Wednesday 19 June 2013

Dia Seadanya Bab 1a


Ini cerita Emmalyn (best friend Una PMS) dan Tareq. Tajuknya Dia Seadanya.
Seteguh Fayqa? Belum bergerak pun. Ye, mmg saya teruk sangat!
Bila SF nak siap? Hmm setakat ni belum ada jawapan. Bila nak sambung DS? Pun belum ada jawapan....

Sorry ye, to leave you all hanging like this... tapi cenggitulah hidup saya sekarang....hanging. So, let's hang together!!



Dia Seadanya Bab 1a



“Nak tumpang solat, kat mana ye?”

“Eh solat apa pukul 11 tengahari ni?” belum sempat tapis, soalan sudah tersembul.

“Solat Dhuha.”

“Oh,” respon automatik dari Emil, bibir sudah tersenyum lebar. Tanpa berlengah dia mengajak lelaki berbadan tegap itu naik ke tingkat atas rumah Ayah Ngahnya dan dibawa masuk ke dalam bilik Ikmal, anak bongsu Ayah Ngah.

“Bilik air kat situ,” tangan digawang ke arah pintu bilik air, kemudian diambilnya sejadah lalu ditebarkan ke atas lantai.

“Terima kasih,” ucapan bersama huluran tangan untuk bersalam.

“Sama-sama,” jawab Emil, salam disambut, lalu melangkah keluar.

Sambil merapatkan pintu bilik tidur Ikmal, dia teringatkan Emmalyn, “He he he, kali ini kau dapat Pak Arab Ya Habibi, rajin solat pulak tu, nak tolak jugak ke? Mat motor besar, kau tak ngam. Anak manja mak, kau tak berkenan. Ini saudagar minyak, badan tough, muka macam pelakon drama ….. kalau kau tolak juga adik, kena bawa pergi periksa matalah nampaknya.

Sengih belum habis, sudah kena sergah dengan kakak sepupu, “Emet, kau pergi mana? Mak Lang cari, nak minta kau pergi ambil talam kat rumah Olong Besah.”

“Ler, Melin kan ada, suruh ajalah dia pergi, semuanya aku. Kalau gini, tiap kali sepupu bertunang, aku yang patah pinggang!”

“Ish, usah kacau Melin, hari ni dia kena jadi perempuan Melayu terakhir. Kan Uda Jah nak kenalkan dia dengan anak best friend dia? Udah sampai orang itu, Melin sibuk melayan tu.”

“Mati kejung ler Melin, kena berlakon ayu!” selamba Emil mengutuk adik sendiri.

“Kau ni, Met, mengutuk Melin je kerjanya. Bukan nak bagi moral support,” marah Rukayyah, si kakak sepupu.

“Moral support ke apa, Kak Yah. Lepas satu, satu, dia tolak. Aku yang nengok pun penat.”

“Habis tu kalau tak berkenan, takkan nak terima jugak kut,” Rukayyah cuba menyokong Emmalyn.

“Tak pe Kak Yah. Aku rasa kali ni dia berkenan,” kata Emil separa berbisik, bibir sudah tersengih-sengih.

“Napa? Hemsem ke?” tanya Rukayyah, perkataan handsome disebut ‘hemsem’ gaya Opah dulu.

“Ish, lebih dari hemsem, Kak Yah. Akak belum tengok ke?” seronok Emil tengok kakak sepupunya sudah teruja.

“Belum, akak ada kat dapur tadi masa deme sampai.”

“Ada kat atas kak. Kat bilik Ikmal, tengah solat Dhuha.”

“Ooo, solat Dhuha…. Berganda-ganda naik saham ni,” balas Rukayyah, sudah terhinggut-hinggut ketawa bersama Emil.

“Kak, aku bet jadi kali ni kak,” yakin Emil buat pernyataan sambil menjungkit-jungkitkan kening.

“Melangkah bendul lah si Melin,” usik Rukayyah.

“Dengan rela hati kak. Tapi nanti aku dapat cincin, kan?”

“Ceh!” hinggap penampar sedas ke bahu Emil, “cincin ke hapa, Met, kamu tu jantan, bukan orang perempuan!”

Terhinggut-hinggut Emil ketawa, “Aku nak juga kak. Kalau tak dapat, jangan harap dia nak dapat adik aku.”


“LAAAAA…. di sini rupanya kamu Melin? Jenuh Uda mencari! Kan Uda suruh kamu tengok-tengokkan kawan Uda tu, yang kamu menyorok di sini apa ke halnya?”


Aiseh, sampai ke atas ni Uda datang mencari aku? Bukan dia sakit lututkah? Larat pulak panjat tangga naik ke atas ni…

“Melin pergi bilik air, Uda,” bohong sunat, walhal dari tadi dia duduk melepak diam-diam di ruang keluarga di tingkat atas rumah Ayah Ngah. Menyorok dari Uda Jah dan best friendnya.

“Udah tu, turunlah. Deme tu datang nak tengok kamu!”

Astaga, Uda Jah ni….. kenapa tak ambil saja hailer Mak Ngah dan buat saja pengumuman, biar satu taman ni dengar…. Hajjah Asmah datang nak recce si Melin, nak buat menantu! Haish!

“Panaslah kat bawah khemah tu, Uda. Melin nak duduk bawah kipas ni kejap,” bohong sunat lagi.

“Alah… tahanlah panas kejap. Bukannya boleh pengsan. Kamu ni tak reti ke nak mengambil hati best friend Uda tu, untung-untung jadi mak mertua kamu!”

Untung-untung? Ke rugi-rugi? Tanya dalam hati sajalah. Mana boleh tanya pada Uda, kecil hati mak sedara kesayangannya nanti.

“Uda ni…. seganlah!”

“Lerrr… segan kenapa? Nak dirikan masjid, bukannya buat maksiat!”

Tu dia! Kuatnya suara Uda… memang tak payah pakai hailer sekolah Mak Ngah. Nasib baiklah semua orang sibuk di tingkat bawah. Kalau tidak buat malu saja.

Melihat Emmalyn tidak menjawab, Khadijah menyambung, “Kamu tak tengok kah Melin, segak budak Tareq tu, kalah Fahrin Ahmad….”

Emmalyn berpura-pura menggaru hidungnya, nak tutup mulutnya yang tersengih mendengar mak saudara menyebut nama pelakon terkenal itu. Uda Jah, pelakon-pelakon di Malaysia semuanya dia ingat, pelakon-pelakon luar negara pun dia ingat. Sejak Uda Tamrin meninggal lapan tahun dahulu, dan kerana tiada zuriat, hidup ibu saudaranya itu kesepian. Lalu segala drama di TV dihadapnya.

“Betul tak Uda kata? Lagi segak dia dari Fahrin Ahmad kan?” nak juga Khadijah mendengar jawapan si Emmalyn.

“Haah, Uda,” jawab Emmalyn dengan patuh. Di kepalanya terbayang wajah Tareq yang sempat dijelingnya sekejap tadi.

Lebar senyuman Khadijah, “Ha… Uda, kalau nak cari calon untuk kamu, tentu yang bagus-baguskan? Kamu tu je Melin, memilih sangat!”

Bagus-bagus? Laju ingatannya hinggap kepada Eddie, si mamat motor besar, calon pertama yang dikenalkan Uda Jah dua bulan selepas dia balik dari Southampton. Nak bertenggek di belakang motor besar yang berdesup 210 kilometer sejam di atas lebuh raya? Eee, baiklah aku sayangkan nyawa aku sendiri. Dahlah awal-awal lagi mamat tu dah sound, naik motor seeloknya jangan pakai seluar baggy sebab nanti seluar tersepit di celah tayar motor. Haish! Nak pakai seluar ketat-ketat, tayang bontot kat semua orang atas highway tu? Eeee……. Idak lerr aku desperate benor nak cari laki!

Calon kedua, Hafizi, si anak manja Mak. Nak buat apa pun kena tanya Mak dulu. Tak apalah kalau dia nak jadi anak yang soleh, go ahead. Tapi masalahnya dengan Emmalyn sendiri kena ikut cara Maknya.

“Melin, tak elok panjat-panjat gunung ni. Mak saya tak berkenan… entah jin apa, puaka apa, buat tersampuk nanti kang.”

Yang ini maknya tak berkenan, yang itu maknya tak berkenan. Kalau kawin nanti, sah aku jadi menantu hantu.

“Melin!” pehanya ditampar, “kau dengar tak Uda cakap ni?!”

“Ha?”

“Lerrr berbuih mulut Uda bercakap, kamu dengar ke idak ni?”

“Dengar,” bohong sunat lagi.

“Iyalah tu! Kalau kamu dengar, cuba cakap dengan Uda, si Tareq tu berapa umurnya?”

Aik, Uda ni buat pop quiz la pula. Ingatkan masa belajar dulu sahaja yang ada pop quiz.

“Dua puluh tujuh,” tembak Emmalyn.

“Tiga puluh satu!” pintas Khadijah.

Mak aih, Uda. Tua bebenor …….

“Tiga puluh satu, Uda? Apasal tak kahwin lagi? Gay ka?” dek kerana terkejut, terlepas pula kutukan sedas.

Di belakang pintu bilik Ikmal, jejaka yang menjadi topik bualan tidak dapat menahan senyuman. Baru dia hendak melangkah keluar tadi bila terdengar namanya disebut-sebut. Segan pula hendak menunjukkan muka, lalu dia berdiri sahaja di belakang pintu.

“Astaghafirullahilaziiiiiiim! Tak baik kamu ni menuduh tak tentu hala. Dengar kat tuan punya badan, kecil hati dia! Takkanlah badan serupa jantan gitu, gay pula jadinya…..” kan dah membebel Uda Jah. Melin rasa macam nak gigit saja lidahnya yang terlepas sebut tadi.

“Iyalah, dah tua-tua tak nikah apahal Uda?” tanya juga sebab hairan.

“Tareq tu udah seronok kerja kat Arab sana, gaji besar. Sampai udah tak teringat nak balik, itu yang Anjang Asmah nak carikan menantu, bolehlah Tareq cari kerja kat sini. Kana da Petronas, Shell semua?”

Oooo…. Aku ni nak dijadikan gula untuk tarik si Tareq balik ke Malaysia! Tarik si Tareq? He he lucu juga. Amende makna nama mamat ni? Tareq? Itulah taruk nama Tareq, macam nama Arab, langsung tak nak balik ke Tanah Melayu ni.

Anyway… aku ni sesuai ke jadi gula? Kalau Wawa Zainal ke, Neelofa ke nak dijadikan gula nak ‘tarik si Tareq’ balik ke Tanah Melayu barulah masuk akal. Ini aku ….. Emmalyn Mohd Ehsan? Mousy wallflower? Uda Jah ni memang betul sudah over estimate kemampuan anak saudaranya.

“Dah, dah! Moh turun ke bawah. Deme dah nak hiding nasi tu. Kita orang rumah, makan dulu. Kalau idak nanti, nak nunggu makan dengan rombongan belah sana, lapar kita nanti karang. Moh pergi tolong berhidang….” Sambil bercakap Uda Jah sudah mengangkat bontot.

“Yelah, Uda, yelah,” di mulut, tapi bontot masih melekap di sofa. Berat benar hati Emmalyn mahu turun ke bawah, macam berat bontotnya terparkir di sofa. Tapi berapa lama hendak menyorok di atas ini. Saudara mara sibuk di bawah, takkan dia hendak buat berat tulang. Mahu tak mahu, Emmalyn bangun juga. Tarik nafas dalam-dalam dan dilepaskan. You can do it, Em! Senyum dan hiding saja makanan. Bukannya nak kena kahwin pun dengan Tareq tu. Takkan dia terpikat dengan kau pun. Mamat Alpha Male cenggitu nak dipadankan dengan aku, si mousy wall flower, heh!

Bangun, pusing nak menghala ke tangga, panggung kepala….. lah!!! Siapa lagi kalau bukan si Tareq, jejaka idaman Malaya yang diwar-warkan oleh Uda Jah, sedang bersandar di jenang pintu bilik Ikmal!

Mak aih! Sudah berapa lama dia berdiri di situ? Apa dia buat dalam bilik Ikmal, mengendap aku dan Uda Jah? Memasang telinga? Soalan demi soalan menerpa ke kepala Emmalyn. Malu tak usah cakap lah!

Melihat muka Emmalyn yang sudah merah-merah dek kerana malu, tak tahan Tareq hendak mengusik, “Emmalyn, saya ni bukan gay.”

Mak!! Boleh tak aku nak lari balik ke Southampton sekarang!!!


41 comments:

  1. tak sabar nak baca seterusnya...

    ReplyDelete
  2. hahHa baru 1 n3 da addict !

    una da settle ! EM PLAK !

    ReplyDelete
  3. Nina:awesome....more pls. Tungguuuuuuu

    ReplyDelete
  4. Yes...yes...yes...!Finally something from Nina.Last night br je jengah blog ni dok ulang baca SF, pg ni dh ada yg br lak.
    Mesti best gak yang ni...tq, Nina.

    ReplyDelete
  5. Cite kawan una yg coolio tu eh..

    ReplyDelete
  6. nice intro....love <3 ...
    nak lagi... n lagi...
    nina...jgn lama sgt peram SF...rindu jeneral sengal n apek.

    ReplyDelete
  7. 1b pleaseeeeee....... Pretty please... Hehe

    ReplyDelete
  8. nak lagi..sweet je dorang ni..

    ReplyDelete
  9. lama tunggu citer baru nina...superb commence k

    ReplyDelete
  10. berusahalahhhhhhh nina!! hahaha!

    ReplyDelete
  11. dia seadanya..

    kalau 'seadanya dia' pun cool kot :)

    ReplyDelete
  12. hahahahahaah.... tu diaa kantoii depan tareq... kahkahkahkah....

    ReplyDelete
  13. wah permulaan pun dah boleh buat senyum nie.....:)

    ReplyDelete
  14. yeay ader cerita baru.. dah rindu dengan your stories dear...

    ReplyDelete
  15. best2...smbg seterusnya...kena bace blk la PMS nt..tak igt da emmalyn ni...

    ReplyDelete
  16. Wakaka best gilerrrrrrr huaaaa daebakkk

    ReplyDelete
  17. Love it, love it, love it! Dah tergelak-gelak sorang-sorang ni.

    ReplyDelete
  18. wah!!! ada citer baru. best nampak gayanya.
    teman suker. ater miker cakap Peyghak pulak ya.

    nanti romantik mcm PMS juga ke nina...heh heh
    kita suka.

    ReplyDelete
  19. Waaaa!!! Cerita baru. Tareq si hensem dengan Em si comel? Okay aje.... tukang karut lah yang tak okay agaknya...asyik kena 'hang' aje ye? Kesian Nina...dan kesian kat kami juga yang setia menanti update dari Nina.

    ReplyDelete
  20. Part hujung tu mmg kelakar. Nina....settlekan Seteguh Fayqa pliz...asyik dok teringat jer ni

    ReplyDelete
  21. Memang semua cerita c hanina ni buat sy senyum memanjang je... best gila. Next...next... Pls

    ReplyDelete
  22. hahah!!! i loiikkee kak!!! masuk cakap perak yg lg best tuh!!! hehe =)

    ReplyDelete
  23. Alpha male.. Asal sy cm terbayangkn beruang je? Hahaha..

    ReplyDelete
  24. Best rase mcm wujud lak Una n Emm...x pe i ttp setia tunggu Faye n Dzariff.. So sambil tggu SF di cetak kite layan dulu DS

    ReplyDelete
  25. Hoyea!!!! Sangat suka....,. Suka ada n3 baru suka ada cerita baru suka cerita pasal Em pulak..

    ReplyDelete
  26. Selalu x sabar nk tggu n3 bru. Cpt2la smbg
    sf jgn peram lma sgt

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. emmalyn sy bkn gay ..pergh...ayat..mmg bt sentap...i loike..apa2 pun rindu kat faye n dzariff..jeneral sengal tu...

    ReplyDelete
  29. Assalamulaikum. After reading kndk, I am your new fan. :)

    ReplyDelete
  30. Tbayang muka shukri yahya n iezah (sahabat) utk tareq n em

    ReplyDelete