ReplyDelete
  11. Tengah berbunga2 tengok sweet couple ni..nina potong stim dgn munculkan inessa...isshhh

    ReplyDelete
  12. Alaaaaa asal inessa muncul time2 cenggini?? Erkkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaaaa, tak pe arrrr, dah jln citernya cengginiiiiii

      Delete
  13. Adoii...pagi2 baca kat opis sambil snyum sorang2...pelik smua orag tk..hahah.. x pedulik...sbb besssgt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, bak kata aktres kegemaran sy, yg penting kita happyyyy!

      Delete
  14. Replies
    1. ok nnt bab 14 sy cuba upkan balik ye...he he he (sonok ngusik readers ni)

      Delete
  15. Replies
    1. hidup klu tak de cabaran tak thrill aaah

      Delete
  16. Waaaa baru nak mencipta bahagia dah datang bala..... dugaan....cobaan.... merhaban...... hahahaha

    ReplyDelete
  17. inessa? rs nyer before ni x de mention dia kan..sape ya

    ReplyDelete
  18. haila..haila...baru dok sengih2 tetibe mai plak inessa dgn budak kecik?? aduhh!!dak kecik tu ad sangkut paut dgn tareq ke?? risau ny..sedihny..menanti bulan oktober tibe utk tau kesudahannya hari ahad jadi datang x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala tak payah lah risau.... em kan cool, apa yg dtg semua dia coool je...tengoklah nnt

      Delete
  19. Tersengih2 baca chapter yang super duper sweet nie. Tq so much Nina sebab sudi lembut hati memikirkan kami yang kehausan kasih sayang Nina. Dalam pada terbuai2 tapi diakhirnya tersentap pula. Oh...lamanyaaa Oktober itu.

    ReplyDelete
  20. salam...best jugak slalu tetinggal train ni...bile duduk dpt bace 2-3 bab skali hihihi..ni, nak suggest cik nina kite buat dwi-novel la...cantumkan buku tu...tak lerrr peminat tegar tunggu lame...hokay babai c u in oct muahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok gak cadangan zoora nie... apa kata cik nina kita...... :)

      Delete
    2. nak cantum apa, satu pun blom siap

      Delete
  21. yeayyy..thanx nina. wah panjang lebar entry ni. nina..letak la sikit camna gaya nye bual2 mesra tareq em tu dlm telefon hehe. mesti sweet kan. ok part Inessa ni mmg dr awal dah tertanya2 dah siapa dia yg dah buat hati alpha male mcm x ada rasa tu hehe. oktober kan..xpe..2minggu ni bz kenduri x kan terasa lambatnye oktober :) selamat berusaha nina!!!

    ReplyDelete
  22. Ini teman kurang gemor ni tgh hati Melin berbunga2 nk belajor memasak, apa perlu Inessa masuk dlm ini gambar?? NIna, lama juge nk nunggu ke octobe ye....tp takpe, teman saborkan jugak....saborr....saborrr...! Walau dh bgtau xde entry..nnti teman jenguk jugak sini...sambil2 ulang baca :-)) Sila teruskannnn.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha!!! ate kuat benor Peghakknyee... serope le kiter... =P

      Delete
    2. adoi.... skrg dah tak leh ckp cenggini lagi dah...

      Delete
  23. arghhh...mendera hati btul la....

    ReplyDelete
  24. OH TIDAK.....jgn hancurkan mimpi ku untuk melihat Emm dan Tareq bersanding......

    ReplyDelete
  25. Innessa??? sapa lak tu???? adoiyaiiiiiiiiiii berdebar suda.....alahai...lambatnya OKTOBER

    ReplyDelete
  26. aiseh....ikan keli mmg payah nak poring....mari kita tengok emmalyn vs innesa vs tareq..????

    ReplyDelete
  27. oooooooooo........bala dah mai dah bala dah mai dahhhh...xpe2 Em relax je 2 hahahha

    ReplyDelete
  28. alahh mengapa Inessa muncul di saat ini? MENGAPA? MENGAPA? MENGAPA??? tp Inessa ni sape ar? kalo ex gf tareq bole terime. Jgn kate ex wife pulekkk... huhu

    ReplyDelete
  29. cepat up date pleaseeeeeeeeee......tgh suke,time nilahdia muncul.....

    ReplyDelete
  30. sukerrrr!! :) senyum lebar sampai ke tangga.
    konflik sudah mai.tak akan kena kencing manis.
    thanks. Em ni kental, jangan buat dia menangis teruk2 yek...

    Airmata.Bahagia

    ReplyDelete
  31. Haippp !! Time ni lah Inessa tu nk muncull !! Bala sudah tibe.. Kak nina jgn dera Em sgt2 ye.. sikit2 boleh.. hehe.. dera tareq bayk sikit,... kueng2

    ReplyDelete
  32. pergh~ mmg a real cliffhanger nih.. tareq apa sudah jadikkk??

    ReplyDelete
  33. Tanniah pada writer yg BAIK HATI kerana memenuhi permintaan.....tqvm nina...upload n3bru...tapi nape nape nape...INNNNesa leh ada di saat cinta nak berputik......tidakkkkk

    ReplyDelete
  34. Tanniah pada writer yg BAIK HATI kerana memenuhi permintaan.....tqvm nina...upload n3bru...tapi nape nape nape...INNNNesa leh ada di saat cinta nak berputik......tidakkkkk

    ReplyDelete
  35. Terima kasih la nina kerana ada n3 baru. Mmg tiap mlm intai kesini cari Melin n Tareq.
    Inessa datang buat apa????


    ReplyDelete
  36. Bermulalah konflik sebenar... Yaii.. X sabar dah

    ReplyDelete
  37. baca sampai gelak-gelak..innesa? sape tu?

    ReplyDelete
  38. sje je nina ni kan .... bt jtg i dat..dit..dut...

    ReplyDelete
  39. nie nvel ke x?? sbb bessttt ssngat larh... ske !! >_<

    ReplyDelete
  40. Alaaaa,tengah sweet2 tiba-tiba....
    Btw janganlah tukar panggilan jadi lin,hehehe

    ReplyDelete