Wednesday, 18 September 2013

Dia Seadanya Bab 13


Kata seorang penulis popular, tak perlu naikkan bab DS lagi sebab minggu lepas sudah banyak saya naikkan. Tapi saya ini naikkan bab mana ada strategi. Asal terasa nak naikkan, saya naikkan. Itu yg skrg sampai 2 mss perlu disiapkan.

Mlm ni selagi tak naikkan bab, saya tak boleh tidur. So here is chap 13.


BAB 14 SAYA AKAN CUBA NAIKKAN AWAL OKTOBER, sebab 2 minggu ini saya sangat sibuk dgn kerja. Bukan sengaja nak nobatkan diri jadi Queen of Cliffhanger ok.

Saya cakap awal2 sbb kesian readers yg kata hari2 check blog kalau2 ada entry baru. OKTOBER ya!!


Camna? Cliche?




Bab 13


“Salam. Sabtu ni, Mama n Papa ada?” SMS dari Tareq.

Mama n Papa saja? Ish, macam mak bapa dia je yang disebut.

“Gi Parit Buntar, atok sedara sakit.”

“Sayang x pergi?”

Sayang?

“x”

“Ahad?”

“?”

Tidak sampai lima saat telefon Emmalyn berdering.

Bila diangkat, tanpa salam, tanpa bertanya khabar si Alpha Male berkata, “Sayang, cooperate boleh tak? My parents nak datang bincang pasal kita.”

Terkedu Emmalyn! Uiks, baru saja dia suruh jumpa Mama dan Papa semalam, pagi ini sudah berbincang pasal hendak datang? Bila dia berbincang dengan mak bapa dia?

“Okey,” itu sahaja yang Emmalyn boleh jawab.

“Okey Ahad?”

“Okey Ahad.” 

Selepas telefon dimatikan baru Emmalyn tersedar yang dia sepatutnya bertanya dahulu dengan Mama Papanya.

Selepas kerja, terus pulang ke rumah, tiada hati hendak ke gym. Rancangan Ahad dibisikkan ke telinga Mama. Puan Suhaila tersenyum lebar, bersyukur tidak terhingga kepada yang Esa kerana anak daranya bakal mendapat suami yang baik.

Sepanjang minggu itu hati Emmalyn berdebar-debar. Di pejabat berdebar, di rumah berdebar. Seminggu tidak ke gym, sebaliknya ke spa melulur badan, ke salon mencuci rambut, ke butik membeli baju. Entah mengapa taman hati berbunga-bunga penuh bahagia dan berasa mahu bikin diri jadi jelita.

Malam-malam si Alpha Male akan telefon dan mereka akan berbual-bual seketika. Berbual tentang keluarga, tentang kerja, tentang benda-benda yang mereka suka. Emmalyn tidak berani hendak bertanya tentang Ahad, bimbang dikira tidak sabar. Biarlah orang tua mereka yang menentukan. Yang dia pasti tidur malamnya lebih lena, dipenuhi dengan mimpi yang indah-indah.

Awal pagi Sabtu, ibu bapa Emmalyn ke Parit Buntar. Emil tolong pandu kereta, manakala Emmalyn tidak mahu mengikut, mahu membasuh dan menggosok baju kerja.

Pukul 8 pagi, telefon berbunyi menandakan pesanan ringkas masuk, “Jom jogging.”

“Nak basuh baju.” Serius hari Sabtu adalah hari membasuh dan menggosok baju sedunia bagi Emmalyn yang bekerja.

“Tsk, boringnya. Hantar dobi je.”

“Hari Sabtu, hari dobi sedunia saya.” Jawapan Emmalyn mengundang senyum kecil di bibir Tareq.

“Tukang dobi pun perlu tenagakan? Jom breakfast!”

Pasal makan, tak perlu ajak dua kali, terus Emmalyn menjawab, 

“Jom.” Yay!! Pagi-pagi sudah dating dengan buah hati.

Ingatkan mahu ke kedai mamak, makan roti canai dan minum teh tarik. Sebaliknya si Alpha Male bawa dia ke kedai dim sum.

“Dim sum okey?” tanya Tareq sambil memarkir kereta.

“Okey,” jawab Emmalyn, hati sudah suka, semuanya okey.

Sedap makan, seronok berteman. What a perfect lazy Saturday!

Usai makan, masuk ke kereta, Tareq memandu ke arah Kampung Tersusun Tasek, bukannya ke Rapat Setia.

“Tareq! Kita nak ke mana ni?” suara Emmalyn sudah meninggi.

“Mak mertua awak pesan suruh kidnap. Dia nak ajar menantunya masak, dia takut anaknya kebulur lepas kahwin nanti,” sambil mengutuk, bibir Tareq tersenyum manis. Haila cair… cair….macam mana nak marah? Terima sahajalah hakikat yang awak tu tak pandai masak, Emmalyn!!

Melihat muka Emmalyn yang masam kena kutuk, Tareq mengusik, “Petua masak nombor satu, muka jangan masam. Nanti lauk yang dimasak jadi tak sedap.”

Hai, kita diam tak menjawab, menjadi-jadi perli si Alpha Male sorang ni! Surat khabar di riba diambil dan paha Tareq dipukul.

“Adoi! Brutalnya anak dara Pak Cik Ehsan ni,” Tareq pura-pura mengeluh, “tapi yang brutal-brutal nilah yang seronok!”

“Eeee….Tareq…. malulah!!” Jenaka-jenaka lucah memang Emmalyn tak nak layan.

Yang malu-malulah yang paling seronok, bisik hati Tareq sambil menjeling ke arah si dara di sebelah.

Kain baju sebaldi belum berbasuh, aku pula bertandang ke rumah orang, alahai Emmalyn, keluh si bakal menantu dalam hati. Hajjah Asmah menyambutnya dengan pelukan dan ciuman di kiri kanan pipi. Bila diberitahu Tareq yang mereka sudah bersarapan, Hajjah Asmah terus membawa Emmalyn ke dapur. Tareq mengekor bagai tidak mahu berenggang dari si buah hati.

Hajjah Asmah mengeluarkan bahan-bahan masakan ke atas meja. Bahan-bahan basah seperti ikan dimasukkan ke dalam sinki. Rasa segan menebal dalam hati Emmalyn. Itulah dia, faedah duduk serumah dengan Nawwal Husna yang pandai memasak, makan sentiasa sedap. Tapi dek kerana Una yang sentiasa masak semasa di Southampton, Emmalyn hanya pandai kupas dan mayang bawang.

“Melin tak pandai masak, Andak Mah,” buat pengakuan sahajalah, buat apa nak tipu.

Sengih sahaja Tareq yang mendengarnya, sedikit pun tidak pandang rendah kepada Emmalyn. Dia suka sikap gadis itu yang sentiasa berterus terang. Senang berkongsi hidup dengan orang yang tiada agenda tersembunyi. Lagi pun, memasak ni boleh belajar.

“Tak apa, Melin. Asalkan mahu belajar, nanti pandailah,” lembut jawapan Hajjah Asmah. Gadis baik hati dan budi macam Emmalyn ini satu dalam seribu. Sejuk hatinya jika dia dan Tareq bersatu. Sudah-sudahlah dengan pengalaman buruk yang Tareq lalui. Biarlah dia balik ke Malaysia, mulakan hidup baru dengan gadis sebaik Emmalyn.

"Tareq mmg suka sangat gulai tempoyak," Hajjah Asmah mula berkongsi maklumat, balang tempoyak dikeluarkan dari kabinet dapur.


"Di Qatar ada ke tempoyak?" seingat Emmalyn, belajar di U.K. dulu pun tak pernah jumpa tempoyak.


"Buat apa nak cari tempoyak di Qatar. Orang yang nak makan tu ada di Malaysia," selamba Tareq menyampuk.


"Awak tak nak balik ke Qatar?" si lurus bendul Emmalyn bertanya.


"Awak nak ikut ke?" balas Tareq, wajah Emmalyn direnung tenang.


Terkejut dengan soalan Tareq, Emmalyn memandang ke arah Hajjah Asmah. Senyum lebar si ibu yang memasang telinga.

“Tahu siang ikan tak?” tanya Tareq. Ikan keli di dalam sinki diangkat lalu ditayangkan kepada Emmalyn.

Muka Emmalyn cemberut, marah dengan Tareq yang sengaja memalukannya di hadapan Hajjah Asmah. Sudah tahu orang tak pandai masak, depan emaknya jugalah nak bertanya. Tetapi kepalanya digeleng-gelengkan juga, memang tak tahu. Ikan mentah kalau dibeli di England, memang sudah siap bersiang.

“Sinilah,” panggil Tareq, kepalanya digerakkan tanda menyuruh Emmalyn datang ke sinki.

“Hah?” Mamat tangan berketul-ketul ini nak ajar aku siang ikan?

“Sini,” nada suara sudah meninggi sedikit, bagai bercakap dengan anak kecil yang degil.

Emmalyn mengerling ke arah Hajjah Asmah, bagai mahu minta pertolongan. Wanita separuh umur itu hanya tersenyum lembut. Suka hati bukan main melihat kemesraan antara Tareq dan gadis yang diharapkan bakal menjadi menantunya.

Tareq yang berdiri berhampiran sinki dirapati, “Awak nak saya buat apa?” tanya Emmalyn cuak.

“Siang ikan,” jawap Tareq, keningnya dijungkit, bagai mencabar Emmalyn.

Emmalyn pandang ikan, pandang Tareq, pandang ikan, pandang Tareq. Mahu hancur ikan ni aku kerjakan nanti. Habis tu apa yang hendak dimasukkan ke dalam gulai?

Melihat muka Emmalyn yang cuak, Tareq melembutkan suaranya, 

“Abang siang seekor, nanti Lin siang seekor ye.”

Anak sebut dirinya Abang, mak pula yang semakin lebar senyuman.

Ikan keli dipotong ekor, dibuang isi perut, dikerat dan dimasukkan ke dalam besen.

“Dah tahu siang ikan?” tanya cikgu kepada murid.

Si murid terkebil-kebil memandang cikgu. Siang ikan? Macam mana ek? Dia tunjuk tadi aku asyik perhati lengannya yang berurat-urat. Liur ditelan.

“Lin, tahu tak?” ulang Tareq sekali lagi.

“Demo sekali lagi boleh?” minta Emmalyn, mata berkelip-kelip sebab termalu asyik pandang lengan berurat Tareq bukan ikan yang disiang.

“Kelip-kelip mata kat cikgu, kena denda siang ikan. Nah,” seekor ikan keli diletakan di atas tapak tangan Emmalyn.

“Mak! Gelilah!” Kalau betul emak yang diseru ada di situ, tentu malu si emak dengan perangai anak daranya.

Tareq ketawa berdekah-dekah. Emmalyn bukan awek gedik. Kalau disebut geli, maka memang betul gelilah dia.

“Siang ikan geli, makan tak geli,” marah cikgu, konon.

“Tareq, serius licin badan dia.”

“Itulah ikan keli namanya. Ambil, siang,” Tareq mengarah.

Ish, jangan kasi malu Mama, Emmalyn. Dahlah Andak Asmah pun ada di sini. Mahu tak mahu, ikan geli diambil dan disiang.

Perlahan benar Emmalyn membuat kerja, sehinggakan Tareq bertanya, “Apasal tak reti masak?”

Malu besar, okey! Hot tak hot, mamat ni mulut tak bertapis!

“Orang anak manja Mamalah!” bisik Emmalyn, tidak mahu Andak Asmah dengar.

Tersembul tawa kecil Tareq. Emmalyn ini walau apa keadaan pun, tetap akan berterus terang.

“Kat U.K. makan apa?”

“Una tu terror masak kalah Chef Wan tahu. Saya dan Pet tukang kupas bawang saja,” sekali lagi jawapan Emmalyn mengundang tawa Tareq.

“Kahwin nanti?” sergah Tareq.

Terdiam Emmalyn, muncung bibirnya. Hmph, kahwin kau nak, Emmalyn, belajar masak malas. Ha, sekarang ni belajarlah betul-betul.

Tekun betul Emmalyn belajar masak dengan Tareq dan ibunya. Rupanya sudah bertahun hidup di rantauan, Tareq memang pandai memasak. Siap masakan, mereka berhidang dan makan bersama-sama. Sambil makan, sambil bersembang. Abang sulung Tareq, Sohair dan isterinya bekerja sebagai guru di Taiping. Adiknya, Ziyyad bekerja dalam bidang IT di Johor.

Usai makan tengahari, mereka solat zohor bersama-sama. Fikir Emmalyn selepas solat, Tareq akan membawanya pulang. Rupanya Hajjah Asmah mahu mengajaknya masak pengat durian untuk minum petang pula. Teringat juga Emmalyn kepada kainnya sebaldi yang belum berbasuh. Mahu berkeras pulang, Hajjah Asmah mengingatkan rezeki jangan ditolak. Dek sebab malu alah, Emmalyn masuk ke dapur kali kedua.

Pengat durian siap seperiuk, pulut Siam sedang dikukus, sampai lah Hajjah Khadijah a.k.a Uda Jah, saluran media rasmi Ngah Balom clan. Dapur Hajjah Asmah sudah menjadi Balai Berita pula. Respek betul Emmalyn pada Uda Jah pesara kakitangan kerajaan yang cekap menggunakan gajet. Gambar mereka masak bersama-sama diambil menggunakan telefon pintar, kemudia Uda Jah memuat naik ke Muka Bukunya. Baru sekejap sudah berpuluh ‘likes’ yang diterima. Antara komen yang diterima termasuklah “Bulan depan family kita kosong tak ada kenduri wei” dan dari adik Emmalyn, si Elyasa’, komen biasanya “Syabbas bette.”

Riuh rendah jadinya dengan kehadiran Uda Jah. Pulut dan pengat durian dinikmati di beranda sambil bersembang-sembang. Emmalyn selesa sangat dengan ibu bapa Tareq. Walau pun dia tidak pandai masak, Andak Asmah rileks sahaja. Manakala Andak Aziz, bapa Tareq memang sempoi orangnya.

Puas makan pulut dan pengat durian bertambah dua tiga kali, Emmalyn mula mengemas. Sebentar lagi tentu Mama dan Papa pulang dari Parit Buntar. Pinggan mangkuk kotor disusun ke atas dulang, Tareq tolong angkat ke dapur. Emmalyn sedang mengelap meja semasa sebuah kereta Audi putih menjalar masuk ke halaman rumah Haji Abdul Aziz. Terberhenti sembang di beranda, semua mata tertumpu ke arah kereta mewah tersebut.

Audi berhenti di hadapan rumah. Seorang wanita berbaju kebaya biru, bertudung kain chiffon putih keluar dari kereta dan membuka pintu penumpang. Seorang budak lelaki dalam lingkungan usia lima tahun turun, lalu dipimpin wanita itu berjalan menuju ke beranda.

“Siapa tu?” tanya Emmalyn sambil mengalih pandangan ke arah Hajjah Asmah.

Terkejut Emmalyn melihat muka ibu Tareq bagaikan toreh tidak berdarah. Dahi Haji Abdul Aziz berkerut, mulutnya rapat diketap. Uda Jah sudah ternganga.

“Siapa tu?” kali ini cuma di dalam hati.

Tareq yang baru sudah menghantar dulang berisi pinggan mangkuk kotor ke dapur muncul di pintu depan.

“Inessa!!”

Soalan Emmalyn terjawab akhirnya.

Friday, 13 September 2013

Dia Seadanya Bab 12


Nightmare saya bakal jadi nyata nih! At the rate I am putting up DS here, rasanya soon I will have 2 manuscripts to finish, hai la!! Ini semua stress punya pasal!!


Bab 12



Honda Accord bapa Tareq diparkir jauh. Jalan menghala ke rumah bapa mertua Husna dipenuhi dengan kereta-kereta para tetamu. Hadiah untuk baby Zayd, Tareq yang tolong bawakan. Sambil berjalan berdua dengan Emmalyn ke rumah kenduri, mata Tareq memerhatikan kereta-kereta yang diparkir di kiri kanan jalan, hampir kesemuanya kereta mewah buatan luar negara. Tiba di pintu pagar, tersergam rumah agam Tan Sri Zainal yang tersenarai sebagai antara ahli perniagaan paling berjaya di Malaysia.

“Kawan awak ni anak somebodykah?” tanya Tareq. Biasalah Emmalyn, bukan banyak bercerita.

“Eh, tentulah anak somebody, ada mak bapakan,” sengaja Emmalyn berjenaka.

“Maksud saya anak orang kaya ternama,” terbit sedikit rasa tidak selesa di dada Tareq, Emmalyn ini jenis yang memilih bulu ke? Ini kali pertama berjumpa dengan rakan-rakannya.

“Yang kaya bapa mertuanya. Mak bapa Una biasa-biasa saja,” Emmalyn menerangkan.

“Yang lain? Pet? Atai?”

“Ha, Pet, bapanya memanglah kaya sangat, orang kaya Sabah. Atai pun biasa-biasa saja, emaknya ibu tunggal, menoreh getah,” jawab Emmalyn, di kepalanya terfikir pentingkah kaya atau miskin seseorang?

“Awak?” kilas Emmalyn, sengaja hendak memulang paku serpih, juga nak bagi tahu Tareq yang harta itu bukan perkara utama dalam hidup.

“Saya apa?”
“Awak tu kayakah?” Sudah keluar soalan straight-to-the-point Emmalyn.

“Ishh, kaaaaya sangat, awak tak tahukah?” dah terpancar sinar nakal di mata Tareq.

Emmalyn mencebik bibir. Ish, mamat ni perasan rupanya, mentang-mentanglah kerja di tanah Arab kaya minyak. Kasutnya dibuka, kakinya melangkah masuk ke dalam rumah bapa mertua Husna.

Kelam kabut Tareq membuka kasutnya dan mengikut Emmalyn. Tiba di sebelah gadis itu, bisik si Alpha Male ke telinga Emmalyn, “Kaya sebab saya ada awak.”

Dalam sesaat merah menyala muka Emmalyn, tidak tahu mana hendak disorokkan. Toleh sana, toleh sini hendak elakkan dari renungan mata Tareq. Tup-tup ternampak pula Una dan Pet yang terlopong memandang ke arah dia dan Tareq. Oh! No…..bala! bala! Susahlah ada BFF yang kecoh macam minah dua orang ini!!

Kaki melangkah menghampiri Una dan Pet, Tareq patuh mengikut di sebelah. Hatinya berdebar-debar, ini kali pertama Una dan Pet bertemu Tareq, harap-harap minah berdua itu dapat bertenang. Janganlah derang kata apa-apa depan Tareq yang boleh bikin malu!!

Sebelum Una dan Pet kata apa-apa, Emmalyn memeluk Una dahulu, “Hmm, mana boy friend aku, Zayd?”

“Eh! Berapa banyak boy friend kau ada? Ni yang sebelah ni bukan boy friend?” Buka mulut sahaja sudah nak mengenakan kawan si Pet nih.

Merah padam muka Em, “Korang, ini Tareq, saudara aku dari Ipoh.”
Dek sebab gubra, dek sebab segan Tareq disebut boyfriend, itu yang tersembul di mulut Emmalyn. Berubah air muka Tareq. Mata tajam Una cepat menangkap, ini mesti ada sesuatu ni. Baru saja dia hendak membuka mulut untuk bertanya.....

“Una, Auntie Mai panggil, kumpulan marhaban dan sampai, majlis dah nak mula. Eh! Anak kamu mana? Rileks pula kamu melepak, anak entah dah ke mana,” membebel si Nawrah.

Una mengambil anaknya dari dakapan abang iparnya dan majlis berendui bermula. Kumpulan marhaban wanita memulakan selawat dan puji-pujian kepada Rasullullah. Di penghujung marhaban, sambil ditemani suami, Una mendukung Zayd dan dibawa ke semua ahli keluarga dan rakan-rakan yang bergilir-gilir memotong cebisan rambut Zayd. Selepas rambut Zayd digunting, anaknya dicium dengan penuh kasih sayang.

Emmalyn yang memerhatikan majlis itu tumpang bergembira untuk kawan baiknya. Dugaan dalam perkahwinan Una selama ini boleh tahan juga. Alhamdulillah perkahwinan mereka kekal bahagia. Di dalam hati, Emmalyn memanjatkan doa agar suatu hari nanti dia juga dapat menikmati kebahagiaan sebagai seorang isteri dan ibu.

“Baby kita nanti nak buat majlis macam ni jugakah?” bisik jejaka yang sedari tadi tidak lekang dari sisi Emmalyn.

Serius, tak tahu nak jawab apa. Ish, belum masuk meminang, belum minta izin dengan mak bapa kita dah nak cakap pasal baby. Hmph! Tak boleh dibiarkan ni.

“Aren’t you jumping the gun, mister?” balas Emmalyn, cuba bersuara tegas tetapi gagal dek sebab tersipu-sipu.

“Gun apa?” Tareq pura-pura bodoh.

Malas hendak melayan perangai sengal si Alpha Male, Emmalyn bangun lalu mengajak Pet makan.

“Eh, saya awak tak nak ajak makan sama?” si Alpha Male berpura-pura merajuk, wal hal faham Emmalyn malu dengan usikannya tadi. Hmm, dah jadi hobi baru pula menyakat gadis pemalu itu.

Selesai majlis dan bila sudah surut tetamu, Una suami isteri, kakak Una suami isteri dan geng kutu rayau melepak di beranda rumah Tan Sri Zainal. Fahamlah Tareq kenapa mereka dipanggil kutu rayau, modal utama perbualan mereka adalah hendak merayau ke mana. Kronik juga ketagihan Emmalyn ini. Kahwin nanti pun nak terus merayau? Habis, aku ni macam mana, ikut sama atau kena tinggal kat rumah?

“Abang Tareq, kami sedang mengundi ni. Tahun ni nak ke Beijing atau ke Jepun. Abang tak nak mengundi sama?” Gadis Sabah yang peramah itu bertanya.

“Abang pun boleh mengundi ke?”

“Abang kan nak jadi ahli bersekutu geng kutu rayau?”

“Ahli bersekutu tu macam mana?”

“Boy friend, tunang, suami ahli geng kutu rayau, automatik jadi ahli bersekutu.”

“Okey, kalau macam tu, Abang pun nak mengundilah” jawab Tareq dengan senyuman meleret-leret. Dengan ketawa besar, Una dan Pet membuat ‘high five.’

Nakal betul minah kecoh dua orang ni! Si Una tu dah jadi mak pun otak gila-gila lagi, mebebel-bebel Emmalyn dalam hati. Mukanya berpijar buat kesekian kali pada hari itu.

Geng kutu rayau mengundi, undian untuk Beijing yang paling banyak. Kecewa betul Emmalyn yang teringin hendak bercuti ke Jepun.

“Iman, air oren dah habis. Dahagalah, ambilkan saya segelas,” minta Atai, manja menjadi-jadi sejak merancang hendak bertunang. Pet yang boleh tahan garang itu, dengan senyum manis bangun mengambil air oren untuk si buah hati.

“Abang pun dahaga jugalah, Sayang. Tolong ambilkan,” kering sahaja muka Tareq meminta air kepada Emmalyn.

Whoa… permintaan air segelas bukan main sensasi jadinya. Buntang mata Una, mulut ternganga. Atai sudah terjungkit kening. Pet yang sedang melangkah ke meja, berputar laju memandang Emmalyn.

Merah muka tak payah nak cerita, Emmalyn pura-pura beriak selamba, “Ish, abang EMPAT pupu saya ni bukan main malas ye hari ini,” punggung diangkat, kaki melangkah ke arah meja untuk mengambil air yang diminta.

Giliran Tareq pula menjungkitkan kening, hmph masih dengan “Abang EMPAT pupu” ya? Okey, balik nanti kita tengok berapa banyak pupu ye, Cik Emmalyn.

Lewat petang baru mereka beransur pulang. Pelawaan Una untuk mereka menumpang tidur di rumah bapa mertuanya ditolak. Esok Emmalyn kan kerja. Ambil cuti sakit sahaja, ajar Una, si suri rumahtangga sepenuh masa. Emmalyn hanya menjuling ke langit. Bini orang kaya, apa perlu kerja!

Masuk ke dalam kereta, Tareq merenung tajam si gadis di sebelah yang sedang memasang tali pinggang keledar.

“Miss Emmalyn, when can we drop the “Abang EMPAT pupu” stuff?”

“Mr Tareq, when can we drop the Abang, Sayang stuff?” mulut menjawab, mata konon-konon mencari tisu di dalam beg tangan, malu hendak bertentang mata.

“Why should we drop it?” si Alpha Male mencabar.

“Why should we maintain it?” konon hendak membalas cabaran, tetapi mata masih lagi tertinjau-tinjau isi beg tangan.

Jari jemari Tareq singgah ke dagu Emmalyn, didongakkan supaya mata si gadis bertentang dengan matanya, dengan suara yang lembut dia berkata, “Because I mean it.”

Jantung Emmalyn terasa melompat ke tekaknya, dadanya berombak-ombak. Oh ini rasanya orang bercinta ya?

“If you mean it, prove it,” bisik Emmalyn, nafas sudah mahu putus.

Terjungkit kening si Alpha Male.

“Jumpa Mama, Papa,” dagunya ditarik dari pautan jari jemari Tareq. Malu tak tertahan.

Alpha Male di sebelah tersenyum lebar.