Thursday 30 May 2013

Seteguh Fayqa Bab 28 Bhg 1


Minggu ini dahsyat tensinya. Apa2pun tulis SF dikit2, nanti siap jg kan. 2ms shj. Hopefully sebelum Ahad boleh siap Bab 28 ini.



Bab 28

Cadangan Fayqa agar Dzariff mengajak Dzalia makan untuk berbincang tentang Khairul Izwan tidak dapat dilaksanakan dek kerana sibuk di pejabat. Lewat petang itu, Dzalia pulang dengan hati yang berdebar-debar. Bimbang jika abangnya menyebut lagi tentang hal dia bertemu janji dengan 'customer' hingga lewat malam.

Debarannya tidak reda-reda sepanjang mereka sekeluarga duduk makan malam. Ternanti-nanti si abang membuka mulut. Namun langsung terkunci mulut si abang sulung. Malam itu cuma Babah, Ummi dan Dzureen yang sibuk berbual sambil makan. Bercerita tentang Dzehan di Jakarta, Dzahim di U.K., tentang bisnis Haji Dzulqarnain dan tesis Dzureen.

Yang Dzalia pula sekali sekala menjeling ke arah Dzariff yang sekali sekala menjeling ke arah Fayqa yang tidak panggung-panggung kepala memandang nasi di pinggan. Memanglah gulai pisang ikan kering masakan Hajjah Azimah lazat hingga menjilat ke siku, tapi cara Fayqa yang fokus seratus peratus kepada butiran nasi di dalam pinggan amatlah menghairankan. Bagai yang dikatakan Dzalia pagi tadi, sesuatu betul!!

Usai makan malam, mereka sekeluarga bersama Fayqa bersama-sama menunaikan solat Isya berjemaah di ruang keluarga di atas. Selepas berwirid bersama-sama, mereka turun semula ke tingkat bawah untuk minum kopi bersama-sama. Esoknya hari Sabtu, maka malam itu Haji Dzulqarnain sekeluarga duduk bersama-sama menyambung gebang. Fayqa yang terasa bagai orang asing, menyibukkan diri mencuci pinggan mangkuk di dapur.

“Fayqa, mari duduk minum dulu,” teriak Hajjah Azimah dari ruang makan.

Terjengul Fayqa di pintu dapur, “Tak apa Achik, sikit je. Achik minumlah,” kemudian berpatah balik ke sinki, menyambung kerja mencuci pinggan mangkuk.

“Yin, kau pergilah tolong.... tau makan aja kau ni,” suruh Dzalia.

“Penatlah Kak, sehari suntuk tulis tesis, cair otak. Akaklah pergi tolong,” balas Dzureen.

“Yaya penat jumpa customer,” celah Dzariff, dengan nada perli.

Tersentak Dzalia terkena serangan abangnya. Semalaman menunggu serangan, tiada apa-apa, dia fikirkan di sudah selamat. Dengan muka yang cuak, perlahan-lahan Dzalia bangun.

Tetapi Dzariff yang lebih cepat berdiri, “Tak payah, biar Abang yang tolong,” lalu laju melangkah ke dapur.

Mulut ternganga, mata Dzalia dan Dzureen bertembung dan terus terangkat kening serentak. Mata Hajjah Azimah pula segera hinggap ke muka suaminya, ingin melihat reaksi si suami. Mata Haji Dzulqarnain pula tepat merenung pintu dapur dengan dahi yang berkerut. Mana pernah Dzariff mencuci pinggan mangkuk penuh satu sinki. Sebiji dua selepas makan pernahlah!

Fayqa yang sedang mencuci pinggan, terkejut melihat anak teruna Haji Dzulqarnain berdiri di sebelahnya, siap tolong bilaskan pinggan mangkuk yang sudah bersabun. Terhenti kerjanya sekejap. Matanya merenung pinggan yang sedang dibilas, kemudian orang yang sedang membilasnya.

“Awak buat apa ni?” terlepas soalan bodoh.

“Cuci kereta.”

Mencemik muka Fayqa mendengar jawapan Dzariff. Kemudian matanya mengerling ke arah pintu ke ruang makan. Bimbang kalau Haji Dzulqarnain atau mana-mana ahli keluarganya menjengukkan kepala ke dapur, melihat mereka berdua mencuci pinggan di sinki. Macam.... sesuatulah pula!

Pinggan di tangan Dzariff dirampas, “Dah, tak payah, tak payah, saya boleh buat sorang-sorang. Bukannya banyak, awak pergi duduk di depan. Bonding time with your family.”

Pinggan diambil balik dari tangan Fayqa, “I'd rather bond with you,” perlahan sahaja kedengaran.

Mamat ni buang tebiat ke apa? Tak pernah-pernah basuh pinggan, lepas tu kata nak 'bond' dengan orang pula. Bondlah sangat, datang Achik Zee, buat malu aku je. Saja tau dia ni! Kening Fayqa sudah bertaut.

“Bond mak bond... awak ni ada saja tau. Dah, dah,” pinggan cuba dirampas, tapi dipegang kuat oleh Dzariff.

Cuba ditarik sekali lagi oleh Fayqa, genggaman Dzariff lebih kuat, manakala tangan Fayqa pula bersabun.

“Let go.”

“No,” seboleh-bolehnya memang tak mahu lepaskan, bukan pinggan, tapi si pencuci pinggan depan mata ini.

“Dzariff,” seru Fayqa. Geram ada, gabra pun ada. Dibuatnya masuk siapa-siapa ke dapur ni karang. Eh, boleh tersenyum pula mamat ni.

“Dzariff!” dah naik satu oktaf. Makin melebar senyum sang jejaka kerana jarang sekali mendengar si gadis menyeru-nyeru namanya.

Kan dah keluar lesung pipit sepasang tu, adoooi....... ini yang aku lemah sekali ni, keluh Fayqa dalam hati.

“Nak basuh sangat? Nah, basuh semua!” Cepat-cepat tangan dibilas dan dilap dengan tuala kecil. Sebelum berlalu, sempat mengerut hidung kepada si jejaka.

Kerut hidung kat orang, comel sangatlah tu, fikir Dzariff. Aiseh, orang nak tolong dia, dia pula dah chow.

Tiba-tiba terdengar Dzureen menjerit dari ruang depan, “Jim! Surprise gila!”

Fayqa yang sedang melangkah ke arah bilik tidurnya, berhenti dan berpusing. Matanya dan mata Dzariff bertembung. Jim? Dzahim? Di sini? Bukan di U.K.? Laju-laju Fayqa melangkah ke arah pintu dapur. Dzariff pula kelam kabut membilas tangan dan menuruti Fayqa dari belakang.

Tiba di pintu dapur, terhenti kaki Fayqa. Jim! Dzahim sedang melangkah masuk ke dalam rumah dengan sebuah beg sandang kecil. Memang betul mamat bertuah itu sudah balik. Berubah air muka Fayqa, menjadi serius dengan mata yang tajam merenung Dzahim. Dzariff yang baru tiba di pintu dapur, terkejut melihat adik bongsu tiba-tiba berada di depan mata.

Tangguh lebih selesa? tanya hati Dzariff. Mata memandang Dzahim yang sedang dipeluk Babah dan Umminya di hadapan pintu rumah.....

36 comments:

  1. Wah panas plah Dzariff ooi... tangguh dah tak selesa dah... huhuhu

    ReplyDelete
  2. aha...rival sudah mari! x sabar nak tunggu part 2...cute gile. its getting hotter k

    ReplyDelete
  3. Alamak Jim balik ? kenapa ye?
    Pak Jeneral mesti suspicious n jeles tgk Jim dan Faqya !
    hihi best

    ReplyDelete
  4. 2 ms... awai-awai lagi dah confess, 2 ms yer. ngee... Jim dah balik. Herm, tangguh lebih selesa. Hahaha, agaknya pinggan dalam sinki kesianlah. Menjadi mangsa kecemburuan seorang lelaki!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zarra.. I rather bond with you... Munge pleaseee

      Delete
    2. eheh... kak war, as ur wish. cik munge 20 dah bersiaran dalam blog munge-munge. err nina, tumpang sini eh. sorry

      Delete
  5. ni last n3 ker..adoyai..mmg tangguh tak selesa la sis nina..parah la kami nnt..

    ReplyDelete
  6. jim nk ajak pekah kawen kot

    ReplyDelete
  7. Cuci kereta...hihihi......
    I'd rather bond with u....fuhhhh...
    Jim balik!!!!....konflik mari dh....lepas nie faye n jeneral x leh nk sweet2 lee....hihihi.

    ReplyDelete
  8. dzahim balik...wah..berapi la ati si dzariff tu..

    ReplyDelete
  9. oh noooooooooooooo......jim nie kacau la....baru jer general sengal nak bonding2 ngan faye....hik3....tp suka la ngan dzarif n faye...bak kata dzalia...sesuatu betul....hehehe.....anyway..tq cik writer...hari2 saya skodeng nak baca entry baru

    ReplyDelete
  10. Dlm wayang n3 ni, mcm "tangguh lebih selesa" tak boleh digunapakai, mungkin "terkujat o terkedu" boleh?
    Tangguh n3 lepas ni boleh bikin pensan menunggu, sambunglah lagi Nina...
    dh kumpul duit nk beli versi cetak ni :-)

    ReplyDelete
  11. kak hanina,bila nk kelaurkan novel??hehe
    x sabar rsnya nk baca novel nie... :)

    ReplyDelete
  12. Tangguh lebih seksa ler lepas ni.... Hahaha....

    ReplyDelete
  13. Tangguh lebih selesa..
    Sesuatu betul..haha

    ReplyDelete
  14. ehehhehehe....tercabar, mencabar, caca merba perasaan kah????...mengarut sudah hahhaha

    ReplyDelete
  15. relax la Dzariff, takkan terancam dek bdk sek kot? Anyway, thanks for the short but very romantic n3..."i would rather bond with u "...hmmm, jeles la kt couple ni, Nina.

    ReplyDelete
  16. relax la Dzariff, takkan terancam dek bdk sek kot? Anyway, thanks for the short but very romantic n3..."i would rather bond with u "...hmmm, jeles la kt couple ni, Nina.

    ReplyDelete
  17. fuh!!!!.. terubat akhirnya windu pd jeneral sengal dan faye....nice n3...

    ReplyDelete
  18. bertambahla masalah dzariff... ini bukan selesani...masalah..masalh

    ReplyDelete
  19. pergh..tak sangka mamat sengal sijeneral tu nak berbond bond pulak ngan siminah poyo tu..kan..dan akak suka melihat mereka berdua berebut sebiji pinggan..comel..kan..kan...
    adakah perjalanan perhubungan antara sijeneral dan minah poyo tu akan mengalami gangguan dengan kehadiran si adik bongsu si Dzahim tu..adkah dengan secepat kilat mamat sijeneral tu akan melamar anak dara tu...dan apa kena mamat sidzahim tu balik kg...ce citer sikit...teruja nak tahu...

    ReplyDelete
  20. Nina: oh my...why lah dzarif so very the slow one..see now jim is back

    ReplyDelete
  21. Tangguh dah x selesa gamaknya... kami pun tak selesa huwahuwahuwa

    ReplyDelete
  22. Oh no... rival! haha

    ReplyDelete
  23. nina, jgn tangguh2 nak sambung...x selesa kita org nie...
    jim dh balik...aiyoo ...

    ReplyDelete
  24. Tangguh lebih SELESA dah bertukar jadi tangguh lebih SEKSA utk hati Jeneral ker?

    ReplyDelete
  25. Wah! Jim sudah balik! Alahai...nampak gayanya tangguh lebih seksa jadinya ni.

    ReplyDelete
  26. Peh...terbaik la sis..x terfikir plak yg jim akn balik time2 bru nk berbunge2 nie...

    ReplyDelete
  27. Peh...terbaik la sis..x terfikir plak yg jim akn balik time2 bru nk berbunge2 nie...

    ReplyDelete
  28. mcm sesuatu..plak...tangguh lebih selesa ...

    ReplyDelete
  29. Nina bila kluar novel ni?

    ReplyDelete
  30. Nina bila kluar novel ni?

    ReplyDelete
  31. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2EC260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete