Wednesday, 19 December 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 35


11 ms y'all. Nak kata enjoy pun tak kena. 

Jgn marah Naz, jgn marah saya. Dah cerita cenggini. Mmg la Naz cam bodoh tapi nak buat cemana hati dia ....

Niway, saya terima semua pendapat..demi untuk baiki lagi citer ni ok.

And be warned, ini second last entry kat blog, nafas di tarik dalam2 (nak tersengih jg sy)


Bab 35

Petang itu jenuh Khaalish menelefon Naz, tidak berangkat langsung. SMS pun tidak berjawab. Berkali-kali dia memeriksa nombor telefon Naz, betullah nombornya. Papa Naz yang berikan. Hati Khaalish sudah tidak sedap. Akhirnya, selepas Maghrib, dia menelefon rumah Naz, dijawab oleh pembantu rumah. Bila ditanyakan Naz, tergagap-gagap pembantu itu menjawab. Hairan Khaalish dibuatnya.

            Telefon diserahkan kepada Papa Naz, bila ditanyakan Naz, jawabnya, “Naz kurang sihat, dia sedang berbaring di biliknya. Nanti dia bangun, Uncle suruh dia telefon Khaalish ye.”

            Walau pun hatinya berat, Khaalish tiada pilihan. Satu lagi SMS dihantar kepada Naz mendoakan supaya dia cepat sihat. Terbayang-bayang di mata Khaalish, wajah Naz yang kosong tengahari tadi. Agaknya pada masa tu, dia sudah mula rasa tidak sihat.

            Kecewa tidak dapat berjumpa dengan buah hatinya petang itu, lewat malam itu Khaalish terkebil-kebil teringatkan si dia. Pukul 11.30 malam, berdering-dering telefon pintar Khaalish. Tersentak dia bila melihat nombor telefon Naz terpapar di skrin. Tanpa berlengah terus dijawabnya.

            “Khaalish!” di hujung sana, namanya diseru sayu, siap tersedu-sedu.

            “Naz? Naz! Naz, awak kenapa?”

            “Tolong datang ambil saya,” masih terdengar sedu sedan Naz.

            “Saya datang, saya datang. Awak di mana?”

            “Di rumah Papa saya.”

            Tanpa bersoal jawab lagi, Khaalish melompat bangun dari katil, bajunya ditukar dan tidak sampai sepuluh minit, kereta sportsnya membelah malam menuju ke rumah keluarga Naz.
Dua puluh minit sahaja, keretanya sudah tiba. Segan juga dia bertandang ke rumah orang tengah-tengah malam buta sebegitu. Tapi demi Naz, ditekannya juga loceng di luar rumah agam itu. Sambil menunggu pintu dibuka, terngiang-ngiang di telinganya esakan tangisan si buah hati. Pintu dibuka oleh Papa Naz, senyum manis seperti biasa menghiasi wajahnya.

            “Assalamualaikum, Uncle. Maaf ganggu tengah-tengah malam ni. Tapi Naz telefon saya, minta saya datang ke sini,” kata Khaalish dengan muka yang tebal.

            “Eh, jemput masuk, jemput masuk, Khaalish. Naz telefon ye? Tak ada pula dia bagi tahu Uncle,” balas Dato’ Nazari sambil menjemput Khaalish untuk duduk di sofa.

            Baru sahaja Khaalish mahu duduk, Naz terburu-buru turun dari tingkat atas. Bila dia menghampiri Khaalish, jelas kelihatan mukanya merah, matanya bengkak. Macam orang baru lepas menangis.

            “Papa, saya dan Khaalish nak keluar supper,” kata Naz, matanya tertancap ke lantai.

            Serba salah Khaalish dibuatnya. Bukan dia tidak pernah keluar lewat malam dengan teman-teman wanitanya, tapi meminta izin dari bapa si buah hati untuk keluar tengah-tengah malam memang dia tak pernah buat. Tapi tentu ada yang tak kena, Naz memang tidak suka keluar malam berdua dengan lelaki. Ini sudah tengah malam pula ajak supper.

            “Uncle, don’t worry, saya akan jaga Naz. Lepas supper, saya akan terus hantar Naz balik,”  Khaalish berjanji dengan Papa Naz, gila betul bawa anak dara orang keluar tengah-tengah malam.

            “Eh, tentu Uncle percaya. Pergilah, Naz tak ada selera makan malam tadi,” dengan senyuman manis yang tidak lekang di bibir, Papa Naz memberikan keizinan.

            Khaalish bersalam dan mencium tangan Papa Naz, makin melebar senyuman di bibir orang tua itu. Kemudian, terkocoh-kocoh Khaalish keluar sebab Naz sudah pun menunggu di pintu keretanya. Pintu dibukakan untuk Naz. Gadis itu duduk dan memandang terus ke hadapan. Enjin kereta mengaum dan Khaalish memandu keretanya meninggalkan perkarangan rumah keluarga Naz.

            “Kita nak ke mana?” tanya Khaalish.

            “Mana-mana hotel pun tak apa,” jawab Naz, bikin Khaalish terkejut besar.

Tengah-tengah malam, anak gadis ajak ke hotel, bukan tak pernah terjadi kepada Khaalish, tapi ini Naz! Kenapa dengan dia ni?

Dengan suara yang dikawal tenang, Khaalish bertanya, “Sayang, kenapa ni? Tengah-tengah malam telefon saya, ajak ke hotel. What happened?”

Empangan air mata yang dipertahankan Naz, pecah juga. Mengongoi-ngongoi dia menangis. Khaalish yang sedang memandu terkejut besar sekali lagi. Naz yang kuat, Naz yang tough, menangis sebegini teruk? Something really bad must have happened! Terus kereta dihentikan di bahu jalan. Wajah Naz direnung lama oleh Khaalish. Habis nak buat apa lagi? Kalau ikutkan hati memang dia mahu peluk Naz kuat-kuat, pujuk dia jangan menangis. Tapi Khaalish tahu kalau dia peluk Naz, agaknya makin kuat buah hatinya menangis. Pegang pun tak kasi! Naz bukan macam perempuan-perempuan lain.

Tisu diambil dan dihulurkan kepada Naz. Air mata dilap, hingusan di hidung dihembus. Tapi sedu sedan Naz masih berbaki, sekali sekala air matanya masih mengalir menuruni pipinya yang merah.

Bila tangisan Naz kelihatan sedikit reda, Khaalish membuka mulut, “Sayang, it hurts me when you cry like this.”

Wah! Tangisan Naz menjadi-jadi semula. Khaalish semakin gabra, buka mulut semakin kuat dia menangis. Habis macam mana hendak tanya apa yang berlaku. Lama-lama di bahu jalan ini, nanti kena sergah dengan pencegah maksiat pula. Nak dibawa Naz ke hotel, dengan keadaan dia tersedu sedan ini, Khaalish tidak mahu mereka menjadi tumpuan. Nanti timbul pula gosip. Nak dibawa balik ke penthousenya, walau pun tidak lut dek pencegah maksiat, Khaalish tahu Naz tidak akan berasa selesa. So?

Brek tangan dilepaskan dan kereta sports Khaalish meluncur lagi. Naz yang cuba mengawal esakannya tidak ambil peduli ke mana hala kereta itu. Sedaya upaya dia cuba berhenti menangis, tapi bila dia mengenangkan apa yang dilakukan oleh Papanya, hatinya menjadi sayu dan tanpa dapat dikawal air matanya turun bagai hujan.

Kereta Khaalsih berhenti, agaknya sudah tiba di destinasi. Naz yang baru tersedar memandang ke luar. Hotel apa ni? Lamannya agak lengang dan tersembunyi, tak macam laman hotel-hotel di Kuala Lumpur. Wajah Khaalish ditenung, meminta jawapan.

“Saya tak nak bawa awak ke hotel. Awak menangis tak henti-henti, nanti orang buat spekulasi. Ini rumah keluarga saya. It’s okay. By this time, Mummy and Daddy are already in bed. Awak ceritakan dulu apa yang berlaku, kemudian kita fikirkan apa nak buat, okey?” laju Khaalish bercakap, bimbang kalau Naz fikir yang bukan-bukan.

“Malu saya dengan parents awak,” baru keluar suara Naz.

“Don’t worry. Derang dah tidur. Derang dah biasa dengan saya balik lewat.”

“Yelah balik lewat, lepas keluar dengan perempuan-perempuan yang beratus tu,” terlintas juga benda yang tak elok di kepala Naz. Matanya terasa panas semula, cepat-cepat matanya dipejamkan rapat-rapat supaya air mata tidak mengalir.

“Jom,” ajak Khaalish yang sudah membukakan pintu kereta untuk Naz.

Besar sungguh rumah Khaalish, macam lapangan terbang rasanya. Dekorasinya serba moden, majoriti dindingnya kaca, terasa bagai interior dan taman di luar bersatu. Khaalish bawa Naz terus ke dapur. Periuk kecil diambil, diletakkan di atas tungku, api dipasang. Susu segar dituangkan ke dalam periuk. Serbuk koko dimasukkan ke dalam dua biji koleh. Susu yang sudah merenih dituangkan ke dalam koleh, api ditutup.

“Gula?” tanya Khaalish.

“Satu.”

Satu sudu gula dimasukkan ke dalam salah sebiji koleh.

“Cinnamon?”

Naz menggelengkan kepala. Secubit serbuk kulit kayu manis ditaburkan ke dalam sebiji lagi koleh. Koko dikacau, siap.

Dengan dua biji koleh di tangannya, Khaalish mengajak Naz, “Jom.”

Naz yang sudah malas berfikir hanya mengikut. Pintu ditolak dan mereka melangkah ke arah sebuah kolam renang besar. Khaalish melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi malas.

“Duduklah.”

Naz turut sahaja tanpa bersuara. Koleh berisi koko bergula dihulurkan kepada Naz. Koko berperisa kulit kayu manis dicicip Khaalish.

“Minumlah. It will make you feel better.”

Minuman koko dicicip Naz. Memang enak sungguh! Naz bukan penggemar koko tapi minuman kali ini sedap sungguh, dicicipnya lagi.

Melihat Naz yang masih lagi membisu, Khaalish bertanya sekali lagi, “Sayang, tak nak bagi tahu saya apa yang dah jadi?”

Air mata Naz mengalir lagi. Tapi kali ini tanpa sedu sedan seperti tadi. Hati Khaalish sayu melihat buah hatinya sedih begini.

“Papa……dia ambil…..pasport saya,” perlahan sahaja suara Naz.

“Ah! Naz….pasport itu bagaikan nyawanya,” fikir Khaalish.

“Kenapa?” tanya Khaalish walau pun dia boleh mengagak sebabnya.

“Dia…tak bagi saya….balik ke Luang Prabang.”

Khaalish menarik nafas panjang. Hairan betul dia dengan Naz dan bapanya. Tak reti berbincangkah?

“Dia kata…. saya anak derhaka,” kali ini laju air mata Naz mengalir, basah habis pipinya.

“Naz, bapa awak risaukan awak,” Khaalish cuba meredakan keadaan, “Awak ni gadis muda, duduk jauh dari keluarga….”

“Dia tak pernah risaukan saya!”

“Sayang, bapa mana tak risaukan anaknya,” lembut Khaalish memujuk.

“Dia tak risaukan saya,” suara Naz semakin kuat, “dia tak mahu saya balik ke Luang Prabang kerana dia nak paksa saya kahwin dengan awak!”

Terkejut dan terdiam Khaalish, lama. Tak boleh dinafikan ego lelaki kacaknya tercalar. Buah hatinya menangis tersedu sedan bengkak mata, merah muka sebab ‘dipaksa’ kahwin dengan dia.

Akhirnya, “Teruk sangatkah kahwin dengan saya?”

Barulah Naz tersedar betapa kata-katanya tadi melukakan hati Khaalish!

“Khaal…. saya menangis sebab bukan kerana saya kena paksa kahwin dengan awak….. Saya sedih sebab bapa saya tak habis-habis nak gunakan saya sebab hendak berbesan dengan orang kaya.”

Air muka Khaalish sudah keruh, wajah Naz direnung tajam, “Sama saja, bottom line, awak tak nak kahwin dengan saya.”

“Khaalish, could you not complicate things?!”

“Naz, you’re the one who complicate things. Saya cintakan awak, saya nak bersama dengan awak selamanya, saya ajak awak kahwin. Kita kahwin, kita happy, bapa awak pun happy. Where’s the complication?” Tak pernah Naz tengok muka Khaalish serius sebegini.

“ Khaalish, awak fikir kahwin ni senang ke?”

“Apa yang susahnya? Saya mampu sara awak dan anak-anak. Awak fikir awak akan hidup susah dengan saya?” Kali ini Khaalish memang tidak mahu mengalah.

“Khaalish, we are so different!” Naz cuba bertahan.

“Naz, itu kita sudah bincangkan. Memang kita berbeza. Itu yang akan buat hidup kita berwarna. Naz, kalau dah sayang tu, kita terima pasangan kita seadanya.”

Nafas ditarik dalam-dalam, dengan suara yang setenang mungkin, Khaalish memulakan bicara, “Malam ini kita bincang habis-habis. Awak dah tahu saya mahukan awak, selama-lamanya. Sekarang awak bagi tahu saya, apa kekurangan saya? Apa yang buat awak fikir seribu kali tentang nak kahwin dengan saya? My Mummy? Me? My lifestyle? Awak cakap, saya akan dengar.”

Lama Naz diam, ini bukan topik yang mudah! Ini soal hati dan perasaan. Perasaannya yang sudah tersangkut dengan jejaka penyayang di depannya dan hatinya yang tidak yakin dengan kesetiaan jejaka yang sama.

Nampaknya Khaalish tidak akan akan berganjak, perlahan-lahan Naz membuka mulut, “Sejujurnya Khaal, kita memang tidak sesuai…”

“Explain!”

Fuh! Meremang bulu roma Naz kena sergah dengan Khaalish begitu. Khaalish yang selama ini sentiasa lemah lembut dengannya, yang sentiasa bergurau.

“Apa yang Mummy awak kata tu betul…”

Baru Naz nak cakap, Khaalish sudah potong, “Awak bukan nak kahwin dengan Mummy saya. Awak kahwin dengan saya. Saya yang akan jaga awak!”

Giliran Naz pula untuk menarik nafas panjang, “Awak tak malukah nak kenalkan saya sebagai isteri awak nanti?”

“I will be proud to tell the whole world that you’re my wife,” balas Khaalish yang sudah berpeluk tubuh, matanya tajam merenung Naz.

“Pakaian saya…”

“Pakaian awak jauh lebih elok dari perempuan-perempuan yang pernah keluar dengan saya, pakaian awak menutup aurat.”

“Saya kan kaki rayau…”

“Kita merayau bersama-sama.”

Jeda. Lama.

“The only excuse that I will accept from you is that you don’t love me,” kata Khaalish, matanya masih melekap ke wajah Naz, tiada senyuman di bibir.

Jeda lagi.

“So, what is it, Naz?”

Ah! Khaalish sudah menekan, Naz sudah tiada pilihan lagi.

Nafas ditarik lagi, dengan suara yang perlahan, “Awak ada beratus-ratus girlfriends.”

Khaalish pula yang melepaskan nafas, “Itu saja?”

“Itu saja? ITU SAJA?” Naz sudah terjerit. Kemudian dia baru tersedar yang dia berada di rumah orang, tengah-tengah malam pula tu. Matanya melilau-lilau memandang ke tingkat atas rumah keluarga Khaalish, bimbang jika ada yang terjaga.

“Naz, berapa kali saya dah bagi tahu, they are my past, you are my future.”

“Khaalish, beratus okey, bukan berpuluh. Awak fikir saya rasa apa?”

“Naz, awak cakap ni macamlah saya ni playboy sangat.”

“Hah! Girl friends beratus orang, bukan playboy lagi?”

“Tapi saya bukannya serius pun dengan derang.”

“Baguslah, macam mana saya nak kahwin dengan lelaki yang main-main dengan perempuan. Macam mana saya nak hormatkan suami saya?”

Whoa! Kalau tadi ego Khaalish tercalar, sekarang bila Naz mula bercakap tentang hormatkan suami, egonya bagai kaca berderai jatuh ke lantai. Sabarnya semakin menipis.

Sisa-sisa kesabaran dikumpul, “Naz, tak ada orang yang sempurnakan? Saya mengaku saya tak sempurna tapi saya akan cuba jadi lelaki yang terbaik untuk awak. Can we move on?”

“Can we move on? Senang macam tu saja?” cemuh Naz.

Adat orang korporat yang tidak mahu mengalah, Khaalish mencuba lagi, dengan suara yang paling lembut, “Naz, awak tak percaya saya boleh berubah? Saya dah berubah pun sebenarnya. Sejak kita berjumpa di Bali, saya dah tak keluar dengan mana-mana perempuan lagi. Saya dah jumpa belahan jiwa saya. Saya tak perlukan siapa-siapa lagi, awak saja.”

Mata mereka bertembung. Lama. Mata Khaalish tajam merenung mata Naz, mohon diterima. Di mata Naz, terpancar getaran jiwa yang dapat Khaalish baca. Kecewa! Hati mana yang tak kecewa!!

“I can talk till the sun rises but she won’t be convinced!” mengeluh panjang Khaalish dalam hati,  “dating dengan beratus perempuan, seorang pun aku tak berkenan. Bila aku dah berkenan, dia pula ….. Balasan Tuhan ke apa ni?”

“Dah…habiskan koko tu. Jom tidur.”

Terbuntang mata Naz! Jom tidur?!!

“In separate roomslah, Naz,” keluh Khaalish, matanya menjuling ke langit.

“Arrrgh! Dia ingat aku ni buaya tembaga ke?”


Kesokannya, Naz bangun dengan kepala yang berdenyut-denyut, banyak sangat menangis semalam agaknya. Telefonnya dicapai, skrinnya ditilik. Ha!! Dah pukul 10 pagi?! Nak bergegas bangun pun, kepala masih sakit. Perlahan-lahan dia menapak dan menarik tali langsir. Bila langsir terbuka, bilik tetamu di rumah keluarga Khaalish itu disimbahi cahaya pagi yang menyilaukan mata Naz.

            Usai mandi dan menukar pakaian, sakit kepalanya berkurangan sedikit. Perlahan-lahan dia menapak ke dapur. Dilihatnya dua orang wanita Melayu sedang memasak dan mengemas.

            “Salamalaikum.”

            “Waalaikumsalam,” jawab wanita yang kelihatan seusia Mama Naz, “Eh, Cik Naz dah bangun. Sarapan dah siap. Cik Naz nak makan di dapur ke, ruang makan atau di luar?”

            “Di sini sajalah,” jawab Naz penuh sopan, matanya melilau-lilau mencari Khaalish atau ibu bapanya, “Khaalish mana?”

            “Tuan Khaalish keluar sekejap. Dia pesan suruh Cik Naz sarapan dulu.”

            “Mummy, Daddy Khaalish?”

            “Tuan dan Puan tiap-tiap pagi, awal-awal sudah ke pejabat,” jawab pembantu rumah itu.

            Lega hati Naz seketika, kemudian timbul pula rasa malu, tentu Mummy dan Daddy Khaalish fikir dia anak dara pemalas. Bangun meninggi hari! Hilang selera dia hendak makan, tidak jadi dia mahu melangkah ke meja makan di dapur itu. Dia berpusing, mahu ke biliknya tadi, ambil beg dan cabut.

            Terhenti langkahnya, Zaim Khaalish sedang berpeluk tubuh, bersandar di jenang pintu. Kelu lidah Naz, selepas semalam, apa yang hendak dikatakan kepada jejaka yang sudah berapa kali hatinya ditolak. Matanya sempat menyapa tubuh sasa Khaalish yang bersalut pakaian formal ke pejabat.

            “Yummy!” itu yang terlintas di kepala Naz. Astaghafirullah! Bibirnya diketap.

            “Duduklah, makan dulu,” arah Khaalish, mukanya serius tanpa senyuman.

            Itu suara bos besar di pejabat, yang tiada siapa berani membantah. Naz pun duduk tak terkata apa-apa. Dan Khaalish duduk di sisinya.

            Pembantu rumah yang berdua itu bagai lipas kudung menghidangkan sarapan pagi. Nasi lemak dan kopi O panas.

            “Terima kasih, Chek Embun,” ucap Khaalish penuh sopan bila secawan kopi diletakkan di depannya.

            “Terima kasih,” ucap Naz kepada kedua orang pembantu itu.

            Kekok nak makan bila mamat itu pandang dia tak lepas-lepas. Muka pula tu serius, berdebar-debar jantung Naz.

            “Nak saya suapkan ke?” tanya Khaalish.

            Cepat-cepat Naz mencapai sudu dan garfu. Walau pun nasi lemak itu sedap, susah tekaknya nak menelan bila Khaalish merenung dia bagai nak telan!

            Tiba-tiba Khaalish mengambil sesuatu dari poket belakang seluar dan meletakkannya di atas meja.

            “Nah.”

            Pasport! Bersinar-sinar mata Naz. Dicapainya pasport merah itu, dibuka dan sah, memang pasportnya.

            “How?”

            “Saya pergi berjumpa Papa awak,” sedih suara Khaalish. Semalam dia ajak Naz kahwin, mata Naz suram, bila dapat pasport, bersinar-sinar matanya.

“Sukalah dapat pergi jauh dari aku,” bisik orang yang berjauh hati.

“Thanks so much, Khaalish. I can’t thank you enough,” kata Naz penuh lega.

Suatu lagi benda diletakkan di atas meja. Kali ini Naz hanya memandang, tidak dicapai, tidak ditanya.

“Tiket ke Luang Prabang via Bangkok. Makanlah cepat, nanti saya hantarkan ke airport,” kata Khaalish tanpa perasaan.

Wajah Khaalish yang sayu direnung Naz. Lidahnya kelu, tak tahu nak kata apa!


Sejam setengah kemudian, mereka sudah berada di KLIA. Tanpa apa kata-kata, Khaalish menemankan Naz mendaftar masuk dan mengiringinya ke eskalator. Sebelum Naz melangkah ke arah pegawai polis yang bertugas, Khaalish mengambil sesuatu dari poket jaketnya dan dihulurkan kepada Naz.

            “Open ticket, Luang Prabang-Bangkok-KL,” kata Khaalish, matanya mengelak dari bertembung dengan mata Naz.

            “Khaalish…,” Naz sudah serba salah, sayu pun ada. Rasa dirinya jahat sangat.

            “Saya dah buat keputusan,” Khaalish berjeda, nafasnya dihela dalam-dalam, “awak dah tahu apa perasaan saya. Jika awak rasa awak tak boleh hormati saya sebagai seorang suami, saya tak mahu paksa. Jika awak rasa awak boleh terima saya seadanya, use the ticket and be with me.”

            Naz rasa ada ketul batu yang melekat di tekaknya, nak telan liur pun tak boleh.

            “Be safe where ever you are. Always remember that you have a place here,” tangan kanan Khaalish berada di dadanya.

            Nafas ditarik lagi, “I won’t say good bye.”

            Belum sempat Naz berkata apa-apa, dia sudah melangkah pergi. Naz hanya dapat memandang. Tangan kanannya diletakkan di dada. Jantungnya berdegup kencang tapi kenapa hatinya tak dapat rasa apa-apa?
  

119 comments:

  1. how could u naz!! serius kesian giler kt khaal..
    actions speak louder than words..jgn menyesal naz u juz running away again..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa, kan sy dah kata sure ada yg marah dgn Naz. alaaa sian gak kat Naz, nnt dia pun sakit jiwa jg

      1000 apologies! writer pun rasa sungguh bersalah...

      Delete
    2. jiwa melayang wajahmu trbayang..let give time for them.
      cik writer..minx2 lps nie ada byk bling3 taw..hehehe

      Delete
    3. haah ...time is good, rushing not so good. take the time u need, kata Khaal

      Delete
  2. Thank you Nina....keras jugak minah ni ye... Tp rasanya tak lama kan Nina? Kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. RJ, I assure you. I will make it up to u, ok
      (Kes writer yg rasa bersalah...pelik punya writer)

      Delete
    2. Nina, I believe in u..... Wakaka...

      Delete
  3. You had me at "Saya dah jumpa belahan jiwa saya." OMG never knew ayat jiwang BM lagi sedap dari omputih.

    Nina, seriously my heart aches for Khaalish. Kesiaaaaan sgt kat dia. n I like this plot. Letihlah kalau kita dah merayu dan cuba macam2 tapi org dah taknak, kena tukar taktik. Biar Naz rasakan pulak tho I'm worried with the last sentence "Jantungnya berdegup kencang tapi kenapa hatinya tak dapat rasa apa-apa?"

    Adakah Naz seriously tak rasa apa2. Numb? takde sekelumit rasa sayang? aaarghhhh saya pulak yg risau. Wpun tahu ada happy ending (marriage?) tapi la haiiii susahnya Khaalish nak dapat kebahagiaan.

    N untuk soalan siapa akak ipar Siti nak amik berlakon watak Khaal. My pick would be Remy Ishak, Aqasha, Kamal Adli or Beto Khusyairi (tho vertically challanged). Yg pasti, definitely not Aaron Aziz!! hahaha.

    ok, nak ulang baca sambil berangan jadi Naz weeeeee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, belahan jiwa...kenapalah Inche Suami sy tak pernah guna ayat nih? Kesal, kesal (he he he)
      oh DBP kena bagi medal kat saya nih! (he he he lagi)
      ah! trust you to choose the exception, no aaron aziz huh? over exposure, I suppose.
      yr last sentence nearly made me tersembur air yg saya minum, wa ka ka

      Delete
    2. @Inarshad; praktis skrip dah rupe-rupenye. Weeee! (>.^)/ Btw, serius betul komplot nak buat drama/filem nih :) bab hero, i don't have anyone particular in mind, just don't let Aqasha be (Y.Y)...

      Delete
    3. hokay... by popular vote, aaron aziz is out! aqasha is out! so who will be left. waaa writer pun dah veranganz nih!

      heroine nya Sharifah Amani nak? she's spunky! I like!

      Delete
    4. Athirah, tu lah i nak practice jadi Naz sekali writer nak Sh Amani pulak daaaa. potong steam betul hahaha.

      Jom jom kita ramai2 email, tweet producer2 drama kat Malaya ni, suh dorg angkat ke TV kisah KNK. I prefer drama sebab lama sikit. Kena lagi lama dari 80 episod Adam & Hawa tu. Baru syiok feeling.

      Nina, yes AA dah over exposed sgt dah n in my humble opinion tak brp pandai berlakon pun. Harap muka jeee. Ampun ya peminat AA.

      U r truly a good writer. DBP take note! U r using unheard (at least to me) BM words and it doesn't feel awkward reading them. Contoh "jeda, mencerun, jenang pintu" Ok, ok BM I mmg hampeh :P

      Delete
    5. ok ok inarshad sbg naz, the writer insists he he

      spm dulu bm i dpt c, maluuu

      not really a fan of AA but then sy jarang tengok tv, seminggu skali pun jrg

      Delete
    6. hero = kamal adli, coz zaim khaalish is pure handsome malay guy kan...
      heroin = sharifah amani, yup cute & a bit sempoi..
      best nye lau jd drama ni... :)

      Delete
    7. kamal adli setuju!!adiputra p0n best!!kan khaal dlm cte ni x putih kan kan kan!!!??hehe

      Delete
    8. kenapa tak Beto?? sbb dia tak hensem? tp dia cute & nice .hahaha. Kureng sket la Kamal Adli.hehe

      Delete
  4. 'Jantungnya berdegup kencang tapi kenapa hatinya tak dapat rasa apa-apa?' whyyy whyyy whyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. hatinya tak rasa apa2 sbb Khaal dah bawa pergi. sedih sebab she herself has not realized it

      Delete
  5. Nina,ini 2nd last entry ke? huhu nnt ada jgk teaser kan..kan?? chaiyuk Nina utk siapkan manuskrip ni, harapnya lepas konflik ni Naz akan terima Khaal, setelah dia menimbang2 & fikir2 semula,so sad this chapter...tapi kan endingnya nnt tetap jgk yg happy2 kan Nina, bahagia sesudah derita :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya kata endingnya sad, mesti ada yg nak kapak saya! ha ha ha.
      dont worry pn siti nor, saya tulis utk happy2, no sad endings here. tapi harap2 nya sebelum ending, nak juga torture my readers....yeah, sadistic, i know

      teaser? sempat ke nak taruk teaser...sy ada lagi 15 hingga 20 chapters to go

      Delete
    2. nina, bukan setakat kapak, parang skali tau kalo sad ending...hehehe
      alamak..lps nie xde le khaal gi bertunggu bertangga kat luang prabang every weken kan ...member dh merajuk ...huwaaa

      Delete
    3. yang (as in Sayang?), dia bertunggu tangga or not in LP, ada dalam next chap :)

      Delete
  6. i cant believe it..
    naz sanggup wat mcm ni.
    khal dh byk beralah..
    sedih2
    :(

    ReplyDelete
  7. Nina...

    Hati saya pun berdegup kencang.....kenapalah...Khaalish jgn contact Naz, kali ni biar Naz yang datang cari Khaalish.

    ReplyDelete
    Replies
    1. suma org masuk belah Khaal! Mrs Z, jln citer yg dtg kat kepala cenggini, jgn marah ye. Nanti bila derang bersatu, I make sure jln citernya meletup ok (tak habis perasan writer nih)

      Delete
  8. Mula2 => yeay.... ada entry baru.... Yabedabedooo.....

    Then => kesian kat Naz sbb bapa dia nak paksa dia kawin dgn khal....

    Last2 => warggghhhh.... bohooohooo..... kesian kat khal pulak sbb cinta direjek berkali2 sampai dia pasrah dan berserah.....

    P/S: En suamiku pun zero-romantik-level... Kalaulah ku sebut ayat "belahan jiwa", sampai ke subuh dia tergelak guling2 and will say that it's one of my ploys to buy new handbag or new bling2.... Warggghhhh..... Nasib..... Ku pasrah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. AA, tak dapat sweet words, dapat bling2 pun ok (dasar isteri materialistik) he he

      Delete
    2. yup.. bling2 is more important then words.

      Delete
    3. Norana, i suppose this is why we hang together ha ha

      Delete
  9. Nak ur bf komen ker.sentap karang.ngee.
    Pada zz khaz dah buat keputusan terbaik.melepsskan naz pergi dan pepatah cinta ada mengatakan,lepaskan orang yg kita cintai pergi kerana selagi ada cinta itu untuk kita maka dia akan kembali dgn hati yg benar2 mencintai kita. Khal dah sampai tahap pasrah dan redha.kini naz yg celik agama harus gunakan peluang ini untuk menilai semula siapa khal di hati dia.anugerah atau sekadar singgah.naz tak bodoh dia cuma keliru aje.pepatah cinta mengatakan bila dekat dibenci bila jauh dirindui.whoa...nina buat zarra keluarkn pepatah cinta.erk...ada ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear BF, spot on! Itulah dia keliru. Hati kata nak tapi cuak...beratus gfs nya!
      rasa cam nak janji plak dgn readers, nnt bila derang bersatu, it will happen in a very romantic way (hope my story line doesnt fall flat!)

      Delete
  10. Ok la khaal buat cam tu... Dah jenuh jual murah dah..
    Kali ni biar Naz pula yang sentap.
    Naz pun bukan benci pun kat Khaal, tp bila dgr beratus tu hati jadi tak yakin. Tiba2 rasa kesian sgt kat khaal ni tah kenapa. Aduhai hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm kesian...
      ye, Naz tak benci, hati dia dah lekat tu, itu yg dia saspen bila dengar beratus gf tu

      Delete
  11. huwaaa! and you call me a sadist writer!

    but as usual, nice chapter. tak pe, moga2 bila jauh nanti Naz tahu apa yang terbaik untuk dia. Khaalish dah janji nak tunggu tu.
    Best line ' I won't say goodbye.' Tiba-tiba terngiang2 lagu Bon Jovi Never Say Goodbye. *but the lyrics tak kena pun dgn scene ni. tapi melodi sgt kena.* arghhh...nina. jia you! you need to finish this story cepat so that tahun depan boleh kelek buku pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tak sadistic! 15 to 20 chaps to be written in 2 weeks n i work full time. Thank God for cuti Xmas and cuti New Year.
      woooo, worried kalau publisher kata you've lost the slot
      errkk nightmare! nightmare!

      Delete
  12. So sadddd.... huhuhu. Hebak mu Nina...hehe
    Perfect...

    ReplyDelete
    Replies
    1. perfect but sad....hmmm....i think i understand what r saying....

      Delete
  13. Ehhhhh..dia dah tahu m not robot...weuiii.

    ReplyDelete
  14. Salam Nina

    Pergh..E3 yg membuat akak sedih giler..boleh membuat org tersedu sedan bila membaca yg d part kat KLIA d whole paragraph tu..

    Mamat poyo tu akur dengan Naz decision..dan pasrah ..nampak macam give up pun ada..ni yg akak tak suka ni..(rasa mcm writer betul betul mendera hati..limpa ..dan minda kita org) kita dapat rasai apa yg Khaalish rasai sekarang ini..d feeling of being rejected..by d one that you really love..with yr whole heart and soul.. Part ni mmg akak interested nak tahu..bagaimana cara ia melalui nya..adakah disebabkan rindu yg mengebu terhadap Naz ..adakah dia akan terbang kesana tanpa pengetahuan naz dan melihat gadis idamannya dari jauh..

    Adakah parents Khaalish telah menetapkan hari pernikahan mereka yg menyebabkan papa naz telah mengeluarkan kata vetonya yg menyebabkan Naz berkelakuan begitu..

    Nak marah Naz pun tak boleh..sbb she has her own reason to reject the mighty Khaalish..it's her life anyway yg dipertaruhkan untuk hidup bersama dengan Khaalish.

    Andailah masa boleh diundurkan..akak mmg mengharap agar Naz menerima lamaran si Khaalish pada malam itu..for sure thing ..Naz akan menangisi akan kebodohannya..dan mungkin bila di atas awan nanti..dia akan dapat mengenangkan kembali kisahnya dengan Khaalish disaat perjumpaan mereka yg pertama kali sehingga dia mengambil keputusan untuk melarikan diri dan sampai bilakah dia akan berbuat begitu..melarikan diri dari masalah..mengambil jalan mudah..

    Terujanya akan nak tunggu d last E3..yg akan menoktahkan citer ini diblog dan menunggu pula kesinambungan citer ini di terbitkan pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. idaaaaa...... satu entry jer lagi, so yr qs will not all be answered

      papa Naz tu kacau kan... main paksa2

      tqvm for yr support, really appreciate it!

      Delete
  15. Yes! Yes! Yes! Nak sgt ada part khal merajuk dgn naz in any part of the novel dah dapat dah, senyum lebar saya baca, yes i'm a fan of both, tq nina!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha JJ, nnt tengok sapa yg cari sapa, mwa ha ha, evil laugh

      Delete
  16. kakak writer.hee,selama ni tak pernah comment. :)

    sentap bila baca entry ni.tapi Khaal make a good decision actually.they must give time to each other sebenarnya.Naz boleh fikir semula,baik buruk benda2 ni.tanya betul2 hati tu,cukup kuat ke kalau Khaal takde?and Khaal,take for granted lah dgn masa yg ada.go and get enough 'ilmu agama'.mana tahu,bila2 Naz berubah fikiran utk guna open ticket tu,she also can get bonus bila Khaal change into new person right??baik utk diri sendiri & org lain jugak.

    okeh,ayat belahan jiwa tu memang menusuk kalbu.Naz tak melting jugak?haduiyai. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah...apsal tak comment selama ni? writers ni lurves comments LOL

      your words are wise, betul betul betul.

      weih, belahan jiwa...hm i shld use it more often huh, shld i try it with inche suami ROTFLOL

      Delete
    2. hee,kita ni pemalu kan,tu yg tak komen tu.hi3. ;)

      kalau dengan inche suami guna belahan jiwa,dia pun terbelah-belah kot. :P

      Delete
  17. ok melted already. Kesian pulak si Khaalish. I like the way he let her go. How he get the passport bc for her and buy the tix for her. Gosh...i've no words for that. Hope Naz will make full use of the open tix. :) Makin tk sabar for the book to be out.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup khaal is such a sweetie, be warned he's gonna get sweeter as the story goes

      Delete
  18. Hu hu bab "i wont say good bye" tu buat i sebak. Tapi suka approach yg Khaal gunakan - doing all u could for your beloved though it hurts you back

    Setuju no aaron aziz. Nak remy ishakkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. glad that u like his approach

      ahaks to yr last sentence!! ish ish ish sapa ada no tel kakak ipar dato siti nih? LOL

      Delete
  19. naz-being strong doesn't mean that she is secure...there is so much insecurities dat has built up over dat 4 years...cleverly covered with her commitment to work, travel, & friendship without strings attached...wats up ur sleeves cik nina to make naz overcome d brigde of insecurities...i believe dat this is where we ladies always 'fall'...silap langkah, silap keputusan, menyesal tak sudah...hhhhmmmmm,,,,,,

    khaal-such a strategist...pasrah yes...learning to cope with takdir dat may well be a punishment to him...hope he learns well s he strategizes by giving naz the space & time & an 'open ticket' back into his arms...cruel? maybe...but a strategist must be well prepared with whatever dat comes his way, either good or bad...

    huhuhuhu jiwang ke i pagi nih???????

    ReplyDelete
    Replies
    1. zoora babe, u always get it!!

      kita ni mmg satu kepala!! on the same plane!!

      Delete
  20. wow.. SENTAP. tindakan khaal memang tepat. khaal dah tunjuk pelbagai usaha utk jd lelaki terbaik 4 naz tp. mcm x dihargai.. so let naz muhasabah hati dia.
    nina, kita rasa bila past life khaal yg dijadikan isu utama oleh naz.... it seem mcm dah biasa laa.. tp anyway mmg naz kene check hati dia betul2.
    x pe khaal, mengalah x bererti kalah kan.... nina, usaha tangga jaya. sila type laju2. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far past life nya nampak biasa, nnt akan jadi luar biasa (ish ish ish jgn lah terlebih info)

      re: type laju2, aye aye capt'n

      Delete
  21. Waahh seronoknya~ Plot cerita yang tak dijangka. Haha. Adakah selepas ini waktu Naz merindui orang jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo ego sy sbg writer mmg suke bila ada yg komen plot cerita yg tak dijangka!!!

      (ps: writer prasan!)

      Delete
  22. Sian khalish..tp blasan gak utk dia sbb slalu menkan ati pompuan..
    Naz ni pn 1 hal..bila ssh pndai plak cr khalish.bila org tu ajk kawen x nk plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah esp to yr second sentence.
      tp kan ekceli Naz tahu papa dia hanya akan benarkan dia keluar kalau khaalish yg dtg ambil, kan?

      Delete
  23. well,i think everybody should understand Naz,after all she had gone through..mybe kita rs dia ego bt i think she just want to protect herself from being hurt again..btw,,i loves this part,.it made me rasa bcampur baur.

    ReplyDelete
  24. Best best..... Rasanya separation will be good for both of them. Only then naz will realise her love for khaal... N khaal will realise that true love needs sacrifice, bukan macam b4 hen he was w his previous girlfriends..semua dtg bergolek..... Hehe.

    ReplyDelete
  25. Best best..... Rasanya separation will be good for both of them. Only then naz will realise her love for khaal... N khaal will realise that true love needs sacrifice, bukan macam b4 hen he was w his previous girlfriends..semua dtg bergolek..... Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa, am glad that u support my story line. what u say is sio true!

      Delete
  26. so sad..i believe that naz will use that open ticket..hehheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wanna bet? ha ha minah keras kepala juga tu!!

      Delete
  27. Replies
    1. haah, sian kat both of them.. well, no pain no gain

      Delete
  28. Anda sangat awesome !!!! A new avid fan ....delayed injoining the wagonfan but a fan nevertheless

    Chanced upon PMS and fell in love with your writings eversince xxxxoo thank you for the wonderful escapsim. Your talent is our pleasure to treasure ;) waiting in anticipation since I googled yourself and found this blog :)

    Tak blame Naz ( or even you for penning her as so ).... She is too scared of rejection and being hurt all over again ... so she builds the wall up around her so that she is protected from further heartbreak be it Dad or Khal ...her comfort zone is doing what she does far away within her own control/terms on her happiness ... my rambling thoughts ... I kinda understand her being own her own initially to USA to build her inner strength and escape harsh reality huhu sedihhh....as for Khal he's just been hit and for once things are not within his control ...life and curveballs :)

    Bottemline...anda awesome ( again hehe) and saya tak sabar tunggu the whole stretch ni :)

    Salam perkenalan (BM formal karat sikit , sorry :) )

    xo <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. you see right thru Naz!

      Tx for the awesome comments ha ha!

      dont worry abt yr BM formal we do away with formalities here, everybody just hang..

      Delete
  29. Alahai Nina, nape naz mcm ni kesiannya Kat khal ..geramnya dkt naz ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. uhuk uhuk, sian gak kat Naz, dia nak, cuma cuak!! jeng jeng jeng nnt dtg counsellor Reham

      Delete
  30. Dari mula baca sampai habis saya duduk tegak tegang tak terkata.... Whoooaaa... Betul2 cik writer dapat mengusik hati saya dengan dialog2 yg penuh emosi. Thumbs up!

    Bila buku ni nak keluar? Bagi saya harga semnjg mcm waktu sy beli PMS dulu ya... Hehehe. Ty

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi awal2 dia minta harga semenanjung, shh nanti other borneo readers pun nak jg ha ha.
      ila, konfiden nya awak yg sy akan sempat siapkan manuskrip by the end of DEC!!

      Delete
  31. ini buat saya berdebarr ! Nina gell u write mcm minum RedBull ! haha. Gosh. cool okay. I like what Naz did, I mean seriously. Yang susah nak dapat laki lagi appreciates ;) n Naz surely will realize her feeling. Hopefully.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Evelyn Rose the writer? Wow! Love u n love Nina.... :-)

      Delete
    2. evie!! i never drink red bull, too much sugar content, nnt sy jadi hyper (as if I'm not hyper enuff ha ha). Glad that u like what Naz did. btw, congrats for TWB topping the charts!!

      Delete
    3. Syima, sorang saja Evelyn Rose di alam siber nih! The one and only he he

      Delete
  32. Nina.... I feel for Khaal..... kesian Khaal tapi I faham, nak salahkan Naz 100% pun tak boleh. Kalau I jadi Naz pun....I would think twice. Marriage is no joke ok.... I guess Naz belum cukup kekuatan and her faith and trust in Khaal belum cukup kuat. Tapi I setuju it's time Khaal take a step back and let Naz rungkaikan kecelaruan hati dan mindanya....

    Nina, one prob, I don't know why but I do have a problem with the word "derang". Bukan reading your piece aje but when reading other novels too. It's a common word used nowadays ke? I know it means dia orang, but it's common ye to use derang nowadays? (sorry...nak tanya jugak...hehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. yup marriage is no joke. just becoz ur damn attracted to a guy, just go ahead and marry him. no no no, take time to think things out. but then again love is rarely rational ha ha!

      2. derang..I'll give it a thought, sy cuma tak nak conversation jadi kaku terlalu baku. but then at the end of the day, editor jg yg akan chop chop chop! :)

      Delete
  33. Sob...sob.. Sob...1st time nangis baca cite nih. Baik nye khal. Naz, jgn g lama2...cian kt khal

    ReplyDelete
    Replies
    1. menangis ketawa bersama kita! love is a journey to explore the depth of yr emotions! hugs

      Delete
  34. Rasanya I fhm perasaan derang ni, Naz dgn insecure feel and
    Khaal with 'Pasrah dlm terpaksa' feel tp perasaan kesian sia
    more to Khaal..huhu klu dah kena reject blk2, sakit jantung wooo, i tell u! Mayb if i were him, i give up oledi woo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah jantung Khaal kuat kan, punya la banyak kali kena reject dgn Naz. pompuan2 lain tergedik2 nakkan dia...

      Delete
  35. Naz...kenapa takda apa2 perasaan...
    Khalish da pujuk macam2 tu...sy pulak yg sedih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. she's trying to protect her heart from hurt :(

      Delete
  36. how to mend a broken heart?? its not easy trust me....men have different method in dealing with it...women have their own ways...i believe most effective things is time....so naz need that...and hopefully khalish will wait and do a bit of soul searching on his own...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaah zoey, speaking from experience huh?

      Delete
    2. Time heals all wounds .... Just jangan lama sangat ok Naz & Khal :) rugi masa merajuk lelama hehe

      Delete
  37. seriously...i x kan marah Naz...sbb dia ada hak untuk mencari titik kebahagiaan dalam dirinya. dia perlu mengenal pasti dulu apa yang betul2 terbaik untuk dirinya sebelum dia melangkah lebih jauh dalam apa2 perhubungan pon. dan dalam masalah naz n khalish ini i rasa mmg x salah kalo naz terlebih berhati2 dalam memilih siapa yang akan jadi imam dia sbb bukan berpuluh tp beratus kot makwe2 hot keliling pinggang n walaupun dah nampak sikit yng khal 2 dah berjinak-jinak sikit menghampiri solat n nampak jugak khal serius untuk berubah ke arah yang lebih baik bila dia dah jatuh cinta dengan naz. moga2 naz dapat mencari kepastian di hati dia tentang perasaan n kepercayaan dia terhadap khal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. spot on! cik stroberi....ikut hati, mati. ikut rasa, binasa....tapi pas ni.....

      Delete
    2. Life is about taking chances but dek heart broken tahap gaban kesian naz...sy team n jgn az yer jgn marak ek

      Delete
  38. life is a gambling.. dont naz get that? and how can her be so sure that Khaal is going to cheat her after married? o well if it happens i guess that is part of her qada n qadar jugak kan..

    people change.. and i believe Naz can change too.. oh oh pls pls accept khaal.. not because of he is hensem-kayaraya-adakeretasport kind of gentlemen.. it is because he definitely have shown that he can change for the better.. and i guess of coz he need Naz to be there as his tulang belakang and motivation for him to be even better... haihhh kak ninaaaaa... kenapa dengan naz nihhh ice ketul queen hearted sungguh..

    sad chapter.. makes me cry.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sweetie, true life, love is a gamble.... and it makes the world go round...kita tengok berapa lama ice queen akan membeku dan apakah yg akan mencairkannya...oh oh here comes the 18sx part...jaga2 semua...

      Delete
    2. omg omg omg..hehe o well saya akan melting too definitely.. cant wait

      Delete
  39. Nina...seriously, for the first time saya rasa nak nangis baca KNK. This chap is sooooo touching..... kesiannya Naz, dan kesian jugak dekat Khaal. Tak rasa nak marah pun, tapi kesian sangat. Both of them are mangsa keadaan. Hu hu hu....rasa cam nak peluk2 si Khaalish tu, to let him know that he's not alone....I will always be here to support him. Don't worry khaal, Naz will come back to you. Kan ada open ticket tu. And Naz, jangan ambik masa lama2 sangat untuk fikir tentang proposal Khaalish, kesungguhannya sudah terbukti. Persetankan kata2 orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh....entah2 tak sempat naik flight tak si naz ni? terus patah balik cari khaalish ajak kahwin! Waaaahhhhh!!!!! Sukanya kalau it happens! Ngeeee.....

      Delete
    2. ha ha ha Zalida nak peluk Khaalish, iye ke sbb nak pujuk tu wa ka ka!

      Then yr comment siap ada after thought pulak tu LOL

      Z, they both need time to work out their relationship, I suppose time to think things over is good. their relationship has been quite intense, dont u think?

      Delete
  40. menci la mcm nie!!! naper naz? next entry please. even though is the last entry... sob2 sedihnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azrina...jgn sedy jgn sedey....alaaaa cam serik plak saya tulis citer cenggini...sy ni nak org gelak2 je, macam PMS!

      Delete
    2. Pms kn una rajin ganbatte...tu yg gelak

      Delete
  41. Keras betul hati Naz yek, tak nak terima Khaal w/pun dh banyak kebaikan yg Khaal hadapkan. Susah bila hati dh mati, bila nak dihidupkan kembali terlalu sukar dan payah. Akhirnya, diri sendiri pun merana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup next chap is all about meranaaaaaaa.....kecewaaaaaa....dan yg sewaktu dgn nya, sigh!

      Delete
  42. adoi touchingnya entry ni! why naz? whyyy??? hehehe

    ReplyDelete
  43. wow.. 97 comments & keep on increasing.. betul2 bab yg menghangat kan readers & followers nampaknye... nina bagi kitaorg cool sikit.. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. bt0l2...pn writer sile bg ktorg cool blik 4 da last n3 nnti ye...hehehe...=)

      Delete
  44. kak, nangis saya baca bab ni.... sy sgt kesian dkt khaalish .... dear handsome man be patient n strong... best man always win right...:) naz plz jgn uji khaalish smpai mcm tu sekali... he's trying to be the best man for u.... kak, sy nangis lg ni sbb menhghayati watak... poor my dear khaalish

    ReplyDelete
  45. “Be safe where ever you are. Always remember that you have a place here,”.....arghhhh...i want that place, zaim khaalish...ahakssss
    tkper khaal...lets naz think, let her be alone...let her feel the emptiness when u r not around...then, she'll know..wht she need is u....
    arghhhh...seyessss...nk pkwe yg charming mcm khaal...

    ReplyDelete
  46. wuwuwu...touching2..rse nk menitis plak air mate bace kali neh..sian kt khaal...btambah touching bile bace neh "jika awak rasa awak tak boleh hormati saya sebagai seorang suami, saya tak mahu paksa. Jika awak rasa awak boleh terima saya seadanya, use the ticket and be with me".owhh betapa sabarnya khaal... dan ble die kate “Be safe where ever you are. Always remember that you have a place here" owhh... betapa tabahnya khaal...sob sob sob ;-(
    p/s:owhh ni 2nd last n3 ek?? hrp dpt siapkan cpt!!x sabar nk beli bukunye...=)

    ReplyDelete
  47. thanks for the best & lovely entry.
    hati saya makin dup dap dup dap lebih teruk dari semalam
    hati saya yang sakit & terkesan. Kesiankn Naz. kesian jugak pada Khaalish.
    Naz please open ur eyes & heart. bagi la muka sket kat Khaal..hehe
    orang dah sayang kite Naz ape lagi yang diharapkan. jangan sampai melepas yek.

    ReplyDelete
  48. I so want Naz to end up with someone else. that would be one heck of a turn of event and then they meet again in a few years and the husband is dead or something... I like to read the guy suffer and all. pls, pls make my dream come true.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangaaaaaaaaaaan. Don't think my heart (and many others) can take this.

      Delete
    2. yup... how hard it is... jgn kasi watak baru. biar khaal yg mnjd hubby naz selamanye...

      Delete
  49. kesian pulak dekat khalish... naz jgn la buat khalish macam tu..

    ReplyDelete
  50. Argh!!! Kesian Khaal!! Sedih gue!!
    Moga2, Naz rindu2 la nanti kt Khaal ye
    Khaal, berubah jd lebih baik tau, tanda2 menginsafi diri dh ada tuh
    Tp serious, hati batu betul si Naz ni
    Nina, pas nih mesti lagi bikin jiwa raga tunggang langgang ek

    ReplyDelete
  51. Suka sebab ada entry br... Tp tu la sian kat khaal dh bersusah payah amik ati si awek tapi si awek tetap jgk jual mhl... X pe khaal hubungan ni ibarat bermain layang2 mula2 kita kena lepaskan dulu talinya agak nmpk mcm nk terbang jauh cuba tarik tali tu balik tp dengan perlahan2 kalau x nk layang2 tu jatuh hehehehe chaiyok chaiyok khaal.

    ReplyDelete