Saturday, 9 June 2012

teaser....bab 32


adoyai...what do i know about teasers....rasa macam tv channel la pulak ada teaser segala. tapi saya ni jenis org yg tak reti nak say "no"....maka terimalah teaser dari saya...(erkk...saya tak tau teaser ni patutnya berapa panjang)

BAB 32

Zahrain bergegas ke kereta yang diparkirnya di laman kondo, hidupkan enjin dan memandu tanpa hala tuju. Tup-tup, sudah sampai ke KLIA. Agaknya sebab memang dia pulang awal dari pejabat tadi kerana mahu mengajak Husna mengemas baju ke Bali, belated honeymoon konon. Tiket kapal terbang ke Bali yang ditempah oleh setiausahanya terdampar di atas tempat duduk penumpang keretanya. Keretanya dipandu memasuki anjung Hotel Pan Pacific KLIA.

Selepas kunci keretanya disambut oleh staf valet parking, dia menapak ke arah lobi hotel. Telefonnya dikeluarkan dan nombor pejabat ditekan.

“Rasyidah, get me a ticket for the earliest flight to Hong Kong, returning on the evening flight Sunday” laju dia mengarahkan setiausahanya.

Rasyidah di pejabat sana terpinga-pinga. Eh! Tadikan baru beli tiket ke Bali? Senangnya jadi orang kaya, sekejap nak ke Bali, sekejap nak ke Hong Kong.

“For two, Boss?” tanya Rasyidah agar tidak tersilap.

“I said a ticket,” jawab Zahrain dengan nada tidak sabar. Perkataan “a” itu ditekankan.

Makin hairan jadinya Rasyidah, bukankah Bos hendak ke Bali bersama isterinya? Ini nak ke Hong Kong seorang-seorang pula? Pening aku dengan perangai Bos ini! Baik jangan di tanya banyak-banyak, nanti aku kena marah, percuma sahaja.

“Okay, Boss,” ringkas jawapan Rasyidah.

“Get Jamal to email me the ticket, then call me when it has been emailed. I will print it out here,” arah Zahrain. Jamal tu travel agentnya. Ticket itu boleh dicetak di business center hotel ini saja, tak sabar dia nak tunggu budak pejabat hantar tiket hardcopy.

“Okay, Boss,” jawab Rasyidah. Apa yang diarah, iyakan saja, senang hidup.

“Get Zaki to come to Pan Pac KLIA to pick up my car, a.s.a.p. My spare car keys are in my office safe. And Rasyidah, jangan sibuk nak report kepada Mama saya. If you do, I will get you transferred to our Miri branch.”

“Understood, Boss,” jawab Rasyidah, sedikit panik.

Panggilan dimatikan. Tiket ke Bali dicampakkan ke dalam tong sampah berdekatan. Zahrain melabuhkan punggungnya ke atas kerusi empuk di dalam lobi hotel itu.

“Hong Kong? Humph, mana-manalah, asalkan jauh dari budak cengeng itu! Menyakitkan hati,” dengus Zahrain dalam hati. Walaubagaimana kuat pun dia cuba melupakan apa yang dilihatnya di restoran tadi, otaknya tidak berhenti-henti mengulang tayang babak-babak mesra di antara Atai dan isterinya.

Terngiang-ngiang di telinga apa yang diucapkan Nawwal kepada Atai di restoran tadi, “Atai, kau ni wonderful sangat, kau tahu? Bertuahlah perempuan yang dapat jadi isteri kau. Aku cakap betul-betul tahu. Apalah kau nak merendah diri sebab miskin. Kebahagiaan hidup bukan dijamin oleh wang ringgit.”

Sambil bercakap, Nawwal merenung Atai dalam-dalam. Ahhhh! Macam kena tusuk sembilu hatinya masa itulah, terus dia keluar dari The Nook. Tapi hatinya hendak juga tahu apa yang dibuat si isteri bersama “kawan baiknya”. Maka dia mengintai dari luar restoran, kelihatan Nawwal bergelak tawa dengan Atai. Lagak manjanya membuatkan darah Zahrain tersirap!

Dan selepas keluar dari The Nook, bukan main lagi mesra berebut-rebut telefon. Nasib baik dia tidak menumbuk Atai di situ sebab genggamnya memang sudah ringan-ringan hendak hinggap di muka budak kurus itu.

“I will not lower myself to fight over a woman! Why should I, when I can get any woman that I want!” bisik Zahrain kepada dirinya.

“Eh, manalah tiket ni. Nak emel tiket pun berjam ke?” dengus Zahrain dalam hati.

Walhal tidak sampai 15 minit pun dia menunggu. Tika itu jugalah tiba panggilan dari Rasyidah memberitahu dia yang tiket sudah diemelkan. Zahrain bangun dan menapak ke arah business center hotel itu untuk mencetak tiketnya.

----
Setiba di Hong Kong, Zahrain terus mengambil limosin ke hotel. Selepas check in, dia terus mandi dan cuba tidur walaupun otaknya masih lagi teringat-ingat peristiwa yag berlaku siang tadi. Entah pukul berapa dia terlena pun dia tidak pasti.

Esoknya hampir tengahari baru dia tersedar. Subuh pun terbabas. Perut lapar, dia menempah makanan melalui room service sahaja. Lepas makan, dia berendam dalam tab jakuzi sambil menonton tv berskrin besar di bilik air. Begitulah dia bermalas-malas dalam bilik hotel yang serba selesa. Hampir petang satu SMS masuk ke telefonnya.

“Nawwal? Dia nak minta maafkah? Nak pujuk aku?”

Telefonnya dicapai dan peti pesanan ringkas dibuka. Humph, SMS dari Adira rupanya. Dia di Hong Kong kerana ada job malam ni.

“...are you coming to support me, Darling?”

Baru dia teringat, minggu lepas Adira telefon mengajaknya ke Hong Kong hujung minggu ini. Dia ingat lagi bagaimana dia menjawab panggilan telefon Adira acuh tidak acuh. Masa tu dia sedang asyik masyuk dengan budak cengeng itu.

Pasal Adirakah aku terbang ke Hong Kong ini? Bukan pasal menyampah dengan isteri dan teman-tapi-mesranya? Otaknya yang bergeliga bab-bab perniagaan sudah tidak boleh mencari jawapan untuk persoalan yang satu ini.

“Ah, jumpalah saja dengan Adira. Bertapa dalam bilik ni lagi bengang aku dibuatnya!”

68 comments:

  1. Moga zahrain x 'telajak' dgn adira d hongkong...full manuscript dh siapke? Xsbr tggu buku ni

    ReplyDelete
  2. alahai....siksanya penantian...bila jangka nya boleh dpt printed novel ya...hehe

    ReplyDelete
  3. tau pon sakit ati tgk nawwal ngan lelaki laen keke

    ReplyDelete
  4. syarp: terlajak...erkkk

    liza: adoyai, menulis ni curi2, kerja hakiki menimbun2, dgn out stn tak renti2, will do my best dear

    wan: bagus jg dia jeles kan, buatnya dia dont care, haru juga

    ReplyDelete
  5. Kak, xmola zahrain terr ngnn adira .. Sembangg biase2 dh ar.. Adehh, sian una! Kata xsuka tp cembburu gila tahap dewa!! Eii..

    Mudah2an zahrain ingat lg yg dia jjenis xkan berhabis utk pomppuan yg sia2 cm adira tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekcelli banyak jg dia berabis for that woman :(

      Delete
    2. kak, berhabis duit ke saya ok lagi.. jgn tergadai body sudah ar.. looking frwd somtin' different from u kak..
      :)

      Delete
    3. setuju ngan mizz acu...jgn le terlajak apa2 lak ngan adira tu......cemburu gak tp ...kn better trs trg ngan una..ni lari cmtu...adeh......nnt info2 bila nk ada kt pasaran novel PMS....hrp cite ni ada kelainan dr novel2 yg dah ada....

      Delete
  6. Jangan sampai zahrain tergadai body dengan adira dah ler kat HK nanti...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  7. Buat apa Zahrain jumpa Adira lagi...
    Zahrain patutnya bincang elok-elok dengan Nawwal,ni tak main lari-lari pula dah mcm perempuan pula....

    ReplyDelete
    Replies
    1. he's confused coa he didnt realize that he has strong feelings for his wife

      Delete
  8. cemburu tu bagus Zahrain, nampakla awak tu ada perasaan. tp tolongla jgn buat tindakan bodoh disebabkan rasa cemburu tu. kesian kat Husna.

    Mudah2an zahrain masih waras dah tak terjebak dengan adira tuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mr Z tu dia ego, dgn isteri sendiri pun susah nak terjebak

      Delete
  9. bila nak dibukukan nie? ala, apakata cik writer buat nawwal g HONG KONG pjuk zahrain. PLeasssse! xnak adira ad dalam watak nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap br je dia nak kuar nak g jmpe adira.. Una da terpacak kt depan dia.. Biar zahrain ego+belagak tu immpress!

      Delete
    2. 91 and mizz...sori Una still kat KL. shh shhh

      Delete
    3. alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

      Delete
    4. tunggulah what happen after HK....mmg una torture abis. tp tu la their marriage ni macam roller coaster. part yg una agresif tu best juga...bab berapa ek? 40 lebih gitu he he

      Delete
  10. citer ni mmg best & lain dr yg lain..tp bila bc teaser 32....oh pleaseeeeeeeeeeee la..klu zahrain berbabas ngan offer adira tu..dah jd klise dah citer ni & boleh guess dah where the story goes...xde beza dah ngan nvl2 lain..x sesuai utk watak zahrain tu..such a loser ada la..

    sorry yer writer..emo plak..adrenaline naik dh ni sbb suka sgt nvl ni...high expectation...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stuju! Harap laen plot citernye.. Bongekla kalo zahrain g jugak jmpe adira kucing gatai tu

      Delete
    2. he he tengoklah apa jadi nanti ye, skrg dah sampai ke bab 51

      Delete
  11. zahrain cemburu gilerrrrrrrrrrrrrrrrrr........
    bezzzzzzzzzzzzz......................

    ReplyDelete
  12. x sbarnyer nak bli novelnie..best sgt2.. hrap2 zahrain x t'jebak dgn adira tu .. i hate adira.. kesian husna

    ReplyDelete
  13. saya percaya yg Nawwal lain daripada yg lain ;) which will encounter what ever tindakan yang Zahrain buat. Nawwal is a woman who knows how to flirt his husband. Hanina, tak sabar nak baca ur full writing! keep up dear ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. r u the evelyn who wrote the wedding breaker? i loike :)

      Delete
  14. eleh.. makan hati plak zahrain ni..

    ReplyDelete
  15. amboiiii...Zahrain cemburu Nampak?? sabor je la..huhuhu... PMS mmg Best la..lain dri yg lain, hehehe... kak Hanina ade FaceBook tak, nak add Boleh..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiseh nak update blog pun tak de masa, no fb la. hari ni lepak kat rumah abg ada internet laju tu yg boleh reply semua komen

      Delete
    2. oooh.. takde FB ye, tak pe la klu mcm tu... just nak taye agak2 ye bile PMS ni nak di terbitkan.. hehehe...

      Delete
  16. hai awak... biar la dia trlajak smpai trjelepuk trus dkt adira tu... hikhikhik then kta tgk, apa yg si bijak pandai mr z tu nk buat... entah2 adira tu ada STD ker, dier kan active... ewwwwww... nak cri msalah sngt ek mr z? saya kipas susah mati nawwal jer.... dh cukup bguslh nawwal tu nk jdi istri dier, mr z dgn adira tu seswai sngt la..... mngeletis jer x habis2.... merajuk smpai ke hong kong, then nk cri pompuan simpanan dia pulak, such a loser... sya harap nawwal sowang jer happy dlm crita ni.....tq awak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah ada guys tu yang think with their johnnies, nak rupa je, perangai tak kisah. mr z ni one of them la. lepas tu kita tengok apa jadi. don't worry abt una/nawwal, dia tu mmg lembut tapi kan dia ada master ji, side kick dan BFFs yang tlg dia jadi kuat

      Delete
  17. yeayy! sukanya dapat baca teaser ney! thanks akak! lve it!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pandai la nak taruk2 teaser ni. nampak gaya kena siapkan mauskrip cepat2, susah hati nnt u all suruh letak teaser lagi he he

      Delete
  18. Kak Nina.. bila ye PMS nak kluar? Xsabar dahh nii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak siap lagi manuskrip, sikit je lagi. nnt siap i ckp ye

      Delete
  19. pendek sgt n3 u ni.. boleh sakit dada i baca.. nak tggu pulak bab yang seterusnya.. betul2 buat i sakit jantung.. anyway.. mmg best and i loike.. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. sian...teaser ni utk usik2 je. tq for liking pms

      Delete
  20. goodness me, this story make me anxious and inquisitive ....good writing language. Good luck Nina, looking forward to see the novel on the bookshelf soon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. me looking forward too so i better write write write

      Delete
  21. sy tak berapa nak sabar dah tggu buku ni keluar......

    ~all the best!

    ReplyDelete
  22. best2...cpt la kau nvel neh..x puas bce teaser..eeii eii geraaammmmmm dgn zahrain!!!huhh!!!!

    ReplyDelete
  23. x best lar, pendek sgt n3 kali nih. Teruja nak tahu apa endingnya.. Hanina, lek cepatkan skit tak? x sabar lah beb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. has, hari2 nulis lepas habis kerja. sorilah keja banyak beb

      Delete
  24. biarkan mr z tu tejelopok dpn una, kalu blh dgn si miang adira skali! pastu una blh lah buat super-macho-girl act, kasi lenyek abis2 2 ekor tu...ish ish ish emo lah pulak aku. sori ye nina, ni lah penangan pms nina...all d best. cant wait for pms to be out in print

    ReplyDelete
    Replies
    1. una lembek mcm typical young girls but shes learning to be strong. zoora, i cant wait for pms to be out too but i need to finish it first la :(

      Delete
  25. teaser pun teaser lah..asal update..best! TQ Nina :D

    ReplyDelete
  26. Alahai merajuk sampai bawak diri.. Tak sabar nak tau camna nawwal nak pujuk zahrain.. hehehehe

    Urgghhh bilalah novel ni nak ada kat pasaran. Novel ni lain drp yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanis, hari2 saya menulis ni. tp klu dah hari2 kerja tak de rehat maka nulisnya pun slow. m glad u say its different :)

      Delete
  27. Replies
    1. teaser ni mmg kerjenya utk tease sj. usik2 gitu he he

      Delete
  28. salam perkenalan dik..membaca karya adik di Penulisan2 mmg akak jatuh cinta dengan citer ini..watak watak yg adik ketengahkan mmg sempoi giler dan akak mmg jatuh hati sekali lagi dengan watak utama dalam citer ini minah comel yg sungguh uptodate Nawwal yg cuba sedaya upaya memikat suami yg dia tidak cintai tetapi kasihnya pada kedua ibubapanya untuk menyelamatkan bisness papanya dia sanggup berkawin ngan maamat yg akak gelar poyo ego giler..zahrain..yg mengelar minah tu budak cengeng..sungguh serasi pada kaca mata dan pandangan akak. Zahrain actually mmg dah jatuh head over heels kat minah cengeng tu cuma kerana ego yg tinggi dia cuba menafikan kehadiran nawwal yg semakin hari semakin dekat dijiwa hati dan perasaannya apatah lagi dalam mindanya..akak rasa pemergiannya ke Hong Kong tidak akan membawa maksud apa apa pada diri Nawaal kerana baginya mmg sikap asben dia mmg gitu so dia dah dapat adaptkan dirinya begitu dengan mamat poyo perasaan bagus tu..Tapi bagi akak sebaliknya berlaku kepada zahrain keranan wajah manja mengoda nawwal tidak lekang jauh disisinya walaupun adira ada didepan mata...akak rasa mamat poyo tu akan berlari balik pada isterinya. Akak sungguh teruja dengan perjalanan citer ni dan mengharap agar adik dapat mensiapkan manuskripnya dan mengharap agar novel karya adik ini dapat menemui kami asap. Tahniah dik...nanti war warkan pabila ia berada dipasaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ida, ekcelli una bengang jugak ahhh, sip baik ada master-ji dgn side kick kasi advice baeeekkk punya

      Delete
  29. Awat rasa berdebar-debar baca teaser nie??
    Si zahrain ni pon bukan xkenal si Atai.. Jeles x bertempat.
    Haisshh..
    Plss duk diam2 kat bilik..

    ReplyDelete
  30. hmmm...kak naina...PMS nie btol2 mmbuat sy tergoda..dh giler nk tau smbungan PMS nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. err...saya tahu sambungannya tapi last 4 chaps masih dalam draft ;)

      Delete
  31. nina...da lama teaser bab 32...bile nk kuarkan full n3 bab 32 plz??windu gila nina...tension saya

    ReplyDelete
  32. Nak beli novel ni nanti! nak sngaaaaatt!!! Good job, dear writer! :D

    ReplyDelete