Wednesday, 20 June 2012

Teaser....Bab 32.....part 2


Teaser lagik!! Usik mengusik membawa bahagia.....enjoyz! Good news, PMS siiiikit lagi nak siap!!

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Dia terus menyarungkan baju yang dipakainya semalam sebab dia datang hanya sehelai sepinggang. Sebelum tidur semalam, pakaiannya itu dihantar untuk dicuci. Apa susah, keluar nanti belilah sahaja pakaian baru tiga empat pasang. Sambil melangkah keluar dari bilik hotelnya dia menelefon Adira.

“Darling! Where are you?” jerit girang Adira menyambut panggilan darinya.

“Here,” jawabnya pendek. Kan aku dah kata, any woman would kill to be with me. Budak cengeng tu sahaja yang bodoh!

“Here, as in Hong Kong, Baby? You're in Hong Kong? You are really here? Darling, thanks for coming. I really could do with some support. Job malam ni ramai international designer yang involved. I really want to wow them!!”

Zahrain membiarkan sahaja Adira menceceh-ceceh untuk beberapa minit lagi.

“Got to go shop for my suit tonight. So I pick up the ticket for the show in the foyer? Right. See you,” panggilan telefon dimatikan.

Maka malam itu Zahrain menghadiri pertunjukan fesyen pakaian rekaan pereka-pereka terkenal dunia. Walau pun model-model yang berjalan mundar mandir di atas pentas itu tergolong di antara wanita-wanita tercantik dunia, kepalanya masih lagi teringatkan isteri di rumah. Isteri yang manis, yang sentiasa mendahulukan keperluannya, isteri yang pandai mengambil hatinya. Tetapi isteri itu jugalah yang menyakitkan hatinya dengan aksi manja mesra dengan “kawan baiknya.”

Selesai pertunjukan fesyen, Adira merengek-rengek mengajaknya ke post-party. Zahrain sudah kehilangan mood sebenarnya. Apa kes berasak-asak di dalam dewan yang sesak dengan orang ramai, yang bising dan penuh dengan asap rokok? Kalau duduk berehat di rumah bukankah bagus? Dengan isteri yang sanggup menurut apa sahaja untuk membuatkan dia gembira. Ceh! Budak itu lagi!

Pening jugalah kepalanya dengan kilauan-kilauan dari kamera juru-juru gambar yang tidak melepaskan peluang mengambil gambar model-model, pereka-pereka serta orang-orang kaya lagi ternama. Adira girang bukan kepalang, dipautnya tangan Zahrain, kepala melentok manja dan senyum yang tidak lekang-lekang di bibir. Dia memperkenalkan Zahrain sebagai boy friendnya kepada semua orang. Zahrain pula hanya berdiam diri. Dia rimas sebenarnya, everything is so superficial!

Terfikir juga dia, “What am I doing here? In a room full of strangers? Untuk Adira? Well, she doesn't need me. She has everything she needs in the world: talent agents and the papparazzi!”

Sememangnya Adira seboleh-bolehnya mahu gambarnya diambil oleh semua juru gambar. Sibuk sungguh dia bergaya. Sekejap sahaja Zahrain sudah ditinggalkan entah ke mana. Targetnya adalah untuk berjumpa dengan semua agen-agen model di dalam dewan itu. Dia akan pastikan mereka terpesona dengan gayanya dan menawarkan kontrak bernaung di bawah agensi mereka. Today Hong Kong, tomorrow the world!

Selepas beberapa minit memandang Adira yang tak henti-henti terlentok ke sana, terlentok ke sini bergambar, Zahrain angkat kaki pulang ke hotel tanpa berpamitan dengan si supermodel. 

"Dari jadi pak pacak di party tu baik aku balik tidur."

Macamlah boleh tidur! Kepala asyik teringatkan isteri. Isteri yang manja dan sudah pandai menggoda. Tapi bila teringatkan isteri, teringat pula budak kurus si teman baik konon. Hangat hati sungguh! Her smile, her gaze, her laugh, should only be for me! Bini aku tu memang manja mesra dengan semua “teman baiknyakah”? Siapa lagi budak tu? Secret admirer dari Southampton tu? Abdul Razak? Humph!

Terkebil-kebil Zahrain di dalam bilik gelap itu. Bilalah mata nak lelap? Buang masa aku sungguh asyik dok memikirkan budak tu!


Esoknya dia terbabas solat subuh lagi. Heeee.....Sejak kahwin ni subuh dah tak pernah miss sebab budak tu sentiasa kejutkan dia. Ini budak tu tak ada, miss subuh dua hari berturut-turut.

Baru dia tersedar, celik-celik mata sudah teringatkan bini. Semalam sebelum tidur pun tak habis-habis ingatkan bini. Apa nak jadi dengan aku ni? Dengan budak mentah tu pun aku boleh angau tahap kronik macam ni?

Bangunlah, buatlah apa-apa aktiviti yang boleh lupakan dia. Sudah tengahari pun. Makan. Alang-alang dah sampai Hong Kong ni, belilah apa-apa yang patut. Baju ofis ke, dinner suit ke. Beli lingerie tambah collection budak tu pun bagus juga, nanti aku juga yang enjoy.

Ceh! Zahrain menampar dahinya. Fikir pasal budak tu lagi! Takkan setiap dua minit teringatkan dia kut. Dah! Dah!  Bangun, mandi, makan, ambil teksi ke Harbour City.

Sedang dia makan, telefonnya berbunyi. Humph...Adira! Yang budak itu pula tak reti nak telefon suamikah? Tak nak tanya, suami dah makan ke belum. Selamat ke tidak? Dah dua malam aku tak balik rumah, dia tak kisahkah? Telefon yang berdering diam sendiri.

Tak sampai sesaat diam, telefonnya berdering lagi. Adira lagi! Bini sendiri tak reti nak telefon aku, baik aku jawab sahaja.

“Darling....you pergi mana semalam? Sampai hati you tinggalkan I sorang-sorang kat party tu.”

Mendengar suara Adira, Zahrain mula sedar, she is such a whiner. Kenapalah aku tidak sedar sedari dulu.

Apabila tiada balasan dari Zahrain, Adira sudah mula cuak. Anak jutawan ni marahkah, aku sibuk networking semalam sampai abaikan dia?

“Jenuh tau I mengelak men making passes at me. Kalau you ada tentu dia orang tak berani,” rengek Adira, cuba membuat Zahrain cemburu.

“Hmm,” itu saja respon Zahrain.

“Darling, where are you? Let's spend the day together ye? Kalau kat KL, you sibuk saja dengan bini you, bukan ada masa untuk I,” rengek Adira lagi.

“I will be in Harbour City in twenty minutes,” jawab Zahrain dan terus mematikan talian.

Di hujung sana, Adira ketawa seronok, “Yes! Shopping time, finally!”

98 comments:

  1. yeay!..ade jg en3 untk lpaskan rndu..hehe
    tenQ writer.. =)

    ReplyDelete
  2. betul-betul tak sabar menunggu PMS ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun. tp saya ni selalu stuck kat part2 nak gaduh2 ni, part2 romantik ok je he he

      Delete
  3. best giler nina, terubat rindu..en zh kite dah anngggauuuuu..best,best,best..'budak tu, budak tu'...!!! oiii nak pecah perut aku ngan zh ni..all d best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. glad that u enjoyed it, i enjoy writing it too :)

      Delete
  4. adowhhh..bestnyer..nasibla sa sempat jenguk2 blog ni..hahaa..blh smbng sikit lg tak..? time dia jmpa 'budak tu' nnti..mcm mna agknya reaksi dia ho..:)

    ReplyDelete
  5. Dah tahap kronik dah nih zahrain, tapi masih nak teruskan projek tu...

    Paling x boleh blah, ingat lagi nak tambah koleksi pakaian una tuh...
    Dalam marah2 pun, yang tu dia ingat jugak...
    Adira mesti suka nanti, tengok zahrain beli mcm2 pakaian "seksa" untuk dia...

    ~w.t~

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.t: balik dr HK gaduh, pastu make up, pastu gaduh, pastu make up...aiseh...

      Delete
  6. yes...zahrain..pls..open yr eyes, yr mind and of coz yr hearts.. do a comparisons with yr honey at home and adira..there's a lot of differences..wake up..man..
    weyh...apa la ek..nawwal tu buat kat rumah..dan apa pulak ek..master master ji..dia advise kat nawwal..mesti master ji srh adik nya tak buat apa apa.. sbb master jinya believe..asben dia tu tak patut buat nawwal begitu..just left her without listening to explanation..kalo nawwal nak explain pun..belum tentu asben dia nak dgr..sbb ego asbennya yg tinggi dan bukan nawwal buat kat tempat yg sunyi tak ada org..tapi punya lah ramai umat masa tu..dan master ji nawwal mungkin dah pesan kar adik dia..kalo asben dia pi kat wanita lain setelah dia telah try her best..biaqla suami dia pergi kerana master ji believe kalo la..jodoh nawwal ada ..macam mana ..pun GF dia dtg menggoda..pasti asben dia akan balik kat dia krn..if he comes back 2 nawwal bermakna for her to keep him forever..and in marriage ..there must be trust...
    Teruja nak tau..apa ek..zahrain akan buat bila bersama adira..adakah dia akan just tinggal kan adira and catch another plan utk bersama isterinya..aduhai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia dah nak wake up tu, tp ada satu part tu aiyarrkk...sudah terlambat...

      Delete
  7. wah, takkan dah kalah kot dgn Husna? Haha. Goooooodddd!

    Adira tu confident je Mr.Z nak spend his money on her. Dream on!

    Dah nak siap eh? Yay! All the best Hanina. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hajar: sikit lagi....stuck la pulak kat part em n pet marah kat mr z

      Delete
  8. ngokngek btol la zahrain ni,.ego melangit,.pasni ko gk y puteh mata
    tq yea cik writer post en3 pelepas rindu ni keke

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ngek ngok pastu bila nak cerdik sikit....jadi cam terlambat la pulak...

      Delete
  9. laki bodoh jer yg habiskn wang untk pompuan bukan istrinya, dan duit tu kalo hak istri dia yg punya, lgi la haram kalo pompuan lain yg guna... mr z such a jerk.... nawwal aii sokong u jer taw.... mesti mr z beli lace lingerie...kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. pas ni mmg dia mengaku dia bodoh, hek eleh

      Delete
    2. ksian nawwal, habis dwit laki dia... saya x la meluat sngt dkt adira tu, meluat lgi dkt mr z tu, rsa nk rendam jer kpala dia dalam laut dkt hong kong tu, kasi cair sikit tahap kebodohan dan ego dia... ala nawwal cepat la gi kerja, rimas tgk prgai suami dia mcm budak2....

      Delete
  10. owh kak Nina.. Looking forward for this novel.. LoL...

    ReplyDelete
  11. BENCI giler ngn zahrain tu....seriusly..ahahaha

    ReplyDelete
  12. sambung sikit lg awk..rindu yg mengunung pd PMS belum terubat sepenuhnya lg ni
    he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah ada part 3 (part padan muka adira) nak ke?

      Delete
    2. nak nak!
      thank you very much
      hanina memang terbaek! hehee

      Delete
  13. rasa nak lompat ke bulan bila tgk ade teaser part 2...
    ish ish ish,zahrain dah angauuu~
    sis,tak sabar nak tunggu novel ni.

    ReplyDelete
  14. ahh, can't wait for the novel to be published! :) Great job, :))

    ReplyDelete
  15. yeayyy.. thankz kak nina.
    ehem2. bile request utk part 3 x?
    Nak tau pasal nawal a.k.a husna.
    hehehe. sambung sikit lg ea?
    sayangggggg kak nina. <3

    ReplyDelete
  16. ya allah!!! seriusly, rase cam nak pecah jantung ni bila aje nampak link 'teaser....32....part 2...". it's a worth thing to wait for it for so long.... kak hanina, cepat sikit bukukan novel akak tu!!! bile kluar kak???? tak sabar nak khatam novel akak!!!

    p/s: novel dah beribu kali khatam. al-quran tak nak khatam ke? (hehe.. tanya untuk diri sendiri sahaja ok.. ini pesanan buat diri ini yang entahlah... taklah lalai sangat but lebih mementingkan novel daripada membaca alquran.. takpelah... asalkan niat itu baik dan yang kita buat itu tidak membelakangkan syara'. boleh diterima pakai kut.. rasenyelah... hehehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah peringatan untuk saya juga!!! psst psst, idea utk novel ke2 sdg membuak2 ni tajuknya seteguh fayqa. tapi akak sabar2 kan, nnt kang pms tak siap, apa pun tak siap

      Delete
  17. Zahrain beli byk2 nti skali utk bini dia..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak...dia berabis utk si adira tu :(

      Delete
    2. Laaaaaa.. Xcerdik ruppanya zahrain niii

      Delete
  18. publisher mne yg akn publish novel akak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. manuskrip blum siap, so tak de publisher lagi yg terima tp ada le dua publisher beremel2 dgn sy

      Delete
  19. Nina, you melt my heart with this story!! - Pls tell us who is the publisher of your book and when is your book going to be up on the shelf. Crazy in love...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau lg publisher mana. hopefully boleh siapkan manuskrip minggu depan, u know my workload is heavy...tulis curi2

      Delete
  20. PMS is the best, x sabar nk tggu Nina siapkannya. Hope Zahrain gi shopping beli lingerie byk-2 wat Nawwal so Adira akan jelous. Suke sgt.. heheheeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. adira blasah credit card mamat ketul aid tu :(

      Delete
  21. hurm..bile pms ni nak keluar sebagai buku??huwaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. soon....soon....i hope....i pun tak saber dah nak start on the next novel.....seteguh fayqa

      Delete
  22. ninnnnnnnaaaaaa....love u so muchhhhhhhh!!!!! tq for the new entry dear....haishhhhh...x sbr nk tunggu novel PMS n also TWB...korang mmg superb la... *hugs*

    ReplyDelete
    Replies
    1. haish...x sangka arini TWB ade entry baru jugak...horeyyyyy...korang ni mcm ade chemistry jer.. :)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  23. dah lame mood membaca novel xde, tibe2 baca yg ni boleh lak hari ni smpai2 tercari2 ending dia...huhuhu....sambung la cpt2 sikit u eheheheh....BEST GILE2 KENTANG! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. gila2 kentang as in potato salad gitu? :)

      Delete
    2. ahahah....potato salad? no lah cheezy wedges ehehehe :)... tp mmg siyess taip nih, gaya penceritaan u buat sy x sabo nak tahu ending of the story =)

      Delete
  24. nape sikit je tak puas baca... hihihi :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sikit sebab namanya teaser, nak usik2 je, he he he

      Delete
  25. hai la nina, stress punya keja, i bace lagi..n i terus bace komen2 tu jugak!! turun jugak tahap kestressanku hahahaha. tak sabo tunggu buku n tak sabo tunggu projek baru nina..all d best muah3xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

    ReplyDelete
    Replies
    1. i pun menulis kerana stress keja....kita serupa....hm...seteguh fayqa, heroinenya fayqa, a very strong young lady, mahu berdiri atas kaki sendiri, heronya ada dua, sorang cute menghiburkan, sorang lagi alpha male! bila nak mula? entah lah, lepas siap pms, i punya report berlambak2, asyik ngelak2 dgn boss sj he he he

      Delete
    2. thks nina 4 being d writer! i tau paint aje tapi lama tak angkat brush sbb tak de masa,tak de mood,lost inspiration...ni yg buat hobi baru,bace on9,ngelak dari boss2 hehehe apa2 pon projek baru seems 2 b another hit. suka watak strong2 ni, adusss ada 2 pilihan hero...auuwww apa yg main green-cili tu nina? tenyeh kat muka zh n dira ke? una buat ye...klah tak nak kcau u...siap2kan ye byk org tunggu ni. sayangggg sgt2

      Delete
  26. walaweyhh kak nina mmg terbaekkk larr.. senyum je baca n3 ney walaupun time ney zahrain merajuk ngan una.. heheh taip laju2 erkk.. x sabo nx belii

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo, you tunggu la nanti bila derang pegi belated hanimun, sy pun rasa macam nak pegi hanimun keh keh keh

      Delete
  27. alahai.. Mr. Z sopping utk Adira ke? Uwaaaaa.... kesian kat Una kat umah tu.

    Anyway, setiap kali baca PMS, mauka asik tersenyum je. Kadang2 tu ulang baca banyak kali tuh... can't wait to have the print version of PMS :)

    ReplyDelete
  28. tak sabar nak beli PMS jugak... (tetiba teringat senggugut pulak.. heheh)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes mula2 dull tak person but bila person that pms can also be pre menstrual syndrome rasa fun pula sebab its both linked to women things

      Delete
  29. hai nina

    hopefuly happy ending utk nawal n mr Z

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..yes...tp sebum bahagia, boleh tahan jg la geramnya. dan yg best kita nak tengok camna husna mengejar bahagia

      Delete
  30. Kak, wat do u mean by dia da nak wakke up tp terlambat???
    Jgn la zahrain wat yg pelik2 ngn adira.. Oh tidakkkkkkkkkkkkkkk!!!! Sian unaa..
    Asik una jee yg berusaha pikat zahrain.. Bila plak turn zahrain.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Turn zahrain ada..siap pakai perfume bubble gum pop nak pikat una. Saja bg dia desperate skit

      Delete
  31. ishhhh asstupidaaaaaa jugak zahrain ni berabis duit tuk minah gedik gedemposssssssssss tu..

    writer...jgn sbb dah terlambat tu z dah terlanjur ngan adira sudahhh..terlanjur shoping baju xpe tau..klu x..............................................

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang...i think u r gonna like d ending of chap 32

      Delete
  32. Aarrghhh..bodoh nye si Zahrain ni!!!

    ReplyDelete
  33. Harap lepas nih ada lagi teaser2 untuk bab2 lain yang menarik...
    Bagi pembaca ternanti2kan kemunculan dalam versi cetak...

    Bab yang terlambat tuh, bab una mengamuk kalau ada...
    Bab Zahrain cuba pikat una balik kiranya adalah...
    Bab kenapa zahrain batalkan projek ABC dia tuh kiranya ada...

    ~w.t~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Una tak mengamuk, dia ni kan gentle saja, kena sergah dengan Adira pun dia kecut je. Tapi takat mana dia boleh tahan, merajuk juga walau pun dah di pesan master-ji jgn merajuk

      Delete
    2. Una merajuk????? akhirnya...hahahahaha...una pon manusia okey masterji...cit adira nak sergah una apa kes..poodihhhhhhh...beduk manit petit la kau...

      Mr z pujuk una x?
      waaaaa dah nak siap???eh nvl ni under mn? jgn bg nvl ni di edit over2 tau writer..skrg dah ok sgt222...takut nnt edit ke laut plak..huahahahahaa

      Delete
    3. Masa adira sergah una tuh nanti, zahrain masuk belah sapa yer...

      Delete
  34. Kenapa la Mr. Z ni bengong sgt?! Agak2 ade lg tak perempuan mcm nawwal? Sy kot. Heeee. Kak Nina! Ur novel in my list! Sy tak sabar gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nak beli pms ni! Fuhhh! Tersenyum je bace entry2 akak! Mmg superb! Jln cerita lain dr yg lain! Sepanjang hidup sy membaca novel2, *ayat hiperbola kejap. hee* sy tak pernah baca novel mcm novel akak ni! Sumpah tak penah! Gilaaaaaaaaaa punya menarik! Sy doakan akak terus-terusan dpt idea2 yg menarik dan berlainan dr penulis lain. Terima kasih utk akak dan juga penulis2 lain yg rajin memerah otak utk pembaca2 yg tak penah puas dgn novel2 mcm sy ni. Hahahaha. selamat berjaya akak! Sayanggggggggggggggggggg akak ketat-ketat! XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg masa sy mula taip pms ni sy nak buat lain dari citer kawin paksa yg tipikal, alhamdulillah berjaya :) thanks for reading, hugs!

      Delete
  35. Sy setuju sangat ngan saranan w.t,bagi la ada teaser lagi utk bab2 tu.Dah x sabar sangat nih menunggu versi cetak. Tak sabar tunggu Mr Z pulak buat 'Projek Memikat Isteri'.sure best giler.

    ReplyDelete
  36. Exactly hamidah...lepas ni mmg jd projek memikat isteri he he he...time ni lg funny...ada cite psl cili hijau

    ReplyDelete
  37. cili hijau?'booby trap'???Ahh...Cik Nina,awk buat sy makin xsbr nak khatam cerita ni.Kat P2U pun dah byk kali khatam.Mmg best!Sy siap buat promosi ngan budak kedai buku lagi pasal PMS,nak minta dorang cepat2 order ngan penerbit, hehehe.

    ReplyDelete
  38. bukan cili padi tapi cili hijau..k, k, saya janji dengan penerbit nak hantar manuskrip minggu ni, haiya ada 2,3 chaps lagi, cepat2 taip

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gembira dgr dh nak siap! Chaiyok2.. Smpat x kuar novel ni bln 8 ke.. Hhehe
      Kak, cptla mskkan teaser part 3! Xsabo niiiiii

      Delete
  39. Yup... keep up the good work Nina... bila baca senyum aje... couldn't wait nk tahu mcm mana diorang berbaik semula n nk baca when they in romantic mood... rasa nak beli aje baju2 halter neck ni utk pikat husband... tp ada anak2... maluuuuu... let us know when ur book are ready yer Nina....

    ReplyDelete
  40. seriously...PMS mmg superbbb laaa...terbaik dr novel-novel yg prnah sy bace..mamat ketul ais tu..mmg nak kena!! mntak2 una kasi pangajaran ckit dkat dia..ni asyik una je nak kena beralah...PMS ni berapa chapter kesemuanya???

    ReplyDelete
  41. x boleh nak cakap ape kecuali a big YEAYYYYYYY!!!!!!! :D

    ReplyDelete
  42. Saya out stn dan wi fi di sini lemah. once sy dapat wi fi yg kuat, saya upload part 3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nina mai umh i lah, sini wifi agk berperangai baek... X sabar niii.... Jiwa kacau tau i jadinya... PMSpunye hal...

      Delete
  43. Happy gila walaupun hanya dpt baca teaser... Janjii dpt lepas rindu kat Nawwal cute luar biasa dan mr.z yg poyo dan sengal tu..

    ReplyDelete
  44. Cik Nina,tolonglah jampi wifi tuh kasi ok,hehehe.x sabar tunggu part 3 nih.mesti mr.z tu bengang giler ngan Adira si mata duitan yg mengopakkan n mengoyakkan sakunya. hemmm...baru padan muka mr z.nak sangat pompuan gedik tu,sofistikated konon. menepati cita rasa sendiri konon.(senyum senget kat mr z).

    ReplyDelete
  45. Dear Hanina,
    tak sabar nk tunggu pms siap n beli nk buat koleksi!! tahniah utk Hanina....

    ReplyDelete
  46. ninaaaaa.... sila siapkan manuskrip anda secepat mungkin, keje2 opis biar i wat..(kikikikiii.....konon tauuuuu)... i x sabar tau nk baca u punye pms ni yg bikin jiwa i kacau...pelisssssssssss cecepat skit....

    ReplyDelete
  47. nina nak teaser lagi bleh tak? kali ni melibatkan nawwal plak...

    ReplyDelete
  48. kak nina ... nanti kan ada x nawwal husna pregnant ? huhuhu~ :DD

    ReplyDelete
  49. Nina....anie dah gila sangat dgn watak2 dalam PMS ni......rasanya dorang ni cam wujud plak....rasa geram...seronok...berdebar debar...sakit ati sumer ada....teaser part 2 mmg jadi penawar rindu sementara tunggu novel PMS ni kuar....thanks Nina......

    ReplyDelete
  50. nina...part 3 plz!!!or else u siapkan cepat...soon u ckp tu ...macam lama gile la...

    ReplyDelete
  51. Saya baru follow PMS!! straight 31 part i baca mlm ni n now siap xsabar tggu part 32. definitely will follow PMS from now on!!

    ReplyDelete
  52. Nin@, bab seterusnya ade x,,klu ade boleh x bagi link diye ......
    Thankszz sebab uplouad novel nie ehh

    ReplyDelete
  53. kak Nina, next bab nya boleh di share tak ? saya lah cari novel ni toko buku di tempat saya tak de pun... please ye kak T.T

    ReplyDelete