Monday, 1 April 2013

Seteguh Fayqa Bab 14 dan 15


Ampun! Janji TAK ditepati. Nama pun penulis separuh masa. Dengan internet buat hal pula di rumah...


Tadi dah naikkan sekali dengan bab 16, nasib baik tersedar, jalan ceritanya salah. Jadi diturunkan semula dan hanya dinaikkan sambungan bab 14 dan 15.

Again, this entry is raw, tak de edit2...

Bagi yang bertanya, berapa bab SF, kurang2nya 60. Keluk cerita baru nak keluar di bab 17.....

Bila nak sambung? Tak berani janji....sebab bukan mudah nak tepati janji

Doakan kelapangan saya ya....





SAMBUNGAN BAB 14....

Sejak peristiwa dalam bilik air itu, Fayqa sehabis daya mengelak dari bertembung dengan si jeneral sengal. Mereka hanya bertemu di meja makan sewaktu makan malam, itu pun seorang di hujung sana, seorang lagi di hujung sini. Selebih waktunya Fayqa banyak di dapur atau di bilik tidurnya.

Suatu petang sedang Fayqa melepak dengan Dzalia atau Dzureen di laman, nampak kereta Dzariff masuk ke parkir, terus dia angkat kaki.

“Nak ke mana, Fayqa?” tanya Dzureen.

“Jeneral dah balik,” bisik Fayqa sambil berlalu.

“Ha?!” terkejut ternganga Dzureen dan Dzalia.

“Dia kata apa? Jeneral?” tanya Dzureen terpinga-pinga.

Belum sempat Dzalia menjwab, Dzariff sudah duduk di kerusi batu, “Sembang apa petang-petang ini?”

Dzureen pandang Dzalia, Dzalia pandang Dzureen, automatik pecah derai ketawa mereka, “Je.....ne.....ral,” kedua-duanya menyebut sambil sambung ketawa mengekek-ngekek.

“Hmm? Jeneral?” tanya Dzariff kehairanan.

Berderai lagi ketawa Dzalia dan Dzureen. Si abang yang sedar dirinya menjadi bahan senda, mengangkat kaki pergi.

Setiap malam selepas solat Isya, Fayqa sekali lagi akan masuk ke dapur, menyediakan bahan-bahan untuk dimasak esok. Kupas bawang, kisar cili, siang sayur, siapkan semuanya. Esok pagi selepas solat subuh, senang dia nak goreng mee atau bihun, bahan-bahan semua sudah siap. Kasihan melihat Fayqa seorang-seorang bekerja, Hajjah Azimah sama-sama membantu. Sambil bekerja, sambil bersembang. Seronok juga hatinya, dulu ada Hamidah, berkawan mereka berdua. Sejak Hamidah berhenti, Hajjah Azimah agak kesunyian. Dzureen dan Dzalia kerja mereka mengadap laptop, mengadap TV. Macam-macam topik mereka bersembang. Fayqa tidak pernah bercerita tentang keluarganya, dia lebih banyak bercerita tentang pelajarannya dan pekerjaannya.

Suatu malam sedang enak Fayqa bercerita tentang gerai makan tempat dia bekerja dahulu, datang si jeneral sengal, selamba duduk melangut di meja.

“Abang nak apa? Kopi?” tanya ibunya.

Takkan nak jawab nak tumpang dengar cerita, lalu dianggukkan kepala, diiyakan saja.

Belum sempat Hajjah Azimah bangun, Fayqa sudah menekan punat cerek elektrik, “Biar Fayqa buat.”

Sambil melihat Fayqa membancuh kopi, Hajjah Azimah menyambung sembang mereka, “Kenapa Fayqa beria sangat nak belajar masak?”

“Fayqa teringin nak buka kedai makan, Achik. Kalau tak ada modal, buka gerai jual nasi lemak pagi-pagi pun boleh. Kalau sedap, boleh masuk beribu sebulan.”

“Mak Fayqa berniaga makan juga kah?”

Bukan Dzariff tidak perasan, air muka Fayqa yang berubah. Tertanya juga dia kenapa budak ini tidak selesa bila topik ibunya disentuh.

“Err....tak... Achik. Mak Fayqa suri rumah tangga sepenuh masa,” kemudian cepat-cepat dia menukar topik, “malam esok kita masak siput sedut, ye Achik. Nak buat masak lemak, okey tak, Achik?'

Hajjah Azimah yang tidak sedar strategi Fayqa menjawab, “Hm, masak lemaklah sedap.”

Kopi yang siap dibancuh diletakkan di atas meja, hadapan Dzariff. Kopi dicicip, panas lagi. Matanya menjeling-jeling ke arah Fayqa. Otaknya berputar-putar, macam mana nak cari maklumat tentang keluarga budak ini. There's something fishy here, fikir si jeneral.

Semester bermula, Fayqa terus bekerja di butik Dzalia tetapi hanya separuh masa. Bagi Dzalia, walau pun Fayqa hanya pekerja separuh masa, gadis itu masih banyak membantu mengurangkan beban kerjanya. Fayqa bijak sekali melayan pelanggan, tidaklah Dzalia terkejar-kejar, mana hendak melayan pelanggan, mana hendak meyelia produksi, mana hendak mencari kain.

Suatu malam, selepas menyediakan bahan-bahan untuk masakan esok, Fayqa menjijt beg mahu keluar.

Baru hendak membuka pintu, si jeneral sudah bersuara, “Hendak ke mana?”

Mahu tak mahu, Fayqa terpaksa berpusing, mengadap si jeneral dengan muka yang kelat, “Mamak, nak bincang assignment dengan Pa'an dan Deng.”

“Lewat-lewat macam ni?” berkerut dahi Dzariff, nak jadi kutu embun ke budak ini?

“Siang saya kerja, tak sempat....”

Belum sempat Fayqa menghabiskan ayat, si jeneral keluarkan arahan, “Telefon Pa'an dan Deng, suruh derang ke sini. Bincang di rumah saja. Nak kopi teh, bancuh saja di dapur.”

Sahut Hajjah Azimah, “Yelah, Fayqa, ajak saja Farhan dan Daeng ke sini. Tak sedap hati Achik Fayqa bawa kereta lewat-lewat malam ini.”

Tanpa membantah, Fayqa menelefon the boys yang tinggal berdua tu. Dalam dua puluh minit mereka tiba, dengan beg plastik di tangan.

“Mee goreng kambing, roti canai,” kata Daeng, sambil menjungkit-jungkitkan kening.

“If Apek cannot go to the mamak, the mamak comes to Apek!” kata Farhan pula.

“Okey, aku bancuh kopi,” sambut Fayqa, tersengih gembira.

“Apa kelas kopi, Mamak, teh tarik satu!” bantah Daeng.

“Banyak cantik panggil aku Mamak, Deng! Bancuhlah teh kau sendiri,” sembur Fayqa.

“Okey, okey, bukan Mamak, sorry, sorry. Apek, teh satu!” Daeng “membetulkan” panggilan untuk Fayqa. Dihentam gelak the boys berdua tu.

Si jeneral yang membelek tablet di ruang tamu, terbungkam hati mendengar gaduh-gaduh manja Fayqa dan kawan-kawannya yang bebincang di meja makan, “Belajar apa macam tu? Bising saja lebih.”




Bab 15



Di rumah, tak habis-habis Dzalia memuji Fayqa, ringan tulang, a thinking worker, kerja tak payah disuruh, PR skills fantastic. Bagus sangat ke budak tu? Tanya Dzariff pada dirinya sendiri. Jadi bila Mushrifah menyebut hendak mencari baju untuk kenduri kahwin sepupunya, ringan sahaja mulut Dzariff mengajak dia ke butik Dzalia. Mushrifah yang sudah berpuluh-puluh kali mengajak Dzariff shopping bersama-sama hampir ternganga....Dzariff ajak pergi beli baju? Wah! Ini suatu perkembangan baik, fikir anak Dato' Haji Ahmad Dasuki.

Tiba di butik Dzalia, si empunya butik cepat-cepat minta diri mahu ke tingkat atas, ada perbincangan dengan team tukang jahit, konon. Nak lari dari Cik Cerewet sebenarnya. Ini bukan kali pertama Mushrifah ke butiknya, jadi Dzalia tahu betapa teruknya kerenah Mushrifah.

Jadi Fayqalah yang menjadi tukang layan. Setiap helai baju kurung, kebaya, kaftan dan jubah yang ditunjukkan kepada Mushrifah tidak menepati citarasanya. Warna terlalu teranglah, potongan tak kenalah, sulaman manik tidak menyerlahlah. Masuk pakaian ke sebelas yang ditolak Mushrifah, Fayqa masih lagi tersenyum, senyum yang nampak ikhlas tidak dibuat-buat.

“Professional sungguh,” puji Dzariff dalam hati.

Memang betul budak ini pandai melayan pelanggan. Kalau aku jadi dia, entah-entah Mushrifah ini aku sudah halau keluar butik, fikir Dzariff. Sengaja dia membiarkan perangai cerewet Mushrifah, dia ingin lihat hingga setinggi mana tahap kesabaran budak itu.

Mushrifah sibuk membelek pakaian-pakaian yang ditunjukkan Fayqa, Dzariff pula sibuk membelek Fayqa. Lain benar rupanya, jika di rumah, Fayqa hanya berkemeja T lengan panjang dan berseluar jeans atau track. Di butik Dzalia, Fayqa memakai kemeja wanita berpotongan dan seluar slack. Wajahnya dirias mekap tipis. Hilang imej gadis kolej comotnya, dia nampak …. elegan!

Akhirnya, Mushrifah bersetuju untuk mencuba sehelai baju potongan peplum yang diperbuat dari kain chiffon. Masuk sahaja Mushrifah ke dalam bilik persalinan, terus Fayqa melihat jam di pergelangan kiri tangannya.

“Sudah pukul 2.10.”

Mendengar komen Fayqa, Dzariff pula membelek jamnya, “So?”

“Awak dan Cik Mushrifah akan lambat masuk ke pejabat.”

“So?”

“So?” terangkat sedikit kening Fayqa, “kalau awak nak cepat balik ke pejabat, Cik Mushrifah keluar dengan baju tu nanti, pujilah dia banyak-banyak. Dia puas hati dengan baju tu, awak boleh cepat balik ke pejabat.”

“Oh,” bukan tak geli hati Dzariff, tapi sengaja dibuat muka kering, “kalau saya puji banyak-banyak, apa upah saya?”

Makin tinggi terangkat kening Fayqa, “Upah? Hmmm....apa upah yang sesuai ye? How about.... kalau awak puji dia melambung-lambung, saya tolong cuci bilik air awak setiap hari?”

Jenuh ditahan, tapi tersembul juga senyuman kecil di bibir Dzariff. Spunky girl! Diperlinya aku, sememang bilik air tu dia yang cuci hari-hari.

“Atau pun...,” sambung Fayqa, “saya boleh tolong cuci semua baju awak.”

Sekali lagi tergerak bibir Dzarif, memang bajunya Fayqa yang cuci setiap hari.

“Hmm,” Dzariff berfikir panjang, “fair enough,” katanya kepada Fayqa. Tersenyum gadis itu, ubat cerewet Mushrifah ada di tangan jeneral sengal ini.

Keluar Mushrifah dengan baju peplum, dengan senyuman manis yang ditujukan kepada Dzariff, bagai meminta pendapat si jejaka. Atas, bawah, atas, bawah belek si jejaka.

“Hmm, Mush, I think baju fesyen begini kurang sesuai dengan you....”

Buntang mata Fayqa!

“.....ropol-ropol di pinggang ni buat badan you nampak chubby.”

Mata Mushrifah pula yang membuntang, tanpa berkata apa, dia berpusing dan masuk semula ke bilik persalinan.

Fayqa menjegilkan matanya ke arah Dzariff.... Fair enough? Apa yang fairnya? Jarinya dituding ke arah jam di tangan. Dzariff menjeling ke jam di tangannya sendiri, kemudian pura-pura menguap. Badannya disandarkan ke sofa empuk, kaki kanannya di selangkan ke lutut kiri. Wajah Fayqa direnung selamba.

Isim dia sudah datanglah ni! Getus Fayqa dalam hati. Aku kerja cari rezeki, anak orang kaya ni nak main-mainkan aku?

Mushrifah mencuba baju kedua, kaftan chiffon yang sarat dengan hiasan manik-manik, jenuh Fayqa memuji, “Cantik, Cik. Tak ikut shape tapi kainnya flowing, Cik nampak sangat feminin.”

Tanpa diminta, Dzariff memberikan komen, “Mush, you look like a moving tent.”

Dengan bibir mencebik, Mushrifah masuk ke bilik persalinan. Fayqa berpeluk tubuh, mata mencerun ke arah Dzariff. Di bibir tiada senyuman, tetapi kening Dzariff terjungkit sekali.

Mushrifah keluar pula memakai kebaya kasa rubia bersulam di bucu.

“Perfect,” kata Fayqa.

“I agree,” sambut Dzariff.

Dua pasang mata buntang merenung Dzariff.

“Tapi hanya untuk suami you, Mush. Bukan untuk lelaki bukan mahram.”

Mushrifah tersipu-sipu masuk semula ke dalam bilik persalinan. Fayqa menjeling ke langit, kemudian matanya mencerun ke arah Dzariff. Banyak betul akal si sengal ini! Si sengal pula tanpa senyuman menjungkit-jungkit keningnya dua kali.

Mushrifah keluar pula memakai jubah, juga dari kain chiffon nipis, berlapis tiga. Mushrifah memandang Dzariff, Dzariff memandang Fayqa. Fayqa diam tidak berkutik.

Salesgirl sudah merajuk? Tanya Dzariff dalam hati.

“Jiff, what do you think?” tanya Mushrifah manja.

“What do you think, Fayqa?” tanya Dzariff, belum puas menjolok sarang tebuan.

Bibir Fayqa tersenyum tapi sudah hilang aura profesionalnya, “Kalau tanya saya, tentu saya kata cantik. Cik Mushrifah langsing, pakai apa pun nampak cantik.”

“Kenapa nak beli jubah, Mush? You kan nak pergi majlis orang kahwin, bukan nak naik Haji,” sambil beri komen, matanya menjeling ke arah Fayqa. Seronok tengok Fayqa membuntang mata, mencerun mata, menjeling ke langit.

Kali ini mata Fayqa hanya terpaku ke arah Mushrifah, “Saya ambilkan baju-baju yang lain. Cik Mushrifah boleh pilih lagi.”

“Good idea, Fayqa. Kalau nak membeli, biar puas hati kan,” balas Cik Cerewet.

Tanpa berpaling ke arah Dzariff, Fayqa melangkah ke arah rak baju. Berubah riak muka Dzariff. Have I gone too far? Kasihan juga dia, mana bekerja di butik, belajar dan menolong Ummi di rumah.

Fayqa muncul semula dengan rak baju beroda yang bergantungan dengan pakaian-pakaian cantik. Satu demi satu pakaian itu ditunjukkan kepada Mushrifah. Matanya hanya tertumpu ke arah Mushrifah. Anak orang kaya mengada yang duduk di sofa dia anggap bagai tiada. Lebih senang begitu, jika dilayan buat sakit hati.

Dzariff yang sedar perubahan mood Fayqa, mendiamkan diri. Matanya tidak berkelip memandang gadis yang tiada tandingan tahap kesabarannya. Hanya Mushrifah yang mericau mulutnya bagai burung kenari, mengomen itu ini tentang pakaian-pakaian yang ditunjukkan Fayqa.

“Jiff, what do you think?” tanya Cik Cerewet.

“Ha?” matanya cepat-cepat difokuskan ke arah baju kurung moden yang dipegang Mushrifah.

“What do YOU think, Mush?” fokus Dzariff diubah dari Fayqa kepada Mushrifah. Kenapa Mushrifah sibuk bertanyakan pendapat dia? Kalau hal business, cekap pula dia membuat keputusan.

“Apa guna you temankan I shopping kalau I tak boleh minta pendapat?”

Temankan Mushrifah shopping? Itukah tujuan sebenar aku? Tanya Dzariff kepada dirinya sendiri. Time to end the game.

“That's the one,” balas Dzariff sambil mengangguk ke arah baju kurung moden yang dipegang Mushrifah.

Wanita muda itu tersenyum lebar, puas hati. Fayqa tersenyum hambar, lega. Dzariff sperti biasa, tiada senyuman di bibir, matanya redup memandang Fayqa.

37 comments:

  1. padan muka si sengal tuh...tau plak dia sakit ati ep?bila fayqa malas nk melayan...kesian fayqa...sabar ye fayqa..hehe

    ReplyDelete
  2. menyampah dgn mush. gedik! huhu
    dzariff sgt sweet dgn fayqa. hahaha

    ReplyDelete
  3. Sukabwatak mush walau sdkt ngada2 tapi mmg wujud what perangai org yg mcmni hehehe.. Dzarii ngan fayqa sgt sweet.. Walaupun dh dpt 2 bab tp still rasa x ckp hehehe pape pun mmg trbaikla hehehe

    ReplyDelete
  4. sekarang dh mmg wajib pagi2 buka blog ni. tahniah kpd cik hanina yg berjaya menulis cerita ni. sy dh dapat novel knk...masa d kl sbtu lepas. best sgt2. macam novel pms, sy yg membaca sgt berpuas hati. kami sentiasa mendoakan agar cik hanina berkelapangan dan dianugerahkan idea yg excellent...well done to u dear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pon baru dapat KNK sabtu lalu. Ahad abis baca. orang kk boleh dapatkn KNK d popular sj. Eaton n signature lom ada lg.

      Delete
  5. aduhai...klu zz baling dgn baju tu dekat jeneral.sengal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. lau akak baling dgn penyidai tu sekali.. lg puas hati.

      Delete
    2. saya stuju ngan kak Norana Said.!! like 100x ;p

      Delete
  6. Lama dah x baca novel2 di blog...

    Tapi ada yang menghasut untuk baca citer nih...
    Dah baca bab pertama, tak boleh nak stop...
    Kena baca jugak sampai bab yang terbaru nih...
    Menarik!

    KnK pun dah habis baca...
    Menarik, suka dengan Nyonya Mansoor yang Manja...

    ReplyDelete
  7. Jahatnya c jeneral ni... Kurang ashem

    ReplyDelete
  8. Hai x sabar tunggu bab seterusnya...love u nina

    ReplyDelete
  9. Geram pulak tengok sijeneral..haih..fayqa..sabor je la..kena biasakan..besok2 awak punya jeneral jugak...huhu

    ReplyDelete
  10. hmmmmm....paling x si mush ni perasan sendiri...len yg nk diteckle len yg tersangkut muahahahhahaha...nasib general sengal la kan

    ReplyDelete
  11. Ok time to work shuh shuh !!!

    Tq daling Nina : gile geram dgn jeneral, ngada ngada

    ReplyDelete
  12. mmg elok la panggil jeneral..byk songeh..hahaha

    ReplyDelete
  13. terubat rindu kat fayqa.... jeneral sengal (marahlah konon-kononye). nina nice story...i LIKE, lain dari yg lain ;)

    ReplyDelete
  14. fuhhhh,sabor jela ngan si jeneral ni,,klu x dh lma kna hempuk dgn rak baju ni...fayqa,bw brtenang ye...hehe~

    ReplyDelete
  15. sabar ye fayqa, si sengal ni memang x sedor diri... pembuli tahap gaban. jolok la sarang tebuan selalu2.. nanti bila sarang dah jatuh, tebuan serang padan la muka... pastu x de kolam nak terjun, lebam la jawabnye.. :)

    ReplyDelete
  16. hahaha!!!padan muke si jeneral dzengalz...huhu

    ReplyDelete
  17. Ada gak rasa simpati jeneral pada Fayqa. Kalu x, sampai ke malam lah Fayqa duk melayan karenah girlfriend jeneral tu.

    ReplyDelete
  18. boleh dak kalu kaka nak baling rak baju tuh kat kepala si mush gedik mengada ngan si jeneral jepun sengal nak kena penampor jepun sedassss... fayqaaa...u go girlll...

    ReplyDelete
  19. akhirnya lepas gak rindu kat faqya...thanks hanina...tak sabar untuk next entry....hehehe

    ReplyDelete
  20. pergh..bila membaca E3 ni..teringat pula lagu allahyarham Sudirman hj Arshad..Siapakah milik gadis itu..adakah gadis yg bernama fayqa itu yg ingin dimilikki oleh si jeneral sengal tu..kerana (pergh ..dari cara sijeneral ini menyibuk akan hal ehwal minah tu dgn cara dia ingin mendekati dan menyelami gadis itu nampak gayanya hatinya mmg telah terpikat dan sudah pasti sepotong nama itu telah terlekat terukir dihati jeneral sengal tu dan cara dia ingin tahu peribadi gadis pujaannya ..tahap kesabaran gadis itu pula diuji..Mission pertama yg mmg tidak masuk akal itu dilaksanakan dengan bersusah payah membawa minah sengal Musyrifah yg cerewet giler untuk diuji bakat kesabaran yg ada pada gadis pujaan hati..Akak rasa ujian pertama ini mmg gadis yg bernama Fayqa lulus cemerlang..dibawah piwaian sijeneral sengal tu..

    Bagi akak kemungkinan cara sijeneral ..menyakat dan gerak geri gadis itu dipantau mungkin akan menyebabkan gadis yg bernama Fayqa ini akan merasa dirinya tidak selesa berada dirumah agam itu..

    Teruja pulak akak nak tahu..mmg gadis yg bernama Fayqa ini misteri orangnya..dan siapakah sebenarnya gadis ini..tidak kah mamat sengal menyelidiki asal usul gadis ini yg mmg tidak pernah mahu menceritakan latarbelakang dirinya pada keluarganya..dan tidak kah sijeneral ini rasa heran yg amat kerana tidak pernah sekali pun gadis ini berborak mengenai ibunya..kerana gadis yg mmg serba boleh ini dengan kebaikan yg ada padanya tidak mungkin gadis nakal yg lari dari rumah...ce citer sikit kat teman...

    ReplyDelete
  21. hehe,kesian fayqa...best,bila nk keluar cerita nie??ehehe..

    ReplyDelete
  22. Puas hati sgt dpt 2 n3. Tq Nina! Best nyer dpt jd penyabar mcm Fayqa

    ReplyDelete
  23. hari yang cukup mendugakan kesabaran seorang bernama 'I' wakakaka baru kluar mtg rm terus bukak tenet...dpt release tension baca n3 cik nina jadi lah...terfikir, dpt kah i menjadi SF in dealing with my ofis punya general-chairman, lioness-lapar & MR cerewet (not miss yerr)...oh tidakkkkkkk...cik ninaaaa, quickly continue so dat i blh blajar cara2 SF.......

    ReplyDelete
  24. tq nina..lepas gak rindu kat fayqa n jeneral yg kering hati..kenapa eh! fayqa xsuka cakap pasai mak dia????..

    ReplyDelete
  25. mushi panggil dzariff jiff??? euwwwww..!!

    jeneral, u r too much okay.. sian pekah.. cmne la hang ni bekenan ngan si moshi moshi tuuuuh? hishhh..

    pekah, pasnih jeneral ckp ape pon wat tatau je.. anggap dia x wujud ok..? biaq dia xdak kawan ;p

    tp satu nak puji jeneral ni sgt prihatin + peka ngan pekah nii.. bgs la dia soh the boys dtg umah wt assignment ngan pekah.. 10 markah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cam brand pencuci je kan? Jiff...

      Delete
  26. Novel Sf Akan menjadi Gempak seronok mwmbaca sepeti novel PMS.....x sabar tahap gaban Sf Mintak Mintak Publish Time raya.... MINTAK MINTAK MENCURAH CURAH LE IDEA...NINA....CHAAAIIIIIYOOOK NINA

    ReplyDelete
  27. 10q 4 the n3, Nina. Sy pn br baca coz busy bangat mgu ni. Anyway sy doakan bos Nina lembut ati n x bg byk keje kt Nina so that u'll have more time to be creative n write n write n write...hi hi hi. X sabar nak tgu next n3

    ReplyDelete
  28. Eeee... jeneral ni sengaja nak uji kesabaran fyqa...

    ReplyDelete