Friday, 5 April 2013

Seteguh Fayqa Bab 16


Hm.. akibat tak boleh tidur hingga ke pagi...siap satu bab. Dalam kepala terfikir2 tak boleh tidur sebab minum nescafe (pantang sebenarnya) atau sebab terover zumba?

tak berani janji sebab dah terkenal...janji TAK ditepati. but why dont you come over again this Sunday... no promise, just twitchy palms...er fingers, I mean :)



Bab 16



Sejak peristiwa Dzariff dan Mushrifah datang ke butik Dzalia, semakin menyampah Fayqa kepada jeneral sengal itu. Malam-malam jika tiada apa-apa hal lagi, Fayqa masuk ke dalam biliknya, baca buku, buat assignment dan berskype dengan Dzahim. Farhan dan Daeng pun tidak dibenarkan datang ke rumah Dzahim lagi. Bosan Fayqa dengan jelingan tajam si jeneral sengal bila mereka bertiga berbincang.

Suatu malam, sedang Fayqa khusyuk membaca untuk persediaan kuliah esok hari, kedengaran ketukan di pintu biliknya. Sangkanya Hajjah Azimah yang mengetuk, rupanya Dzalia. Wajahnya nampak kerisauan.

“Kenapa, Kak Yaya?”

“Yin,” bisik Dzalia, pendek.

“Kenapa dengan Kak Yin? Dia tidur rumah kawan dia malam ni kan?”

“Kak Yaya dah telefon Mel, Yin tak ada di situ. Dia tipu Ummi rupanya. Mel kata dia ada di rumah Fareez.”

“Hah! Fareez London?” ternganga mulut Fayqa. Dia yang hanya menumpang di rumah itu pun tahu betapa keluarga Haji Dzulqarnain tidak bersetuju Dzureen berkawan dengan Fareez, anak orang kaya yang tidak senonoh perangainya.

“Shh!! Shh!! Janganlah kuat sangat, Pekah. Nanti Abang dengar, habis dengan kita sekali kena sembur,” jari Dzalia di bibir.

“Habis, apa kita nak buat, Kak Yaya?” Fayqa menurunkan suara.

“Kita pergi cari dia. Pekah cepat pakai tudung. Baju tak payah tukarlah.”

Cepat-cepat Fayqa menyarung tududng ke kepala kemudian perlahan-lahan kedua orang gadis itu keluar ke laman depan. Pintu gelangsar automatik dibuka. Cepat-cepat Dzalia menghidupkan enjin keretanya dan memecut keluar.

Dari maklumat Mel, teman baik Dzureen, rumah Fareez London terletak di Ampang. Guna GPS, senang jumpa walaupun hari sudah lewat malam. Berdebar-debar juga Fayqa apabila keluar dari kereta.

“Kak Yaya, kita terjah sajakah?” hatinya sudah cuak.

“Habis, nak buat macam mana lagi. Pekah ada idea?” balas Dzalia.

Bila tiada jawapan dari Fayqa, Dzalia menyambung, “Kita masuk dulu, tanya Yin ada tak. Takkan tanyakan adik pun salah.”

Dari luar kedengaran bunyi muzik yang sangat kuat. Hairan Fayqa, jiran-jiran sebelah tidak kompelinkah? Dipandangnya ke kiri kanan, rumah Fareez memang terletak di kawasan ekskusif yang terpencil dari rumah-rumah lain. Pintu pagar hadapan terbuka luas dan kawasan parkir penuh dengan kereta-kereta mewah.

“Pekah, nampak macam ada party,” komen Dzalia.

Fayqa memandang pakaiannya, kemeja-T dan seluar trek....alahai!

Masuk ke laman rumah agam itu, Fayqa mengikut Dzalia dari belakang. Mereka bergerak ke sisi rumah, mencari punca bunyi muzik. Tiba di laman sisi rumah, terbentang kolam renang yang luas. Di tepi kolam, sekumpulan lelaki dan perempuan sedang enak melayan muzik yang kuat dan rancak. Badan mereka bergerak-gerak mengikut irama.

“Tak nampak Kak Yin pun, Kak Yaya,” jerit Fayqa ke telinga Dzalia, muzik yang dimainkan terlalu kuat.

Tangan Fayqa digenggam kuat oleh Dzalia dan mereka bergerak ke arah kumpulan manusia yang seronok menari. Sah! Dzureen tiada di situ. Muzik terlalu kuat, jadi Dzalia hanya menggunakan isyarat tangan untuk mengajak Fayqa bergerak ke arah pintu sisi rumah agam itu. Tiba di muka pintu, melopong Dzalia dan Fayqa! Di dalam rumah, di atas sofa baldu, Dzureen terbaring dihempap Fareez London!

“Hoi!” jerit Dzalia, Fayqa di sebelah hampir terlompat terkejut.

“Kau ingat itu anak siapa yang kau sondol tu?” sambil terpekik, Dzalia laju menghampiri Dzureen dan Fareez.

Fayqa yang masih terpinga-pinga, tiada pilihan terpaksa mengikut Dzalia dari belakang. Jadi apa-apa pada Kak Yaya, siapa nak tolong? Err..aku?!!

“Hoi!” jerit Dzalia sekali lagi, bahu Fareez dicengkam dan ditolak tubuh lelaki itu ke tepi.

Sekali tolak, tergolek anak jutawan itu ke lantai. Terbaring di lantai, matanya kuyu, bibirnya tersenyum lebar.

“Yin!!” suara Dzalia sebiji macam suara emak jin, “kau dah hilang akal ke?”

Dzureen yang sudah tegak duduk di sofa, berjejeran air mata, tersedu sedan menangis.

“Sebelum Abang belasah kau, biar aku belasah kau dulu, Yin!! Kau tak ingat Babah dan Ummi ke?” kembang kempis hidung Dzalia marahkan adiknya.

“Kaaaaakkk! Yin suruh dia stop, dia tak nak stop, Kaaaakkk,” sebelah tangan menyapu air mata, sebelah tangan dihulurkan ke arah kakak kesayangan, bagai meminta tolong.

Melihat adiknya menangis tersedu sedan, hilang amarah Dzalia. Adikanya dipeluk erat, belakang adiknya diusap-usap, “It's okay, Yin. It's okay. Kakak ada. Kakak ada ni. You'll be ok.” Lembut Dzalia memujuk adiknya.

Fayqa yang masih berdiri kaku bagai orang bodoh di situ, tersentuh hati. Alangkah seronoknya kalau aku ada kakak macam ni. Susah senang, baik jahat, tetap sayangkan aku. Baru sahaja Fayqa nak melayan sayu di hati, tersedar dia, si Fareez London sudah bangun terhoyong hayang berdiri betul-betul di sebelah Dzalia dan Dzureen.

“Dzureen....babe...,” tapi bahu Dzalia yang dirangkul.

“Arrrrggghhh!!” jerit Dzalia sambil cuba melepaskan diri dari rangkulan Fareez.

Rupanya orang yang sedang 'high' boleh tahan juga kuatnya. Rangkulan Fareez semakin kuat, pipi Dzalia dicium-ciumnya dari belakang.

“Bi!!!!” jerit Dzureen, jengkel dengan tingkah si buah hati, tangannya cuba menolak Fareez dari si kakak.

Fayqa panik! Oh! Oh! Inilah masanya aku jalankan tugas sebagai bouncer! Bahu Fareez di tarik dari belakang. Sehabis kudrat Fayqa menarik bahu Fareez yang sasa. Akhirnya berjaya juga, Fareez terhoyong hayang beberapa langkah ke belakang.

“Kak Yaya, jom belah!” jelas cemas suara Fayqa.

Dzalia menarik tangan adiknya dan berlari ke arah pintu, diikuti oleh Fayqa. Baru sahaja mereka melangkah keluar, tangan Fareez berjaya meragut pinggang Fayqa.

“Arrgghh!!” jerit Fayqa, tangan Fareez yang melingkar di pinggangnya cuba dirungkaikan.

Jenuh di tarik, di tolak Fayqa, tangan Fareez semakin kuat membelit pinggang Fayqa. Si awek brutal Fayqa tidak berputus asa, kaki kanannya diangkat tinggi-tinggi dan dipijaknya kaki Fareez.

“Auw! Auw!!” melolong anak manja jutawan itu, terbongkok-bongkok menahan sakit di kaki.

“Fayqa, cepat!” panggil Dzalia.

Belum sempat Fayqa mahu melangkah, Fareez sudah menapak ke arahnya. Tak sempat nak lari ni, fikir Fayqa. Kedua belah tapak tangan ditekap, jari jemari kiri dan kanan digenggam erat. Kedua belah tangannya dihayun, bagaikan orang bermain golf. Buk! Bukan bola golf yang dipukul tapi dagu Fareez Syahmi Datuk Abdul Aziz. Terjelepuk anak Datuk itu ke lantai.

“Whoaaaa....,” rupanya drama sebabak kejar mengejar mereka sudah mengumpul sebilangan penonton dari khalayak yang sedang menari tadi.

Dzalia dan Dzureen juga terlopong ternganga melihat ketangkasan Fayqa.

“Kak Yaya, Kak Yin, jom cepat!” tangan Dzali dan Dzureen ditarik Fayqa, laju mereka berlari ke kereta.

Dzalia pandu kereta bagai pelesit, nasib baik tak ditahan polis. Tiba di rumah, Dzureen mandi di bilik air tingkat bawah. Hendak naik ke atas takut terserempak dengan abang sulung. Dzalia dan Fayqa duduk di meja makan di dapur, menghilangkan debaran yang masih bersarang di dada. Mulut mereka tidak putus-putus mengucapkan syukur, dapat melepaskan diri dari diapa-apakan oleh si brengsek buah hati Dzureen.

Melihat Fayqa membelek-belek tangannya, Dzalia bertanya, “Sakitkah Pekah?”

Tangannya diangkat, ditunjukkan kepada Dzalia, “Lah! Bengkak tu Pekah.”

Kiub-kiub ais dari peti sejuk dibalut dengan sehelai tuala kecil, lalu perlahan-lahan tangan Fayqa dituam.

“Aduh, sakit, Kak Yaya,” desis Fayqa.

“Pekah, sorry, Kak Yin dah susahkan Pekah. Kak Yaya, Yin minta maaf,” entah bila Dzureen keluar dari bilik air mereka tidak sedar. Di tubuhnya tersalut pakaian Fayqa yang dipinjam.

“Yin, kenapa buat kerja bodoh macam ni? Nasib baik Kak Yaya dan Pekah pergi cari. Kalau tidak, siap kau kena kenduri dengan si bangsat tu,” suara Dzalia tidak meninggi tapi tetap menusuk hati si adik.

Si adik manja meluru ke arah si kakak, dipeluknya erat-erat, air mata dihamburkan bersama cerita kelam tentang apa yang berlaku malam itu. Dzureen diajak Fareez ke rumahnya, ibu bapa nya ke luar negara. Fikir Dzureen, si buah hati mahu sediakan makan malam romantik. Rupa-rupanya parti liar yang dirancang. Mengenangkan sayangnya pada si buah hati, dia cuba memujuk Fareez untuk menghentikan parti yang tidak senonoh itu. Sebaliknya dia pula yang hampir dibaham si buah hati.

“Yin, dari dulu Babah, Ummi, Abang, kami semua nasihatkan Yin, jangan berkawan dengan Fareez tu. Kalau setakat kaya sahaja buat apa? Perangai macam setan, Yin ingat dia boleh jadi imam untuk Yin?”

“Dia janji, Kak Yaya. Dia janji nak berubah....,” lirih suara Dzureen.

“Yin! Kalau segala macam air kencing setan dia teguk, segala macam pil dia telan, kau ingat senang-senang dia nak berubah?”

Tiada jawapan dari Dzureen, hanya esakan yang tidak berhenti-henti.

“Yin, ini kali terakhir Kak Yaya tolong. Lain kali kalau kau buat hal lagi dengan si bangsat tu, Kak Yaya bagi tau Abang. Biar dia sembelih kau hidup-hidup,” ugut Dzalia, bimbang jika si adik belum lagi serik.

“Yin tak buat lagi, Kak. Yin janji Yin tak akan jumpa dia lagi,” beria-ia Dzureen berjanji.

“Hari tu lepas Yin pergi bercuti dengan dia di Pulau Perhentian, Yin janji macam ini juga. Tak mahu jumpa dia lagi, konon. Tapi pergi juga jumpa dia,” ungkit Dzalia, sakit hatinya teringat dirinya kena tipu hidup-hidup dek adik sendiri. Kalau dia tidak ternampak gambar-gambar Dzureen bercuti dengan Fareez di Facebook Mel, sampai sekarang agaknya dia kena tipu.

“Kali ni Yin janji, Kak Yaya. Yin takkan maafkan Fareez sampai bila-bila. Sanggup dia buat macam ni pada Yin...,” teringatkan apa yang berlaku tadi, terhambur sekali lagi air mata Dzureen.

“Sudahlah tu, pergi tidur di bilik Pekah. Jangan naik ke atas. Terserempak dengan Abang nanti, jenuh kau kena soal siasat.”

Bagai anak kecil, dengan patuh Dzureen melangkah masuk ke dalam bilik Fayqa.

“Pekah tidur di atas, di dalam bilik Yin,” cadang Dzalia.

Uik! Nak tidur di atas? Free saja terserempak dengan si sengal! No thanks.

“Malam-malam tak tidur lagi?”

Kus semangat! Baru teringat, dia dah muncul! Terkejut sekali lagi Dzalia dan Fayqa. Terkejut dengan kes Fareez London belum lagi habis, kena sergah pula dengan jeneral sengal!

“Errr....saja lepak-lepak bersembang dengan Pekah,” Dzalia hentam jawab.

“Keluar malam-malam ke mana?” jeneral sengal sudah mula sesi soal jawab.

Lerrrr....ingatkan dia tidur lena, tak sedar. Mamat ni bela jin ke apa? Semua orang buat dia tahu, kutuk Fayqa dalam hati.

“Pergi minum teh tarik mamak,” cekap sekali Dzalia berbohong sunat.

“Di rumah tak ada teh?” pendek komennya tapi cukup mendalam.

“Alah, Abang, chill lah. Bukan selalu, sekali sekala je.”

Fokus Dzariff berubah kepada Fayqa, tajam renungannya. Berdebar-debar dada Fayqa.

“Tangan tu kenapa?”

Oh tangan! Terlupa Fayqa hendak sorokkan tangannya yang sedang dituam dengan ais. Keluh lidah, tak tahu menipu bila kena renung dek jeneral. Mata Fayqa laju memandang Dzalia, bagai meminta tolong.

“Terlanggar pintu kereta tadi,” memang Dzalia handal berhelah.

“Mulut tu kenapa?”

Mulut? Jari Fayqa hinggap ke bibir. Ada yang tak kenakah?

“Dah tak reti jawab?”

Mencerun mata Fayqa, malam-malam buta tak habis-habis nak torture orang.

“Abang tu kenapa?” laju Dzalia membuat serangan balas.

Si abang hanya menjungkit kening.

“Malam-malam kacau anak dara orang.”

Kan kena sedas!  

45 comments:

  1. Ayat last memang kene ngan si jeneral hahaha malam malam kacau anak dara org hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2..ayat sengajakan, nak bg org geram & sakit hati..

      Delete
  2. tah...abang kacauvanak dara org apa kes?

    ReplyDelete
  3. hahahahahaa.. cute sesangat! >.< tangan tu kenapa? mulut tu kenapa? last2, abang tu kenpa? wahahaha!!

    ReplyDelete
  4. Senyummm je baca n3 ni. Like

    ReplyDelete
  5. xperlu kata apa ...senyum :)

    ReplyDelete
  6. hahaha.... apa nak jawab tu?

    ReplyDelete
  7. wahhhh...bestnya...cepat sambung ye..

    ReplyDelete
  8. Abang dah minat ngan pekah... Hihihj

    ReplyDelete
  9. Tq Nina...sayang awak 14 juta he...he...best...

    ReplyDelete
  10. Sian la fayqa...mcm2 hal dia kna hadap dlm famili ni...

    ReplyDelete
  11. Jeneral Sengal (JS) > sila jawab. Aiee. kalau dah b'kenan dgn anak dare org, bgtaulah and sangat2 Lega Dzureen tak ape2.
    Bestnyee ada family mcam ni. :)
    Thankz Nina. I'm waiting dis Sunday 4 new entry.

    ReplyDelete
  12. Pekah hilang je terus cari. Ini kalau si jeneral tahu mlm2 selalu skype dgn si adik, mahu berasap lagi kepala. Tu la, suka sgt kacau anak dara org mlm2 kan dah kena dgn si Dzalia. Terkedu la jeneral x tau nak kata apa.

    ReplyDelete
  13. Best kacau ank dara org td tu tdo tk lena sbb tk tgk muka peqah lg

    ReplyDelete
  14. Hhehehehehe mestii idup jeneral x ceria sebabb pekah asik mengelak dr diaa... Windu r tu! Ahakksss!!



    Nasib dzalia ni cekap!! ;)

    ReplyDelete
  15. mulut tu kenapa??? heeee

    ReplyDelete
  16. Gua cakap lu, gua suka la awek brutal nama Pekah ni. Kasi brutalkan sikit si jeneral tu. Apa kes bro, malam-malam kacau anak dara orng.

    ReplyDelete
  17. hehe...fayqa terbaik...
    nasib baik dia ada,kalau tak habisla..

    ReplyDelete
  18. huiissyyy!!!! mcm action movie ep kali neh!!hehehe... mulut tu kenapa??? saspen..igt kot mulut pekah ade cedera ke ape...hehe...kan da kne sedas dgn dzalia...jeneral oh jeneral... =P

    ReplyDelete
  19. lap u la nina...baru baca teaser kat facebook mlm td, pagi nie dh up dh ... :P

    ReplyDelete
  20. Salam, saya tertanya-tanya gak rasanya Fayqa ni anak orang berada gak tapi selepas kematian bapanya, mamanya telah berkahwin lain menyebabkan dia dipinggirkan dan membawa diri. Kerana sikapnya suka membantu dan berani menyebabkan dia mengenali Dzahim n the boys. Dan sekarang ni telah menarik minat si Jeneral terhadap Fayqa. Adakah Fareez London akan membalas dendam plak pada Fayqa ni? Suspen sungguh. Tak sabar nak bab 17.

    ReplyDelete
  21. Hmmm twitchy palms... I remember it from some where interesting... Heh.. Good job Nina

    ReplyDelete
  22. hmmm suka bab akhir tu... memang sengallah jeneral 2.
    really fell in love with pekah N jeneral sengal...

    ReplyDelete
  23. saya tambah lagi satu..HATI NI KENAPA? DH TERPIKAT SGT PD FAYQA KER?

    ReplyDelete
  24. "Mlm-mlm kacau ank dara org" ayat x bole lah dr seorang adik. Si abg yg dh jatuh hati kt fayqah terus terkedu

    ReplyDelete
  25. mmg ade bela jin si jeneral nih,dapat jer hidu ape orang buat..ingat dh selamat dr mulut buaya dh selamat rupa2 nyer tarsampuk lak ngan sijeneral yg tk bertauliah,mmg haru!

    ReplyDelete
  26. huhuhu... yg last 2 bikin gelak jer....

    best2.. tahniah cik writer

    ReplyDelete
  27. hihihihihi snyum sndri bla tbaca part jeneral kena smash...
    'mlm2 kacau ank dara org'

    ReplyDelete
  28. Best sgt2! Thanks cik writer! More n3 pliz..... ;)

    ReplyDelete
  29. hahahahha...comel kan da kne... mlm2 kcau ank dara org hahahaha :D mulut dia knapa?
    -Syira Azmi-

    ReplyDelete
  30. nak lagiiiiiiiiiiiiiiiiii
    uwaaaaaaaaaaa cepatlah sambung......best giler niiiii

    ReplyDelete
  31. Cepatla kuar novel ni..xmola rasa suspen ni.....go nina go nina

    ReplyDelete
  32. Haila Nina...Kenapalah c Fareez London tu tak teruk c Apek tu kerjakan. Setakat pijak kaki and bagi sekali penumbuk tu tak cukup lah. Bagilah kaw kaw kat jerk tu baru bagus. Tumbuk bagi patah gigi ker pun best juga. Pukul sampai masuk wad LG best. Hahaha...ai terlebih sudah emosi ni.
    Part last tu best c Abang kena smash. LOL.

    ReplyDelete
  33. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  34. ehehehhee.....terkedu terus si general kene hentam skali je soklan cepumas 2 hahahhahah....AJA2 FIGHTING...GANBATTE!!!!nak2 n3 lagi hahahha

    ReplyDelete
  35. Ntah2 nanti si general bakal ada pesaing baru plak hehehe

    ReplyDelete
  36. heran2..gamaknya si jeneral ni pasang radar..semua kes kat umah dia tau..cyalah dzalia..terkena ko jeneral kena smash..

    ReplyDelete
  37. 10q 4 the new n3...biar lambat asal ada. terubat rasa bosan tercongok kt bilik hotel sowang2 bila hubby kuar g miting. padan muka jeneral...selalu dok soal2 org...sekali dia disoal...terkedu !

    ReplyDelete
  38. fuhhh nseb baek pekah ngn dzalia cepat smpai... WC suke ayat balasan dzalia kt jeneral tu... hahaha... byk sgt soal kan kena balek...

    ReplyDelete
  39. Best.....bakal dibukukan ke?

    ReplyDelete
  40. Terbaikk!!!.tq Nina, menunggu entri seterusnya

    ReplyDelete
  41. ha ah kan? apa kes abang dzengal sibuk soal siasat anak dara org tgh2 malam. kan dah kena sedas.

    ReplyDelete
  42. Men'zumba' ke?? 1 hr past sunday dah...hihihi...

    ReplyDelete