Thursday, 12 January 2012

Projek Memikat Suami 5

Pagi-pagi lagi Nawrah dah sampai ke rumah Umminya. Siap dengan gerabak-gerabaknya, Izwan, 2 tahun dan Izmal, 5 bulan. Selepas menyalami Umminya, dia menerpa ke arah Husna yang sedang membasuh pinggan usai sarapan pagi.

So, amacam?” Bisiknya, straight to the point!

“Amacam apa?” Husna pura-pura tak faham. Malas sebenarnya dia nak bercerita tentang datenya dengan Zahrain semalam. Bagai mimpi ngeri! Buat menyakitkan hati saja. Mukanya dibuat-buat terlebih bosan agar Nawrah berhenti bertanya tentang date yang entah apa-apa.

That bad?” Buntang mata Nawrah, cepat menangkap maksud adiknya.

That bad.” Jawab Husna dengan suara mendatar.

“Habis, tak ada cakap pasal kahwin?” Nawrah masih nak mengorek-ngorek cerita.

“Ye Kak, memang habis. Habis cerita. The end!” Jawab Husna, asyik membasuh pinggan mangkuk, macamlah pinggan mangkuk tu ada lumpur, ada selut.

“Mak Dah, tolong tengokkan budak-budak tu kejap. Kami dua beradik ada mesyuarat tergempar!” Dengan terkocoh-kocoh, dia menarik tangan Husna dan keluar ke laman belakang rumah. Pinggan mangkuk yang belum siap dicuci terbiar saja di dalam singki.

“Una, apa jadi?” Memanglah Kak Nora ni sesuai jadi penyiasat persendirian, dia korek sampai ke lubang cacing getus Husna dalam hati.

“Macam ni lah Kak, pendek cerita....pinggan tak retak, nasi tak dingin.” Terlopong mulut Nawrah mendengar jawapan adiknya.

“Macam tu punya handsome, punya kaya, nasi kau tak dingin Una?” Eleh, Kak Nora ni, balik-balik handsome, balik-balik kaya. Apa guna handsome, apa guna kaya, kalau menyakitkan hati.

“Iya, Puan Nawrah Hanna, nasi saya hangat saja, tak dingin langsung.” Perlu ke nak cerita secara detail? Buat buang karan! Husna membuka langkah untuk masuk semula ke dapur.

“Oh no! Disaster! Masalah besar ni, Una!” kedua-dua tangannya menggenggam dan menggoncang-goncang lengan kanan Husna.

“Kak Nora, sakitlah!” Pagi-pagi lagi dah jadi drama queen kakak aku ni!

“Oops! Sorry, sorry, sorry!” Lengan Husna dilepaskan dan Nawrah duduk di bangku panjang di laman belakang rumah mereka. Matanya melekap ke muka Husna tak lepas-lepas. Ada kerisauan di matanya.

Kenapa kakak aku ni? Dia ni jenis manusia ceria 24 jam, pagi ni pula dia nampak risau satu macam. Date aku hancus, apa hal pula dia yang over?

“Ada benda yang Husna tak tahu tapi patut tahu ke Kak?” Mata Nawrah direnungnya dalam, konon-kononnya macam seorang inspektor menyoal pesalah di lokap.

“Macam mana Akak nak cerita ni? Betul ke Una dengan dia tu tak ada chemistry?” Kenapalah Kak Nora ni tak boleh percaya yang aku dengan Zahrain tu memang tak ngam?

“Iya, kaaaaak! Tak ada chemistry, tak ada firework, tak ada adrenalin. Tak ada apa-apa!” Aik! Tak percaya lagi ke kakak aku ni? “Nak bercakar lagi adalah.” Sahaja Husna menambah cerita.

That's not good news, Dik.” Berkerut kening Nawrah.

“Saya tak kisah Kak. Kumbang bukan seekor. Come on lah Kak! Una ni muda lagilah. Tak rasa desperate pun. Kalau tak dapat jodoh nanti, Una minta Abang Dinlah tolong rekomenkan dengan kawan dia.” Gurau Husna, cuba nak buat mood ceria.

“Kumbang yang seekor ni penting, Una. Penting untuk Babah kita.” Perlahan sahaja suara Nawrah.

“Apa maksud Kakak?” Ada kena dengan Babah pula, ish hairanlah.

“Bapa si kumbang tu nak bagi kontrak kat Babah. Una tak tahu...setahun dua ni syarikat Babah ada masalah. Kontrak ni penting sangat-sangat! Kalau tak dapat, boleh jadi bungkus syarikat Babah.” Satu per satu diterangkan oleh Nawrah.

“Betul ke syarikat Babah ada masalah? Una tak dengar apa-apa pun?”

“Bukan Una tak tahu. Babah takkan lah nak buat kita bimbang. Masalah dia tanggung sorang-sorang saja. Akak pun Ummi yang bisik-bisik bagi tahu.”

“Kak, maksudnya kalau Una tak kahwin dengan Zahrain tu, bapa dia takkan kasi kontrak kat Babah kita?” Husna sudah mula susah hati.

“Entahlah, Una. Tan Sri dan Puan Sri tu datang, tanya-tanyakan Una untuk anak mereka. Lepas tu masuk pula topik business. Masa tulah Tan Sri tu tawarkan kontrak tu kat Babah. Habis tu macam mana? Takkan kontrak tu nak disapu tapi si anaknya kita tak mahu?” Terangkat kening Nawrah, menyuruh Husna jawab.

“Sebab syarikat, Ummi dan Babah nak suruh Una kahwin?” Patutkah aku rasa kecil hati? Walhal kalau nak balas jasa Ummi dan Babah, seumur hidup pun tak terbalas.

“Akak rasa Ummi dan Babah sebenarnya memang berkenan nak berbesan dengan Tan Sri dan Puan Sri. Mereka tu baik sungguh Una!”

“The contract is just a bonus?” Ya Allah, tak baik aku cakap macam ni tentang ibu bapa sendiri.

“Ada lagi yang Una tak tahu....” teragak-agak Nawrah nak berkongsi maklumat yang satu ini.  Wajah Husna ditenung tak berkelip, dia nak pastikan adiknya ini bersedia dengan berita yang kurang baik ini.

“Babah tak sihat sekarang, Una.” Hati-hati Nawrah membuka rahsia.

Husna sudah mula cemas. “Tak sihat macam mana Kak?” Kali ini lengan Nawrah pula yang digenggamnya. Ya Allah! Panjangkanlah usia Babah, jauhkanlah dia dari penyakit merbahaya!

“Babah ada lemah jantung. Doktor cakap Babah tak boleh terlalu stress, membahayakan kesihatannya.” Hanya setakat itu mampu Nawrah khabarkan. Dia bimbang jika berkata lebih-lebih.

Agak lama juga Husna terdiam, memikirkan implikasi maklumat yang baru didengarinya ini. Kesimpulannya dia tahu....

“Husna perlu jadi menantu Tan Sri tu kan?” Mata kakaknya direnung dalam-dalam.

“Sorry, Una. Kalau sayangkan Babah, Una kahwinlah dengan Zahrain tu....”



6 comments:

  1. hehe :) singgah dari penulisan2u! best sangat cerita nie! nanti cepat-cepatlah sambung tau! kalau boleh, nak panjang-panjang lagi! hehe :) thank you, writer! ;)

    ReplyDelete
  2. alooohhh..pendeknye...post lg post lg!!!nextt!!hehe...good job!!! =)

    ReplyDelete
  3. singgah dr penulisan2u gakk..
    cepat2 ye smbung..best sgt

    ReplyDelete
  4. best2...bru tau ade blog..hehehe...xpuas la, sket je en3 nye.

    ReplyDelete
  5. wah.. semakin menarikkkk... hope dya akan jadikawen... heheheheh mesti sweet mweet pnyeeeeeeeeeeeeeerrrrrrrrrrrrrrrr

    ReplyDelete