Saturday, 12 April 2014

SETEGUH FAYQA: Teaser


Dzariff yang sudah makan tengahari tadi dipujuk-pujuk untuk menemankannya makan, atas alasan segan makan berseorangan. Akhirnya Dzariff mengambil sedikit nasi mandey dan diletakkan di atas pinggannya. Sukanya Musyrifah! Selalunya makan dengan Dzariff di pejabat dan di restoran. Kali ini makan berdua di dalam rumah. Oh, beginilah indah rasanya bila berumah tangga dengan buah hati ya. Rasa bagai berada di syurga.
Sambil makan, panjang sembang Musyrifah. Sedia maklum yang Dzariff suka berbincang tentang bisnis, maka topik itulah yang dibukanya. Sambil meneman Musyrifah makan, Dzariff teringatkan isterinya di tingkat atas. Okey agaknya, sebab tadi dia kata dia mahu tidur. Takkan hendak dihalau Musyrifah balik?
Usai makan, lambat-lambat Musyrifah mengemas. Setiap butir nasi yang bertabur dikutipnya. Meja dan kaunter kabinet dilap sehingga bersih berkilat. Puas Dzariff menghalangnya, sebagai tetamu Musyrifah tidak perlu berkemas bagai. Tetapi si rakan kongsi niaga sebenarnya hendak berdua-duaan selama mungkin dengan buah hati.
Sudah habis semua pinggan, mangkuk, gelas dicuci dan dilap kering. Meja, kaunter kabinet dan sinki dilap bersih, habislah modal Muyrifah untuk tidak bertolak balik ke pejabat. Lalu dicari idea lain, “Jif, you nak minum kopi? Kalau di pejabat, you selalu minum kopi selepas makan nasi.”
“Eh, tak payahlah, Musy. Dah pukul berapa ni? You tak nak balik ke pejabatkah?” Dzariff menolak.
“Er.. tak apa. Alah, berapa minit sangat nak bancuh kopi seteko,” sebuah senyuman manis dilemparkan. Setiap saat dengan buah hatinya, dia mahu pastikan yang Dzariff hanya berasa bahagia.
Tak reti Dzariff hendak menyuruh tetamu pulang, namun teringat Fayqa di atas, “Bukan I tak nak hidangkan you kopi, Musy...”
“Tak apa, walau pun ini rumah you, biar I yang hidangkan,” potong Musyrifah.
“No, what I mean is that... I need to go and check on my wife upstairs,” Dzariff menuding ke atas menggunakan ibu jarinya.
“Eh, you go ahead and check her. Biar I buat kopi, nanti you turun minum sahaja,” seperti biasa Musyrifah tetap gigih mencari peluang.
“Tak apalah, Musy. I think I want to spend some time with her. Kut dia nak I picitkan kepala dia ke apa,” selembut-lembutnya Dzariff memberikan alasan.
“Oh..ya...haah lah...,” tak ada modal lagi untuk bertahan di rumah buah hati, “apalah I ni, asyik berbincang hal kerja, lupa yang isteri you tak sihat. So thoughtless of me.” Senyum manis menyembunyikan hiba di hati. Isteri juga yang diutamakan.
“No-lah, Musy. Bukan thoughtless, you ni cuma obsessed pasal kerja. You should take it easy, you know.”
Dalam hati Musyrifah berbisik, Jif, I'm obsessed with you, actually. Sedih sungguh, buah hati di depan mata tetapi tak dapat bersama. Ya Allah, ku mohon Kau kurniakan ku kesabaran dan kejayaan dengan kasih sayangku terhadap lelaki yang hebat dan istimewa ini.
Si rakan kongsi niaga dihantar cuma hingga ke pintu depan. Selepas berpamitan, laju langkah Dzariff ke tingkat atas. Mahu memastikan isterinya okey. Rasanya sedang lena tu.
Bila pintu bilik tidur dibuka, Fayqa tiada. Dzariff mencari isterinya di dalam bilik air, pun tiada. Hairan. Di bilik TVkah dia? Sebelum ke tingkat bawah, dia mencari Fayqa di dalam tiga lagi bilik tidur yang masih kosong di tingkat atas. Tiada. Laju kakinya melangkah ke bawah. Fayqa dicari di bilik TV, juga tiada! Jantungnya bagai terhenti beberapa saat.
Nombor telefon isteri didail. Lima, enam, tujuh kali. Tiada jawapan. Dzariff merengus. Sabar Dzariff, mungkin ini akibat trauma yang dia lalui. Sabar. Nafas ditarik dalam-dalam.
Where can she be? Jim. Of couse, Jim.
(p/s: SF tak sempat keluar semasa PBSKL ni )

41 comments:

  1. Rindunya kat cite nie...dh ada di pasaran ke?

    ReplyDelete
  2. Alamak....apa dah jadi ni..tak nak lah yang buruk buruk happen yea Nina..happy ending tau...even beribu dan berjuta rintangan yang nenimpa...

    ReplyDelete
  3. Eh ehhh apakah cik mushy matchy ni??? I need to get my hands on the book like right now!

    ReplyDelete
  4. kacau betullah Musyrifah ini. Zariff pun x kanlah x reti nak menolak... boleh pula biarkn Si Tipah tu buat mcm rumah sendiri.
    X pa Nina.... janji lepas itu ada di rak kedai buku... kami sedia menanti dlm erti kata laun nak cepat2 peluk Fayqa

    ReplyDelete
  5. Bestnyemr..cepat2lah keluar novel ni

    ReplyDelete
  6. Ingat kan sempat kuar masa pesta buku ni...

    ReplyDelete
  7. Akhirnya penantian bakal berakhir...cpt la SF..dh lme btol tunggu nie

    ReplyDelete
  8. Lor musy musy ni xleh terima kenyataan ker?? Laki org tu oiii.

    ReplyDelete
  9. trauma faye tu ada kaitan ngan musy ke?? eeeiiii geram plak ngan musy ni....

    ReplyDelete
  10. Bila nvel ni nk kluar ek? Xsbr nk baca ni. Selalu skodeng blog ni tp xada pkmbgn tkni lg. Bila bka lg skali ada teaser wau bestnya

    ReplyDelete
  11. Wahhhh......suka..suka.... Er...Fayqa merajuk? Merajuk dan lari?

    ReplyDelete
  12. ha ahla.. bila nak ade novelni...

    ReplyDelete
  13. akhirnya terubat rindu pada dzarif n fayqa.........

    tak sabar nak peluk dah nie......huhu

    ReplyDelete
  14. akhirnya..setelah lama menanti...bila leh baca penuh ni..oh pelissss k.nina

    ReplyDelete
  15. akhirnya ada jugak entry terbaru..bila nak jadi novel ni? tak sabar nak beli novel yg ada sign author..pssttt; saya dah balik *wink*

    ReplyDelete
  16. PBSKL ke PBAKL. Typo~typo. Dalam hati harap bukan PBAKL. Nak baca yang ni.

    ReplyDelete
  17. Cik Nina Sayang....

    bila nk kuar nih, dah lama tunggu. X cian ke kat kita-2 peminat setia SF. By d way, cite Projek memikat suami kat Astro dah abih, rasa tak puas pula sebab x panjang citenya. Apa komen Cik Writer?

    ReplyDelete
  18. Nina...bila nak keluar buku ni...teman x sabo dah ni....

    ReplyDelete
  19. frust nyer akk nina...ingt leh rembat di pbakl..dpt lh berdate ngan SF namun huhu...

    ReplyDelete
  20. aduh..............siksanya jiwa n raga akakkkkkkkkk......

    ReplyDelete
  21. Nina... bertambah suspen mana fayqa pergi...bila nak kluar citer ni?

    ReplyDelete
  22. laa...ingatkan kuar masa pbskl ini...frustnya...

    ReplyDelete
  23. Salam Nina, mana sudah hilang lama x nampak?
    Dah ada bukunya di pasaran ke?


    ReplyDelete
  24. Assalammualaikum WBT Cik Puan Penulis Nina, lama takde update.ada jugak teaser, alhamdulillah, terima kaseh!! ..tak sempat bulan depan bulan berikutnya kah? atau bulan seterusnya? :-) takpe leeee...teman saborr menungguuu...

    ReplyDelete
  25. Memang rezeki teman malam ni
    Blog walking n dapat baca teaser

    ReplyDelete
  26. Berakhir sudah penantiannnnn.... :), bile nak keluar kat pasaran ni, nak cop dulu eh

    ReplyDelete
  27. Berakhir sudah penantiannnnn.... :), bile nak keluar kat pasaran ni, nak cop dulu eh

    ReplyDelete
  28. CIK NIIIIIINNNNNAAAAAA......WHENCE ART THOU?????

    ReplyDelete
  29. Td pegi pbakl..wah mata ligat cari kot2 ada SF. hampa....x ada. Dah lama x buka ni. Balik terus buka...oooo rupanya dah siap2 pesan xsempat eh :( nyway tq teaser ni sobsobsob

    ReplyDelete
  30. Nina.....bila nk keluar novel ni.....bg bayang sikit.....x sabar dah nk baca...

    ReplyDelete
  31. thanks for this post. This post makes a great point about focusing your efforts.
    fingerPrint Plus Card provider in bhubaneswar

    ReplyDelete
  32. Cik writer dah tak layan blog ni lg dah.. sesihnya..

    ReplyDelete
  33. I was complete encouraged to accretion this site. I basic to accede you for this adapted read. I in achievement savored every little bit of it and I acquire bookmarked you to assay out new accepting you post.
    Biometric Time Attendance System Supplier in bhubaneswar

    ReplyDelete
  34. Terus terang saya nyatakan bahawa sebelum ni jarang baca buku cerita genre begini. Tapi, i must say; Cik Hanina seorang penulis yang berbakat & kreatif.
    saya telah pun beli kedua-dua buku Hanina.
    I look forward to reading more blog updates and of course your new book !

    Well done !

    ReplyDelete
  35. Hi! I am just done commemoration your advertisement and I rather enjoyed it. I had some questions in the starting of the commodity though, but I captivated on commemoration and I am adored I did. Able arresting posting, blogger! Accumulate publishing and I'll in adeptness be abashed shortly.
    wholesale Jewelry

    ReplyDelete