Adake yg nak baca DS? Skrg ni ramai yg excited dgn PMS the drama!!
Saya nak ucapkan terima kasih kepada rakan2 baik saya, BFF di alam maya, yang dikenali sebagai UB Scrollers kerana rajin buka FB utk PMS the Drama dan mengepos gambar2 yang dicilok di sana sini, he he.
OK, DS dah mula move on....whaddaya think?
SF?....urghh, jap lemme siapkan 2 project deadlines dulu ye
Bab 11
Honda Accord memecut pada kelajuan
180 kilometer sejam. Kecut perut Emmalyn Tuhan sahaja yang mengetahui. Si
pemandu di sebelah diam tidak membuka mulut langsung, mata melekap ke jalan.
“Huh!”
keluh Emmalyn dalam hati, “Aku mengelak Abang Rudy sebab takut naik motor
laju-laju di atas lebuh raya. Dapat pula speed demon seorang lagi, nasib…..
nasib….”
Tareq
di sebelah dikerling, masam mencuka mukanya. Marah? Marah tidak bertempat! Marah
dengan Atai, of all the people! Sheesh…. Teringat Emmalyn peristiwa di LCCT
tadi….
“Eh!!
Tareq!” terhenti langkah Emmalyn di luar pintu balai ketibaan, “Awak buat apa
di sini?” Terkejut yang bukan dibuat-buat.
Soalan
Emmalyn buat Tareq terasa bodoh sangat-sangat. Yelah, dia ada mamat tu, aku
buat apa di sini.
Belum
sempat sesiapa berkata apa-apa, telefon Emmalyn berdering. Kelam kabut dia
mencari telefon di dalam beg sandang, “Excuse jap.”
Ikon
hijau ditenyeh. “Assalamualaikum, Mama….Dah sampai….baru je. Tareq?” Matanya
bertembung dengan mata Tareq. Aduh! Tajamnya renungan, terus menusuk qalbu.
“Oh, ye ke, Mama? Okey, Mama…. InsyaAllah.”
Telefon
dimatikan, lebar senyuman di bibir Emmalyn ditujukan kepada Encik Alpha Male,
“Awak datang jemput saya? Sorrylah, susahkan awak.”
“Kalau
susah, saya tak datang,” nada suara macam orang marah. Eh, memang marahkah dia?
“Ini
Atai, kawan saya,” Emmalyn perkenalkan. “Atai, ini Tareq.”
“Sepupu
Emmalyn ke?” tanya Atai sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
Tareq
yang cukup bosan bila diperkenalkan sebagai sepupu Emmalyn mendengus, “No.”
Terkejut
Atai dengan tingkah Tareq, tak ada ribut, tak ada taufan, berangin semacam je.
Aik! Déjà vu la pula… ini sama kes dengan laki Unakah? Cemburu dengan budak
kampung macam aku? Ish, takkan lah kut.
“Kami
EMPAT pupu, Tai,” terang Emmalyn sambil ketawa kecil, dalam hati bukan main
berjambak-jambak bunga berkembang. Encik Alpha Male datang beratus-ratus
kilometer untuk menjemputnya!
“Tai,
aku balik dengan Tareq. Tak jadi naik bas,” Emmalyn minta diri.
“Okey.
Eh, aku hutang kau berapa ribu Bhat? Tuk tuk ke airport tadi kau yang
bayarkan?” Atai sudah menyeluk ke dalam poket seluar untuk mengeluarkan dompet.
“Pet
yang bayar. Aku pun belum bayar kat dia. Alah minggu depan jumpa kat kenduri
Una, kita bayarlah. Kau tu dengan girl friend sendiri pun nak bayar jugakah?”
Emmalyn mengusik.
Tareq
mendengus, “Saya tunggu awak kat kereta!” Dia angkat kaki dan terus belah.
Aik!
Kenapa mamat ni? Tak sempat nak analisa, baik kejar, nanti kena tinggal pula
kat LCCT ni.
“Tai,
aku chow dulu,” terkocoh-kocoh Emmalyn menuruti langkah-langkah Tareq yang
besar.
Dan
semenjak dari saat itu, si Alpha Male di sebelah langsung tidak membuka mulut.
Bukan Emmalyn tak biasa dengan suasana diam di antara mereka. Tapi gerak
hatinya berkata ini diam lain macam. Mungkin satu, dia letih pandu kereta
jauh-jauh. Dua, cemburu dengan Atai. Cemburu? Serius? Merepek!!
Honda
Accord terus memecut di jalan sebelah kanan. Kecut perut Emmalyn! Cemburu ke,
merepek ke ….I have to do something, fikir Emmalyn.
Nampak
sahaja papan tanda kawasan RnR, tanpa lengah Emmalyn membuat permintaan,
“Tareq, kita berhenti kejap. Saya nak ke bilik air.”
Kereta
dilencongkan memasuki kawasan RnR, kemudian diparkir berhampiran bilik air. Si
pemandu masih diam tidak berkata apa. Seriyau juga Emmalyn, mamat sebelah ni
hangin-hangin nanti kang, tinggalkan aku kat RnR ni sorang-sorang, naiya!
“Awak
dah solat?” tanya Emmalyn lembut.
“Belum,”
sepatah sahaja yang keluar.
“Saya
pun belum. Kita solat dulu ye. Saya nak jamakkan Zohor dan Asar.”
Tanpa
jawapan, Tareq keluar dari kereta. Marah lagilah tu. Hailah mamat, apalah yang
nak dimarahkan? Atai tu je.
Selepas
ke bilik air, berwudhu dan solat, perlahan-lahan Emmalyn melangkah keluar.
Tareq sudah menunggu di luar surau, mukanya masih lagi keruh. Hai, dah solat
pun masih lagi marah? Ini kalau naik kereta ni, mesti dia pecut lagi. No way!
“Saya
laparlah. Kita makan dulu, boleh?”
Tanpa
jawapan, Tareq melangkah ke arah kedai makan. Emmalyn menurut di sebelahnya.
Tiba
di kedai makan, tahu pula bertanya, “Nak makan apa?”
Emmalyn
tersenyum kecil, “Nasi. Takut nanti perut masuk angin.”
Terasa
bersalah pula Tareq, semenjak dari LCCT tadi dia terlupa nak tanya samada
Emmalyn lapar. Asyik melayan bara di hati.
“Nak
nasi campur ke nak nasi ayam?” suara sedikit lembut, jari menunjukkan ke kedai
sebelah yang menjual nasi ayam.
“Nasi
campurlah. Saya suka makan hati….,” sempat lagi perli tu, entah faham entah
tidak si Alpha Male tu, “hati goreng kicap.”
Duduk
makan nasi berdua pun senyap. Sambil makan, Emmalyn mencari idea bagaimana
hendak buat Tareq cool semula. Takkan nak suruh dia jangan cemburu. Kalau dia
jawab, “Eh mana ada saya cemburu. Saya sedang sedih pasal hal lain ini.” Ha!
Tentu malu!
Habis
nasi di pinggan pun tiada idea yang datang. Manalah Emmalyn pernah buat kerja
memujuk lelaki ni.
“Dah?”
tanya Tareq, mahu menyambung perjalanan.
“Teringin
pulak lah nak makan pisang goreng tu,” laju Emmalyn mencari idea hendak
melengah.
Mata
Tareq menurut jari telunjuk Emmalyn ke kedai yang menjual goreng pisang. Lapar
rupanya awek ni. Kesian dia, aku ni buta perut sungguh. Punggung diangkat, mahu
pergi beli pisang goreng.
“Kopi
O satu ye,” seli Emmalyn, macam pesan kat mamak kedai pula bunyinya.
Balik
ke meja dengan sepiring pisang goreng dan secawan kopi O, Tareq lihat Emmalyn
sedang membelek gambar-gambar di tabletnya.
“Nak
tengok gambar saya buat zip-line?” pelawaan Emmalyn beserta senyum lebar.
Mahu
tak mahu tengok jugalah sebab tablet sudah disuakan kepadanya.
“Terukkan
muka saya. Tengah cuak tu, kali pertama nak zip-line,” komentar selari dari
tuan empunya gambar. Memang teruk berkerut mukanya dalam gambar tu.
“Dah
takut, buat juga,” komen si Alpha Male.
“Takut
tapi thrill,” jawab si gadis, senyuman makin lebar. “Ha, ini gambar masa
zip-line kali ketiga. Masa ni dah kurang takut dah.”
Comel
sangat dia dalam gambar ini. Dengan senyum terngaga, dengan tangan yang terdepa
dan jari-jemari membuat tanda ‘victory’.
“Berapa
kali zip-line?” tanya Tareq.
“Entah
8 ke 9 kali. Kami tak ambil yang full day package. Kalau yang full day,
berpuluh kali juga. Ini pun balik ke hotel, pengsan! Letih berjalan dalam hutan
tu.”
Emmalyn
sudah seronok bercerita, tidak sedar muka Tareq di sebelah sudah masam. Masam
mengingatkan Emmalyn balik ke hotel dengan budak kurus tinggi tadi. Lidah
terasa bagai hendak bertanya, siapa budak tu. Tapi siapalah aku hendak
bertanyakan soalan itu.
“Tareq,
ini gambar kami ke Golden Triangle,” tunjuk Emmalyn.
Ada
tiga orang. Emmalyn dan seorang gadis berdiri di sebelah budak kurus tinggi
tadi.
“Inilah
BFF saya. Ini Pet, dari Sabah. Ini Atai, yang awak jumpa tadi kat airport.
Sorang lagi BFF kami, Una. Dia tak ikut, masih dalam pantang. Kalau dia ikut,
rasanya pengsan mak dan mertuanya,” terlepas gelak kecil bila Emmalyn
teringatkan Una yang melalak-lalak mahu ikut mereka. Kalut suaminya memujuk,
“habis pantang nanti, bukan saja ke Golden Triangle, Diamond Triangle pun Abang
bawa Una.”
“Awak
pergi bertiga?” perlahan sahaja pertanyaan Tareq.
“Haah,
takkan nak angkut Una sekali? Kalau angkut Una, kena angkut Baby Zayd. Mengamuk
Abang Zack,” pecah lagi tawa Emmalyn.
“Tadi
di airport, awak berdua sahaja dengan Atai. Pet ke mana?”
Mati
tawa Emmalyn, kena berhati-hati menjawab soalan Tareq yang satu ini. “Dari
LCCT, Pet ambil flight ke KK. Bapa dia panggil balik.”
Wajah
Tareq direnung mahu memastikan mood jejaka itu. Nampak macam dah okey sikit,
lalu dia bercerita, “Pet dan Atai, they are in love. Pet baru ucap dua
syahadah. Keluarganya di Sabah terima keputusannya, tak ada masalah. Tapi
hendak terima orang jauh jadi menantu, macam ada masalah sikit. Keluarganya
kalau boleh nak Pet kahwin dengan orang Sabah sebab tak mahu Pet duduk jauh
dari derang. Itu yang Pet sekarang selalu balik ke Sabah, nak pujuk
keluarganya.”
Kenapa
aku rasa lega? Lega sangat-sangat? Wajah gadis di sebelah direnung dalam-dalam.
Ini tandanya aku dah jatuh cinta?
“Kenapa?”
tanya Emmalyn, sedikit segan bila Tareq merenung wajahnya tidak berkelip-kelip.
Tiada
jawapan, segan direnung begitu, Emmalyn menceceh, “Eh, dah sejuklah pisang
goreng ni.”
“Nak
saya belikan yang panas?” mulut berbunyi, mata tetap merenung.
“Eh,
tak payahlah. Habiskan yang ini. Jangan membazir,” jarang Emmalyn menceceh,
tapi serius seram sejuk rasanya bila direnung sebegitu, “Awak nak?”
Mulut
dinganga, minta disuap. Mulut Emmalyn pula yang ternganga. Seumur hidup tak
pernah dibuat aksi-aksi romantik macam ni! Yikes!
Mulut
Tareq masih ternganga. Perlahan-lahan Emmalyn menyuapkan sekeping pisang goreng
ke dalam mulut Tareq. Si Alpha Male sambil mengunyah, tersenyum meleret-leret.
“Ish,
tak boleh jadi ni. Makan bersuap-suap bagai. Kena nikah cepat!” bisik hati
Emmalyn. Chewah…nak nikah cepat, Emmalyn? Kau berani buka mulut kata kau nak
nikah dengan ‘projek nombor tiga’? Eeeee…..malu!!
Habis
makan pisang goreng, mereka meneruskan perjalanan ke Ipoh. Seperti biasa Tareq
diam sahaja. Tapi sekarang muka sudah ceria.
“Tareq,
Ahad depan Una buat kenduri berendoi untuk baby Zayd. Kita pergi nak?”
“Of
course, sayang.”
Errkk!!
Cepat-cepat Emmalyn ke kiri, konon-konon merenung ke luar tingkap. Hendak
sorokkan muka yang terkejut sebanarnya. Did he say ‘sayang’? Did he?
Emmalyn
di sebelah dikerling. Malulah tu… Tareq tersenyum lebar. Baru sebut sayang dah
malu. I like!