Friday, 25 October 2013

Dia Seadanya Bab 16 Bhg 1


Hmmm I had a tough week.... Back stabbing and such.... Sepatutnya dgn drama dalam karier saya, bolehlah saya tulis citer yg meruntun jiwa kan...hmm agaknya inilah sebabnya bab ini ada nangis2.

Niway, sy si writer perasan plg suka part ini: Wallahi! Aku cintakan lelaki ini.

Esok pagi Inche Somi bangun, sy nak ckp cenggini kat dia he he he. (Nnt dia kata bini aku ni demam agaknya...demam deadline!)

Dan disebabkan sy menobatkan diri sendiri sbg Queen of Cliffhanger, maka bab ini akan disambung minggu depan, InsyaAllah....... (jgn maraaaaaaah)





Bab 16 bhg 1



“Saya pernah tidur dengan dia. Beberapa kali.”


Jantung Emmalyn bagai mahu luruh. Sesak dada, oksigen bagai tak masuk. Hah!! Tahanlah kau, Emmalyn. Tahan telinga, tahan sabar. Sudah ada perempuan datang bawa anak, mengaku anak dia, kau nak juga si Alpha Male ini.


“Saya dulu…. jahil,” jeda seketika dan nafas ditarik dalam-dalam, bukan mudah mahu membuka pekung kepada gadis yang berjaya menawan hatinya, “Allah Ta’ala bagi otak yang cerdas, saya tak bersyukur, saya take it for granted. Belajar di U.K. dulu semuanya mudah. Tak perlu nak pulun belajar macam orang lain, waktu lapang saya hanya nak seronok. Malam-malam hu-ha hu-ha di club, di bar, di pub. Hujung minggu merayau ke sana sini. Setiap ketika nak seronok saja. Muda hanya sekali, fikir saya.”


Emmalyn dikerling sesaat. She’s still here. Ingatkan lepas mukadimah tentang hidup lepas bebasnya di U.K. dulu, gadis ini akan lari, tidak tunggu lagi. Tapi, Emmalyn Mohd Ehsan masih di sini, di hadapannya. Masih mahu jadi isterinya? Hairan.


“Emmalyn, awak dan keluarga awak, orang baik-baik. Seeloknya carilah lelaki yang baik juga sebagai suami awak,” nasihat dari orang yang mengaku kejahilannya dahulu.


“Keluarga saya, keluarga awak jugakan. Kan awak EMPAT PUPU saya,” Emmalyn mengingatkan Tareq.


Tersenyum kecil mereka berdua mendengar istilah ‘EMPAT PUPU’ yang sentiasa boleh bikin telinga Tareq berbulu. Terlintas di minda Tareq, Emmalyn ini gadis istimewa, dalam keadaan begini pun masih mahu menceriakan aku. Kalaulah aku boleh memiliki gadis istimewa ini… tapi sebaiknya…biarkan dia dapat jodoh yang lebih baik.


“Keluarga kita orang baik-baik. Awak pun orang baik-baik,” puji Emmalyn. Bila dilihatnya Tareq mahu memotong cakapnya, cepat-cepat dia menyambung, “Awak orang baik, ……solat tak tinggal, sopan santun, hormat mak bapa.”


“Pasal Inessa, itukan sejarah lama. Bumi mana yang tak pernah ditimpa hujan. Manusia tentu ada pernah khilaf, yang penting awak sudah berubah,” tenang tutur Emmalyn, sambil merenung lembut jejaka yang duduk semeja dengannya.


Tareq hanya merenung cawan kopi di hadapannya yang masih tidak bersentuh. Malu hendak panggung kepala untuk menatap wajah Emmalyn. Bagaimana hendak jadi ketua keluarga jika dengan isteri sendiri pun dia terasa hina.


“Dosa saya itu… besar sangat. Lepas Inessa mengandung, mak bapa dia buat laporan kepada penaja biasiswa saya. Teruk mak bapa saya, turun naik pejabat penaja biasiswa saya, buat rayuan supaya jangan tarik biasiswa saya,” Tareq jeda seketika sambil mengacau kopinya perlahan-lahan, 


“Saya anak yang teruk. Abang sulung saya, Abang Sohair jauh lebih baik dari saya. Tak belajar ke luar negara pun tapi masih membahagiakan Ummi dan Ayah. Habis belajar, pinang girl friendnya, sekarang sudah beranak. Dia anak penyejuk hati Ummi dan Ayah. Saya ni anak yang hanya menyeksa mereka.  Jenuh emak bapa saya menanggung malu. Sengaja mereka minta tukar kerja ke Terengganu, nak sorokkan muka dari saudara mara dan kawan-kawan. Cerita saya buntingkan anak dara orang, menjadi topik hangat di mana-mana. Ummi dan Ayah yang mula-mulanya bangga, anak tengah mereka bijak, dapat biasiswa belajar ke luar negara. Tapi akhirnya, apa yang mereka dapat? Ya, saya tamat juga belajar tapi lumpur yang terpalit di muka mereka tu, adalah ‘hadiah’ yang mereka takkan pernah lupakan.”


Emmalyn tidak putus merenung Tareq yang masih tidak memanggung kepala. Cubaannya untuk mengutip klu tentang perasaan hati jejaka yang begitu istimewa di hatinya.


Nafas ditarik, hati sang jejaka yang lara, cuba dipujuk, “Tareq, saya tak pernah kenal emak bapa awak dulu. Yang saya kenal hanya mereka sekarang. Dan apa yang saya nampak, mereka sayang sangat dengan awak. Tak nampak pun mereka marah dengan awak, tak nampak pun mereka kecewa dengan awak.”


Sekali lagi nafas dihela, mengumpul kekuatan untuk menyatakan sesuatu yang mungkin semakin melukakan hati sang jejaka. “Sebenarnya…. Awak yang kecewa dengan diri awak……. Awak yang marah dengan diri awak….. Bumi mana yang tidak pernah ditimpa hujan….”


Kepala dipanggung, wajah Emmalyn ditenung dalam-dalam, “Yes, I am disappointed with myself. Yes, I am angry with myself.”


Sudah, Emmalyn!! Bukan kau nak pujuk dia, kau kutuk dia, buat dia makin negatif! Sebakul marah dihadiahkan kepada diri sendiri.


Payah! Tapikan ini lelaki yang aku mahu kongsi hidup bersama-sama, grow old together. Don’t give up, Emmalyn!


Renungan tajam Tareq dibalas dengan renungan yang lembut. “Dah enam tahun awak kecewa dan marah dengan diri sendiri. Dah tibanya masa awak cari kemaafan dalam diri awak untuk seorang lelaki istimewa bernama Tareq Abdul Aziz.”


Renungannya ditalakan ke atas, nafas ditarik kasar, matanya berkaca, “Saya tak berani, Emmalyn.”


Wallahi! Aku cintakan lelaki ini!! Jerit hati Emmalyn. Melihat kesengsaraan Tareq, dia rasa bagai mahu memeluk lelaki itu. Peluk erat, rapat-rapat dan usap belakangnya lembut-lembut. Namun batasan iman masih menjadi benteng kuat buat Emmalyn, hujung meja dipaut kuat-kuat agar tangannya tidak terbang hinggap ke tubuh Tareq.


Sekali lagi mata Tareq hinggap ke wajah Emmalyn, “Saya tak berani kerana saya takut saya akan jadi Tareq yang dulu…. Tareq yang jahil.”


Akhirnya, butiran-butiran jernih berguguran di pipi Tareq, di pipi Emmalyn.

43 comments:

  1. Tak tau nak kata apa....sabar jer lah melin ....

    ReplyDelete
  2. Ohhh... Lelaki jujur sememangnya nmpk lebih hensem dr lelaki2 lain.. Huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm... setuju jugak... lelaki jujur nampak kacak.. :)

      Delete
    2. :) hmmm tareq cam vulnerable kat sini kan, cam nak peluk2 jer

      Delete
  3. Wallahi aku aku cintakan lelaki ini! OMGGGGG WALLAHI SUKA GILA PART NI =]

    ReplyDelete
  4. , “Saya tak berani kerana saya takut saya akan jadi Tareq yang dulu…. Tareq yang jahil.”....insya Allah tak.... Dgn em disisi, tareq ada tareq yg baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup ada tareq yg baru, tp manusiakan mana ada yg sempurna, nnt em jatuh, nnt tareq jatuh, the moral of the story is if u love someone, u simply stand by him/her ...tu yg tajuknya Dia Seadanya...

      Delete
  5. Aduh! Kasihan Emmalyn...1st time sy nangis baca cerita ni. Hanina ni memang pandai mengusik emosi readers

    ReplyDelete
    Replies
    1. k..tunggu...ke depan ada lg part2 yg megusik emosi... :)

      Delete
  6. Aduh! Kasihan Emmalyn...1st time sy nangis baca cerita ni. Hanina ni memang pandai mengusik emosi readers

    ReplyDelete
  7. next n3 plzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..................haninan awak buat saya persoalan hati saya tergantung...:D :D :D...

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he queen of cliffhanger yg kaki mengusik...

      Delete
  8. x sangka yg tariq tu ade kisah hitam ea.. tp ape pun the best part.... emmalyn still setia ngan hati dia.. still leh terima.. semua org penah buat salah kan. x salah pun bg peluang pd org....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, the world just need to be kinder...

      Delete
  9. Mmg meruntun jiwa...sakit hati dgn kebenaran crita Tareq. But I believe in Emmalyn that she can help him.

    ReplyDelete
    Replies
    1. i luve emmalyn...i lurve all my heroines

      Delete
  10. what a pure heart she has!...forgiving such a tormented soul of a man!!...who has never forgiven himself!!!...twisted cik nina...twisted...i shall paint a black canvas for tareq...with a touch of a bright sunflower shimmeringly lingering at the background, tantalizing tareq to step into the path of forgiveness & acceptance of his twisted history of youth...hhhmmmm aahhh what do you do to my train of thoughts this bright saturday morning, hmmmm?????? nak lagi blh (wink,wink,bagi muka cute niii)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhh meow meow, ur waxing lyrical here, teringat chat kita ttg that girl yg fell in love with the French-Chinese Malaysian Catholic guy... entahlah bila this story will see the light of day...

      Delete
    2. gggrrrrrrrr...hve been feeling 'waxy' lately...hormone inbalance kut hahaha...tu dia SHE has brought it up, yesss...so wats the scale of you adding another great story of yours into errrm day-lite hihihihi between u & i...deadline tak abis2 lagi kan,kan,kan...i finally finished the black canvas 4 tareq...wahaha, can't believe i did!!!...bace komen2 ladies out there, teringat lagu 'stand by your man' by tammy wynette...hey ladies!, hve u all heard of astrid & tim's 'saranghamnida'...cam ne, good enuf for T&M??? ciao babe...

      Delete
  11. Wow, touching, heart breaking. Jangan lama sangat Nina buat kami menanggung terseksa jiwa raga. By the way, Zoora, good comment, you should write an english novel, Malaysian version. Honest.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...i agree...err...abt zoora.

      Delete
    2. waaahahahahaha cik afiizah...kelakar la u ni...bahasa pon msh tak btl jln-lenggok nye...ohhh no,no,no...apa2 pon thk u byk2...hihihihi kembang semcm je ko zoora....

      Delete
  12. owhhh sedih... sayu laa.. *peluk kak nina*

    ReplyDelete
  13. owhhh sedih... sayu laa.. *peluk kak nina*

    ReplyDelete
  14. yeah... rindu giler dgn dua org ni....

    ReplyDelete
  15. Sayu..tabah la kau wahai melin.

    ReplyDelete
  16. sob...sob..sob...kita yg bc pun terasa sedihnya.... go tareq go... Tak semestinya jahat akan terus jadi jahat...bila nk berubah jd baik mmg sukar tp jika nawaitu nk berubah teguhkan hati... Awak untung tareq...em sentiasa ada disisi...jgn lepaskan org yg baik mcm em tu tareq oiii...

    ReplyDelete
  17. Kak nina nie slalu mndera prasaan dgn mmgusik emosi la..

    ReplyDelete
  18. alahai...berderai gak air mata saya membaca bab ini....

    ReplyDelete
  19. n3 air mata ni cik writer...x sabar tunggu next n3...

    ReplyDelete
  20. ngeeee.....dapat n3 utk hari ii dah senyum sampai bintang tujuh dah kite kat sini walaupun n3 kali ni sadiss tp tetap wat kite gembira sbb ia menggambarkan rasa hati Em buat si Alpha Male...jejaka yng jarang2 kite akan jumpa lagi..hehhe...gud job Nina..

    ReplyDelete
  21. A strong lady si melin ni..jgn risau tareq..

    ReplyDelete
  22. Alaaahai...x tau nk komen apa..but what past is past..
    Tapi..budak kecik tu konpem anak thareq k

    ReplyDelete
  23. Nina..i'm dreaming of your new entry...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yr komen bikin sy mau tulis bhg ii....

      Delete
  24. ~tak semua laki sempurna nampaknya. entah napa sy tak nangis. kamon tareq kuat lah sikit. kata alpha male...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alpha male kat body je kut....kat hati tu x brapa alpha... :)

      Delete
  25. first time baca. memang wajib baca dr mula...menyayat hati...

    ReplyDelete