11 ms y'all. Nak kata enjoy pun tak kena.
Jgn marah Naz, jgn marah saya. Dah cerita cenggini. Mmg la Naz cam bodoh tapi nak buat cemana hati dia ....
Niway, saya terima semua pendapat..demi untuk baiki lagi citer ni ok.
And be warned, ini second last entry kat blog, nafas di tarik dalam2 (nak tersengih jg sy)
Bab
35
Petang itu jenuh
Khaalish menelefon Naz, tidak berangkat langsung. SMS pun tidak berjawab. Berkali-kali
dia memeriksa nombor telefon Naz, betullah nombornya. Papa Naz yang berikan.
Hati Khaalish sudah tidak sedap. Akhirnya, selepas Maghrib, dia menelefon rumah
Naz, dijawab oleh pembantu rumah. Bila ditanyakan Naz, tergagap-gagap pembantu
itu menjawab. Hairan Khaalish dibuatnya.
Telefon diserahkan kepada Papa Naz,
bila ditanyakan Naz, jawabnya, “Naz kurang sihat, dia sedang berbaring di
biliknya. Nanti dia bangun, Uncle suruh dia telefon Khaalish ye.”
Walau pun hatinya berat, Khaalish
tiada pilihan. Satu lagi SMS dihantar kepada Naz mendoakan supaya dia cepat
sihat. Terbayang-bayang di mata Khaalish, wajah Naz yang kosong tengahari tadi.
Agaknya pada masa tu, dia sudah mula rasa tidak sihat.
Kecewa tidak dapat berjumpa dengan
buah hatinya petang itu, lewat malam itu Khaalish terkebil-kebil teringatkan si
dia. Pukul 11.30 malam, berdering-dering telefon pintar Khaalish. Tersentak dia
bila melihat nombor telefon Naz terpapar di skrin. Tanpa berlengah terus
dijawabnya.
“Khaalish!” di hujung sana, namanya
diseru sayu, siap tersedu-sedu.
“Naz? Naz! Naz, awak kenapa?”
“Tolong datang ambil saya,” masih
terdengar sedu sedan Naz.
“Saya datang, saya datang. Awak di
mana?”
“Di rumah Papa saya.”
Tanpa bersoal jawab lagi, Khaalish
melompat bangun dari katil, bajunya ditukar dan tidak sampai sepuluh minit,
kereta sportsnya membelah malam menuju ke rumah keluarga Naz.
Dua puluh minit
sahaja, keretanya sudah tiba. Segan juga dia bertandang ke rumah orang
tengah-tengah malam buta sebegitu. Tapi demi Naz, ditekannya juga loceng di
luar rumah agam itu. Sambil menunggu pintu dibuka, terngiang-ngiang di
telinganya esakan tangisan si buah hati. Pintu dibuka oleh Papa Naz, senyum
manis seperti biasa menghiasi wajahnya.
“Assalamualaikum, Uncle. Maaf ganggu
tengah-tengah malam ni. Tapi Naz telefon saya, minta saya datang ke sini,” kata
Khaalish dengan muka yang tebal.
“Eh, jemput masuk, jemput masuk,
Khaalish. Naz telefon ye? Tak ada pula dia bagi tahu Uncle,” balas Dato’ Nazari
sambil menjemput Khaalish untuk duduk di sofa.
Baru sahaja Khaalish mahu duduk, Naz
terburu-buru turun dari tingkat atas. Bila dia menghampiri Khaalish, jelas
kelihatan mukanya merah, matanya bengkak. Macam orang baru lepas menangis.
“Papa, saya dan Khaalish nak keluar
supper,” kata Naz, matanya tertancap ke lantai.
Serba salah Khaalish dibuatnya.
Bukan dia tidak pernah keluar lewat malam dengan teman-teman wanitanya, tapi
meminta izin dari bapa si buah hati untuk keluar tengah-tengah malam memang dia
tak pernah buat. Tapi tentu ada yang tak kena, Naz memang tidak suka keluar
malam berdua dengan lelaki. Ini sudah tengah malam pula ajak supper.
“Uncle, don’t worry, saya akan jaga
Naz. Lepas supper, saya akan terus hantar Naz balik,” Khaalish berjanji dengan Papa Naz, gila betul bawa
anak dara orang keluar tengah-tengah malam.
“Eh, tentu Uncle percaya. Pergilah,
Naz tak ada selera makan malam tadi,” dengan senyuman manis yang tidak lekang
di bibir, Papa Naz memberikan keizinan.
Khaalish bersalam dan mencium tangan
Papa Naz, makin melebar senyuman di bibir orang tua itu. Kemudian,
terkocoh-kocoh Khaalish keluar sebab Naz sudah pun menunggu di pintu keretanya.
Pintu dibukakan untuk Naz. Gadis itu duduk dan memandang terus ke hadapan.
Enjin kereta mengaum dan Khaalish memandu keretanya meninggalkan perkarangan
rumah keluarga Naz.
“Kita nak ke mana?” tanya Khaalish.
“Mana-mana hotel pun tak apa,” jawab
Naz, bikin Khaalish terkejut besar.
Tengah-tengah malam, anak gadis ajak ke hotel, bukan tak pernah
terjadi kepada Khaalish, tapi ini Naz! Kenapa dengan dia ni?
Dengan suara yang dikawal tenang, Khaalish bertanya, “Sayang, kenapa
ni? Tengah-tengah malam telefon saya, ajak ke hotel. What happened?”
Empangan air mata yang dipertahankan Naz, pecah juga.
Mengongoi-ngongoi dia menangis. Khaalish yang sedang memandu terkejut besar
sekali lagi. Naz yang kuat, Naz yang tough, menangis sebegini teruk? Something
really bad must have happened! Terus kereta dihentikan di bahu jalan. Wajah Naz
direnung lama oleh Khaalish. Habis nak buat apa lagi? Kalau ikutkan hati memang
dia mahu peluk Naz kuat-kuat, pujuk dia jangan menangis. Tapi Khaalish tahu
kalau dia peluk Naz, agaknya makin kuat buah hatinya menangis. Pegang pun tak
kasi! Naz bukan macam perempuan-perempuan lain.
Tisu diambil dan dihulurkan kepada Naz. Air mata dilap, hingusan di
hidung dihembus. Tapi sedu sedan Naz masih berbaki, sekali sekala air matanya
masih mengalir menuruni pipinya yang merah.
Bila tangisan Naz kelihatan sedikit reda, Khaalish membuka mulut,
“Sayang, it hurts me when you cry like this.”
Wah! Tangisan Naz menjadi-jadi semula. Khaalish semakin gabra, buka
mulut semakin kuat dia menangis. Habis macam mana hendak tanya apa yang
berlaku. Lama-lama di bahu jalan ini, nanti kena sergah dengan pencegah maksiat
pula. Nak dibawa Naz ke hotel, dengan keadaan dia tersedu sedan ini, Khaalish
tidak mahu mereka menjadi tumpuan. Nanti timbul pula gosip. Nak dibawa balik ke
penthousenya, walau pun tidak lut dek pencegah maksiat, Khaalish tahu Naz tidak
akan berasa selesa. So?
Brek tangan dilepaskan dan kereta sports Khaalish meluncur lagi. Naz
yang cuba mengawal esakannya tidak ambil peduli ke mana hala kereta itu. Sedaya
upaya dia cuba berhenti menangis, tapi bila dia mengenangkan apa yang dilakukan
oleh Papanya, hatinya menjadi sayu dan tanpa dapat dikawal air matanya turun
bagai hujan.
Kereta Khaalsih berhenti, agaknya sudah tiba di destinasi. Naz yang
baru tersedar memandang ke luar. Hotel apa ni? Lamannya agak lengang dan
tersembunyi, tak macam laman hotel-hotel di Kuala Lumpur. Wajah Khaalish
ditenung, meminta jawapan.
“Saya tak nak bawa awak ke hotel. Awak menangis tak henti-henti,
nanti orang buat spekulasi. Ini rumah keluarga saya. It’s okay. By this time,
Mummy and Daddy are already in bed. Awak ceritakan dulu apa yang berlaku,
kemudian kita fikirkan apa nak buat, okey?” laju Khaalish bercakap, bimbang
kalau Naz fikir yang bukan-bukan.
“Malu saya dengan parents awak,” baru keluar suara Naz.
“Don’t worry. Derang dah tidur. Derang dah biasa dengan saya balik
lewat.”
“Yelah balik lewat, lepas keluar dengan perempuan-perempuan yang
beratus tu,” terlintas juga benda yang tak elok di kepala Naz. Matanya terasa
panas semula, cepat-cepat matanya dipejamkan rapat-rapat supaya air mata tidak
mengalir.
“Jom,” ajak Khaalish yang sudah membukakan pintu kereta untuk Naz.
Besar sungguh rumah Khaalish, macam lapangan terbang rasanya.
Dekorasinya serba moden, majoriti dindingnya kaca, terasa bagai interior dan
taman di luar bersatu. Khaalish bawa Naz terus ke dapur. Periuk kecil diambil,
diletakkan di atas tungku, api dipasang. Susu segar dituangkan ke dalam periuk.
Serbuk koko dimasukkan ke dalam dua biji koleh. Susu yang sudah merenih
dituangkan ke dalam koleh, api ditutup.
“Gula?” tanya Khaalish.
“Satu.”
Satu sudu gula dimasukkan ke dalam salah sebiji koleh.
“Cinnamon?”
Naz menggelengkan kepala. Secubit serbuk kulit kayu manis ditaburkan
ke dalam sebiji lagi koleh. Koko dikacau, siap.
Dengan dua biji koleh di tangannya, Khaalish mengajak Naz, “Jom.”
Naz yang sudah malas berfikir hanya mengikut. Pintu ditolak dan
mereka melangkah ke arah sebuah kolam renang besar. Khaalish melabuhkan
punggungnya di atas sebuah kerusi malas.
“Duduklah.”
Naz turut sahaja tanpa bersuara. Koleh berisi koko bergula
dihulurkan kepada Naz. Koko berperisa kulit kayu manis dicicip Khaalish.
“Minumlah. It will make you feel better.”
Minuman koko dicicip Naz. Memang enak sungguh! Naz bukan penggemar
koko tapi minuman kali ini sedap sungguh, dicicipnya lagi.
Melihat Naz yang masih lagi membisu, Khaalish bertanya sekali lagi,
“Sayang, tak nak bagi tahu saya apa yang dah jadi?”
Air mata Naz mengalir lagi. Tapi kali ini tanpa sedu sedan seperti
tadi. Hati Khaalish sayu melihat buah hatinya sedih begini.
“Papa……dia ambil…..pasport saya,” perlahan sahaja suara Naz.
“Ah! Naz….pasport itu bagaikan nyawanya,” fikir Khaalish.
“Kenapa?” tanya Khaalish walau pun dia boleh mengagak sebabnya.
“Dia…tak bagi saya….balik ke Luang Prabang.”
Khaalish menarik nafas panjang. Hairan betul dia dengan Naz dan
bapanya. Tak reti berbincangkah?
“Dia kata…. saya anak derhaka,” kali ini laju air mata Naz mengalir,
basah habis pipinya.
“Naz, bapa awak risaukan awak,” Khaalish cuba meredakan keadaan,
“Awak ni gadis muda, duduk jauh dari keluarga….”
“Dia tak pernah risaukan saya!”
“Sayang, bapa mana tak risaukan anaknya,” lembut Khaalish memujuk.
“Dia tak risaukan saya,” suara Naz semakin kuat, “dia tak mahu saya
balik ke Luang Prabang kerana dia nak paksa saya kahwin dengan awak!”
Terkejut dan terdiam Khaalish, lama. Tak boleh dinafikan ego lelaki
kacaknya tercalar. Buah hatinya menangis tersedu sedan bengkak mata, merah muka
sebab ‘dipaksa’ kahwin dengan dia.
Akhirnya, “Teruk sangatkah kahwin dengan saya?”
Barulah Naz tersedar betapa kata-katanya tadi melukakan hati Khaalish!
“Khaal…. saya menangis sebab bukan kerana saya kena paksa kahwin
dengan awak….. Saya sedih sebab bapa saya tak habis-habis nak gunakan saya sebab
hendak berbesan dengan orang kaya.”
Air muka Khaalish sudah keruh, wajah Naz direnung tajam, “Sama saja,
bottom line, awak tak nak kahwin dengan saya.”
“Khaalish, could you not complicate things?!”
“Naz, you’re the one who complicate things. Saya cintakan awak, saya
nak bersama dengan awak selamanya, saya ajak awak kahwin. Kita kahwin, kita
happy, bapa awak pun happy. Where’s the complication?” Tak pernah Naz tengok
muka Khaalish serius sebegini.
“ Khaalish, awak fikir kahwin ni senang ke?”
“Apa yang susahnya? Saya mampu sara awak dan anak-anak. Awak fikir
awak akan hidup susah dengan saya?” Kali ini Khaalish memang tidak mahu
mengalah.
“Khaalish, we are so different!” Naz cuba bertahan.
“Naz, itu kita sudah bincangkan. Memang kita berbeza. Itu yang akan
buat hidup kita berwarna. Naz, kalau dah sayang tu, kita terima pasangan kita
seadanya.”
Nafas ditarik dalam-dalam, dengan suara yang setenang mungkin,
Khaalish memulakan bicara, “Malam ini kita bincang habis-habis. Awak dah tahu
saya mahukan awak, selama-lamanya. Sekarang awak bagi tahu saya, apa kekurangan
saya? Apa yang buat awak fikir seribu kali tentang nak kahwin dengan saya? My
Mummy? Me? My lifestyle? Awak cakap, saya akan dengar.”
Lama Naz diam, ini bukan topik yang mudah! Ini soal hati dan
perasaan. Perasaannya yang sudah tersangkut dengan jejaka penyayang di depannya
dan hatinya yang tidak yakin dengan kesetiaan jejaka yang sama.
Nampaknya Khaalish tidak akan akan berganjak, perlahan-lahan Naz
membuka mulut, “Sejujurnya Khaal, kita memang tidak sesuai…”
“Explain!”
Fuh! Meremang bulu roma Naz kena sergah dengan Khaalish begitu.
Khaalish yang selama ini sentiasa lemah lembut dengannya, yang sentiasa
bergurau.
“Apa yang Mummy awak kata tu betul…”
Baru Naz nak cakap, Khaalish sudah potong, “Awak bukan nak kahwin
dengan Mummy saya. Awak kahwin dengan saya. Saya yang akan jaga awak!”
Giliran Naz pula untuk menarik nafas panjang, “Awak tak malukah nak
kenalkan saya sebagai isteri awak nanti?”
“I will be proud to tell the whole world that you’re my wife,” balas
Khaalish yang sudah berpeluk tubuh, matanya tajam merenung Naz.
“Pakaian saya…”
“Pakaian awak jauh lebih elok dari perempuan-perempuan yang pernah
keluar dengan saya, pakaian awak menutup aurat.”
“Saya kan kaki rayau…”
“Kita merayau bersama-sama.”
Jeda. Lama.
“The only excuse that I will accept from you is that you don’t love
me,” kata Khaalish, matanya masih melekap ke wajah Naz, tiada senyuman di
bibir.
Jeda lagi.
“So, what is it, Naz?”
Ah! Khaalish sudah menekan, Naz sudah tiada pilihan lagi.
Nafas ditarik lagi, dengan suara yang perlahan, “Awak ada
beratus-ratus girlfriends.”
Khaalish pula yang melepaskan nafas, “Itu saja?”
“Itu saja? ITU SAJA?” Naz sudah terjerit. Kemudian dia baru tersedar
yang dia berada di rumah orang, tengah-tengah malam pula tu. Matanya
melilau-lilau memandang ke tingkat atas rumah keluarga Khaalish, bimbang jika
ada yang terjaga.
“Naz, berapa kali saya dah bagi tahu, they are my past, you are my
future.”
“Khaalish, beratus okey, bukan berpuluh. Awak fikir saya rasa apa?”
“Naz, awak cakap ni macamlah saya ni playboy sangat.”
“Hah! Girl friends beratus orang, bukan playboy lagi?”
“Tapi saya bukannya serius pun dengan derang.”
“Baguslah, macam mana saya nak kahwin dengan lelaki yang main-main
dengan perempuan. Macam mana saya nak hormatkan suami saya?”
Whoa! Kalau tadi ego Khaalish tercalar, sekarang bila Naz mula bercakap
tentang hormatkan suami, egonya bagai kaca berderai jatuh ke lantai. Sabarnya
semakin menipis.
Sisa-sisa kesabaran dikumpul, “Naz, tak ada orang yang sempurnakan?
Saya mengaku saya tak sempurna tapi saya akan cuba jadi lelaki yang terbaik
untuk awak. Can we move on?”
“Can we move on? Senang macam tu saja?” cemuh Naz.
Adat orang korporat yang tidak mahu mengalah, Khaalish mencuba lagi,
dengan suara yang paling lembut, “Naz, awak tak percaya saya boleh berubah?
Saya dah berubah pun sebenarnya. Sejak kita berjumpa di Bali, saya dah tak
keluar dengan mana-mana perempuan lagi. Saya dah jumpa belahan jiwa saya. Saya
tak perlukan siapa-siapa lagi, awak saja.”
Mata mereka bertembung. Lama. Mata Khaalish tajam merenung mata Naz,
mohon diterima. Di mata Naz, terpancar getaran jiwa yang dapat Khaalish baca.
Kecewa! Hati mana yang tak kecewa!!
“I can talk till the sun rises but she won’t be convinced!” mengeluh
panjang Khaalish dalam hati, “dating
dengan beratus perempuan, seorang pun aku tak berkenan. Bila aku dah berkenan,
dia pula ….. Balasan Tuhan ke apa ni?”
“Dah…habiskan koko tu. Jom tidur.”
Terbuntang mata Naz! Jom tidur?!!
“In separate roomslah, Naz,” keluh Khaalish, matanya menjuling ke
langit.
“Arrrgh! Dia ingat aku ni buaya tembaga ke?”
Kesokannya, Naz
bangun dengan kepala yang berdenyut-denyut, banyak sangat menangis semalam
agaknya. Telefonnya dicapai, skrinnya ditilik. Ha!! Dah pukul 10 pagi?! Nak
bergegas bangun pun, kepala masih sakit. Perlahan-lahan dia menapak dan menarik
tali langsir. Bila langsir terbuka, bilik tetamu di rumah keluarga Khaalish itu
disimbahi cahaya pagi yang menyilaukan mata Naz.
Usai mandi dan menukar pakaian,
sakit kepalanya berkurangan sedikit. Perlahan-lahan dia menapak ke dapur.
Dilihatnya dua orang wanita Melayu sedang memasak dan mengemas.
“Salamalaikum.”
“Waalaikumsalam,” jawab wanita yang
kelihatan seusia Mama Naz, “Eh, Cik Naz dah bangun. Sarapan dah siap. Cik Naz
nak makan di dapur ke, ruang makan atau di luar?”
“Di sini sajalah,” jawab Naz penuh
sopan, matanya melilau-lilau mencari Khaalish atau ibu bapanya, “Khaalish
mana?”
“Tuan Khaalish keluar sekejap. Dia
pesan suruh Cik Naz sarapan dulu.”
“Mummy, Daddy Khaalish?”
“Tuan dan Puan tiap-tiap pagi,
awal-awal sudah ke pejabat,” jawab pembantu rumah itu.
Lega hati Naz seketika, kemudian
timbul pula rasa malu, tentu Mummy dan Daddy Khaalish fikir dia anak dara
pemalas. Bangun meninggi hari! Hilang selera dia hendak makan, tidak jadi dia
mahu melangkah ke meja makan di dapur itu. Dia berpusing, mahu ke biliknya
tadi, ambil beg dan cabut.
Terhenti langkahnya, Zaim Khaalish
sedang berpeluk tubuh, bersandar di jenang pintu. Kelu lidah Naz, selepas
semalam, apa yang hendak dikatakan kepada jejaka yang sudah berapa kali hatinya
ditolak. Matanya sempat menyapa tubuh sasa Khaalish yang bersalut pakaian
formal ke pejabat.
“Yummy!” itu yang terlintas di
kepala Naz. Astaghafirullah! Bibirnya diketap.
“Duduklah, makan dulu,” arah
Khaalish, mukanya serius tanpa senyuman.
Itu suara bos besar di pejabat, yang
tiada siapa berani membantah. Naz pun duduk tak terkata apa-apa. Dan Khaalish
duduk di sisinya.
Pembantu rumah yang berdua itu bagai
lipas kudung menghidangkan sarapan pagi. Nasi lemak dan kopi O panas.
“Terima kasih, Chek Embun,” ucap
Khaalish penuh sopan bila secawan kopi diletakkan di depannya.
“Terima kasih,” ucap Naz kepada
kedua orang pembantu itu.
Kekok nak makan bila mamat itu
pandang dia tak lepas-lepas. Muka pula tu serius, berdebar-debar jantung Naz.
“Nak saya suapkan ke?” tanya
Khaalish.
Cepat-cepat Naz mencapai sudu dan
garfu. Walau pun nasi lemak itu sedap, susah tekaknya nak menelan bila Khaalish
merenung dia bagai nak telan!
Tiba-tiba Khaalish mengambil sesuatu
dari poket belakang seluar dan meletakkannya di atas meja.
“Nah.”
Pasport! Bersinar-sinar mata Naz.
Dicapainya pasport merah itu, dibuka dan sah, memang pasportnya.
“How?”
“Saya pergi berjumpa Papa awak,”
sedih suara Khaalish. Semalam dia ajak Naz kahwin, mata Naz suram, bila dapat
pasport, bersinar-sinar matanya.
“Sukalah dapat pergi jauh dari aku,” bisik orang yang berjauh hati.
“Thanks so much, Khaalish. I can’t thank you enough,” kata Naz penuh
lega.
Suatu lagi benda diletakkan di atas meja. Kali ini Naz hanya
memandang, tidak dicapai, tidak ditanya.
“Tiket ke Luang Prabang via Bangkok. Makanlah cepat, nanti saya
hantarkan ke airport,” kata Khaalish tanpa perasaan.
Wajah Khaalish yang sayu direnung Naz. Lidahnya kelu, tak tahu nak
kata apa!
Sejam setengah
kemudian, mereka sudah berada di KLIA. Tanpa apa kata-kata, Khaalish menemankan
Naz mendaftar masuk dan mengiringinya ke eskalator. Sebelum Naz melangkah ke
arah pegawai polis yang bertugas, Khaalish mengambil sesuatu dari poket
jaketnya dan dihulurkan kepada Naz.
“Open ticket, Luang Prabang-Bangkok-KL,”
kata Khaalish, matanya mengelak dari bertembung dengan mata Naz.
“Khaalish…,” Naz sudah serba salah,
sayu pun ada. Rasa dirinya jahat sangat.
“Saya dah buat keputusan,” Khaalish
berjeda, nafasnya dihela dalam-dalam, “awak dah tahu apa perasaan saya. Jika
awak rasa awak tak boleh hormati saya sebagai seorang suami, saya tak mahu
paksa. Jika awak rasa awak boleh terima saya seadanya, use the ticket and be
with me.”
Naz rasa ada ketul batu yang melekat
di tekaknya, nak telan liur pun tak boleh.
“Be safe where ever you are. Always
remember that you have a place here,” tangan kanan Khaalish berada di dadanya.
Nafas ditarik lagi, “I won’t say
good bye.”
Belum sempat Naz berkata apa-apa,
dia sudah melangkah pergi. Naz hanya dapat memandang. Tangan kanannya
diletakkan di dada. Jantungnya berdegup kencang tapi kenapa hatinya tak dapat
rasa apa-apa?