Sunday 23 June 2013

Dia Seadanya Bab 2


Minta maaf bagi yang menanti Fayqa. Manuskripnya sedang diusahakan. (Rasa cam nak ambik cuti dan tulis Fayqa sampai habis). 

Ini citer Em dan Tareq. Terus bab 2, tak de bab 1b. Kan saya kt sy weng these days, LOL!



Bab 2



Matanya tidak dapat mengelak dari mengerling ke arah si gadis yang sibuk menghidangkan makanan. Tekun sekali dia bekerja. Tergarit lagi senyuman di bibir Tareq. Tahu si gadis tekun bekerja sambil tekun menyekolahkan mata agar mengelak bertembung dengan mata Tareq. Belum habis hilang lagi merah di pipi. Bukan merah dek kerana palitan alat solek. Tapi merah dek kerana malu terlajak cakap tadi. Semakin lebar senyuman sang teruna mengingatkan tingkah Emmalyn pabila tersedar yang tuan punya badan terdengar tuduhan sumbangnya.

            Masih ada gadis yang tersipu-sipu malu di Tanah Melayu ini ye? Tareq sendiri sudah tidak ingat bagaimana biasanya tingkah laku gadis Melayu. Maklumlah sudah hampir sembilan tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air. Kalau disebut gadis Melayu, yang terakhir sekali pernah dia rapat adalah Inessa. Dan kerana Inessalah dia tidak pulang ke kampong halaman sejak tamat belajar di U.K. enam tahun dulu.

            “Sampai bila kau nak ingatkan Inessa, Tareq? She is hostory, why not focus on this blushing one?”

            “Mana si Melin ni?” tanya Uda Jah yang sudah mengambil tempat duduk semeja dengan keluarganya, “Melin! Melin! Sini!”

            Semua mata tertumpu ke arah Emmalyn, semua bibir tersenyum simpul. Tersedar Tareq yang seisi keluarga besar Emmalyn sudah tahu usaha “murni” Uda Jah untuk memadankan Emmalyn dengannya. Semakin merah pipi gadis itu. Terbit pula rasa simpati Tareq kepada Emmalyn, juga rasa bersalah. Dek kerana ibu sudah tidak tahan berjauhan dengannya, gadis ini dijadikan ‘denak’ untuk menjinakkannya pulang ke kandang.

            Malu namanya dijerit berkali-kali oleh Uda Jah yang bersuara lantang tanpa perlu menggunakan hailer, mahu tak mahu, Emmalyn melangkah ke meja keluarga Tareq. Matanya teguh mengelak bertembung dengan mata Tareq.

            “Melin, ini meja Anjang Asmah ni belum ada nasi. Tolong ambilkan,” arah Uda Jah. Patuh tanpa kata Emmalyn mendapatkan semangkuk besar nasi, lalu disendukkan ke dalam pinggan Anjang Asmah suami isteri, Tareq dan Uda Jah.

            “Sendukkan pinggan kamu sekali, Melin,” Uda Jah mengarah lagi, “duduk sekali di sini. Kamu ni, bukan selalu Anjang Asmah datang, cubalah duduk bersogheh-sogheh dengan dia. Onyang Anjang ni sepancaran dengan onyang bapa kamu tahu.”

            Disuruh sendukkan nasi, Emmalyn sendukkan. Disuruh duduk, dia duduk. Sebab dia tahu kalau dia tak ikut, ‘hailer’ Uda Jah akan keluar. Tapi bab-bab bersogheh tentang susur galur keluarga besarnya, Emmalyn awal-awal surrender. Selepas sekolah rendah, dia menyambung pelajaran ke sekolah menengah berasrama di Johor Baharu. Selepas  SPM, sambung buat A-Levels di Rawang. Maka sejak berusia 12 tahun, dia cuma pulang ke Ipoh untuk bercuti.

            “Melin kerja dengan Andak Usop ke?” tanya Hajjah Asmah.

            Oh! Sesi interview menantu sudah bermula, Emmalyn. Pay attention! Satu demi satu soalan dilontarkan kepada Emmalyn. Satu demi satu jugalah yang dijawabnya, tak kurang, tak lebih. Sekali sekala Hajjah Asmah menyelitkan maklumat mengenai Tareq, sekolah di mana, sambung belajar di mana dan sekarang bekerja di mana. Kiranya sesi berkenal-kenallah, tanpa Emmalyn atau Tareq yang bertanyakan soalan.

            Sambil menjawap soalan-soalan Hajjah Asmah, Emmalyn berkira-kira apa strategi yang patut dia ambil. Fikir punya fikir, dia buat keputusan tak perlu strategi apa-apa. Bukannya Tareq berminat dengan dia pun. Macam bapanya, Haji Sulaiman, Tareq hanya diam seribu bahasa, sekali sekala menjawab bila ditanya ibunya. So, Emmalyn, jawab sahaja soalan-soalan dengan hormat dan senyum. Lepas ini Hajjah Asmah sekeluarga balik ke rumah, selesailah sesi telangkai Uda Jah ini. The end.

            Usai makan, Emmalyn bersama-sama sepupu sepapatnya membantu mengemaskan meja. Nanti selepas zohor, pihak sebelah lelaki akan datang dan akan dihidangkan makan tengahari selepas upacara pertunangan. Bila terdengar azan zohor, ahli keluarga lelaki terus mendirikan solat berjemaah di ruang tamu rumah bapa saudaranya. Kemudian, orang dapur sibuk menyiapkan pinggan mangkuk untuk tetamu, sementara ibu-ibu saudara termasuk Uda Jah dan Hajjah Asmah sibuk membantu dengan persediaan hantaran.

Elok siap sahaja persediaan, rombongan pihak lelaki tiba dan disambut oleh ahli keluarga Emmalyn. Mereka dijemput masuk untuk upacara peminangan. Malas Emmalyn untuk turut masuk ke dalam. Nak buat apa? Nak buat sibuk-sibuk dengan barang hantaran? Dengan si anak dara? Sudah cukup ramai ‘pakar’ di dalam. Tambahan pula kalau nampak batang hidungnya, tentulah nanti ada komen-komen ‘bernas’…. Haa… hujung tahun giliran kamu pula, Melin! Hmph! Baik duduk di luar ini sahaja.

Punggungnya dilabuhkan dan telefon pintarnya dibelek. Kawan baiknya, Nawwal Husna, sejak berkahwin ni banyak berubah. Risau dia dan Faith, kawan baik mereka seorang lagi yang lebih dikenali dengan nama mesra Pet. Jadinya dia dan Pet asyik berbincang tentang Nawwal Husna. Pet di Kuala Lumpur setia memberikan perkembangan terkini pengantin baru itu.

Sedang asyik membelek telefon, ada pula yang menegur, “Tak masuk ke dalam?”

Kepala dipanggungkan. Oh! Jejaka Alpha Male dari Tanah Arab. “Tak,” jawapan pendek seperti kebiasaan Emmalyn.

Kerusi berdekatan Emmalyn ditarik Tareq dan dia melabuhkan punggungnya di situ. Aik! Nak beramah mesra pula ke? Hairan Emmalyn.

“Kenapa tak masuk?”

“Dah cukup ramai kat dalam tu.”
“Maaflah, kalau soalan-soalan Ibu saya merimaskan awak,” perlu juga Tareq membuka mulut tentang hal ini kerana memang panjang lebar sesi soal jawab Hajjah Asmah tadi. Kagum juga Tareq melihat Emmalyn melayan soalan-soalan ibunya dengan penuh hormat dan sabar.

“Tak apa.”

“Betul tak apa?” soal Tareq sekali lagi.

“No harm done,” jawab Emmalyn ringkas. Tapi itu yang sebetulnya kan? Orang tanya jawab sahajalah, habis cerita. Tak perlu emo-emo.

“Panjang lebar ibu saya bertanya tadi,” balas Tareq bagai belum puas meminta maaf.

“Saudara mara kita memang macam tu, kan? Itulah bersogheh namanya,” jawab Emmalyn dengan senyuman kecil.

Terpesona Tareq seketika. Gadis di sebelahnya ini memang terlalu sederhana, tiada apa-apa yang istimewa tentangnya. Tetapi personalitinya agak menarik, humor pun ada.

“Bersogheh… itu perkataan orang Perak ke? Saya tak pernah dengar sebelum ini,” bertanya soalan untuk memanjangkan sembang.

“For sure bukan perkataan orang Arab kan?” balas si gadis dengan senyuman kecil.

Ha! Tu ha! She has wit! Gadis ini buka mulut hanya untuk menjawab yang wajib tapi dengan ayat yang pendek pun terserlah kecerdasannya. Menghiburkan.

“That’s for sure,” jawab Tareq, senyuman sudah lebar di bibir dan dibalas Emmalyn dengan senyuman yang semakin mesra.

“Tak cari kerja di KL?” Hmm, ini sambungan sesi interview pilih menantu ke?

“Tak.”

Jawapannya sentiasa pendek, terpaksalah ditanya lagi, “Kenapa?”

“Nak duduk celah ketiak emak puas-puas.”

Jawapan pendek itu disambut dengan ketawa kecil Tareq.

“Iyalah, orang baru balik dari luar negara, tentulah nak berkepit dengan emakkan, nak melepaskan rindu,” komen mengusik dari Tareq.

“Awak habis belajar kat U.K. dulu terus bekerja di Qatar?”

Soalannya mudah sahaja, tapi sesak juga dada Tareq untuk menjawab. Chilllah, bro. Dia Tanya soalan biasa saja. Bukan ada makna tersirat apa-apa. “Hmm hmm.”

“No wonderlah Anjang Asmah nak suruh awak balik. Nak suruh awak duduk celah ketiak dia.” Senyuman dikongsi lagi.

“Ibu bimbang nanti saya jadi bujang terlajak.”

Kali ini senyuman Tareq tidak disambut Emmalyn. Hanya renungan dengan kerutan kecil di dahi. Tareq menjungkitkan kedua belah keningnya. Dibalas Emmalyn dengan mengangkat kedua belah bahunya, membikin Tareq ingin tahu apa dalam minda gadis di sebelahnya ini.

“Apa?”

“Itukan pilihan sendiri?” Nak kahwin cari sajalah calon, awak lelaki, apa susah?

“Yup, susah nak jumpa calon yang sesuai.” Sekali lagi jawapan Tareq disambut dengan kerutan kecil di dahi Emmalyn.

“Apa?” sekali lagi.

“Hard to believe.”

“Apa yang hard to believe?” Hailah awek ni, cakap sekerat-sekerat, cubalah cakap habis satu-satu ayat.

“Dengan rupa awak, susahkah nak cari calon?” ha! Ambik kau, tanya lagi!

Wah! Dia ni direct habis. Timbul pula keinginan di hati Tareq untuk sama direct seperti Emmalyn.

“Entah, saya tak berkenan dengan wanita Arab.”  Berkerut lagi kening Emmalyn.

“Emmalyn, cakap sajalah apa awak nak cakap. Awak berkerut kening bukan saya faham” sambung Tareq.

“Pilihan awak terhad dengan wanita Arab sahajakah?”

Tersembur ketawa Tareq. Padan muka aku, dah suruh dia cakap sahaja, sekarang terima sajalah.

“Lebih mudah bagi orang lelaki. Kalau nak kahwin cari sahaja calonnya,” itulah Emmalyn, tiada berselindung-selindung, tiada berbelit-belit. Nak kahwin carilah calon, settled!

“Kalau orang perempuan?” Ayat mencabar kerana terasa diri tercabar.

“Masyarakat kita juga yang cipta pepatah perigi mencari timba.”

“Sekarang kan dah ada pili air, pulas buka sajakan?” Gotcha, bisik sang teruna.

“Pulas buka? Tak semudah itu….,” balas Emmalyn perlahan. Jawapan yang lemah, tapi itulah sebetulnya.

“Kan? Tak semudah itu,” suka juga hati Tareq bila dia berjaya membuat Emmalyn mengalah.

“Tapi tak juga susah, melainkan kalau diri sendiri yang buat jadi susah.” Oh tak mahu mengalah dia.

“Macam mana nak buat supaya tidak jadi susah?” cabar Tareq. Cakap senanglah, cik adik oi!

“Berkenal dulu, kalau sesuai, take the next step. Kalau tak sesuai, stay as friends.”

Amboi, cik adik? Ye ke senang macam tu? Belum puas mencabar, soalan ditanya, “Emmalyn, esok awak free?”

Oh my! Terkedu cik-adik-buat-bagi-senang.

57 comments:

  1. Menyekolahkan mata! Lol

    Eh Em srikandi gak ke? Ahem timmy oh timmy...

    Tareq sekolah mana. Hope bukan mcgaygay ooops lol

    ReplyDelete
  2. yup...sekarang pulas buka sahaja...

    ReplyDelete
  3. so sensei ina n cik far, marilah kita pulas....pulas pili...pulas telinga cik abang...eh eh...kenapa daku begitu ganas ya? ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pili rumah kosong tau. Jangan pulas pili rumah orang. Ooops ;)

      Delete
    2. wooops!! eating very deep one, sensei!!

      Delete
  4. mueheheheheheheheheheh emmalyn tak senang ...
    nih alin-A yang ni senang banget esok
    keep it up sis!!!

    ReplyDelete
  5. hahahahhaa... tareq u so brave man... sukaaaa diorg mcm ni... main2 tarikkk lakkk.... em..em..em... haahah... nice n3 sis nina...

    ehem2... good luck for mss Seteguh Fayqa sis... ^________^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo i need reminders for SF. skrg tgh penin dgn hal kat ofis. hujung minggu ni boleh fokus on SF, insyaAllah

      Delete
  6. Menghiburkan...senang nak cari paip... Tapi selayang nie air banyak yang keruh lah nina....yang air x tercemar susah kot nak jumpa... Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah pulas je pili tu, tp belum tau yg kluar tu air jernih atau keruh kan....

      Delete
    2. Hampeh la hidup kalu dapat air keruh, berlintah lagi..

      Delete
    3. tu la ila, basic mesti ada, solat...hormatkan org tua etc

      Delete
  7. Sy buat yg perigi cari timba tuh jeng jeng jeng....

    ReplyDelete
    Replies
    1. asalkan tak kacau org, tak salah dalam Islam

      Delete
  8. Nina, klu u weng pun sy x kisah sbb bila awak weng cite awk sure best

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanak arrr weng selalu2, letih woi! nak ambil cuti pun tak leh, kenot close shop

      Delete
  9. hihi.. free je kalau en abg yg ajak.. ;)

    ReplyDelete
  10. hihi.. free je kalau en abg yg ajak.. ;)

    ReplyDelete
  11. Nina..ade spelling error 'hostory'...best la depa berdua ni direct je..superb story

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq, mmg main taip dan upkan je...nnt klu dah jd manuskrip br edit sekali lg

      Delete
  12. wahhh.. cerita baru... pulun akak... pulunnn

    ReplyDelete
  13. Ada aura ala-ala si bawal jugak rupanya melin ni ya...dah berkawan lama, mestilah kan? Nina, cuba cari letak gambar melin dengan tareq sikit, so bila baca feeling tu lain sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zalida...aura macam mana? hmm seeloknya jgn sama dgn Una kan. Em ni wall flower...Una kat Soton popular jg kan dgn seniors minat. Em ni kira tak sapa pandang

      Delete
  14. ni cerita baru erggg???

    semua citer nk di cetak ke?
    tak de free reading utk pembace & followers yg setia?
    writers yg lain ade jugak bagi followers dia cerpen & novel mini as a 'present' for readers yg support dorang.
    itu tanda penulis menghargai pembace yg setia sokong sejak dari awal berblog. Hargai lh pembace yg tetap berdiri di belakang.
    sekali sekala bagi lh cerita habis di blog - lepas tu cetak. Sebab kalau cerita best - penulis jgn takut, pembace tetap beli versi cetak.
    penulis & pembace kena support one another - give & take.


    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu nak kata. angan2 nak dicetak tp SF pun tak habis lagi. SF ni sy rasa akan jadi lebih panjang dari yang dijangka... yg ni pula, hentam taip je, tapi jln citer ni dah clear dlm kepala dan agak panjang jg. pk2 sy ni cam tak reti nak tulis cerpen atau mini novel. nak habis di blog pula sy rasa penerbit tak benarkan. bukan tak hargai pembaca tapi... sy tulis2 ni pun on the run je

      Delete
  15. hahaha....kan dah kena emmalyn...org lelaki ni pantang dicabar....tp saya suka watak tareq tu straight 2 the point...keep it up k'nina....

    ReplyDelete
  16. ekekek....tulus btul emmalyn ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm saya (eceh!) sy pun straight je tak de bengkok2 sebab penin kalau bengkok2

      Delete
  17. hahaha...pulas buka saja...bt0l, x semudah itu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau lah semudah itu...tapi tak, so we do our best. kalau ikhlas berkenal dulu....tp seeloknya dgn izin keluarga...

      Delete
  18. Solute la Nina.. wish i had your talent ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa2 sj, nulis sebab fun bila u all komen :)

      Delete
  19. da kenapa saya plak yang jatuh cinta kat melin ni plak da kak nina? ahhahahhahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he all my heroines are adorable huh...cam writernya (ciskek! perasan!)

      Delete
  20. I like all your stories...Hanina...all the best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm....yes, nak cari masa to write tu i need ur well wishes

      Delete
  21. Kalu ada butang like, mcm utube mungkin sy dah like 100 kali setiap novel2 u hanina. Fighting!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm ila, for the moral support. mmg kena cari semangat nak siapkan SF sebab bnyk sangat cabaran nya ...fighting!!

      Delete
  22. ahahahhaha....tarq dah start injin nak mengurat em dah 2...x yah nak bengkang bengkok sangat...straight guna highway je senang cite hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia pun sebenarnya at this point bukanlah minat sangat dgn em...tp kata2 em tu bikin dia tercabar....later on dia jatuh minat ke?

      Delete
  23. WAH... enche tareq ni berani ek...ada berani tu nak ajak melin yang ala-ala garang ayu gitu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm..melin ni tak garang... cuma very polos

      Delete
  24. suka2 watak tareq..terus terang je ... guna jln highway lg bgs dr jln kg ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm highway? ...to heaven? he he...kita tengok ye

      Delete
  25. hamek..skali trus ajak kuar..

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. ninaaaaaaa...dah mula dah..dia mai dah....awwwwwww...pls tulis novel trus bleh???...hahaha..

    ReplyDelete
  28. Saya tersangat berkenan.bca 1 chapther je..trus sangkut. caya lahhh!!

    ReplyDelete